arkib

Sabtu, 31 Mac 2012

April full

 
Salam hormat !
Teringat kata kata seorang kenalan katanya "Wakil Rakyat pada masa kini  cukup senang kerja,pukul 10 malam rumah sudah bolih tutup lampu dan bolih masuk tidur,tidak seperti dulu dulu ramai dikalangan penduduk kampung yang datang meminta itu dan ini memohon itu dan ini pendek kata hampir setiap hari rumah wakil rakyat tidak lekang dari dikunjungi orang ramai sehingga membuatkan wakil rakyat tidak senang duduk,ada ada saja permasaalahan yang perlu diselesaikan,saya tanya pada kenalan itu "kenapalah agaknya penduduk mukim tidak lagi menyibukkan diri mereka untuk berjumpa wakil rakyat itu? apakah masaallah mereka sudah bolih diselesaikan sendiri.Jawapannya tidaklah bolih dipastikan secara tepat namun antara sebabnya ialah kerana rakyat sekarang sudah semakin senang jadi jumpa jumpa wakil rakyat ni tak mainlah...wah...mudahnya jawapan tetapi logikkah begitu sebabnya saya juga terdengar dari kenalan lain pula katanya "kerajaan memang sengaja mahu kehidupan rakyat dibelenggu kesusahan sebabnya jika rakyat sudah susah maka akan mudahlah dipancing dengan kebendaan,setelah dihulur bantuan jadi faham fahamlah dengan adat sopan orang melayu kususnya akan mudah terhutang budi lalu dalam pilihanraya akan diterjemahakan dengan sokongan memberi undi kepada wakil rakyat tersebut". oooo....begitu pula.

Maknanya ada 2 pendapat berbeza disini, pertamanya jika rakyat senang wakil rakyat juga akan jadi senang kerja dan bolih tidur lena bermula seawal jam 10 malam dan bolih masuk bilik untuk mengawan....kah...kah...kah....maknanya jika rakyat senang maka wakil rakyat sudah jadi kurang peranan dan tidak dihargai lagi... hanya dilihat sebagai boneka seumpama tunggul sahaja,hanya berfungsi sekali sekala untuk datang kemajlis majlis yang diatur kemudian mengumumkan sesuatu pemberian,itu sahaja.

Manakala pendapat kedua yang mengatakan kerajaan memang sengaja mahu menyusahkan kehidupan rakyat dengan harapan untuk menangguk diair keruh lalu bolih diambil kesempatan untuk meraih sokongan murahan dengan bantuan bantuan yang diperuntukan kepada rakyat itu.Orang penting yang menjadi perantaraan pemberian itu sudah tentulah melalui wakil wakil rakyat yang dipilih.Betulkah begitu eekkk....
alamak tak da mood pula untuk meneruskan tulisan ini jadi saya KIV dululah....nanti akan disambung kemudian.insaallah...

Jumaat, 30 Mac 2012

Masih ingat dan tidak lupa....



salam hormat!
"Kebiasaannya cara umno untuk menarik orang ramai datang keaktiviti mereka dengan mengumankan satu satu pemberian atau sebarang habuan yang akan diberi, sama ada pengumuman sebelum atau semasa majlis anjuran mereka berlangsung yang  pasti itulah cara mereka memikat orang ramai".Begitulah bunyi kata mula pembukaan olih perasmi mesyuarat agong kali 20 Pas Cawangan Alfadhil Ustaz Mulyaman petang tadi.Tambahnya lagi "sebab itulah kadangkala dilihat program atau pun mesyuarat anjuran mereka ada ramai yang datang jadi janganlah pelik jika mesyuarat anjuran pas pula dilihat kurang ahli yang hadir. sebab apa? sebabnya mungkin ahli terasa sebaliknya, mereka pula yang kena menyumbang untuk parti, itulah bezanya.Maka kerana itulah pada kata beliau setiap ahli parti perlu diberi penjelasan yang cukup jelas sama ada dengan cara mengadakan usrah atau pun mengubah cara dengan membuat satu perancangan yang bolih beri kepada penambahan ekonomi ahli mahupun penyokong parti.Contohnya jika didalam program usrah bolih juga ditubuhkan satu tabung kutipan yang kemudiannya bolih diaktifkan untuk menjana ekonomi tidak seperti sekarang hanya dipergunakan untuk kepentingan parti semata mata..


Selain itu beliau menjelaskan "dari sudut tarbiyyah, ada dua perbezaan iaitu "ajar dan didik,ramai orang yang bolih mengajar tetapi tidak ramai yang bolih mendidik,sebab itu bila dilihat ada orang yang mendapat keputusan cemerlang dalam apa apa bidang namun dirinya sendiri gagal dididik dari melakukan perkara perkara yang dilarang olih agama.Katanya beliau masih ingat dan tidak lupa dimana suatu ketika dulu Dr M sendiri pernah mahu memisahkan ulama" dengan umarak dan pernah berkata kepada TGNA agar menumpukan perhatian dengan hanya mengajar didalam bab agama dan tidak perlu bersusah payah menglibatkan diri dalam soal pentadbiran kerajaan.Tetapi telah dijawab olih TGNA "doktor juga perlu tumpukan pada soal perubatan pesakit dan tidak perlu campur tangan dalam soal pemerintahan kerajaan".Dengan rengkasnya begitulah bunyi intipati ucapan olih Ust Mulyaman,


Sementara itu didalam ucapan penangguhan seorang Ajk telah memberi satu pandangan idea supaya ditubuhkan satu unit media@IT.katanya sebagai mengimbangi perkembangan teknologi mengtranformasi media baru yang kini dilihat semakin mendapat tempat untuk dijadikan medium utama olih mana mana parti politik dalam menjalankan kempen dan juga mempromosikan parti masing masing serta sebagai media alternatif untuk menyebar luaskan aktiviti aktiviti yang telah dan akan dijalankan olih parti.Jadi olih kerana itu dipohon agar cadangan idea beliau itu dapat dipertimbangakan olih cawangan.


tok ayah su-pelapor sukarela.....

Khamis, 29 Mac 2012

Ada yang hampir menanggis....

salam hormat!
Siang tadi satu perjumpaan dikalangan ibubapa dengan guru telah berlangsung dengan amannya.Satu program yang diberi nama Majlis temu mesra ibubapa bagi murid tahun 6/2012 itu telah dihadiri hampir kesemua ibubapa kecuali terdapat seorang dua sahaja yang tiada, apabila che"gu yang cuba mengusik usik kepada murid yang mana ibubapanya yang tidak dapat hadir didapati kelihatan air muka murid tersebut seakan akan sedih dan mahu menanggis jadinya.Inilah perasaan murid yang perlu difahami, maknanya sokongan moral dari kalangan ibubapa adalah tersangat penting dan amat diharapkan olih mereka.

Sebelum itu tuan guru besar menegaskan bahawa pehak sekolah akan menlaksakan 4 espek dalam kaedah memberi pendidikan kepada murid,yang pertamanya Jasmani,melalui aktivi sukan akan melahirkan murid murid yang sentiasa cergas dari segi jasmani dan tidaklah dilihat "monyot" sokmo,keduanya mahu penekanan dalam soal perdidikan keRohanian,sebelum bermula kelas KAFA disebelah petang murid murid yang tidak balik kerumah dikehendaki menunaikan solat zohor terlebih dahulu disurau sekolah, dan sebagai mukaddimah kearah kecemerlangan UPSR tahun ini maka pada malam ini akan diadakan satu majlis sembahyang hajat bersama ibubapa,jadi beliau amat mengharapkan ibubapa dapat menghadirkan diri,menurut beliau aspek kerohanian ini perlu diterapkan memandang gejala seperti "bakar orang" yang tidak pernah didengar sebelum ini tetapi kini sudah menular dikalangan masyarakat.Aspek ketiga ialah membina Emosi,maksud beliau jika emosi atau disebut juga Mood ini perlu dipupuk bersama sebab bila ada yang "terkeduh" hati maka sukarlah dikalangan kita atau sesebuah masyarakat itu untuk menjalinkan kerjasama. Kemudian aspek seterusnya iaitu yang ke4 ialah melahirkan jiwa Interlek.Jika ketiga aspek diatas itu dapat direalisasikan jadi dengan sendirinya hasrat untuk melahirkan generasi murid yang interlek mudah dicapai. Begitulah lebih kurang kata kata dasar pembukaan majlis olih tuan guru besar pada pagi tadi.


Sementara itu saya tertarik dengan ucapan dalam sessi lain lain hal olih seorang wakil ibubapa,walaupun rengkas tetapi bolih memberi makna,katanya "pehak sekolah telah banyak merancang banyak program  disepanjang tahun ini bagi persiapan menghadapi peperiksaan UPSR ,jadi kami berterima kasihlah kepada pehak sekolah khususnya kepada para guru guru yang terlibat secara langsung dengan program itu termasuklah dengan mengadakan kelas tambahan disebelah malam.Diantara banyak banyak program diatas kertas yang telah dirangka itu,kesmuanya ada 15 item nampaknya hampir separuh daripadanya memerlukan pembiayaan dari ibubapa, bagi ibubapa yang bergaji tetap mengikut SBPA kini telah ditukar Ke Skim SSM akan mendapat faedah kenaikan gaji.Tetapi malangnya bagi kami yang berkerja kampung atau bergaji kecil ini sudah tentulah akan memberi sedikit bebanan,dari sekecil kecil bayaran rm5 sehingga ke rm 100 ringgit jika didharab 6 program perlu dibiayai olih ibubapa jadi cubalah "total" sendiri berapakah jumlahnya Ini tidak termasuk yuran atau dengan bahasa lunaknya dipanggil sumbangan dari ibubapa untuk PIBG." Begitulah lebih kurang luahan kata kata dari salah seorang wakil ibubapa tadi.Jadi fikir fikirkan bersama....


tok ayah su-tunggu masa hendak hadir mesyuarat PIBG pula.....

Isnin, 26 Mac 2012

Penduduk kemuning berpecah dua? (sambungan)


Salam hormat!
Seperti yang dipapar pada siri yang lepas saya mengemukakan soalan berupa tanda tanya adakah benar penduduk kg. kemuning telah berpecah dua? jika benar sejauh manakah perpecahan itu berlaku? sebenarnya saya membuat penilaian ini berdasarkan dari apa yang saya lihat dan dengar.Setelah selesai solat yang turut sama dihadiri Faisal saya sekali lagi dipelawa olih Faisal mengunjungi kekedainya semula.Saya dijamu makan malam dan sambil sambil makan kami berbual bual kesah kawan kawan lama dan bercerita tentang pengalaman perniagaannya.Saya melihat ada kesungguhan darinya untuk memastikan perniagaan beliau menjadi lebih maju, katanya dengan pengalaman yang hanya baru  3 bulan berniaga jadi tidak banyak lagilah hasil keuntungan yang bolih diraih.Olih kerana saya juga ada sedikit pengalaman berniaga kedai makan maka dapatlah saya berkongsi pengalaman terutama dari sudut cabaran cabaran yang ada dalam perniagaan kedai makan ini.

Tengah duduk leka  bersembang sembang datang pula pelangan lain yang turut sama menjadi korum semeja perbualan kami.Sambil sambil menjeling Tv yang menyiarkan siaran perlawanan bola sepak antara Pasukan Terenganu dengan pasukan Kelab dari Singapura.perbualan kami berkisar kepada pelbagai perkara termasuk gejala dadah,masaallah dadah ini masih lagi mengancam kepada kehidupan sosial anak anak muda.,malah baru baru  ini terdapat sepasang suami isteri yang telah meninggal terkena jangkitan HIV AIDS berpunca dari anggkara najis dadah.Kes kecurian juga kerap terjadi,menurut Abe Pa baru baru ini keretanya sendiri telah hilang dicuri,beliau hanya tinggalkan kereta sekejap sahaja kira kira sepuluh minit,diletakkan dihadapan hospital.Masa bila keluar didapati keretanya dah pun hilang.Alahai....

Dari segi pandangan politik juga tidak ketinggalan diperbualkan.Isu royalti minyak yang dikatakan telah dinafikan olih kerajaan pusat dan penglibatan KU LI yang menyokong kerajaan negeri dalam bab ini turut disokong olih mereka.demi untuk rakyat Kelantan keseluruhannya,begitulah kata mereka.Dalam isu bekalan air bersih yang dikatakan bermasaalah sebenarnya tidaklah menyeluruh hanya berlaku disesetengah kawasan sahaja..Penduduk kampung disini begitu mewah mengunakan air sehinggakan dapat menyiram pokok pokok bunga,begitu juga disurau tadi pun air paipnya tetap laju mengalir.


Macam tidak percaya pula apabila saya dimaklumkan bahawa perebutan ahli politik untuk menjadi calon pilihan raya tidaklah menjadi rebutan sangat,malah ada yang mengelak dan ingin menarik diri tidak mahu dicalonkan,sebab apa agaknya eekk ? Katanya beban mejadi wakil rakyat terutama calon Pas  terpaksa banyak berkorban sama ada dari segi tenaga mahu pun harta benda.Politik Pas tidak banyak bergantung pada projek projek yang menjadi sumber utama sebagaiman tok wakil UmnoBn, jadi mungkin kerana itulah agaknya ada tokoh politik Pas yang cuba menolak atau mahu menarik diri dari dicalonkan.Betul ke begitu eekkk?? Tapi jika dari apa yang saya lihat diBandar Pasir Putih pula keadaannya pula berlainan,Pasir Putih kini semakin banyak berubah, pembangunan semakin pesat, telah dan sedang dibangunkan dengan premis premis perniagaan,jadi projek siapakah ini?
Terima kasih kepada Faisal kerana menjamu makan dengan percuma walaupun saya telah cuba menghulurkan wang bayaran makan tetapi ditolak olih beliau, lain kali jika dizinkan kita pasti akan berjumpa lagi,semoga perniagaan anda akan bertambah maju...
tok ayah su-melepas rindu terhadap kampung halaman dizaman kanak kanak....

Ahad, 25 Mac 2012

penduduk kemuning berpecah dua?



Salam hormat!
Kali ini saya hendak belayar jauh sedikit,iaitu disebuah kampung kelahiranku dulu iaitu Kampung Kemuning, walaupun hubungan saya dengan harta benda pusaka nenek moyang saya disini terdapat sedikit diselebungi misteri namun peninggalan kesah lama tidak mudah dilupakan begitu sahaja apatah lagi hubungan saudara mara darah anak beranak masih bertapak dan amat ramai lagi ada disini,bagi generasi yang yang sebaya umur dengan ayah saya sudah pun ramai tiada meninggalkan dunia fana ini akan tetapi seorang.dua lagi terutama bapa sauadara  masih ada lagi,begitulah dengan anak anaknya iaitu sepupu sepapan saya masih ada dan sehat sehat belaka adanya.Kelmarin saya secara tidak langsung telah pun mengunjungi dan menziarahi mereka.Pada mulanaya saya hanya sekadar ingin meronda ronda untuk mengambil angin petang dari rumah mertua diPasir Putih terus keKampung Kemuning ini.

Setibanya dikampung ini lalu terpandang olih saya sebuah kedai yang kelihatannya seperti masih baru lagi dibina  kerana beberapa bulan lalu saya juga telah melalui melintasi disini tetapi masih pun tiada,fikir saya ini sudah tentu sebuah warung kopi yang baru dibuka,.tergerak dihati untuk singgah,Semasa melangkah masuk sebelum mengambil tempat duduk lagi tiba tiba saya disapa,ehh....ada orang kenal dengan aku, rupanya Abe Pa sepupu aku yang menyapa."Weeeela mu ko ni Hadi,doh mu maghi dimano lagi?"Bercakap beroyat lah sayo mengatakan saya ni saja saja jah datang meronda ronda kerana kepuasan (jemu) dok.PP,selepas order segelas air dan belum pun sempat berborak panjang hanya sempat bertanya kedai sapo ni? diroyatlah kedai ini milik Faisal iaitu adik ipar kepada CheGu Ismail Mamai bekas Adun BN tu,baru dibuka 3 bulan lepas, oooo....begitu ,Faisal ini sekali adik umurnya dengan saya tetapi masih sempat berkawan dengannya dimasa muda remaja dulu  dulu.malah dia ini pun bukan orang lain masih ada hubungan waris waroh jugok Sementara itu saya diajak mengunjungi rumah supupu tadi dimana tinggal bersamanya satu satunya sahaja lagi bapa saudaraku seibu sebapa yang ada disini.

Sembang punya sembang tibalah waktu magrib,saya minta diri dan ambil kesempatan pergi solat magrib disurau berdekatan,surau ini juga meninggalkan seribu satu kenangan,selain arwah Pok Teh Kob sebagai pengasasnya surau ini dia yang juga merupakan bapa saudaraku,.surau ini juga menjadi tempat kami mentelaah pelajaran sekolah dengan kawan kawan dan kadang kadang sampai tertidur secara beramai ramai sehingga kesubuh hari,.Sebagai penganti imam surau ini sekarang ialah Pok Cik Razak,beliau ini menrupakan salah seorang dari bapa saudaraku tetapi sebapa,ibu lain.Tetapi dari pemerhatian saya disni terdapat sedikit kelainan,Ada dikalangan penduduknya memilih milih surau untuk bersolat.Ada yang lebih suka kesurau disebelah hulu kampung yang dihadapannya terpacak bendera Parti Pas dan ada yang suka bersolat disurau hilir kampung iaitu surau pok teh Kob ini.Kira kira dihadapan 50meter dari surau hilir  ini terpacaknya berpuluh puluhnya tiang bendera BN.Jadi bagi mereka yang tahu tentang politik demokrasi maka sudah tentu akan mudah membaca dan mentafsirkan sendiri fenomina ini.Atau adakah dengan ujudnya dua surau ini bererti penduduk kg.Kemuning kini sudah pu berpecah dua?.

apakah cerita seterusnya..tunggu akan sambungannya.....jeng...jeng....jeng....

Khamis, 22 Mac 2012

menjejak kenangan disebalik aktiviti (akhir)





salam hormat!
Saya kira cukuplah dulu coretan kenangan rengkas yang saya alami untuk ditulis pada siri akhir ini,kata orang "tak kenal maka tak cinta",begitulah mendalamnya perasan yang menyentuh ingatan saya disepanjang latihan rekrut yang saya alami disepanjang detik masa 6 bulan dilalui itu disini (IKED).Setiap kata kata dari jurulatih amat memberi kesan,ada dikalangan jurulatih yang sengaja diberi peranan sebagai peniup semangat untuk terus berkhidmat tanpa  "fedup" (jemu)  setiap hari ada ada sahaja kata kata motivasi dengan penuh diplomasi yang dilontarkan dan tidak kurang juga ada jurulatih yang bersikap garang macam singa lapar,mengaum sepanjang masa,berlagak macam raja dgn pelatih,sengaja mengada gadakan arahan yang pelik pelik,ada ke patut pokok pokok bunga hiasan dihadapan blok latihan itu mahu disanggkutkan buah buahan anggur dan juga epal ,nak jamu pada siapa? pada hantu ke? kah.. kah ..kah....mahu tak mahu berpakatlah kami semua memesan kepada penjaja kuih muih dan lauk paut itu supaya membeli buah yang diminta itu kemudian disanggkutkan berjuntai juntai didahan pokok bunga,inilah dia dikatakan perangai askar,kadang kala buat kerja pelik dan gila gila,pokok bunga mahu dilihat berbuah epal... eh....eh...eh...peliknya.... kan...kan....kan.....tetapi yang anehnya bila disangkut buah itu disebelah malam tiba tiba bila dilihat disebelah paginya buah tersebut sudah pun tiada,makan dihantu lah gitu....kah kah...kah.....Jurulatih memang sengaja berbuat begitu untuk menguji sejauh mana kami dapat bertahan dan bolih berkerja sama,agaknyalah....Jadi buat apa kami perlu persalahkan pada kerenah jutulatih itu,lebih baik kami bersangka baik sahaja,tak gitu? lagi pun semua perkara sudah pun berlalu dan yang tinggal lagi hanya kenangan sahaja yang ada.


Tetapi yang paling  tidak suka saya dengar apabila ada dikalangan jurulatih yang suka membandingkan dengan mengatakan "kalau kamu kerja menjual air batu cendol pun lebih baik,sebab lebih banyak dapat "masyuk"berbanding dengan gaji seorang askar" Mungkinlah betul katanya itu tetapi jika tiada askar siapalah pula yang akan menjaga keselamatan tanah air ini termasuk penjual air batu cendol itu?.Tak mungkin tempat atau sesuatu kawasan itu bolih menjadi aman tanpa pemantauan dan pengawasan dari pasukan keselamatan.betul tidak? 

Pada saya,kerjaya tentera bukanlah tempat  yang sesuai untuk mencari kemewahan dan kesenangan sebaliknya kerjaya  tentera hanya sekadar dapat memberi sedikit rezeki tambahan disamping dapat juga menimba ilmu yang mampu dijadikan pengajaran agar bersemangat cekal dan tabah khususnya dalam menanam pengalaman memimpin dalam satu satu organisasi.Jika terpaksa berperang sekurang kurangnya kita sudah pun bolih bersedia dengan ilmu yang dipelajari itu.Untuk makluman,hampir kesemua kursus kursus sampingan dan juga pertukangan yang dihadiri,  sayalah yang menjadi "best student" (tempat pertama) Itulah bukti kesungguhan dan kemampuan yang bolih saya tunjukkan, alhamdulillah....


tok ayah su-Duhai tentera...jasamu tetapku kenang....

Rabu, 21 Mac 2012

menjejak kenangan disebalik aktiviti (4







Sala hormat!
Pada siri 3 yang lalu saya telah menyingkap kembali sedikit sebanyak pengalaman ketika menjalanai latihan rekrut disini,didalam kawasan kem perdana Sungai Besi ini sebenarnya terdapat banyak lagi unit unit atau lain lain kor termasuklah maktab tentera diraja (MTD) yang kini dikenali sebagai Universiti Pertahanan Nasional.Tempat melahirkan generasi graduan  Pegawai Tentera Bertauliah berpangkat Laftenen Muda  keatas. Secara kebetulan atau sudah ada perancangan swal sebelum itu tidak tahulah pula saya,kerana pada masa latihan intex saya,pegawai muda yang baru keluar dari maktab inilah yang menjadi ketua tiap tiap platun .kesemuanya jika tidak silap saya sebanyak 12 platun kesemuanya.Ilmu tektikal ketenteraan serta muslihat pepeangan telah diajar olih pegawai pegawai muda ini.Ilmu mereka ini masih panas panas lagi almaklumlah baru keluar dari maktab.Tetapi yang jadi masaallahnya rekrut sendiri yang tertidur kelitihan disemasa pelajaran disampaikan,akibatnya sorang tertidur semua kena denda berlari keliling padang,bila badan sudah berpeluh mengantuk terus hilang...kah...kah...kah....

Disemasa intek kami tidak ada pula pelatih atau rekrut dari kalangan perempuan,sebab itulah saya tidak tahu hendak ceritakan mengenainya,cumanya penglaman saya disemasa menjalani kursus lanjutan lain memang ada juga terdapat pranita (perempuan) ini.Jadi faham faham sajalah,banyak juga pengecualian latihan lasak lasak yang tidak melibatkan mereka.Biasalah tu.....nak buat macam mana insan lemahlah katakan.... keh....
keh....keh.....Tapi tempat penginapan mereka dijamin selamat dari sebarang pencerobohan,begitulah berdisiplinnya askar lelaki,tidak sekali kali menganggu privisi mereka malah sering membantu jika diminta tolong dalam membuat sesuatu hal.

Berbalik kepada suasana disemasa latihan rekrut tadi,bagi yang beragama islam,pada tiap tiap hari jumaat,kami dikerahkan secara beramai ramai menunaikan solat Jumaat diMasjid.Tetapi yang lucunya hampir kesemua terlea berdengur tertidur keletihan disemasa bacaan khutbah,yang nakal nakal sedikit tu ada yang memonteng sembahyang dan ambil kesempatan merokok ditepi tepi tandas...kah...kah...kah...habis solat selamba je ikut balik kekem semula.Yang masih teringat olih saya semasa pertama kali berlatih menembak.Apabila terdengar saja arahan "tembak" saya terus memicit picu dan menembak ketarget didalam kedudukan meniarap.Banggg....peluru pertama keluar,dimasa yang sama Pangg....bunyi punggung saya dipukul,aduhh...pedihnya,entah entah peluru telah tersesat dan kena pada punggungku"fikir saya., tembak tu biar betul betul sikit,tak kena pun tu,bentak jurulatih yang sedang berdiri mengawasi tembakan dibelakangku,ooooo....rupa rupanya tongkat rotan jurulatih yang halus itu telah membaham kepunggungku rupanya, ngeriku yang bersangka terkena peluru tadi tu telah hilang...kah ....kah,,,kah,sempat juga jurulatih ambil kesempatan merotan sebagaimana ibuku yang pernah merotan ku dulu.

Peristiwa kedua yang tidak dapat saya lupakan ialah disemasa menjalani latihan berjalan kaki jarak jauh, Jika tidak silap hampir 50km juga jauhnya.Kami mula berjalan selepas waktu magrib,berjalan dan terus berjalan didalam suasana kegelapan malam menyusuri jalan raya,sedar tak sedar tatkala waktu subuh dalam suasana cerah serah tanah,alahamdulillah kami selamat sampai kelokasi iaitu dikawasan tepi pantai,tetapi setelah diperiksa kekuatan (jumlah) anggota didapai ada tedapat salah seorang dari kami yang hulang tercicir, apa lagi bising dan riuh rendahlah jurulatih dan lalu berpatah balik mencari,mujurlah terjumpa dalam keadaan tertidur ditepi jalan,alahai macam macam kesah ada.....dising hari itu kami diberi rehat senentara tetapi yang sedihnya tapak kaki kami habis pecah pecah dan pedih pedih.Disebalah malamnya pula ada aktiviti yang diatur,pertujukan fesyen dan body cantik diperagakan.Ada yang melumurkan diri dengan minyak masak naik licin berkilat.seluruh tubuh.Apabila dicerahkan olih unggun apai bertambah lagilah kelihatannya,ada yang tunjuk bakat menyanyi manakala saya sendiri ambil bahagian buat "body builder" macam malik nor tu.sambil buat buat kelakar mengaru garu tulang rusuk yang tersonggel keluar maklumlah badab saya bukanlah gemuk sangat,apa lagi dengan gaya saya itu telah tunjukkan itu telah menarik penonton (kawan kawan) dan masing masing ketawa terbahak bahak....kah...kah...kah....pada mulanya saya ambil bahagian sekadar sahaja suka suka,tetapi aksi "badut" saya itu telah membawa tuah dan saya telah diumum sebagai pemenang tempat pertama,tak disangka sangka,dapat juga sedikit hadiah berupa biskut dan kacang.

Bersambung lagii...

Selasa, 20 Mac 2012

menjejak kenangan disebalik aktiviti (3)




salam hormat!
Dalam siri 2 telah saya bercerita sedikit sebanyak kesah saya serta rakan rakan dalam suasana mencabar ketika dalam tempoh latihan rekrut,jika hendak dipaparkan kesemuanya sudah tentu tiga hari tiga malam pun belum tentu habis cerita jika hendak ditulis.Jadi adalah lebih baik saya pilih pilih dari mana mana sudut yang patut sahaja.Jika hendak dikira dalam tempoh enam bulan latihan bukanlah lama sangat masanya tetapi apabila hari hari 24jam sehari tidak bolih duduk diam kerana di"pressure" sepanjang masa jadi perasaannya jiwaku amat begitu lama sekali terasa,malah terdapat dari sesetengah kawan kawan yang minta hendak balik kampung kerana tidak tertahan menanggung seksa,tetapi "minta balik" adalah satu perkataan yag amat pantang didengar olih jurulatih,Jika benar benar tidak mahu meneruskan lagi latihan,sebelum balik pasti separa rekrut ini akan didenda berlipat kali ganda lagi,nampak seolah olah seperti didera kerana diperlakukan sehingga lembik separuh nyawa,mungkin jurulatih mempunyai alasan tersendiri kenapa dibuat sedemikian rupa,apa yang saya diberitahu perlakuan denda tersebut adalah sebagai satu hukuman agar menjadi pengajaran kepada pelatih pelatih lain supaya tidak mudah mengalah dan jangan lembik semangatnya, mesti berjiwa kental sehingga kehari akhir latihan.
Disemasa latihan rekrut inilah kami baru mengtahui istilah ayat ayat latihan seperti "Darling Carry" iaitu membawa rakan berlari lari mengikut jarak yang ditentukan olih jurulatih,"skot jump"iaitu melompat setinggi yang bolih dengan kedua tangan melurus keatas sambil menepuk kemudian jatuhkan diri sehingga dalam kedudukan mencanggkung,lakukan perbuatan seperti ini berpuluh puluh kali,tatkala inilah kepala lutut terasa mengigil dan lemah longlai seolah olah seperti hendak tercabut sendi."Star ligh" iaitu meletakkan tangan kedahi kawan  kemudian tarik jari hantu dan lepaskan seperti sprin... Meletukk....bunyinya sehinggakan mata nampak naik bintang biji kamar,"faut rool" iaitu berbaring kemudian berguling gulingkan badan dari bucu padang sehingga kehujung padang,apabila disuruh bangun kembali pasti akan terasa terhuyung hayang pening macam orang mabuk todi....kah...kah...kah....sebab itulah kalau perut tengah kenyang berisi maka akan ada yang termuntah hijau terkeluar sebiji biji makanan yang dimakan tadi.Ah...banyak lagilah istilah istilahnya yang tidak dapat disebut kesemuanya.Sebab itulah saya katakan latihan ini amat mencbar dan memerlukan ketahana diri dari segi mental dan fizikal.Namun demikian apa yang tahu tahu latihan dewasa ini tidak seteruk dan sehebat dahulu,malah tempoh latihan pun telah dipendekkan dari 6 bulan ke 3 bulan sahaja,tak tahulah pula saya apakah alasanya kenapa tempoh latihan rekrut kini dipendekkan.

Soal elaun latihan pada masa saya dulu itu tidaklah sebanyak seperti sekarang ini,duit elaun sekadar cukup untuk membeli makanan tambahan,maklumlah jika hendak diharapkan nasi berlauk kawah .tidaklah sesedap mana.Ada ketikanya dagingnya liat macam segerap getah,ikan gorengnya pula tidak terasa dilihat,tawar hamba macam tidak cukup garam dan tidak ada dibubuh serbuk perasa kunyit pun.Sebab itulah jika ada penjaja yang masuk menjual sambal atau lauk paut maka kami akan membelinya sebagai penambah selera.

bersambung lagi....

Isnin, 19 Mac 2012

menjejak kenangan disebalik aktiviti (2)







Salam hormat !
Pada siri yang pertama saya telah memaparkan beberapa keping gambar kenangan yang sempat dirakam sempena hari perjumpaan ahli dan keluarga Persatuan Vateran Rejimen Semboyan DiRaja diKem Perdana Sungai Besi pada 17hb March yang lalu,posting kali ini saya ingin menyambung sedikit lagi sambil sekaligus mengimbas kembali kenangan lampau..


Lokasi aktiviti diadakan diIKED (Intitut Kemunikasi Eletronik Darat),disinilah sejarah ku dalam tentera bermula,deretan khemah yang dipasang dipadang sebenarnya adalah padang kawad yang memberi kesan ingatan seribu satu ingatan nostalgia lama.Padang kawad ini amat digeruni kerana terdapat undang undang pantang larang yang tidak bolih dilalui,melintas,meludah atau memasuki kawasan padang kawad ini sesuka hati,kata jurulatihku padang kawad inilah "tikar sembahyang" kamu,sebenarnya jurulatih sengaja berkata begitu sebagai simbolik agar semua anggota yang sedang menjalani latihan menghormati tempat padang latihan.


Berbunyi sahaja wisel atau pun laugan dari jurulatih seperti ini "rekruttt.....(dengan nada panjang dan garau) lalu akan disahutlah beramai ramai olih pelatih dengan menyebut "Staffff.".(bergema dan bergempa satu dunia tanpa pembesar suara.) itulah hebatnya kerjasama dikalangan rekrut,kami diasuh jika salah seorang dalam satu platun itu membuat silap atau kesalahan akibatnya satu platun 30 orang kesemuanya akan didenda,sebab apa ? alasannya kerana tidak ada kerjasama diantara kami.Sikap tolong menolong dan saling bantu membantu amat diterapkan dalam  latihan, mesti ada sistem kerja secara berpasukan,tahap semangat setia kawan amat diutamakan,itulah didikan yang kami terima dan wajib dipatuhi, bukan senang dan bukan mudah hendak dilentur buluh yang sudah remaja. bagi mendisiplinkan setiap anggota rekrut yang datang dari pelbagai ragam dan latar belakang pendidikan memerlukan kecekalan yang jitu.Mungkin kerana itulah agaknya terdapat setengah dari jurulatih mengunakan kaedah yang agak keras secara 'body contac",sebab itulah ada diantara jurulatih digelar dengan panggilan "Majitaro" ,kerana beliau ini sering menampar muka rekrut mengunakan selipar jepun...kah...kah...kah...dan ada juga jurulatih yang suka mendenda dengan membuat latihan kawad "extra" atau dengan membuat larian jasmani tambahan dalam suasana cuaca panas tengah hari selepas waktu makan Sarapan tengah hari itu sudah tidak bermakna lagi,ada yang termuntah muntah balik Waduh....azab sengsara kau akan rasa (askar).itulah kata kata yang dapat digambarkan.

Dalam tempoh.bulan pertama latihan sememangnya terasa teramat seksa ,hendak mencangkung ketika buang air besar pun terasa sakit  sakit badan dan paha serta lutut apabila hendak duduk.Tetapi selepas daripada tempoh itu sudah dapat membiasakan diri,dan bagi saya sendiri sering kali kehadapan apabila berlari didalam semasa latihan larian jasmani.... kah...kah...kah....Ketua jurulatih jasmani Encik Jalil yang berbadan sasar serta otot otonya yang timbul sering menjadi bualan dan dikagumi.Jika dipanggil olih jurulatih maka akan bersegeralah secara sepantas kilat,sebab itu ada yang tidak sempat mengunakan tangga,bagi mengelakkan sesak berpusu pusu ditangga ada yang terjun tanpa takut takut,hebatnya tenaga orang muda (rekrut) pada waktu itu,tidak ada pun yang tercedera, pelikkkan.....


bersambung lagi.....

Sabtu, 17 Mac 2012

Mengimbau kenangan disebalik aktiviti...






Salam hormat!
Badan masih terasa penat kerana memandu dalam perjalanan jarak jauh dari kampungku terus keKem Sungai Besi Kuala Lumpur pergi dan balik,namun tetap digagahi juga memgemaskinikan posting ini buat tatapan penjengok blog ini,walaupun tulisan saya kali ini berbentuk peribadi akan tetapi harap harap akan ada diantara rakan rakan yang dapat berkongsi sama keceriaan disebalik aktiviti yang diadakan pada sebelah pagi hingga kepetang hari ini tadi.

Hari ini 17 hb Mach sekali lagi Persatuan Veteren Semboyan DiRaja telah dengan jaya jayanya mengadakan satu aktiviti perjumpaan hari keluarga untuk buat kesekian kalinya,antara objektifnya adalah sebagai mahu memupuk semangat silaturrahim sesama ahli,mudah mudahan dengan perjumpaan yang diadakan ini sedikit sebanyak akan dapat mengubat rindu kepada rakan taulan disemasa sama sama dalam perkhidmatan tentera dulu, semangat ingin bertemu rakan rakan ini terbukti jelas kelihatan kerana yang datang rata ratanya telah sanggup membelanja duit poket sendiri tanpa dipaksa olih sesiapa pun.Mereka yang datang jauh dari seluruh pelusuk semenanjung dari utara hingga selatan sehinggalah kepantai timur.Mungkin yang tiada hanya dari negeri Sabah dan Serawak sahaja.Keceriaan jelas terbayang diwajah apabila rakan lama yang ingin ditemui masing masing berpeluk pelukan dan berjabat jabat tangan,almaklumlah sudah sekian lama terpisah dan dihari ini baru berkesempatan bertemu muka. 

akan bersambung dengan kemas kini beberapa keping lagi gambar gambar kenangan.......

Selasa, 13 Mac 2012

Mesyuarat PIBG lah pulak....

Selamat datang kepada Guru Besar baru (Mohammad Ismail)

Salam hormat!
Bila nak duit minta dengan PIBG tapi masa nak guna pandai pandai sendiri pulak,tak minta pun mandat dari pibg terlebih dahulu, sedar sedar telah pun digunakan diluar bidang keperluan untuk membantu kecemerlangan murid,sehinggakan program pekan budaya pun diambil dari sumbangan PIBG,inilah finomena yang berlaku, tetapi bukan disekolah tempat anak saya belajar,ianya berlaku ditempat lain.Saya hendak berkongsi maklumat tersebut apabila disebelah petang tadi saya telah menghadiri  mesyuarat AJK pibg dan telah pun selamat dijalankan dengan membawa beberapa egenda termasuklah menetapkan tarikh mesyuarat agong PIBG.dan juga usul yang akan dibawa kedalam mesyuarat PIBG itu nanti,nak tahu apakah usul tersebut kenalah datang kemesyuarat pada tarikh tersebut kelak.

Pertamanya saya hendak mengucapkan selamat datang kesekolah ini kepada guru besar baru yang telah pun memulakan tugas beliau sejak pada awal bulan February dulu lagi.Mudah mudahan dengan kedatangan guru besar baru ini maka diharapkan semangat anak anak murid juga mendapat idea idea baru,walaupun dari apa yang saya difahamkan beliau sebelum ini lebih banyak mengajar disekolah teknik jadi katanya beliau akan lebih menumpukan pada aspek pengurusan kerana bidang kemahirannya agak berbeza dengan kaedah pembelajaran yang ada disini.

Dalam ucapan lain lain hal saya mengharapkan tumpuan sekolah supaya tetap memberi fokus kepada kecemerlang murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR,jika hendak diharapkan pada ibubapa mengajar dirumah mungkin agak sukar kerana ada diantara ibubapa yang kurang arif tentang selibus  dan kehendak peperiksaan jadi apabila sekolah mengadakan kelas tambahan ianya adalah satu langkah yang baik dan perlu diteruskan,itulah harapan saya dan sudah tentu harapan para ibubapa yang lain juga.

tok ayah su-mengucapkan terima kasih kerana yuran sudah dimansuhkan....

Ahad, 11 Mac 2012

Alhamdulillah dah selamat....

Salam hormat!
Pertamanya ucapan penuh kesyukuran kerana dengan limpah kurniamu jua segala perancanganku untuk mengadakan majlis pernikahan anak telah pun berjalan dengan lancar,"Ya Allah engkau berkatilah dan bahagiakan hidup pasangan pengantin ini sehingga keakhir hayat mereka",begitulah harapan dan doaku pada hari majlis tersebut yang telah diadakan pada 10hhMarch kelmarin dulu.Setelah selama 5 bulan ikatan pertunangan berlalu maka kelmarin jadilah sebagai hari perkahwinan sebenar.Alhamdulillah.


Walaupun acara tidaklah sehebat selebriti ataupun tokoh tokoh terkenal namun kepuasan hati secara sekadar seadanya itulah yang lebih penting,terlebih lebih perkara "wajib" iaitu akad nikah dapat dilapazkan dengan sempurna dihadapan imam selaku juru nikah. Disini ada pilihan iaitu bapa atau wali dibenarkan melafazkan ucapan ikrar nikah contohnya "wahai silelaki bin ....aku nikahkan dikau dengan siPerempuan binti ..... dengan maskahwinnya sekianbanyak tunai". Tetapi yang masih teragak agak dan tidak biasa macam saya adalah terlebih baik diwakilkan sahaja kepada imam yang telah diberikan tauliah Walaupun bapa/wali itu lebih afdhal namun perlu juga dilihat akan maslahah yang lain.Demi mengelakan kelancaran majlis terganggu mishalnya tergagap gagap kerana tidak ada latihan (demo) sebelum itu.

Disini juga terdapat perbezaan diantara maskahwin dengan hantaran, apakah bezanya itu? untuk mengelakkan berlakunya keributan  "main elat" adalah dinasihatkan para wali bertanya dengan jelas dihadapan imam nikah dan diisi secara bertulis didalam borang yang disediakan akan jumlah maskahwin mahupun jumlah hantaran yang telah dipersetujui sebelum itu.Maskahwin adalah hak mutlak sibakal isterinya dan tidak semestinya dalam bentuk wang tunai manakala hantaran pula dibolih gunakan untuk urusan  majlis perkahwinan (jika perlu).Hantaran biasanya dalam bentuk wang tunai selain barangan lain yang biasa kita dengar seperti "hantaran serba satu".Kebiasaannya maskahwin tidaklah banyak jumlahnya iaitu dalam lingkungan bernilai ratusan ringgit sahaja (jika wang tunai)   tetapi sebaliknya hantaran pula bolih mencecah ribuan ringgit malah ada yang puluhan sehinggakan bolih mencecah ratusan ribu  ringgit.pun ada,cumanya terpulanglah kepada kemampuan dan status masing masing.


Ada juga yang memberi pendapat pada saya dengan mengatakan orang sekarang buat kenduri kahwin tidak ada lagi pengelan,apatah lagi jika tuan rumah itu seorang yang berada (senang/kaya) apa itu pengelan?, pengelan ialah duit sagu hati yang diberikan kepada tuan rumah sekadar seiklas tanpa ditetapkan berapa jumlahnya.Apakah tujuannya ? tujuannya adalah sebagai meraikan semangat muafakat dengan saling bantu membantu bagi merengankan beban sipenganjur majlis.Almaklumlah hendak menganjurkan majlis kenduri khawin bukanlah sikit sikit belanja yang perlu dikeluarkan, walaupun kenduri kendara bukan satu perkara wajib sah nikah akan tetapi menghebohka perkhawinan diharuskan bagi mengelakkan fitnah dikalangan masyarakat,salah satu cara hebahan ialah melalui ajakan datang bertandang kerumah pengantin dengan adat orang bertandang hendaklah dijamu dengan sedikit hidangan.Jika orang yang kita jemput itu tidak berduit bagaimana pula?Inilah yang menjadi khilaf pendapat,tetapi sebenarnya tuan rumah tidak akan menghalau atau mengatakan apa apa jika sitetamu yang datang itu tidak menghulurkan apa apa pun. Jadi kenapa perlu dikhilafkan lagi ? saya tinggalkan untuk pembaca menilaikan sendiri.....


Buat begitu salah buat begini pun salah jadi buat cara mana yang sebetulnya?Pada pendapat saya segalanya terpulang pada niat diri masing masing,ada yang buat kenduri tidak perlu "pengelan" tetapi ditadah pula tabung derma dimeja makan, ada yang tertulis pada tabung tersebut untuk keperluan surau ataupun masjid.tetapi persoalannya adakah wang derma tersebut tidak diusik langsung, seratus peratus diserahkan kepada Masjid ataupun hanya setengah sahaja isinya disalurkan dan sebahagian lagi diambil sebagai menampung majlis kenduri tadi? wallahuaklam.
Disini tidaklah pula saya mahu mengungkit apa apa sebab takut nanti kerja buat akan menjadi sia sia kerana "sebaik baik pemberian itu biarlah tangan kiri tidak mengtahui apabila tangan kanan menghulurkan apa apa pada orang"begitulah hebatnya nasihat agama pada kita.

Tok ayah su-Terima kasih kepada semua tetamu dan juga sesiapa juga yang terlibat dalam kerjabuat walimatulurus anak saya.....

Sabtu, 3 Mac 2012

Jom kursus....

Salam hormat!
Nampak gayanya bekas tentera kena belajar dan sekolah lagi walau pun usia sudah sampai mencecah kehujung senja,begitulah apa yang bolih saya tafsirkan apabia pagi tadi saya telah hadir kesatu majlis Progran Gerak Wira yang dianjurkan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian Negeri Terengganu.
Dipetik sebahagian dari ucapan alu aluan olih Yang diPertua Tuan Haji Abdullah katanya perjumpaan dikalangan Ahli Jawatan kuasa dan juga ahli keluarga dari seluruh cawangan yang datang pada hari ini bolih diibaratkan sebagai datang untuk berkursus kepimpinan.Jesteru itu disambut pula ucapan olih Dato" Persident dengan membuat pengumuman bahawa kerajaan telah memperuntukan sebanyak Rm 50 juta untuk tujuan kursus kursus yang bakal diadakan nanti.,Namun begitu pengendalian kursus itu dibawah kelolaan PERHEBAT kerana menurut beliau peruntukan tersebut disalurkan kepada perbadanan ini.

Tetapi yang agak peliknya sikit sebelum kursus sebenar dijalankan terlebih dahulu kesmua bekas tentera yang hadir pada hari ini telah pun disekolahkan dulu olih  Biro Tata Negara.Maka berkobar kobar semangat para ahli apabila dibakar olih pegawai penceramah tersebut,walau pun Dato" penceramah tersebut bentuk tubuhnya agak kemetot dan tidak cukup inci mengikut saiz seorang askar namun ucapan beliu tetap berapi api memarah dan memaki hamun pasukan penganas kominis dimasa yang sama menempelak pimpinan pembangkang yang telah menganggap Mat Indera sebagai hero kerana menentang pasukan keselamatan.hasilnya dapatlah dilaga lagakan seumpama serampang dua mata,marahkan pada kominis tetapi yang jadi mangsa pimpinan Pas.Selain daripada itu banyak lagilah yang diperkatakan agar semangat asobiyyah mempertahankan ketuanan melayu dipertahankan sekaligus menyarankan supaya kepimpinan rakyat yang dibawa olih PR itu ditolak.

Apabila program pada hari ini telah dijadikan medan untuk kempen politik maka terdengarlah olih saya beberapa rungutan dari belakang yang menganggap majlis ini telah tersasar dari topik asal yang kononnya untuk memperkasakan bekas bekas para bekas tentera lalu ada yang telah hilang mood untuk bercakap ketika sessi diolog diadakan  selepas pada itu.

Bagaimana pun majlis telah dapat disejukkan kembali apabila Dato" President berjaya memujuk ahli dengan membuat satu lagi pengumunan bahawa satu program penjanaan ekonomi ahli akan diadakan dengan cara mengujudkan "Koperasi Kebajikan".Menurutnya yuran ahli tidak perlu dibayar, ini kerana katanya beliau akan berusaha mendapatkan dana dari sebuah syarikat keselamatan dibawah pengurusan beliau.Selain daripada itu katanya lagi belaiu akan berusaha mengesyorkan supaya kenaikan pencen kepada bekas bekas tentera yang telah berkhidmat genap genap tempoh 21 tahun turut dinaikkan, jika sebelum ini kenaikan pencen bagi mereka yang telah berkhidmat lebih dari 21tahun telah pun dinaikkan sebanyak 2 hingga 13 peratus tetapi ini tidak melibatkan mereka yang berkhidmat genap 21 tahun seperti yang dimaksudkan.Jadi pada pendapatnya adalah wajar pencen untuk bekas tentera yang genap 21 tahun berkhidmat turut sama dipertimbangkan  akan kenaikkan. pencen mereka.

Tok ayah su-bercadang hendak mengambil kursus menjadi imam masjid....bolih ke?

Jumaat, 2 Mac 2012

Debat:jangan menonggeng (Akhir)

salam hormat!
Sudah beberapa siri saya mencoret tajuk diatas dengan mengheret  keluar intipati sebenar apa yang hendak saya terangkan berkaitan topik.Untuk siri akhir ini tidaklah bermakna debat saya dengan seorang rakan sebelum ini sudah berakhir.

Kami telah berhubung  melalui telifon  dan bercakap hampir 1 jam lebih,jadi sudah tentulah dalam tempoh masa itu banyak perkara yang telah disentuh.Namun begitu tidaklah mahu saya memaparkan kesemuanya kerana ada yang telah terlupa maklumlah percakapan tersebut bukanlah dirakam atau pun dicatat.Olih itu apa yang masih teringat dan terlintas didalam kepala sahaja yang akan saya siarkan.

Kawan saya ini walau pun seorang peniaga tetapi dalam soal susana politik beliau tetap peka dengan keadaan semasa yang sedang dan yang telah berlaku.Jesteru itulah beliau melahirkan rasa sentivitinya apabila berlaku pada suatu ketika orang bukan islam telah memasuki dihadapan saf jamaah masjid untuk menyampaikan ucapan dengan alasan untuk menyumbangkan sesuatu pemberian.Pada pandangan beliau perkara sebegini tidak seharusnya berlaku tetapi malangnya telah dihalalkan akan perbuatan orang perempuan kafir itu.Aduh.....yang ini susah sikit saya nak jawab tetapi kalau zaman nabi nabi dulu memang ada nabi yang masuk kerumah berhala orang kafir,tetapi masuknya nabi ini adalah sekadar hendak menguji, pada suatu ketika disegaja pecahkan berhala kemudian diletakkan kapak yang digunakan itu ditangan berhala lain,apabila ditanya katanya "tanyalah pada berhala yang pegang kapak itu jika benar berhala yang kamu sembah itu berkuasa.Jika tidak ada respon kenapa kamu masih percaya kepada berhala buatan kamu itu? cuba teka siapakan nama nabi ini? Jadi saya juga pun pernah melawat rumah berhala ini tetapi bukanlah bermakna saya bersekongkol dengan mensyirikkan Allah S.W.T.Niat saya sekadar untuk melihat lihat sendiri dan mahu tahu apakah sangat hebatnya berhala ini,tetapi AWAS bagi mereka yang tidak faham dan tidak kuat iman jangan sekali kali cuba hendak menguji kerana takut nanti terkena "badi".
Adapun orang kafir masuk masjid yang biasa kita lihat apabila berlakunya majlis upacara pengislaman,orang kafir yang mahu masuk islam pernah diada didalam masjid, jadi ertinya dengan tujuan yang baik sudah tentu dibolihkan selain daripada itu mungkin ada syarat dan adat adab yang patut dipatuhi.

Tidak berakhir disitu kawan saya itu masih juga tidak berpuas hati kononnya sumpah laknat tidak pula mahu dilakukan olih DSAI berkait dengan kes liwat.Permasallah ini  telah banyak diperbincagkan olih para ilmuan agama dan diantara banyak banyak pendapat itu tidak ada yang bersetuju malah terdapat ayat Al-Qur"an yang melarang melakukan sumpah laknat seperti itu.Jadi jika hari ini ada yang memberi pendapat tidak ada Hukum hudud dalam alqur"an maka adalah diingatkan supaya orang itu kenalah melihat sama kaedah Feqah,perbezaanya sama seperti akta dengan warta,ertinya Akta itu AlQur"an dan Warta itu adalah Feqah iaitu tatacara kerja yang digezetkan olih Alim ulama" yang terdahulu.Bagi pengamal undang undang sudah pasti mudah memahaminya.

Apa pun saya juga hendak mengucapkan syabas dan tahniah kepada kawan saya ini kerana menurutnya anak anak beliau telah pun berjaya kepusat pengajian tinggi tetapi yang agak saya ralat sikit apabila katanya jika kerajaan tidak membantu menyediakan pinjaman PTPTN sudah tentu beliau tidak mampu menghantar  anak anaknya itu keUniversiti.Tetapi saya kata "jika tidak ada tiris sini tiris sana korup sini korup sana mungkin tidak mustahil saya rasa  kerajaan bolih meyediakan biasisiwa tanpa perlu ada apa apa bayaran.

 BerPatah balik ketopik asal jangan menonggeng itu saya hanya sekadar hendak mengaitkan amalan adab resam orang melayu yang amat beradab,jika terdapat majlis makan makan maka diingatkan kepada paramusaji (tukang hidang) supaya ketika hendak meletakkan makanan hidangan  dihadapan orang ramai yang makan secara bersila hendaklah duduk secara melutut dan tidak bolih dalam kedudukan menonggeng,cumanya pada hari ini hidangan kebanyakkannya diatas meja sebab itu ada yang telah terlupa adab adab tertib amalan orang melayu dahulu.
Tok ayah su-Bakal mengadakan kenduri kesyukuran sempena perkahwinan anak

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan