arkib

Ahad, 29 November 2009

Kemalangan jalanraya-satu analisis rengkas....




penguna jalan raya mempunyai hak untuk mendapat keselesaan,jika jalan dipenuhi berbatu kerikil begini adakah kualiti pemanduan bolih stabil? keadaan permukaan jalan sebeginilah warga emas tadi terjatuh
Batu kerikil bertaburan diatas jalan itu dikatakan berpunca terjatuh dari atas lori yang sedang keluar masuk menganggut batu yang datang dari sebuah kilang pembancuh simen berhampiran.
Nasib baik kerana masih ada seorang insan yang prihatin sanggup membantu warga ini untuk segera menghantar kehospital bagi menerima rawatan.
Alhamdulillah,selepas beberapa jam kemalangan datang pula pasukan bomba dengan dibantu pehak polis
video
Adakah berpunca dari kecuaian pemandu atau faktor manusia atau kedudukan muka bumi atau jalan raya ataupun oleh faktor teknikal kenderaan itu sendiri ?
ulasan akan menyusul kemudian...harap sabar menunggu !
Terkini:Salam hormat !
Kira kira jam 2 petang 29.11.09 saya sempat menyaksikan satu kemalangan seorang penunggang motorsikal warga emas (fokus pada lensa kemera diatas) walau bagaimanapun ketika saya sampai keadaan mangsa telah pun terbaring kaku tetapi masih bernyawa. Dari sumber yang dimaklumkan kepada saya kemalangan ngeri ini berpunca keadaan jalan raya yang dipenuhi dengan batu batu kerikil yang bertaburan diatas jalanraya yang terjatuh dari atas lori yang keluar masuk dari kilang kuari pembancuh simen berhampiran.Ini telah menyebabkan warga emas tersebut menjadi kurang tumpuan untuk mengawal kenderaan lalu terbabas sendirian.Akibat dari kemalangan ini saya dapati banyak darah yang keluar dari mulut dan tangan yang berkemungkinan mengalami kecederaan yang parah.Atas dasar simpati dari orang ramai ada diantaranya menghubungi pehak berkuasa berkenaan kemalangan.Tindakan pantas seorang pemuda yang sanggup mengunakan kenderaannya terus menghantar warga emas tersebut kehospital sebelum sempat tibanya bantuan Van Ambulan.
Apa yang hendak saya kupaskan disini adalah berkaitan dengan pengalaman sendiri setelah menyaksikan beberapa kemalangan dan juga dikesempatan ini saya hendak gabungkan dengan pengalaman apa yang telah diajar dan dipelajari didilam satu kursus kejurulatihan memandu kenderaan darat berbagai kelas.Antara yang masih saya ingat ialah punca punca kemalangan bolih dipecahkan kepada tiga ketegori iaitu datang dari kecuaian manusia/pemandu dan ketegori kedua berpunca dari permukaan tanah atau keadaan jalan raya dan yang ketiga berpunca dari makanikal kenderaan.
Secara kasarnya kajian yang tidak formal telah saya analisiskan berbunyi sebegini:-
kecuian manusia (50%)-Adakala ada manusia memandu dibawah pengaruh alkohol,dadah ataupun mabuk juga dalam keadaan keletihan serta mengantuk disamping "kurang pendidikan" mengenai peraturan memandu malah ada yang memandu langsung tidak tahu undang undang jalan raya kerana ketiadaan lesen memandu yang sah.Juga ada yang ingin menonjol keegoan dan kejaguhan serta kehebatan melampau tanpa memikirkan risiko keselamatan diri sendiri apatah bahaya yang akan melibatkan orang lain.
Faktor jalanraya(30%)-Terdapat kurang keterangan atau papan tanda yang memberi amaran awal akan halangan bahaya dihadapan sebagai contoh seperti "AWAS JALaN ROSAK 200M",tidak ada lampu jalan ditempat tempat kritikal yang terkenal tempat yang kerap berlaku kemalangan,kawasan yang menjadi lalulintas keluar masuk kenderaan berat termasuk kawasan binatang ternakan berkeliaran dikenal pasti punca faktor pemandu tidak dapat menduga apa yang akan ditemui dipermukaan jalan dihadapan.
Maknikal kenderaan(20%)-Muatan yang lebih had juga bolih menyebabkan makinal kenderaan menjadi lemah untuk mengekal kelajuan mendaki,memotong dan memberek, kurang membuat "mentenance" mengikut jadual berkala juga bolih mengundang kepada bahaya makanikal kenderaan tidak dapat berpungsi seperti alat pendawaian lampu lampu,bahkan adakalanya tayar yang masih berbunga akan tetapi secara tiba tiba bolih pecah dan meletup tanpa diduga.

Secara kesimpulannya ada pehak yang bolih dipersalahkan dan ada juga pehak yang bolih diambil tindakan undang undang mengikut hak yang diperuntukan dibawah kebertanggung jawaban masing masing selain dari kesalahan pada diri sendiri.
Tok ayah su-pernah mengikuti kursus jurulatih pemanduan kenderaan berkelas....

Sabtu, 28 November 2009

Dihari hari raya korban...


video


video


Salam hormat !

Walaupun agak terlewat sedikit saya mengucapkan selamat hari raya aidul adha,namun seperti orang lain saya tetap tidak mahu ketinggalan untuk turut menyampaikan selamat menyambut salah satu hari kebesaran untuk diraikan olih umat islam dan yang lebih bertuah ialah kepada mereka yang dapat menyambut seruan kebaitullah Mekahramah.

Dari kecil hingga keseparuh abad umur (bagi saya) kita telah dihidangkan dengan kesah yang sama pada setiap kali tibanya hari raya korban iaitu satu pengorbanan yang paling agong tentang satu sejarah Nabi Ibarahim a.s yang sanggup akur untuk melakukan pergorbanan menyembelih anaknya baginda sendiri nabi Ismail.Sebenarnya tanpa jemu kita akan mendengar dan terus mendengar kesah ini yang diiktiraf sehingga direkodkan kedalam kitab suci AlQur"an mudah mudahan bolih memberi satu proses untuk mencari satu kekuatan kepada diri kita bagi melakukan pengorbanan.

Seterusnya bagi insan biasa dizaman abad ke21 ini kita hanya dituntut lebih melakukan ibadat untuk melakukan pengorbanan harta benda berbanding korban jiwa raga contohnya seperti perlu bersedia keluarkan sedikit belanja untuk mengerjakan ibadat haji bagi memenuhi rukun islam kelima bagi mereka mereka yang mampu.Bagi mereka yang tidak berkesempatan dan berada ditanah air pada kebiasaannya lebih senonim mengeluarkan sedikit belanja untuk diimfaqkan bagi melakukan ibadah korban menyembelih binatang ternakan halal mudah mudah dapat pula diagih agihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk sama sama merasaikan keenakan daging sembelihan seperti lembu kambing dan sebagainya.

Bagi diri saya sendiri pada tahun ini selain melakukan ibadah korban satu lagi pengisian yang telah dilakukan dan tercatat didalam diary harian ialah meletakkan batu nesan berserta bingkai simennya dikubur nenekda mertua sebelah isteri yang telah meninggal dunia diawal bulan november yang lalu dan pernah saya telah catatkan didalam blog pada siri siri yang lalu. Walaupun ini hanyalah satu pengorbanan kecil namun ianya cukup cukup memberi kesan dan terpahat didalam sejarah hidup saya sendiri.Mudah mudahan perkara baik ini akan menjadi ikutan olih anak anak dan juga generasi saya pada masa masa akan datang seandainya saya juga telah pergi dan tak kembali.....

Tok ayah su-menyimpan azam dan hasrat untuk melakukan ibadat korban ditanah suci....

Isnin, 23 November 2009

petikan kata (PEKA) 25 Nov 2009.


Perbezaan PAS dan UMNO oleh BudakJalanan

Dari Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib

Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain. Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini. Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya. Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain. Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.

Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam. Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam? Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya. Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka bagi meneruskan Perjuangan Para Nabi nabi.

Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib
Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat
tok ayah su-percayakah anda dengan gambar dibawah ini adalah koleksi kenderaan kaum kerabat JKKK dikampungku,anda bolih agak sendiri dari mana datangnya kemewahan sebegininya...

Sabtu, 21 November 2009

Terkini:Banjir kali kedua...








salam hormat !
Setelah banjir kali pertama diawal bulan melanda kampungku berikut adalah perkembangan terkini keadaan banjir kali kedua telah melanda lagi kampungku bermula semalam (21 nov 09) sehingga kehari ini masih lagi bertahan keadaannya diikuti dengan hujan sekejap sekejap lebat dan sekejap renyai renyai,paras airnya pula sekejap naik dan sekejap surut,dan bagi yang tinggal dikawasan rendah telah pun ada yang berpindah dan sesetengahnya pula masih lagi berada dirumah masing masing namun dalam keadaan bersiap sedia untuk berpindah sekiranya keadaan air semakin naik.Apa yang diharapkan kepada anggota penyelamat dan pehak berkuasa tempatan yang dipertanggung jawabkan dengan urusan bencana banjir ini perlulah juga memantau keadaan keselamatan kami disini dari masa kesemasa.
tok ayah su-dalam suasana berjaga jaga....

Jumaat, 20 November 2009

aktiviti PIBG:sekitar hari terakhir sessi 2009

video

video

video

video

salam hormat !

Setiap orang dari anak anak kita ada kelebihannya tersendiri,begitu juga dengan anak saya, walaupun kakak kakaknya bolih dikata begitu cemerlang dalam setiap pelajaran yang dipelajari namun bagi anak saya yang satu ini agak kurang cerdas sedikit berbanding dengan kakaknya kerana agak lambat menangkap dan mengingati apa yang dipelajarinya.Puncanya saya rasa ialah disewaktu umurnya beberapa bulan selepas dilahirkan dia jatuh sakit iaitu deman panas yang amat kritikal sekali sehinggakan terpaksa masuk wad kecemasan dan pada satu ketika doktor pernah memohon untuk membedah tempurung kepala dan juga buah pinggang untuk mengambil air tulang som som bagi tujuan untuk mengetahui punca penyakit katanya.Walau pun begitu memohon dengan pehak hospital untuk bawa balik dengan harapan untuk berikthiar berubat dengan cara tradisiaonal dan tidak membenarkan doktor melalakukan pembedahan tersebut.

Alhamdilillah sakitnya pulih seperti sediakala dan telah pun sihat namun seperti yang saya katakan kesanya ialah kesukaran baginya untuk menerima pelajaran seperti orang lain namun begitu secara perlahan lahan atas berkat kerajinannya untuk terus belajar akhirnya dapat juga beliau menerima sedikit demi sedikit setiap pelajaran yang diberi kepadanya walaupun terpaksa berada dikelas tambahan khas untuk tujuan pemulihan.Dan hari ini walau sudah berada ditahun tiga saya dapati perkembangannya amat positif sekali kerana sudah mula pandai membaca lalu dihari ini juga dia begitu berbangga kerana telah dianugerahkan hadiah kecermalangan setelah mengikuti kelas pemulihan tersebut, syabas anakku dan tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada pehak guru yang begitu tekun dengan tidak mengenal erti berputus asa serta tanpa jemu jemu terus memberi satu pendidikan yang bolih dibanggakan olih semua ibu bapa,tahniah !

Tok ayah su-juga mengucapkan tahniah kepada pehak sekolah yang berjaya melahirkan 9 pelajar mendapatkan gred 5A dalam peperiksaan UPSR....

Selasa, 17 November 2009

petikan akbar hari ini....


tok ayah su-mohon cadangan ini disokong....!

cipta sejarah bina tamaddun....

(gambar hiasan)
(gambar hiasan)
(gambar hiasan)
(gambar hiasan)
(gambar hiasan)
(gambar hiasan)
salam hormat !
orang kata asal usul sejarah bermulanya muncul idea sup gear box yang pada hari sudah tersohor keseluruh negara khususnya dinegara kita malaysia adalah bermula dari sebuah desa kecil berada di daerah Hulu Terengganu yang bernama Kg Tok "Gebok" yang pernah menjadi makanan kegemaran sebuah keluarga diraja jembal (kebanyakan).Resepi rempah ratus yang berasal dari menu hidangan ala istana dizaman silam,kemudian telah berkembang apabila dikomisialkan.
Sempena nama kampung "gebok " itu telah diciplak lalu bertukar nama "gear box" yang lebih kebaratan untuk memberi saingan kepada masakan segera yang diimport dari negara luar itu.
Inilah satu info yang patut diketahui umum namun persoalannya jika ada pehak lain yang mendakwa sup gear box ini hak cipta mereka seperti 'tarian pendek" indon yang pernah menjadi pertikaian sejarah maka saya mengalu alukan untuk mereka pula cuba buktikan.....
(gambar hiasan)
tok ayah su-sup gear box makanan untuk kesihatan bukannya ubat...jangan salah faham !

Sabtu, 14 November 2009

hajat ada seru tak sampai....

Salam hormat!
DiTerengganu kita pernah dengar kerajaan negeri menaja kakitangan kerajaan termasuk para imam dan bilal untuk mengerjakan haji atas dasar mengenang jasa jasa terbaik mereka,akan tetapi jika diterbalikkan orang biasa menaja kepada seorang ketua yang mempunyai bidang kuasa tertentu sudah tentu akan dipandang serong.
ingat akan sejarah para pejuang dizaman nabi diwaktu peperangan yang sedang sakit yang teramat dahaga tetapi tidak sampai hati meminum air yang dihulurkan (ditaja) kepadanya apabila terdengar rakan disebelah yang juga sedang mengerang kesakitan lalu dihulurkan air tersebut,kemudian terdengar lagi orang ketiga dan keempat untuk mendapatkan air yang sama,lalu di 'paste paste"kan air tersebut tanpa sempat diminum terlebih dahulu kerana ingin mengutama dan meraikan sahabat, kemudian apabila sampai giliran pada orang yang pertama tadi didapati ianya sudah pun meninggal dunia tanpa sempat meminumnya juga....konsep rakyat didahulukan bukannya perkara baru,jadi fikir fikirkan !
Tok ayah su-berdikit dikit menyimpan untuk tunai haji keMekah....

Rabu, 11 November 2009

Kembalinya nenekda mertua...




video
video
Salam hormat !
pada 6hb Nov 2009 hari jumaat malam sabtu jam kira kira pukul 1pagi saya menerima panggilan dari kampung isteri dipasir Puteh menyatakan nenekda mertua (bukan ibu mertua) telah pun meninggal dunia.Nenekda ini bagaikan ibu sendiri kepada isteri saya kerana beliau telah dipelihara olih nenek semenjak dari kecil lagi.Ibunya (ibu mertua saya) masih ada lagi cuma diwaktu kecilnya itu secara kebetulan neneknya ini teringin hendak membelanya disebabkan untuk merengankan beban siibunya yang terpaksa memelihara adik adik yang ramai dan masih kecil kecil ketika itu sedangkan secara kebetulan neneknya sudah pun tiada anak yang lain kerana inilah cucu sulung dari anak yang bongsu.

Setelah berkemas kemas tanpa tidur pada malam tersebut maka bertolaklah saya seisis keluarga kePasir Puteh,pada mulanya saya bercadang hendak melalui jalan kuala Berang-Sg Tong malah telah pun sampai separuh jalan tiba tiba kami tersekat kerana disini rupa rupanya banjir masih lagi belum surut.Sehari sebelum itu iaitu pada hari khamis sememangnya jalan ini telah pun ditutup kepada semua kenderaan namun memandang hujan telah pun berhenti dan air telah pun mula surut dibeberapa tempat jadi saya cuba juga untuk melalui jalan ini,namun apabila sampai diKg matang yang jaraknya kira kira 30km dari kuala berang saya telah pun terkandas,menurut seorang penduduk yang ditemui dan masih belum tidur walaupun jam menunjukkan pukul 4pagi katanya air masih lagi sedalam paras lutut,jika diredah juga sudah tentu merbahaya tambahan pula dalam keadaan cuaca dimalam yang gelap.mahu tidak mahu terpaksalah saya berpatah balik dan meneruskan perjalanan melalui jalan pantai kuala terengganu , sudah lari "taiming"kerana termakan masa terbuang selama hampir 2 jam.
akan bersambung....
nak tahu bagaimana urusan duit kifalah untuk kematian warga emas ?urusan jenazah pengkebumian termasuk duit derma tabung lawatan kematian hilang dicuri toyol?dan majlis tahlil pada malam pertama tiada sambutan kerana bertembung dengan siaran langsung bola sepak akhir piala malaysia antara kelantan-N.Sembilan?
Terkini;
Secara peribadi saya merasa kagum dengan sikap ambil cakna seluruh penduduk kampung dengan datang menziarah dan juga memberi kerjasama dalam urusan persiapan pengkebumian, dengar khabarnya apabila berlaku sesuatu kes kematian didalam kampung ini pehak keluarga simati yang masih sugul dan sedih tidak perlu banyak melakukan sesuatu sebaliknya hanya perlu melapurkan sahaja kes kematian tersebut kepada seorang ketua masyarakat ataupun ketua kampung sudah memadai,maka setelah itu menjadi tanggung jawab siketua tadi membuat urusan mencari sipenggali kuburnya,menyediakan orang memandi dan mengkhafankannya, memaklumkan kepada imam dan bilal untuk sembahyang jenazah malah kepada membuat report kematian dibalai polis pun ada orang suruhan ketua kampung tersebut melapurkannya.
manakala kepada ahli keluarga terdekat kepada simati hanya perlu menyediakan sedikit wang bagi melicinkan urusan belian barang barang keperluan berkaitan sebelum tibanya duit peruntukkan dari kerajaan negeri yang dikenali dengan skim kifalah untuk warga emas yang berumur 60 tahun keatas.Dan difahamlkan skim kifalah ini tetap diberi tanpa mengenal kira status miskin kaya dan apa jua bangsa,begitulah kehebatannya skim ini dimana keluarga arwah nenekda saya sendiri telah pun menerima sebanyak tunai rm 500 dihari pertama kematian dan akan diberi lagi mengikut proses dengan syarat mengisi beberapa borang pengesahan selepas itu yang berlanjutan sehingga ke 100 hari kematian dengan jumlah kesemuanya rm2500.00.Inilah kelebihan berada dalam sebuah negeri kerajaan Pas yang mengambil cakna akan hal ehwal rakyatnya,syabas....
Akan tetapi walau bagaimana pun terdapat juga sikap panjang tangan dikalangan ramai ramai orang yang datang,duit didalam tabung yang disediakan khas kepada sesiapa yang mahu menderma kepada keluarga simati telah hilang lesap tanpa disedari.Ada juga yang sanggup melakukan kerja terkutuk dengan mencuri ditatkala orang ramai dalam keadaan bersedih,inilah ragam manusia....
Satu perkara lagi yang sepatutnya saya rakamkan penghargaan ialah kepada Imam kampung dimana belaiu sendiri tiun padang malah turun kedalam kubur untuk membetulkan apa apa yang patut pada kedudukan mayat siarwah didalam kubur sebelum ditimbus tanah dan kerja seperti ini jarang dilakukan olih para imam ditempat lain (setahu saya) cumanya dimalam pertama untuk majlis tahlil agak kurang mendapat sambutan kerana ramai yang terlalu ghairah untuk melihat aksi siaran langsung perlawanan bola sepak piala malaysia diantara pasukan negeri kelantan menentang negeri sembilan,terdengan sosek soksek disana sini masing masing bersembang tajuk kehebatan negeri kelantan yang telah berjaya memasuki sampai keperingkat perlawanan akhir,malah yang agak pelik dan kelakarnya kaum perempuan pun tak kira tua mahpun muda, suri rumah mahu pun anak dara tidak ketinggalan masing masing galak menceritakan hal bola...bola...bola bola... Sekali lagi syabas Kelantan !
Tok ayah su-ingin merakam ucapan terima kasih kepada kesemua orang yang terlibat dengan peyempurnaan urusan pengkemubian jenazah arwah nenekda mertua.......

Khamis, 5 November 2009

Nak respon sikit....





sedikit ulasan akan menyusul kemudian....tungguu !

Sambungan terkini:
Puas saya membelek belek dan mencari cari keratan suntingan berita akbar yang pernah saya terbaca yang melapurkan sejumlah bilion ringgit hilang tidak dapat dapat dikesan olih jawatankuasa kira kira wang negara (PAC) melibatkan duit perbelanjaan wang royalti minyak Terengganu tetapi malangnya keratan akbar tersebut tidak saya jumpa jumpa.Almaklumlah kalau sudah berita akbar itu memakan masa agak lama makanya saya akan jadikannya sebagai sampah lalu diletakkan ditepi tong sampah untuk diangkut dan dijual dikedai kitar semula olih pemunggut sampah,hanya cara itu sahajalah yang mampu saya berikan secara ehsan percuma kepada buruh pengutip sampah tersebut sebagai wang saku peribadinya.
Apa yang hendak dikaitkan disini ialah bagaimana sekiranya wang sebanyak itu jatuh atau diberi kesasaran untuk golongan miskin tegar yang pernah kita baca dan dipaparkan didada dada akbar akan kemelut kedaifan mereka ini makanya sudah tentu tidak akan berbangkit lagi masaallah sebegini dizaman serba maju ini.Walaupun sebelum ini pernah kita dengar akan golongan "terpilih" ini menerima saguhati berbentuk wang ehsan dari kerajaan negeri UBN Terengganu namun nampak gayanya tidak seimbang dengan kehendak permintaan perbelanjaan isi rumah yang serba mahal diwaktu ini.
Ramai yang membuat andaian dengan mengatakan wang ehsan "versi terengganu' akan turut mengikut pelan sama digunakan kepada negeri kelantan kelak apabila wang royalti minyak untuk negeri itu disalurkan dalam bentuk wang ehsan dibawah seliaan JPP,manakala kerajaan Pas kelantan pasti hanya mampu memerhati secara berputih mata begitu sahaja.kesannya keuntungannya sudah tentu kepada rakyat kebanyakkan dan sebilangan jumlah yang besar juga akan masuk untuk kepentingan UBN.Begitu paparan awal pandangan awam yang pernah saya kutip dari mulut mereka yang pernah mengalami situasi pengalaman sebegini dizaman pemerintahan kerajaan pas Terengganu diera tahun 2000-2004.

Tok ayah su-tidak pernah merasa menerima apa bentuk wang tunai secara ehsan...!

Ahad, 1 November 2009

ku menulis bukan kerana nama....







(gambar hiasan)

Terkini:
Apabila seseorang sudah selesai "melepas hajat' dibilik termenung sudah pastinya ia akan merasa lega, begitulah juga perasaan seorang penulis sudah tentu sedikit sebanyak akan terubat kerana luahan perasaannya telah termakbul.Waimma apa jua topik yang hendak ditulis itu samaada melibatkan diri sendiri mahupun menyentuh hal ehwal orang lain banyak bergantung kepada nawaitu apa motif dan apa tujuan sesuatu lakaran tulisan dipersembahkan seumpama seorang insan pelukis begitulah juga hampir sama dengan jiwa seorang penulis,melainkan menulis itu sememangnya satu kerjaya dan terpaksa pula mengikut arahan dari majikan makanya sudah pasti perasaan nuraninya diketepikan sebaliknya egenda majikan pula terpaksa diutamakan.
Dengan tagline blog ini 'prihatin" sudah tentulah skopnya luas dan bolih meliputi semua perkara.Contohnya untuk mencapai misi 'memberi manafaat pada diri sendiri dan juga kepada masyarakat" ruang penulisan saya tidak terbatas kepada sasaran tertentu samada orang persaorangan mahupun kumpulan,tua ataupun muda kecil atau besar kanak kanak mahu pun dewasa.Disamping itu jika ada blog ini terambil petikan mana mana berita samada dari makalah ataupun akbar ianya sekadar untuk berkongsi kongsi pandangan dan pendapat sebagai sumber pemberi ilham untuk menulis,seandainya didalam 'posting" terdapat sedikit sebanyak artikel berbentuk keilmuan jawapannya saya cuba sedaya upaya untuk mencari bahan bahan sampingan dari pelbagai sumber bertujuan untuk mengukuhkan fakta atau nas bertujuan menyokong apa yang tertulis.Jadi dengan itu bab kata saranan "yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan',saya juga sedar pastinya masih banyak kelemahan yang perlu untuk saya bermuhasabah diri sendiri dengan cara menulis sebegini.Begitu juga jika menyentuh sensitiviti orang lain maka anggaplah sebagai rencah dan rempah ratus untuk menambah perisa sesuatu masakan.
Begitulah jika ada berita tentang penyelewengan agama,saya teringat dan ingin berkongsi cerita dimana menurut cerita orang tua tua lama yang tidak tahu untuk mempolitikan agama sebaliknya ilmu keagamaan yang ada padanya dijadikan perisai untuk mendekati dan memelihara makluk maklub ghaib seperti jin baik (islam) untuk menjaga tanah tanah kebun supaya tidak diganggu olih sebarang musuh tanaman seperti babi hutan mahupun tikus dan lain lain begitu juga ada yang membela jin kapir (toyol) dengan tujuan untuk membuat khianat bagi menarik harta benda orang untuk mengaut keuntungan bagi dirinya sahaja dengan cara yang salah tetapi tidak kurang juga yang mengiklaskan diri untuk mejadikan agama suatu pegangan hidup buat bekalan menuju hari akhirat kelak....
Tok ayah su-lain padang lain belalang,lain orang lain padangan........

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan