arkib

Ahad, 31 Julai 2011

Mengelak Dengki bukan denggi....

salam hormat!

Mengikut kelendar islam selepas tamat waktu fajar atau setibanya waktu magrib maka masa pada hari tersebut telah bertukar hari,Jika hari ini Ahad maknanya telah bertukar menjadi hari Isnin,kerana itulah Sembahyang Terawikh pertama dimulakan pada malam yang diistiharkan masuknya bulan Ramadahan kira kira selepas waktu magrib,biar pun puasa belum lagi mula pada siang hari esoknya tetapi sembahyang terawikh telah bolih dilaksanakan,berbeza dengan bulan Masehi atau bulan orang putih,peralihan masa dan hari dikira setelah selepas masuk jam 12 tengah malam.

Begitulah bunyi kuliah ataupun tazkirah yang disampai olih Ustaz pada malam tadi sempena menyambut malam pertama mengerjakan ibadat sembahyang terawikh dimasjid.Menurutnya lagi rebutlah peluang untuk membuat sebanyak mana amalan ibadat yang termampu dibulan Ramadhan ini kerana setiap amalan sunat akan diberi pahala sama seperti membuat amalan yang wajib,dan jika membuat amalan yang wajib pula ganjaran pahalanya akan dilipat kali gandakan sebanyak 700 kali ganda.Dan kepada sesiapa yang memberi makan untuk orang orang yang puasa berbuka puasa maka pahalanya pula dikira akan dapat sama banyak dengan orang berpuasa, malah kepada orang yang puasa itu tetap tidak dikurangkan pahala puasanya.

Terlalu baik saranan agama tersebut dan banyak sungguh kelebihan yang ada dibulan Ramadhan ini,namun begitu amatlah malang jika wang yang didermakan kemasjid untuk tujuan memberi atau menyediakan makanan itu dikomersialkan dan beri tender kontrak sebulan kepada mana mana pehak sebagai kattering untuk tujuan penyediaan makanan berbuka pada tiap tiap hari tanpa miss.kerana niat yang tersirat sudah tersasar dan bolih memberi keuntungan matterial hanya kepada individu tertentu sahaja.


Seorang ahli qariah masjid agak terkejut apabila salah seorang Ajk masjid mengumumkan bahawa masjid ini akan mengadakan majlis berbuka puasa pada setiap petang bermula pada hari puasa pertama sehingga kehari terakhir puasa.Lalu ditanya olih ahli qoriah tadi "apakah majlis berbuaka puasa itu akan dibuat pada tiap tiap hari?" kemudian dijawab olih AJK masjid tadi "ya....majlis berbuka akan dibuat pada tiap hari,antara tujuannya kita mahu orang meramaikan masjid ini datang bersembahyang magrib,selepas berbuka kita jemput sembahyang magrib sekali kemudianya.Wah...bagus sungguh hasrat itu dan tidak pernah sepanjang hayat hidup saya mendengar atau melihat ada mana masjid yang sanggup melaksanakan majlis berbuaka ini hampir setiap hari.Kalau nak dibuat bolih tetapi terlalu banyak masaallah sampingan lain antaranya untuk mendapat kerjasama ahli qoriah datang bergotong royong bagi kerja masak memasak,basuh membasuh dan lain lain  terkecualilah jika segala persiapan sebelum atau selepas berbuaka itu diupah.dengan kata lain guna khidmat katering adalah lebih mudah.Jika diupah sudah tentu ada pehak yang akan dapat mengaut keuntungan material secara senyap,jadi harap harap janganlah pula kita berdengki jika selepas habis ramadhan nanti ada orang yang akan kita nampak bergaya dengan kenderaan baru.
bersambung...
Sambungan :
Maka diteruskan lagi malam berikutnya memberi tazkhirah dengan membaca ayat yang bermaksud "Wahai orang orang beriman,telah difardhukan keatas kamu supaya berpuasa sebagaimana diwajibkan pada kaum yang terdahulu dan diwajibkan menjalankan hukuman qisas....(hingga akhir ayat),perlu difahamkan ayat tersebut menyebut wahai orang orang beriman, ini bermakna ianya ditujukan khusus kepada orang orang beriman sahaja.Jadi siapakah orang beriman yang dimaksudkan itu?Yang dikatakan beriman ialah mereka yang bertaqwa  dengan membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang olih Allah S.W.T.Dengan kata lain mereka inilah yang dikatakan khalifah yang mahu melihat urusan hidup didunia ini perlu ditadbir mengikut kehendak agama.Jesteru itu cuba perhatikan urusan pentadbiran negara Malaysia ini telah menepati apa yang disarankan olih agama.Sebagai contoh pusat perjudian terbesar diAsia pun berada disini.Urusan Muamalah yang digunakan olih intitiusi keuwangan (BANK) masih mengunakan sistem riba" dan banyak lagi.....

                                          (Gambar hiasan)

Sebelum saya hendak teruskan menulis,ada baiknya saya membuat satu cadangan,kepada sesiapa yang hendak membeli rumah atau pun kenderaan tak payahlah kita pinjam meminjam,sebaliknya kita minta sahaja derma  atau kepada sesiapa yang mempunyai banyak kenderaan tu bolihlah hulur hulurkan sebuah secara percuma. Bersedekah juga tu namanya. Dan ingatlah sesungguhnya antara amalan baik yang ditinggalkan selepas mati ialah sedekah jariah,ilmu yang bolih dimenafaatkan dan anak yang solih....Antara cadangan kedua saya ialah selain beri nasihat agama rasanya tidaklah salah rasanya jika ditunjukkan sekali bagaimanakah caranya hendak menambahkan rezeki, mudah mudahan  dengan sedikit limpahan rezeki dari tunjuk ajar tadi dapatlah pula mereka menjadi seorang pemberi zakat pula dan bukan sebaliknya.


Tok ayah su-Tengah belajar belajar nak buat skrip drama kehidupan masyarakat....

Sabtu, 30 Julai 2011

Bulan PRU13 sudah mengambang....(3)

sambungan kepada posting sebelum ini (terakhir)

Sebagaimana yang telah disebut didalam posting yang lepas iaitu selepas kewafatan nabi Muhammad S.A.W maka kerja-kerja penyampaian dakwah islam masih dan telah diteruskan oleh para ulama",bermula dengan cakap-cakap iaitu menyeru dan mengajak orang ramai supaya melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T. Tugasan ini dipanggil dalam bahasa arab sebagai khalifah yang bermaksud menegak peraturan hidup manusia dengan agama, berbeza dengan pengertian khalifah dalam bahasa melayu iaitu tok guru gayong yang mengajar ilmu persilatan.

Dikalangan ulama" juga terdapat sebilangannya hanya membuat kerja kerja ibadat dan kebajikan semata mata dan ada yang menjalan kerja secara berniaga,namun mereka ini adalah juga kawan dalam jamaah kita,ada pun ulama" yang memilih  membuat 2 kerja dengan berdakwah dan berpolitik itu tidaklah ramai,hanya mereka mereka yang dipilih olih Allah sahaja yang mampu melakukannya kerana ini bukanlah satu kerja mudah,terpaksa berdepan dengan dugaan dan cabaran dari pehak yang tidak ada persamaan kefahaman politik. Maka kerana itulah menurutnya kita perlu banyak bersabar dan jangan terlalu gopoh.

Nabi Mohammad S.A.W sendiri pun menganjurkan supaya tidak cepat mengistiharkan perang kepada orang kafir yahudi sebagai mana diceritakan didalam satu kesah tatkala baginda menyerahkan panji panji islam kepada Saidina Ali kaRahmatullah untuk pergi keKhaibar iaitu sebuah bandar yang didiami olih sekumpulan kaum Yahudi yang terkenal menentang islam secara terbuka.Sebelum itu Saidina telah bertanya kepada nabi "adakah Rasulallah ingin kami menyerang Kaum yahudi itu dan memaksa mereka supaya mengikut agama islam?" Kemudian dijawab olih nabi"wahai Ali hendaklah kamu bersabar dulu,jangan terlalu gopoh,setelah kamu berada dimedan mereka maka hendaklah terlebih dahulu kamu menyuruh mereka mengucap kalimah shahadah dan memujuk mereka supaya bersama dengan islam, kerana sesungguhnya jika kamu berjaya mengajak salah seorang sahaja dari kalangan mereka kepada islam maka itu adalah terlebih baik dan mahal harganya berbanding dengan sebuah kenderaan tungangan".Maknanya disini ganjaran pahalanya cukup besar.


Maka kerana itulah juga Ulama" didalam PAS memilih kaedah berkempen dan memujuk secara berterusan sejak dari 64 tahun dahulu,walaupun sudah memakan masa yang agak lama tetapi masih juga tidak menang secara keseluruhan namun PAS yakin pada suatu masa nanti jika tidak pun bapa yang berjaya dipujuk mungkin generasi anak pula yang akan menyokong perjuangan PAS.Malah diTerengganu khususnya PAS pernah menang dalam pilihanraya pada tahun 1999.Kerajaan PAS pada waktu juga telah mewartakan undang undang syariah islam berasas qisas,qias dan ijmak ulama".

Jadi harapan Dato"Sri President supaya rebutlah peluang untuk mendapatkan payung lindungan padang mahsyar diakhirat kelak  yang dijanjikan Allah  kepada 7 jenis golongan manusia yang adil.
Turut hadir dalam Majlis dimalam itu ialah Pengarah Pilihanraya PAS negeri Sdr Ariffin Deraman,Timbalan Ketua Dewan Ulama' Negeri Alfadhil Ust Ismail dan Pengarah MTD Ajil Ust Razki Alias dan juga dihadiri kira kira 500 orang ahli dan petugas PAS diPeringkat  DUN Ajil. Sekianlah lapuran berasaskan petikan ucapan Dato"Sri President PAS untuk makluman berita aktiviti politik semasa saya yang ditujukan khas kepada semua para penjengok blog ini khususnya.Terima kasih......

Tok ayah su-mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan almubarak...sama samalah kita berdoa semoga Allah S.W.T memberi kekuatan agar dapat meyempurankan ibadah puasa, insaallah....

Jumaat, 29 Julai 2011

Bulan PRU13 sudah mengambang....(2)

sambungan posting artikel yang lepas:

Apabila saya meneliti ucapan TGHH pada malam tersebut maka yang bolih saya simpulkan bahawa ucapan beliau itu lebih kepada memberi pendidikan dan kefahaman bersabit dengan sejarah bermulanya kesah kebangkitan para ulama' terdahulu membabitkan  diri dalam dunia politik kepartian berdemokrasi khususnya dinegara Malaysia ini. Disamping itu ada juga kaitannya dengan perjuangan para nabi nabi dan rasul rasul terdahulu yang berjuang serta berjihad untuk menegakan kedaulatan agama islam.

Katanya pada suatu ketika dizaman sebelum kelahiran nabi Isa A.S dahulu orang ramai sudah pun tahu berhimpun secara beramai ramai disuatu kawasan yang dikhaskan (stadium) bertujuan untuk memilih pemimpin mereka tetapi syarat pemimpin yang mahu dipilih mestilah dari kalangan golongan orang orang yang kaya sahaja,tidak bolih dari golongan hamba (miskin) mahu pun dikalangan orang perempuan. Berbeza dengan ajaran islam,walaupun memilih pemimpin cara berdemokrasi itu dikatakan berasal dari Barat dan diamalkan olih orang kulit putih tetapi disana terdapat juga peraturan yang diceduk dari ajaran islam. Disemasa orang Barat menjajah negara islam mereka ini telah membawa balik kitab kitab agama kenegara mereka dan mengkajinya lalu diambil sebahagiannya yang berkaitan dengan politik.

Memang tidak dinafikan tidak semua perkara ada terdapat didalam AlQur"an mahupun alHadith kerana junjungan kita Nabi Mohammad S.A.W sendiri pun tidak menamakan sesiapa yang patut mengantikan baginda sebagai khalifah selepas kewafatanya.Jesteru itu para sahabat baginda telah bermusyawarah untuk memilih pemimpin lalu terbentuklah kerajaan secara bergilir gilir dibawah khalifah arRashiddin dikalangan para sahabat nabi sehinggalah pemerintahan islam yang terakhir jatuh dizaman kerajaan Othmaniah.

Para ulama" islam terkemudian telah menulis beberapa kaedah yang diguna pakai untuk memilih kepimpinan didalam kerajaan islam tadi dan sebahagian daripada isi kitab tersebut telah dikutip olih Barat kemudian kita pula menguna pakai kaedah demokrasi yang telah diolah semula olih mereka (orang putih) itu.Jadi para ulama" islam memilih cara demokrasi (ala Barat) ini kerana mengambil kira pendekatan kaedah ijtihad sebagaimana  yang terdapat didalam ayat suci alQur"an yang menyebut "tidak sempurna amalan yang wajib melainkan perlu dilakukan perkara wajib terlebih dahulu".
Sebagai contoh untuk pergi menunaikan Haji keMekah kena ikut peraturan yang diwajibkan olih kerajaan yang memerintah iaitu mestilah ada passport atau pun visa terlebih dahulu sedangkan Passport atau visa itu bukanlah menjadi syarat sah rukun Haji.

         (TGHH sedang menerima sampul berisi cek untuk dana pilihanraya,banyak juga rm terkumpul weh....)
                              (wakil dari UPU sedang menerima panji panji PAS)

Atau pun sebagai contoh kedua "sekiranya hendak melakukan solat, hukum mewajibkan syarat sah solat ialah dengan menutup aurat,jadi berpakaian (tidak berbogel) itu menjadi perkara wajib yang perlu dilakukan terlebih dahulu.Begitulah juga jika didalam amalan berpolitik, untuk mendapatkan kuasa memerintah bagi tujuan mendaulat islam maka perkara yang perlu wajib diikuti ialah peraturan demokrasi yang ditetapkan itu perlu terlebih dahulu dipatuhi. 

               (lengoh berdiri beralih ambil tempat duduk pula untuk meneruskan ucapan)
Bersambung lagi......

Khamis, 21 Julai 2011

Bulan PRU13 sudah mengambang....(1)


                          (YB Dato"Sri Tuan Guru Hj Hadi Awang sedang penyampaikan ucapan)
Salam hormat!
Kebiasaannya Dato" Seri President Parti (PAS) YB Tuan  Guru Hj Hadi Awang hanya akan turun kePeringkat Kawasan atau pun Negeri tetapi alhamdulillah pada hari ini telah tercipta satu sejarah bagi DUN Ajil dimana Dato" Seri President talah sudi datang mencemarkan kaki turun keMTD diDUN Ajil Hulu Tertengganu semata mata atas keperihatinannya yang ingin melihat jentera gerak kerja pilihan raya umum ke13 berjalan lancar sambil merasmikan penyampaian panji panji PAS berbentuk bendera berlambang bulan penuh purnama kepada setiap UPU sekaligus menyempurnakan pelancaran Jentera Pilihana Raya, ini bermakna bunga bunga pilihan raya umum  yang ke13 telah terbayang dimata dan semakin hampir tiba masanya,Kehangatannya telah dicetuskan dan tidak mustahil ianya akan menjadi satu suara pendesak agar kerajaan BN melihat bahawa Parti PAS mungkin termasuk parti gabungannya sekali telah pun bersedia .Banyak yang akan saya kupas (ulang tayang) berkaitan dengan intipati ucapan YB Dato" Seri nanti...tetapi sebelum itu kenalah tunggu dulu akan sambungannya....sabar ! tapi sebelum itu juga secara peribadi saya hendak mengucapkan selamat datang keMTD Ajil kepada  Dato" Seri dan adakah ini yang dikatakan satu penanda era "revolusi".....?

Sabtu, 16 Julai 2011

Beri didikan pada anak


Bersambung....

Salam hormat!

Saya bukanlah seorang ibu/bapa yang  terbaik untuk bolih dijadikan contoh tauladan,namun demikian tidaklah bermakna saya  terus berdiam diri dengan mengikut arus semasa yang dilihat semakin hari semakin menghayutkan,diatas kesedaran inilah maka saya akan cuba sedaya upaya untuk memberi didikan yang sebaik mungkin kepada anak anak,walaupun keilmuan saya tidaklah sehebat mana akan tetapi soal soal asas seperti didikan agama tidak mahu saya abaikan,mudah mudahan dengan didikan ilmu keagamaan ini ianya bolih dijadikan pendinding atau benteng untuk tidak mudah dilalaikan dengan perangai yang melampaui batas batas yang dibenarkan.


Pernah juga terdengar kata orang "jaga keluarga sendiri dulu sebelum (jika ada niat) hendak memimpin orang lain".Pada saya ada betul dan ada kontra juga kata kata tersebut,cuba bayangkan jika anda atau jikalah saya sebagai contoh, sekarang yang sudah berusia setengah abad tetapi masih ada anak kecil seusia setahun jagung,jika saya hendak menunggu memimpin anak/keluarga sudah tentu akan memakan masa berbelas atau berpuluh tahun lagi,jadi pada waktu itu umur saya sudah keperingkat lanjut usia,kata orang sudah bonggok tiga (jika umur panjang),jadi apakah diusia itu baru saya layak bagi membolihkan saya menjadi seorang pemimpin,sudah tentu terlewat....jadi adalah sebaik baiknya biarlah ianya berjalan seiring,iaitu mendidik anak sambil memimpin orang lain,baru kerja baik itu tidak terlepas.Aikk....cakap pasal pimpin memimpin pulak kali ini,apakah awak tu ada hati hendak jadi pemimpin masyarakat. Ohhh tidak...bukan itu maksud saya,sebenarnya dengan menulis ini pun kadang kala kita bolih jadi kaunseler,iaitu secara automatiknya jika ada pengikut yang bersedia menerima idea dari kita itu bererti kita sudah dapat mengkaunselingkan mereka.Itu pun memimpin juga namanya,hampir sama juga peranannya dengan seorang penyair, penyajak mahupun seorang sasterawan.


Apabila bercakap soal beri didikan pada anak anak,kebanyakkan dari kita tidak akan mengambil kesah,betulkah? kerana apa saya kata begitu,buktinya pada hari ahad yang lalu saya telah terserempak dengan satu kelompok anak anak murid sekolah menengah yang pada perkiraan saya masih dalam tingkatan satu hingga tiga, lokasinya dihadapan Sekolah Menengah Pekan wawasan Ajil, duduk duduk lepak menyelit dicelah celah pokok kedai bunga wahab,dibelakang Bas Stop,jam pada waktu itu menunjukkan sudah hampir pukul 8 pagi,tetapi anak anak sekolah ini masih lagi berlonggok diluar sekolah,jadi cuba bayangkan sendiri kemana budak budak sekolah ini akan pergi selepas jam 8 pagi? apakah mereka akan masuk kesekolah atau terus ponteng?


Pehak sekolah bolih lepas tangan dengan mengatakan mungkin itu bukan merid dari sekolah tersebut atau jika diluar pagar sekolah itu bermakna diluar bidang tugas para guru,tetapi bagaimana dengan pehak ibubapa,mereka membekalkan belanja wang saku termasuk ada yang membenarkan datang dengan motorsikal,tetapi malangnya tidak masuk kelas dan berlakulah apa yang saya nyatakan tadi. Perkara sebegini bukan baru berlaku,malah sudah jemu hendak menegur dan sudah kalih dengan suasana ponteng sebegini. Adakalanya masallah sebegini reda seketika tetapi adakalanya muncul balik,agaknya mengikut trend semasa.

kalau masaallah anak anak sekolah ini bukan isu masyarat yang kelak bolih mengundang kepada masaalh sosial,jadi lebih baik kita pakat pakat biarkan sahaja,jangan dipedulikan,sebab mereka ini bukan saudara sedarah sedaging kita,kalau kesah sebegini tidak menyusahkan orang lain,tidak sampai meragut beg duit kita,tidak merempit sehingga menganggu laluan jalanraya kita,jadi buat apa kita ganggu mereka,buat apa kita sibuk sibuk menjaga tepi kain orang. begitukah?

Sejak akhir akhir ini modus operendi kehilangan periuk nasi bersaiz besar agak menjadi jadi,ada ada sahaja berlaku ditaman perumahan terdekat,dirumah persendirin dan termasuk periuk nasi yang diwakafkan dimasjid pun juga turut hilang .Kerja jenayah ringan ini kerja siapa?sudah tentu bukan murid murid yang ponteng sekolah tadi.(agaknyalah).jadi biarkan murid murid tersebut terus menerus ponteng dan ponteng,jangan dipeduli...ahh...tak kuasa nak tulis lagi, tidur dulu lagi baik ....

tok ayah su-buai laju laju sampai cucur atap....belum tahu pakai baju sudah pandai baca kitab (pantun untuk sicomelku)

Ahad, 10 Julai 2011

BERSIH 2.0 tak mampu guling kerajaan BN?

selam hormat !

Pada malam demontrasi BERSIH 2.0 (9.7.2011) saya telah dihubungi olih seorang rakan bertanya khabar kerana nak tahu saya berada dimana? terima kasih jugalah pada rakan tersebut kerana masih mahu ambil berat tentang saya,lalu saya jawab saya berada diCheras. dan dia bertanya lagi kenapa tidak ikut sama dalam perarakan perhimpunan BERSIH,saya jawab "saya tidak mendapat arahan khusus dari mana mana pehak,jadi untuk apa saya buat macam hidung tak mancung,pipi tersorong sorong nanti dikatakan saya terlebih sudu dari kuah pulak....alahai macam merajuk je bunyinya tu?

Sebenarnya saya bukan merajuk dan kecut perut dan tidak juga gedebe,malah saya pernah datang untuk memerhati perhimpunan seperti ini iaitu pada pertama kali BERSIH 2007 diadakan dulu dan turut sama terkena tempias air semburan pehak polis,jadi pada kali ini apa salahnya saya bagi peluang pula kepada orang yang tidak pernah hadir,walau pun ada yang tidak pernah hadir tetapi jawatan berebut apabila ditawarkan,sebaliknya yang berjuang kehadapan dicicirkan.Adakah patut begitu? Namun begitu saya rasa perasaan mereka juga membuak buak untuk turut serta datang sama,keinginan itu tetap ada pada setiap orang terutamanya pada mereka yang suka berjuang demi untuk menegakkan kebaikan dan keadilan,dan tidak sekadar mahu menjadi pak turut secara membuta tuli, cuma disebabkan keadaan tertentu yang lebih aula maka keadaan tidak mengizinkan mereka hadir.

Rakan yang menghubungi saya tadi masih belum berpuas hati dan masih mahu mengajukan soalan,"apakah matlamat perhimpunan BERSIH tercapai?"tanya beliau.waduh...macam ahli panel pulak dah saya nak kena jawab."entah,tak tahulah...rasanya matlamat untuk menyedarkan rakyat khususnya anak anak muda bahawa soal berkaitan pilihanraya tidak bolih dibuat main main tipu, rasanya sudah bolih tercapai",jawab saya rengkas dan serkap jarang.Cuma yang menjadi kerisauan saya sekiranya ada yang berfikir lebih jauh bahawa perhimpunan BERSIH ini bertujuan untuk mengulingkan kerajaan dengan secara berhimpun dijalanan sebagaimana berlaku dibeberapa negara diTimur Tengah jika dijadikan contoh,jadi saya tidak fikir sampai ketahap itu buat pada masa ini, dilain kali mungkin lain pula jadinya jika apa yang dituntut itu tidak kesampaian"tambah saya (macam ahli nujum dengan memberi gambaran apa yang akan berlaku pada masa akan datang) "okeylah kalau begitu...jumpa lagi" sambil beri salam dan minta diri dulu.Begitulah kepekaan rakan rakan yang teringin tahu berkaitan perkembangan semasa apa yang berlaku pada perhimpunan BERSIH 2.o tidak termasuk SMS yang bertalu talu masuk , tidak sangka pula kenapa saya yang dijadikan tempat rujukan mereka? jadi untuk tidak menghampakan maka saya jawab cara bersilat main pakai hentam sajalah....he..he..he...

tok ayah su- dok jadi ape kalu wat kerje nebeng...

Jumaat, 1 Julai 2011

sahut bertepuk....


Salam hormat !

Semalam telah diadakan mesyuarat AJK PBTM peringkat Cawangan dan pada hari ini (2/7/2011) akan diadakan Mesyuarat diPeringkat Bahagian pula,sedikit sebanyak perbincangan secara tidak langsung berkaitan dengan Perhimpunan BERSIH 2.0 telah diperkatakan, ada yang pro dan ada yang kontra, nak tahu? kenalah tunggu sambunganya...

Sambungan...

Kalau Daudsu mengejutkan peminat bolasepak Kelantan hanya disat saat akhir dengan menjaringkan gol kegawang sendiri,jadi saya berharap tidak akan ada yang menjadi gunting dalam lipatan memusnah semangat juang untuk memutihkan kekotoran juga disaat saat akhir,kerana banyak kita dengar ayat ayat agama yang menyebut dan menasihati kita agar cegahlah kemungkaran, pencegahan awal penyakit juga lebih baik dari berubat/merawat. Jesteru itu satu persoalan apakah benar untuk mencegah sesuatu perkara itu memerlukan satu kuasa yang tiada terhad? Cuba kita lihat ayat yang berbunyi "Kamu umat manusia adalah sebaik baik kejadian yang dijadikan tuhan,maka hendaklah ada sebilangan dari kamu yang mencegah kemungkaran/ kekotoran dan menyeru kepada kebaikan/kebersihan. Ayat lain pula menyebut hendaklah kamu mencegahnya dengan tangan/kuasa (undian cara amalan negara perlembagaan berdemokrasi) kedua cegahlah dengan lidah (penulisan atau kata kata) ketiga dengan membenci nya (kemungkaran) itu hanya sekadar didalam hati (selemah lemah iman),bermakna tuhan itu maha adil,dia memberi kita banyak pilihan,olih itu, terdapat Parti Politik menjadikan nasihat agama ini sebagai dasar perjuangan namun demikian cara (uslub) pendekatan kearah itu kadangkala berbeza dan berubah ubah,adakalanya kearah negara berkebajikan dan adakalanya dilihat seolah olah lebih ekstrem dan agresif.

Olih sebab itulah juga mari kita tengok satu pendekatan kearah ingin mencegah kemungkaran telah dilakukan olih satu kumpulan NGO yang diberi nama Gabungan pelihanraya BERSIH dan Adil, sama ada gerakan BERSIH ini bermula mengikut siri iaitu siri 1 (2007) siri 2 (2011) dan kemungkinan siri siri seterusnya akan diadakan lagi, Kumpulan NGO ini tidak bergerak sendirian malah telah ditumpangi olih beberapa ratusan malah mencecah puluhan ribuan orang terdiri dari anggota anggota petugas dan ahli Parti Parti Politik tertentu seperti PAS,DAP dan juga PKR sebagai satu kumpulan dominan.

Saya tidak mahu bercakap atau menulis bagi pehak mereka (BERSIH) ini namun hanya sekadar melihat dari kaca mata sendiri dan ingin memberi sedikit tafsiran secara peribadi.Sebelum itu mari kita lihat beberapa persoalan (Who,Where,How,when and Will,dengan izin) Asas atau objektif perhimpunan BERSIH ini telah kita ketahui seperti mana yang saya sebutkan diatas tadi,namun timbul persoalan lain, apakah ada nawaitu lain yang tersirat selain yang tersurat? Apakah perhimpunan ini sekadar ingin mencari satu publisiti walau pun terpaksa menempuh satu jalan (uslub) yang sukar? atau perhimpunan ini sekadar ingin mahu mencari pengaruh atau populariti (test market, dengan izin) iaitu sebagai hendak mengetahui sejauh manakah sambutan yang akan diberikan olih rakyat kebanyakkan kepada program BERSIH ini khususnya?Kenapa tidak digunakan saluran yang sedia ada seperti dikemukan keParlimen dan kenapa Dewan Rakyak dipinggirkan dalam soal ini? Kenapa perlu dibawa kejalanraya dan berakhir dipintu pagar istana (itu saja) Apakah selepas itu pehak istana akan membawa atau menitahkan pula tuntutuan 8 perkara yang dimaksudkan olih BERSIH itu supaya ditunaikan? (atau dibakul sampahkan saja,maaf cakap) Ah....banyak sungguh persoalan yang saya bangkitkan dan bersarang dikepala sendiri.... dipendekkan cerita, kata orang jika inginkan sesuatu kejayaan, jangan terlalu banyak mencipta alasan sebaliknya carilah seberapa banyak peluang!

jangan lupa kunjungi balik kerana posting artikel ini akan bersambung lagi dalam masa terdekat... insaallah!

sambungan :

Ramai yang sudah bercakap soal hak asasi,hak bersuara dan hak berhimpun secara aman termasuk bercakap soal undang undang dibawah akta polis dan sebagainya.Jadi tidak perlulah saya hendak menulis lagi akan perkara perkara itu,Maknanya masing masing ada hak dan dilihat juga masing masing ingin mempertahankan hak tersebut.Namun demikian berapa ramai yang menghormati hak orang lain dan berapa ramai pula yang mencabulinya.Apakah hak itu hanya diiktiraf halal jika berpehak kepada kepentingan kita manakala hak orang lain lantak mampus pi lah,maksud secara rengkasnya biarlah siLuncai terjun dengan labu labinya,tidak perlu dipeduli dan tidak perlu diselamatkan siLuncai yang sedang lemas itu.begitukah?Jika begitu dimanakah kata kata yang dilaung laungkan bahawa"kami sudah lama menjalankan kaedah menjaga kebajikan?"

Kadangkala kita juga didahyahkah dengan skop pemikiran yang sempit,contohnya hanya berkisar pada ayat "jagalah diri kamu dan seluruh isi keluarga kamu dari membuat dosa" (supaya selamat seksaan api neraka) harap ada yang akan ambil maklum akan nasihat agama itu secara seriusa,jika tidak kata kata itu hanya sekadar bermain dibibir sahaja lantas tidak akan lahir semangat untuk berusaha dengan cuba untuk memyelamatkan kedudukan siLuncai yang lemas tadi itu,setidak tidaknya dapatlah siluncai keluar dari kepompong kemiskinan misalnya. Dengan kedaifan siluncai jugalah menyebabkan anak anaknya terabai dari mendapatkan didikan yang sempurna lalu terjebak dengan anasir anasir yang kurang sihat seperti merempit,dadah dan sebagainya.lalu ayat tadi yang menyeru supaya dijauhkan diri dan keluarga dari seksaan api neraka sudah tidak menjadi releven lagi pada golongan yang kurang bernasib baik seperti siluncai ini,kerana apa?kerana masa mereka sehari hari suntuk akan dihabiskan untuk berkerja, dan berkerja, menghabiskan masa untuk mencari nafkah dan tidak mempunyai masa untuk diperuntukan kepada keluarga.Akhirnya lahirlah satu persekitaran yang kotor sahsiah diri dan tidak bersih lagi jesteru itu tidak mustahil bolih dijangkiti olih orang lain
pula. Gambaran mudah difahami,katakan jika saya mendidk anak anak dirumah untuk berkelakuan baik namun bila diluar rumah tidak semestinya saya bolih menjamin anak anak saya berkelakuan baik kerana persekitaran yang kotor dengan segala macam gejala yang kurang sihat seperti mana yang disebutkan tadi.

Rasionalnya saya membawa permasaalahan siluncai ini adalah disebabkan saya melihat golongan perpendapatan rendah ini terlalu dibebani dengan masaallah kekangan taraf ekonomi yang dikawal olih satu golongan orang yang ada kuasa dan kedudukan samada dalam politik mahupun dalam pentadbiran kerajaan, pergantungan mereka terikat dengan tokoh tokoh tertentu ini dimasa yang sama segala usaha kerja buat yang dilakukan olih golongan bawahan cuba disekat dan disebotaj,satu konspirasi yang sangat sulit dan berjalan secara senyap senyap dan jarang jarang orang yang menyedarinya.Cuma contoh mudah dan jelas dilihat dengan mata kasar ramai ialah dengan menaikan harga barangan,diperbanyak dan dinaikan kadar cukai melalui bayaran bil bil perkhidmatan tertentu misalnya.

Maka kerana itulah juga salah seorang dari AJK PBTM yang telah saya hadiri telah secara tidak langsung menyuarakan didalam mesyuarat dengan mengatakan karajaan BN hari ini cuba mengalih perhatian terhadap permasaalahan kenaikan harga barang seperti ikan dan sebagainya dengan mencipta beberapa isu dengan harapan segala bebanan yang ditanggung olih rakyak kebanyakan dapat ditutup dan tidak dipanjangkan.Kalau bolih saya ingin menambah akan isu isu besar tetapi telah dipandang kecil dan sepi seperti yang terbaru iaitu kehilangan hak Malaysia keatas tanah milik keretapi Tanah Melayu diTanjung Pagar Singapura,ah...biarkanlah,itu disingapura bukan diJohor,apabilaberlaku dJjohor,kita akan katakan ah...lantaklah itu berlaku diJohor bukannya dinegeri kita,apabila berlaku dinegeri kita, ah....itu dibandar bukan dikampung kita, apabila berlaku dikampung kita barulah mulut kita tergangga dan lalu kita bersuara dan berfalsafah jangan jadi menang sorak kampung tergadai....Pasukan keselamatan termasuk tentera khususnya konon berjuang demi untuk menyelamatkan tanahair yang tercinta ini tetapi dimasa yang sama satu demi satu hak ditanahair telah menjadi hak milik orang asing, menang jadi arang kalah jadi abu,salah siapa? jangan jadi seperti lagu bangau oh bangau kenapa engkau kurus....selain itu isu pembinaan loji nuklear diGebeng yang mana kelak dikatakan akan berisiko menjadi bom jangka berjadual yang akan kita warisi buat peninggalan kepada anak cucu cicit kita,serta banyak lagi isi isu besar telah dapat ditimbus olih kebangkitan gerakan Gabungan PR BERSIH ini (yang tersirat) lalu disebaliknya secara automatik isu isu besar tadi telah dapat disapu bersih olih BERSIH kebawah karpet.Jadi hendaknya akan adalah pehak yang bangun menyuarakan rasa berterima kasih kepada BERSIH , tidakkah begitu?

maaf, akan bersambung lagi dengan hujah yang lebih menarik...tungguuuu

sambungan...bahagian akhir

Berbalik kepada perbincangan dengan didalam mesyuarat cawangan PBTM tadi,salah sorang lagi Ajk berpendapat,Perhimpunan BERSIH ini hanya sekadar ingin mencari populariti serta pengaruh politik,cuba lihat contoh perhimpunan BERSIH pertama pada tahun 2007 lalu,selepas perhimpunan tersebut telah berlaku kejutan seumpama syunami kecil kepada dunia politik tanah air,reaksi dan sambutan rakyat telah naik melonjak dengan memberi sokongan lebih kepada Parti gabungan Pakatan Rakyat,kemuncaknya telah diterjemahkan didalam PilihanRaya Umum pada tahun 2008,natijahnya PR dapat menwan (menang) bergaya dibeberapa buah negeri dan mengambil alih pemerintah dari tangan Umno/BN.Melihat kepada senario yang pertama inilah maka BN yang masih lagi mempunyai sedikit kuasa cuba menyekat seberapa daya upaya agar perhimpunan BERSIH ini tidak dapat diadakan,kerana apa?kerana takut pisang berbuah dua kali.Lalu dicetuskan dan direka dengan pelbagai teknik agar rakyak melihat seolah oalah perhimpunan ini kelak akan dicampuri olih anasir anasir subersif dan bakal menimbulkan huruhara serta mengancam keselamatan Negara.

Salah satu jalan teknik digunakan untuk memintasnya ialah dengan menujudkan satu kumpulam "pengacau daun"yang terdiri dari Pemuda Umno sendiri,Pertubuhan NGO Perkasa dan juga entah hendak berlawan dengan siapa satu kumpulan Silat juga bersedia untuk turut turun kejalanan.Manakala itu beberapa kumpulan serpihan yang pro BN telah turut sama membuat report bantahan BERSIH disetiap balai balai Polis tertentu,dengan adanya report bantahan ini bermakna pehak polis telah ada "Backing" iaitu sebagai mandat untuk dijadikan lesen untuk bertindak kepada gerombolan Gerakan PilihanRaya BERSIH dan Adil yang akan mengadakan perhimpunan besar besaran yang pada mulanya dirancang akan dipada 9 hb julai 2011 nanti dijalanan berpusat disekitar bandar Kuala Lumpur dan akan berarak menuju keistana Negara bagi tujuan menyerahkan memorandum yang mengadungi 8 tuntutan tertentu yang berkaitan dengan perjalanan politik Pilihanraya.

Beliau (ajk) itu menambah ibarat kata pepatah "jika bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi" akan tetapi apabila "tepuk bersahut" beramai ramai maka akan riuh rendahlah jadinya.Sedangkan jika dilihat contoh pada perhimpunan BERSIH tahun 2007 lalu tidak ada pun perkara nagatif seperti mana digambar gembur pada hari ini,akan ujud huru haralah,akan muncul anasir subsersif beridealogi komunislah... siang siang lagi pelbagai tomahan telah dilemparkan.satu perang psikologi.Pada saya, itu semua adalah hanya perspektif semata iaitu memberi satu tangapan yang salah.Jika adapun kekecohan kecil pada perhimpunan itu adalah disebabkan kerja kerja polis yang menjalankan tangungjawabnya,dengan membuat semburan air berkimia setidak tidaknya dapatlah mengertak agar setiap pesrta perhimpunan supaya lebih berdisiplin dan tidak bertindak diluar batasan yang dibenarkan,mungkin sekadar itu saja akan tetapi jika dengan tindakan yang keras seperti mengunakan peluru getah atau hidup barulah dilihat satu tindakan polis yang agak melampau.Dan jikalah saya sendiri pun menjadi anggota polis, tidak mustahil saya akan bertindak dengan cara yang sama",katanya(macam pro BN je)

Manakala perkembangan berita terkini....pehak kerajaan iaitu dengan kenyataan Perdana Menteri telah memberi lampu hijau dengan menawarkan stadium sebagai tapak perhimpunan BERSIH untuk berhimpun,ibarat kata pepatah tiada rotan akar pun berguna,stadium pun stadiumlah....kecil tapak tangan stadium kerajaan Bn tadahkan ha...ha...ha...Namun adakah pehak BERSIH akan menerima Stadium tersebut seumpama orang yang sedang mengantuk disorongkan bantal? jadi secara peribadi saya merasakan pehak BERSIH sahut sahajalah kurinian stadium tersbut,kerana jikalah dilihat disegi ekonominya,sambil sambil peserta mendegar ceramah dari pemidato yang laser singa maka dapatlahlah juga pehak BERSIH mengutip seberapa banyak sumbangan derma dari peserta perhimpunan mudah mudahan dengan itu dapatlah dibuat menampung perbelanjaan didalam pilihanraya umum ke13 nanti,
akhir diucapakan selama berhimpun.....

tok ayah su-ada stadium padang bola dibelakang rumah.....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan