arkib

Rabu, 27 Jun 2012

Saya blogger bukan wartawan (2)

salam hormat!
Sebagai menyambung siri 1 sebelum ini jadi pada kali ini saya mengambil sedikiit masa juga untuk meneruskan sambungan tersebut,seperti yang saya sebutkan sebelum ni berulangkali bahawa menulis ini pun memerlukan mood tertentu juga,begitulah juga untuk membaca ataupun untuk menelaah sesuatu perkara, jesteru itu teringat saya pada satu slot dalam filem seniman bujang lapuk apabila tatkala dia (bertiga) mendapat satu skrip untuk dihalal bagi tujuan lakonannya didalam bilik sewanya tiba tiba ia diganggu dengan pelbagai suara yang memekakkan telinga dan terpaksa disumbat dengan kapas tetapi masih juga  tidak berjaya maka begitulah juga dengan saya sejak akhir akhir telah diganggu dengan suara suara yang membinggitkan,suara itu datangnya dari jiran yang mengusahakan kedai makan tetapi telah mengunakan pembesar suara untuk memasang cekera padat nyayian dan juga sekali sekala terdengar seperti berkaraoke.


Saya bukanlah anti pada hiburan itu atau ingin berdengki,lantaklahlah... sebabnya segala pembelanjaan kos bil api dan sebagainya ditanggung sendiri olih beliau namun begitu beliau juga perlu memikirkan hak keselesaan jirannya sama,adakah dia pasti jirannya bolih selesa dan terima dengan suasana kebisingan tersebut,jika sekali kala tu tidaklah bermasaallah sangat,saya pun bolih bertolak ansur, akan tetapi jika pada setiap malam bermula dari pukul 5 petang sehingga kepukul 3 pagi bunyi berdentum dentam kedegung gedegam menusuk masuk ketelinga maka siapa yang bolih tahan, olih yang demikian diharapkan pehak PBT pun perlulah juga turut melihat sama keadaan ini,apakah bunyi bunyian dengan kadar yang kuat itu dibenarkan dibuat secara terbuka,jika ceramah politik tu adakalanya mengunakan pembesar suara namun ianya bukanlah selalu begitu hanya sekali sekala sahaja,jika bunyi azan tu tak apalah jugak sebab ada pahalanya dan dituntut olih sunnah serta akan berolih rahmat,sebaliknya jika suara suara hiburan yang melekakan dari mengingati tuhan itu sudah tentulah dilaknati,sebab itulah jika diperhalusi sudah beberapa kali kedai dan juga kedai jirannya dilanda ribut, habis khemahnya pecah tercabut berterbangan ditiup angin,dek kerana tiada kesedaran dan hidayah lalu dianggap kejadian ribut itu sebagai satu finomena biasa biasa sahaja."Allah tidak menurunkan balanya hanya untuk orang orang tertentu sahaja atau khusus kepada orang yang melakukan kerosakkan tersebut akan tetapi orang yang tidak berkaitan juga akan turut sama terkena tempiasnya"(petikan ayat alQur"an) jadi fikir fikirkan.

Selain daripada itu alang sudah bercakap pasal hal berniaga ini, orang sanggup buat macam macam untuk menarik minat pengunjung lalu saya lihat pehak PBT juga tidak ketinggalan menganjurkan pelbagai ekspo diberi nama Pasar Budaya yang sama erti dengannya,disebaliknya terdapat runggutan yang terdengar ditelinga saya bahawa para peniaga yang akan berniaga dibulan Ramadhan nanti telah pun mengambil borang berserta menjelaskan bayaran petak niaganya sekali.tetapi katanya sewa tersebut agak mahal dan tidak selaras dengan harga diantara satu tempat dengan tempat yang lain,diKuala Terengganu harganya lain dan dihulu Terengganunya pula harganya lain, disamping itu dikenakan juga bayaran punggutan sampah,kata mereka berdasarkan pengalaman tahun lepas, terdapat sampah tidak pun dipunggut olih pehak PBT dan dibiarkan berulat sehinggalah peniaga itu sendiri yang membuangnya, duit sampah ambil tapi sampah tidak dipunggut, katanya.


Manakala Maksu (bini akulah) terpaksa direhat panjang tidak dapat hendak berniaga disebabkan pehak yang membuat projek membina longkang dihadapan kedainya itu tidak menyiapkan projek tersebut sebagai mana dijanjikan iaitu akan menurap dan menutupi balik tempat tempat yang dikorek akan tetapi sehingga kini sudah hampir berbulan ditinggalkan seolah olah nampak seperti projek terbengkalai, inikah yang dikatakan "janji ditepati' seperti yang dilaungkan laungkan pimpinan atasan,bagaiamana hendak membayar hutang piutang jika tidak dapat berniaga...keluh bini aku...
.
Tok ayah su-memahami kesukaran maksu dan menyokong PR (press report)....

Khamis, 21 Jun 2012

Saya blogger bukan wartawan....

video
Salam hormat!
Rupa rupanya blogger prebet sapu macam aku ni ada masanya penting juga, sebab apa saya kata begitu ? ini kerana dalam diam diam ada dikalangan pimpinan Parti menjemput aku datang kesesuatu program yang dianjurnya,katanya apa apa nanti bolihlah dimuatkan kedalam blog untuk dijadikan bahan dan tatapan umum.
Maka kerana itu terima kasihlah kepada yang masih menganggap blog merupakan satu instrument penting dan berguna untuk mengwar warkan satu satu peristiwa yang telah dan yang akan dibuat .Cuma cumanya lagi saya dapat merasakan ada dikalangan mereka yang berkenaan merasakan malu malu kucing untuk menjemput para blogger ini,almaklumlah takut takut nanti kena hulurkan "sesuatu' diatas khidmat yang diberikan, lainlah pula dengan wartawan kerana setiap kerja buat para wartawan itu akan dibayar gaji olih majikan mereka.Jika bernasib baik wartawan yang dijemput untuk satu satu program atau apa apa majlis akan turut juga diberi saguhati olih penganjur,jadinya tuah wartawan itu 2 dalam  1 iaitu gaji dan saguhati.

Walau bagaimana pun terima kasihlah diatas kepercayaan yang diberikan kepada blogger yang tiada bermajikan seperti saya ini.Antara faktor kreteria blogger mana yang akan menjadi pilihan banyak bergantung kepada lapuran pro dan kotranya tulisan mereka yang ditulis sebelum ini.Maknanya bukanlah dipilih berdasarkan berapa imbuhan yang perlu dibayar,malah ada yang tidak berolih apa apa upah pun....jesteru itu jika penasihat ekonomi selangor meletak jawatan dengan alasan ingin berehat maka ada yang merasa sangsi dan membuat tomahan mungkin kerana disebabkan imbuhan yang diterima tidak setimpal maka olih itu fikir fikirlah sama buat para bolgger ini diatas khidmat yang mereka berikan itu.....
bersambung....

Rabu, 13 Jun 2012

Dari mana hendak kemana?

Salam hormat!
Musim cuti sekolah sessi pertegahan tahun telah beberapa hari berlalu,yang pasti banyak pengalaman yang dialami pada waktu itu,bagi segelintir guru yang terpaksa menjalanka tugas tambahan dimasa cuti tersebut diucapkan mudah mudahan jasa jasa anda  berolih rahmat diatas keiklasan yang diberikan itu. Apa nak dikatakan lagi jika itu yang telah ditakdirkan sebagai tanggungjawab kerjaya kita, malah jika hendak dibandingkan dengan anggota keselamatan khasnya pasukan tentera juga kadangkala bertugas tidak mengira masa,hampir 24jam kena "standby" pada setiap masa,jika hendak dibayar khidmat tersebut sudah tentu tidak terbayar,lainlah jika pekerja kilang atau swasta sudah tentu setiap jam akan dikira bayaran masa "overtime'(ot),olih itu jadilah itu semua sebagai satu cabaran bagi mengukur nilai sikap kita semua untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam....

Bagi yang berkesempatan bercuti panjang sudah tentu mereka akan memenafaatkan cuti tersebut sebaik mungkin, mungkin ada yang pergi makan angin sampai keluar negara atau setidak tidaknya kesempadan antara dua negara sebagaimana saya iaitu hanya berkesempatan bercuti ditepian sungai Golok Thailand. Sebenar benarnya jika mengikut salasilah keluarga sememangnya saudara mara saya berkeluarga besar (ramai) iaitu dari Gual Periuk Rantau Panjang terus kepinggir sungai Golok sehingga sampai KePetani,akan tetapi olih kerana sudah sekian lama tidak berpergimari maka kebanyakkan keluarga sudah menjadi tidak seberapa mesra lagi solah olah sudah menjadi seperti orang luarlah pulak.Tambahan pula orang tua generasi pertama sudah tiada,jika dulu dulu ketika saya berumur 10 tahun lagi saya sering diajak (mengekor) nenek datang berkunjung menziarahi saudara mara,orang tua tua dahulu memang suka menjalinkan hubungan dengan waris waris darah daging mereka.

Jesteru itu bagi mengingati nostalgia lama saya cuba melalui tempat tempat yang pernah dilewati dahulu (walaupun tidak singgah pun) jadi saya mengambil jalan jalan lama disamping melalui jalan jalan lebuhraya yang baru dibina.Dari simpang empat lebuhraya Machang saya melalui jalan lebuhraya keJeli,selepas melintasi Jambatan Sungai Kelantan (Khusial) saya membelok pula disimpang menghala keBandar Tanah Merah dan singgah sebentar diMasjid Besar Sultan Ismail Petra untuk bersolat Jumaat.Apa yang menarik semasa diMasjid ini saya terdengar satu pengumuman yang memaklumkan bahawa pehak Masjid memerlukan sejumlah wang derma dari orang ramai bagi menampung keperluan penambah baikkan masjid, keperluan sumbangan ini amat diperlukan dengan kadar segera kerana projek baik pulih yang hendak dibuat itu dikehendaki siap sebelum tibanya bulan Ramadhan nanti,begitulah lebih kurang bunyinya pengumuman itu....

Selepas solat jumaat saya meneruskan perjalan melalui Kampung Padang Siam,seingat saya disinilah saya bersama nenek sering datang ketika tatkala terdapat saudara mara yang menjalankan kenduri kendara mahupun ada sesiapa diantara saudaramara yang sakit demam.Sebenarnya jalan ini bypass (jalan pintas) untuk keRantau Panjang,cuma diingatkan kepada penguna jalanraya  bahawa jalan ini jika selepas banjir keadaan jalannya agak teruk berlubang akibat hakisan air banjir,melaui jalan ini juga anda tidak akan berjumpa dengan sawah padi malah anda akan terasa bagaikan berada didaerah Hulu Kelantan kerana keadaan dikiri kanan jalannya terdapat ladang ladang getah,jika mahu anda mahu melihat suasana ke
hijauan sawah Padi maka anda kenalah pilih Jalan pintas dari Kemubu terus keSalor Pasir Mas,perlu diingat bahawa Negeri Kelantan adalah negeri kedua terbesar menghasilkan tanamamn Padi selain negeri Kedah. Ewah...ewah....macam pemandu pelancung pulak lah saya kali ini ya....
oklah saya nak rehat dulu dan tulisan ini akan bersambung lagi....jadi anda kena.tunggulah dulu kerana banyak lagi paparan yang manarik akan saya nukilkan nanti....

Sambungan:
Dah lama tidak bersambung artikel ini,nasib baik bukan jenis makanan kalau tidak bolih dianggap sudah basi,tetapi saya rasa jika menulis maka tulisan tetap tidak akan jadi basi terutamanya jika ada perkara yang masih releven dengan suasana semasa, contohnya didalam perjalanan saya kali ini diliohat dalam mood pilihanraya jadi disini saya perhatikan disepanjang perjalanan terasa bagaikan didalam Zoom kawasan hendak mengundi, almaklumlah dikiri kanan jalan bermula dari rumah lagi pasti akan terjumpa bendera bendera parti politik telah terpacak,malah ada yang telah lusuh dan terkulai jatuh mungkin telah mula terpasang sejak awal bulan Mei lagi,agaknya ada yang menyangka pembubaran Parlimen akan dibuat pada masa itu namun begitu  sampai kini masih ada juga tempat tempat yang tidak terpasang bendera lagi ,sifat ingin berlawan bendera ini dipendam dulu sebabnya bagi sesetengah pehak mereka tidak mahu buat kerja selagi belum mengtahui siapa calon,jika dulu dulu saya pernah terdengar suara "tidak perlu gaduh gaduh (cepat cepat) buat kerja parti takut takut nanti bakal calon itu kelak kita tidak berkenan dihati",ooo.....begitu rupanya,maknanya "siapa bakal calon" tetap ada peranan bagi membangkitkan semangat petugas untuk berkerja dalam kata lain jenama Parti bukanlah jaminan sebenar untuk mendapatkan sokongan penuh dari ahli.Difahamkan juga jika berada didalam Parti Umno kebanyakannya mereka akan berkerja sekiranya setelah mendapat sejumlah peruntukkan keawangan dari bakal calon tersebut.

Berbalik kepada catatan perjalanan saya,mungkin ada yang tertanya tanya kenapa Kelantan ataupun Rantau panjang menjadi lokasi percutian saya? kenapa tidak Pahang atau lain lain negeri?jawapanya adalah kerana saya mahu menimbas kembali kenangan lama lama dahulu disamping untuk bertemu mata dengan rakan rakan mahu pun saudara mara terdekat kerana Kelantan adalah tanah tumpah darah tempat lahirku,pun begitu Terengganu juga adalah negeriku,eekkk pelik jugak camana jadi 2 tempat begitu,telah aku ceritakan pada siri yang lalu...
Benih ku telah berputik diTerengganu kemudian aku dihijrahkan semasa didalam perut ibuku yang sarat itu untuk dibawa balik bersalin diKelantan.Itulah kesahnya.

Perkara kedua yang bolih aku tolong promosikan Kelantan ialah mengenai kos kehidupan terutama barang barang keperluan makanan harian termasuk ikan dan sayur masih lagi rendah harganya berbanding dengan negeri lain,maklumat ini aku ketahui apabila abe awe yang juga sepupu aku diKemuning telah berbicara mengenainya,jadi aku cuba bandingakan dengan tempat lain terutama diTerengganu kini.Namun begitu disesetengah tempat diKelantan ini sudah ada diantara harga barangan yang naik harga,ketika singgah untuk menghilangkan dahaga dengan meminum air tuak hanya dijaja ditepi jalan harganya segelas rm 3.00, aduhh...mahal sangat lah tu bang jika berbanding ditempat lain.

Apakah kerana nilai mata wang kita Malaysia sudah hampir sama dengan Thailand maka kerana itu peniaga juga tiada pilihan melainkan turut sama menaikkan harga walaupun barang tersebut buatan dari Siam,jika 4ke5 tahun dahulu Negeri Kelantan terkenal dengan jolokan Serambi Mekah dan juga syurga membeli belah jadi apa yang kita harapkan orang ramai yang mahu datang melancong keKelantan kerana dua tarikan yang saya sebutkan itu.yakni serambi Mekah dan syurga membeli belah.


Tok ayah su-selamat menyambut hari Maal Hijrah...

Selasa, 5 Jun 2012

Ucap selamat (Doa) Hari Bapa

salam hormat!
Sedar tak sedar kini telah pun masuk bulan Jun,ini bererti kita semua telah berada dipertengahan tahun 2012,banyak perkara telah berlalu dan berlaku disepanjang tempoh enam bulan itu.diantara peristiwa yang terhangat sekali ialah perhimpunan BERSIH 3.0 iaitu satu perhimpunan berskala besar yang mahu menuntut satu pilihanraya umum yang bersih lagi adil, manakala penentuan tarikh PRU13 yang ramai menjangka pada bulan Jun ini telah tidak menjadi kenyataan.

Dicelah celah masa 6 ini terdapat hari hari yang diraikan,diantaranya hari Pekerja,Hari Guru,Hari Ibu dan sehari dua ni datang pula hari Bapa.Meskipun hari hari yang disebut itu diraikan secara khusus namun demikian sebagai seorang anak yang benar benar bertanggungjawab sebagai seorang yang mengenang budi kepada jasa kedua orang tuanya maka tidak semestinya menunggu tempoh masa hanya pada hari hari tertentu itu sahaja. Contohnya untuk mendoakan kesejahteraan mereka jadi bolih sahaja dilakukan pada ketika selepas solat, sedeqahkan alfatihah atau tahlil rengkas kepada arwah ibubapa jika mereka sudah tiada,meninggal dunianya mereka tidak bermakna hubungan antara anak dengan ibubapa itu telah langsung terus terputus.Ini jelas diterangkan dalam satu hadith yang berbunyi ":Daripada Abbas r.a.w katanya,telah bersabda Rasulallah S.A.W iaitu bermulanya hubungan dengan simati didalam kubur itu seperti orang yang sedang karam dilautan,mereka sering menunggu menunggu pertolongan (DOA) dari kalangan anak anak ataupun saudara mara mahupun dari teman temannya dan apabila doa dibaca maka akan senanglah (simati) bagaikan mendapat segala nikmat yang terdapat didunia".Manakala Aaishah isteri nabi menceritakan Rasulallah pernah bersabda "sebaik baik diantara kamu ialah merka yang berbuat baik kepada keluarganya, manakala aku juga (nabi) berbuat kebaikkan kepada keluarga ku" (Riwayat Al-Tirmizi).

Para pembaca budiman! jika hendak dihuraikan peranan dan kewajipan Bapa bersempena hari yang disambut pada kali ini tentulah panjang berjela,tetapi bukanlahlah niat saya hendak mengajar kepada pembaca sekalian cuma hanya sekadar hendak mengimbas untuk mencari jawapan apakah peranan sebenar kita sebagai bapa khususnya bagi seorang yang beragama islam,Firman Allah S.W.T yang bermaksud "Wahai orang orang beriman (yang tidak beriman?) peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari azab seksa api neraka dimana kayu api bakarnya terdiri dari batu batu dan jiwa manusia,disana tedapat malaikat penjaga yang gagah perkasa tanpa ingkar akan segala arahan Allah" (Al-Tahrim:6). Olih kerana itu jika benar anda seorang yang beriman maka sudah tentu anda tidak sanggup menjadi seperti siChe"Gu Pa Kemuning yang durjana itu,bersubahah mengkurniakan tanah yang tidak sah hak milik mengikut hukum kepada anak anak generasinya itu.Tuan empunya tanah yang asal tidak sekali kali meredhokan kamu semua dan sianak cucunya juga tidak menghalalkannya......

40 tahun lalu

40 tahun tahun dulu disinilah (x) telah berkibar megahnya bendera bulan (PAS) melintangi jalan yang dipasang olih seorang cucu kepada seorang nenek tua yang tabah lagi cekal yang pada ketika itu lawannya kapal layar iaitu parti Perikatan sebelum ianya ditukar kelambang Dacing.Masih terngian ngian ditelinga sinenek menyebut "abe puzi mu nok bagi seekor lembu suroh nenek tukar parti pangkah kapal layar pulok".Haa...itulah dia....soal merasuah lembu dalam politik pilihanraya ini telah pun dulu dulunya pernah berlaku.Olih kerana kecekalan nenek yang sentiasa berisqomah dengan perjuangan PASnya maka soal lembu tidak dipandang langsung.Biar miskin harta namun komitmen nenek tetap utuh dengan Parti Pas.Walaupun yang mahu menawarkan lembu itu merupakan seorang cucunya juga berjawatan JKKK pada ketika itu.Meskipun masa telah 40 tahun berlalu akan tetapi imbasan kenangan lama bagaikan baharu sahaja semalam berlaku.Inilah satu tanda kebesaran ayat yang berbunyi "jangan menyangka orang yang mati dijalan Allah itu mati,sedangkan mereka hidup disisi tuhan lagi memberi rezki"(Ali Imran:169)


Tok ayah su-Ad-Addinun Nasiihah.....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan