arkib

Sabtu, 30 Ogos 2014

Tarbiah Merdeka 3suku

Salam hormat!
Didalam masjid nampok comel, ucapan khatib membaca khutbah pun berlapik, "musuh sebenar kita adalah iblis dan syaitan,kalau diri kita masih bertuhankan nafsu ini bermakna kita masih lagi belum merdeka maknanya masih lagi dijajah olih syaitan,kalau dahulu diri kita dibelenggu olih bangsa asing yang kita panggil penjajah tetapi apa erti merdeka seandainya diri dan nafsu kita kini dikepung serta dikawal olih iblis"begitulah bunyinya sebahagian intipati tek khutbah jumaat dimasjid.

Namun bila diluar masjid lain pula nadanya. "Musuh kita adalah manusia yang berperangai syaitan, berperangai jahat, zalim, kianat,pasang bendera atau tepek bendera dikereta seumpama pengkhianat, sebab apa? sebabnya dianggap menyokong kerajaan UBN yang pendukung egenda penjajah" (baca: melaksanakan perlembagaan yang tidak selari dengan kehendak ciri ciri sebuah negara islam sebenar)

Apakah tarbiah sedemikian itu benar? terlalu taksub dengan politik kepartian sehinggakan sesiapa yang memasang bendera jalur gemilang akan dicemuh,apatah lagi jika ada ahli parti yang berkeras mahu memasang juga maka pasti akan menjadikan bahan ketawa malah dikatakan berperangai 3suku "otak putus urat wayar...kepala masuk air' dan macam macam lagi gelaran akan dilebel dan diberikan.

imej dipetik dari FB rakan
Masa dulu dulu ada tok guru disekolah saya royat "terdapat seorang pejuang didalam satu pertempuran diantara kaum kafir dengan orang islam dizaman nabi, didalam keadaan kelam kabut itu tiba tiba tangan kanan pejuang yang memegang panji panji (baca:bendera ) islam itu terkena libasan pedang musuh lalu putus, namun beliau tidak berputus asa, disambar dan dipegangnya lagi dengan mengunakan tangan kiri.Didalam pertempuran yang sengit itu, pejuang tadi jatuh gugur syahid, walau bagaimana pun sebelum dia menghembuskan  nafas terakhir,sempat juga dia menyerahkan panji panji (bendera) yang dipegang itu kepada pejuang lain pula, begitulah nak digambarkan betapa peri pentingnya sesebuah panji panji itu bagi satu satu kaum dipertahankan.

Cuba tanya diri kita sekarang ini? bersambung....

Ahad, 10 Ogos 2014

Ini pula jawapan menteri....

Salam hormat!
Kisah 1 dipaparkan sebelum ini melibatkan keluarga Pok Ali (bukan nama sebenar) yang berkeadaan agak sedikit berdukacita ketika menyambut hari lembaran disebabkan mengenangkan kerenah anak lelaki remajanya yang berubah laku selepas dia berada dan mengenali sebuah bandaraya KL,walhal sebelum ini anaknya itu dianggap bertingkah laku baik,tidak merokok,tidak merempit tak tentu pasal,mendengar cakap dan nasihat,pandai juga bermain bola dan aktif bersukan, alih alih setelah berhijrah kebandaraya ShahAlam tiba tiba kelakuannya tidak lagi seperti dulu,sudah pandai melupakan nasihat emakbapak,sudah pandai berjinak jinak dengan permainan mesin judi internet,sudah terjerat dengan sindiket ahlong yang turut menawarkan pekej pinjaman dipusat judi itu.Tanpa tidak diketahui bahawasanya perjudian itu sudah pun di "setting",tidak akan ada pemenang dalam jumlah yang besar melainkan yang menang kecik kecik untuk dibuat sebagai umpan sahaja."Begitulah kalau sudah tidak mempunyai pelajaran tinggi, mudah sahaja tertipu dan ditipu, disuruh sambung belajar lagi tidak di mahunya"keluh Pok Ali melepaskan geram.

Pada pendapat saya, kegiatan anak muda yang terlibat dengan kegiatan sebegini tidaklah pelik,selain daripada sikap remaja itu sendiri,kita juga perlu lihat dasar kerajaan yang bukan sahaja tidur tetapi sengaja buat buat pejam mata sebelah,almaklumlah hasil cukai yang dikutip dari lesen premis judi ini bukan sedikit,jadi bukannya mudah hendak diambil langkah drastik menutup premis judi sebegini, tidak semudah seperti cadangan atau jawapan menteri untuk kemungkinan mahu menutup FaceBook,jika FB senang sahaja hendak ditutup sebab hasilnya ciput sahaja, hanya melalui beberapa persen dari syarikat Telco atau melalui bayarana bil, berlainan pula dengan bayaran langganan untuk TV Astro, walaupun caj dinaikkan sesuka hati sendiri tanpa persetujuan pelangan pun tidak mengapa, menteri berkenaan tidak ambil peduli kerana untung besar dan ada kaitan dengan syer olih pehak kronisme.

Kisah 2
Tinggalkan dulu kisah Pok Ali,beralih kekisah 2,sebab itulah saya katakan sambutan hari raya pada tahun ini disambut dalam suasana agak suram,walaupun pehak kerajaan sendiri yang pada kebiasaannya akan mengadakan majis sambutan secara besar besaran tetapi disebabkan olih beberapa faktor kejadian semasa terutama kes MH370 dan MH17 ,jadi sebagai menghormatinya maka tidak ada lagi program mega peringkat nasional dibuat, cuma hanya adalah juga dilihat dibuat diperingkat DUN dan Parlimen/kawasan.

Kisah 2 ini juga amat menyedihkan juga,apa tidaknya didalam keadaan sihat sejahtera tiba tiba dengan secara tidak diduga  seorang anak buah mengkhabarkan berita bahawa dia kini  telah menghidapi penyakit kanser kelenjer, sedangkan pada awal tahun lalu tidak ada pun apa apa petanda penyakit itu akan melanda, setakat ini hanya berada pada tahap 2, proses scanning dan rawatan akan kerap dilakukan selepas ini,yang menjadi masalahnya ialah kos rawatan yang dikatakan agak tinggi,jadi dengan itu dia minta tolong dibantu dengan apa jua cara yang termampu, bagaimana ya? nak ditubuhkan tabung bantuan atau bagaimana? atau memohon dengan mana mana Yb yang bersimpati? masih buntu nak cari jalan....berat mata memandang....berat lagi bahu memikul.

tok ayah su-sudah buat solat hajat dan berdoa....

Selasa, 5 Ogos 2014

Ini dia jawapan polis....

Salam hormat!
Saya ada beberapa kisah yang rasanya perlu dikongsi baca olih pengunjung blog, ini bukan drama rekaan semata mata tetapi kisah benar,drama masyarakat melayu yang saya dengari semasa didalam suasana menyambut hari raya tempoh hari,bukan nak buka pekung didada tetapi satu pendedahan dengan harapan agar dapat dijadi pengiktibaran.Untuk menjaga privisi seseorang jadi tak perlulah saya  menyatakan nama sebenar individu terlibat.

Kisah 1
"Suasana hari raya aidil fitri tahun ini nampaknya macam macam perihal yang sadis berlaku,jika diluar negara saudara seislam kita diGaza bermandi darah kerana tiada seinci pun tanah dan tempat kediaman mereka yang dikata selamat dari ancaman pengeboman dan bedilan dari kafirun zionis israil laknatullah.Ditanah air kita sendiri tidak kurang juga yang dilanda duka,apa tidaknya dari kes MH370 hilang ditambah pula dengan terhempasnya MH17 yang dikatakan berpunca dari tembakan olih dua puak yang bertelagah diUkraine -Rusia"Kata pok Ali memulakan perbualan."Kita hanya sekadar mampu bersimpati disamping menghulurkan sedikit sokongan moral agar keluarga yang terlibat itu tabah menghadapi ujian dari illahi"tambahnya.

Walaupun begitu Pok Ali sendiri pun menghadapi situasi yang tidak menyenangkan hati,sepatutnya pada hari raya perlu disambut dengan rasa hati yang gembira.Anak diperantauan ditunggu untuk kembali sama sama memeriahkan suasasa,namun apa yang berlaku tidak seindah seperti yang dijangka.Anak anak adalah permata yang diharapkan bolih memberi penawar buat orang tua yang sudah tidak berdaya lagi untuk berkerja keras seperti dulu dulu dizaman muda sebelumnya.Salah seorang anak lelaki remajanya yang diharapkan bolih menjadi kebanggaan keluarga telah jauh berubah tingkah laku setelah berhijrah kekota. Gara gara anaknya yang tidak mahu mendengar cakap supaya meneruskan pengajian selepas SPM lalu dipilih untuk terus bekerja hanya disebuah kilang ShahAlam.Sebagai seorang remaja bujang yang tiada tanggungan,hasil gaji yang diperolihi pada tahun pertama dia berkerja kiranya adalah juga anaknya itu mengirim sedikit belanja buat keluarga,dapatlah juga membantu buat adik adiknya yang masih bersekolah dikampung.

Malang selepas tahun berikutnya,keadaannya telah berubah laku,tiada lagi ingatan untuk membantu,bagaikan tidak diduga rupanya anak remaja itu telah tersalah pilih kawan,ekoran daripada itu hanya cakap kawan
sisipan akhbar SH
sahaja yang didengari,sebelum membuat sesuatu tidak pun dirujuk atau bertanya sepatah kata dulu dengan Pok Ali. Itulah yang menyedihkan, keluh Pok Ali.Tunggul kayukah aku.....pok ali meninggikan suara bagaikan ingin memarahi. Saya cuba membayangkan betapa luluhnya hati orang tua itu, apa tidaknya,kerja penat penat,tak cukup masa kerja hari biasa ditambah dengan OT,alih alih bila dapat gaji terus keMesin judi, langsung tak sayang duit,buat macam mudah aje duit bolih dapat balik,lantaran nak dikejar bayang bayang diair,makanan dimulut dilepaskan....burung masih terbang,garam lada dilesungkan.Dosa pahala dilupakan.

Habis tu Pok Ali tak buat apa apa? "saya nak buat macam mana lagi, selain daripada tak henti henti beri nasihat pada anaknya,aku juga menghubungi pihak ibu pejabat polis diShah Alam untuk minta pandangan dan pertanyaan, secara kebetulan kawan kepada anak pok ali ada diBukit Aman,jadi dia nasihatkan Pok Ali buat aduan dimana mana balai polis,kalau setakat pakai main talifon sahaja mungkin tidak dilayan.Pok Ali akur akan jawapan itu, tapi katanya kalau bolih biarlah dipermudahkan sikit,contohnya terimalah sahaja
sisipan akhbar dan sekelar hebahan 
aduan itu walaupun melaui telifon,bukankah dunia hari ini sudah berubah, macam macam teknologi yang lebih pantas untuk bertindak. Tambahan pula hebahan yang ada janganlah hanya sekadar indah khabar dari rupa (contoh bergambar disebelah) apabila hendak mengadu macam macam prosuder pula dikenakan"rungutan pok ali .

kisah 2 > akan disambung kemudian.....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan