arkib

Sabtu, 26 Mac 2011

Kawan ketawa senang dicari...

Salam hormat!
Jom kita menanam semangat tolong menolong,hari ini mereka ditimpa musibah,manalah tahu pada masa hadapan kita pula akan ditimpa kecelakaan,jadi buatlah persediaan awal agar pertolongan yang kita hulur akan dikenang walaupun kita tidak mengharapkan demikian,lihatlah dalam kontek negara negara yang ditimpa becana alam termasuk negara yang berada didalam krisis pergolakkan politik dan tampuk pemerintahan, keadaan ekonomi rakyat mereka itu kelihatannya tidaklah membanggakan, olih kerana itu dipendekkan cerita salah satu caranya untuk tindakan perancangan menambahkan duit poket,untuk keterangan lanjut jom isi borang dibawah ini:



ataupun sedikit tetapi bonusnya tetap dibayar,lihat buktinya dibawah:
PayPal
Transaction details
Payment Received (Unique Transaction ID # 0F7199371R8462607)
Sent by:
Global Domains International (The sender of this payment is Verified)
Payment sent from:
paypalbonus@wsdomains.wsPayment sent to:
sri_adidah@yahoo.com.my
Business Contact Information
Customer Service URL: http://www.website.ws/
Customer Service Email: ws_affiliates@wsdomains.ws
Customer Service Phone: 760-602-3000

Amount received:
$8.00 USD
Fee amount:
$0.00 USD
Net amount:
$8.00 USD

Note: Payments can't be made in Malaysian Ringgit unless the seller and buyer are both located in Malaysia - you'll need to use a different currency with one of your other available payment methods for this transaction.
Issue a refund Help
You have up to 60 days to refund the payment.
Date: Mar 12, 2011
Time: 05:58:58 GMT+08:00
Status: Completed

Subject:

Global Domains International has just sent you $8.00 USD with PayPal

Custom Note: FEB 11 - Commissions (maha58)
Payment type: Instant
Go to History


tok ayah su-sedia memberi tunjuk ajar seadanya...

Jumaat, 25 Mac 2011

Karnival sekolah...

Salam hormat!


tok ayah su-teringat sajak "pemuda harapan bangsa,pemudi tiang sri negara..."

lihat Kartun humur :tiada dulu tiada sekarang....

tok ayah su-jika mahu lihat generasi akan datang lihatlah dulu kerekter pada generasi hari ini (imam Al Ghazali)

Dimana melayu tanpa jawi?


 Salam hormat!
Tidak diketahui riwayat sejarah asal kurun keberapa huruf jawi diperkenalkan untuk kegunaan penduduk disemenanjung kepulauan tanah melayu,tetapi yang jelas kewujudannya terbukti apabila segala surat menyurat sewaktu kerajaan malaya digunakan didalam kerajaan semasa era penjajahan olih orang orang Barat lagi,ini ternyata melayu dan huruf jawi itu sudah senonim bagaikan isi dengan kuku,tiba tiba kegunaannya semakin hari semakin terhakis seolah olah tulisan jawi sudah disalah tafsirkan sebagai hanya huruf untuk pengajian agama islam semata,ini kerana mungkin banyak persamaan dengan ayat dan perkataan perkataannya menyerupai apa yang terdapat didalam kitab suci AlQur"an.Apakah tulisan jawi ini diimpot masuk olih orang orang arab atau bagaimanakah asal usulnya?mungkin ada diantara kita yang tidak mengtahui sejarah permulaan ini kerana ianya telah sekian lama berlalu sejak beratus tahun dahulu lagi,jadi sanad keMELAYUannya dimana?
Bersambung....

Sambungan;
Jika dahulu tulisan Jawi telah menjadi tulisan bahasa persurat yang rasmi namun kini kedudukan tulisan jawi kini telah diambil alih olih bentuk pengaruh tulisan penjajah Barat yang dipanggil huruf Rumi iaitu ada persamaan dengan tulisan tulisan orang putih (English).Olih kerana pemimpin negara hari ini kebanyakkan berpendidikan ala barat maka sebab itu agaknya tulisan lebih diutamakan,bagaimana jika pada suatu masa nanti negara kita ini dikuasai olih para ulama" yang berpendidakan timur tengah (arab) jadi pada itu itu tulisan jawi akan dimertabatkan kembali,setidak tidaknya akan lahir kembali akbar yang bertulisan jawi., bolihkah? saya ada menyimpan keratan akbar tulisan jawi keluaran terakhir ,namun baru baru ini apabila anak anak telah mengemas rumah semasa berlaku pemindahan banjir ,entah bagaimana keratan tersebut tidak lagi dijumpai kemana menghilang,sayang....Apapun tahniah kepada bangsa Melayu itu sendiri kerana telah mempunyai dua tulisan bahasa dan keistimewaan ini tidak terdapat olih bangsa lain walaupun bangsa cina mahupun india ada mempunyai tulisan bahasanya sendiri,ini bentuk tulisan mereka - तनिः जुगा कपड़ा बहासा इंडिया अतू पुन उर्दू करना तेर्न्यता लेबिः केदेपन सेहिग्गाकन बहासा दलम दुनिया माया इन्टरनेट पुन सुदाः दितेर्जेर्म्ह्कन मेंलालउई तुलिसन इंडिया अतू पुन हिंदी.अदा,anda faham....jika hendak tahu gunalah serve alih bahasa google.

Didalam resert peperiksan SPM terdapat seorang anak malaysia warga Terengganu berbangsa Cina telah berjaya mendapat keputusan terbaik didalam mata pelajaran agama Usulluddin,tahniah...namun saya tidak pasti sama ada mata pelajaran tersebut diajar mengunakan tulisan jawi atau pun rumi, jika pelajaran agama diajar mengunakan tulisan rumi saya yakin ianya masih tidak dapat menepati sebutan Maqraj hurufnya, ini kerana bunyi rumi dan jawi itu berbeza contohnya ayat sujud shawi akan ditulis sujud sawi (sayur) .itu sudah berbeza sebutan dan makna , ha...ha..ha...

Walaubagaimana pun kemana perginya anak anak orang melayu,jika tulisan Bahasa Melayu pun tidak betul kejalan apatah lagi mata pelajaran agama,jangan ingat kerana kamu sudah melayu maka kamu sudah tahu agama islam,tidak...jadi dimana hendak diletakkan air muka apabila anak bangsa cina lebih kedepan dalam mata pelaran agama walhal beliau belajar hanya untuk lulus peperiksaan dan bukan untuk diamalkan buat menjadi sebagai kerja beribadat kepada tuhan Allah.Wahai anak anakku dari mulai hari maka sedarilah, jangan jadi Raja nombor 1 ponteng sekolah,hancur luluh harapan ayah ibu ingin melihat kejayaan kamu, ingatlah juga mereka itu tanpa mengira penat dan lelah berkorban tenaga serta harta benda termasuk wang ringgit untuk menjadikan kamu seorang terpelajar sekaligus bolih menjadi seorang anak yang bolih galang ganti ayahbonda demi masa depan keluarga mahupun kepada masyarakat masa depan.
Tok ayah su-Tidak mahu membeli sijil sijil kejayaan palsu....

Khamis, 24 Mac 2011

Kisah benar walaupun mimpi....


Ada orang percaya pada mimpi dan ada orang menganggap mimpi hanya permainan tidur,namun tidak pada isteriku,agaknya kerana terlalu terdesak dan rasa ingin mencuba apa yang dinyatakan didalam mimpi itu benar lalu dicubanya,alhamdulillah rupanya mimpi itu menjadi kenyataan.
Kisahnya bermula apabila beliau agak begitu runsing kerana tempoh datang bulan (haid) tidak tiba tiba walaupun sudah terlewat hampir seminggu lebih dari kebiasaan,apakah aku sudah mengandung? alamak...alahai anak masih lagi kecil,baru masuk 2 tahun dan tengah menyusu dada umur aku pun sudah meningkat usia hampir setengah abad tetapi masih lagi subur, perut ini masih juga manja,kalau betul betul mengandung apalah yang akan jadi nanti? itulah yang bermain difikiran beliau sejak beberapa hari kebelangan ini.Untuk mempastikan beliau telah pergi keKlinik untuk membuat pemeriksaan,keputusan yang diketahuinya agak positif, dah lekat,"mengandung" kata doktor. Waduh...kebiasaannya beliau agak gembira menerima berita sebegini sebelum ini tetapi tidak begitu ceria untuk kali ini,kenapa?

Ada orang susahnya hendak dapatkan zuriat tetapi tidak pula bagiku, lepas seorang ,seorang melahirkan anak,dah dekat nak sampai korum satu pasukan bola,hampir sedozen ,keluhnya tidak henti henti,bukan takutkan susah nak cari makan untuk anak anak cuma yang dirisaukan pada kesihatan,kata orang jika bersalin pada usia yang sudah lanjut terdapat sedikit resiko yang bolih menjejaskan kesihatan badan, runsing...runsing...itulah sebahagian daripada keluhan yang saya dengar dari mulutnya.
Entah apalah agaknya, berkat doa hari hari tanpa putus putus lalu nasibnya agak baik dimana pada suatu malam ianya didatangi satu mimpi berlembaga bersuara memberi jalan petunjuk cara cara bagaimana hendak mengatasi permasallahannya itu......apakah kata lembaga dalam mimpi itu dan apakah kesudahannya,akan bersambung !
Sambungan:
Pada suatu pagi saya agak terperanjat juga apabila kelihatannya isteri saya itu dalam keadaan agak cemas berlari kebilik air,saya lihat tompok tompok darah mengalir kebetis dan terjatuh sedikit kelantai,namun demikian keadaan air mukanya nampak gembira,"apa sudah jadi dengan awak ni,awak keguguran ke?tanya saya,"jom pergi kehospital'ajak saya. Lalu dijawab "tak payah lah,saya bukan sakit pun",darah haid saya sudah datang" katanya. Aikk...pelik juga,sebelum ini sudah banyak cara dicuba antaranya memakan makanan buah buahan masam masam seperti buah nenas muda dan sebagainya tetapi tidak berhasil,namun percubaannya kali ini mejadi.Darah kotor berketul ketul kecil telah pun keluar,maklumlah baru hanya nak masuk sebulan,kata orang belum bersifat dan belum berjalin,isteriku sudah menjadi "doktor in house".buat expriment sendiri. awak buat macamana?setahu saya perut awak ni agak manja dan susah hendak dirancang dan agak degil walaupun sebelum ini pernah jatuh berdebuk dalam usia kandungan beberapa bulan tetapi tidak juga keguguran"desak saya untuk mengetahui lebih lanjut.

Lalu diceritakan katanya pada suatu malam munculnya satu lembaga didalam mimpi,lembaga tersebut juga dikenalinya sebagai saudaranya yang terdekat,"kenapalah kamu tidak cuba lakukan cara perubatan (tradisional) ini,kamu carilah bahan bahan yang bolih memanaskan badan bukannya makan benda benda masam spt buah nenas tadi, lembaga itu agak marah marah sambil menyarankan supaya memakan bahan bahan ubatan yang bolih memanaskan badan"Apakah benda bahan bahan panas itu? tanya isteri pada lembaga tersebut.Belum pun sempat lembaga itu menjawab tiba tiba dia terjaga dari mimpi.Pada keesokan paginya beliau termenung dan mengingati saranan suara dalam mimpi,macamanakah kalau aku terus mencuba,manalah tahu tahu kot kot menjadi.lalu teringat beliau akan ubatan tradisional yang pernah diamalkan olih arwah ibu mertuanya (ibuku) yang juga bolih dikatakan seorang bidan kampung pada suatu ketika dulu,malah ubatan tersebut senang dicari kerana masih berada disekeling rumah hasil pokok ubatan tinggalan tanaman tangan pusaka arwah antaranya pokok sirih,pokok lebaran,akar sepam kederam sedikit akar tongkat ali, dicampur lalu direbus dan airnya diminum (maaf kalau silap fakta ubat tradisioanal ini kerana isteri saya lebih mengtahuinya secara terperinci).
Baru hanya sempat sekali makan setengah cawan kesan keesokan harinya begitu menjadi,tambah katanya isteri setelah keadannya kembali ceria,alhamdulillah....kepada pembaca dinasihatkan jangan mencuba sendiri sebaliknya tanyalah dulu kepada sesiapa yang lebih tahu atau datanglah berjumpa isteri saya sendiri jika hendak tahu secara lebih lanjut.

tok ayah su-Amal makan sup "power".....

Sabtu, 19 Mac 2011

nak kongsi cerita....

Mahligai yang baru dibina ini dipercayai milik MB Terengganu
Salam hormat !
Tidak sangka dan tidak tahu pulak saya bahawa kampung ini adalah sebuah kampung asal tempat kelahiran MB Terengganu sekarang ini, jika tidak bagaimana pulak sebuah mahligai yang tersergam ini bolih dibina disini dan difahamkan kepunyaan beliau,kelihatannya seperti binaan belum siap sepenuhnya,jika siap nanti bagaimanakah agak rupanya,sudah tentu lebih hebat lagi.

Bagaimana pun saya tidak berhasrat untuk memanjangkan perihal istana tersebut,apa yang hendak saya kongsikan cerita disini ialah pada hari jumaat kelmarin saya bersama dengan satu rombongan angkatan meminang telah hadir kesini,opp...lupalah pulak untuk memberitahu apakah namanya tempat ini,jika hendak tahu inilah Kampung Teluk Kalong,berada didalam Daerah Kemamam.Terengganu yang jaraknya kira kira 10km dari Bandar Kemaman.
Memandangkan rombongan meminang ini datangnya jauh iaitu dari Desa pahlawan Kok Lanas Kelantan jadi sebelum itu mereka menginap terlebih dahulu untuk semalaman di sebuah Home Stay yang berada diPerumahan Mak Cili bandar Kemaman.Apa yang menyedihkan walaupun perumahan "Home Stay"agak selesa dari segi kemudahan asasnya namun dari segi servisnya agak kurang memuaskan.Adakah patut alas cadar dan juga selimut berbau hapak kesan tinggalan penyewa sebelumnya masih juga disediakan untuk penyewa baru,tak patut...tak patut...itulah runggutan rombongan peminangan tersebut. Maknanya kurang peka soal kebersihan,ee...malunya.
Selain daripada itu segala urusan peminangan berjalan lancar dan teratur, persiapan tuan rumah begitu rapi walaupun sederhana,alhamdulillah.
Tok ayah su-turut serta meraikan kerana rombongan meminang tersebut adalah juga merupakan anak buah dari sebelah bapa saudara....

Rabu, 16 Mac 2011

PIBG




salam hormat !
Majlis Mesyuarat Agong PIBG telah berlangsung dengan dirasmikan olih Yb Dato' Hj Rasul bin Wahid,apakah intipati ucapan beliau,antaranya "zaman sekarang ini dikatakan barangan keperluan harian serba mahal tetapi kelihatannya rakyat semakin senang,rata rata setiap isi rumah telahpun mampu berkereta,jika hendak dibandingkan dizaman barangan murah disuatu masa dahulu rakyat kebanyakkannya tidak mampu pun berkenderaan sendiri"
alahai....nampak gayanya kenalah rakyat kembali hidup susah seperti dahulu barulah harga barangan akan kembali turun harga,begitukah?
dan banyak lagi yang akan dikupas nanti...jadi kenalah tunggu sambungannya
Sambungan terkini:
Jika dizaman dahulu (semasa harga barangan murah) ramai dikalangan orang kampung mampu untuk pergi menunaikan haji keMekah,tetapi dewasa ini walaupun ramai dikatakan berolih berpendapan tinggi namun tidak ramai yang dapat menunaikan haji,apakah sebab musababnya?Inilah satu perkara yang perlu dikaji,apakah disebabkan ketidak mahuan individu itu sendiri atau disebabkan kurangnya kesedaran dalam bab perkara rukun islam yang menyebut bahawa "menunaikan haji keMekah bagi sesiapa yang berkemampuan" ataupun ada halangan halangan lain yang membantutkan hajat mereka itu?
Jika hendak menyusahkan rakyat caranya amat mudah,tetapi untuk mengekalkan nikmat kesenangan hari ini yang agak sukar,contohnya jika mahu susah,kerajaan bolih sahaja membenarkan harga barangan naik mendadak secara sewenang wenangnya seperti mana hari ini harga ayam sudah pun naik rm2 iaitu daripada harga rm6.80 kepada harga rm9+ selain daripada itu upah gaji pekerja jangan dinaikkan biarlah ia kekal ditangga gaji lama disamping itu bukalah peluang seluas luasnya kepada rakyat untuk meminjam wang seberapa banyak yang ia mahu samaada daripada intitiusi keewangan berlesen ataupu ah long,insaallah dengan cara ini rakyat akan rasa terbeban seterusnya hidup mereka sedikit demi sedikit akan jatuh susah,tetapi ingat persoalannya adakah sebegitu yang kita mahu?
Berbalik kepada petikan ucapan Yb Rosol wahid (ADUN Ajil) katanya gejala merempit dikalangan anak muda hari ini akan terhenti dengan sendirinya sekiranya mereka sudah berumah tangga atau pun setelah usia mereka semakin tua dewasa akan tetapi jika seseorang belia itu sudah terjebak dengan gejala penagihan dadah,akibatnya ketagihan dadah untuk menagih ini tidak akan terhenti dan akan tetap berkekalan sehingga sampai kehujung usia.jika umurnya panjang bolih sampai ketahap umur warga emas pun masih juga lagi jadi penagih,saya bersetuju dengan pendapat ini namun persoalannya (banyak sungguh soalan) gejala dadah dan merempit ini kedua duanya ada peminat dan pengikutnya tersendiri,jika ada yang sudah pencen merempit maka siadiknya pula yang akan mengambil alih,jadi sampai bila bila pun tidak akan selesai melainkan...apa caraya? Begitu juga dengan dengan dadah,jika sekali seorang terjebak lalu ditangkap olih pehak berkuasa maka akan lahir pula sepuluh lagi penagih tegar yang baru silih berganti,ini berdasarkan pengalaman lalu kerana masallah dadah ini bukannya satu perkara baru malah sudah bertapak disegenap pelusuk tanahair sejak lebih dari 40 tahun dahulu,senang cerita ianya ibarat seperti kata pepatah 'patah tumbuh hilang berganti" seumpama menghalau ayam yang berkeliaran dilesung tumbuk padi,sekali dihalau sekejap lari kemudian akan datang kembali.
Jadi bagaimanakah cara jalan penyelesaiannya?apakah bolih dirobah dengan corak pendidikan yang berteraskan islam atau dengan mengambil pendekatan melalui pendidikan yang sedia ada pada hari ini?
akan bersambung lagi....
sambungan...
Jika di sekolah kerajaan ada diujudkan Tabung kecermerlangan pendidikkan murid apa kurangnya dengan organisasi Pas mereka juga mengadakan tabung buluh .Sumbangan melalui tabung bulu ini adalah satu langkah alternatif yang baik kerana memandangkan cabaran dunia globalisasi hari ini dimana segala maklumat telah bolih diekses dirumah mengakibatkan orang ramai sudah malas untuk keluar mendengar sebarang ceramah politik sekaligus kesannya agak sukar untuk petugas parti untuk mengumpul derma yang disedekahkan olih orang ramai yang datang mndengar kesatu satu program ceramah.
Jadi dengan adanya Tabung buluh ini setidak tidaknya dapat juga sedikit sebanyak para petugas parti mengumpul dana untuk bolih diimfaqkan bagi menampung kos dalam menghadapi sebarang pilihanraya..
akan bersambung lagi....
Sambungan:
Sebelum saya terlajak jauh tersasar dan terkeluar dari topik asal iaitu PIBG maka adalah baiknya saya fokuskan kembali kepada agenda meyuarat PIBG, kelihatannya tidak ada sebarang konflik yang menghangat suasana mensyuarat pibg pada tahun ini,mungkin disebabkan mesyuarat kali ini telah diselamatkan olih deraian hujan yang agak lebat menyebabkan ramai ibubapa ingin cepat menyudahkan mesyuarat tambahan pula bau baun gulai kawah yang datang menyusuk masuk kehidung membuatkan ramai orang bergelora perut menahan lapar untuk segera menjamu selera,namun demikian suka saya ingin memaparkan satu ucapan tanguhan olih seorang AJK. Ucapan tangguhan tersebut lebih kepada ingin mengemukan soalan.
katanya 'baru baru ini hampir semua murid murid tahun5 sekolah rendah kebangsaan diperingkat DUN Ajil telah menerima pemberian sumbangan EBook dari kerajaan Negeri dan telah disampaikan sendiri olih YAB Menteri Besar Dato" Seri Ahmad Said.Olih yang demikian pengisian EBook ini sudah tentu sama isi kandungannya dengan apa yang terkandung didalam buku Tek, persoalannya sistem perbelajaran selepas pemberian EBOOK juga ada kesan sampingan sebagai contoh murid murid agak rasa terbeban kerana terpaksa membawa dan memikul beg yang agak berat kerana telah ditambah dengan EBook dan dimasa yang sama buku Tek juga terpaksa dibawa sama kesekolah, jika sebelum ini hanya buku tek sahaja tetapi kini apabila beg bercampur muatan ebook maka beratnya sudah terlebih satu kali ganda,aduh kesian juga melihatnya, kadang kadang dilihat murid murid termengah mengah mengalas beg sehinggakan hendak melompat longkang sekolah pun tidak lepas,jadi untuk mengatasi masaalah ini apakah tindakan dan langkah dari pehak sekolah untuk mengatasinya? Soal penanya merangkap pemberi ucapan tangguhan tadi.
tok ayah su-masih dipilih dan kekal sebagai AJK PIBG.....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan