arkib

Khamis, 28 Ogos 2008

Anak anaklah "modal insan"ku (2)

KEPADA ANAK ANAKKU

Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah S.W.T kerana hari masih lagi dapat menikmati keindahan alam maya dan dipanjangkan umur ,dengan tarikh 28.8.08 genaplah tarikh lahir setahun lagi umurku,walau pun angka 8 dianggap bertuah untuk diri ayahdamu,tapi percayalah apa yang ada pada abah hari ini adalah hanya satu laluan sukar yang telah ayahda lalui sebelum ini dan teramat sukar untuk diceritakan .Tidak dapat juga hendak dibayangkan betapa azabnya kesengsaraan arwah datuk nenek kita yang terdahulu tempohi.

Pernah diceritakan apabila sebuah keluarga yang lahir dari luar lingkungan istana akan terus terpinggir menjadi raja jembal (raja kebanyakan) lalu terus jadi rakyat kampung biasa, hilanglah segala gelaran yang ada,sebarang keistimewaan kerabat akan lenyap dengan sendirinya,segala galanya akan jadi metos dan kenangan semata,tapi itu hakikat kehidupan institiusi beraja bukannya reality kehidupan ayahdamu,Walaupun nenekda kamu pernah berkata “ penghulu yang berkuasa ketika itu sengaja menghilangkan asal usul gelaran Cik Siti Wan Kembang kerana kemiskinananya”, namun demikian ayahda mu ini kurang percaya kerana APALAH ADA PADA NAMA SEMUANYA HAMBA ALLAH BELAKA yang lebih itu hanyalah kurnianya jua.

Adapun bermulanya putik zuriat ayahdamu ini dinegeri Terengganu Darul Iman akan tetapi apabila sampai saat hendak dilahirkan bonda ayahda telah membawa perut yang sarat ketika itu kenegeri Kelantan maka lahirlah ayahdamu ini dinegeri Darul Naim pula.
yang juga digelar negeri Cik Siti Wan Kembang,jadilah istilah 2 dalam 1 ditambah pula kelahiran ayahdamu menjadi lebih istimewa dengan kembar sepasang lelaki dengan perempuan yang pertama dalam rekod dunia (tolong betulkan fakta ini jika salah) bagaikan menara kembar petronas.

Semasa berusia 4-6 tahun nenekdamu sering membawa ayahda mu ini kemana mana masjid yang ada majlis ilmu agama yang dihadhirinya sehinggakan ayahdamu turut sama bolih menghafal sehingga kehari ini sifat 20 (mengenali sifat yang ada pada allah s.w.t) malah pernah digelar olih orang orang dewasa ketika itu sebagai Imam M…….i.

Apabila cukup umur 7 tahun, ayahda dibawa kembali keNegeri Terengganu untuk menduduki kelas sekolah rendah,kemudian genap 10 tahun ayahda dibawa balik kembali semula keNegeri Kelantan, dalam seusia ini ayahda dihantar pula kePetani (Thailand) untuk belajar Agama disana tetapi malangnya ayahda tidak dapat bertahan lama disini, lalu kembali balik semula keKelantan,itulah ayahda kehidupan ayahda bagaikan bola seolah olah ditendang kesana dan kesini,musibah ini menimpa adalah sebabnya tiada lain kerana bapa ayahda meninggal dunia ketika ayahda masih kecil lagi.Jadilah ayahda sebagai anak yatim,tiada bapa untuk bermanja dan bonda ayahda pula hilang tempat pergantungan…..hu…hu…hu….sedihnya !!

Olih kerana tempoh masa kanak kanak banyak hidup bersama dengan keluarga angkat, natijahnya banyak pelajaran tidak dapat dipelajari dengan sempurna sehinggalah kehari ini ayahda masih tetap akan berusaha untuk menambah ilmu didada seberapa terdaya yang mungkin selagi kudrat masih ada,belajar tidak akan tamat “dari buaian hingga keliang lahat” (minal mahdi wal lahdi).

Poksu-pernah ditohmah jadi anak angkat kepada mahafiraun,sebenarnya secara kebetulan beliau seorang berpandangan jauh (wawasan 2020) manakala poksu pula berwawasan ke Akhirat…..!!!!

Rabu, 27 Ogos 2008

TABIK HORMAT PERMATANG PAUH !!


Ramai telah menduga DSAI akan menang akan tetapi ramai tidak menyangka telahan poksu dalam artikel siri yang lalu telah membayangkan bahawa kemenangan DSAI diParlimen Permatang Pauh akan memperolihi jumlah undi mojoriti yang lebih besar berbanding dengan angka yang pernah diperolihi olih Dr Wan Azizah sendiri sebelum ini.Tepat dan betul juga rupanya jangkaan poksu bagaikan nujum pak belalang …he…he…ha..ha…

Soalannya,adakah dizaman serba canggih ini ilmu tok bomoh@tok dukun masih releven?Apakah dengan membaca jampi serapah termasuk mengunakan ayat ayat suci al- Qur”an bolih diketegorikan bernujum?.Ada juga pendapat,jika benar air tawar jampi itu mujarab,buat apakah lagi perlu digunakan khidmat doktor atau hospital.Mengikut ilmu firasat perubatan sebenarnya ianya banyak bergantung pada keadaan keserasian sesaorang , jika minda dan saikologinya sudah yakin dan rasa serasi,diberi tahi kambing sebagai ubat pun bolih jadi sembuh penyakit yang hidapinya, betulkah begitu? Tetapi ingat ingat,jangan sebarangan kerana ilmu tok pawang ni bolih makan diri sendiri,bolih dirasuk dan bolih naik “seikh” ! (itulah yang pernah kita lihat) Pernah juga orang orang tua tua duhulu memelihara sejenis makhluk jadian atau dengan panggilan manisnya “jin islam”, ada sebilangannya untuk tujuan menjaga kebun tanaman atau untuk menjadi teman ketika pergi ketengah hutan bagi menjalankan kerja kerja meneroka tanah tanah pertanian.Akan tetapi ada juga yang salahguna misalnya menggunakan khidmat dukun ini untuk ilmu hitam seperti menaburkan tanah dari kuburan untuk tujuan menakut nakutkan atau mengurangkan laris sesebuah kedai makan atau premis perniagaan.(minta dijauhkan).

Ada pula sebilangan tok pawang ini mengunakan jampi serapah untuk tujuan ilmu pengasih dengan cara membaca mengunakan ayat ayat doa nabi Yusuf (nabi yang tercantik diantara nabi nabi) dengan harapan bolih sama menjadi kacak dan lawa dipandang, sebagai contoh ayat jampi mengikut loghat/dailek bahasa kelate “aku cebok air tergumba gumba (pump)bunga cempaka bunga seputih,aku rendam aku jirus kemuka n…i Y..s….f, jatuh air kemuka aku,wahai si minah (sebut nama sesiapa yang berkenan dihati)mu cinto kasihlah kat aku,dengan berkat kata La….ha….ila…..Mo…..R…..l….h”
Kemudian air tadi dibuat mandi atau bunga tersebut diberi cium secara sembunyi sembunyi kepada mana mana lelaki@perempuan yang mana berkenan dihati… he..he..ha..ha… (AWAS! pesanan poksu,jangan diamalkan kerana ia hanya satu contoh shj).

Kenapalah poksu tulis melalut dan meleret leret pulak kali ini ya? Sebenarnya tujuan poksu hanya sekadar hendak mengucapkan tahniah kepada DSAI diatas kemenangannya (walaupun agak terlewat sehari kerana masaallah talian streamix) dan juga hendak mengucapkan syabas kepada pengundi Permatang Pauh kerana tuan tuan/puan puan telah berjaya memilih seorang wakil yang dipercayai bolih membawa kesuatu era baru dalam sejarah politik tanah air M”sia yang kita semua cintai ini.Kepada BN ingatlah ! “Menang dan kalah adalah adab pertandingan ” jadi terimalah hakikat seadanya……

Cuma satu lagi poksu nak petik kata kata Saidina Abu Bakar r.a setelah beliau dipilih menjadi khalifah dengan marhumnya “aku bukanlah orang yang terbaik dikalangan kamu setelah kamu berkehendakkan aku menjadi ketua kamu,jika salah perbetulkanlah aku, jika benar patuhlah kepada aku selagi aku taat kepada allah dan rasulnya” kemudian bangkitlah salah seorang dengan berkata “wahai amirul mukminin,jika kamu salah kami akan perbetulkan dengan pedang ini,jika benar kamu akan mendapat rahmat dari allah” lalu dijawab balik olih Saidina Abu Bakar r.a “Alhamdulillah,masih ada lagi umat Muhammad yang berani menegakkan keadilan”.Olih sebab itu mampukah kita bersikap sebagaimana yang ditunjukan olih sahabat Nabi tersebut?

Poksu-Pun ada persaingan dalam perniagaan,maka tiadalah bezanya jika dunia politik pun begitu juga asalkan ianya berjalan dengan cara yang betul…tidak benarkah begitu??

Isnin, 25 Ogos 2008

BU.....T vs DU......T


Sudah beberapa hari poksu tidak “update”kan blog ini disebabkan kesibukan poksu meghadhirkan diri dalam satu seminar/kursus yang dianjurkan olih TEKUN nasional disalah sebuah resort dan pusat riadah yang agak terkenal diDaerah Setiu Trg. seramai 34 orang perserta kursus telah berkampung disini selama 3hari 2malam.Semasa didalam majlis pembukaan para peserta kursus telah diberi taklimat dan penerangan rengkas olih seorang penyelia kursus En Mazlan dan juga dari Puan Siti Rossida Sa”adon sebagai pegawai Pengurus Tekun Negeri Terengganu.Antara lain diantara objektif kursus ini diadakan katanya adalah untuk memberi pendedahan akan selok belok ilmu simpan kira kira dan juga bagaimana cara cara hendak membuat pengurusan pemasaran khususnya kepada para usahawan bumiputra tajaan Tekun Nasional.

Di sepanjang tempoh masa kursus ini poksu telah diberi kepercayaan olih para peserta dengan memilih poksu sebagai ketua dengan gelaran TUAN CEO (kembang kecut hidung poksu dengan gelaran tersebut…he…he…he…) Poksu dapati para peserta kursus ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan pelbagai latar belakang perniagaan,ada yang masih muda berumur belasan tahun sehinggalah ada yang telah mencecah umur warga emas juga setengah daripada jumlah itu terdiri daripada kaum perempuan, manakala jenis perniagaan pula berbagai bagai,ada didalam bidang pertanian,ada penternakan,pembuatan,peruncitan dan perkhidmatan.

Apa yang agak membanggakan ialah ada golongan muda ini walaupun dianggap masih mentah kerana rakan sebaya mereka masih lagi dalam keadaan leka denga suka berpoya poya dengan budaya nagatif namun dibengkel ini Trend nya agak berlainan sekali,ada yang nekad untuk mengambil risiko untuk terjun kealam perniagaan yang belum tentu tahu lagi akan dimana hujung jatuhnya,senario ini dilihat amat berbeza dizaman 20tahun kebelangan dahulu dimana para belia atau anak anak muda lebih suka memilih untuk berkerja makan gaji dengan orang,akan tetapi hari ini mereka ingin menjadi tokey sendiri,syabas diucapkan!

Semasa sessi ucapan pergulungan dihari akhir kursus,poksu telah berucap sebagai mewakili para peserta dengan melahirkan rasa bertuah kerana 34 orang telah berjaya terpilih ntuk menghadhirkan diri kesuatu majlis ilmu perniagaan yang dilaksanakan secara percuma kerana dibiayai sepenuhnya dari dana Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan sekaligus merakamkan ucapan terima kasih kepada TEKUN secara khusus diatas susah payahnya menganjurkan kursus ini.

Namun demikian masih ada juga dikalangan para peserta yang masih keliru dengan kaedah pinjaman kerana dikatakan sesetengah daripada pinjaman yang dibuat tidak dikenakan sebarang faedah bunga sebab dibawah skim pembiayaan Tekun Terengganu (Qardul hassan) manakala sesetengahnya pula dikenakan faedah sehingga 4%.Olih yang demikian mereka mengharapkan agar dapat diselaraskan dan jika perlu dihapuskan terus faedah tersebut kerana ianya juga adalah satu tuntutan agama kita.


Manakala antara lain poksu juga mencadangkan agar TEKUN mengambil contoh pemberian wang untuk pembiayaan pemandu pemandu kereta sewa negeri Terengganu yang mana kita difahamkan mereka mereka ini berolih sejumlah wang tunai sebanyak rm 12.000 (dua belas ribu ringgit m”sia)setiap seorang secara percuma tanpa apa apa bayaran dikenakan untuk tujuan kegunaan penjenamaan semula teksi/kereta sewa selaras dengan kehendak semasa agar kereta sewa atau perkhidmatan awam dinaikkan taraf dan selesa pengguna.Berdasarkan sebab sebab tersebut maka poksu mengharapkan agar pehak Tekun atau Kerajaan sendiri agar dapat menimbang dan mengkaji semula akan keperluan peniaga kecil bumiputra melayu dinegeri ini untuk mendapat hak yang sama dengan pemilik kereta kereta sewa yang poksu maksudkan tadi.Jika ini dapat dilakukan maknanya barulah kerajaan begitu telus dan bersungguh sungguh dengan seiklasnya ingin membantu.Semasa pembentangan cadangan ini poksu lihat ramai yang terpegun dan kelu dan segan silu untuk menyokong cadangan tersebut,almaklumlah…faham… fahamlah..!!

Selain daripada itu disepanjang pembelajaran berlangsung,ada diantara pensyarah jemputan itu bolih dikatakan hebat hebat juga kerana dapat menghidupkan suasana ceria didalam kelas dengan kata kata “joke” jenaka sekaligus dapat menghilangkan rasa mengantuk,akan tetapi malangnya ada juga kata kata berbau mesej politik sebagai contoh memberi gambaran soalan “siapa orang yang paling bahaya atau mengancam keselamatan jika dibuat perbandingan kelakuan suka diantara BU….T vs DU….T ?? (maksudnya liwat dengan Tantunya)


Poksu-kadangkala rasa pelik juga apabila melihat gelagat orang orang kita yang suka mendahului membuat keputusan hukum sebelum mahkamah membuat keputusan rasmi….!!

Rabu, 20 Ogos 2008

LAGU: "SEMBOYANNN TELAH BERBUNYII....!!"


Peranan pasukan tentera didalam masyarakat semasa negara dalam keadaan aman seperti hari ini tidak begitu menonjol dan ditonjolkan,ini tiada lain sebabnya adalah kerana tentera merupakan benteng terakhir, jika sekiranya suasana negara tidak dapat lagi menjaminkan keselamatan berada ditahap situasi yang memuaskan,maka tatkala itu pertahanan dibarisan hadapan pemerintahan sudah tentulah pasukan tentera akan memainkan peranan utama, langkah ini akan dibuat setelah difikirkan dalam beberapa aspek seperti sistem ekonomi negara sudah kelihatan tidak lagi berdaya maju, perkembangan para pelabur dari luar juga sudah tidak lagi menaruh minat untuk masuk menanam modal dalam ekuati harta tanah mahupun dalam sektor perusahaan atau pun perkilangan,dimasa yang sama syarikat glc banyak yang gulung tikar,bila mana semua ini berlaku ia akan bolih ditafsirkan kegawatan sosial ekonomi sedang melanda sekaligus akan melibatkan ketidak stabilan pasaran dan kelembapan ekonomi yang serius dan kadar inflasi melonjak naik.

Manakala iklim politik pula sering menimbulkan suasana cemas dan panas,kedudukan para pemimpin rakyat/masyarakat juga akan tergugat dengan kelahiran sikap yang suka berkonfrantasi dan berkonspirasi,jika ditambah pula kecelaruan pendapat dan hujah dari para ilmuan agama (ulama”) maka akan bertambah resah dan gelisah lagilah akan sekelian rakyat jelata.Berdasarkan fakta ini seharusnya ia perlu dibendung segera.
Natijah ini sudah tentu akan merosakkan dan merubah sistem nilai gaya hidup, momentemnya banyak daripada perkara baik tidak dapat diamalkan manakala budaya buruk akan terus merebak dengan cepat,ini kerana senarionya adalah sudah tidak lagi seimbang terutama berkait dengan perkara kerohanian berbanding gejala sosialisasi malah ada yang bertindak ikut “nafsunafsi”sendiri sendiri.

Jika dipandang secara kasar suasana dewasa ini sudah terdapat sedikit daripada ciri ciri yang tersebut diatas.Petanda dan buktinya sudah cukup jelas walaupun peratusan masih rendah, sebagai contoh kes kes kebinatangan seperti culik,rogol dan bunuh melibatkan kanak kanak seolah olah sudah menjadi habitat semula jadi manusia,kes adik Nurin sudah genap setahun (20.8.07) namun masih lagi menjadi mesteri,peningkatan kadar jenayah pecahan mengikut daerah hampir 70% naik (sila rujuk akbar sinar harian edisi Trg :20 Ogos 08 mk N 12) malah jenayah kolar putih tidak kurang juga hebatnya,hampir kesemua akbar hari ini melapurkan kes rasuah yang melibat golongan profesional atau pun Pegawai yang berpangkat besar.Ini semuanya sudah tentu membimbangkan dan mengerunkan kita semua.

Manakala golongan bawahan seperti petani,nelayan dan para peniaga kecil masih lagi terkial kial dan gelisah kerana terhimpit dengan kos belanja perkapita keluarga yang semakin meningkat ekoran kenaikan harga minyak dan gas tempoh hari.Dengar ceritanya akan ditambah beban lagi dengan kanaikan takrif elektrik.Sebenarnya golongan inilah yang terus tercicir dan hanyut dalam arus pembangun jika sekiranya tiada usaha usaha daripada pehak pehak tertentu untuk mengatasinya,percayalah bukan semua golongan marhain ini malas berusaha,didapati mereka telah menambah dengan melipatkali gandakan lagi usaha, jika sebelumnya hanya berkerja disiang hari sahaja akan tetapi sekarang ini mereka juga terpaksa mengabaikan pelajaran anak anak dirumah untuk keluar bekerja disebelah malam pula.Apakah kita mahu mereka ini terus terusan bekerja 24 jam sehari??

Poksu bangkitkan ini semua adalah atas sifat kesedaran kerana ada dikalangan bekas sahabat sahabat poksu yang sama sama berkhidmat dalam tentera dahulu kehidupan mereka masih lagi daif dan kurang pembelaan sewajarnya,mereka merasakan seolah olah berada dalam sausana negara yang dilanda dharurat, olih sebab itu ada sebilangan daripada mereka sanggup untuk kembali turun kemedan juang dengan alasan "alang alang susah biarlah susah yang berkribeliti demi mempertahanan maruah diri,keluarga,agama, bangsa dan negara",identiti sebagai ‘Pahlawan Harapan Negara” mesti dipertahanakan..!!

Poksu sebagai anak kelahiran selepas merdeka sudah tentulah hanya sekadar dapat mendengar kesah suka duka perjuangan mereka yang terdahulu sahaja iaitu ketika negara dalam keadaaan dharurat, akan tetapi tidak sampai mahu merasainya untuk kesekian kalinya (jika bolih). Namun demikian tugas tentera semasa aman juga memerlu latihan demi latihan yang rapi dengan itu masyarakat juga tidak seharusnya memandang sepi akan pengorbanan mereka ini kerana risiko pertaruhannya adalah nyawa antara hidup dan mati. Jesteru itu anggapan masuk tentera untuk kerja makan gaji semata mata juga tidak releven sama sekali.

Poksu-rasa terkilan jika bila terdengar walaupun seinci tanah air ini tergadai atau bertukar tangan kepada bangsa asing kerana seolah olah titik peluh dan air mata duka kami dipersia siakan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG BAKAL TIBA....!!!!

Selasa, 19 Ogos 2008

DENGAR DULU PESANAN PENAJA !!



POWER ONLY IN THE WOLD
(KUASA HANYA DIDUNIA)












Tak tengok rugi (sebab tak tahu apa ke bendanya?)
Ini lah sup Green Boc (gb). oppp!! silap....Sup Gear Box
iaitu sendi isi paha lembu.



Tengok pun rugi (sebab tak dapat rasa sedapnya..!)
Air tulang sum sum nya dihisap dengan strow, Sruuupppp...sruuupp.....
best in the wold!
Jika para pembaca berkesempatan berkunjung kesini janganlah lupa singgah untuk menikmati kerana uniknya kedai ini ialah terdapat banyak juadah yang dijual berasaskan pelbagai jenis sup panas panas termasuk sup “gear box”,untuk memudahkan anda menuju kelokasinya silalah ingat panduan yang diberi ini:-

Bila sampai diSimpang Tiga berhampiran Masjid Pekan Ajil sama ada dari Kuala Berang atau dari Bandar Kuala Terengganu, jangan lupa lihat papan tanda jalan keKUANTAN kemudian kira kira ½ km dari simpang ini akan terjumpa jambatan sg. Ajil,sebelum jambatan itulah kedainya, JeNama restoran"Sup Sri adidah",jangan lupa kesini...sini...sini.....sini....!!!!
Poksu-i see...one stop centre for "Oo Groupe" politiking discas here and family choice eating out (saya lihat... disini pusat perberhentian untuk berkumpul politikus dan tempat ahli keluarga keluar makan makan).

Ahad, 17 Ogos 2008

Dipetik daripada TranungKite Online sebagai berkata:-


Kenyataan Terperinci PGSM Berkenaan Isu Sumpah
Persatuan Peguam Syarie Malaysia(Shariah Lawyers Association of Malaysia) Sekretariat PGSM Mahkamah Syariah Wilayah PersekutuanJalan Damansara, 50675 Kuala Lumpur.Tel : 03-2274 1499 Fax : 03-2274 1499 Web site : www.pgsm.org.my KENYATAAN AKHBAR SETIAUSAHA AGONG PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIATUAN MUSA AWANG p.p.n16 OGOS 2008 bersamaan 14 Sya’ban 1428H
SUMPAH SAIFUL TIDAK BERNASKAN HUKUM SYARAK
Menyentuh tentang sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008, bahawa dia diliwat oleh DS Anwar Ibrahim.Saya dengan ini mengutarakan kenyataan dan pandangan berikut, berhubung perkara di atas :-Bahawa sumpah yang dibuat oleh Saiful adalah tidak bernaskan dan tidak berlandaskan Hukum Syarak.Tiada kaedah sumpah Syarak dalam kes-kes jenayah syariah yang melibatkan hukuman ta’zir. Sumpah syarak dibenarkan dalam kes-kes qisos dan hudud dalam keadaan-keadaan yang tertentu sahaja. Sumpah juga hanya terdapat dalam kes-kes mal, yakni yang melibatkan pertikaian suami isteri atau rumahtangga, atau perebutan harta.
Sumpah syarak perlu dilakukan di dalam Mahkamah, setelah diperintahkan oleh Hakim, bukan di tempat awam atau di dalam masjid. Sumpah yang dibuat oleh Saiful secara tidak langsung telah mencemarkan intitusi masjid sebagai tempat beribadat umat Islam.Sumpah dengan memegang atau menjunjung al-Quran bukanlah dari amalan atau ajaran Islam. Sumpah menjunjung atau memegang kitab suci adalah dari amalan Kristian.Sumpah yang dibuat oleh Saiful seolah-olah telah menggangu proses dakwaan dan perbicaraan terhadap DS Anwar Ibrahim, kerana kes sedang berjalan di Mahkamah. Sepatutnya segala dakwaan atau hujah atau keterangan Saiful perlu dikemukakan di dalam Mahkamah, bukan di tempat awam dan kemudiannya di siarkan dalam media, seolah-olah tidak tidak menghormati dan mencabar kewibawaan institusi Mahkamah.
DS Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah menjawab dakwaan Saiful, kerana dalam Islam tidak terdapat kaedah sumpah Syarak dalam kes-kes melibatkan tuduhan liwat.ULASANDalam undang-undang jenayah Islam, beban untuk membuktikan fakta tertentu adalah terletak pada orang yang mengemukakan dakwaan, dan mengkehendaki Mahkamah percaya akan kewujudan fakta tersebut. Seksyen 74 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1997 memperuntukkan – ”Beban membuktikan tentang apa-apa fakta tertentu terletak pada orang yang berhendakkan Mahkamah mempercayai tentang kewujudan fakta itu.”Cara memberikan keterangan di dalam kes-kes jenayah syariah, keterangan hendaklah diberikan oleh pendakwa dan tertuduh, melainkan jika tertuduh mengaku salah. Seksyen 87 (3) Enakmen Keterangan memperuntukkan bahawa – ”Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberikan bagi pendakwa dan bagi tertuduh melainkan jika tertuduh mengaku salah.”Maksudnya terletak di atas bahu pihak yang mengemukakan aduan untuk membuktikan fakta yang didakwanya, dan tertuduh juga perlu membuktikan sebaliknya. Fakta-fakta ini perlu dibuktikan di dalam Mahkamah, bukan di tempat-tempat awam atau dimasjid.
Dalam kes-kes qisos (membunuh, memukul dan mencederakan, menggugurkan kandungan), walaupun ada nas-nas mengenai sumpah di atas, namun para fuqaha masih tidak sepakat dalam menerima sumpah sebagai dalil mensabitkan jenayah. Imam Malik, Syafie dan Ahmad berpendapat, sumpah diterima oleh Islam sebagai dalil atau bukti jenayah ke atas tertuduh jika tiada bukti lain, atau bukti tidak cukup. Sedangkan Imam Abu Hanifah berpendapat sumpah bukan suatu bukti atau dalil mensabitkan jenayah, tetapi satu cara bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh pendakwa ke atas tertuduh. Jenayah qisos yang dibolehkan bersumpah dalam mensabitkan jenayah hanyalah dalam jenayah membunuh sahaja.Dalam kes-kes yang melibatkan hudud (zina, qazaf (menuduh zina), minum arak, mencuri, samun, memberontak dan murtad), sumpah hanya diterima sebahagian kecil ulama’ dalam kes-kes tertentu seperti qazaf dan mencuri sahaja.Dalam kes qazaf (menuduh zina), menurut Mazhab Shafie, sekiranya pendakwa tidak mempunyai apa-apa keterangan atau tidak cukup bukti, maka tertuduh boleh diminta bersumpah menafikan dakwaan itu. Jika tertuduh bersumpah, maka gugurlah dakwaan itu. Walaubagaimanapun, Imam Malik dan Ahmad tidak menerima langsung sumpah sebagai satu bukti mensabitkan kesalahan qazaf.
Dalam kes mencuri, menurut Mazhab Shafie, sekiranya kesalahan mencuri tidak dapat dibuktikan maka pihak tertuduh boleh diminta bersumpah. Jika tertuduh enggan, pihak yang kena curi boleh bersumpah al-yamin al-mardudah. Tetapi pandangan ini tidak diterima oleh mazhab-mazhab yang lain. Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad berpendapat sumpah hanya boleh diterima dalam kes-kes mal atau sivil sahaja.Dalam kes-kes mal atau sivil, yakni yang melibatkan yakni yang melibatkan pertikaian suami isteri atau rumahtangga, atau perebutan harta, sumpah perlu dilakukan dalam Mahkamah setelah diperintahkan oleh Hakim untuk berbuat demikian. Seksyen 87 (1) dan (2) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 memperuntukkan :-”Dalam kes mal, keterangan hendaklah diberikan oleh Plaintif dan Defendan, dan jika Defendan menafikan tuntutan terhadapnya, dia hendaklah dikehendaki mengangkat sumpah mengikut Hukum Syarak.””Jika Defendan mengangkat sumpah di bawah subseksyen (1), tuntutan yang dibuat oleh Plaintif hendaklah ditolak.””Jika Defendan enggan mengangkat sumpah, maka Mahkamah bolehlah meminta Plaintif mengangkat sumpah dan dengan sumpah itu tuntutannya hendaklah diterima.”Dalam Islam, sumpah adalah dengan menyebut nama Allah, dengan menggunakan kalimah sumpah, ’Wallahi al-Azim, wabillahi, watallahi,’ dan tidak disyaratkan memegang atau menjunjung al-Quran.Sumpah memegang kitab suci adalah amalan agama Kristian, yang mana orang yang bersumpah dikehendaki menjunjung atau memegang Bible.
Sebagaimana umum sedia maklum, pertuduhan terhadap DS Anwar Ibrahim telah dibuat, dan kesnya akan disebut semula untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Kes tersebut sedang berjalan. Sepatutnya segala dakwaan tentang salah laku Anwar di kemukakan dalam proses perbicaraan di Mahkamah. Perbuatan mengeluarkan kenyataan atau membuat sebarang tindakan sedemikian akan menggangu dan merencatkan perjalanan perbicaraan di Mahkamah, dan ia seolah-olah tidak menghormati Mahkamah sebagai tempat membicarakan dan memutuskan keadilan.Liwat dalam undang-undang jenayah Syariah :Liwat atau homoseksual adalah perbuatan yang sejak dahulu lagi dipertikaikan oleh para fuqaha samada dia boleh dianggap zina atau tidak. Sesetengahnya berpendapat ia adalah zina berdasarkan hadith Abu Musa al-Asyari bahawa Nabi s.a.w bersabda :- ”Apabila lelaki bersetubuh dengan lelaki maka kedua-duanya telah berzina.”Akan tetapi kebanyakan fuqaha berpendapat bahawa liwat bukannya zina, kerana adat dan kebiasaan masyarakat tidak menganggap demikian. Tambahan pula bahaya atau kesan perbuatan liwat tidak sama bahaya dengan kesan zina yang melibatkan keturunan dan keluarga.Walaubagaimanapun para ulama sepakat bahawa liwat itu adalah perbuatan terkutuk dan berdosa besar.Liwat dalam undang-undang jenayah syariah adalah dikategorikan sebagai kesalahan ta’zir, yakni kesalahan atau perbuatan maksiat yang tidak ditentukan kadar hukumannya oleh Syarak. Ia tidak termasuk dalam kesalahan hudud atau qisos. Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 memperuntukkan bahawa – Seksyen 25 – ”Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.”Manakala Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memberikan tafsiran yang lebih luas, di mana Seksyen 28 Enakmen memperuntukkan bahawa : ”mana-mana orang yang melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii dengan mana-mana lelaki, perempuan atau binatang adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.”
Sekian, untuk siaran. Terima kasih.
MUSA BIN AWANG
019-3870105
Setiausaha Agong
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Poksu-sumpah tersebut dilihat tergesa gesa dan terdesak seolah olah tidak ada lagi tempoh masa untuk menunggu satu proses pembuktian dimahkamah,apa pun kita mengharapkan satu bentuk tindakan keadilan akan wujud bukan untuk DSAI vs SAIFUL sahaja tapi "untuk semua"!

RM sejuta milik siapa?


Deman politik dan deman olimpik sedang melanda negara kita,sama sama hebat dan sama “suspent”.Jadi apa kata jika poksu nak mengajak saudara pembaca untuk “releaf” minda buat seketika untuk melupakan dunia politik sebaliknya kita bicara soal olimpik buat sementara.Poksu hanya ingin fokuskan dalam acara kejohanan badminton kerana ianya dikatakan sudah menghampiri akan menjulang sebutir pinggat emas (dan tawaran sejuta ringgit)sekaligus akan menjulang naik nama Negara dipersadaa sukan yang paling berprestij didunia hari ini.Walaupun nisbah pingat yang diperolihi dikatakan tidak berbaloi berbanding dengan nisbah jumlah penyertaan namun setidak tidaknya ianya bolih menjadi satu kayu ukur sejauh mana langkahan kaki kita untuk meraih kejayaan keperingkat antarabangsa, dimasa yang sama juga setidak tidaknya dapat menghilangkan dahaga kerana kehausan pinggat emas disepanjang tempoh penyertaan kita didalam sukan olimpik tersebut.

Sebenarnya poksu bukanlah hendak membutakan mata khususnya dalam melibatkan diri didalam dunia sukan malah bukanlah juga seaorang yang begitu fanatik,olih yang demikian izinkan poksu menceritakan sedikit pengalaman peribadi. Pada hemat poksu sukan juga adalah salah satu wadah yang bolih merapatkan hubungan “hablum minas” (hubungan sesama manusia),ianya salah satu cabang tuntutuan agama yang ingin melihat ikatan silaturrahim sentiasa terjalin sama ada hubungan secara individual ataupun secara “grouping” (kumpulan).Tidak betulkah begitu?.

Berbalik kepada pengalaman poksu dalam sukan badminton ini ianya bermula dari sejak masih kanak kanak ketika berumur sekitar 10 tahun lagi disekitar awal tahun 70an.Pada ketika itu poksu hanya sekadar menjadi penonton orang lain bermain kemudian sekali sekala meminjam “reket” untuk cuba cuba “try test”.Team yang poksu sertai ini kebanyakannya terdiri dari anak anak muda berbangsa cina/tionghua kelate,kemudian setelah mereka melihat poksu begitu bersungguh sungguh dan berminat untuk bermain,akhirnya seorang “sifu” bernama cikgu Chong telah menghadiahkan poksu satu set “reket kayu” yang berjenama agak mahal dan tinggi juga mutunya berserta dengan pengepit (sewaktu itu tiada lagi reket rengan faber seperti sekarang).Alangkah gembiranya poksu kerana hendak dibeli sendiri tidak mampu sehingga poksu terbawa bawa untuk dakap tidur….he…he…he…Diwaktu itu juga satu kejohanan peringkat dunia sedang top berlangsung (maaf piala apa poksu sudah lupa) yang banyak membariskan para pemain negara yang gah gah dan hebat seperti PunGunalan dan Ong Ban Be.

Setelah sekian lama menyepi diri kerana menyertai pasukan ketenteraan namun atas minat yang mendalam lalu poksu mengajak kawan kawan yang berjiran untuk membersihkan semak rumput lalang dibelakang rumah/Quarters untuk dijadikan gelanggan badminton,setelah siap akhirlah ujudlah satu team yang hanya sekadar untuk melepaskan gian dipetang petang hari setelah penat balik bertugas,disamping itu sekali sekala mengadakan perlawanan persahabatan dengan team anak anak muda kampung yang berdekatan dengan kem.Kesah itu semua hanya tinggal suatu memory yang indah dan tidak mungkin dilupakan sepanjang hidup poksu.

Poksu juga tidak terlepas peluang mengikuti perkembangan sukan badminton yang ketika itu membabitkan satu team adik beradik dari kalangan anak anak Dato” Sidek (Datin Dr Hasmah Mhd Ali isteri TDM pun nampaknya menjadi supporter no 1 ketika itu).

Hari ini tiba tiba sukan badminton meletup lagi kerana telah berjaya melakar satu sejarah melayak diri keperinggkat akhir diOlimpik,sama ada ianya melibatkan kejohonan secara “single”atau pun “double”itdak menjadi soal kerana ini tidak bererti satu kejayaan peribadi pemain tersebut (Chong Wei) semata mata malah ia juga membuktikan anak tempatan melayu/jawa juga mampu melatih anak Malaysia hingga bolih dikatakan membanggakan bagi seluruh rakyat Negara kita.(berlaianan dengan sukan bolasepak kerana ianya banyak bergantung dengan pemain dan juga jurulatih import).

Poksu-Telah diimport masuk kedalam kandang politik dan telah pun diberi gelaran “jogho kampung” olih kawan kawan….he…he…ha…ha…!!!

Khamis, 14 Ogos 2008

MSO,SMS dan GB jangan marah Poksu...!!!


Didapati sesuatu penulisan blog yang banyak memaparkan aktiviti politiklah yang dikunjungi ramai pembaca (termasuklah poksu).Jika corak penulisan seorang bloges itu suka membawa cerita gimik yang bolih menjadikannya panas dengan menjadikan sesaorang pemimpin itu sasarannya maka akan bertambah lagilah peminatnya kerana berjaya meraih perhatian dengan membuatkan sesuatu isu itu lebih sensasi.Amat jarang sekali kita dapati penulis blog yang suka membongkar kesah kapayahan dan keperitan hidup golongan marhain Cuba kita perhatikan diantara tiga orang blogers yang menjadi “forvorite” poksu untuk mengunjunginya.Pertama MSO kedua SMS ketiga Green Boc.

Apa pun poksu tidaklah mahu memfokuskan secara khusus,hanya cuma mahu dibuat secara rambang dan umum sahaja.Ada diantara mereka suka mengembar gemburkan kehebatan sesaorang pemimpin sehingga tidak menampakkan sebarang cacat celanya pemimpin tersebut,olih itu tidak heranlah sesaorang penulis blong juga bolih memainkan peranan untuk menaik dan menjatuhkan sesaorang pemimpin dengan olahan gaya bahasanya. Manakala jika sesaorang bloggers itu sudah sememangnya menjadikan saorang pemimpin itu sebagai majikannya maka sudah tentulah ia akan berjuang ber matian matian untuk mempertahankannya dengan menulisnya “tiada yang tidak betul melainkan yang betul belaka”.Manakala blogers yang agak marhain pula akan menulis segala bentuk kezaliman ,penindasan dan ketidakan adilan samada dipehak kepemimpin nya sendiri mahupun kepada seteru/pehak lawan idealogi politiknya.

Manakala poksu sendiri pula tak tahu pula nak letak dalam ketegori mana? Sebabnya poksu hanya penulis secara volentire (suka rela),olih demikian lebih baik poksu mengambil jalan tengah dengan mengambil sikap tanggungjawab sama rata sesuai dengan marhum seorang sahabat nabi Syaidina Omar Ibnu Al Khatab r.a yang bermaksud “kalau seekor anjing/binatang (yang jatuh rebah) ditebing sungai furat,nescaya aku takut akan ditanya mengenainya diakhirat nanti tentang kenapa aku tidak meratakan tanah jalan untuk dilalui (olih binatang) itu”.Itulah bentuk keadilan dan kesamarataan yang ditunju kan olih islam.Mampukan kita berbuat begitu?

Sementara itu poksu sempat juga pandang dengar secara sepintas lalu ucapan seorang pemimpin dewan pemuda Pas (yang berlangsung semalam).Yang mana intipatinya menyarankan agar ahli jamaah parti gerakan islam ini menitik beratkan unsur ber musyawarah yang berkonsepkan keputusan secara syura dalam pentadbiran organisasinya .Poksu sendiri pernah belajar dan pernah juga mempraktiknya.Diantara kebaikan dan keburukan konsep atau dasar ini antaranya bolih mendengar pandangan dari orang orang yang lebih pakar dalam bidang masing masing.Ini bererti tidaklah sesaorang pemimpin itu hanya bergantung kepada pandangan,kajian atau olih keputusannya secara individu dan berpusat kepada kuasa yang ada padanya semata mata. Pendekatan ini juga sekaligus bolih mengurangkan beban tugas yang banyak dan terpaksa dipikul seorang diri juga dapat mengelakkan berkemungkinan beliau melakukan kesilapan,almaklumlah bila berhadapan dengan masallah berat secara bersendirian pasti akan ada sentiment secara emosional dan sebagainya.

Manakala aliran pentadbiran berkonsepkan syura” melalui cara bermusyawarah akan didasarkan kepada ciri cirri perbincangan dengan mengambil pendekatan dari pandangan orang yang mahir dalam bidang masing masing pasti akan menghasilkan keputusan secara positif,untuk itu seorang pemimpin juga mesti bersedia menerimanya teguran atau pun nasihat,jika ada apa apa yang ingin atau hendak ditolak maka hendaklah dibuat secara berhemah dan berhikmah dengan alasan dan hujah mengikut fakta samada dari sumber agama atau secara collective (suara ramai) dan yang penting semestinya ada keikhlasan tanpa berpehak kepada kehendak nafsu .Itu barulah demokratik namanya. Tidak betulkah begitu? Dari natijah yang bolih diambil dari konsep syura” ini juga segala punca permasaalahan akan dapat diagih agihkan mengikut kapasiti tugas masing masing. Dimasa yang sama dapat menghindarkan sebarang bentuk fitnah yang berbangkit seperti pengamalan pentadbiran “ala dictator”.Surah Ali Imran :159 yang bermaksud “Dan jika engkau (Muhammad) bersikap kasar,lagi keras hati,tentulah mereka akan lari dari sekeliling mu. Olih itu maafkan mereka dan bermesyuaratlah (dalam urusan keduniaan dan peperangan) itu,kemudian selepas itu bertawakallah kepada Allah”.

Dalam sebuah buku ilmu psikologi menyatakan “sehebat mana sekalip pun kecekapan seorang pemimpin itu pasti akan menemui kegagalan jika sekiranya ia mencuba menguruskan sesuatu perkara yang berhubung dengan organisasinya secara persendirian”
Mengikut pengarang buku itu lagi Sebarang tindakan secara individu itu bolih memberi makna dia menghakimi sesuatu perkara yang ada keberangkalian untuk kepentingan untuk dirinya semata mata dan juga bolih disalah tafsir menyimpang dari matlamat asal dengan mengunakan kuasa untuk kepentingan peribadi atau kronism.Jika ini berlaku kestabilan sesuatu organisasi akan terjejas dan bolih membangkitkan strateginya akan digagal atau di sabotaj olih orang lain yang mengambil alih semasa ketiadaan ketua @ pemimpin itu (sebelumnya)….fikir fikirkan siapa yang dah terkena !!!


Poksu-pernah mendengar rungutan “ada pemimpin tidak pernah turun padang”,walhal pada pendapat poksu wakil pemimpin sudah ada diperingkat organisasi,jadi memadailah sesaorang pemimpin itu mengadakan jadual lawatan ke kawasan lokalitinya secara sekali sekala sahaja!!.

Selasa, 12 Ogos 2008

Aduan dan makluman


Baru baru ini poksu telah menemui seorang sahabat dipejabat tanah daerah (K.Berang) kerana hendak membayar hasil tanah,sambil menunggu nombor giliran kami berbual bual terlebih dahulu.Beliau menceritakan permasaallahan yang dihadapinya menyentuh hal pentadbiran pejabat tanah berkaitan dengan urusan hendak menyelesaikan pembahagian terekah tanah pusaka,katanya sudah dekat hampir setahun borang permohonannya telah dimajukan,dalam tempoh itu sudah acap kali juga dia naik turun pejabat untuk “follow Up” bertanya status perkembangan permohonannya, ada jawapan yang diberitahu kerana kelewatan tersebut disebabkan pegawai yang menguruskannya pergi bercuti,tetapi yang dia hairan,apakah tiada pegawai lain yang “handing over”(ambil alih).Jika begini katanya apa guna jadual jangka masa kerja sesuatu proses akan siap ditampal didinding,apakah hanya sekadar untuk buat sedap mata memandang tetapi sakit dihati ,dan yang lebih malang lagi katanya ada dikalangan penama pewaris tanah tersebut telah meninggal (mati) dalam tempoh itu,maka akan bertambah rumit lagilah masaallah tersebut baginya sebab akan melibatkan ramai dikalangan anak anak allahyarham akan datang menuntut. Jika begini nak disalahkan kepada siapa agaknya dalam soal ini.Waduhh!! kesian juga, berkerut dahi dia mengeluh panjang.

Poksu pun naik pelik juga dan rasanya adalah tidak munasabah perkara yang sebegini pun nak diadukan kepada yang Berhormat Wakil Rakyat untuk campur tangan baru nak bergerak agaknya,tentulah nanti bolih memalukan Pegawai Daerah atau pagawai pegawai yang berkaitan kerana masaallah sekecil ini pun tidak bolih di”handle” malah kelihatan seolah olah apa yang tertampang didinding tidak sama dengan realiti yang sebenar,poksu pun tumpang berserabut fikiran serta tumpang simpati dan merasa rimas dengan apa yang berlaku seolah olah bolih diagak mungkinkah ada kerenah birokrasi atau memerlukan sampul berisi “sesuatu” baru bolih berjalan lancar,awas! itu rasuah namanya….tidak mustahillah ada banyak lagi kes sebegini,pernah juga kita dengar banyak urusan berkaitan harta pusaka didapati susah hendak diselesaikan hinggakan berlapis lapis dari satu generasi kesatu generasi,tak selesai dan tak bolih nak dibereskan.Jika betullah apa yang dikat, kita nak menyeru dan merayulah,wahai pejabat tanah!Fikirlah !hari ini kita bolih kenakan untuk melengah lengahkan orang,entah entah pada masa akan datang tidak mungkin akan terbalik terkena kepada diri keluarga kita sendiri pula hanya masa sahaja yang akan menentukan,tidak kepada kita ,mungkin kepada anak cucu cicit kita kelak,jadi berfikirlah untuk jangka masa panjang!hanya itulah sahaja rintihan kami,moga moga didengari dan simpati lah hendaknya.Kesemua atas budi bicara anda,tinggal lagi hanya antara mahu buat dengan tak mahu buat,itu sahaja.

Selepas urusan tadi, poksu mengajaknya pergi minum minum dulu sambil pekena ‘Sup Power special”mudahan mudahan dapat melegakan fikiran yang bercelaru dan berserabut itu,alang alang dah sebut Sup,mungkin ada yang tertanya tanya dimanakah tapak kedai yang poksu maksud kan itu,Jika para pembaca berkesempatan berkunjung kesini janganlah lupa pula singgah untuk menikmatinya kerana uniknya kedai ini ialah banyak juadah yang dijual berasaskan pelbagai jenis sup panas panas termasuk sup “gear box”,untuk memudahkan anda menuju kelokasinya silalah ikut petunjuk ini:-sampai dilampu isyarat Simpang Tiga berhampiran Masjid Pekan Ajil,H.Tr,(datang dari Kuala Berang atau datang dari Bandar Kuala Terengganu pun bolih juga), kemudian masuk kejalan yang ada papan tanda tulis ke KUANTAN,dari sini kira 1/2 km dekat dengan jambatan akan jumpa lah kedai tersebut,okey!


Poksu-minta tolong sokong produk sahabat sahabat kita juga,itu saje terima kasih!

Ahad, 10 Ogos 2008

Jom ber "muhasabah diri" part 1


Pepatah melayu menyebut “marahkan nyamuk kelambu dibakar”(marahkan melayu bangsa pula dipersalahkan) Pepatah poksu “marahkan kerengga dihujun dahan,pokoknya pula ditebang”.Memang benar jika akarnya reput akan matilah ia,akan tetapi yang ditanam balik adalah dari spesis benih sama supaya hasilnya buahnya sama rasa khasiatnya walaupun pokok sahaja yang berlaianan(baru),inilah yang dikata “sama tapi tidak serupa”.

Poksu tidaklah nak membicarakan tentang seluruh umat manusia sejagat sampai keseluruh penjuru alam dunia ini.Rasanya cukuplah difokuskan sekadar untuk membicarakan dalam konteks permasaalahan yang dihadapi olih rakyat@masyarakat didalam Negara Malaysia yang kita cintai ini.Sememangnya kita dilanda delima “hendak bicara tentang islam semata mata tanpa meminggirkan kaum atau bangsa lain dalam sebuah Negara yang berbilang agama dan keturunan ini ,olih itu bolih diibaratkan menarik rambut dalam tepung,rambut jangan putus tepung jangan berselerak.seumpama payahnya seperti “hendak menelan mati mak,hendak di kahak mati bapak”

Namun demikian tidak bolih tidak , tanpa sentimen logo atau lambang sesuatu pertubuhan maka setiap orang (jika tidak pun poksu sendiri) hendaklah akur dengan mengakui Malaysia didalam perlembagaannya menyebut islam adalah agama resmi,jika ini tidak dipatuhi atau dihormati bagaiaman sesuatu bangsa itu yang mengaku ini adalah “negara tanah tumpah darahku” tiba tiba mengadu domba perkara lama yang telah diputuskan olih para pemimpin kita yang terdahulu.AWAS jangan bermain api kerana dimasa kecil ia bolih menjadi kawan bila besar ia bolih menjadi lawan.Jadi berpada padalah wahai kawan kawan !!

Disamping itu poksu juga ingin memetik isi kandungan dalam sebuah buku (walaupun belum mendapat kebenaran bertulis untuk menyiarkan artikel tersebut) namun untuk mengatasi kecelaruan yang timbul hari ini adalah tidak salah rasanya andaikata poksu perturunkan sedikit untuk dijadikan garis panduan,mudah mudahan keberkatan pahala akan diperolihi kepada setiap orang yang terlibat didalam penulisan/pembikinan buku tersebut,insaallah.

Jika nak ditulis satu persatu secara terperinci tentulah ianya memakan masa,untuk menyuruh pembaca membelinya ianya terhad kerana tiada dijual dipasaran.Tambahan pula poksu ada tanggung jawab lain yang perlu di “aula”kan dan dibereskan terlebih dahulu .Tajuk buku tersebut lebih kurang begini bunyinya “Masaalllah umat Jahilliah dahulu dan masa kini serta penyelesaiannya”.Jadi para pembaca semua marilah kita sama sama berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada poksu untuk meneruskan menulis dalam siri yang akan datang. Insallah.,kita tidak memerangi kaum,yang kita tentang ialah kaum yang menentang islam,namun tiada paksaan didalam islam,harap harap faham….bersambung disiri seterusnya-Jom minum dulu..

Sabtu, 9 Ogos 2008


Salam Hormat

Pada hari jumaat yang lalu,didalam bacaan khutbah jumaat,poksu dapati isi kandungan sedikit sebanyak telah berlaku perubahan,dimana buat pertama kalinya khatib menyebut pasal internet dan laman blog,jika dibandar bandar besar kemungkinan perkataan ini tidak asing bagi jemaah.Tetapi apabila ianya berkumandang dimimbar masjid yang berada diceruk hulu kampong,ramailah yang merasakan seoalah olah ianya satu perkara baru,bolih jadi perkataan internet sudah terbiasa didengari kerana ianya sudah lama ujud,namun bila disebut pasal blog mulalah ada yang tercenggan cenggan dan terlopong mulut mendengarnya terutama kepada pakcik dan pak pak aji yang telah berumur (warga emas). Mereka merasa janggal kerana setahu mereka blok ialah petak petak keluasan pembahagian tanah kebun untuk peneroka kebun kelapa sawit ,tetapi kali ini bunyinya lain sikit sebab ada idgham “g”(blog),ahh…istilah baru mengikut kolkolah bahasa arab kot !he…he…he…(nak tergolak eden dorgar dengan bisikan mereka).

Untuk pengtahuan pembaca,masjid ini adalah tempat poksu solat jumaat tanpa miss tiap tiap minggu.Olih yang demikian poksu membuat andaian bahawa blog poksu (berkatilah) ini telah dibaca olih khatib tadi,dan berkemungkinan telah hinggap menyenggat hingga kedalam teks bacaan khutbah,ibarat bola sudah masuk gol !jika didalam tentera dulu poksu bolih juga jadi penembak tepat tapi hari ini apa kurangnya (maaflah kadangkala jika tidak ada pembantu jadi ada baiknya kalau kita angkat bakul sendiri).Apa pun poksu nak ucapkan tahniah kepada alfadhil ust (khatib) tersebut kerana telah secara tidak langsung memperkenalkan apa itu blog kepada orang orang kampung (qariah masjid) pada hari tersebut.

Disamping itu poksu nak ucapkan syabas kerana telah berani membuat satu pendedahan dan banyak memberi nasihat kepada jemaah,antara butiran kandungannya yang poksu masih ingat ialah pengisian ilmu dengan menurunkan satu ayat yang berbunyi “jagalah diri kamu dan anakisteri kamu dari azab api neraka”.(sedikit sebanyak telah poksu ulas dalam satu artikel sebelum ini).Cuma yang masih menjadi misteri ialah pendedahan berkias dengan menyarankan “supaya para amir yang dipertanggung jawabkan dengan sebarang kutipan wang zakat agar beramanah untuk menyerahkannya kepada sasaran atau kepada pehak yang sepatutnya menerima”. Aikk !!disini bunyinya lain macam sahaja, seolah olah ada sesuatu yang tak kena (somethink wrong) Ada ke? Jika ada siapakah agaknya amir yang dimaksudkan itu?

Disamping itu,poksu nak tambah cerita sikit iaitu suatu kesah yang terjadi semasa hari pengundian pru ke12 tempoh hari kerana ianya juga jadi satu mesteri,puncanya ialah ada suara yang melahirkan rasa tidak puashati dan mempertikaikan cara pengurusan kenderaan yang ditugaskan untuk mengangkut para pengundi diupu masing masing.Kata mereka “duit ambil tapi kereta tidak bergerak pun”.Poksu nak jelaskan sikit,sebenarnya setahu poksu duit peruntukan tersebut tidak disalurkan kepada ketua kenderaan yang dipertanggung jawabkan untuk urusan tersebut akan tetapi sebaliknya disalurkan terus kepada pemandu,sebaiknya biarlah ikut protokol organisasi sikit,barulah tidak timbul isu ini, apa yang berlaku amatlah mendukacitakan, malah ianya bermula dihari penamaan calon lagi,dihari tersebut sepatutnya kehadhiran “supporter calon”sebaiknya biarlah berkongsi kereta,tapi malangnya dikalangan penyokong kebanyakannya masing masing hadhir guna kereta sebuah seorang,wah! hebat betul….persoalannya dimanakah yang dikatakan “koordinasi penjimatan minyak”?

Hanya sekadar itulah sahaja,mudah mudahan kita berjumpa didalam siri pendedahan yang lain (jika ada),insaallah.

Poksu-cuma niat nak pelbetulkan keadaan sekadar yang mampu!

Jumaat, 8 Ogos 2008

Isu semasa diwarung kopi


Hasil sembang sembang dikedai kopi mendapati orang ramai sudah mula lupa dan telah serasi dengan beban kenaikan harga barang barang dan juga minyak tempoh hari, mungkinkah ini yang dikatakan melayu mudah lupa agaknya,yang berbangkit sekarang ini pula ialah bila lagi kerajaan akan menurunkan harga minyak?,jika alasan yang diberikan dahulu disebabkan kononnya terpaksa mengikut pasaran global maka tiada sebab hari ini kerajaan tidak bertindak turut sama menurunkannya kembali setelah harga minyak dikatakan sudah turun semula.

Semasa bermulanya kenaikan harga minyak tempoh hari pun ramai yang mempertikaikan kewajarannya memandangkan katanya negara kita ini adalah merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak.Dengan alasan tersebut ada dikalangan orang orang kampong mulalah mengkira kira mengunakan metematik yang mudah,logiknya begini kata mereka “sebagai misalannya diandaikan seorang penternak lembu kampung yang tidak bergantung dengan makanan proses,katakan sebelum itu beliau menjual sesekor lembu dengan harga 1.000darham akan tetapi setelah harga dipasaran semasa meningkat naik lalu dijualnya dengan harga baru iaitu dengan harga 1.200darham, ini bererti penternak sudah mendapat rm200darham keuntungan (1.200-1.000=200) kemudian ditolak kos beri rebet 50darham untuk dijadikan“gula gula" kepada anakbuahnya,maknanya masih ada baki keuntungan dalam poket 150darham lagi.Lainlah pula jika penternak itu merupakan seorang pembeli dimasa yang sama menjadi penjual kepada orang (jadi tok peraih kata orghe kelate),ini bererti harga beli 1.200 dan apabila nak dijual balik sudah tentulah mesti lebih tinggi harganya daripada harga belian barulah dapat keuntungan.Inilah sifir conggak mudah yang digunapakai olih orang kampung,walaupun mereka ini tidak berkelulusan dioxfort universiti akan tetapi bolih buat teori ekonomi sendiri, namun begitu tidaklah pula sampai ketahap mereka nak membincang atau membandingkan kenapa dan mengapa negara lain yang juga merupakan negara pengeluar minyak bolih menjual dengan harga yang rendah pada rakyatnya sedangkan kita tidak bolih berbuat demikian walhal sama sama berstatus negara pengeluar minyak,inilah lah yang menjadi kehairanan mereka, tambah mereka lagi “biarlah dikalangan kepimpinan yang memperdebatkan isu tersebut”.

Manakala persolan yang timbul dikepala poksu sendiri pula ialah mengapakah harga barangan runcit dikampung kampung dikatakan lebih tinggi harganya berbanding dengan harga yang dijual dipasar pasar raya besar.Jika difikirkan kos mengurus dipasar raya lebih tinggi kerana terpaksa membayar gaji ramai pekerja,sewa premis,mengunakan kusa tenaga eletrik yang lebih banyak akan tetapi masih lagi pengusaha pasaraya ini mampu menawarkan harga yang lebih murah berbanding dengan kedai runcit biasa,sedangkan ada diantara premis perniagaan runcit dikampung ini hak milik sendiri tanpa menyewa dan guna tenaga pekerja pun tidaklah seramai mana.Persoalan ini masih lagi tidak ada jawapan untuk diulas kenapa dan mengapa bolih terjadi fonemena sedemikian rupa?.Paksu bangkitkan perkara ini adalah bersebab, antara sebabnya ialah kerana poksu dapati ada diantara kita terlalu banyak berpolitik (agaknyalah) sehingga kita mengabaikan perkara perkara besar tetapi dianggap remeh saja, yang sebenarnya ini adalah salah satu dilema atau beban yang terpaksa dihadapi dan ditanggung olih masyarakat khususnya dikampung kampong.

Dimasa yang sama poksu tidaklah hendak menyanggah pendapat yang mengatakan “apabila kita berada bersama didalam jemaah islam adalah terlebih baik kita jangan bercakap banyak soal duit ringgit nanti kelak akan dilebelkan sama dengan orang yang di”sebelah sana”.Memang tidak kita nafikan kemulian darjat ahli jemaah islam sedikit sebanyak bergantung dan berpegang teguh dengan tali Allah,akan tetapi persoalannya apakah segala isu yang tidak menyenangkan, kita abaikan begitu sahaja?,paksu rasa adalah tidak kena jika segala penyelewengan,salahguna kuasa,pecah amanah dan sebagainya tidak bolih kita dedahkan! Sedangkan ianya ada kaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan kehidupan seharian kita,jadi wajarkah kita menutup telinga dan tutup sebelah mata,begitu kah?Jika begitu dimanakah kita nak letak ayat “takmuru nabil makruf watanhau na anil mungkar”?

Kita jangan lupa disana juga ada ayat yang berbunyi “sebaiknya apabila mati sesaorang yang beriman itu dengan meninggalkan tiga perkara,pertama,ilmu yang bolih dimenafaat kan,yang kedua,sumbangan sedekah dan amal jariah,dan yang ketiga,anak anak soleh yang bolih mendoakan kepada kedua ibubapanya.Berdasarkan satu lagi ayat “jagalah diri kamu dan anakisteri kamu dari api neraka”,walaupun begitu cuba kita hayati satu lagi ayat “tidak beriman seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudara seagamanya seperti mana dia kasih kepada dirinya sendiri”,tak cukup lagi ! tengok pulak satu lagi ayat “dan jangan lah kamu mempersekutukan dengan apajua sekali pun,berbuat baiklah dengan ibubapa,kaum kerabat,anak yatim,orang miskin,jiran atau bukan jiran tetangga (surahAn-Nissa”:36), diantara banyak banyak hadith,ayat ini Rasulallah SAW bersabda dengan mengunakan nama allah yang bermaksud “Demi Allah, tidak beriman seseorang itu itu selagi jiran tetangganya belum terlepas dari melakukan kejahatan”.

Bertitik tolak kepada ayat ayat tersebut sebagai rumusannya membawa erti tidak cukup seseorang itu hanya sekadar mementingkan keluarga dan diri sendiri semata mata tanpa memperdulikan hal ehwal orang lain.Olih sebab itu marilah kita cuba besarkan sikit skopnya supaya menjadi seorang yang berjiwa besar dan sentiasa prihatin serta peka kepada isu isu semasa yang melanda negara secara amnya juga kepada masyarakat setempat secara khususnya,tidak semestinya kita perlu jadi seorang pemimpin besar terlebih dahulu barulah kita bolih bersuara,apa betulkah begitu?

Poksu-siapalah daku disisi allah jika tidak hanya sebagai hamba sahayanya sematamata…….olih yg demikian ampunilah daku ya allah , amin !!!

Rabu, 6 Ogos 2008

Apa ada diPutra Jaya?@putra yang berjaya siapa?


Sebagaimana ramai yang tahu,momenten untuk memotivasikan diri supaya senantiasa komited dengan apa jua perjuangan dalam mengharungi ranjau kehidupan seharian maka tidak bolih tidak (wajib) sesaorang itu mestilah memantap diri dengan apa jua cabang ilmu yang berkaitan,perkara ini sebenarnya senang diucap tetapi susah untuk dilaksanakan, ilmu yang selari dan seiring dengan kehendak duniawi dan juga tuntutan ukhrowi dikatakan terlebih afdhal kerana ada ayat yang menyebut “jika kamu inginkan dunia maka hendaklah berilmu dan begitulah juga jika kamu berkehendakkan akhirat juga dengan mesti berilmu”,terdapat juga ayat yang berbunyi “berkerjalah kamu seolah olah kamu akan hidup selama lamanya dan beribadatlah kamu seolah olah kamu akan mati esok hari”.Kedua dua element ini adalah ujian kehidupan untuk meluluskan diri untuk menuju kealam akhirat (bukan ke Putra Jaya semata mata) kerana ianya bersifat sementara,persedian yang sebenar ialah bercita cita untuk mendapatkan keberkatan.

Sudah menjadi lumrah fitrah semula jadi manusia agaknya apabila sesaorang itu lebih keilmuannya berbanding dengan orang yang berada disekelilingnya lalu membuatkan dirinya sering bersifat egois dan seringkali juga berperasan kononya hanya dia seorang yang lebih tahu,manakala orang lain bodoh belaka,untuk mengaku akan kelemahannya tidak sekali kali,untuk tidak menampakan kebodohannya (jika ada) lalu dia akan bertindak menunding jari dengan meletak segala kesalahan diatas bahu orang lain,walhal sengaja dilakukan semata mata untuk menyembunyikan sifat buruknya .Kadang kalanya akan terdedah juga tembelangnya setelah ada pehak yang berani menghukum (kegagalan itu) disebakan alibi daripadanya,tatkala itu baru dia tersentak dari tidur dan jika nak sedar pun akan jadi sedarlah ia.Olih yang demikian untuk menjadi seorang yang sering bermotivasi maka hendaklah ia melengkapkan diri dengan ilmu dan senantiasa bermuhasabah.Sebagai dalilnya cubalah baca ayat seterusnya didalam artikel ini.

Apa yang poksu nak fokuskan ialah berkaitan dengan ilmu semasa berada didalam akedemi ketenteraan disuatu ketika dahulu.Berdasar kajian dalam sebuah buku bertajuk “risalah perisikan ketenteraan islam” dipetik menceritakan separuh daripada strategi Nopeleon dan juga Diktator Hitler diRusia menemui kegagalan dalam peperangan disebabkankan salah satu puncanya ialah kerana mengabaikan aspek maklumat perisikan dan enggan menerima pandangan dan nasihat,didalam risalah ini juga menceritakan kepintaran Nabi Mohammad SAW begitu mengambil berat lapuran yang dibuat olihegent perisikannya dalam teknik teknik mencari maklumat kelemahan dan kelebihan pehak musuh termasuklah kemampuan musuh merancang strategi peperangan,jumlah kekuatan anggota dan jenis persenjataan,sumber kekuatan ekonomi dan sebagainya.Dalam erti kata lain baginda teramat peka akan persoalan ini sehinggakan beliau menganggap musuh yang tidak diketahui seumpama mendekatkan diri musuh kekubu sendiri untuk bersembunyi.

Jesteru itu persiapan yang rapi adalah perlu walaupun strategi ini menerangkan cara cara disegi ilmu peperangan namun demikian ianya juga bolih dikaitkan dengan gerakkerja politik kerana sirah perjalanan perjuangan Rasulallah SAW kesemuanya lengkap meliputi bab siasah syariah dan pemerintahan sehingga dalam bidang keusahawanan (perniagaan).
Menurut risalah ini lagi banyak menceritakah sejarah kegemilangan islam ketika itu untuk ditauladani khususnya dalam bab proses untuk mendapatkan sumber maklumat, didalam jangka masa waktu (perisikan) ini Rasulallah SAW melarang atau mestilah cuba mengelakan agar pertumpahan darah tidak akan berlaku sebagai mana taklimat yang disampaikan kepada egent risikannya Abdullah bin Jahassy.Namun demikian olih sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan diwaktu itu pertempuran juga tetap terjadi dengan kaum Qurais pada akhir bulan Rejab (bulan yang diharam untuk berperang).Peristiwa ini telah menimbulkan banyak fitnah yang dilemparkan terhadap tentera islam.Akhirnya turun ayat dari surah Al-Baqarah : 217 yang bermaksud “Berperang dalam bulan ini adalah berdosa besar tetapi perbuatan menghalangi (orang islam) dari jalan Allah dan menyekat umat islam kemasjidil Haram adalah terlebih besar dosanya,dan ingatlah angkara fitnah itu lebih besar dosanya daripada perbunuhan,mereka (orang kafir) sentiasa memerangi kamu kerana ingin memalingkan kamu dari agama kamu (islam),maka barang siapa yang berpaling tadah (murtad) lalu mati ia dalam kafir dan menjadi ahli neraka buat selama lamanya”.Dengan turunnya ayat ini dapat melegakan kegelisahan Rasullah SAW dan pengikut islam diwaktu itu.

Mesej atau moral ceritanya ialah betapa dalam dan tingginya ilmu ketenteraan islam dibawah kepimpinan nabi Mohammad SAW yang mempunyai dasar yang jelas iaitu supaya pandangan atau nasihat daripada egent agent keselamatan mestilah dihormati sebagaimana sebuah hadith yang diriwayatkan olih Abu Qasim Al-Baqhawi daripada Rasulallah SAW pernah bersabda yang bermaksud “aku mengutuskan bersama kamu seorang lelaki bernama Abdullah bin Jahasy r.a lalu baginda memberi gelaran “Amirul Mukminin”.Inilah juga merupakan gelaran darjah kebesaran yang pertama didalam sejarah Islam. Sekian,Wallahhuaklam!

Poksu-Hanya ada pingat Perkhidmatan Setia,…hu…hu…hu…sedihnya !!!

Selasa, 5 Ogos 2008

Anak anaklah "modal insan"ku


Pada suatu hari anak poksu yang masih menuntut dikelas menengah bertanya “ayah!modal insan itu apa?”.Anak poksu yang bertanya ini adalah seorang yang sangat suka membaca akbar dan katanya sering terbaca ada pemimpin yang menyebut perkara ini akan tetapi dia tidak tahu pulak apa yang dimaksudkan dengan modal insan tersebut. Lalu poksu menjawab dengan membuat tafsiran sendiri dengan mengatakan “macam ni , anak anak ayah yang ramai sekarang ini itulah sebenarnya dikatakan modal insan , sebagai contoh jika kita ada banyak duit dibank maka duit inilah yang akan jadi modal untuk kita buat berniaga,kalau perniagaan kita jatuh merosot pun kita tidak perlu risau sangat sebabnya kita sudah ada stok modal simpanan,begitulah juga dengan anak anak ayah yang ramai inilah juga sebagai pemberi modal kepada abah untuk membantu sekiranya ayah atau ibu bila sampai umur sudah tua nanti”.Anak poksu yang bertanya tadi mengangguk kepala dan berkata ”ooo begitu rupanya,patutlah keluarga kita ramai adik beradik ya ayah”(sambil berlalu pergi dan mengaru garu kepala,entahlah samada dia faham atu pun tidak),Aduh!susah juga poksu nak menerangkan kepada anak anak ni, akhirnya poksu tersenyum dan ketawa seorang diri...he…he..he…

Yang sebenarnya,mahu tak mahu kita kena terimalah anak anak ini sebagai anugerah Allah kepada kita mudahan mudahan dengan sebab musabat mereka itu kita akan dilimpahi rezeki yang lebih berlipat kali ganda lagi,yang penting poksu menganggapnya satu amanah yang harus dipikul dan mengambil tanggungjawab untuk mendidik dan memberi pelajaran secukupnya kepada mereka.

Pernah juga seorang sahabat memberi sindiran yang nakal, katanya “apo kono engkou ni jang,sapo suroh engkou ni buat anak aje korjenya,lopeh sorang sorang,nanti kang engkou jugok yang susoh”Mahu tak mahu poksu hanya mampu menjawab dengan berkata “bukankah nabi kita hendakkan supaya umatnya ramai,jika tidak masakan beliau menyuruh kaum jahilliah ketika itu berhenti dari membuat dosa dengan melarang membunuh bayi bayi yang baru lahir”(itulah saja hujah poksu).Jika dikaji,agaknya apa akan jadi jika amalan jahilliah itu tadi tidak dibenteras olih nabi Mohammad SAW,sudah tentu rasanya salah satu kesanya ialah bolih mengakibatkan ajaran islam itu sendiri sukar untuk berkembang kerana penganutnya bolih pupus/mati,kesan yang kedua ialah bolih menghilangkan keyakinanan manusia bahawa pemberian rezeki itu adalah sebenarnya datang daripada Allah SWT,kesan yang ketiga dan yang paling bahaya sekali ialah bolih mengancam penyebaran dakwah untuk mengajak kepada islam sebabnya ialah islam bolih jadi lemah dengan jumlah penganutnya yang kurang berbanding dengan ramainya jumlah penganut penganut ugama lain (kafir). Lainlah pula jika Allah nak turunkan pertolongannya, sebagaimana ada sejarah peperangan dizaman nabi bolih mengalahkan tentera musuh walaupun dalam jumlah yang sedikit berbanding dengan nisbah jumlah musuh yang ramai.Akan tetapi jika dilihat hari ini senarionya sudah jadi sebaliknya, sebagai contoh,cuba lihat diNegara Pelestin dan bandingkan dengan Negara Israel,siapa yang lebih ramai bilangan nya? Sudah tentu penduduk islam Pelestin lebih ramai akan tetapi kenapa bolih kalah juga?sebabnya tiada lain jawapannya ialah kerana tidak ada kesepaduan khususnya dikalangan umat islam diserata dunia itu sendiri.Sebagaimana kita tahu terdapat dikalangan sesama penganut agama islam itu sering bertelagah pendapat atau berbeza fahaman/mazhab yang kalangkala bolih menimbulkan ketegangan sehingga tercetusnya peperangan saudara (sesama sendiri).Dicelah celah perpecahan inilah musuh musuh islam mengambil kesempatan menusut masuk kedalam jamaah yang akhirnya bolih merugikan islam dan menguntungkan mereka,akibatnya yang maju siapa dan yang mundurnya siapa pula?


Jika dilihat dalam perspektif politik agak berbeza sedikit,dimana kebiasaannya kumpulan yang ramai penyokongnya bolih mengalahkan kumpulan yang mempunyai jumlah keahlian yang sedikit,kerana politik mengunapakai sistem demokrasi iaitu suara ramai bolih mengalahkan suara yang sedikit.Olih itu untuk membolihkan kita turut sama maju dalam arena politik maka tiada lain jalan melainkan kita kena meramaikan jumlah keahlian (cara poksu meramaikan jumlah anak untuk tambah keahlian dalam politik ...he…he…he…jangan mare !).

Kesimpulannya,tidak usahlah kita membuat amalan mengurangkan jumlah ahli keluarga (anak) semata mata kononya takut terhimpit dengan masaallah kemiskinan atau ke susahan kerana ianya bolih menyamai amalan dizaman jahilliah yang poksu sebutkan diatas tadi. Disamping itu poksu nak mengajak diri poksu sendiri dan para pembaca artikel ini marilah sama sama kita membunuh musuh yang ada dalam diri kita sebelum kita membunuh atau dibunuh olih musuh sebenar iaitu dengan membuang sifat buruk sangka, berniat jahat dengan cara mereka reka fitnah,suka jadi batu api iaitu ingin melaga lagakan sesaorang dengan sesaorang yang lain kerana kerja itu semuanya adalah agenda musuh yang sememangnya tidak ingin melihat kita kemana mana dan sebaliknya ingin melihat kita asyik kekal bercakaran .Akhirnya poksu nak nyanyi satu lagu,”Apo kono jangg,engkou monong ajoo,orang ko bulan,engkou dimano?

Poksu-Berhajat nak naik roket (DAP) nak pergi ke Bulan (PAS).Tapi bilo yo???

Isnin, 4 Ogos 2008


Alangkah bongkak dan sombongnya pahlawan melayu bernama Ezam,opp maaf silap tulis,sebenarnya Hang Tuah apabila dia berkata “hai Jebat! aku tak minta balasan simpati dari kamu”,sebaliknya Hang Jebat menjawab “wahai bang Tuah,cubit peha kanan paha kiri terasa sakit juga”.Olih yang demikian poksu berpendapat biarlah ada sesiapa yang bertindak gila gila untuk turut sama sama memberi hujah agar jenis manusia yang ego ini sedar dan bersedia mendengar.

Kata ilmuan Agama Yusuf AlQardawi (1999:82) “orang yang tiada ilmu berkaitan dengan tugasnya maka kerjanya lebih banyak merosakan berbanding daripada melakukan kebaikan”.Ini jelas sifat manusia yang bernama Hang Tuah yang sangat mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menurut nafsu melakukan kezaliman memutuskan ikatan setiakawan sejati yang telah terjalin bagaikan saudara sendiri.Apakah itu dikata pejuang sebenar?

Poksu tidak gemar membaca atau menulis bagaikan seorang professor yang mana banyak meleret leret sehinggakan adakalanya menjemukan sipembaca kerana mengambil masa untuk dihabiskan sesuatu topik semata mata hanya untuk menyelami isi kandungan yang tersirat. Olih itu biarlah poksu “go street to the point”.

Hendak direngkaskan cerita poksu nak menulis topik "dengarlah pandangan ku ini". Mengapa aku lebih selesa berada didalam sebuah Persatuan badan NGO dan mengapa pula aku lebih senang bersama sebuah pertubuhan gerakan parti politik islam?.Untuk pengetahuan pembaca semua, sebenar poksu menjadi ahli kepada tiga (3) badan pertubuhan/pakatan NGO. Yang uniknya NGO ini keahliannya terdiri dari pelbagai latar belakang fahaman agama dan berlainan idealogi politik kepartian.Namun demikian masih lagi ada ahli yang keliru dengan mengatakan badan NGO tidak perlu ada ikatan persefahaman dengan manamana kerajaan yang memerintah. Sebenarnya pendapat itu poksu kurang setuju akan tetapi jika dikatakan badan NGO tidak perlu dikaitkan dengan mana mana parti politik,itu mungkin poksu setuju.Sebabnya mudah,segala perkara yang berbangkit/timbul didalam organisasi NGO perlu ada saluran untuk kemukakan permasalahan tersebut,saluran yang dimaksud kan tidak lain dan tidak bukan ialah kepada pehak kerajaan.Kenapa kerajaan tidak kepada parti politik?Jawabnya ialah kerajaan itu terbentuk atas pilihan gerakan parti politik dimana rakyat terbanyak telah memberi mandat kepada manamana jenama politik yang mana lebih disukainya.Tambahan pula yang berkuasa adalah kerajaan bukan parti.Manakala soalan yang paling penting “dari mana punca keuwangan kerajaan?adakah dari parti atau dari rakyat?sekali lagi jawapannya sudah tentulah dari cukai cukai yang dikutip dari rakyat (tanpa memilih siapa dan apa fahaman politik) selain daripada itu ada juga dari khazanah alam yang tersedia seperti minyak,gas kayukayan dan lain lain.Jadi biarlah kita benar benar faham !!

Sebagai contoh mudah,persatuan bekas tentera salurannya ialah Jabatan Veteren dibawah Kementerian Pertahanan.Manakala Persatuan bekas Polis sudah tentulah salurannya kepada Kementerian Dalam Negeri dan jika ada persatuan kewartawanan sudah tentulah salurannya kepada Kementerian Penerangan.Selain daripada itu mungkin juga bolih disalurkan kepada mana mana egensi kerajaan negeri atau pehak swasta atau kepada mana mana badan korperat.
Baru baru ini persatuan bekas tentera telah meluluskan satu usul supaya Kementerian Pertahanan memotong gaji anggota yang masih berkhidmat untuk disumbangkan kepada Tabung Rayuan Hari Pahlawan (setahun sekali) .Poksu tidaklah hendak menentang kerana ini adalah untuk kebaikan mereka juga (selepas mereka bersara kelak ) yang jadi persoalannya ialah jika pemotongan gaji tersebut melibatkan anggota bergaji kecil sudah tentulah membeban mereka akan tetapi kepada mereka yang bergji sederhanan atau besar tidaklah ada masaallah sangat,apa pun harapan poksu tengok tengoklah nasib mereka yang bergaji kecil itu agar kebajikan mereka sering terbela supaya tidak terjadi sama seperti dizaman poksu berkhidmat dahulu dimana kehidupan golongan berpendapatan rendah ini begitu daif sekali sehingga ada yang mengambil keputusan untuk berhenti (letak jawatan) lebih awal sebelum cukup tempoh masa (kontrak) perkhidmatan.

Berbalik pula kepada soalan kenapa poksu senang berjuang bersama dengan sebuah parti pertubuhan parti politik islam? Sebenarnya poksu menganggap diri poksu ini berperanan sebagai “ala duta kecil” yang menjalinkan hubungan diplomatik duahala diantara persatuan NGO yang poksu sertai dengan pertubuhan politik yang poksu maksudkan tadi.Disamping itu juga sebagai satu medan kedua yang bertindak sebagai “platform” untuk poksu menyalurkan permasalahan masyarakat setempat,walaupun peranan poksu dikampung tidak sebesar mana namun sedikit sebanyak adalah juga terlibat dengan Pakatan penduduk seperti dalam badan kebajikan khairat kematian dan adakala dalam bidang sukan.Jesteru itu melalui tokoh tokoh politik atau kepimpinan peringkat “wakil Rakyat” inilah dijadikan tempat mengadu,hak poksu cuma menyalurkan aduan atau apa apa permohonan manakala hak nak meluluskan adalah dibawah bidangkuasa atau budi bicara mereka.

Akhirnya poksu nak tulis satu ayat “Pa tizal qurba haq walmiskinan wabnissabil” (Ar-Rum:38) yang bermaksud “berilah kaum kerabat (saudara seagama)akan haknya,juga kepada golongan kurang berkemampuan serta musaffir yang mana mereka itu berjuang kearah fisabilillah”.

Poksu-Bermuqabalah melalui tulisan….!!!

Sabtu, 2 Ogos 2008

Susah senang seorang Reformis Pakatan Rakyat(PR)


Pada mulanya Poksu ingatkan nak cuba utamakan menulis isu masyarakat setempat, akan tetapi setelah melihat rata rata ahli korum sembang sembang kedai kopi asyik duduk bercakap berkaitan P/Raya kecil yang akan berlangsung diPermatang Pauh,lalu poksu ambil keputusan nak ulas sedikitlah!
ini menunjukkan kesungguhan masyarakat yang begitu prihatin untuk turut sama sama memberi pandangan. walaupun belum sempat lagi SPR membuat pengumuman tentang tarikh penamaan calon dan tarikh pilihanraya kecil tersebut namun sudah ada suara riuh rendah disana sini membicarakan isu ini dan ada juga yang telah menjadi pengundi dari jauh malah ada juga yang cuba membuat segala macam spekulasi atau andaian "siapa yang menang dan siapa yang akan kalah".

Setakat ini ada juga yang telah berani bertaruh pendapat (bukan bertaruh wang ringgit),
kata mereka "sesiapa yang menyokong atas dasar simpati keatas batang tubuh DSAI
dengan sendirinya akan menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat untuk mendapat keadilan bukan sahaja dalam ruang lingkup untuk menghapuskan fitnah dan tomahan
melampau olih pehak pehak tertentu akan tetapi lebih daripada itu iaitu satu perjuangan
rakyat yang akan diketuai olih seorang tokoh yang berani berjuang untuk mendapatkan kesejahteraan hidup bagi semua kaum".
Pada pendapat mereka segala kemelut yang berlaku ketas diri DSAI adalah satu rekaan yang sengaja dibuat dengan tujuan untuk menyekat kemaraan kerjajaya politik DSAI disamping itu juga untuk menanam keraguan rakyat yang masih waswas akan arah tuju perjuangan parti ini secara keseluruhannya.Hari ini jelas rakyat sudah "keletihan" berhadapan dengan situasi kenaikan harga barang secara terus terusan,ini jelas terbukti dimana rakyat telah bangkit keluar beramai ramai menyatakan protes kepada kerajaan BN yang memerintah kerana dikatakan gagal memperjuangkan misi tradisi membela rakyat sekaligus bolih membangkitkan suasana yang tegang dan kurang selesa berada dalam sebuah negara yang dikatakan hampir membangun.

Kita bukanlah nak menentang arus secara membuta tuli,ada perkara yang patut disokong kita perlu sokong,antaranya ialah pemberian "rebet tunai" dilihat lebih releven jika ianya tidak diambil dari keringat rakyat,tapi malangnya pemberian ihsan ini turut melibatkan golongan "kais pagi makan pagi",jadi adakah ianya satu langkah yang bijak?

Berbalik kepada tindakan Dr Wan Azizah melepaskan jawatan ahli Parlimen Permatang Pauh, ramai yang merasakan tidak timbul soal beliau mengkhianati mandat yang telah diberi olih pengundi kepadanya pada PRU ke12 yang lalu,ini kerana kita difahamkan beliau telah memberi gambaran awal semasa kempen pru ke12 dahulu bahawa akan berlaku perkara ini (melepaskan jawatan) untuk memberi laluan kepada suaminya (DSAI) kerana tatkala itu DSAI tidak dibenarkan aktif berpolitik atas perintah mahkamah.Kenyataan ini (akan berlaku pelepasan jawatan) diakui sendiri olih ketua Umno Permatang Pauh (sila rujuk dalam akbar sinar harian hari Sabtu 02.8.08 mks N7).

Sebenarnya ramai melihat ini satu pengorbanan besar dari Dr Wan Azizah bukan atas dasar peribadi suami isteri (lihat foto) semata mata namun jika kita perhatikan pengorbanan Saidatina Siti Khadijah kepada suaminya (Nabi Mohammad Rasulallah SAW) pun begitu yang mana sanggup juga berkorban segala harta benda demi untuk menyelamatkan perjuangan Rasulallah sekaligus menyelamatkan Ummah Islam dan juga manusia sejagat secara amnya. Begitu juga dengan perjuangan saiyidah Masyitah yang ingin menyelamat aqidah dan sanggup disiksa sehingga terbunuh.Kita sering mendengar jalan cerita isra"mikraj bagaimana Rasulallah SAW telah terhidu bau wangi yang datang dari kubur Masyitah tersebut.Inilah contoh perempuan (muslimah) yang perlu kita hayati sirah pejuangan hidup mereka.Olih kerana itu marilah kita sama sama doakan kesejahteraan hidup kepada mereka mereka yang ikhlas ini.

Pilihanraya kecil kali ini juga akan dapat menyaksikan satu pertembungan sengit diantara "susah dan senang". Susahnya ialah bukan kerana hendak berhadapan dengan segala macam jenis jentera parti Umno/BN sahaja malah jika dilihat dalam pengalaman p/raya kecil yang lepas lepas segala jentera kerajaan juga akan turut dikerah sama,inilah juga cabaran yang akan dihadapi . Manakala senangnya pula ialah jika kubu DSAI ini dapat dipertahankan maka senanglah nanti mencari laluan untuk ke Putra Jaya sebagai mana "target" DSAI dan harapan penyokong parti gagasan pakatan rakyat (PR) itu sendiri.

Poksu-Tidak mahu jadi nujum pak belalang akan tetapi poksu dapat rasa dan menjangkakan bahawa DSAI akan dapat meraih jumlah undi yang lebih meningkat majoritynya berbanding dengan apa yang telah diperolihi olih Dr Wan Azizah sendiri. akhirnya Poksu nak nyanyi satu lagu "berkorban apa saja...(nyayian tan sri P.Ramli)

Jumaat, 1 Ogos 2008

Cadangan terbuka untuk Unit Amal Malaysia


PETUA PETUA UNTUK PEGANGAN TENAGA PENGAJAR

Seandainya ibubapa nak mengajar atau jadi pengasuh kepada anak anak,dalam agama mengajar kita menyuruh anak anak solat jika sudah akhilbalil,rotan (kuatkuasa peraturan) jika cukup umur sepuluh tahun jika masih degil,jadi begitulah juga apabila kita hendak menjadi tenaga pengajar khususnya untuk mendidik para khader khader unit amal.Untuk membentuk sesaorang khader khader itu supaya mengekalkan tatatertib tiada jalan lain selain pelajaran agama maka sesaorang itu mestilah juga melalui beberapa proses latihan, diantara salah satu cara untuk mencapai tujuan ini ialah dengan sering mengadakan latihan berkawad,kenapa pelajaran kawad ini dikatakan penting? jawapannya ialah untuk membina jatidiri agar berada didalam keadaan sentiasa sihat dan cergas,keduanya ialah dengan berkawad bolih membentuk seseorang itu saling bersefahaman dan bekerjasama dalam satu shaf disamping dapat menyatukan mereka seumpama berada dalam satu keluarga. Ketiganya dengan berkawad juga seseorang khader itu dapat bermegah kerana telah berjaya mengekalkan disiplin khususnya dalam bab taat setia kepada arahan arahan atau pada ketuanya.

Berkawad bukanlah satu hukuman tetapi bolih menaikan darjat pada satu satu kumpulan misalnya jika diadakan pertandingan diantara satu sama lain,disamping itu juga kumpulan kumpulan ini bolih menjadi pengiring kepada mana mana pemimpin,menjadi tenaga pengawal keselamatan dalam sesuatu majlis keramaian ataupun bertindak selaku pemberi nasihat kepada orang ramai didalam majlis itu untuk tidak melakukan perkara buruk seperti berperagai tidak senonoh atau liar atau kurang sopan,dan akhir sekali berkawad juga bolih menyakin diri sendiri untuk berdepan dengan apa jua situasi.

Antara tugas tenaga pengajar juga hendaklah senantiasa menentukan pakaian pakaian atau uniform yang dipakai olih anakbuahnya dalam keadaan kemas,manakala sebelum sesuatu pelajaran yang hendak diajar perlulah disediakan “rasion plant” (rangka pelajaran).Didalam rangka pelajaran ini juga mestilah ada jangka waktu tertentu atau tempoh pelajaran itu akan tamat.

APA LAGI SYARAT SYARAT YANG PERLU ADA?

Seseorang tenaga pengajar juga hendaklah mempunyai sifat berikut:-

a.Kesabaran-Jangan hilang ingatan sehingga bolih menyebabkan naik sifat marah yang keterlaluan lalu bertindak diluar jangka peri kemaknusiaan.

b.Ketabahan dan bersungguh sungguh-marah hanya untuk memberi pengajaran bagi membina semangat dan kemahuan ingin belajar dan perlu ada kesungguhan dan kesabaran untuk “mendidik tetapi bukan mendera”

c.Sentiasa bersedia-Persediaan rapi perlu untuk menaikan mutu tingkatan pelajaran , jangan mudah berpuas hati melainkan ianya benar benar elok dan baik.

d.Akhlak-sentiasa menjaga aklak dengan selalu berfikir “saya mesti bolih buat” dan akan memberi pengajaran “yang terbaik sekali” tidak sebaliknya.Dan yang paling tidak kurang pentingnya ialah jangan mengeluarkan kata kata maki hamun yang bolih melemahkan semangat anakbuah untuk terus mengikuti pelajaran.

Untuk menjadi jurulatih berkawad juga mestilah ada ciri ciri ini:-

a.sentiasa cergas.
b.bolih memberi tunjuk ajar yang betul.
c.bolih membetul dan dapat mengesan kesilapan pelatih dengan cepat.
d.bolih mengeluarkan suara dengan terang atau nyaring.
e.jangan mudah berpuashati melaikan yang baik

Hanya itulah serba rengkas pelajaran yang dipetik dari sumber pengalaman poksu yang lalu,mudah mudahan jika dizinkan kita akan jumpa lagi dalam siri siri yang lain seperti bagaiamana hendak membina bahasa bahasa hukuman berkawad ,kedudukan yang betul ketika berjalan dan berdiri pelatih,perbuataan perbuatan mengikut tingkatan pelajaran berkawad dan lain lain.

Poksu-seandainya poksu berkesempatan jadi tenaga pengajar pasti akan poksu perturunkan segala ilmu yang ada,insaallah.

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan