arkib

Sabtu, 19 Julai 2014

MH17 ditembak-apakah motifnya? (2)

Salam hormat!
Dalam siri pertama saya membuat sedikit "home work" sendiri dengan mengkaji serba rengkas susur galur konflik ketengangan yang berlaku diantara Ukraine dengan Pemberontak ProRusia.Kalau tidak melibatkan pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh diperkampungan berhampiran kawasan sempadan Rusia itu sudah tentu ramai dikalangan rakyat Malaysia termasuk saya juga sudah tentu tidak mahu mengambil tahu apa yang berlaku dikedua negara itu kerana tidak mahu disifatkan sebagai sibuk mencampuri urusan negara lain tanpa sebab. Olih kerana sudah terlanjur dengan peristiwa MH17 ini maka tidak bolih tidak semua rakyat Malaysia mesti bangkit untuk mencari keadilan.Mestilah semua pehak tanpa mengambil kira latar belakang politik hendaklah bersatu hati menyatakan bantahan dan kutukan.Ini kerana bukan sahaja melibatkan maruah negara kita malahan turut melibatkan ramai rakyat dari banyak negara didunia lain sama.
Bersatulah sementara seumpama "Biduk lalu kiambang bertaut", apabila berlaku peristiwa besar yang melangkui perangsaraf  politik  sudah tentu menuntut kita berganding bahu menanganinya bersama.

sisipan akhbar SH
Pada siri sambungan ini bagaikan semua idea saya sudah kering (bukan u-kraine) kerana apa yang hendak saya tulis sebahagiannya telah termasuk dalam komentar Sdr Mohamad Mat Yakim dalam sisipan Akbar SH disebelah kiri itu.Jadi biarlah saya ulas sikit sikit sahaja.Ada beberapa perkara 'andaian" olih Sdr penulis itu yang bolih saya setujui untuk dijadikan motifnya.

Yang Pertama- Demi "kuasa dan wang" masih ada dizaman ini manusia sanggup menghalalkan apa sahaja seumpama binatang buas yang tak mengenal mangsa. Benarkan kata bijak pandai "didalam kumpulam manusia ada yang berperangai binatang tetapi dikalangan binatang tak ada berperangai manusia".

Yang Kedua-Bagaikan ujud satu konspirasi terancang mahu jadikan satu ugutan kepada Malaysia untuk tidak terlalu lantang bersuara menyokong perjuangan Rakyat Palestine/Gaza, dek kerana kurang senang melihat situasi itu lalu direncana satu rancangan yang bolih mengalihkan perhatian kearah kedunia lain.Dengan itu dapatlah Zionis meneruskan agendanya tanpa perhatian dari negara islam lain.Bagi mereka yang pernah mempelajari ilmu tektik ketenteraan sememangnya inilah salah satu cara digunakan didalam satu siri siri peperangan,contoh mudah difahami lihat sahaja cara seseorang penjahat yang mahu masuk kebangunan yang ada pengawal,dibalingkan batu kesatu satu arah,apabila pengawal terdengar sesuatu benda terjatuh, dia akan pergi kerah objek itu untuk menyiasat, jadi pada masa ini penjahat akan ambil kesempatan menyusut masuk sebabnya pintu kawalan utama sudah ditinggalkan.Itulah salah satu tektiknya.

Yang ketiga-Satu alasan yang tidak logik diakal kononnya pehak penembak telah tersalah sasaran adalah tidak bolih diterima,hanya anggota tentera yang kurang latihan sahaja bertindak sedemikian.Mana mungkin jikalaulah Pemberontak ProRusia yang baru memegang senjata itu bolih menembak tanpa bantuan penembak yang mahir dengan senjata yang secanggih itu.Sudah tentu tentera Rusia pun ada bersekali semasa tembakan dilepaskan. Apakah tentera Ukraine juga memiliki jenis senjata yang sama? menuding jari untuk melepaskan diri masing masing akan mengundang kemarahan sedunia.

Kesimnpulannya janganlah pesawat MAS MH17 dijadi bagaikan sikancil yang berada ditengah tengah kedua ekor gajah yang sedang bertarung,dimana sikancil menjadi mangsa terpijak lalu berkecai terpenyek.

Tok ayah su-ingin mengucapkan takziah kepada keluarga terlibat dan alfatihah buat yang beragama Islam.

Jumaat, 18 Julai 2014

MH17 ditembak-apakah motifnya?

Salam hormat!
Sebelum ini saya pernah terbaca pergolakan yang berlaku diUkraine-Rusia, pernah melihat siaran keganasan bergambar dikaca TV namun tidak terlintas untuk mengambil tahu secara lebih mendalam tentangnya malah menganggapnya sebagai perkara biasa dalam mana mana konflik perebutan kuasa pemerintahan bagi mana mana kerajaan diluar negara.Setelah tiba tiba berita mengejutkan tersebar luas berkenaan kemalangan MH17 milik syarikat penerbangan negara (MAS) maka terasa terkedu dan terkejut amat sangat kerana tidak menjangka dalam tempoh hanya baru 4 bulan MAS telah kehilangan MH370 ghaib tak berkubur  lalu lagi sekali rakyat Malaysia digemparkan dengan berita baru pula yang juga melibatkan syarikat penerbangan yang sama, malang sungguh..sayu hati tak terkata buat seketika.

Dalam masa dunia mengikuti perkembangan keganasan Israil dibumi Gaza rupa rupanya nasib yang sama tapi tidak serupa turut juga menimpa negara Malaysia kita. Jika MH 370 banyak persepsi dan banyak anologi serta banyak spekulasi dilemparkan sesungguhnya hikmat disebaliknya tidak ada siapa yang tahu sehingga kini kecuali dibawah pengtahuannya jua.Pun begitu dek kerana kemalangan ini melibat satu perbuatan disengajakan yang dikatakan kononnya terkena tembakan tentera yang sedang bergolak dibumi Rusian-Ukraine maka saya amat teringin untuk mengtahui akan sejarah peperangan yang berlaku disana.Walau pun jauh nun disana malah saya sendiri tidak pernah pun sampai sejauh itu namun olih kerana maklumat pada hari ini bolih diekses dimana mana lalu saya membuka laman Wikepedia yang berkaitan.

Dari sedikit maklumat yang perolihi dapatlah saya membuat sedikit kesimpulan rengkas akan sejarah pergolakan yang berlaku diRusia-Ukraine sana.Dikhabarkan bahawa dahulunya nama asal Ukraine adalah diambil dari satu nama etnik Krimea,berada dibawah empayar Rusia kemudian diberi status outonomi, selepas sovietRusia terlibat dalam peperangan dunia ke2 pada 1945, status outonomi ditarik balik lalu Krimea ditukar nama keUkraine. Pun begitu sebilangan etnik krimea ini tidak berpuas hati kerana mereka bertegas mahu mengekalkan status outonomi.Maka mula timbulah konflik yang berpanjangan.

Yang terakhir pada bulan Feb 2014 tercetuslah satu Revolusi, ekoran daripada itu kerajaan yang ada digulingkan dan diganti dengan pemimpin kerajaan baru yang pernah menjadi pembangkan sebelumnya. Walaupun begitu masih ada terdapat dikalangan rakyatnya yang pro kepada kerajaan lama.Jesteru itu Rusia turut campur tangan, dengan bantuan Pro kerajaan lama mereka menentang pasukan pertahanan Ukraian dengan alasan kononnya mahu mahu memulihkan ketegangan.Tindakan Rusia ini dikecam olih beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat,United Kindom, Perancis, German dan kesatuan negara Eropah.
Rusia terus berkeras mahu meneruskan usahanya dan tidak mahu mengiktiraf kerajaan baru Ukraine itu sebaliknya bertindak secara terang terangan menyokong President yang telah diguligkan itu iaitu Victor Yonokovych. Maka ujudlah kumpulan yang dilebelkan sebagai Pasukan Pemberontak proRusia.

Tetapi...tetapi mengapa MAS dimangsakan dan apakah motifnya? bersambung.....

Selasa, 15 Julai 2014

Tipu dihari NuzulQur"an

Salam hormat!
sisipan akhbar SH
Kelmarin 15hb Jul bersamaan 17 Ramadhan adalah hari cuti NuzulQur"an, memilih hari baik itu untuk mengadakan temuduga terbuka pemilihan Anak muda belia yang baru lepas SPM lalu untuk masuk kepusat latihan kemahiran yang dilakukan olih KT Skill Institiut adalah dianggap satu usaha yang murni.Namun rata rata yang hadir ke temuduga yang diadakan disebuah resort diKemaman itu telah menimbul rasa tidak berpuas hati dikalangan mereka,salah seorang anak buah saya yang hadir turut merasa kecewa apabila dimaklumkan banyak perkara yang tercatat didalam surat iklan tawaran sebelum ini telah tidak didapati tidak sama seperti yang diiklankan.Jika didalam tawaran iklan ada menyebut banyak bidang kursus yang ditawarkan  seperti pendawaian Eletrik,penyejuk bekuan dan sistem pengisian komputer tetapi keadaan sebenar hanyalah
satu kursus eletrik sahaja yang ditawarkan,Peserta juga dikehendaki menyediakan wang Pendaftran sebanyak rm400.00. Apa yang membuat mereka rasa tidak senang dan panas hati apabila dimaklumkan bayaran bayaran tersembunyi yang lain turut dikenakan seperti bayaran asrama penginapan,pengangkutan dan makan minum walhal didalam surat tawaran iklan hanya menyebut peruntukan elaun sara hidup sebanyak Rm400.00 sebulan akan diberi sepanjang kursus, sedangkan keadaan sebenar hanyalah RM300.00 sahaja,selain daripada itu kononnya elaun sara hidup ini difahami percuma akan tetapi sebenarnya adalah merupakan satu pinjaman dan bukannya percuma seperti yang diwar warkan. Malah peserta kelak akan dikehendaki menjelaskan hutang pinjaman selepas tamat kursus nanti.Kursus ini memakan masa kira kira selama 2 tahun. Seandainya mereka tidak memperolihi pekerjaan selepas tamat kursus kelak bagaimana? tidak ada jaminan peserta akan memperolihi pekerjaan.Maka sudah tentu tak pasal pasal mereka terpaksa memikul beban.Ramai dikalangan yang hadir membatalkan hasrat dan tembo balik  awal."TIPUUU...puasa puasa pun tipu jugak"kata mereka. Niat asal mereka sudah menjadi luntur, hajat ibubapa mereka juga mahu melihat anak anak yang tidak berminat dalam bidang pengajian ekedemik dapat melanjutkan ilmu dalam bidang kemahiran pula turut jadi hancur berkecai.

Tok ayah su-aduan kepada pehak pehak yang berkaitan....

Isnin, 7 Julai 2014

Bonus dan durian runtuh

Salam Hormat! 
Pada pagi kelmarin saya hadir mendengar kuliah subuh olih Ustaz Hassan dari Pejabat Ugama,olih itu saya mahu perturunkan sedikit intipati apa yang  telah disampaikan olih beliau,seandainya ada dikalangan pembaca yang sudah tahu atau pernah mendengarkannya diharapkan anggaplah sebagai ulang tayang ataupun sebagai mengulangkaji ingatan kita semula kepada apa apa yang pernah kita pelajari sebelum ini,jadi jangan kemana mana bacakan sampai habis akan catatan ini nanti.
sisipan akhbar SH

Firman Allah “kamu akan aku uji dengan sedikit ketakutan dan kelaparan” olih yang demikian diBulan Ramadhan ini umat islam dtempat kita hanya diuji sedikit sahaja masa untuk bertahan lapar dan dahaga jika nak dibandingkan dengan kesusahan dan kelaparan olih saudara seagama kita dinegera negara luar seperti Palestine,bosnia dan juga sesetengah negara yang umat islamnya monoriti, sering tertindas dengan pehak pemerintah disana.Lihat sahaja diutara Burma dan juga disatu wilayah kecil dibenua China,ada yang sampai tidak dibenarkan menjalankan ibadat puasa.Jadi kita mengutuk sekeras kerasnya akan sekatan hak berugama bagi berbuat ibadat olih sesuatu bangsa.Selain daripada itu ujian juga turut berlaku kepada para Mualaf atau saudara yang seagama yang baru memeluk islam.Pernah terpampang atau berita sedih dimana terdapat segelintir  mualaf tidak diberi perhatian olih pehak yang dipertanggungjawabkan ,olih kerana mereka sudah tersisih dari kelompok asal jadi tiada lain tempat untuk mereka bergantung harap melainkan dari orang islam yang ada disekeliling,jika tidak mereka akan kecewa seterusnya berkemungkinan akan bolih berpatah balik jadi Murtad keagama asal nenek moyang mereka itu dahulu.Jadi olih kerana itu jangan kita (orang islam) jadi cepat teruja dan ghairah tanpa mengambil langkah "service after sale" (memberi khidmat bantuan susulan selepasnya). 

Alhamdulillah umat islam dinegara kita masih bolih bebas melaksanankan aktiviti keagamaan miskipun terdapat sedikit peraturan peraturan tertentu yang perlu dipatuhi terlebih dahulu.Itu juga hanyalah merupakan satu ujian kecil yang perlu ditangani dengan sabar sebagaimana ujian menahan nafsu dan juga berlapar dahaga dalam masa cuma kira kira dalam lingkungan 12jam sahaja sehari.Ada negara diEropah sana masa siangnya panjang dan masa malamnya hanya 4 jam sahaja,tetapi tidak berlaku begitu ditempat kita.Barang siapa yang dapat menempuh ujian tadi maka Allah janjikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda,sebagai contoh amalan sunat dibulan Ramadhan ini akan diberi ganjaran sama perbuatannya dengan amalan wajib,yakni nisbahnya jika 1 rukun solat Wajib bersamaan 70 kali gandaan berbanding pada hari hari dibulan biasa,satu solat sunat nisbahnya bersamaan dengan satu solat wajib.Selain daripada itu masih ada lagi satu bonos iaitu barang siapa memperolehi anugerah “Malam Lailatul Khadar” habuan pahalanya pula bersamaan sama dengan 1000 bulan ramadhan,umur kita pun hanya sekadar purata mati dalam lingkungan seratus tahun, mana nak cari sampai seribu? Itulah bonusnya.

Olih sebab gandaan pahala begitu banyak ditawarkan pada bulan ini,jadi untuk mengejar akan lain lain kebaikan yang sama maka umat islam juga digalakan supaya memperbanyakkan memberi derma atau bersedeqah.Salah satu satu saluran bersedeqah ialah dengan menunaikan kewajipan berzakat. Tak kiralah samada zakat perniagaan atau zakat harta mahupun zakat fitrah,jika sudah cukup nasab kiraannya maka wajib setiap umat islam mengeluarkan zakat dengan kadar kadar tertentu mengikut kadar jumlah terakhir tahun yang ada dalam simpanan.Dan ingatlah kata tuhan “akan terputus setiap amalan seseorang setelah kematiannya melainkan 3 perkara.Pertama-Anak solih yang senantiasa mendoakan kepada kedua orang tuanya.Kedua-Ilmunya yang ada bolih dimenafaatkan olih orang lain dan yang Ketiga-Sedeqah Jariah yang dihulurkan semasa ada hayatnya dahulu.Firman Allah yang bermaksud ديريکن شولت دان تونايکن زکاة دان اڤ اڤ کباٴيقن يڠ کامو لاکوکن سودە تنتو اکن منداڤت ڤهالا دري الله
(سبحانه وتعالى ،سسوڠݢوهڽ الله مها مليهت اڤ يڠ کامو کرجکن" ﴿الباقره110:2

Ini bererti ketiga tiga perkara inilah yang akan dapat menolong membantu menghidupkan amalannya seolah olah seperti mana sama dilakukan tatkala ketika beliau hidup dahulu.Sebagai tambahan mengikut pandangan ajaran dari orang tua saya dahulu katanya,kain sarung jika disedeqahkan pahalanya akan tetap berpanjangan diperolihi selama mana kain itu tidak buruk atau reput,samalah juga dengan lain lain hartapusaka, bolih dikira sebagai satu sedeqah kepada generasi selepasnya selama mana harta tersebut tidak terlepas kepada orang lain.
sisipan akhbar SH

Yang timbul masaalahnya kata beliau (Ust. Hassan) bahawasanya masih ramai lagi yang tidak yakin akan janji janji Allah.Sebaliknya janji yang dibuat olih manusia pula dijadikan sandaran.Seolah olah janji manusia sahaja ditepati,contohnya jikalaulah ada mana mana pehak yang berjanji akan turun memberi bantuan pada satu satu tarikh dan tempat,sudah tentu dialah orang yang terlebih dahulu akan pergi kesana.Miskipun sebelum itu dia sering memberi alasan ada keuzuran untuk hadir kemana mana majlis ilmu namun dimajlis penyampaian bantuan seperti ini bolih pula dia datang,pelik jugakan...Biar pun ada yang berkata setiap bantuan yang dihulurkan itu merupakan durian runtuh yang perlu dikutip dan bukannya selalu pun jadi apa salahnya durian runtuh yang dijanji olih Allah S.W.T  kita turut kutip sama kerana ianya akan berkekalan sampai kehari akhirat malah nilainya tidak terkira jika nak dibandingkan dengan pemberian nikmat dunia yang hanya sementara.Walah huaklam.

tok ayah su-buat pedoman 

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan