arkib

Jumaat, 31 Oktober 2008

Apakah kita ambil peduli ?


Kira kira beberapa hari yang lepas poksu telah dijemput menghadiri mesyuarat khas AJK diperingkat Majlis Tindakan DUN (MTD) bagi membincangkan beberapa perkara,dalam banyak banyak hal, poksu hanya hendak menyentuh satu perkara sahaja iaitu berkaitan dengan agenda menghadapi musim banjir,bagi mereka mereka yang tidak pernah merasa bagaimana perit dan terseksanya dalam keadaan menghadapi suasana musibah yang menimpa ini sudah tentulah mungkin tidak merasa apa apa perasaan yang serius,namun bagi mereka mereka yang tinggal ditanah tanah rendah pasti akan peka dan sentiasa rasa cemas kerana setiap tahun rumah rumah mereka sentiasa ditengelami air banjir.


Bagaimana dan cara mana hendak mengatasinya mestilah dicarikan satu formula,walaupun musibah ini tidak bolih disekat sekat kerana yang mendatangkannya adalah dari Allah jua("kami mengetahui apa yang kamu tidak tahu"-kata Allah), jadi setiap sesuatu kejadian itu dibawah hikmahnya jua.Namun demikian ini tidak bermakna kita tidak perlu berikhtiar untuk tidak membuat perancangan membendung atau meringankan beban mangsa mangsa banjir ini.


Sedarkah tatkala kita sedang sedap lena tidur malam tapi mereka yang terlibat dengan suasana banjir sentiasa dalam keadaan berjaga jaga,jika dapat tidur pun hanya sekadar tidur tidur ayam sahaja.

Apa tidaknya,setiap kali hujan turun lebat maka setiap kali juga penduduk kampung yang terlibat merasa cemas,didalam kepala sentiasa bermain perasaan bagaimana hendak menyelamatkan diri, keluarga mahupun harta benda.Sudah tentulah dalam keaadaan kecemasan sebegini tidak bolih dilakukan secara berseorang diri,olih yang demikian jika ada tangan tangan yang sudi menghulurkan bantuan alangkah gembiranya hati hati mereka.Jesteru itu siapa lagi yang bolih diharapkan untuk turut sama turun padang jika tidak pemimpin pemimpin diperingkat kampung, pemimpin diperingkat kampung inilah yang perlu mengambil langkah langkah awal untuk bertindak sebelum datangnya bantuan dari pehak pehak luar seperti dari pasukan bomba,polis mahupun tentera.Bantuan yang dimaksudkan ialah dari segi menyediakan skuad pemantau khas yang bolih menyelamat dan juga menolong memindahkan harta benda kepusat pusat penempatan sementara mangsa mangsa banjir tadi,jika bolih diadakan sedikit peruntukan keuwangan untuk tujuan tersebut alangkah baiknya.


Berdasarkan kepada pengalaman ditahun tahun yang lepas,didapati terdapat dibahagian bahagian tertentu rumah seperti dikawasan dapur dan dikawasan beranda rumah ada yang hampir roboh dihakis olih air banjir yang deras,penghuni rumah terpaksa kehulu dan kehilir memunggah barang untuk diangkut ketempat tempat yang agak tinggi dan dijangkakan selamat,yang mendukacitakan kita ialah mereka yang tidak terlibat kurang mengambil endah atau peduli malah sanggup membiarkan mangsa banjir terkial kial seorang diri,mereka yang tidak perihatin ini lebih suka berselimut diatas beranda melihat dari jauh dengan alasan takut untuk turun padang kerana katanya "takut sejuk". Sikap seperti ini teramatlah buruk dan perlu di ubah mentelitinya supaya lebih bersifat mengambil cakna.Jesteru itu poksu mencadangkan supaya diujudkan satu operasi sementara yang mungkin bolih diberi nama "ops banjir",dimasa inilah perlunya diadakan beberapa anggota yang senantiasa dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan bolih juga diujudkan satu talian khas untuk mudah dihubungi jika sekiranya berlaku sebarang kecemasan.Poksu sebagai salah seorang penduduk kampung yang terut terlibat menghadapi suasana banjir, sudah tentulah mengharap dan mengalu alukan pertolongan dan bantuan seperti yang dimaksudkan tadi. Ini barulah namanya kearah negara berkebajikan dan pemimpin yang berperihatin !!


poksu- percaya penduduk kampung juga ingin melihat bagaimana dan cara mana pemimpin mereka dapat "serve problem" (selesaikan masaallah) sama ada setiap permasallahan itu dirujuk atau sememangnya dibawah pengtahuan pemimpin itu sendiri.

Khamis, 30 Oktober 2008

Buat renungan bersama !


Malam semalam (30/10/08) sebahagian daripada ahli qariah masjid dikampung kami telah menerima seorang tetamu luar dan tetamu tersebut berkesempatan menyampaikan kuliah selepas solat maqrib,tetamu istimewa yang dimaksudkan itu ialah Ybhg Dato"Tuan Ibrahim bin Tuan Man (gambar:berserban).


Diantara isi kuliah yang disampaikan ialah bagaimana sejarah bermulanya pemisahan agama dengan politik,menurut beliau "sejarahnya bermula dizaman kegemilangan agama Kristian iaitu diabad ke3 hingga ke8 masehi,sewaktu ini kesemua urusan kehidupan seharian termasuk pentadbiran politik dibawah kawalan gereja.Sesiapa yang tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat olih pehak gereja akan dibunuh,termasuklah ahli sains juga ada menjadi mangsa kerana berselisih pendapat diantaranya teori bumi olih pehak gereja mengatakan kedudukannya mendatar sedangkan ahli sains telah membuat kajian kedudukan geografi dunia dalam bentuk bulat.Akhirnya satu demi satu para golongan profesional telah mengistiharkan diri untuk memisahkan diri dari agama,maka lahirlah golongan dinamakan kumpulan Protestain,selepas itu tinggallah gereja hanya berfungsi untuk majlis kematian dan perkahwinan sahaja,dengan kata lain politik suku agama suku.

Pengaruh inilah telah turut sama disebarkan olih para penjajah yang telah menjajah negara kita disewaktu masa dahulu,sehingga ada orang orang kita menganggap agama dan politik perlu dipisahkan kerana agama itu suci sedangkan politik itu kotor, itulah dakyah yang telah meresap kedalam fikiran sesetengah orang daripada kita hasil dari kesan yang dibawa olih para penjajah barat".Sebenarnya tambah beliau "walaupun ada mahupun tidak ada tercacat sesuatu peraturan didalam kitab agama atau pun dalam Alqur"an,namun untuk mengadakan aturan peraturan tersebut pasti memerlukan penguatkuasaan,jadi apakah bolih sebagai contoh hendak mengadakan undang undang peraturan jalan raya jika tidak kita mempunyai kuasa untuk berbuat demikian (walaupun dalam agama tidak menyatakan secara khusus),hendak memperolihi kuasa salah satu caranya dengan bersiasah/politik,jadi maksudnya apakah wajar politik dipisahkan dengan agama?sudah tentu tidak".


Itulah teori mudah dan simple yang telah diperkatakan olih Ybhg Dato" dalam kuliah tersebut,tambah beliau lagi,sifat dan naluri orang muslim kebiasaannya lembut dan tidak suka berlawan,termasuklah Junjungan Nabi Mohammad SAW sendiri lebih suka kepada perundingan,walaupun ada media barat membuat kajian Nabi mohammad SAW sorang yang paling hebat,disegi ilmu peperangan, pentadbiran/politik mahupun ekonomi namun dimasa yang sama mereka cuba menutup dan sembunyikan kelebihan Nabi Mohammad seorang Rasul utusan Allah SWT".Katanya lagi "dalam Surah AlFatihah menyebut supaya Allah SWT "tunjukkan jalan yang lurus".begitulah juga dizaman sebelum islam (jahilliah) Nabi Mohammad menyerukan kaumnya supaya meninggalkan menyembah berhala dan tinggalkan dari melakukan perkara syirik kepada Allah,lalu berlakulah pertentangan pendapat dengan pengikut Abu Lahab yang mengatakan Mohammad SWT cuba melakukan pecah belah,maka disini terjadilah sifat berlawan,perlawanan disini untuk mencari jalan yang lurus,olih itu kadangkalanya sifat berlawan ini perlu demi untuk mencari kebaikan dan keluar daripada melakukan perkara keburukan dan kerosakan".

Akhirnya beliau berpesan siasatlah terlebih dahulu setiap berita yang dibawa olih seseorang kerana sejarah nabi Mohammad SWT sendiri hampir hampir membawa kepada natijah peperangan apabila seorang utusannya yang telah tersalah lapur berkaitan dengan kumpulan yang enggan membayar zakat,sehinggalah turun ayat dari Jibrail yang menyatakan jangan mudah terima berita yang dibawa olih orang fasiq,beliau juga berseru "sebaik baiknya jadilah seorang Penolong kepada agama tetapi bukan mengambil kesempatan keatas agama".....!!!
(antara ahli qariah masjid yang hadhir)
Poksu-moga dapat dijadikan pedoman, setidak tidaknya untuk diri sendiri....


Rabu, 29 Oktober 2008

Pesanan penaja (7)



Jangan percaya kepada petua yang karut marut kononnya air kain perahan pakaian dalam bolih melariskan jualan makanan...ingat dosa pahala bang!!

















Poksu-Pastikan bahan/ramuan yang hendak
memproses sup dari rempah ratus yang segar!poksu akan cuba memberitahu cara mana nak bagi sedap....tunggu......insaallah !!













Isnin, 27 Oktober 2008

Dipetik dari blog MSO sebagai berkata:-


Komen dari meja Analisis-
Seronok Murai tenguk apa yang orang Umno Johor lakukan. Cuma Murai nak tanya apakah yang berlaku itu bukan berfahaman sempit, terkongkong dan punyai semangat kenegerian yang kuat? Kalau keadaan itu berlaku pada negeri Murai sudah tentu ada yang akan mengatakan orang Umno Kelantan bersikap "budu".... semua sokong puak dia. Tetapi kerana ia berlaku di Johor maka dihalalkan.
Apakah kerana Umno itu didakwa ditubuhkan di Johor maka orang Johor merasakan Umno itu hak dia? Macam orang Arab merasakan Islam itu hak mereka kerana Islam itu lahir di bumi Arab. Justeru Umno perlu dipimpinan oleh orang Johor dari bawah sampai ke atas? Begitukah....
Murai tidak dengki dan tidak ada hak pun nak dengki. Mungkin juga kerana orang Johor semuanya baik-baik, punyai moral politik yang tinggi macam Syed Hamid maka mereka diusung dan dipuja oleh rakyatnya sendiri. Tidak macam orang Umno negeri Murai perangainya macam spring alias macam kodok melompot-lompat tidak ada prinsip, suka buat kacau yang mana setengahnya terpaksa ditohok oleh Umno kerana berbau sangat hamis dan busuk.

Poksu-pepatah orang orang tua berkata,sebusuk busuk daging,dikicah dibasuh dimasak dimakan jua,ini bererti tak akan putus air dicincang,tak akan lari gunung dikejar, ada jodoh tak akan kemana......Budu itu "gapo"?bu.....t dan duit memainkan peranan utama dalam kehidupan seharian,walaupun duit bukan segala segalanya tapi bab kata orang kerana budi tergadai body ! ada juga orang berkata jangan mudah percaya kepada dua benda allah ini iaitu "d.....t dengan b.....t" tak percaya cuba lihat gambar gambar ini:













Ahad, 26 Oktober 2008

Dipetik daripada Blog Sdr Roslan sms sebagai berkata:-


Komen dari meja analisis

Saya yakin orang PAS akan terus bercakap berkenaan Islam walau apa yang berada di hadapan mereka, tidak ada mana kuasa sekalipun yang mampu membisu atau membatukan kita dari terus memegang dan melangsungkan amanah jihad ini. Kita berjuang untuk memartbatkan Islam, lantas siapa sahaja yang bercakap atas perkara yang sama akan kita raikan, kerana itu apabila DAP bercakap berkenaan Islam kita raikan mereka, apabila Umno mahu kepada Islam kita raikan mereka, bukan bermakna kita sudah menjadi mereka tetapi kerana Islam itu dasar dan prinsip perjuangan kita. Jangan sampai kita kononnya berjuang Islam tetapi orang lain yang lebih ke hadapan dan jauh mendahalui kita.Kerana itu juga siapa sahaja yang tentang Islam, kalau Umno, maka kita akan tentang mereka, kalau DAP maka begitulah juga. Kita tidak pernah berpura-pura atau menyembunyikan Islam kita, melainkan kita sudah tidak yakin pada perjuangan ini, moga dijauhkan Allah swt.


Poksu-Assalamulaikum,Semalam poksu sempat mendengar satu perdebatan hangat berkisar kepada soalan adakah Pas berhasrat mengambil alih kerajaan pusat ?,jesteru itulah juga topik komen dan analisa yang akan dikupas pada kali ini.

Apa yang dilaung laung ditas pentas kononnya pas bersedia untuk mentadbir Negara dilihat hanya sekadar cakap cakap retorik politik semata mata,ini jelas terbukti apabila terdapat dikalangan kepimpinan pas Trg (khasnya) menyanggah idea DSAI untuk memujuk ahli parliment BN supaya melompat keparti parti gabungan PR sebagai tipu,keadaan ini telah menimbulkan sedikit rasa kurang senang dan terganggu emosi dikalangan ahli ahli diperingkat akar umbi.Harap harap “mood” mereka tidak turut sama berubah untuk tidak terus hilang keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan.

Kerapuhan untuk mendapat kesefahaman dalam PR ini secara tidak langsung telah memberi satu bonus kepada kerajaan Umno/BN untuk kekal berkuasa.Sebagai tanda bukti terima kasih kepada kepimpinan pas trg maka kita lihat pada hari ini kerajaan umno/Bn
Trg telah bermurah hati membenarkan aktiviti kepartian Pas Trg dibuat didalam Dewan Dewan kepunyaan Majlis Perbandaran,satu majlis Ijtimak muslimat telah diadakan didalam dewan MPKT manakala Ijtimak kepimpinan Pas trg akan dibuat diDewan perbandaran Bandar Cukai Kemaman dalam tempoh masa yang terdekat ini.Apakah erti semuanya ini jika tidak kerana umno/Bn trg telah termakan budi dengan tidak terjadinya peralihan kuasa diperingkat pusat olih kerana gangguan ganguan yang disebutkan tadi.

Kita ingin bertanya “apakah PR mampu dengan hanya berkuasa didalam satu dua negeri dapat merubah segala segalanya? Sebagai contoh hendak merubah dasar undang dan peraturan islam dalam pentadbiran,mampukah?jawapannya sudah tentu tidak selagi PR tidak dapat menguasi sepenuhnya kerajaan diperingkat Pusat!mahu tidak mahu maka akan kekallah PR sebagai sebuah kerajaan pembangkang dari dulu kini dan mungkin selama lamanya….mahukah kita begitu?

Langkah berbaik baik diantara Pas dengan umno trg hari ini adalah pelan “B” untuk meneruskan agenda bermuzakarah yang telah diheboh heboh sedikit masa dahulu, walaupun isu tersebut telah dianggap selesai,namun ianya telah meninggalkan kesan kudis yang berparut,agak ramai yang telah terbuku dihati,ada yang telah berpecah dua disegi mengemukan pendapat,ada yang pro untuk mempertahankan (defend) kepada mana mana kepimpinan yang terlibat dengan muzakarah Pas-Umno dan ada pula pendapat yang kont dengan membuat pendirian langkah DSAI haruslah disokong jika ingin melihat kejatuhan kerajaan BN sekaligus PR pula yang akan mengambil alih.

Kenyataan akbar olih kepimpinan Pas Trg isu 16 Sept. telah memberi impak besar disegi semangat dan moral kepimpinan diperingkat akar umbi.Ada yang berbelah bahagi kepada siapa lagi yang hendak ditaruh harapan?Berita akbar samada arus perdana mahupun akbar keluaran parti tidak mampu mengembalikan semangat yang telah hilang jesteru itu satu cadangan telah dibuat agar satu ceramah perdana perlu diadakan disini supaya ada yang bolih melihat dan mendengar dari mulut kepimpinan sendiri kerana mereka merasa seolah olah telah tertipu dengan mainan politik peribadi dan ada yang masih tertanya tanya SIAPA TIPU SIAPA??(katakan benar walaupun pahit)

Sabtu, 25 Oktober 2008




















Poksu-Berpeluang bertemu muka dengan sahabat sahabat lama (gambar) dalam satu majlis sambutan hari raya anjuran Persatuan Veteren RSD, dan rasanya belum terlambat untuk mengucapkan salam hormat dengan tangan dihulur tanda mohon kemafan dipunghujung bulan Syawal ini......!

Khamis, 23 Oktober 2008

Pesanan penaja (6)







1.Hendak kaya,kena berniaga...betul ke?Satu perSepuluh rezeki datang dari perniagaan,tapi jangan tipu sukatan dan timbangan(al-Almutoppipin:1-3), serta jauhi amalan riba",Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba"(Al-Baqoroh:275).










2.Hendakkan dunia dengan ilmu,dan hendakkan akhirat dengan ilmu jua.

















3.Hendakkan dapatkan ilmu kena rajinkan diri menghadhiri kursus ataupun apa apa jua majlis ilmu.












4.Apa jua bidang biar sampai ketahap pakar....













5.Berkat kerajinan,pasti akan dibalas atau diberi pengikhtirafan.









5.Tamat dalam satu satu fasa,kena cari fasa ilmu seterusnya...














6.jangan lupa tunaikan kewajipan sosial....












7.Tunaikan atau hulurkan sumbangan seberapa yang termampu,mudah mudahan diberkatilah...







8.Info sihat-kesah benar,pada suatu hari seorang warga emas telah terjatuh lalu terseliuh tulang sendi bahu,setelah dirawat olih seorang tukang urut, didapati segala tisu lemak didalam sendi sudah kering dan tidak lagi bergris
(menurut tukang urut tersebut) lalu disyorkan agar rajin amalkan memakan daging berlemak seperti sup gear box (gambar) ,itulah kelebihan khasiat sup tulang sendi lembu ini,selamat mencuba....!
Poksu-Hari ini lebih baik daripada semalam,itulah kejayaan sebenarnya....!!

Selasa, 21 Oktober 2008

Dipetik daripada Blog Sdr Roslan sms sebagai berkata:-


Dari Meja Analisis
Parti menerajui kerajaanPAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Pusat telah menganjurkan satu seminar bertajuk: “Penglibatan PAS dalam urustadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat berasaskan siaysaha syariah” di Shah Alam hari Sabtu lepas.Seminar ini telah diresmikan oleh Tuan Guru Presiden PAS yang turut menyampaikan ucaputama dengan tajuk “Prinsip-prinsip syariah dan amalan di Malaysia dan pengalaman PAS”. Lain-lain kertas yang dibincang adalah “Pengalaman PAS dalam BN (1973-78) analisa pencapaian PAS” oleh Dato’ Mustapha Ali, “Pengalaman PAS dalam pentadbiran negeri Kelantan (1990-2004)” oleh Ustaz Dato’ Abd Halim Abd Rahman dan “Siyasah syariah dalam kerajaan Pakatan Rakyat: Kedah, Perak dan Selangor” oleh Ustaz Dato’ Harun Taib.Seminar telah ditutup oleh Dato’ Dr Harun Din, Timbalan Mursyiudl Am PAS.Apa yang menarik perhatian saya adalah resolusi yang telah diluluskan diakhir seminar tersebut. Menurut Ustaz Nasruddin at Tantawi di dalam blognya http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/ semua sekali terdapat 13 resolusi dan 4 cadangan.Resolusinya yang pertama berbunyi:Parti mesti menerajui kerajaan dan bukan sebaliknya. Perangkaan dasar, program, penubuhan jabatan dan institusi baru mestilah diputuskan oleh parti terlebih dahulu .

Saya mengharapkan agar kesemua kertas-kerja yang dibentangkan serta resolusi dan cadangan seminar yang sangat penting ini akan segera disebarkan dikalangan pimpinan dan kekuatan akar-umbi parti.


Poksu-Tertarik dengan pendapat dari seorang Prof undang undang UIAM yang tersiar dalam akbar Sinar Harian 20 Okt 2008 yang jika direngkaskan lebih kurang begini bunyinya “Sebuah kerajaan dalam sistem Demokrasi berparlimen seperti diMalaysia ini para ahlinya dilantik olih ahli Parliment itu sendiri,ini bererti satu kerajaan itu terbentuk bukannya secara langsung olih pengundi parti,olih yang demikian jika ada terdapat berlakunya undi tidak percaya maka wajiblah kerajaan itu melepaskan kuasa dan menjadi tanggungjawab untuk Yang diPertuan Agong,Raja Raja atau yang diPertua Negeri untuk melantik kerajaan baru.

Namun jika berlaku justifikasi kelainanan atau perbezaan pendapat dalam sesama prinsip kesepakatan contohnya dalam kerajaan negeri PR hari ini maka mekanismanya mestilah diambil dalam satu nada dan satu suara,ini kerana masing masing terikat dengan tanggungjawab bersama,hak kebebasan bersuara hanya perlu diluahkan dalam bilik mesyuarat dan bukannya bolih didedahkan secara terbuka dalam kabinet yang terdiri daripada pelbagai wakil (exco) dari kalangan lain lain parti didalamnya,dalam kontek ini Wakil Kerajaan (PR) tidak perlu menzahirkan ketidak kepuasan hatinya walaupun atas dasar hak kebebasan bersuara,langkah bijak hanya perlu mendiamkan diri sahaja demi untuk menjaga keutuhan parti yang diwakilinya.Jika tidak,buatlah pilihan kata dua mahu kekal atau letak jawatan sebagaimana yang dilakukan olih Datuk Zaid Ibrahim yang tidak bersetuju dengan pengunaan ISA olih kerajaan.

Apapun apa yang hendak dikaitkan disini ialah pengunaan eset kerajaan untuk parti,yang difahami harta benda kerajaan dan duit ringgit kepunyaan parti adalah dua perkara yang berbeza.Bukankah eset kerajaan itu puncanya adalah datang dari tangan rakyat yang terbanyak disamping dari lain lain punca khazanah alam?,manakala harta benda parti itu pula hasil dari “collective” (dikumpulkan) hanya puncanya dari ahli parti dan juga penyokongnya sahaja,jadi apakah rasionalnya sebuah kerajaan itu mesti diterajui olih dasar parti tanpa diputuskan bersama pakatan kumponem parti didalamnya…..??

Isnin, 20 Oktober 2008

Dipetik daripada Blog Sdr Roslan sms sebagai berkata:-


Saya mendapat maklumat melalui blog Sdr Amin Iskandar di http://aminiskandar.wordpress.com/ bahawa bekas pejuang tanahair Shamsiah Fakeh meninggal dunia pagi tadi. Alfatihah.Saya sangat meminati perjuangan tokoh besar ini dan banyak membaca serta membuat kajian berkenaan latarbelakang beliau yang sepatutnya kini merupakan sebahagian dari rekod sejarah Negara. Saya berkesempatan berjumpa dengan beliau beberapa tahun lalu dengan bantuan Siti Nor Hamid Tuah.Ketika itu WTV8 sempat membuat rakaman pertemuan tersebut dan telah pun meneribitkan sebuah dokumentari berkenaan perjuangan Allahyarham Shamsiah. Siapakah sebenarnya beliau, latarbelakang yang mendorong beliau lari ke hutan untuk meneruskan perjuangan, penyertaan beliau dalam PKM dan akhirnya kepulangan beliau ke tanahair dari Beijing sebelum dari Perjanjian Damai PKM dengan kerajaan Malaysia.

Komen poksu-mengagung agungkan bekas anggota PKM sebagai tokoh pejuang tanah air adalah kurang manis malah bolih ditafsir menghina perjuangan Anggota keselamatan termasuk tentera dan polis,sedangkan kita tahu berapa banyak keluarga anggota keselamatan meninggalkan balu, anak anak mereka juga ada yang jadi yatim piatu malah yang terselamat ada mendapat kecacatan kekal kesemuanya angkara PKM (poksu juga ada sedikit sebanyak pengalaman bertempur dengan mereka ini),apakah kita perlu menyokong ediologi pengganas yang tidak mengakui ujudnya tuhan/agama ini,sebab itulah kezaliman mereka tanpa batas peri kemanusiaan,cita cita mereka adalah semata mata untuk kuasa,cuma setelah perjuangan PKM gagal barulah kita lihat sebilangan daripada mereka ada yang insaf dan kembali,apa pun biarlah kita ikhlas untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarhamah Samsiah Fakeh (jika ada masa cuba kita “check back” sirah peperangan Jamal vs Siffin diera Khalifah al-Rashiddin).

Ahad, 19 Oktober 2008

Pesanan penaja (5)





















1.Memancing didaratan,pakai umpan tulang bergantung...ha...ha...ha...








2.Para ahli pancing,umm..pasti sedap agaknya ya...?















3.jika nak turut serta,silakan...."this is my kad"!!










3.ataupun bolih juga ikut pelan ini......








Poksu-Ingat pesan ibu, jika perut ikan sedang lapar,apa saja umpan pun akan mengena tapi jika umpan itu sedap tidak banyak sedikit pun ikan pasti akan datang untuk "mengutis" (untuk merasa) SELAMAT DATANG!!

Sabtu, 18 Oktober 2008

Dipetik daripada Blog Sdr Roslan sms sebagai berkata:-


Di Parlimen semalam, Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar telah memberikan jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen PAS Titiwangsa YB Dr Lo’lo Dato Ghazali. Dr Lo’lo betanya mengapa pondok polis di kawasan berkenaan ditutup dan ditinggalkan begitu sahaja. Semua pihak mengakui dan menyedari akan masalah jenayah dan sosial yang menjadi-jadi di kawasan berkenaan, tiba-tiba pondok polisnya ditutup!Lalu jawab Syed Hamid ianya ditutp kerana kehadiran penjenayah mengakibatkan keselamatan pihak polis tidak lagi terjamin, sila rujuk laporan The Star hari ini:http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/10/17/parliament/2300354&sec=parliamentMasuk akalkah jawapan ini? Tambah Syed Hamid pondok polis itu terletak di kawasan yang kotor dimana dibimbangi boleh mengakibatkan anggota yang bertugas dihinggapi penyakit berbahaya. Soalan Dr Lo’lo ini tidak sempat dibincangkan dalam dewan sehinggalah ahli parlimen PAS Kuala Krai YB Dr Hatta Ramli membangkitkannya semasa perbahasan belanjawan oleh ahli parlimen Gombak, YB Azmin Ali.


Komen Poksu-Garis panduan dan doa-Apabila ditulis pd cebisan kain dari surah Al-Maidah ayat:1 serta dibaca juga bersekali dengan dengan doa ini "Allahumma bihaqi aayatissarifah ummhuzana wazzaiigho min kolbi (pulan bin pulan/fulanah bt fulanah) painaka paeilun limaturidu waa ta"annta arhamarroohimin"

ertinya "ya Allah,dgn kebenaran ayat yang mulia ini,hapuskan zina dan segala kekotoran drpd hati (sipulan bin sipulan/fulanah bt fulanah:bagi perempuan)sesungguhnya engkaulah yang memperbuat segala sesuatu dan engkaulah juga maha pengasih"

Ingatan:Cebisan kain tadi dipendamkan didalam kubur orang yg sudah tidak dikenali sambil melafazkan kata kata ini "sebagaimana telah mati orang punya kubur ini maka matikanlah juga perbuatan zina daripada sipulan/fulanah tersebut" maka dengan itu perbuatan zina (samaada individu atau lokasi) yang sudah bermaharajalela tadi akan terhenti beroperasi, insaallah (dengan izin Allah jua)-selamat mencuba,
Awas... jangan guna untuk matikan nafsu sahwat !

Rabu, 15 Oktober 2008

Rotan merotan,releven ke?



Dari meja alalisis


Kelmarin (15 0kt 2008) poksu mengikuti penuh minat perbahasan pembentangan bajet dewan rakyat diParlimen,dalam banyak banyak perkara,poksu hanya ingin menyentuh satu perkara sahaja iaitu isu pendidikan (jika ada kesempatan akan sentuh sedikit dalam bab agama),ini kerana pendidikan dan agama sememangnya dibawah kapisiti poksu sebagai biro berkenaan didalam satu organisasi NGO yang poksu sertai buat masa ini.

Yang disebut pertamanya berkaitan dengan permasallahan rotan merotan kepada mana mana murid yang melanggar peraturan sekolah,apa yang difahamkan peruntukan hukuman tersebut diberi kuasa kepada pehak sekolah dengan kaedah kaedah tertentu seperti tidak dibenarkan dilakukan dikhalayak ramai,jika terpaksa dilakukan maka dibenarkan menjalankan hukuman ini secara tertutup dan hendaklah dikenakan rotan dibahagian anggota badan hanyak ditapak tangan ataupun dikawasan punggung secara berlapik.

Disini poksu tidak berminat untuk mencadangkan supaya hukuman ini dibatalkan atau dimansuhkan,ini kerana jika dilihat dari sudut kacamata agama itu membenarkan tindakan membenarkan merotan secara rengan dengan niat untuk memberi pengajaran apabila seorang anak tersebut tidak menunaikan amalan solat dalam rukun agama,namun demikian hukuman hudud juga perlu ditanya kepada ahli agama adakah perlaksanaanya membenarkan hukumannya dibuat dikalayak ramai?.sebenarnya soal hukuman ini bukanlah dibimbangi sangat olih murid tetapi lebih kepada kerisauan dari ibubapa sendiri,kerana mana ada ibubapa yang sanggup anaknya dimalu atau diaibkan dikyalayak ramai,lebih lebih lagi jika seseorang ibubapa itu seorang berpengaruh atau seorang VIP dikawasan tersebut,apa tidak betulkah begitu?nanti kelak akan ditanya anak siapakah itu ? ha…ha…ha… (nak tergelaklah pulak).

Manakala dari perhatian poksu sendiri,masaallah disiplin ini tidak pernah dibincang secara panjang lebar olih PIBG,peranan PIBG hanya lebih kepada hal hal kebajikan semata,bagaimana nak kumpul wang untuk adakan khemah kerja (kem) atau melawat kemana mana,ini terbukti dimana poksu masih ingat diera tahun 2000-2004, segerombolan orang politik (JSR) telah mengadakan satu perjumpaan untuk berbincang dengan para guru sekolah untuk menangani masaallah disiplin dan ponteng ini,yang dilihat semakin hari semakin serius dan kritikal seolah olah pehak sekolah tidak dapat mengatasinya lagi,masyarakat melihatnya semakin menular,jadi tujuannya perjumpaan itu untuk mencari jalan penyelesaian,hendak mencari dimana punca kelemahannya, adakah dari pengurusan sekolah atau kelemahan dari pehak ibubapa sendiri?Diantara hujah yang diberi olih guru ialah ibubapa mengambil sikap mengambaikan tanggungjawab untuk mendidik anak anak mereka dengan alasan guru hanyalah mempunyai masa 5-6 jam masa sehari sedangkan selebihnya masa murid murid tersebut adalah berdampingan dengan ibubapa masing masing,jadi patutkah soal pendidikan ini harus diserahkan seratus peratus kebahu seorang guru?soal mereka.

Ya,memang betul jika dilihat secara mata kasar ada kebenarannya,tetapi kita harus ingat dan akui juga bahawa peranan guru tetap guru manakala peranan ibubapa tetap berberbeza,tugas dan tanggungjawab ibubapa/penjaga lebih luas iaitu menjurus kepada mencari nafkah wajib untuk seisi keluarga dengan kata lain adalah menyediakan keperluan ekonomi termasuklah untuk menampung urusan perbelanjaan persekolahan anak anak,dalam pada itu ada juga dikalanagan ibubapa walaupun telah berkerja keras tapi masih lagi tidak mampu menghantar anak anak mereka kekelas “tuisyen” berbayar,malah dikalangan ibubapa yang lebih intelek pun adakalanya terpaksa kehulu kehilir untuk berceramah atau berdakwah sehingga menyebabkan masa mereka juga amat terhad untuk bersama keluarga,apatah lagi bagi ibubapa yang tiada pengtahuan ilmu untuk mengajar sambilan dirumah,sudah tentu lebih parah lagi jika seorang ibu bapa itu mempunyai bilangan anak yang ramai,jika seorang anak hendak ditumpukan ½ jam seorang cuba dharabkan dengan 8 orang,sudah tentu banyak masa yang diperlukan,ini tidak termasuk masa yang diperuntukkan untuk mengajar kelas al-Quran.Jadi kita harap urusan ibubapa tidak akan terbantut dengan mencampur adukan urusan pendidikan ekedemik/pelajaran ini dengan urusan kehidupan harian mereka.Berlainan pula dengan seorang guru,tugas mutlaknya mengajar dan bidang ini juga adalah periuk nasi mereka (kerjaya),dengan bahasa kasarnya gaji guru itu dibayar olih ibubapa (rakyat).Apa pun alasan guru dulu dan guru kini terbeban dengan tugas tugas sampingan adalah tidak releven untuk tidak berkeupayaan melakukannya.Maka wajarlah ibubapa swastakan sahaja soal pendidikan ini kepada para guru.

Poksu juga ingin berkongsi cerita dimana anak seorang kawan poksu berupah sikap setelah menjejaki keperingkat sekolah menengah,tidak sampai 3 bulan berada didalam kelas,kerusi pun belum panas lagi tiba tiba sudah pandai panjat pagar untuk ponteng kelas,sedangkan semasa didarjah enam anaknya tidak pun pernah melakukan demikian,jadi apakah asasnya yang mengatakan anaknyalah yang jadi punca masaallah,walhal jika diteliti budaya ponteng ini telah lama wujud disekolah menengah tersebut,jadi apabila masuk sahaja pelajar baru akan terus terjerumus sama,soalnya apakan ini bukan kegagalan pentadbiran sekolah namanya? Nasib baiklah pelajar perempuan memakai baju kurung yang lebih menyusahkan untuk memanjat pagar,jika tidak pelajar perempuan turut terkangkang sama memanjat! Ha…ha…ha…

Kesimpulannya,kata kawan tersebut “mengawal disiplin sekolah seumpama sama dengan peranannya sebagai mata telinga kepada guru besar semasa beliau sekolah dahulu,dimasa itu beliau dilantik secara sulit olih guru,setiap hari beliau diarah masuk kebilik guru untuk melapurkan jika sekiranya ada apa apa permasallahan,punca permulaannya setelah sebuah kereta guru dibocor dan dicalar olih seorang murid yang tidak dikenali,ketegasan guru besar bertindak tegas keatas murid yang bersalah tersebut akhirnya dapat mencegah mengundangnya gejala khianat itu berkembang”.katanya.

Sebenarnya poksu sendiri mengalami pengalaman sebegini,mengawal disiplin anggota khususnya yang baru masuk keunit setelah tamat kursus asas rekrut,segelintir daripada mereka merasa besar diri dan bersikap keras kepala,sukar untuk menerima arahan atau sebarang perintah,tindak tanduknya banyak menimbulkan masaallah,budaya merosakkan kenderaan “orang yang tidak disenangi” semasa dialam persekolahan masih ada lagi diamalkan.Kononnya untuk protes atau membalas dendam secara senyap.Disinilah memerlukan kebijaksanaan seorang pegawai yang perlu pandai menanggani atau mengambil tindakan tegas untuk membendungnya.
Poksu-Sering beritahu guru,pukul dan rotanlah jika perlu anak anak saya,tapi janganlah sampai patah atau buta,hindarkan sebarang kecacatan kekal…..!

Ahad, 12 Oktober 2008

Anak anaklah "modal insan"ku (4)

1."Loading" penuh penuh ni nak pergi mana ni ?



2.Long distant (jalan jauh) rupanya ! berhenti rehat dulu di R&R lebuhraya....


3.Haa...dah sampai pun,ooo hospital bersalin (HBKL),oop! nak parking kena bayar jugak ka?


4.Datang nak meraikan kelahiran "orang baru",kena operate baru keluar,Alhamdulillah selamat.


5.Terima kasih kepada semua,para kakitangan hospital dan juga pelawat yang sudi menziarah.

6.Inilah dia wajahnya,seorang "mu-jihad-din"(lelaki),bertambah seorang lagi hamba Allah.
Poksu-orang tidak bertanya berapa banyak harta,tetapi yang ditanya berapa anakcucu yang kamu ada,cucu sulung poksulah ni,dah dapat gelaran Datuk dah...ha...ha...ha...

Rabu, 8 Oktober 2008

Suka duka sebelum dan selepas raya


1.Apabila Pekan dan kampongku dibanjiri perantau,senarionya jauh berbeza,jalanraya turut sesak.....bagaikan berada disebuah ibukota kota besar!


2.Aktiviti perniagaan turut rancak.....kemaruk nak makan,sebab lepas geram dek puasa sebulan!
3.Tidak ketinggalan,jualan sayur sayuran,para taukenya senyum riang bukan kepalang !

4.Juga jualan dibazar ramadhan,sehingga tak menang tangan(lihat dibelakang) ada yg sanggup beratur panjang...masyaallah !!
















5.Tetapi yang paling mendukacitakan,harga kobis mencecah rm 7+ sekilo,dua biji sudah jadi hampir rm25 (lihat bil belian),bolih dikata hampir kesemua sayuran melambung lambung tinggi naik bagai peluru bedil......Apakah pehak pehak yang berwajib tidak ada yang memantau ??


Poksu-tak sempat nak berbloging kerana turut sibuk membantu moksu berniaga,bukan banyak sangat pun,bolih lah lepas buat bayar segala bil bil yang tertunggak,alhamdulillah.... rezeki bermusimlah katakan!!

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan