arkib

Jumaat, 30 Ogos 2013

Merdeka si gila....

salam hormat!
Sempena warga rakyat Malaysia mahu menyambut hari kemerdekaan ke56 esok (31 0gos 2013) saya ingin membawa satu cerita berkenaan seseorang yang saya anggap dirinya betul betul merdeka (bebas) Ada orang menganggap dia seorang gila isim yakni terlebih mendalami ilmu agama sehinggakan tak tercapai dek akal lalu kelakuannya dilihat seperti orang yang tidak betul. Memanglah jika bersembang dengan dia langsung tidak ada ruang untuk kita mencelah, pok pek pok pek pok pek celotehnya macam murai tercabut ekor, adakala bolih difahami dan ada kalanya sukar, macam keretapi tak ada stesyen.
sisipan berita akhbar
Siapa yang tak kenal dengan Mat Nor qkua,bolih dikata satu generasi yang berumur sekitar 40an pada tahun 70an dinegeri kelantan khususnya pasti akan mengenalinya, malah ada orang pernah melihatnya berada sampai kebandar bandar besar lain serti diTerengganu, Kuatan,Ipoh sehingga keKuala Lumpur pun pernah dilihat orang dia merayau rayau, Ada orang yang kehairanan, bagaimana si qhua gila ni bolih berjalan jalan kemerata rata tempat sedangkan orang tahu dia tu bukannya ada duit pun..Ada yang gelar dia "Mat Malaya" sebab satu Malaya dia bolih round round mengalahkan sipelancong. Apakah rahsia dia...? Nak dikatakan otaknya tak betul tetapi apabila dilihat cara dia berlawan main dam aji tak pernah kalah,menang sokmo,kalau sekali kalah, dia dengan segera bolih membaca tektik pehak lawan kemudian akan berkali kali pula dia bolih balas sehingga menang memanjang semula, itulah yang menyebabkan orang hairan padanya itu....bila hendak kemana mana dengan jarak jauh tidak pernah dia berjalan kaki, kebiasaannya forverite dia naik bas, kondakter bas mahupun pemandu sudah kenal sangat dah, tak payah minta tambanglah,dia akan cakap "merdeka gapo....kalu naik bas pun kena bayar" Maksud dia kalau dah namanya Merdeka tu semuanya bolih dapat percuma. Pernah seorang tauke kedai makan yang tidak mengenali dia minta duit selepas makan, kemudian dia merunggut ,katanya "merdeka...merdeka....tapi air secawan pun kena bayar, merdeka gapo dia lagu tu...." tapi tauke kedai itu berkeras juga mahu minta duit bayaran makanan yang telah dipesannya, didalam keadaan terdesak itu, dia menuangkan sedikit air diatas meja kemudian dtepuk tepuknya perlahann, air itu telah bertukar menjadi duit, masaallah...Magic ke ni? fikir tuan kedai, akhirnya dibiarkan sahaja lepas tak berbayar... keh... keh... keh... hebatkan kan...kan....kan....mungkin dia ni  tok wali kot .....bersambung

Sambungan-
Jikalaulah siMd Noor qhuar ni masih ada (sebab saya tak tahu adakah dia masih hidup) pasti saya akan menyatakan padanya bahawa ungkapan dia 45 tahun kebelakangan dulunya itu kini telah pun benar benar berlaku, pada waktu dia membuat jangkaan dunia orang islam akan berlaku huru hara,cumanya dia tidak menyebut nama negara Mesir atau pun Syria saja,bahasa mesejnya berbunyi "gegum... gegam... siur... siar....qhuar...qhuar...Apabila ditanya apa benda tu? dia jawab "gegum gegam tu bunyi bom,bunga api dan bedilan, siur siar tu pulak bunyi Heli dan kapal terbang perang diatas kepala manakala qhuar  qhuar tu bunyi kelam kabut bising kanak kanak dan orang ramai menanggis maklumlah suasana perang, oooo... begitu ceritanya, patutlah dia juga lekat nama gelaran "qhuar". Rupanya dia ni bolih meramalkan keadaan masa depan  macam ahlul nujum jugak kot atau kejadian sekarang ini berlaku secara kebetulan?
SALAH SANGKA 
Biasalah...disebabkan perangainya yang dilihat separuh betul dan separuh senget itu (macam MB Trg seperti lapuran akbar) maka dia juga  tidak terlepas dari ditahan olih pehak berkuasa.tetapi dikhabarkan anggota yang menahannya itu bolih mendapat musibah macam macam,ada yang tidak bolih pakai seluar, asyik nak terkicit dan terberak, sakit perut dan pelbagai lagi,agaknya kena tulah atau badi siqhuar ini. keh... keh... keh....pun begitu walaupun dia ini bukanlah seorang tokoh yang didendang namun ada disebaliknya beberapa kelebihan lain.Dia juga tahu bab agama,dihadapan mata kepala saya sendiri pernah melihat dia menegur seseorang yang pada pandangannya sudah tidak betul dalam mengerjakan ibadat solat.katanya "kedudukan tubuh anggota badan mestilah turut sama mengadap kiblat termasuk jari jemari kaki terutama tatkala duduk diantara masa tahyat akhir,katanya banyak orang tidak melakukan dengan cara yang betul.Manakala jejari tangan hendaklah digengam (selain dari jari telunjuk) supaya tidak ada lubang, katanya jika terbuka nanti masuk syaitan sebab syaitan suka pada "lubang". aikk...lain macam je bunyinya,tetapi itulah cara bahasa kiasannya,jika ada yang faham tu akan faham fahamlahh....

Selain daripada itu sebagai orang tua dia juga ada petua tertentu,terdapat ayat ayat yang menjadi amalan khususnya untuk kaum lelaki yang mahu memantapkan alat kejantanan, mahu besarkan saiz dan sebagainya. Nak tahu kena jumpa ambe secara persenal ok. "ayat ayat alquran jika diguna dengan niat yang baik nescaya akan jadi baik tetapi kena lah yakin untuk diamalkan,.bukankah tuhan menyebut seandainya ayat ayat ku (yakni alqur"an) jika jatuh diatas gunung pasti gunung itu akan hancur,jadi ia bergantung kepada niat kita" alangkah hebat bunyi syarahannya itu.
Tok ayah su-nak jadi menteri sebab menteri banyak dapat barang free....kah...kah...kah....

Jumaat, 23 Ogos 2013

Geramm vs tersentuh perasaan





Salam hormat!
Melihat kepada dua peristiwa dunia yang tragis dikala ini iaitu antara Mesir dan Syria telah menjadikan saya terlupa seketika perihal didalam negeri mahu pun dinegara sendiri yang kini tidak kurang juga hebat pergolakannya, konflik diLahad Datu baru sahaja meninggalkan memori duka walaupun hanya secebis kesah yang hanya berada dihujung kuku jika hendak dibandinghkan dengan apa yang berlaku dinegara luar sana, malah sangat kerdil jika hendak dibandingkan dengan apa yang dialami olih datuk nenek kita dahulu terutama tatkala sejarah penaklukan tentera Jepun dan juga semasa pasukan keselamatan menentang ancaman komunis yang memakan masa berpuluh tahun itu.
Saya juga tercari cari sejarah perjanjian GENEVA yang berkaitan garis panduan diantara perkara perkara asas apa yang bolih dan yang tidak bolih dilakukan olih mana mana mana pasukan tentera yang terlibat didalam peperangan,contohnya pengunaan senjata kimia beracun dan juga prosider membunuh kanak kanak mahu pun orang tua, apakah tidak ada peraturan itu atau memang sengaja tidak mahu dipatuhi olih pehak yang berkaitan..... bersambung.... Sambungan-   Disebabkan kesuntukan masa jadi saya tidak berkesempatan untuk mencari maklumat tentang perjanjian GENEVA namun link berkaitan bolih diklik disini&gt  http://ms.wikipedia.org/wiki/Konvensyen_Geneva Walau bagaimana pun hak asasi kemaknusian mestilah dipatuhi miskipun dalam situasi peperangan,terdapat golongan orang yang perlu dilindungi dari segi keselamatan,pehak yang engkar bolih dianggap melakukan jenayah perang.Malahan sejarah peperangan dizaman nabi ketika balik memasuki Kota Mekah pun terdapat amaran 'sesiapa yang berlindung dirumah tertentu akan selamat" apatah lagi yang berlindung dirumah Allah (masjid) akan tetapi lihatlah apa terjadi diMesir, bukan sahaja menusia dibakar tetapi Masjid juga menjadi sasaran,begitulah juga diSyria,kezaliman sudah sampai ketahap menyamai Fir'aun,demi untuk mengekalkan kuasa lalu kanak kanak lelaki diarahkan bunuh,orang jahilliah arab juga membunuh hidup hidup kanak kanak perempuan kononnya demi untuk menjaga maruah keluarga.Sebenarnya apa yang berlaku tatkala ini diMesir dan juga Syria lah yang telah menjatuhkan maruah serta imej islam dimata dunia.Dunia akan bertanya Apakah ini ajaran islam?
sisipan berita akbar

"Walaupun terdapat 4 mazhab didalam islam namun para ulama" sependapat meraikan kewujudan mazhab mazhab itu atas dasar untuk meninggikan ketaqwaan kepada Allah s.w.t serta meningkatkan syiar islam.Untuk menuju kejalan taqwa mestilah merujuk kepada AlQur"an dan AsSunnah,mana mana ajaran yang menyeleweng dari itu dikira sesat malah bolih sampai ketahap menumpahkan darah sesama muslim'.{Saya bukan ustaz tetapi begitulah sedikit lagi intipati khutbah Jumaat yang pernah saya dengar)

Contohnya pergeseran fahaman ajaran Syiah dan Sunni ataupun Ahlul sunnah waljamaah,lambat laun jika tidak dapat ditangani segera ianya bolih merebak meresap kejiwa anak muda yang kurang kefahaman dari segi pengtahuan ilmu agamanya lalu membangkitkan ketegangan dengan laungan songsang melayu kafir dan sebagainya. Ini belum lagi berkait dengan persoalan kalimah Allah yang masih dalam kontrovesi untuk dibolih guna pakaikan olih agama lain selain islam.Inilah pergolakan aman kaum Malaysia ditanah tumpah darahku... Kalau setakat yahudi atau zionis Israel nak gunakan kalimah Allah dinegara mereka, lantaklah (Israel mana ada negara, menumpang ditanah orang Palestine)  tetapi ini negara Malaysia yakni perlembagaan  menyebut sebuah negara yang megiktiraf  Islam sebagai agama resmi,kalau mahu guna kalimah Allah kenalah peluk agama islam terlebih dahulu,jangan ambil kalimah sahaja....ambillah keduanya sekali, itu baru betul....

sisipan berita akbar dan semasa
Malaysia juga merupakan ahli kepada Pertubuhan negara Islam sedunia (OIC) malah pernah mengetuai pertubuhan besar ini.Setakat ini tidak kedengaran dari suara organisasi ini berkenaan isu Mesir mahu pun Syria, kenapa masih berpeluk tubuh? mengapakan tidak dibuat satu resolusi mengutuk dan mengecam kezaliman yang amat melampau disana itu, jadi OIC harus memainkan peranan untuk menanganinya, pertubuhan ini perlu melakukan sesuatu untuk menghentikan segera perang saudara seagama disana. Perihatinlah sikit akan nasib rakyat Mesir dan Syria (termasuk Palestine) yang sudah sekian lama menderita itu. Cuba bayangkan bagaimana jika kita sendiri berada ditempat mereka ,sudah tentu ada yang tidak sanggup turun kemedan pertempuran apatah lagi sampai mahu bergadai nyawa. Tetapi apa bolih buat... sesetengah daripadanya seolah olah telah dibeli....bagaikan telah telah dianugerah dengan pelbagai kemudahan, nak pergi umrah ada sponser, hendak mengerjakan haji ada juga penajanya ,hendakkan buat projek pun dibolihkan, jadi kamu ca ya nun alif  nak apa lagi?? (pinjam kata kata yang dipopularkan olih PM) inilah sebabnya dikatakan "tanah airku masih aman".... kerana semua orang tanpa mengira fahaman politik masih bolih dapat nikmat dari hasil kemerdekaan (kata orang uBN)

tok ayah su-tak suka terlalu extreme...

Jumaat, 16 Ogos 2013

Lagi perihal surau....

Sisipan berita akbar
Salam hormat!
"walaupun umat islam ramai tetapi mereka diratah macam orang ramai meratah hidangan.lalu ditanya kenapa?kemudian dijawab miskipun ramai namun mereka seumpama buih dilautan yang tiada mempunyai semangat jihad,mereka bersikap cintakan dunia dan takut akan mati" Begitulah sedikit dari petikan intipati khutbah Jumaat pada hari ini 16/8/13.Selepas solat Jumaat para jemaah diajak untuk bersolat hajat pula, bertujuan untuk diberi perlindungan keselamatnan kepada rakyat Mesir yang sedang bergelora dengan kemelut rampasan kuasa politik bagi menuntut hak agar dikembalikan pemimpin yang telah dipilih olih rakyat melalui sisitem demokrasi berpilihanraya secara sah itu.
Tak tahulah saya sama ada orang perasan atau tidak,terdapat dari sesetengah tok guru alias ulama' PAS yang membuat kenyataan (bukanlah fatwa) didalam satu kuliah agama diMasjid Rusila yang menyatakan Tok Guru tidak digalakkan turun padang contohnya untuk berdemontrasi BERSIH bersiri apatah lagi turun kemedan  pertempuran dengan alasan kononnya jika tok tok guru ini terkorban maka siapalah yang akan mengajar ilmu selepas itu, saya tidak mahu menyanggah cumanya saya ingin bertanya, jika berlaku sebaliknya pula bagaimana....diandaikan sianak anak murid ini yang terkorban jadi dengan siapa pula tok tok guru ini hendak atau akan mengajar nanti? bersambung dengan ulasan menilai pemimpin untuk dihantar kemuktamar dan perihal surau yang dimaksudkan....
Sambungan-
Sebelum itu diikesempatan ini saya juga mahu membangkitkan satu runggutan dari pengerusi Masjid dimana bolih diianggap anak anak murid kepada Ust Md Noor telah terkorban,maksud terkorban disini bukanlah mati akan tetapi "meninggalkan" kuliah. Anak murid tersebut telah pun tidak lagi hadir kesiri ajaran kuliah dari tok gurunya, walhal pada mulanya mereka inilah yang beria ia menaja kehadiran ustaz tersebut pada setiap kali kuliah itu diadakan, olih itu sekarang ini orang lain pula yang mengambil alih untuk menghulurkan wang saku,disebaliknya sianak murid asal telah pun meninggalkan kuliah berkenaan.Dengar pada ceritanya kerana dek sibuk dengan menguruskan projek Ladang kelapa sawit yang dianugerahkan olih anak syarikat GLC kerajaan negeri, jadi apakah sikap itu bolih termasuk didalam hubbul dunia (cintakan dunia) juga?.

PERIHAL SURAU
Sebenarnya masaallah ini lebih kepada aduan atau pun keluhan saja,berikutan kepada pemerhatian saya sendiri.diidalam bulan ramadhan yang lepas, didapati ramai pengunjung yang membanjiri pantai Batu Buruk, selain dari berriadah disebelah petang bersama keluarga jadi ada yang turut selesa untuk terus berbuka puasa secara santai,ada yang siap berbekal dari rumah ada yang membeli makanan tambahan dibazar ramadhan berdekatan.Sambil turut sama melayan anak anak kecil bermain main alatan permainan seperti buaian, papan jongkang jongkit,papan gelunsur dsb, sambil itu dapat juga menghidup udara segar dari lautan cina selatan.
Namun disebalik keindahan panorama dan juga pasarana yang disediakan didapati terdapat juga sedikit kecatatan, Walau pun surau juga turut disediakan akan tetapi keadaannya agak menyedihkankan,alhamdulillah selepas berbuka ada yang tidak lepaskan peluang lalu terus menunaikan solat maghrib disini.Walaupun tiada bilal atau pun imam tetap solat tetapi ada diantaranya yang bolih kehadapan maka secara sukarela menjadi tok imam atau setidak tidaknya ada yang bersembahyang  secara sendirian berhad.Apa yang hendak diadu atau diluahkan ialah tempat mengambil wudhu", sama sahaja diantara tempat lelaki dan perempuan dimana tempat ambil air sembahyangnya terdedah dan terbuka, bagi kaum lelaki tiada sangat masaallahnya akan tetapi bagi orang perempuan sudah tentu bolih mendedahkan aurat mereka. Nak buat perkara baik dimasa yang sama terpaksa mendedah aurat terlebih dahulu...Selain daripada itu kedudukan tidaklah spesifik dengan kedudukan paip airnya rendah dibawah paras lutut.Saya tidaklah sampai hendak mempertikaikan arah kiblat kerana diluar batas pengtahuan saya,akan tetapi apa yang dimahukan biarlah perkara asas ini dapat diperbetulkan,'ini belum lagi keadaan kain telekongnya yang diwakaf disini berbau busuk dan hanyir" runggut seorang jamaah perempuan...Siapa ADUN Batu Buruk? dia bertanya kpd saya....
Untuk ulasan "menilai peminpin" secara lebih lanjut rasanya terpaksa saya KIV dulu,insaallah jika berpeluang akan saya panjangkan didalam artikel yang akan datang,harap maaf dan harap maklum.

Tok ayah su-tunggu imam Mahdi....

Sabtu, 10 Ogos 2013

satu hari dihari raya...

Salam hormat!
"setelah matinya anak adam,tiada yang terlebih baik melainkan tiga perkara,pertama sedekah jariah disemasa hayatnya ada, kedua,meninggalkan ilmu yang bolih memberi menafaat dan ketiga, anak anak solih yang senantiasa mendoakan untuk kedua orang tuanya" maka beruntunglah sesiapa yang dapat membiasakan diri mengajar kepada anak anak mereka untuk berbuat demikian. 



tok ayah su-memupuk semangat anak anak berziarah dan berdoa dipusara datuk nenek....

Rabu, 7 Ogos 2013

salam syhawal....

share dari youtube-tkasih kepada pehak editing video ini.
Salam hormat!
Alhamdulillah kita sebagai umat islam diMalaysia khususnya esok akan merayakan satu hari yang paling bermakna dalam kalender islam dimana kita diwajibkan berpuasa dibulan Ramadhan yakni menahan diri dari makan dan minum termasuk nafsu shahwat disiang hari selama sebulan dibulan tersebut.

Maka tibalah masanya bagi mereka yang berjaya melawan hawa nafsu untuk bergembira merayakan kejayaan itu. Selain itu kita juga dituntut untuk saling kunjung mengunjungi kerumah kenalan sambil bermaaf maafan akan kesilapan lampau dan melupakan seketika segala sengketa jika ada. Sebelum  itu kita juga digalakkan untuk datang bersolat sunat hari raya.Namun jangan dilupa memakai pakaian yang bersih dan bersesuaian mengikut garis panduan menutup aurat. Disamping keghairahan berhari raya maka jangan dilupa kepada mereka yang kurang bernasib berbanding kita, sekiranya kita sengsara dengan kenaikan kos sara hidup namun nun dinegara luar sana masih lagi saudara seagama kita yang tidak merdeka samaada jiwa raga mahu pun minda mereka.Cantiknya ajaran agama islam ialah kita dituntut (wajib) menunaikan amalan mengeluarkan zakat,dengan itu dapatlah diagih agihkan kepada asnaf yang memerlukan.
Sejak kebelakangan ini soal keselamatan teramat mencabar dan semakin tragis,jika sebelum ini tidak pernah terdengar pun kejadian tembak menembak disana sini sehinggakan dari seorang penoreh getah sehingga ketauke besar malah ada dikalangan tokoh politik pun turut sama menjadi mangsa, masallah...apa dah jadi dengan negara ku yang dikatakan  paling aman itu....alih alih meletup sana sini macam kes AlTantuya lah pulak.

Apa pun saya mahu mengingatkan diri sendiri termasuk penguna jalanraya berhati hartilah selalu ketika memandu,dimusim perayaan sebegini sudah pasti keadaan jalan raya menjadi sesak, seandainya ada yang tidak mahu bertimbang rasa memandu mengikut selera dan bukan ikut peraturan jalanraya maka keadaan sesak akan menjadi bertambah parah dan bolih memberi natijah kemalangan bolih berlaku.Jesteru itu pertingkatkanlah kecekapan pemanduan disamping menentukan kenderaan didalam keadaan terbaik,periksa disetiap km yang ditetapkan, hindari memandu didalam keadaan mengantuk atau pun letih dan yang paling penting bagi orang islam jangan dilupa membaca doa untuk memulakan  pemanduan.Semoga perjalanan anda semua selamat pergi dan balik...insaallah.

tok ayah su-selamat hari raya aidil fitri...maaf zahir batin.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Tembak menembak:adakah ini puncanya?

Salam hormat!
Sejak dua menjak ini ramai dikalangan orang awam merasa cemas dan hidup dalam keadaan kebimbangan dek kerana mereka merasakan ketenteraman dan keselamatan semakin goyah dengan kerapnya berlaku jenayah berat yang melibatkan pengunaan senjata api.....bersambung
Sambungan- 
Sebelum itu saya ingin membawa satu cerita. Kesah ini diceritakan dari seorang kepada seorang kawan sehinggalah kepengtahuan saya,katanya disekitar tahun 70an dan juga diawal tahun 80an dia seorang melayu yang baru hendak mencuba nasib berniaga kota raya secara kecil kecilan dengan hanya membuka warung ditepi tepi bangunan disekitar KL.Antara cabaran yang dihadapinya ialah ganguan dari puak gangster yang mahu mengutip wang perlindungan secara haram atau gerainya diPAU olih puak sisamseng sepanjang masa.Jika tidak diberi pasti gerainya akan dikacau ganggu dengan pelbagai cara termasuk dicuri alatan kelengkapan diwarung itu. Begitulah nasib buruk yang dialaminya sehinggakan tidak tahan lagi lalu terus gulung tikar.Sebaliknya perniagaan haram seperti menjual nombor judi secara pasar gelap bolih pula beroperasi dengan selamat, kerana apa? kerana ada pehak yang mempunyai kuasa melindunginya dengan sebab ada sogokan rasuah, begitulah ceritanya kawan saya itu.

Setelah keadaan semakin baik namun sejarah menampakkan seperti mahu kembali semula,tetapi yang mengambil alih tugas mengutip PAU ini dibuat secara teratur dan senyap,cara mana? antaranya membuat exsperimen dengan formula baru yakni memperkenalkan cukai perlindungan dengan mengunakan khidmat orang tengah atau bolih juga dipakai bahasa tenaga bookkie atau jookie atau kd.terhadap para peniaga peniaga bilis khususnya.Untuk menghalalkan adalah dengan cara menaikkan harga barangan,sedikit darinya faedah
akan disalurkan kepada pehak pehak yang berkepentingan lagi yang ada kuasa itu.

bersambung lagi.... 
 Sambungan-
Baru baru ini terdapat sebuah ngo yang turun berdemotrasi bertujuan untuk mendesak kerajaan supaya tidak memberi kelulusan kepada pasar raya besar diujudkan hampiran taman taman perumahan atau dipekan pekan kecil kononnya bertujuan untuk memberi pembelaan kepada peniaga kecil disitu supaya tidak mempunyai persaingan.Wah...bunyinya cantik sekali,namun demikian sedarkan kita bahawa peniaga kecil inilah yang menghidupkan budaya kotor bekerjasama dengan ejen perasit yang saya namakan sebagai bookie. jookie  dan kd tadi.Jika mati perniagan  kecil itu maka bermakna tiadalah "masuk" kepoket mereka.maka sebab itulah mereka mahu mempertahankan agar gedung gedung berskala mega tidak beroperasi.Kerja jahat ini tidak akan dapat dikesan dengan mudah olih kebanyakan orang melainkan sekiranya ada yang sudah insaf dan kemudian berani tampil mahu mendedahkannya,apatah lagi kegiatan kotor tersebut mengunakan kaedah mesra dengan alasan untuk mengisi tabung derma kebajikan, eksprimen GST dan sebagainya.

Selain daripada itu alasan KPDNKK yang mahu membenteras kenaikan harga barang dengan mengadakan kawalan harga barang serta mahu menguat kuasakan undang undang kepada pesalah atau peniaga yang melanggar peraturan yang ditetapkan hanya sekadar beretorik sahaja.Lihat sahaja kenyataan menterinya memberi idea kartun "jika harga ayam naik jangan makan ayam",saya pun bolih cakap "jika tidak ada duit bolih makan budu" begitukah? Mantan menterinya dulu pun dua kali lima... serupa"katanya bolih beli ayam dipasar tani kerana harganya lebih murah" tidakkah itu sudah bercanggah,satu kata nak kawal letakkan harga siling dan satu lagi mahu mempromosikan FAMA dapat jual ayam harga murah.Sejak bila kerajaan bolih pulak berniaga dengan rakyat ni? Saya mahu memberi cadangan,sekira benar benar iklas mahu merengankan kos sara hidup rakyat,maka setiap aduan ataupun cadangan rakyat janganlah dipandang rengan atau dibakul sampahkan. Perbanyakan pusat aduan/cadangan sebagamana terdapat banyaknya balai balai polis diserata ceruk serta penguat kuasaannya bukan hanya dibuat secara bermusim dan berskala sahaja.

Berbalik kepada isu keganasan dan tembak menembak, terdapat pelbagai tomahan dilemparkan,antaranya dek kerana Akta undang undang darurat telah dimansuhkan,  dan ada pula mengatakan kerana ketiadaan pelaksanaan hukuman islam dijalankan dan juga mengaitkan dengan ajaran dari filem filem aksion yang keterlaluan, benarkan itu semua atau secara kebetulan? jika dari pengaruh filem maka sudah tentu kementerian komunikasi dan multimedia perlu memainkan peranan menapisnya, demikianlah seadanya...

Tok ayah su-bagus naik "b.....g" pada malam jumaat sebab sunat....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan