arkib

Jumaat, 18 Februari 2011

1 malaysia, 1 ummah ,1 bulan diraikan .....

orang bercakap pasal agama kamu pun juga hendak turut sama bicarakannya,sedangkan ilmu kamu hanya ciput sahaja... orang bercakap soal sukan kamu pun mahu turut serta meyampuk walhal kamu hanya sekadar pengomel ditepi padang dan kalau disuruh bermain entah entah bola pun tidak merasa sempat disepak...tetapi akau tetap aku...kerana nabi pun 2 ke 3 kli disuruh 'iqra" ...iqra".... iqra"...olih malaikat jibril ,maka dari bahan pembacaanlah setiap orang telah menjadi celik ilmu.Apa itu 1 malaysia dan dari mana asal usulnya akan dikupas nanti.... 
Salam hormat !
Kerana bukan seorang pakar dalam bidang agama maka saya ingin menyatakan tulisan ini sekadar ingin berkongsi apa yang saya tahu.Walaupun bidang agama bukan perkara baru yang pernah saya pelajari malah tidaklah begitu asing untuk saya memahami kerana asasnya telah pun saya dalami sejak dibangku sekolah lagi,namun dek kerana lama tertinggal dan diabaikan lalu ianya telah menjadi berkarat melekat diminda ingatan.Alhamdulillah sejak saya berjinak jinak memulakan penulisan didalam blog ini jadi sedikit sebanyak telah pun dapat mengimbau kembali apa yang telah saya pelajari pada suatu ketika dahulu.Setidak tidaknya saya telah dapat mengenali dan mengulangkaji semula apa apa perbezaan yang dikata perihal halal dan haram,sunat makruh dan wajib serta perihal fardhu ain serta apa yang dikatakan fardhu kifayah.Kesemua ini adalah suatu perkara yang wajib diketahui dan agama amat menuntut setiap orang yang beragama islam mengtahuinya.
 
Sebelum itu saya ingin memanjangkan suatu tazkirah yang sempat saya rakam dari ucapan asalnya olih AlFadhil Ust Razki Alias merangkap Pengarah Markas Tarbiah Dun (MTD) Ajil pada petang hari Jumaat yang lalu bersempena dihari majlis perasmian mesyuarat Agong Tahunan Pas Cawangan.Secara rengkasnya didalam ucapan itu beliau menyeru agar para pendokong parti supaya lebih menekankan perjuangan mendaulatkan islam dengan melakukan amalan berjihad dijalan keredhoan Allah S.W.T.Beliau banyak memetik ayat dari surah At Taubah yang antaranya berbunyi "adakah sama orang orang yang memberi minuman kepada jemaah haji,memakmurkan Baitullah itu sama dengan orang orang yang berjihad fisabilillah,mereka tetap tidak sama (allah memberi jawapan jihad utama)-At Taubah ayat 19.Kerana itu tambah beliau lagi "apakah kamu kira harta kekayaan,perniagaan kamu yang dikhuatiri akan mengalami kerugian,rumah yang kamu sukai,kesemuanya itu lebih kamu cintai berbanding dengan Allah dan Rasul dengan meninggalkan jihad maka tunggulah sehingga sampai Allah mendatangkan keputusan yang menyiksakan-AtTaubah ayat 24.
Sesungguhnya orang beriman serta berjihad dijalan Allah dengan melakukan pergorbanan harta benda dan jiwa raga mereka itulah sebenarnya orang orang yang dipandang tinggi darjatnya disisi Allah serta akan mendapat kemenangan (AT Taubah ayat 20) tambah beliau.
 
Persoalannya adakah sama berjihad secara berjamaah sesama shaf berbanding dengan secara sesama 1 ummah?Teringat saya dalam satu majlis ilmu yang telah ditazkirahkan olih seorang pegawai agama KAGAT semasa didalam angkatan tentera dahulu,katanya untuk mengekalkan tahap disiplin anggota supaya sentiasa berada didalam keadaan kekal baik maka salah satu caranya ialah mesti mengamalkan sikap "back to basic", wah...speaking London lah pulak,maknanya kita perlu kembali pada asas.Sebagai contah jika dalam tentera asas disiplin ialah dengan cara berkawad,kerana berkawad bolih melatih setiap anggota menerap sikap berkerja sama dalam satu kumpulan dan tidak bolih buat hal sendiri sendiri jika tidak kumpulan tersebut akan nampak kucar kacir,seorang berjalan kehulu dan seorang lagi berjalan kehilir (secara berjemaahkah begitu) disamping itu berkawad juga bolih memupuk semangat taat setia kepada ketua,jika ketua arahkan berjalan kenalah berjalan kalau ketua arahkan berhenti kenalah berhenti,jika tidak kumpulan perbarisan kawad akan masuk longkang atau terkeluar dari padang kawad,ha...ha...ha....
Patuh pada ketua ataupun pemimpin adalah syarat wajib kepada setiap orang yang beriman kerana terdapat ayat yang menyebut "atiullah hawa atiurrasul waulul amri mimkum" (ta'atlah pada Allah dan ta"atlah pada rasul dan juga pemimpim dikalangan kamu) ayat ini telah menjadi perdebatan dikalangan sesetengah ilmuan agama kerana Allah tidak meneyebut "taatlah pada pemimpin sebagaimana ayat sebelum itu terdapat 2 kali disebut taatlah pada allah dan taat lah pada Rasul,maknanya ketaatan pada pemimpin tidak secara mutlak dan blih berubah ubah mengikut suasana semasa atau selagi mana pemimpin tersebut tidak melakukan perkara perkara yang melanggar apa apa yang telah disyariat dalam islam.Untuk memahami apa yang disyariatkan olih islam sudah tentu kita kena kembali kepada asas (back to basic)। kembali kepada asas tidaklah bermakna kita perlu kembali kepada zaman primitif atau kembali kepada zaman batu.Tidak perlu kembali kezaman kayuh perahu untuk bergerak atau kembali kezaman naik kapal laut untuk menunaikan haji.Kembali kepada asas yang dimaksudkan disini ialah kembali mengingati,menghayati serta mengamalkan apa yang disyariatkan didalam perkara perkara fardhu ain mahu pun dalam perkara fardhu kifayah, contohnya fardhu ain menuntut kita mengamalkan ajaran Rukun islam dan juga ajaran dalam Rukun Iman.Didalam surah Al a'alla ayat 14-19 yang bermaksud "sesungguhnya akan mencapai kemenangan olih orang menyucikan diri dengan beriman dan menyebut nama Allah", menyebut nama Allah disini ialah dengan mengucap dua kalimah syahadah,inilah yang dikatakan "Rukun islam" dalam bab perkara wajib perukunan Fardhu Ain.Tegas ustaz KAGAT tadi dengan panjang lebar. 
Ek eleh....itu saja ka? kalaulah itu saja,masa sekolah dulu dulu pun aku sudah belajar.Nanti dulu jangan cepat melatah dan diperlekehkan, memang betul masa sekolah dahulu ada diantara kita sudah pun belajar,tetapi diwaktu itu kita hanya belajar untuk lulus periksa dan bukan untuk kita praktikkan didalam kehidupan seharian ,betul tidak?buktinya selepas tamat periksa berapa ramaikah yang lekat amalan solat?bersembahyang yang diterima tidak akan menjeremuskan seseorang itu melakukan perkara perkara mungkar,tidak akan merempit tidak tentu hala tuju dan tidak akan meragut beg,itu tandanya gejala sosial yang parah berlaku pada hari ini ialah dek kerana pelajaran fardhu ain yang diajar disekolah hanya sekadar untuk lulus periksa,tidak lebih daripada itu...
Menyebut nama Allah , ajaran Plularisme juga percaya pada Allah,Ajaran Kristian juga menyebut Allah tuhan mereka,untuk membezakan maka disinilah pula peri pentingnya wajib mengtahui "rukun iman" (fardhu ain lagi...) kerana ia berkait dengan aqidah yang dibawa olih junjungan Nabi kita Muhammad S।A।W,Salah satu Rukun iman menyebut wajib percaya pada Kitab kitab Allah ,selain kitab (ayat ayat) AlQur"an terdapat ayat ayat yang diturunkan dizaman nabi nabi yang terdahulu iaitu shaf Nabi Ibrahin dan Nabi Musa।Sambungan ayat surah Al A'alla menyebut " Kamu (orang orang kafir) memilih kehidupan dunia sedangkan kehidupan diakhirat itu lebih baik dan kekal.Sesungguhnya ini benar benar terdapat didalam kitab terdahulu,iaitu shaf Ibrahin dan Musa".Ayat tersebut telah bersatu dengan Aqidah dizaman nabi akhir zaman dengan aqidah dizaman nabi terdahulu.Perbezaannya mengikut keperluan dan keadaan masyarakat dizaman masing masing.
Apa yang hendak saya kaitkan juga ialah berbalik kepada mesyuarat agong cawangan yang disebut diatas,didalam ucapan tangguhan seorang muslimat telah diberi peluang memberi ucapan, diantara apa yang bolih saya rakamkan secara rengkasnya disini ialah beliau menyeru kepada ahli mesyuarat agar membiasakan diri mengikut sebarang arahan dari pimpinan parti. Olih yang demikian tepat sekalilah rasanya jika saya bawakan ayat tadi yang ada kaitan dengan patuh kepada kepimpinan,tetapi ingat sebagai seorang yang diberikan akal sebagaimana maksud ayat yang berbunyi "manusia adalah sebaik baik kejadian,maka hendaklah ada sebilangan kamu menyuruh kepada kebaikan dan sebahagian yang lain hendaklah mencegah kepada perkara kemungkaran".
Persoalannya bagaimana jika arahan yang datang dari pemimpin tersebut berbentuk mengajak kearah kemaksiatan dengan alasan dosa seseorang tidak akan ditanggung olih orang lain? engkau.... engkau...aku...aku....engkau dengan agama engkau aku dengan agama aku.Inilah agaknya yang dikatakan fahaman pularisme, setiap agama ada persamaan iaitu mengajak dan menyeru kepada membuat perkara yang memberi kebaikan dan bukannya kerosakan.Tetapi ingat kata Allah "innandi nain dal allah hil islam" (agama yang diterima Allah ialah islam). soalannya berapa banyak islam ada ? atau berapa banyak mazhab yang ada didalam islam? dan JANGAN sekali kali berperangsangka tuhan itu lebih dari SATU nanti kelak dibimbangi akan terpesong aqidah.....akan bersambung lagi ,dengan kupasan gerak kerja secara berjamaah...insaallah !
sambungan terkini :
12 rebiul awal bertemu 12 rebiul akhir bererti cukuplah sebulan meraikan tarikh kelahiran junjungan nabi Muhammad S.A.W tersebut (hari ini baru 7 rebiul akhir) namun dalam tempoh waktu itu saya lihat dan dikabarkan melalui akbar akbar terdapat program program keagaamaan diadakan samada disekolah sekolah mahupun dimasjid masid,malah pehak kerajaan juga tidak ketinggalan melakukan program perarakkan dijalan raya sambil melaungkan selawat keatas junjungan nabi kita,akan tetapi yang kita agak terkilan terdapat juga pehak swasta menganjurkan majlis suka sukaan seperti sure heboh dan sebagainya seolah olah bulan ini tiada apa apa keistimewaanya dan bolih dicampur adukkan dengan kegiatan sosial. Walau bagaimanapun diucapkan syabas kepada pejabat agama yang telah menghantar seorang ustaz untuk memberi sedikit tazkirah kepada ahli khariah masjid dikampung saya,antara yang masih saya ingat dari apa yang diucapkan olih ustaz tersebut ialah mengingatkan ahli khariah supaya sentiasa bersyukur akan nikmat yang dikurniakan kepada kita terutamanya akan nikmat kesihatan,apapun saya tidak berhasrat untuk menghuraikan isi kuliah tersebut kerana apa yang hendak saya paparkan disini ialah berkaitan tajuk "kewajiban berkerja secara berjamaah".
apa itu jamaah? Barangsiapa yang pernah belajar bahasa arab mereka bolih dan mudah faham,walaupun ucapan "jamaah" sudah senonim disebut olih lidah orang melayu akan tetapi sebenarnya perkataan tersebut dipinjam dari kalimah bahasa Arab,Jamaah berasal dari ayat "jamak" yang bermaksud kumpul dan Jamaah itu sendiri bermaksud Kumpulan,manakala Jama'e pula bermaksud kumpulan kami. Jika dibuat ayat "saf jamaah islamiah" bermaksud barisan kumpulan islam yang ramai".Manakala Ummah pula bermaksud umat atau kaumku (ummati),maaf bersambung lagi....

Ahad, 13 Februari 2011

Politik layang layang....wauuu !



Salam hormat !

Saya salah seorang dari ahli jawantankuasa PIBG telah beberapa kali tidak hadir kemesyuarat,bukan saya baikot dan bukannya saya sibuk sangat pun pada waktu itu,tetapi saya merasakan sedikit terkilan kerana dari setiap kali egenda mesyuarat dihujung hujungnya tiada lain yang dibincangakan ialah untuk membuat usul kepada para ibubapa bagi meminta wang...wang... wang.....alahai mengalahkan kanak kanak,jika berjalan pantang kanak kanak ialah jumpa kedai,ada ada saja yang hendak dibeli dan diminta duit dari makbapak,apakah pehak sekolah pun berperangai begitu?pantang jumpa makbapak murid maka akan dimintalah duit...duit...duit....

Tidak dinafikan pehak sekolah dengan kerjasama kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat ada juga menghulurkan sumbangan kepada murid murid seperti baru baru ini buku berkomputer atau lebih dikenali dengan EBook tetapi masih lagi tidak seimbang dalam bentuk kata "menang...menang" (win win situation) ini kerana lihat sahajalah sebagai contoh selepas atau sebelum satu satu pemberian yang akan disumbangan kepada rakyat seperti bonus dan sebagainya maka selepas atau sebelum itu rakyat terlebih dahulu dibebankan dengan kenaikan harga barangan seperti minyak,bahan api dan barangan keperluan dapur yang lain,makanya juga jadilah seperti berpolitik bermain layang layang,dilepaskan tali terajunya kemudian ditarik balik,jika ditarik perlahan lahan tidaklah terasa akan tetapi jika ditarik secara direntap kuat sudah tentu layang layang akan putus talinya dan akan meninggalkan tuannya dengan hanya secebis gulungan tali ditangan.Dan saya percaya pehak guru guru pun ada yang merasa tidak senang hati dengan suasana hari ini jika tidak masakan ramai dikalangan guru yang telah beralih angin untuk menyokong parti pembangkang,guru yang tidak berupaya terpaksa lah mengikut ala politik lalang,jika angin bertiup kehilir maka liut lentuknya kehilirlah,jika angin bertiup kehulu maka kehulur lah juga lengguknya.

Ingat ! Pergolakkan diMesir pun berpunca dari deria rasa yang lahir dari perasaan tidak berpuas hati olih rakyat, dicampur pula dengan buih buih yang membuak buak yang ditunjukkan olih pehak yang berolih aliran kemewahan, kekayaan hanya berkisar dikalangan golongan tertentu yang rapat rapat dengan pimpinan kerajaan yang memerintah sahaja,manakala rakyat dikerah keringgat membanting tulang dengan upah yang tidak setimpal,contohnya jika diberi gaji sepuluh ringgit kemudian ditarik balik pula berganda berganda banyaknya melalui pelbagai cara samada dari cukai jualan barangan atau pun perkhidmatan. Menindas dan terus menindas....

Sementara itu baru baru ini terdengar keluhan dari seorang veteren tentera yang ditawarkan pinjaman dari intitiusi kewangan, atas rasa percaya kepada dasar polisi bank beliau hanya menanda tangan borang pinjaman yang kosong,tetapi alangkah terkejutnya beliau apabila sampai penyata hutangnya dikatakan faedah yang dikenakan olih pehak bank hampir hampir sama banyak dengan jumlah pinjaman pokok,walhal pada kebiasaannya dalam setiap pinjaman bank dikenakan faedah disekitar 4 ke 5 peratus sahaja,tetapi kali ini didapati faedahnya agak melampau tinggi dari jangkaannya,puncanya yang jadi begitu adalah kerana ada pehak ketiga yang menjadi orang tengah (persatuan) yang cuba mengambil kesempatan mengaut komisen dari pinjaman tersebut. Walaupun begitu khabaran ini masih lagi dalam proses meneliti untuk mendapatkan kesahihan cerita sebenar.Jika benarlah begitu,alangkah dahsatnya sebab bank pun kini sudah mengenakan faedah pinjaman yang lebih kurang sama dengan ah long haram.

Tok ayah su-sering baca doa minta diselamatkan.....

Isnin, 7 Februari 2011

masihkah kau ingat?-MB


Salam hormat !
Jika ditanya saya masihkah engkau ingat? maka yang pastinya yang saya ingat ialah akan satu tajuk lagu "masihkah engkau ingat...."Secara lazimnya sudah menjadi sifat semula jadi yang makhluk insan bernama manusia tahap ingatan seseorang itu tidaklah senantiasa segar mekar,misalnya satu satu peristiwa yang berlaku dan dialami seseorang individu samada berkait dirinya sendiri atau melibatkan orang lain dengannya yang telah terjadi dalam tempoh waktu yang melangkau masa yang agak lama sudah tentu sukar untuknya mahu mengingatkannya kembali terkecualilah jika seseorang itu sering membuat latihan hafalan contohnya bagi pengamal ajaran agama islam sudah tentu apa yang ada dalam ingatan kepalanya ialah ayat ayat suci alQur'an.
Walau bagaimanapun apa yang mahu kupas disini berkenaan tajuk masihkah engkau ingat atau sudah lupa ialah berkenaan apa yang saya petik dari sebahagian ucapan olih Dato" seri Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu bersempurna hari lawatan kerja beliau sambil menyempurnakan satu majlis pemberian sumbangan E-Book buat anak anak murid sekolah rendah kebangsaan tahun lima peringkat DUN Ajil Daerah Hulu Terengganu.
Masihkah engkau ingat? itu merupakan satu harapan yang bermaksud agar rakyat tidak mudah lupa akan jasa jasa kerajaan dalam hal menjaga kebajikan mereka bermula dari dalam kandungan sehinggalah ketamat riwayat hidup. Contohnya seperti ketika masih dalam kandungan pehak hospital kerajaan sudah sediakan suntikan anti cegah demam campak dan selepas lahir pula satu suntikan cacar dan sebagainya juga pun telah disediakan.
Cuma mungkin MB tertinggal hendak menyatakan berapakah sumbangan kerajaan negeri dalam setiap kes khairat kematian jika dibandingkan sebagaimana yang telah dibuat olih kerajaan negeri kelantan.
Begitulah gambaran kehebatan khidmat Kerajaan BN sejak dulu dan kini soal pendidikan juga tetap diambil berat, buktinya pada hari ini setiap murid murid telah diberi suntikan semangat untuk belajar dengan pemberian E Book ini.Mudah mudahan bolih meningkatkan lagi motivasi untuk menegekalkan pencapaain dalam ujian penilaian UPSR yang telah dicapai terbaik sejak dari 10 tahun dahulu,begitulah ujarnya.
Tegasnya lagi,kerajaan tidak pernah berat sebelah dengan sentimen faktor politik dalam soal pendidikan kerana jelasnya setiap pelajar yang berjaya belajar keperingkat tinggi samada dalam bidang perubatan atau Pilot dan sebagainya k elak pelajar ini akan kembali berkhidmat sebagai doktor atau pilot,jadi setiap doktor juga ada etika kerja yang tidak bolih memilih siapakah pesakitnya.Begitulah analoginya.
Pada pandangan saya,EBook adalah satu perubahan baru dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan ianya berbentuk digital serta lebih teknikal tetapi telah disesuaikan dengan murid murid semuda seusia 11 tahun lagi malah tidak pernah dilalui olih olih generasi kakak dan abang abangnya sebelum ini dan diharap tidak lah ada pehak yang cuba mempolitikkan dengan melebalkannya sebagai satu pendidikan kearah sekular atau sebagainya kerana dari sudut pandangan agama pun ada menyarankan agar setiap perkara (ilmu) yang baik dan memberi menafaat itu harus dikutip, jika tidak kelak kita akan tergolong dalam kalangan orang orang yang dikatakan kufur pada nikmat,jika kufur nikmat hukumnya adalah kurang imam...
tok ayah su- mahu anak celik IT....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan