arkib

Khamis, 30 April 2009

arabic nombor (2)

Poksu-anak anak juga modal insan keluarga....!

bicara agama

Salam hormat!

sudah menjadi lumrah manusia mempunyai naluri sayangkan kepada anak anak tidak kira apa bangsa mahupun apa anutan agama, terkecualilah mereka yang rosak fikiran dan hati sahaja sering kita dengar membuang dan mencampakkan bayi dimerata merata tempat bagaikan sampah.Orang Islam terdidik dengan pancaran cahaya melalui alQur"an dan alhadith juga dijadikan pedoman.Jesteru itu cuba kita perhatikan maksud hadith ini "Dari Abu Daud r.a Sabda nabi Rasulallah S.A.W: setiap kanak kanak yang lahir itu bersih seputih kain bersih,lalu ibubapanya sahajalah yang mencorakkannya untuk mengubah menjadi Yahudi,Nasrani ataupun Majusi".

Dengan ini hak sebagai ketua keluarga ialah bapa,meletak kepada peranan menentukan corak hidup anak anak untuk mendapat didikan sempurna juga ialah kaum keluarga, olih itu jika dilihat para nabi juga dari keturunan kaum lelaki, maka bapalah tempat kata penentu, anak adalah pewaris sebagaimana Nabi Ibrahim a.s memohon kepada Allah untuk mendapatkan zuriat bagi mewarisi agama dan perjuangannya.lalu lahirlah saorang anak yang sabar (Ismail a.s) sehingga keumur yang sanggup untuk disembelih tetapi diganti dengan kibas olih Allah (surah AlSaaffaat 99-102).

Kesimpulannya,pemutus kes untuk anutan agama adalah bapa dan tidak kepada ibu,manakala umur sanggup yang dimaksudkan tersebut perlulah diambil kira pada tahap tahap tertentu untuk sianak tadi membuat keputusan sendiri.

poksu-wallahhuaklam..!

Ahad, 26 April 2009

Kenali Bahagian dan Cawangan PBTM H.Trg

Imej dan gambar gambar sekitar mesyuarat PBTM cawangan Hulu Terengganu dan organisasi kepimpinan peringkat bahagian dua penggal yang lalu dari sessi 2003-2006 dan juga dari 2006-2009,hari ini mesyuarat agung cawangan kali ke 32 (pemilihan) telah berjalan lancar dengan perasmiannya disempurnakan olih YB Tuan Haji Mohd Nor bin Othman (ahli Parliment H.Terengganu) serta telah bermurah hati menghulurkan sumbangan rm 2000 untuk persatuan. Ikutilah ucapan beliau dibawah dan nilaikanlah sendiri......
Poksu-Terima kasih daun keladi,panjang umur jumpa lagi.......!

Jumaat, 24 April 2009

Jawatan "kemetot" !

Salam hormat !

Apabila bercakap soal akal kemetot,saya juga teringin untuk memberi sedikit respon mengenainya,ini bukanlah bermakna saya mahu mendabik dada mengatakan saya mempunyai lebih tinggi IQ kerana siapalah saya berbanding orang lain malah sudah ku sedar siapakah aku?. Apa pun tulisan ini cuma sekadar ingin berkongsi rasa betapa kecewa kita dengan apabila berdepan dengan orang orang yang mempunyai akal yang kemetot ini,dengan kata lain akal yang tidak produktif,akal yang jumud dan beku,akal yang tiada idea masa depan,akal yang hanya tahu mencedok hak cipta orang lain semata mata.

Namun orang sejenis ini agak pandai memainkan peranan,cucukan jarum lakonannya nampak hidup walaupun hanya secara kulit luaran sahaja sedangkan isinya kosong,kerana itu kita lihat mereka ini masih lagi mendapat tempat dan masih lagi menjadi pilihan untuk memimpin sama ada kepimpinan dari peringkat sebawah bawahnya (cawangan) sehingga keperingkat yang lebih atas sedikit iaitu diperingkat Kawasan.Apa tidaknya jika seorang perasmi mesyuarat yang juga merangkap seorang kepimpinan parti telah berucap dengan cuba menyelitkan mesej dan klu klu dengan memberi sedikit garis panduan bagaimana kehendaknya dengan mengambil kira ciri ciri yang perlu ada pada seorang bakal pemimpin untuk dipilih namun ayat ayat cinta tersebut tidak dapat ditangkap olih perwakilan,lalu tanpa diduga olih kita,pemimpin yang tiada berkaitan juga yang dipilih untuk diangkat naik,dengan ini secara tak langsung saranan yang dibuat (olih perasmi) secara simbolik dengan maksud yang berlapis tadi hanya dipandang sepi dan bolih dikatakan hanya masuk telinga kanan keluar ditelinga kiri bagaikan mencurah air didaun keladi tidak melekat dimana mana,masih tidak faham faham olih perwakilan/ahli, bukankah itu menunjukkan betapalah kemetotnya akal mereka mereka ini.....
Sebagai contoh beberapa hari yang lalu bekas calon AlFadhil Ust.Kamaruzaman (gambar:berserban) dikawasan Parlimen Hulu Terengganu telah hadir merasmikan mesyuarat agong Pas cawangan,didalam ucapannya telah menyarankan 4K (perkara) ciri ciri yang perlu ada pada setiap bakal ketua cawangan yang perlu diambil kira untuk dipilih, PERTAMA-Kesetian,yang KEDUA-Keberanian, KETIGA-Kecerdikan (berilmu) dan yang KEEMPAT-Kekuatan ekonomi. Ulasan yang dimaksudkan itu ialah sentiasa setia dan beristoqomah dengan perjuangan parti dengan sentiasa melakukan beberapa aktiviti,untuk melancarkan perjalanan program yang dirancang memerlukan kekuatan ekonomi jesteru itu setiap cawangan perlu berilmu pengtahuan bagaimana untuk mencari kaeadah terbaik untuk mendapatkan dana tersebut,manakala keberanian yang dimaksudkan tidaklah dibuat secara melulu dengan tidak mengambil kira langkah berjaga jaga tanpa memperdulikan akan keselamatan diri dan jika bolih saya tambahkan sedikit iaitu perjuangan memerlukan pengorbanan ataupun jihad sebagaimana yang difardhukan kepada seseorang dengan syarat syarat yang ditetapkan olih agama malah keberanian dan kecaknaan yang ada pada seorang sahabat nabi Saidina Omar r.a yang sangat baik untuk dicontohi.

Olih itu tambah beliau,jadikan majlis mesyuarat untuk melihat apa yang telah dan apa yang bakal hendak dibuat,medan mesyuarat bukanlah tempat untuk memilih pemimpin yang tidak dapat berbuat apa apa malah jauh sekali untuk dijadikan tempat tuduh menuduh setiap kelemahan dan kesalahan diatara satu sama lain.Saya bolih bersetuju dengan saranan tersebut namun persoalannya apakah kita bersetuju dengan seorang pemimpin yang hanya tahu menadah kopiah,menadah cetong,menadah supik geleyar dengan merendahkan air muka meminta sana meminta sedekah sini?apakah ini yang kita tawarkan kepada ahli ? dengan tidak berupaya mengubahnya sejak dulu, kini dan diharap tidak untuk selama lamanya.....fikir betul betul!
Poksu-Tidak kedekut untuk menderma tetapi biarlah kena dengan caranya..........!

Pesanan penaja (misi 2 bil.7)



Poksu-kadangkala terima kunjungan alfadhil Ust Ismail (gambar:baju biru petak petak dan berkaca mata) Tim.YDP Pas Kawasan H.Trg keRestoran......T.Kasih !

Khamis, 23 April 2009

SATU



Salam Hormat!

Jika ditanya pada saya maka dengan jujurnya saya akan berikan jawapannya yang berbunyi lebih kurang begini,secara umumnya memang tidak ada yang berperasan sememangnya terdapat ujudnya dua puak golongan didalam pas kerana keadaannya tidaklah menimbulkan banyak masaallah malah memberi satu kelebihan yang saya kira tidak ada didalam pertubuhan parti politik lain.

Golongan yang pertama yang dimaksudkan dipanggil Pas liberal (serpihannya digelar juga kumpulan Ardogan).Secara majoritinya golongan ini terdiri dari para profesional yang berpendidikan berteraskan akedemik seperti guru,jurutera,doktor (sekadar memberi beberapa contoh).Kefahaman golongan ini terhadap agama lebih menjurus kepada fahaman peganggan Ahlul Sunnah Waljamaah.Manakala golongan kedua pula terdiri daripada mereka mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama,disebabkan kepakaran mereka (golongan ulama" ini) maka lahirlah beberapa fahaman mengikut mazhab segala macam jenis seperti syiah, wahabi, hadhari (sekadar contoh sahaja).

Pada kebiasaannya golongan ekedemik ini apabila berhujah kita dapati mereka sering berpandukan berdasarkan fakta fakta tertentu yang dikutip dari sumber sejarah,sains semasa, teori geografi andaian termasuklah teori RAHMAN (Rahman,Abdul Razak, Hussain, Mahadhir, Abdullah dan Najib).Berlainan pula dengan golongan berpendidikan agama yang dikenali juga dengan gelaran ulama"ini,apabila mengeluarkan pendapat atau berbicara kita dapati mereka akan mengaitkan dengan mencampur unsur unsur yang dirujuk dari kitab suci alqur"an dan al-alhadith.Sebagai contoh ayat dari sebuah hadith yang berbunyi "rebutlah 5 perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu muda sebelum tua,sihat seblum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati...!.

Namun demikian tedapat juga kedua golongan ini yang mahir mengadunkan (mengaulkan) sumber dari keagamaan dengan mengambil kaedah fakta semasa untuk mengolah supaya ianya menjadi satu (sama dengan kaedah SATU MALAYSIA tetapi tidak serupa) jadi apakah "Satu Malaysia" adalah hasil ilham dari kedua golongan ini? fikir betul betul ...!

Poksu-Satu Allah,satu tuhan!

Aqomatissolah


Poksu-melentur buluh biarlah dari rebung......!

Rabu, 22 April 2009

Pesanan penaja (misi 2 bil.6)



Poksu-kenangan semasa Ketua AMK PKR Trg yang berkunjung keRestoran,Terima kasih !

Mesyuarat AJk PBTM Cawangan


Poksu-Mesyuarat agong yang akan diadakan nanti (26.4.2009) akan ada pemilihan kepimpinan,fikir betul betul...!

Uyid & Itah


Poksu-Salam hormat ! agak lama juga saya tidak berposting kerana terdapat sedikit masaallah IT teknikal line, kini telah pulih dan selamat bertemu kembali.......

Selasa, 14 April 2009

Pesanan penaja (misi 2 bil.5)



Poksu-Masih buntu bagaimana hendak selesaikan kekurangan bekalan gear box (gambar), jesteru itu dipelawa kepada sesiapa yang mahu menjadi pembekal bolih hubungi poksu untuk rundingan kontrek tender !

Tentera untuk siapa ?



Salam hormat !

Memang banyak respon yang saya dengar dengan langkah untuk menambahkan anggota simpanan tentera ini,dulu dulu dipanggil tentera wataniah dari bahasa arab yang bermaksub tanahair,kemudian telah ditukar kepada PSTD (pasukan simpanan tentera darat).Yang layak bercakap soal ini ialah bekas bekas tentera sebab mereka lebih arif dan mendalam pengetahuannya sama ada pro dan kotra berkait dengan isu ini.


Disegi pro nya cuba kita lupakan dulu isu ini yang kononnya ada kaitan dengan politik,andaian yang dibuat ialah keberangkalian tentera ini nanti akan dijadi alat untuk undi pos.Saya nak mengajak pembaca melihat disebaliknya iaitu tentang tugas asasi organasi tentera ini,sudah tentu untuk menjaga keselamatan negara dari sebarang ancaman musuh samada dari dalam atau dari pehak luar.Sebelum itu cuba kita perhatikan pergolakan politik dinegara Thailand.Selepas bermula peristiwa kezaliman keatas penduduk islam TakBai keadaan negara tersebut tidak pernah aman aman,Era kerajaan Taksin telah diambil alih satu rampasan kuasa tentera setelah diperkenankan olih rajanya.Kemudian era Samak memerintah telah berlaku buat sementara,Selepas itu hari ini giliran kerajaan dari ketua pembakang pula memegang kuasa,kita ingatkan bolih aman,tetapi apa yang terjadi telah bangkit semula pengikut asal Taksin,pergolakan demi pergolakakn akhirnya beberapa wilayah telah diistiharkan dharurat,diwaktu ini kita lihat peranan tentera telah dikerah untuk mengawal keselamatan,jadi apakah yang dapat dilakukan olih masyarakat awam tanpa beberapa penglibatan tentera ini,apakah keamanan akan wujud tanpa campur tangan anggota keselamatan ini?.


Yang menariknya dinegara kita ini berbilang bangsa tidak seperti Thailand hanya satu kumpulan minoriti melayu muslim Thai.Tetapi bolih aman walaupun kadangkala bergolak ibarat nampak seperti berkocaknya air dipermukaan gelas sahaja tetapi tidak didasarnya. tetapi harus diingat jika air ini berkocak selalu sedikit sebanyak akan tumpah juga juga,jika gelas tersebut berada diatas kepala kita yang sedang lena tidur atau sedang duduk berkhayal sudahlah pasti basah jadinya.Jesteru itu adalah disarankan agar kita duduk atau tidur dibawah peneduh atau kita sediakan payung sebelum air itu membasahi kita......


Disegi kotranya ialah dibimbangi tentera simpanan wataniah ini akan dijadi alat politik khususnya dalam undi pos.Sebenarnya kita tidak perlu meragui atau merasa gentara sekiranya mana parti itu bersedia untuk menarik hati para pengundi pengundi diatas pagar ini.Kebanyakan mereka ini berprofesional dan tidak memihak malah jika ditakdirkan pembakang dapat memerintah mereka ini juga akan bertindak sebagai penyelamat yang juga bolih dianggap sebagai eset simpanan wang "fit deposit" kepada mana mana parti....fikir betul betul !


Poksu-Hanya jouhari yang mengenal manickam...!

Ahad, 12 April 2009

Modal insan@imam....!

Apabila disebut modal insan teringat saya akan ilmu yang pernah saya pelajari iaitu disebut dengan istilah IMP (hanya warga tentera sahaja yang tahu maksudnya) Kelebihan ilmu ini tidak perlu ampu sana ampu sini bodek sana bodek sini.Penekanan ialah lebih kepada mematuhi arahan kepada seseorang pemimpin dengan memberi tumpuan serta melaksanakan tugas sebaik mungkin.Cara teknik ini dipanggil juga strategi "memutus jalan".Tujuannya ialah supaya jalan yang dilalui itu tidak mudah dikesan olih sesiapa sama ada kawan apatah lagi olih pehak musuh.Camaugeplast atau samaran ini untuk menyemberangi sungai dengan cara tidak mengunakan jambatan sebaliknya turun menyemberangi disebelah hulu kemudian naik mendarat ditebing sebelah hilir. Matlamatnya hanya untuk menuju kesatu "checkpint" yang sama. Kaedah sebegini adalah satu tektikal untuk tidak dapat dikesan olih sesiapa.

Rupa rupanya apa yang bolih saya simpulkan disini adalah terdapat banyak perkara yang bolih dikaitkan dengan cara gaya orang berpolitik dengan teknik peperangan. Ada sesetengah orang mengunakan modal air liur dengan cara petah berbicara contohnya para pakar motivasi(dalam kerajaan negeri selangor pun ada),ada juga yang bersikap ala pantun dua kerat "siakap senohong gelama ikan duri,cakap bohong lama lama jadi menteri" (bukan semua).
Poksu-Makmum berhak pilih imam tetapi imam tidak berhak pilih makmum...fikir betul betul!

Jumaat, 10 April 2009

Kabinet baru...apa kata mereka ?

Salam Hormat!

Dua peristiwa penting berlaku serentak dalam sejarah negara kita pada 9.4.09 yang lalu. Pertama perlantikan ahli jemaah kabinet yang baru dibawah kepimpinan Perdana Menteri yang ke6 DS Najib,manakala peristiwa yang kedua ialah keputusan jatuhan hukuman terhadap kes yang melibatkan kematian trajis model dari negara Monggolia.

Yang lebih mendapat liputan meluas kesemua media ialah kepada perlantikan para jemaah Menteri yang baru,jesteru itu saya juga tidak mahu ketinggalan untuk memberi sedikit respon mengenainya,sebelum itu saya hendak mengajak para pembaca untuk mengimbas kembali serba rengkas semasa kita semua berada dibawah barisan kepimpinan kabinet Pak Lah selama hampir 5 tahun yang lepas.Dalam tempoh itu kita dapati banyak juga khususnya diNegeri Terengganu ini berlaku perkembangan berkaitan dengan hal ehwal keagamaan yang telah diserapkan melalui kaedah pendekatan dengan istilah "islam Hadhari".Yang jelas terpampang didepan mata kata ialah percambahan pembinaan masjid masjid dimerata daerah daerah dan kampung kampung,diantara masjid yang menjadi kebanggaan rakyat khususnya kepada pendukung pendukung parti Umno ialah pembinaan Masjid Kristel diPulau Wan Man dan satu lagi ialah Masjid Hadhari yang berada dibandar Jertih.
Manakala yang agak mendukacitakan kita ialah kedudukan keadaan ekonomi rakyat yang dikatakan begitu meleset dengan kadar inflasi yang amat serius,sekali gus menyebabkan seluruh negara mengalami kekurangan bekalan makanan termasuk minyak masak,gandum dan beras disamping itu dimasa yang sama juga harga minyak petrol dan diesil melambung naik.Walaupun Pak Lah telah mencuba membendung dengan pelbagai cara termasuk melancarkan pelan ekonomi ECER namun ianya tidak dapat memberi kesan yang mengalakan. Perkara positif yang juga telah diserapkan disaat saat akhir dalam masa penguasaan beliau ialah memperkenalkan undang undang pencegahan rasuah dengan menukarkan jenama BPR kepada SPRM. Namun demikian, kesemua kerja dan langkah langkah yang dibuat itu masih lagi tidak dapat memuaskan hati semua orang, jesteru itu kita lihat ada pehak pehak tertentu yang cuba menjolok sarang diPutra Jaya agar Pak lah segera turun dari jawatanm PM.Akhirnya hari ini berakhir era Pak Lah yang saya rasa perginya "tanpa rela"....

Secara suka relanya terlantiklah pula era susunan kepimpinan kabinet PM yang baru,sebelum itu kejutan dihari pertama yang dibuat ialah pembebasan sebilangan kecil tahanan ISA dan 8 hari selepas itu berlakulah pula keputusan kes pembunuhan AlTantunya Syaribu.Kematian misteri model ini dianggap berprofile tinggi kerana ianya pernah cuba dikaitkan dengan DS Najib sendiri dan telah mendapat perhatian dunia perundangan antarabangsa.Namun demikian keputusan kesnya telah diketahui walaupun dalam keadaan yang masih lagi ada orang yang cuba bermain teka teki dengan mengemukakan beberapa soalan antaranya adakah kedua anggota polis ini telah bertindak sendirian secara peribadi tanpa melibatkan arahan dari mana mana pehak atasan?Jika ada, mengapakah orang yang jadi master mind tersebut tidak bolih diseret sama?Jika tiada,apakah motif sebenarnya sehinggakan kedua pegawai polis itu sanggup melakukan pembunuhan yang amat kejam diluar batas kemaknusiaan itu?Apakah imej menjaga ketenteraman awam telah diterjemahkan didalam pasukan polis dengan berlakunya peristiwa seperti ini? ini semua bukan tuduhan tapi hanya sekadar soalan dan pertanyaan.Sebenarnya kita tidak perlu mempertikai keputusan hakim kerana nanti bolih dianggap menghina mahkamah, akan tetapi keadilan sebeginikah yang kita mahu?.Kata seorang sahabat saya "kita tunggu sahajalah rayuan yang akan dibuat olih peguambela nanti".......betul juga tu !
Berbalik kepada kabinet baru,saya sebagai seorang peniaga amat berharap supaya kerajaan dibawah PM ke6 ini dapat berbuat sesuatu untuk memulihkan kemelesetan ekonomi yang melanda negara ketika ini dengan kadar segera yang mungkin,sekaligus dapat meningkatkan nilai matawang yang tatkala ini berada dengan kadar nisbah US 1 Dollar:rm 3.6 sekurang kurangnya naik kepada rm3.8,apa kata pakar ekonomi ?. Untuk makluman nilaian ringgit rm50 hanya bolih dibeli satu tong gas dengan sekampit beras 10kg sahaja.Sedangkan jika 5 tahun lepas nilaian dengan kadar tersebut bolih ditambah banyak lagi pakej untuk keperluan dapur.....disamping itu apakah tidak ada suatu cara lain yang bolih untuk menarik pelabur pelabur asing mahupun tempatan supaya masuk berbelanja dinegeri Terengganu dan diAjil ini sendiri secara khususnya !

Poksu-terkenang kata kata Dr M "kita tidak perlu menaikan harga minyak,yang perlu kita naikan ialah nilaian mata wang"...........ingat ingatkan !

Rabu, 8 April 2009

Pesanan penaja (misi 2 bil.3)




Poksu-Cukai lesen untuk menjana ekonomi kerajaan tempatan telah pun dibayar (gambar:penguatkuasa PBT sedang memeriksa lesen).

PR MINI-Tahniah dan syabas !

Mengenal pasti sebahagian dari sumbangan kepada kemenangan diPRK mini ini,tidak bolih tidak ada yang berfirasat dan meramalkan dari jauh keputusan kemenangan akan berpihak kepada calon dari Pas khususnya diPRK Bukit Gantang ini dari awal awal lagi,begitulah juga mengikut penganalisis politik yang juga merupakan petugas parti yang telah telah selamat kembali kekampung halaman disini. Mereka menceritakan pengundi berbangsa lain (cina) amat berharap agar swing orang melayu sekurang kurangnya 30% memihak calon pas kerana bagi pengundi lain lain bangsa telah bersiap sedia (70%) untuk memilih calon dari Parti Pas.Sehubungan dengan itu kita dapati keputusan memang melepasi target (35%) yang diingini olih kaum cina itu.Mereka bukan saja meletakkan kemenangan untuk Pas,malah sanggup bertaruh pendapat dengan jumlah majoriti dibawah 5000.Sokongan ini bersandarkan kepada ketokohan yang ada pada diri calon itu secara peribadi,katanya,mereka (orang cina) mengelarkan parti 'diAtas' mungkin yang dimaksudkan Bulan ataupun Roket yang telah mereka pilih,suasana ini telah kembali kezaman era 60an yang mana tatkala itu mereka suka pada BN sebagaimana mereka sokong parti PAS pada hari ini. Itulah suasana yang telah berubah seumpama roda mengikut masa sekejap diatas dan sekejap dibawah.Senario ini pastinya BN akan berhati hati untuk tidak melakukan kejutan dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dalam tempoh masa yang terdekat ini.Tambah penganalisa itu tadi.

Manakala isu kematian kugan dengan kematian misteri AlTantunya telah disegarkan secara senyap diPRK Bukit Selambau,mungkin kerana tempias dari isu kes ini telah dapat berjaya meraih undi untuk calon parti PKR ,manakala pembebasan tahanan ISA telah idak berjaya menarik minat untuk menambat hati mereka...,olih itu pada asalnya mereka sekadar berani meramalkan menang kalah dengan kadar nisbah 50-50.Faktor calon kedua duanya dari bangsa India juga menjadi penyumbang kepada kemenagan PKR kerana penyokong BN berbangsa melayu sendiri telah tidak keluar mengundi kerana dikatakan memprotes calonnya secara diam. Penyokong tegar BN hanya terdiri dari warga emas yang berumur lebih 60 tahun keatas sahaja.

Manakala diBatang Ai Serawak,ada yang dapat maklumat yang mengatakan kurangnya pemantauan dari petugas Parti PKR,kerana itu mereka meletakkan berbagai andaian berkemungkinan berlakunya penipuan kerana pada asalnya mereka dapati ada diantara rumah panjang yang langsung tidak bolih dimasuki olih perayu undi dari BN.Jadi bagaimana bisa BN bolih jadi menang ?katanya....

Poksu-Itulah analisa rengkas yang dapat dikutip dari petugas yang baru balik dari sana.Apa pun tahniah diucapkan kepada calon calon yang menang dalam pilhanraya mini ini.....!

Selasa, 7 April 2009

Ayat Al-Qur"an diguna olih orang bukan islam,apa kata mereka?


Salam hormat!

Marilah kita sama sama lihat secara rengkas apakah dia adab adab yang perlu dipatuhi olih para pembaca ayat ayat suci al-qur'an yang saya petik dari beberapa kitab rujukan yang ada dalam simpanan saya.Pertamanya seorang pembaca itu hendaklah dalam berkeadaan bersih secara zahiriyah dari segi cara berpakaian dan juga bersih dari kotoran batiniah (dalaman) iaitu mestilah tidak didalam keadaan berhadas besar mahupun kecil (najis),bersih dari darah haid dan nifas,mesti berwuduk (ada air sembahyang), jika tidak dapat mematuhi syarat syarat tersebut maka adalah dilarang sama sekali memegang,membawa atau membaca naskahnya kecuali nisbah ayat ayatnya bercampur banyak dengan ayat ayat huruf huruf terjemahan kedalam lain lain bahasa bangsanya.Begitu juga kita dilarang membacanya ditempat tempat yang kotor seperti didalam tandas atau tempat tempat yang dijadikan markas maksiat kepada peraturan allah s.w.t.

Kelebihan bacaan ayat ayat al-qur"an disebut dalam satu sabda nabi Mohammad s.a.w yang berbunyi "ada dua golongan yang sentiasa didengki olih orang lain iaitu yang pertama seorang yang diberi olih allah ayat ayat suci alqur"an lalu dibacanya samaada siang ataupun malam, manakala golongan kedua ialah orang yang dikurniakan harta pada siang dan disebelah malam
kemudian beliau membelanjakan kekayaan tersebut untuk jalan yang diredhoi olih Allh s.w.t (riwayat Al-Bukhori dan muslim).
Bacaannya juga dikira satu doa,seperti mana sama dengan satu lagi sabna nabi yang bermaksud "ajarlah kepada anak isteri kamu ayat ayat itu (al-qur"an) dan juga selawat kerana bacaan tersebut adalah merupakan satu doa.Persoalannya adakah bacaan dari orang bukan islam juga merupakan satu doa,dan mengikut sejarah dahulu pun orang bukan islam seperti Abu jahal juga sering berdoa,cuma apakah doa dari Abu Jahal ini diterima atau pun tidak,maka kenalah kita mencari jawapannya sendiri........
Adapun syarat syarat lain untuk mendapat kelebihan pahala atau termakbul doanya itu maka sudah pastilah sesorang itu dituntut membaca secara tertil mengikut tajwid dan makraj yang betul,ini semua untuk mengelakan berlakunya bertukar makna (maksud ayat),sebagai contoh hendak menyebut nama Adi akan tetapi yang terkeluar dimulut berbunyi Ali,tidakkah itu bertukar nama orang lain sudahnya.Jadi jika berlaku sedemikian rupa maka bukan pahala yang kita patut dapat akan tetapi sebaliknya berolih dosa pula sebagaimana amaran allah yang disabdakan nabi yang berbunyi "bacalah alqur"an selagi ia tidak melarang kamu dari melakukan perkara perkara maksiat kerana pembaca ayat alqur"an akan mendekatkan dirinya sama dengan penyembah berhala".Ertinya pembaca alqur"an akan terlebih dahulu diseret keapi neraka kerana meraka itu lebih mengetahui akan hukum tetapi melanggarnya berbanding dengan mereka yang jahil,ertinya samalah juga dengan perangai orang munafik yang sentiasa hipokrit (cakap tak serupa bikin) lain dimulut lain pula dihati.
Adalah disyorkan agar pembaca ayat alqur'an ini hendaklah berguru (berimam) terlebih dahulu sebagaimana ilmu persilatan tidak bolih tersalah langkah pasti sumbang jadinya seperti pendekar Mastur main "pakai hentam sajalah"......lalu dijawab Ajis 'silat pakai batu guru belum ajar lagi'! he.he..he...
Poksu-ini bukan dugaan.....ini betul betul !

Isnin, 6 April 2009

Pesanan penaja (misi 2 bil.2)






Poksu-roti canai pun ada rupanya,difahamkan kuah kari gear box dan kari kambing akan diadakan pada masa akan datang,insaallah....mai lah rasa !

Rempah ratus kempen PR Mini..! (3)

Salam hormat!

Teringat saya situasi prk dikuala berang pada suatu ketika dahulu, keadaan tegang dan panas sebegini juga telah terjadi dek kerana ketidak puasan hati disebabkan ketidak patuhan kepada perjanjian.Kesahnya bermula apabila pehak Umno/bn tidak mahu membuang balik bendera yang dipasang dihadapan kubu pas walaupun masa yang dikatakan telah dipersetujui telah pun tamat, mengikut perjanjian mulut tersebut,bendera u/bn hanya mahu dipacak untuk sementara waktu sahaja kerana ingin menyambut seorang pembesar dari kalangan pemimpin umno.Apa yang berlaku bendera tersebut tidak pun diambil balik olih mereka walaupun pembesar itu telah pun datang dan dan telah pun lama pergi.

Kerana ketidak pedulian akan perjanjian tersebut lalu penyokong pas menganggap perbuatan u/bn itu hanyalah satu helah atau dikatakan satu tektik sahaja untuk memacak benderanya dikawasan kubu pas itu malah memang telah disengajakan, akhirnya penyokong pas telah naik berang dan agak marah lalu mengambil tindakan sendiri dengan mencabut segala bendera bendera u/bn tersebut satu persatu. Apabila berlaku keadaan sedemikian barulah dipehak u/bn merasa kelam kabut datang (bersama dengan pasukan polis) untuk berjumpa dengan beberapa kepimpinan pas tempatan.Sebelum itu ada juga dipehak u/bn telah turut sama mencabut bendera bendera pas secara sembunyi sembunyi kononnya untuk membalas dendam.

Kes tersebut telah dapat diselesaikan setelah kedua dua kepimpinan Parti U/bn dan pas terpaksa hadir kebalai polis K.Berang untuk memberi keterangan. Penyelesaian yang dibuat ialah mana mana bendera yang telah dicabut menjadi tanggung jawab masing masing anggota parti sendiri untuk memasang balik dan dihadapan "muka kubu pas" tidak dipasang bendera u/bn....Inilah rupa bentuk yang dikatakan pergolakan politik sama sebangsa tetapi mempunyai berlainan agenda. Apakah kita telah matang atau masih mentah atau separuh masak didalam berpolitik berbanding dengan negara negara lain?

Apa pun syabas PRK P036 K.Terengganu yang baru lalu kerana kita melihat satu sejarah p/raya kecil paling aman dalam dunia...!

Poksu-Difahamkan satu kontinjen keselamatan tambahan dari Dun dikawasan H.Trg telah pun bertolak kePRK Bkt Gantang pagi tadi....!

Khamis, 2 April 2009

Pilih parti atau calon?

Salam hormat!
PR Mini......Tanda jelas dibukit gantang menunjukkan kesemua parti yang bertanding tidak menolak pembangunan, jesteru kita lihat dan dengar pengumuman yang dibuat olih Bn bahawa isu pembangunan tidak akan dicanangkan lagi sebaliknya mereka mengajak pengundi untuk menilai tahap kecermelangannya disepanjang tempoh mereka memegang kuasa.

Manakala dipehak PR khususnya Pas pula mengajak pengundi melihat pada dasarnya yang mementingkan amal makruf nahi mungkar dosa dan pahala demi keselamatan dan masa depan pengundi itu sendiri.

Kerekter dan kualiti calon hanyalah sekadar penambah perisa kepada sesebuah parti.Faktor memilih calon mana yang lebih "cerdik" dan mana yang "bersih moral" menjadi nilai taruhan dan modal persaingan.

Ada orang suka memilih jenama parti dan ada orang suka menilai kepada siapa calon.Prinsip "pilih calon bukan parti" bererti samalah dengan cara mengikut sunnah dimana Rasullah S.A.W tidak mahu melantik Abu Za r.a untuk memimpin dalam jua jawatan kerana baginda melihat akan kelemahan diri yang ada padanya.Namun demikian semasa kewafatan nabi Mohammad S.A.W,bangunlah Saidina Abu Bakar sambil berkata "jika saudara memilih Mohammad sebagai pemimpin kamu maka sesungguhnya hari ini baginda telah wafat.Barang siapa memilih islam sesungguhnya Allah akan kekal buat selama lamanya".Ini bererti setiap pemimpin itu bolih datang dan bolih pergi,kalau pergi tanpa dibawa bersama pengikutnya sekali tidaklah mengapa akan tetapi jika perginya itu dibawa dengan pengikut sekali, tidakkah ia merugikan parti?

Poksu-Jadi sama samalah kita fikir fikirkan...!

Pinjam petikan....




Hishammuddin Hussein Keris yang licik membunuh Bahasa dan Orang Melayu telah berjaya gunakan isu YURAN SEKOLAH untuk dapat undi jadi Naib Presiden UMNO Baru. Hisham perintah semua sekolah HARAM kutip Yuran Sekolah 2009 sebelum pemilihan UMNO Baru. Setelah menang kini Hisham perintah supaya semua sekolah WAJIB kutip yuran Sekolah. Kerajaan Malaysia sudah hampir muflis akibat penyamun-penyamun seperti Najib, Khir Toyo dan KJ.Itulah perangai buruk penyamun dan penjenayah kaki maksiat UMNO Baru. Rompak dan tipu rakyat dulu, kini dan selamanya.


Kementerian Pelajaran digesa menarik balik TERUS semua bayaran tambahan yang dikenakan kepada ibu bapa pelajar kerana ternyata membebankan dan mengelirukan biarpun yuran persekolahan asas anak-anak mereka yg bernilai hanya RM4.50 dimansuhkan sejak tahun lalu.Yuran Tambahan sekolah yg bukan-bukan terlalu tinggi, menyusahkan rakyat. Ramai ibu-bapa sudah diberhentikan kerja akibat ekonomi gawat dan meleset.


Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata keadaan ini menyebabkan ramai ibu bapa pelajar yang merungut dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan malah sikap sesetengah sekolah yang mengenakan bayaran secara tidak sekata juga dipersoalkan."Kalau benar kerajaaan nak mansuh dan hapuskan yuran sekolah, mansuhkan betul-betul dan kecualikan sebarang bayaran tambahan atau 'hidden charges' yang penuh muslihat dan mengelirukan ibu bapa," katanya ketika menghubungi Harakah.


Dilaporkan walaupun yuran persekolahan berjumlah RM 4.50 - sekolah rendah dan RM 9.00 untuk sekolah menengah dihapuskan namun kata Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata yuran tambahan tetap dikenakan di antara RM38.50 dan RM55.50.Bayaran yuran tambahan itu, katanya merangkumi bayaran kokurikulum, sukan tahunan sekolah, kertas ujian dalaman, kegiatan pendidikan Islam dan moral serta Skim Perlindungan Diri."Walaupun bayaran ini bukan diwajibkan tetapi bagi saya setelah 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, mustahil ada ibu bapa yang tidak mampu langsung untuk menjelaskannya," kata menteri berkenaan.Mahfuz menyelar kenyataan bolak-balik Hishammuddin yang menyusahkan dan mengaburi ibu bapa dan seolah-olah secara tidak langsung memaksa mereka membayar yuran tambahan tersebut."Sekejap kata tidak wajib, lepas tu kata boleh bayar ansur. Apa ni? Jangan cakap berbelit-belit dan susahkan ibu bapa khususnya yang berpendapatan rendah," katanya.


Komen

Poksu-Lihat imej (dibulatkan).murid murid tahun 6 dikecualikan bayaran kertas lambaran kerja sedangkan ditahun inilah banyak latih tubi yang memerlukan lebih soalan tambahan....!

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan