arkib

Sabtu, 30 Mei 2009

Bai'ah,ikrar dan sumpah,apa makna?






Poksu-Sumber dari petikan kertas kerja Olih YB Dato" Tuan Guru Haji Harun Taib-Tim.Pesuruhjaya Pas Terengganu !

Jumaat, 29 Mei 2009

Cuti sekolah musim kahwin,dulu dan kini !



Banyaknya surat jemputan undangan majlis khawin yang telah saya terima untuk bulan June ini, ada yang diselit sekaligus dengan majlis kesyukuran dan tahlil arwah tanpa perlu dihulurkan apa bentuk buah tangan (wang ringgit) hanya pergi makan sahaja dan ada juga yang dikenakan dengan kos TOL secara seiklas hati tanpa tetapan harga,jadi apa kata disegi adat dan disudut pandangan agama? ulasannya akan menyusul...tunggu !
Poksu-ulasan artikel ini terpaksa di KIV dulu (tangguh) harap maaf dan bersabar !

Khamis, 28 Mei 2009

Sejarah diri ketika dalam ATM



Salam hormat !
Sebelum ulasan dibuat adalah terlebih baik ditanya beberapa persoalan,pertama adakah kita memahami beberapa pembawaan idealogi yang terdapat didalam erena politik seperti apa itu sekularisme,nasionalisme,komunisme,pro-islamisme dan beberapa ME lagi (doreme pun ada)dan apa pula kaitan dengan sejarah pkm yang akan diulas ini,tunggu!
Idealogi Skulerisme bermaksud tidak memahami hakikat tauhid kepada agama dengan mengangkat sistem pendidikan berkiblat Barat yang memisahkan agama didalam urusan kehidupan termasuk amalan berpolitik (itulah skulerisme).Manakala idealogi Nasionalisme pula bolih disama ertikan dengan perasaan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada negara bangsa dengan menuntut hak kesaksamaan keadilan kemaknusiaan (itulah Nasionalisme).


Idealogi pro Islamisme pula berkonsepkan kefahaman penyatuan umat manusia (satu) melalui pengaruh pendidikan yang disalurkan samaada dari pondok rakyat,masjid,madrasah,surau dsb. Sejarah awal tercetusnya perkembangan idealogi ini dinegara kita berlaku disekitar tahun 1910 dimana setelah anak anak pengajian pondok ini telah berjaya melanjutkan pelajaran keUniversiti Al-Azhar kaherah Mesir.Setelah balik ketanah air mereka telah mengembangkan ajaran agama islam yang dipelajari mengikut persamaan apa yang terkandung didalam kitab Al-Qur"an dan Al-Hadith kepada anak anak muda kampung,antara tokoh yang disebut dalam sejarah ialah seperti Syed Shiekh Al-Hadi,Shiekh Mohammad Abduh serta beberapa orang tokoh lagi. Golongan ini telah cuba memulihkan kefahaman agama yang bercampur aduk dengan kefahaman adat kebudayaan yang karut dan kolot,akan tetapi telah mendapat tentangan hebat dari orang yang lebih tua (dewasa) termasuk juga sokongan dari golongan muda melayu yang berkefahaman lebih radikal dan sekular antaranya Onn Jaafar,Abdul Rahim kajai,Zainal Abidin (Za'aba) serta beberapa orang lagi.

Bagaimana dan dari mana pula munculnya PKM (parti komunis malaya).Secara rengkasnya PKM mempunyai matlamat sama dengan PKI (parti komunis Indonesia) iaitu ingin membebaskan negara masing masing dari taklukan penjajah Belanda dan British.Pada asasnya niat perjuangan mereka baik akan tetapi malang perlaksanaannya mereka amat buruk sekali dengan pendekatan kaedah kekerasan dan kekejaman.Ideologi mereka mengikut buku the comunist manifesto olih Karl Marx dibarat serta karangan Mou Szie Tung ditimur.Natijahnya banyak memberi kemusnahan dan kerosakan bukan sahaja kepada harta benda awam malah melibatkan nyawa insan insan yang tidak berdosa termasuk kaum perempuan dan kanak kanak. Yang paling jelas orang yang terlibat secara langsung bertempur dengan gorombolan penganas komunis (pkm) ini ialah pasukan keselamatan iaitu anggota tentera dan polis.Jika hendak dipanjangkan kesah ini sudah tentu memerlukan analisis pengkajian yang lengkap dan terperinci.
Jesteru itu saya hanya ingin menyatakan secara asasnya sahaja berserta ingin memamarkan dan berkongsi cerita benar mengenai penglibatan diri saya sendiri.Diawal tahun 1980an, saya bersama sama dengan anggota pasukan lain turut dikerah untuk membuat operasi ketenteraan bagi mengawasi keselamatan pembinaan lebuhraya timur dari Jeli Kelantan ke Grik Perak.Kami bersilih ganti keluar masuk dikawasan yang masih hitam ini kerana sering diganggu kekacauan Komunis,setiap pergerakan terbatas tidak bolih sewenang wenangnya untuk kemana mana lokasi tanpa ada di 'escort olih fire x car".Semasa tidur pun mestilah mendakap senjata seumpama bini kerana mengambil langkah berjaga jaga dari sebarang kemungkinan.Apa yang sempat dirakam dan dilihat cebisan bara api yang masih berasap dan panas kesan tembakan yang dilepaskan olih pasukan komunis ini yang menyerang hendap kenderaan kenderaan tentera yang membawa bekalan makanan,kami sering pasang telinga dan sering dengar ada sahaja anggota tentera yang terkorban diwaktu itu. Tetapi alhamdulillah kerana saya sendiri tidak diketemukan bertempur secara bersemuka namun begitu saya amat bersimpati dan faham akan betapa azab sengsaranya yang ditanggung olih sahabat sahabat seperjuangan. Ada kini yang masih hidup tetapi terpaksa menerima kecacatan kekal seperti kudung kaki,tangan dan lain lain anggota badan dsb.
Kesimpulanya jika ada pehak yang mengatakan terdapat anggota komunis berbangsa melayu islam,maka saya hendak mengajak mereka merenung sejenak sejarah perang saudara dizaman Khalifah Ar-Rashiddin.Konflik peperangan sesama saudara seagama islam jelas terbukti dalam sejarah peperangan Siffin dan Jamal.Seorang diketui olih sepupu Rasullah S.A.W iaitu khalifah Ali menentang pasukan Muawiyah yang disokong olih Aishah bekas isteri nabi.Apapun alasan, moral peperangan ini ialah lahirnya perasaan dendam dan rasa tidak berpuas hati diantara satu sama lain.
Berbalik kepada tentera kita,semangat kekitaan dengan mematuhi arahan pemimpin agong negara yang beragama islam bertepatan dengan seruan agama "taatlah kamu kepada Allah dan Rasul serta para pemimpin dikalangan kamu".Amalan ini juga bertetapan dengan apa yang disebut dalam ilmu Figh iaitu supaya mempertahankan lima perkara,pertama-Agama (islam) kedua-keturunan (bangsa),ketiga-Akal (kesihatan) keempat-Nyawa (rakyat yang berbilang bangsa dan kaum) dan yang terakhir harta benda (tanah air),jadi fikir betul betul !
Poksu-Sumber artikel ini dipetik dari beberapa bahan bacaan yang ada dalam simpanan...!

Selasa, 26 Mei 2009

Dulu mat smart kini mat rempit !


Salam hormat !
Kata orang tukang rumah tidak semestinya rumahnya sendiri cantik,begitu juga seorang tukang gunting tidak semestinya bolih mengunting rambutnya sendiri,bermakna soal untuk mendidik dan mendisiplin anak muda yang merempit tidak bolih ditunding jari kepada para ibubapa mereka sahaja kerana kadangkala ibubapa juga gagal dan tidak mampu mendidik dengan segala macam ragam dan perangai anak mereka sendiri,jesteru itu betapa pentingnya perlu ada orang ketiga atau orang tengah yang bolih turut sama menasihati, jadi siapakah orang tengah tersebut ?apakah pehak berkuasa yang menjalankan kuasa dengan tindakan undang undang semata mata ? atau seseorang yang disegani,yang mempunyai mulut masin ? ataupun mereka ini perlu diupah dengan bayaran tertentu barulah hendak dihentikan kegilaan merempit ini?
Baiklah,katakan jawapannya dengan tindakan undang undang mungkin bolih tapi hanya untuk jangka masa tertentu sahaja,ini bererti dihadapan pehak berkuasa mereka akan patuh tetapi apabila sudah ketiadaan pehak yang mengawal sudah pasti mereka ini ini akan mengulanginya lagi,jadi tidak dapat selesai masaalah juga, begitu juga jika diberi habuan tertentu seperti diberi upah wang ringgit dengan harapan supaya jadi baik dan tidak merempit lagi,langkah ini hanya akan dijadikan alat peras ugut jika sekiranya mereka sudah kehabiasan wang tersebut,waduh !tidak dapat selesaikan masalah juga,jadi bagaimana ?
Bagaimana jika mereka ini diasuh olih seseorang (kepala) yang bolih dikatakan disegani dikalangan mereka, cara asuhannyan pula bagaimana? Idea begini, kita ibaratkan mereka ini sekumpulan kalkatu yang terbang bersaing menuju kesuatu cahaya lampu atau cuba terbang lebih tinggi lagi ketempat yang tidak diketahui dimanakah destinasinya,jadi cuba lihat dan perhatikan apa kesudahannya kumpulan kalkatu itu,apakah faedahnya dan tujuannya,jawapan sudah tentu tiada dan akhirnya kesemua bertaburan jatuh balik ketanah lalu mati atau dijadikan makanan olih sang katak,mahukah anda begitu wahai sirempit ? sudah tentu tidak mahu bukan....jadi sayangi nyawa anda!
Atau apa kata jika anda cuba mencontohi mat mat motor dizaman generasi bapa kamu,mereka ini ada yang digelar Mat Smart sebab dengan statusnya mereka yang suka bergaya bukan sahaja dengan motor tetapi cara berpakaian juga ingin nampak bergaya mengikut zaman itu,walaupun cara ini tidaklah seratus peratus baik akan tetapi setidak tidaknya mereka ini ingin kelihatan segak dan disukai ramai kerana tidaklah sampai menyusahkan ibubapa malah kepada masyarkat juga.Cara mereka memandu pun bolih dikatakan tidaklah merbahaya dan lebih berhati hati kerana mempunyai sifat sayang akan harta benda (motor) supaya tidak mudah lekas rosak dan tahan dari susut nilai harga dan tidak perlu membazir kerana sering mengeluarkan wang kos membaiki,dan sering ingat...pembaziran amalan syiatan!
Perkara kedua yang perlu difikirkan ialah cuba anda bayangkan jika ditakdirkan anda menjadi anggota penguatkuasa,apa yang harus anda lakukan kepada golongan merempit ini, cuba anda pejamkan mata dan fikirkan sejenak dan bertanya sukar atau tidak jika anda berada ditempat itu? atau bagaimana jika kamu terlanggar seseorang orang anda paling sayangi?Jadi diharapkan anda fikirlah betul betul !
Poksu-Ingat pepatah "tiada beban batu jangan digalas"...!

siapa pilihan ?



Salam hormat!

Secara peribadi jika sekiranya saya diberi pilih,kriteria pertama yang akan saya fikirkan ialah tentang KPI(kaedah prestasi index).Apabila diamat amati ketiga tiga calon ini ada kelebihan tersendiri, pertamanya yang dibolih dikaitkan slogan pas for all ialah Ust Nasa,sejauh mana kejayaan beliau dalam projek ini mungkin bolih dijadikan kayu ukurnya, dan jika ditakdir saya akan beri jawatan ala kabinet UBN (kerana kedudukan dalam jawatan parti bolih menentukan kedudukan dalam kerajaan jika ditakdirkan rakyat memberi kuasa kepada parti gabungan PR) maka saya akan letak beliau dikementerian jabatan perdana menteri untuk menjaga hal ehwal agama, Soal untuk keperingkat lebih atas dari itu (PM) rasanya amat terlalu awal dan memerlukan lebih banyak lagi ruang untuk mengutip pengalaman.Berkait dengan hubungan politik antarabangsa pula bagaimana?

Jika dilihat kepada Sdr Tuan Hj Mat Sabu pula,paling tidak beliau ini bolih dletakkan dikementerian Pertahanan sesuai dengan semangatnya yang agak berani dan tidak pernah mengenal erti mengalah.Hubungan dengan gerakan politik timur tengah juga dilihat agak akrab lebih lebih lagi sikap keperihatinannya dengan nasib yang menimpa rakyat Pelestin.

Manakala Yb Husam pula seorang yang proaktif dan produktif dengan pelancarkan banyak plant dan idea pembangunan ekonomi seperti dinar emas,jihad ternak (walau pun percubaan pertamanya dikatakan gagal namun sudah menjadi adat kebiasaan jatuh bangun bagi seorang mahu menguruskan ekonomi).Beliau ini sememangnya sesuai berada dikementerian keawangan. Soal hubungan diplomatik dengan dunia luar pula bagaimana?
Adapun seorang lagi calon naib yang berambut putih itu bolih diibaratkan sebagai pokok rambai jantan,apabila musim buah tiba maka kita dapati bunganya keluar amat lebat sekali,tetapi apabila tiba masa hendak mengutip hasil,buahnya tidak menjadi,ini pernah tangungjawab diberi sebagai pematau harga barangan pengguna dibuat dibawah seliaan beliau tetapi walhasilnya apa jadi? so kepada sesiapa yang berkenaan fikirlah betul betul.....!
poksu-suka dilujnah penerangan dan keselamatan.....!

Isnin, 25 Mei 2009

Ganguan siaran media.pandang dengar

 Salam hormat!
Siaran TV berbayar kadangkala dilihat ada sedikit keseimbangan walaupun pada masa masa tertentu ada terselit egenda politik kepartian kerajaan UBN yang tersembunyi,ini jelas terserlah ada diantara pekerja atau tenaga penceramah agamanya dan juga para pakar motivasi yang diundang untuk menjayakan sessuatu siri program terdiri dari mereka mereka yang pro parti pembangkang (tidak perlulah disebut nama),antara penceramah yang pernah kita lihat ialah seorang ustaz bekas penyanyi rock yang mana sehari dua ini telah digossipkan dengan perpecahan rumahtangga,siapa tu?he...he...he...

Berbalik kepada siaran TV,untuk makluman para pembaca, dikawasan Hulu Terengganu ini teramat teruk sekali penerimaan gambar siarannya terutama TV RTM dan TV 3,berbintik bintik dan tidak begitu jelas pada pandangan.Olih kerana itu sebahagian daripada penduduk disini telah memaksakan diri melanggan TV berbayar Astro kerana dengan pemasangan parabola (arial) dari syarikat TV swasta ini maka mutu siarannya amat jelas sekali gambar siarannya, akan tetapi disebaliknya pula telah menjadi beban kepada masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana yang bergantung hidup dengan hasil pertanian kerana terpaksa melunaskan hutang bilnya pada tiap tiap bulan lebih lebih lagi dimusim kegawatan ekonomi sekarang ini .Walaupun pengguna diberi pilihan mengikut pekej pekej tertentu yang ditawarkan tetapi ianya masih tidak dapat memuaskan hati kerana pekej yang paling murah sekalipun tetap terlalu banyak menyajikan nyanyian dan hiburan yang melalaikan manakala peluang untuk menyaksikan sukan terpaksa membayar dengan kadar pakej yang lebih tinggi lagi harganya.Persoalannya sampai bilakah pehak RTM atau TV 3 akan meningkatkan kualiti perkhidmatannya disini? Bagi seorang pekedai restoran,alat pandang dengar ini adalah salah satu daya untuk menarik pelangan jadi jika hiburan semata mata siaran yang bolih dijadikan pilihan maka kita rasa amat kecewa kerana terasa gagal menjadi pendidik.

Media eletronik dan juga media cetak banyak pengaruhnya malah tidak keterlaluan jika dikatakan bolih membentuk arah tuju sesuatu generasi itu samada kejalan lurus atau melencong dari landasan normal normal kehidupan manusia biasa.Jesteru itu jika setiap hari dan setiap ketika remaja hari ini 24 jam disogokan dengan budaya berhibur tanpa perlu ada daya fikir akhirnya akan lemahlah sesuatu bangsa itu disebabkan nilai keagamaan telah ditengelam dan dilalaikan dengan budaya songsang ini,maka inilah yang menjadi salah salah satu egenda parti pembangkang untuk mengekang masalah ini untuk terus berleluasa keakar umbi masyarakat serta memberi faham betapa bahayanya gejala negative ini kususnya kepada anak anak muda yang dikatakan bakal akan menjadi modal insan kepada bangsa dan negara...jadi fikir biar betul betul !
Poksu-Allah itu cantik dan suka kepada perkara cantik (maksud hadith) !

Ahad, 24 Mei 2009

main main kenyit mata...


Salam hormat!
Dalam soal terlalu cepat memilih calon ini rasanya nak bersetuju pun tidak tak mahu setuju pun tidak,ini kerana pernah berlaku dalam sejarah diawal islam dimana ketika apa yang berlaku dihari kewafatan Rasullah,nabi Mohammad s.a.w para sahabat mengabaikan pengkebumian jenazah baginda sementara urusan perlantikan Khalifah didahulukan, ini bererti menunjukkan betapa pentingnya perlantikkan ketua (pemimpin) dibuat secara secepat mungkin,cuma disegi adatnya adalah tidak baik disegi menghormati sensitivi kaum keluarga arwah simati yang masih dilanda kesedihan dan kepiluan, jadi fikir biar betul !
Poksu-teringat kata pepatah 'tanah kubur masih merah tetapi sudah ada yang bermain mata" kurang manis jika begitu....betul tidak?

komentar


Salam hormat !
Kemajuan IT bukan lagi menjadi perkara baru dan pelik dalam kehidupan seharian kita, malah telah menjadi satu keperluan,barangsiapa tidak dapat menyesuaikan diri dengan arus pembangunan massa ini sememangnya bolih diaggap ketinggalan zaman,namun demikian olih kerana perspektif nagative yang diberikan kepada perkembangan IT membuatkan mereka mereka yang buta internet pun turut sama terpengaruh dengan dahyah yang kononnya tidak ada perkara baik bolih dikutip dari kemudahan ini.

Soal bolih merosakkan akhlak kepada sesiapa yang menyalahgunakan,sebenarnya nisbahnya hanya sedikit berbanding kelebihan yang ada,kususnya remaja sememangnya sifat semula jadi orang muda yang sentiasa ingin meneroka kepada setiap perkara baru,apa perkara pun jika dipergunakan secara melampau sudah tentu ada bahayanya,sebagai contoh sikap keberanian mat rempit yang tidak bertempat sehingga telah dilebel dengan pangilan samseng jalanan. Akhirnya mereka yang tidak terlibat pun turut terkena tempiasnya.Kepada remaja yang memandang positif dunia IT akan mengunakan secara baik seperti jika mereka masih menganggur maka mereka bolih atau akan memohon sesuatu pekerjaan secara "online"(dalam talian), begitu cepat dan mudah.

Bagi golongan orang dewasa yang berpersatuan pula akan mengunakan kemudahan ini untuk menghantar sesuatu lapuran atau sebarang kertas kerja kepada sesiapa yang berkenaan tanpa mengunakan banyak kertas,malah sistem email lebih memberi peluang dan ruang untuk mengirim sesuatu bahan tulisan berbanding sisitem sms yang terhad,sms juga sudah menjadi perkara yang tidak asing lagi kepada para penguna,cuma penggunaannya agak terbatas untuk melakarkan sesuatu format .Bagaimana pernah berlaku seorang setiausaha persatuan bolih mengirim kepada pengerusi untuk membolihkan tindakan sesuatu perkara tersebut dibuat secara cepat dan pantas,jika tidak ada kemudahan ini sudah tentu melibatkan banyak masa dan belanja untuk berkomunikasi atau berhubung.Apa yang diharapkan setiap yang dilapurkan itu sama ada olih bloggers dsbnya perlu ditapis dan diselidiki olih sesorang individu itu sendiri dengan tidak menerima bulat bulat seolah olah apa yang dipaparkan itu betul belaka,malah dalam agama pun ada menyarankan "hendaklah kamu menyelidiki setiap berita yang dibawa olih seorang fasiq".Jadi fikir betul betul !

Poksu-fikir positif yang mana lebih menguntungkan.....!

Sabtu, 23 Mei 2009

Bijaknya anak anak zaman ini?


Imej diatas adalah contoh soalan methematik yang dipraktikan kepada murid tahun DUA sekolah rendah,jika dipandang sekali imbas bentuk seolannya bolih mengalahkan murid murid disekolah menengah,apa tidaknya jika nombor One (1) hingga Ten (10) dalam bahasa inggeris ada diantara murid murid tingkatan dua pun tidak tahu maknanya inikan pula hendak disuruh jawab bagi murid murid ditahap tahun dua,dapatkah juga bagi ibu bapa dirumah membantu jika beginilah bentuk soalannya?Nampak gayanya kita sudah terlajak lebih hendak mementingkan kemajuan sedangkan jika dinilai seumpama sikudung mendapat cincin,tidak tahu guna (jawapan) walaupun benda tersebut berharga,jadi akan terpingga pingga dan terloponglah kesudahannya?
Poksu-teringat pepatah "sikancil turut hendak berak besar apabila melihat tahi sigajah",fikir betul betul !

Kehebatan tersendiri


Slam hormat !

Inilah yang dinamakan "Glocal leader".walaupun tidak ternama dipersada politik diluar kelantan sehingga timbul perdebatan disini sama ada benarkah poksu weil ini seorang adun atau pun tidak? juga tidak berpendidikan tinggi namun dirinya tetap gah ditempat sendiri dan bolih diterima olih masyarakat setempat serta ada rahsia kehebatan yang tersendiri ,olih itu saya cadangkan hendaknya ada diantara penulis buku politik atau saudara maranya yang dapat meriwayatkan kisah perjuangan poksu ini didalam penulisan agar dapat dijadikan ikon kepada generasi baru selepasnya .....
Poksu-Takziah dan alfatihah !

Jumaat, 22 Mei 2009

Aktiviti politik kepartian (22 mei 2009).


Imej imej diatas adalah kertas kerja pengurusan organisasi yang dibentangkan kepada setiap cawangan dibawah naugan DUN dengan kerjasama penganjuran yang dibuat olih Majlis Tindakan Dun (MTD) Ajil.H.Trg,sebelum itu sepatah dua kata mukaqdimah telah disampaikan olih AlFadhil Ust. Ismail, Ketua Pengarah MTD, H.Trg (Gambar:berdiri baju hijau berkaca mata).
Poksu-Mohon penjelasan jumlah cukup ahli korum mesyuarat,mana satu yang betul samada 1/3 atau 2/3 ? (lihat kertas kerja dibawah sekali bil 6.5)

Khamis, 21 Mei 2009

cerita wayang dengan politik.

Salam hormat!

Kadangkala jika diamati politik hari tidak ubah seperti kata dalam filem lakonan P.Ramli (maaf tajuk dah lupa) ada dialog dieja "arif mim nun wau" tetapi bunyinya sarkis,sebentar tadi secara tak disengajakan saya sempat menoton cerita doremi yang mengesahkan jebon (doremi bertiga) beriktiar bermacam macam cara mengunakan otak untuk mencari duit,ada masa pergi berniaga secara memaksa ala penyamun,ada cara memujuk sibuah hati untuk meminjam duit.

Tetapi yang agak releven dengan senario politik semasa ialah cerita nujum pak belalang yang mengambar skrin besar diluar istana untuk mengistiharkan kemenangan lepas satu mata kesatu mata akan kemenangan nujum pak belalang menjawab teka teki dimana pertaruhannya ialah kerajaan sebuah negeri (mungkin sama dengan Perak),pada satu ketika pak belalang telah berputus asa dan takut untuk berlawan kerana kehilangan punca sumber maklumat tipu dayanya (sama dengan UBN yang takut untuk bertanding di DUN Penanti).Tetapi atas dorongan semangat dari sultan yang mengatakan "jangan takutt.. lawann" akhirnya apa yang diteka olih pak belalang menjadi betul walaupun secara kebetulan belalang ada didalam gengaman sultan sharulnizam (bukan nama sebenar) lalu terpaparlah diskrin besar keputusan akhir,maka bersorak gembiralah akan rakyat jelata diluar istana terlonjak lonjak sehingga terlondeh kain dan ada pula mengaru garu kepala kerana tidak dapat mengira berapa jumlah 4+1=5. he...he...he...

Moralnya cerita ini ialah kewajaran Parti Pakatan Rakyat untuk diberi jumlah markah setelah beberapa kali menang didalam pilihan raya kecil sehingga menimbulkan ketakutan kepada para bomoh dan nujum untuk terus menasihati dan mengalakkan UBN bertanding lagi.....jadi fikir betul betul !

Poksu-teringat kata pepatah "biar putih tulang jangan putih mata".....!

Rabu, 20 Mei 2009

Kritikan !

Salam hormat!

Kali ini saya nak bercerita yang dikutip dari permasaallahan dalaman cawangan, kisahnya bermula apabila seorang ajk pas cawangan telah merungut rungut katanya beliau telah menerima jemputan melalui kiriman SMS yang menjemputnya supaya hadir ke mesyuarat diperingkat Majlis Tindakan Dun (MTD), antara kandungan sms itu menyebut salah satu egenda mesyuarat adalah untuk taklimat pengurusan cawangan,kalangan ahli korum cawangan yang dijemput dan dikatakan wajib hadir ialah ketua cawangan, Timbalan, SetiaUsaha, bendahari, ketua Penerangan, ketua pemuda dan termasuklah ketua Muslimat.Tetapi masallahnya tambah beliau sejak mesyuarat agong cawangan yang dijalankan pada kira kira 2 bulan yang lepas tidak ada sebarang mesyuarat susulan selepas itu,jadi tidak ada sebarang perlantikan jawatan yang dibuat kecuali hanya jawatan ketua dan su sahaja,itupun perlantikan dibuat semasa mesyuarat agong tersebut manakala jawatan lain mestilah dibuat selepas itu didalam mesyuarat ajk seterusnya. Jadi beliau bertanya adakah ini dikatakan kelemahan pengurusan cawangan atau cawangan itu sendiri tidak tahu menguruskan organisasi?

Sementara itu tambah beliau lagi,pernah berlaku didalam satu mesyurat sebelum itu,ketua cawangan pada masa itu telah memperlekeh dan mempersenda sendakan para peserta yang hadir didalam perhimpunan aman BERSIH dihadapan ahli korum mesyuarat yang mana sebahagian daripada ahli mesyuarat tersebut adalah juga merupakan orang yang sama (para peserta) yang hadir perhimpunan bersih,olih kerana ketua cawangan tersebut tidak turut serta dalam perhimpunan maka dengan gah dan tergamaknya beliau melemparkan tomahan yang kononnya mereka mereka yang hadir perhimpunan itu bukanlah iklas untuk berjuang,tetapi sahabat poksu tadi sempat menyanggah dengan mengatakan daripada hasil perhimpunan bersihlah terujudnya gelombang kuning dan ekoran daripada itu lahirlah pula thunami politik dimana selepas daripada itu parti pembankang mendapat menawan 5 buah negeri termasuk Perak yang kini didalam krisis kepimpinan.

Tetapi yang anehnya dan beliau kurang faham ialah ahli mesyuarat yang sama juga masih memilih ketua cawangan tersebut untuk sessi 2009-2011,jesteru itu apakah pendirian dan dimana letaknya air muka ?tanya beliau, jawapan saya bukan semua manusia yang lahir bolih memimpin,ada yang mahu memimpin kerana semangat semata mata sedangkan dia sendiri kurang menyedari kebolihannya tidaklah seberapa,jadi fikir betul betul....!

Poksu-tidak berkesempatan memilih.......diatas sebab sebab tertentu !

Selasa, 19 Mei 2009

sukan untuk perpaduan !








Limpahan keluaran anak anak pasti dapat meletakkan produk islam diutamakan mengatasi keperluan material namun penerimaan speritual tetap tidak dikesampingkan sebagai contoh aktiviti sukan juga tetap dijadikan platform untuk perpaduan sesama ibubapa,kemesraan ini dapat diserap apabila kita lihat penjaga dan ibubapa juga diberi peluang untuk sama sama untuk mengambil bahagian dalam setiap penganjuran sukan,tetapi ada sedikit kelainan kerana bendera parti dikibarkan semasa acara permainan berlangsung,ini mungkin untuk mendominasikan perjuangan parti pas,olih kerana Pasti bukan untuk anak anak ahli itu semata mata jadi adalah disarankan agar acara sukan anak anak Pasti ini tidaklah perlu dibayangi dengan apa jua bentuk pengenalan parti tersebut,ini adalah untuk bertujuan lebih menarik minat ibubapa yang berlainan fahaman kepartian...jadi fikir betul betul !

Poksu-teringat cogan kata semasa dalam service dulu iaitu "Pantas dan Pasti"....

Hanya mati yang tiada ubat !


Salam hormat!

Berbelit lidah hendak menyebut inflienza A (H1N1),nampaknya semakin hari semakin pelik nama penyakit yang muncul,cara merebaknya dikata juga sepantas angin lalu,didalm khutbah jumaat diceruk kampung pun jenis penyakit ini dibaca olih katib,ini menunjukkan betapa bahaya dan seriusnya gejala penyakit yang dibawa olih virus dari binatang/haiwan yang bernama babi.
Jika dilihat dari sudut agama sudah tentu ini adalah satu malapetaka yang diturunkan olih Allh S.W.T kerana keengganan manusia mematuhi akan larangannya. Mengikut kaedah pembelajaran ilmu sains pun mengatakan terdapat 700 jenis penyakit yang bolih dijangkiti olih bawaan babi ini.

Disebalik keghairahan kita mengatakan tentang penyakit ini namun kita jangan lupa keberangkalian penyakit ini juga adalah satu rekaan manusia bagi tujuan tertentu seperti untuk melariskan jualan ubat ubatan dsb.

Jika internet memberi kemudahan kepada pelayarnya maka disebaliknya ada pula pehak yang cuba dan telah mereka reka beberapa jenis virus untuk mengodam kepada hal yang berkaitan.....jadi fikir betul betul !
Poksu-setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati (maksud hadith)

Isnin, 18 Mei 2009

komen petikan berita akbar 19/5

Salam hormat!

Dalam satu mesyuarat ajk masjid terdengar rugutan dari tok imam yang menyuarakan pengurusan duit tabung masjid tidak ada "akauntabel",ini bermakna duit masuk keluar tidak diodit.Jadi jika orang masjid pun bolih dipertikaikan ketelusannya bererti keraguan kita mesti ada dengan sekelumit syak wasangka kepada sesama jamaah sendiri supaya kita tidak menelan bulat bulat tanpa menapis air kopi itu walaupun rasanya memang sedap diminum...olih kerana itu jika baju T-Shuirt kuning semasa didalam perhimpunan BERSIH dahulu itu yang dijadikan ukuran "saguhati" maka setidak tidaknya mungkin ada diantara kita sepatutunya bolih akur...

Poksu-fening lalat nak fikir betul betul !

Komen dari petikan berita akbar 18/5 (2)

Salam hormat!

Jika kita dapati para ilmuan agama (ulama) didalam umno tidak mendapat tempat tertinggi didalan hararki kepimpinan parti itu,jadi begitu jugalah kita mengharapkan profesional tidak sampai terpinggir didalam kedudukan kepimpinan tertinggi parti pas.

Poksu-hidup tanpa ilmu akan pincang,ilmu tanpa iman akan songsang....!

Jumaat, 15 Mei 2009

perspektif

Salam hormat!

Sebagai seorang pengusaha kedai makan sudah tentu merasa bangga dan amat bertuah badan jika premis makanannya dianugerahkan olih pehak penguatkuasa kesihatan mendapat grad A, kadangkala pengkurnian pengredan jenis A ini bolih dipertikaikan akan ketelusannya.
Ini jelas pernah berlaku dimana ada sebuah premis itu hanya baru saja siap dibina dan telah beroperasi baru beberapa bulan sahaja,para pelangannya tidaklah seramai dan sesibuk mana kerana belum dikenali,jadi tuan punya premis sudah tentu mempunyai banyak masa untuk mengemas, mencuci dan menyusun atur peralatan,namun telah ditarafkan gred A,olih kerana itu apakah wajar premis ini diberi kelas tersebut berbanding dengan premis yang telah lama beroperasi dan sentiasa sibuk dengan urusan melayan pelangan serta sibuk mengurus perjalanan perniagaan?
Jika kelonggaran syarat pengredan ini dibuat dengan tidak mengambil kira prestasi premis baru dan lama beroperasi sudah tentu menimbulkan tanda tanya apakah satu diskrimasi telah berlaku? fikir betul betul !
Poksu-Menjaga kebersihan sebahagian daripada amalan orang yang beriman.....!

Ayat cinta gila gila !

 Salam hormat !
Izinkan aku mengoret ayat ayat cinta buatmu "Kepada yang ku kasihi! dengan kehadiran tulisan ini menandakan sayangmu tidaklah bertepuk sebelah tangan sebagaimana anggapanmu yang sedang mengkira kira dengan tomahan yang aku tidak mahu melayani curahan kata rasa hatimu,jesteru itu sedarilah tiada siapa yang memandang jijik dan jauh sekali untuk menghina keperibadianmu. Walaupun keiklasan hatiku tidak dapat engkau hidu seumpama hiduan bau wangi bunga mawar yang memekar dilaman rumahmu,namun jika diexray hatiku pasti engkau temui akan dimana letak tandanya kemurnianan hati ini.
Sayangku! masa terlalu cemburu dan mencemburui kita,dek kerana keterbatasan waktu ini makanya barisan ayat ayat inilah sahaja sebagai pengalang ganti diriku.Liuk lintuk batang tubuh,keayuan wajah dan keilmuanmu itulah sebenar nilaian semahal emas yang ku maksudkan telah menjadikan denyut nadi emosiku terpikat dan sering bertempik kerana tergilakan bayanganmu.SEKIAN>
 (tulisan ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang telah tiada atapun yang masih ada nyawa nyawa ikan,ianya sekadar gurauan semata mata).
Poksu-terkenang nostalgia lagu 'rindu bayangan" olih.....siapa ? dah lupa da.....

politik wang


Salam hormat!

Jika kita mengaitkan perangai pemberi,peminta ataupun penerima dengan perangai seorang betina "pisau cukur"sudah pasti kita dapat bayangkan apabila habis manis sepah akan dibuang, ini bererti sibetina tadi sedaya upaya akan memperdaya secara halus untuk mendapatkan habuan dengan niat untuk mengikis segala harta benda atau apa sahaja yang menjadi milik sijantan, setelah berjaya diperolehi sehingga kering kontang sijantan tadi dibuatnya, akhirnya sibetina akan cuba pula mencari helah untuk lari dari ikatan hubungan kemudian akan beralih kepada mangsa lain pula,begitulah urutan kejadian seterusnya akan terus terusan terjadi sehingga perangai buruk sibetina ini dapat dihidu olih sesiapa yang bijak membaca perwatakan "sipisau cukur" tersebut.


Jika keadaan sebegini terjadi didalam dunia politik maka alangkah jijik dan kotornya perilaku mereka mereka yang terlibat tersebut.Apa pun perlu kita ketahui dengan satu kaedah yang dipanggil "win win sitivation' yang sering berlaku dan pernah kita ketahui iaitu satu pemberian dengan harapan untuk mendapat kredit selepasnya, seumpama orang melabur atau membeli saham sudah pasti ingin melihat bonus diperolihi pada jangka masa had had tertentu.Jika mengibaratkan seorang petani sudah tentu tidak akan menabur baja pada serumpun lalang kerana beliau sudah pasti tahu lalang tidak akan berbuah padi.Pepatah mengatakan "ada udang disebalik batu"yang membawa maksud ada agenda yang tersembunyi disebalik kelakuan seseorang yang jika dilihat secara zahiriahnya tidak menampakkan sebarang kepentingan.


Konsep "upah" pula ialah pemberian selepas segala kerja kerja beres dilakukan seumpama upah kepada seorang pekerja dari majikannya,manakala istilah "rasuah" pula ialah satu perjanjian semasa atau akan disogokan sebarang bentuk habuan dengan pelbagai cara pemberian samada berupa menang dalam satu satu pertandingan ataupun pertaruhan (perjudian), begitukah ?


Poksu-masih ada yang keliru dan kabur jadi memerlukan satu garis panduan khusus berkait dengan apa yang dimaksudkan istilah 'politik wang"...!

Khamis, 14 Mei 2009

13 mei tarikh bersejarah..!




Tanggal 13 mei adalah memberi gambaran sejarah hitam negara kerana trajedi pertempuran pergaduhan kaum yang berlaku disekitar Kuala Lumpur dan dikawasan sekitarnya pada tahun 1969.akan tetapi pada tarikh ini juga memberi satu sejarah yang indah disekolah rendah tempat anak poksu belajar kerana hari inilah berlakunya perjumpaan AJK persatuan PIBG.Tetapi malangnya entah apa sebabnya kehadhiran ajk tidak begitu mengalakan sehinggakan mesyuarat tidak dapat dilaksanakan kerana tidak cukup korum.
Namun demikian mesyuarat tersebut telah ditukar menjadi satu majlis perjumpaan pertama dan membincangkan beberapa perkara secara tidak rasmi,disamping itu sempat juga satu taklimat telah disampaikan olih pengetua sekolah yang menerangkan kedudukan terkini sekolah yang sudah terpilih menjadi sekolah dibawah konsep "Pembestarian" mulai pada tahun ini. Pemilihan ini adalah menjadi kehebatan dan kebanggaan kerana hanya satu sekolah sahaja didalam satu negeri.
Teknolgi maklumat melalui kemudahan IT dan juga e-book juga akan dibekalkan mengikut kaedah pinjaman buku teks kepada murid murid tahun lima tiadak lama lagi,pengetua sekolah juga menerangkan sejumlah wang dari kumpulan wang kerajaan akan diSubsidirikan kepada PIBG dan pengunaannya tidak bolih dipindah gunakan untuk lain lain tujuan lain serta prosudure untuk menguna pakai wang akaun PIBG ini mestilah mendapat kata putus dari keputusan yang dibuat olih ahli mesyuarat AJK PIBG mengikut keputusan korum sekurang kurangnya 2/3 mojoriti.Olih yang demikian kerana kedatangan mesyuarat jawatan kuasa pada hari ini tidak sampai 2/3 maka mesyuarat telah ditangguhkan kesuatu tarikh yang lain.
Poksu-sudah memperkenalkan budaya IT kepada anak anak sejak beberapa tahun lepas duhulu lagi.....alhamdulillah syukur dan selamat hari guru !

Bicara agama (14/5/2009).

Salam hormat!

Seorang beraqidah islam bergantung kepada 3 perkara pokok iaitu qolbi (niat) tasdiq (lafaz dengan lidah) fe"li (perbuatan),contoh nyata ketika mengucap dua kalimah syahadah dan lafaz akad nikah memerlukan ketiga perkara tersebut digabungkan disamping berijtihad (berikat)dengan penuh yakin akan rukun yang wajib diketahui dan dipercayai iaitu rukun islam yang lima serta rukun iman yang enam. Siasah atau bahasa semakna politik adalah fe'li (perbuatan) manakala tindakan agama menglibatkan kepercayaan yang tidak bolih dipisahkan diantara keduanya seumpama isi dengan kuku.

Fekah siasah bermaksud mengatur,melantik,memimpin dan mentadbir dalam kata lain mengikut dari bahasa yunani great disebut astolah yang bermaksud membahaskan cara mana untuk membentuk masyarakat manakala siasah syariah pula adalah gabungan ungkapan perkataan yang membawa pengertian politik yang berasakan hukum syarak (undang undang syariah).Perlaksanaanya pula adalah untuk menjaga kepentingan ummah mencakupi semua bidang kehidupan yang berdasarkan landasan al"Qur"an dan Al-Hadith.

Pengertiannya amatlah luas kerana merangkumi perlembagaan,ketua negara,,pentadbir,badan kehakiman,aspek keawangan dan seumpama dengannya.Kesemua ini perlukan kaedah fekahiah yang perlu memberi penekanan yang lebih kepada kaedah "mencegah kerosakan berbanding melebihkan kepada kemudhoratan".Maslahah (muslihat) politik perlu melihat mupsadah (kerosakan) dengan memilih yang mana lebih rengan diantara dua (mencegah kemudhoratan).sebagai contoh pokok kelapa menjadi penting kepada masyarakat dipinggir sungai tetapi lebih penting lagi jika ditebang untuk diambil batangnya bagi dibuat jambatan yang runtuh untuk dibuat laluan (pembangunan) kepada orang ramai tetapi syaratnya perlu ada keadilan dengan diberi pampasan atau ganti rugi yang setimpal kepada tuan empunya pokok kelapa tadi.Kaedah fikh ini telah diriwayatkan olih Imam Syafie katanya " kedudukan ketua negara terhadap rakyat seumpama wali (penjaga) kepada anak yatim".Berkata juga Assothabi dari Khalifah Omar berbunyi "aku meletakkan diriku terhadap harta benda Allah seperti penjaga kepada harta anak yatim,jika berhajat aku ambil,tetapi aku pulangkan balik bila aku sudang senang,dan jika aku mampu nescaya tidak sedikit pun aku ambil daripadanya".

Kesimpulannya: pilihan dengan mengikut 3 peraturan pokok fikh siasah yang pertama "Al-Marsallah' yakni melakukan perkara kebaikan dan kemenafaatan dengan menolak bahaya daripadanya.Kedua " Al-istahasan"iaitu menyakini dan mempercayai sesuatu perkara yang dilakukan itu adalah untuk kebaikan.Ketiga-sadul zaro'ah yang bermaksud menutup pintu kerosakan dan kebinasaan.Serentak dengan itu untuk menjamin segala kerja mengikut musyawarah (muafakat) maka istiqomah (keyakinan) siasah syariah hendaklah mengikut garis panduan fekah islam yang mementingkan kepentingan menjaga agama (didikan acuan islam) menjaga nyawa (kesejahteraan rakyat),menjaga akal (kesihatan),menjaga keturunan (kebangsaan) dan harta benda (wataniah/negara/tanah air).

Poksu-Sebahagiannya dipetik dan direngkaskan dari kitab manhaj ilmu fekah olih tuan haji Syed (bekas mufti Negeri Sabah).

Isnin, 11 Mei 2009

jom buat roti canai


bahan 1- 4 kg tepung gandum grade one
bahan 2-beberapa milimeter air masak suam

bahan 3-dua senduk majerin,dimasak dan diacairkan

bahan 4-satu tin susu pekat manis (jika nak lebihkan manis bolih tambah gula)

bahan 5-dua biji telur ayam,diambil telur kuningnya sahaja

bahan 6-sekilo garam halus,opp....silap , sebenarnya secukup rasalah !

Kata senario-bahan bahan tadi digaulkan,diuli uli dilenyek lenyek.kemudian jadilah begini

seterusnya dibolakan (bulat bulatkan) besar sedikit daripada bola golf,disapukan sedikit mejerin untuk mengelakkan ia melekat diantara satu sama lain,dah siap untuk ditebar dan dibakar diatas kuali, haa...senang bukan? cuba buat tengok,jadi ke tak jadi !

gambar hiasan
Poksu-kita masak kita rasa,kemudian taruk harga,seterus tunggu pelangganlah pula...atau pun kita bawa ajelah untuk makan makan sendiri semasa pergi berpiknik ditepi pantai atau sebagainya...ok!

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan