arkib

Khamis, 27 Mac 2014

akhir sebuah impian...3

salam hormat!
Anggaplah apa saja...artikel ke,karya ke,novel ke mahupun cerita pendek yang berkaitan dari penulisan ini, yang penting saya mahu menyampaikan sesuatu walaupun terdapat daripada ayat ayatnya yang mungkin barangkali tidak menyenangkan seseorang namun tidaklah seegresif penulis lain.Jika penulis novel suka berilusi atau berkhayal untuk mencari ilham tetapi dari apa yang saya amati, buat seorang pengkarya kebanyakannya ia menulis dengan cara memerhati dan melihat akan realiti yang berlaku dengan berpandukan fakta dari beberapa bukti dan bukannya merekacipta cerita auta semata mata.

Demikianlah juga dengan trajedi kehilangan pesawat MH370 yang usaha pencariannya sampai kini telah masuk kehari yang ke20 namun masih misteri dan tidak diketemui sebarang bukti, apatah lagi bayang bayang serpihan pesawat yang dikatakan berakhir dilautan Hindi pun tidak dapat ditunjukkan lagi. Berita 2 dalam 1 bagi tempoh masa terdekat, GEMBIRA dalam DUKA, ada orang gembira meraikan kemenangan PRK Kajang dan dalam masa yang sama berdukacita dengan peristiwa kehilangan MH370. Jadi ucapan pun perlu dibuat 2in1 juga, tahniah dan tahziah...

Yang turut sama terkesan menjadi persoalan ialah apakah nasib karier politik DSAI untuk menjadi PM atau MB akan turut berakhir diKajang? Tetapi masih ada yang memberi harapan katanya kena tunggu 4 tahun lagi yakni selepas PRU ke14, sama seperti kata TGHH "islam letak tempoh tunggu 4 Tahun untuk menentukan status sesorang". Persoalannya dengan usia yang semakin meningkat itu adakah bolih lagi memungkinkan perkara sedemikian berlaku?

Asyik dok cerita pasal orang...sekali sekala kenalah juga cerita pasal diri sendiri,dulu dulu pernah juga saya bercita cita tinggi, mahu jadi orang besar dan dapatkan isteri kepada anak seorang pembesar,tetapi cita cita saya itu terpendam jadi pekasam, kata orang berakhir dengan "frust menonggeng",maka kenalah terima hakikat khodor dan kadha" tuhan, pasrah dengan apa yang ada sekarang ini.Untung nasib ulat dalam batu punya rezeki sendiri.

Semasa dalam perkhidmatan tentera dahulu,terdapat juga seorang kawan yang cuba memperlekehkan usaha dan kerja keras saya yang dia lihat tidak serik serik mahu datang semula kursus lasak buat kali kedua gara gara kursus kali pertama gagal disebabkan secara tiba tiba saya jatuh sakit "apendik" kemudian kena bedah perut,seterusnya gagal dan kena balik kem asal,selang beberapa tahun selepas itulah baru saya datang kembali menjalani kursus berkenaan semula. "engkau nak cari apa lagi...dulu dah pergi,sakit...lepas ni nak pergi cari sakit lagi kot?" perli kawanku itu. "aku nak cari jam pekak" (istilah bahasa pangkat seseorang) "aku nak jadi RSM... bukan Rejimen Sarjan Mejar tetapi RSM...Raja Segala Manusia" saya berseloroh sebagai menjawab sindiran kawan saya itu... alhamdulillah...dapat juga saya buktikan kepada kawan saya itu untuk memakai Jam Pekak walaupun tidak dapat menjadi Raja Segala Manusia (RSM).Saya menolak tawaran seterusnya untuk kejawatan RSM kerana terpaksa menghadiri satu kursus yang paling gila gila kerana hampir menyamai kursus lasak ala ala Komando,"kenapa engkau tolak pulak hadir kursus ini" tanya kawan saya."Apakah patut aku patah balik untuk hadir kursus "Sarjan Platun" sedangkan kursus itu untuk tahap kecergasan umur dibawah 30 tahun, ini peraturan baru dibuat sebagai syarat kelayakan keRSM sedangkan sebelum ini tidak perlu pun, tiba tiba saja apabila giliran aku diwajibkan pulak, kalau umur aku masih muda lagi tidak mengapalah, sekarang ini dah nak dekat 40 tahun, mana nak larat untuk bersaing dengan orang muda muda dalam kursus tu nanti" jawapan aku sambil mengeluh."ooo...itulah puncanya ya" kawanku menambah seperti memahami kesulitan yang akan tempuhi jika hadir kursus itu.

Moral of the story-apa pun secara tidak disangka sangka dapat juga saya merasa menduduki kerusi seorang Kapten walaupun sekadar Kapten jadian (kor Pilot) kerana mengantikan perjawatan seorang Kapten sebenar yang telah hilang absen tugas tidak balik balik dan tidak pulak berganti dengan Kapten baru, bertahun tahun juga tempoh masa lamanya saya duduk dikerusi itu.... keh... keh... keh....berbalik dengan DSAI sesungguhnya beliau juga sudah merasa memangku jawatan PM....jadi setakat masa kini itulah sahaja berakhirnya kesah 'nasib siDoReMi".
sisipan akhbar SH



tok ayah su- kredit buat filem indon "akhir sebuah impian (1973)" yg pernah dulu dulu tok tonton.....

Jumaat, 21 Mac 2014

WAU & MAS

Salam hormat!
PRAKATA
Apabila ramai orang bercakap dan berteori tentang misteri kehilangan pesawat MAS (Malaysia AirLine Syistem) MH370 jadi terlintas diminda saya satu misteri yang pernah saya dengar diawal tahun 80an dahulu, pada masa itu saya berbual bual dengan penduduk kampung disekitar Hulu Besut,Trg. Secara kebetulan saya terlibat dengan operasi latihan tentera diGong Kedak,diceritakan disini terdapat satu lokasi yang menjadi misteri dimana satu lapangan terbang lama peninggalan zaman perang dunia kedua.Katanya mereka pernah ternampak ada kapal terbang mendarat kemudian terus hilang masuk kedalam terowong, aneh... maka jangan biarkan diri kita terus diselubungi misteri lagi....sama samalah kita doakan supaya pencarian kehilangan MH370 dipermudahkan.Amimm...

Kemudian secara spontan tercetus kenangan lama saya.Sebabnya logo korperat MAS itu menyerupai bentuk WAU.Ada yang menyebut layang layang dan ada yang memanggil wau.Bergantung kepada dialek bahasa percakapan disesebuah kawasan atau negeri,Sesetengah negeri dipantai timur memanggil wau terutamanya bagi penduduk Kelantan dan Terengganu.,bagi dinegeri luar daripada itu kebanyakan memanggilnya layang layang.Sebenarnya tidak ada beza disudut nama tetapi yang berbezanya adalah dalam segi rupa bentuk dan cara pembuatanya sahaja.Saya tidak mahu menyebut berkenaan layang layang dari luar negara Malaysia,biarlah skop penceritaan saya berkisar tentang wau diKelantan,sebab wau itulah juga ianya menjadi satu permainan kegemaran masa lapang disemasa usia remaja saya dahulu.

ANALISA
Sebelum ini saya telah menulis sedikit sebagai gambaran klu bagaimana cara permainan ini dipertandingkan. Tak tahulah pulak saya kalau dilain tempat atau lain daerah lain pula cara pengolalaannya.Namun begitu sekiranya berlainan jadi marilah sama sama kita berkongsi maklumat.Bukan nak mengajar tetapi setelah saya menyemak dan ekses google berkenaannya, saya dapati permainan ini selalunya tidak diajar disekolah mahupun diuniversiti tetapi sebaliknya pelajar Universiti yang turun mencari maklumat dengan mereka yang ada pengtahuan berkaitannya.

Olih demikian setelah sekian banyak saya menyemak didapati setiap yang dipaparkan hanya berkisar tentang nama nama pecahan jenis wau dan cara cara pembuatanya, pencarian saya untuk melihat bagaimana cara pengendalian pertandingan tidak diketemui.
Olih itu biarlah saya fokus tentang bagaimana cara pertandingan ini dikendalikan sebagai menambah sedikit lagi apa yang telah saya tuliskan pada siri lalu.
Apa apa jenis pertadingan sekali pun akan mengundang kekecohan seandainya terdapat pehak atau individu yang tidak berpuas hati.Perkara yang mungkin mudah tercetus apabila terdapat kelemahan penganjuran, contohnya berlaku pilih kasih atau berat sebelah dari sudut pengadilan.Selain daripada itu puncanya juga kerana sememangnya secara tak sedar ujudnya pehak yang sengaja mahu mensabotaj kemudian membuat provokasi itu dan ini,begitu begini. Tidak ketinggalan permaianan wau ini, pernah saya saksikan berlakunya pergaduhan sesama sendiri kononnya dikatakan punca berlaku pergaduhan disebabkan ada penipuan olih pehak penganjur.

Apa yang saya saksikan ketegori pertandingan ditumpukan yang pertama hanya pada reka bentuk atau coraknya sahaja, sebaliknya terdapat kelemahan dari sudut menentukan ketinggian sesebuah layang layang (wau) itu langsung tidak dititk beratkan, disinilah pentingnya ketelusan dan kejujuran dari pengadil, contohnya dengan mencatatkan berapa inci atau cm ukuran naik tingginya sesebuah wau itu.Malah sekarang ini perlatan pertandingan yang patut ada langsung tidak diadakan, hanya pakai main agak agak sahaja, mana bolih begitu? mana tepat dibuat ukuran cara itu.

bersambung....

Sambungan-  Ukuran dibuat berdasarkan ketinggian naik menegak diatas kepala pemegang teraju dan bukannya diambil berapa jarak jauh layang layang (wau) itu berada,panjang talinya mestilah selaras contohnya sepanjang saiz padang bola,dengan itu pengadil hanya akan mengira ketinggian pada pada pembaris dititik inci atau cm tali wau itu berada disaat akhir tiupan wisel masa tamat (lihat gambar rajah). Untuk menaikan wau menegak tinggi bukan satu kerja mudah,bukan calang calang orang dapat melakukannya.Sudah tentu ia seorang yang mahir dan pembuat wau profesional,jadi wajarlah anugerah patut diberikan kepadanya.Maka olih kerana itulah juga sebabnya pertandingan ini dibuat bagi mencari mana mana pencabar yang sanggup menunjukkan kebolihan masing masing.Sesiapa yang menang dan disahkan olih juri akan diberikan hadiah.
Setidak tidaknya dengan hadiah atau anugerah yang diperolihi bolih memberi pendorong atau semangat kepada pengiat wau bagi menghidupkan seni budaya bangsa ini.Seperti biasalah,untuk menganjurkan sebarang aktiviti sudah tentu memerlukan kos,tetapi itu bukanlah menjadi masaalah sekiranya ada mana mana pehak yang sanggup menaja.Jika tidak ada maka kenalah cari anisiatif sendiri,bagaimana? caranya kumpulkan yuran penyertaan dengan kadar kemampuan masing masing, alaa...macam pertandingan memancing ikan itu jugalah.Wang terkumpul itu bukanlah pergi kelain pun,ia balik kepada peserta juga yakni melalui hadiah buat para pemenang, gitulah lebih kurang (sebagai contoh).

Aturan dan peraturan lain perlulah diberitahu secara jelas mengikut keperluan,misalnya soal keselamatan mahu pun menjaga kebersihan kawasan sekitar,contoh tidak bolih membawa sebarang senjata merbahaya malah lastik sekali pun tidak dibenarkan. manalah tahu kot kot ada yang gatal tangan untuk sebotaj dengan melastik layang layang yang berada diudara.

Untuk penerangan lebih terperinci perlulah juga menunjukan "demontrasion" contohnya bagaimana mula dan berakhir permaianan misalnya wisel pertama ditiup tandanya layang layang (wau) perlu dilancarkan keudara secara serentak ramai ramai untuk tempoh beberapa minit yang ditetapkan,kemudian ditiup wisel kali kedua sebagai tanda tamatnya masa.Selepas itu barulah disemak ditapak letaknya kayu ukur (pembaris) berapa inci atau atau cm yang diperolihi bagi setiap peserta.Jika dahulu ukur masa mengunakan tempurung kelapa jantan yang berlubang diletakkan didalam satu bekas berisi air,dari situlah masa pertandingan dikira,air akan masuk secara perlahan lahan memenuhi tempurung seterusnya akan tengelam, itu bererti masa sudah tamat, dimasa yang sama bunyi serunai akan ditiup.

PENUTUP
Disebabkan kekurangan bahan asas seperti pokok buluh duri yang semakin pupus,ia menjadikan pembuatan dan permainan wau ini menjadi sedikit sukar berkembang,namun saya fikir dengan kecanggihan teknologi moden masa kini ianya tidak mustahil meterial lain bolih direka.Jika bola sepak takrow yang dulunya dibuat dengan rotan tetapi kini telah diganti dengan bahan damar tiruan,jadi kenapa tidak bilah bilah buluh tiruan bolih dibuat? contohnya joran atau batang pancing (kail) sudah semakin moden,tidak lagi mengunakan batang bemban atau buluh. Banyak sudah permainan tradisi tinggal nama,generasi baru hanya dapat mengtahui dan melihatnya diMuzium sahaja, gasing,gughah congkak dan lain lain sudah tidak dikenali lagi.Apakah kita mahu permainan WAU juga akan mengalami nasib yang sama juga.

Perlu diketahui perlembagaan negara ada menyebut difinasi siapa orang melayu? Para dan perenggan sesekian menyatakan seseorang bangsa melayu itu bersandarkan kepada adat istiadat dan amalan budaya nenek moyang mereka dan secara langsung seorang yang beragama islam (selagi tidak mengistiharkan diri murtad) manakala seorang islam pula mengikut hukum figh wajib BERJIHAD mempertahan dan menjaga lima perkara pokok.
1.AGAMA (ISLAM)
2.TANAH AIR (HARTA)
3.RAKYAT (NYAWA)
4.KESIHATAN (AKAL)
5.BANGSA (KETURUNAN)

Kesimpulannya itulah sahaja "simple formula" maruah warisan kita.....  



tok ayah su-mengimbau kenangan lama....

Isnin, 17 Mac 2014

Permainan Tradisi vs Tok Bomoh Mas....

Salam hormat!
PRAKATA
Saya tinggalkan dulu buat sementara artikel sebelum ini dan akan disambung dilain masa...insaallah. Entah kenapa timbul satu perasaan ingin tahu teramat sangat akan perihal peristiwa kehilangan pesawat MAS MH 370 yang sampai kehari ini sudah pun masuk hari ke10, namun ianya tetap masih menjadi misteri hilang tanpa jejak. Miski pun terlalu banyak spekulasi yang telah diulas olih pelbagai pehak mahu pun termasuk dari segenap lapisan golongan masyarakat sehinggakan ianya juga telah dijadi isu manipulasi politik.Diantara perkhabaran adalah dikatakan kejadian tersebut sememangnya telah dirancang rapi sejak sekian lama cuma sekadar menunggu masa sahaja untuk mengerakkan misi berkenaan.Mungkin dek kerana secara kebetulannya kejadian berkenaan terlebih dahulu beberapa jam sebelum itu terdapat satu keputusan kes mahkamah yang melibat kes liwat 2 ketua pembangkang DSAI. Alih alih selepas itu meletup satu berita kehilangan pesawat MAS MH 370. Jadi apa tidaknya timbul beberapa persoalan yang masing masing telah bermain main difikiran.Kerana itulah ada yang mengatakan ianya sengaja dirancang untuk mengelak akan berlakunya penyokong pembangkang untuk turun kejalan raya lagi bagi tujuan protes atau melakukan satu Refomasi ke2 pula seebagai pernah berlaku ditahun 1998 dahulu. Tetapi kenapa MAS dimangsakan,jika benar alangkah sampai hatinya sehinggakan sanggup diperlakukan sebegitu kotor sekali gara gara dek kerana untuk memperolih kuasa politik dinegara kita pada masa ini. Jadi harapan kita ianya tidak benar,saya tidak fikir sampai ketahap sebegitu cemar sekali kelakuan mereka yang berkenaan.Itu bukan budaya kita kerana perbuatan itu sama kejamnya dengan golongan zionis Yahudi yang melakukan pengeboman menara Wold Trade Centre New York dalam peristiwa 9/11/200,kemudian telah dikambing hitamkan kononnya dilakukan olih terorris islam.Satu konspirasi jahat yang sengaja direka untuk mengaitkan dengan ajaran agama Islam,walhal tidak.....Selain pada itu dalam jarak masa yang terdekat terdapat juga satu pelihan raya kecil DUN N25 Kajang diNegeri Selangor.Disebabkan MH370 punya pasal PRK N25 berkenaan telah turut sama menjadi suram, tiada lagi kedengaran mana mana puak atau individu yang mengistiharkan diri keluar parti,anih juga kan... sebab PRK sebelum ini perkara sedemikian telah senonim, menjadi permainan dalam setiap pilihan raya kecil.Soalnya kenapa pada kali ini tidak ada?

ANALOGIK
Banyak lagi perkara remeh temeh yang menjadi spekulasi bagi mengaitkan dengan peristiwa MH370, tetapi biarlah saya tinggalkan saja bersama siri misteri MH370 itu.Akan tetapi saya juga agak tertarik hati dengan dengan telatah dan geraklaku seorang Bomoh yang secara tiba tiba turut diperkatakan ekoran daripada kerja pembomohan yang ada ala ala babak lakonan dalam filem Laksamana DoReMi komidi P.Ramli.Kalau dalam filem tu tahulah kita ianya sekadar hiburan semata mata.Namun jika ianya dilakukan secara LIVE dengan disaksikan olih berjuta mata dari seluruh pelusuk dunia makanya sebab itulah ada yang merasa sangsi akan niat sebenar kelakuan bomoh berkenaan.Olih yang demikian timbullah persoalan yang pelbagai bagai,ada yang memberi reaksi dan respon dengan nada yang marah lagi berang kerana katanya bolih menjejaskan imej baik dan memalukan negara, tidak ketinggalan juga terdapat dari kalangan tokoh agama yang memberikan lebel satu perbuatan khurafat dan haram buat orang islam.Namun apa pun, ada juga yang memandangnya akan motif bomoh itu sekadar untuk menjadi penghibur tatkala kaum keluarga mangsa MH370 sedang berduka cita.Wallahuaklam.

INTISARI
Ada pun niat saya bukanlah juga untuk berlawan tampar menampar jauh sekali untuk tumbuk menumbuk. Sebagai seorang yang sudah berusia sudah tentu kena fikir banyak kali agar tidak mengundang susah atau perlu fikir juga untuk menjauhkan diri dari sebarang kesakitan badan.Pun begitu tidaklah bermakna saya tidak bolih beradu seumpama seorang kawan yang berukhwah. Bomoh merupakan satu mistik yang mempunyai tradisi kemalayuan,ada yang mengunakan ilmu itu bertujuan untuk kebaikan seperti mengubati orang sakit dan sebagainya,pun tidak kurang juga yang menyalah guna untuk perkara perkara yang tidak baik, pernah terdapat juga orang terkena dengan helah dan mehnah dari sibomoh durjana.

Saya bukannya apa,saya juga merupakan seorang yang suka perkara tradisional ini dikekalkan,minat saya mahu melihat seperti makanan tradisional,pakaian tradisoanal,bahasa mahupun ejaan tulisan jawi juga saya anggap perlu dipertahan agar terus kekal tidak ditelan olih arus kemajuan.Saya dukacita jika terdapat orang lebih berminat makan Bugger atau ayam goreng segera KFC (sebagai contoh) bagi mengantikan makanan asasi seperti nasi,kuih muih tradisi dan sebagainya.Saya juga akan merasa sedih,apabila semakin hari semakin kurangnya kelihatan baju kurung atau kebaya dipakai olih olih perempuan atau gadis melayu,cuba lihat apa bentuk pakaian yang dipakai olih gadis yang meninggal dunia dalam satu penganjuran konsert hiburan beberapa hari yang lalu,dari sudut pakainnya pun sudah gagal untuk menunjukkan kesopanan dan keayuan buat seorang gadis bertatatertib,alasan kononnya kolot dan kekampungan,akibatnya apa jadi?
Melayu gagal atau orang islam gagal mendidik?

Terlanjur berbicara perihal tradisi,tidak ketinggalan terdapat juga permainan tradisi yang semakin pupus, jangan dilupa permainan tradisi telah banyak digantikan dengan permainan moden yang berbagai,bolih dimainkan dengan komputer ataupun melalui talifon tangan yang dianggap lebih pintar.Yang lebih mendukacita lagi ianya melibatkan remaja yang kurang matang untuk berfikir baik buruknya, maka terjebaklah  mereka dengan "game judi internet".Yang dianggap lebih hebat dan berani akan turut pula terjebak dengan menjadi pelumba jalanan atau juga digelar merempit,kemudian mengheret pula untuk turut sama terlibat dengan penyalahgunaan dadah,berkait kait pula dengan membuat kerja jenayah....macam macam hal...

Olih yang demikian,untuk direngkaskan cerita,saya bukanlah pakar bomoh tradisional tetapi ada sedikit kemahiran dalam permainan tradisi, jadinya ada beza disini iaitu "Pakar dan Mahir", kemahiran saya bersandarkan kepada pengalaman lalu.Mahir apa tu? Mahir membuat layang layang dan menganjurkan pertandingan.Yang releven dua duanya fokus kepada perkara tradisi.Jadi diharapkan bolihlah sahut cabaran saya untuk bertanding lantaran demi untuk memelihara budaya dan mengekal seni permainan tradisi.

Tetapi setiap pertandingan sudah tentu ada syarat syaratnya.Syarat dan peraturannya hampir sama dengan pertandingan memancing ataupun pertandingan Golf.
Pertama- Ada yuran penyertaan.
Kedua- Pengadil yang telus dan jujur.
dan lain lain peraturan kecil yang akan diberitahu kemudian.Untuk sedikit gambaran lihat contoh imej lakaran dibawah-

tok ayah su-mencadangkan....ada bran?....n...doa selamat untuk MH370.

Selasa, 11 Mac 2014

Akhir sebuah impian....(2)

sisipan akhbar SH
salam hormat!
Apakah ini kebetulan lagi....selepas beberapa hari akhbar menyiarkan syarikat penerbangan MAS mengalami masyaalah deposit dan beban hutang yang melibat kerugian yang besar, sejurus beberapa hari selepas itu secara tetiba saja kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH 370 milik syarikat ini, apakah ertinya semua ini? adakah ini siri drama sendiwara lagi sebagaimana tohmahan yang pernah dibuat dalam siri kejadian serangan dalam peristiwa diLahad Datu sebelum ini? harap harap tidak begitu....harapan kita juga agar tidak ada pengarah yang mengarahkan supaya lagi satu episod baru dibuat bagi tujuan untuk melariskan jualan akhbar.....dek kerana berita Liwat 2 tidak dapat melonjakkan jualan akhbar arus perdana, jadi janganlah kerana "BISNES" maka segalanya sanggup dihalalkan hatta memainkan perasaan dan menghancurkan sebahagian jiwa insan yang tidak berdosa.Harap harap perkara seperti ini tidak dibuat main main sebagaimana tok bomoh Vip yang kelihatannya seumpama bermain main dan ada yang mentafsirkan sebagai satu perbuatan khurafat atau sesat,namun sedikit daripada pengiktibaran dari kelakuan bomoh itu ialah memperlihatkan supaya orang ramai menerima "Bubu bukannya ikan", begitulah jika dihalusi disebaliknya.-Bersambung...

Jumaat, 7 Mac 2014

Akhir sebuah impian....

Salam hormat !
Sebelum meneruskan penulisan artikel ini terlebih dahulu dimaklumkan kemungkinan ianya akan ada sedikit tokok tambah sebagai menambah perisa dan ramu, namun begitu tidaklah rasanya sampai lari terkeluar akan maksud sebenar kepada perkara topik yang mahu dipaparkan nanti.

SEBUAH RIWAYAT
Ketika saya mengemas gemas rak buku buku didalam almari peribadi dirumah dan juga menyusun semula surat menyurat keluar masuk didalam kotak tray filling tetiba terpandang saya sebuah buku dairy buruk saya, lalu teringin untuk melihatnya,belek punya belek dari satu muka kesatu muka akhirnya terpandang satu tajuk "Mesyuarat Bersama Pegawai Pemerintah"- antara egenda yang dibincangkan ialah :
1.Pasukan diberi tanggungjawab menganjurkan program bertema "Jati Diri Perajurit Beraqidah".
2.Bertempah disebuah pusat riadah air terjun Sungai Pancing Bt 10.
3.Tempoh masa 4hari 3malam iaitu dari 6,7,8,9 mei 1998.
4.Antara penceramah jemputan adalah Ybhg.Brig. Jen Jamil Khir dari KAGAT (yg dulu bukan yg sekarang)
5.Kertas kerja "Buta dan celik Fardhu Ain./Back to Basic Islam. Bersambung....
sisipan akhbar SH

Isnin, 3 Mac 2014

Maunya tak marah (4)

Salam hormat!
sisipan akhbar SH
Didalam siri 3 topik ini saya ada memaklumkan salah seorang dari pelangan kedai makan (MyWife) telah mengkhabarkan berita gembira buat dirinya dan beberapa orang kawanya yang lain kerana telah mendapat bantuan terkena musibah banjir,katanya "jika nak dikatakan sepandan/g dengan kerugian yang telah beliau alami memanglah tidak sertimpal kerana jumlah yang ditanggung melebihi dari apa yang diperolihi rm500 sahaja sedangkan nilain alatan perabutnya yang rosak pun sudah beribu ringgit harganya, walaupun bagaimanapun daripada tidak ada langsung (bantuan) lebih baik ada, sebab itulah dia datang mengambilnya" yang dia musykilkan katanya ada orang yang dia kenal tinggal diatas kawasan tanah tinggi yang langsung tidak dilimpahi air banjir pun turut datang terima bantuan,macamana kira tu? soalnya semacam nada orang sedang marah.

Bila bercakap pasal marah marah ni,saya mahu menyambung sedikit lagi berkenaaan situasi ketika saya pergi keRantau Panjang pada hari itu.Seperti yang telah saya nyatakan terdapat segelintir dari bekas bekas tentera termasuk beberapa rakan seperjuangan bersama saya dahulu telah tinggal bermastautin disekitar Taman Perumahan yang ada diRantau Panjang ini.Salah seorang yang sempat saya temui pada hari itu pun juga marahkan seseorang "aku nak juallah rumah ini, aku nak balik duduk dikampung pulak" saya bertanya kenapa nak jual? katanya rumahnya ini pernah diberi sewa tetapi penyewanya tidak pernah tepati janji dibayar cerlang cerlok bayar dan tidak, adakala sampai tertunggak dalam jumlah yag banyak,sudah beberapa orang penyewa sebelum ini pun begitu juga perangaianya, jadi aku rasa serik dah nak bagi sewa pada orang,sebab itulah rasanya aku nak jualkan saja" ooo....begitu,saya mendengar penjelasanya.Jadi dia minta saya tolong carikan sesiapa yang mahu beli.

Kesimpulannya.
BR1M tidaklah dapat memewahkan rakyat yang menerimanya kerana ada diantaranya bolih merasai hanya buat sekelumit masa cuma kemudian ianya akan ditarik balik olih kerajaan juga,yakni melalui GST atau kalau tidak pun kepada para ibubapa yang mempunyai anak sekolah akan menyalurkan wang itu untuk keperluan persekolahan anak anak mereka, kalau nak pastikan cubalah hadir kemesyuarat PIBG yang mana tidak beberapa hari lagi akan mengadakan mesyuarat tersebut, saya yakin walau apa cara sekali pun mesyuarat akan ada membincangan kadar beberapa jumlah $$ yang perlu ibubapa sumbangkan nanti.maka kerana itulah BR1M diberi awal untuk tujuan membolihkan para PERASMI mendabik dada mengatakan kerajaan yang ada pada hari ini begitu prihatin dan sanggup merengankan beban rakyat buat menampung perkembangan kos sara hidup yang meningkat kini, olih itu akan hilanglah isu kenaikan harga barangan kerana telah dimanipulasikan dan diubah minda.Senang saja caranya kan...kan...kan....

sisipan akhbar SH dan gambar hiasan 
"MyWife" katanya dia tidak pun pernah lagi merasakan menerima apa apa sebarang bentuk bantuan sekali pun,tetapi apabila melihat orang lain dapat maka katanya dia juga teringin nak merasa bantuan itu, nak dikira layak atau tidak layak,tengoklah sebelum ini sudah "BERSIH" segalanya disapu olih kerajaan melalui cukai dan juga kenaikan harga barang,jadi dia bukanlah nak minta cash cuma kalau bolih dalam bentuk mesin mesin untuk membolihkan dia menjalankan perniagaan IKS membuat kuih muih dan sebagainya,ibarat beri kail dan bukannya beri ikan... dia bermadah... keh...keh...keh....bila umur dah meningkat ni, nak buat kerja secara menual dah tak berapa larat lagi, kalau ada mesin tu bolihlah merengankan sikit bebenan tenaga... tetapi kepada siapa harus dirayu....? hu...hu...hu....nak nangis edenn dongar...sodih nengok,,, tapi apa kan dayo...tak dapet ehh den nak nolong ouwh... hu... hu...hu....

tok ayah su-nak minta bantuan/tajaan untuk pergi naik haji ...keh...keh...keh....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan