arkib

Ahad, 31 Januari 2010

Pas:dalam makrifat air sireh pinangku...


Salam hormat !
Pas pada pandangan saya tidak pernah mendidik pengikut mahupun penyokongnya untuk memperolihi keuntungan berbentuk duniawi secara "mee segera".Sebaliknya memberi tumpuan kearah mentarbiyahkan ahli ahlinya supaya melakukan pengorbanan diri iaitu berjihad secara sukarela dengan menginfaqkan (menyerahkan) bukan sahaja tenaga,buah fikiran malah termasuk harta benda milik masing masing dengan memasang niat untuk berjuang kearah halatuju fisabilillah yakni bermaksud mencari keredhoan allah secara seiklas hati.
Jesteru itu pengorbanan sebegini amatlah dituntut olih agama apabila kita merujuk kepada sejarah hijrah dizaman nabi yang mana diwaktu itu para pengikut yang menerima ajaran islam telah melakukan pengurbanan meninggalkan harta benda mereka ditanah Mekah untuk kebumi Madinnah bersama sama nabi Muhammad S.A.W. Tidak berimam mereka sebelum diuji dengan pengorbanan sebegini kerana terdapat sebilangan yang telah menerima islam akan tetapi tidak mahu turut berhijrah kerana sayang untuk meninggalkan harta benda lalu dipaksa olih Abu Jahal selaku pemerintah Mekah diwaktu itu untuk memerangi orang orang islam diMadinah dengan alasan mereka tidak berdaya melawan arahan siAbu Jahal tersebut,akhirnya turunlah ayat mempersoalkan kenapa kaum yang telah menerima islam ini tidak mahu meninggalkan golongan munafikin ini sedangkan bumi Allah itu luas.Akhirnya status keislaman mereka yang tidak mahu berhijrah bersama nabi tidak diiktiraf lalu kekal sebagai kufur....

Hari ini kata nabi bahawa hijrah tidak ada lagi selepas hijrah tersebut,yang ada ialah hijrah kerah berjihad membuat amal makruf dimasa yang sama meninggalkan amalan nahi mungkar.Olih yang demikian antara amalan baik yang bolih menjadi bekalan untuk menuju kealam akhirat ialah menginfaqkan sedikit rezeki yang ada untuk didermakan secara iklas kearah fisabilillah.Ini kerana antara amalan yang akan dihitung diakhirat kelak ialah sedekah jariah, peninggalan ilmu yang memberi menafaat serta iringan doa olih anak anak yang solih.Diatas keyakinan ini maka pas menyedari satu medium khusus untuk ahli ahli yang ingin menyumbang kearah fisabilillah itu mestilah diujudkan,akhirnya lahirlah pembentukan tabung untuk pengumpulan amal sedekah jariah ini bagi diurustadbir secara teratur dan lebih kemas.
Untuk melicinkan lagi segala urusan gerak kerja ini maka satu majlis yang dinamakan "Pelancaran Tabung Fisabilillah Samah Serial" telah dilakukan perasmiannya olih Ybgh Tuan Haji Muhyiddin Rashid iaitu selaku Bendahari Pas Negeri Terengganu merangkap SU Pas Kawasan Hulu Terengganu yang telah diadakan diMarkas Tarbiyyah Dun (MTD Ajil) pada malam 26 Jan 2010 yang lalu. Alhamdulillah sambutannya amatlah menggalakakan,lebih 10 tabung buluh antik untuk setiap cawangan didharab dengan 20 cawangan telah pun diagih agihkan dengan sasaran kutipan akan melebihi keperluan untuk menampung membiayai keperluan perbelanjaan dalam pilihanraya umum ke13 nanti .Bermakna ini satu lagi tanda tanda persediaan awal Pas seluruh Terengganu telah pun melakukan gerak kerja untuk kemenangan parti Pas dalam pilihanraya akan datang.
Untuk makluman pada majlis tersebut saya juga ada mengemukakan cadangan kearah bagaimana untuk turut sama meninggatkan ekonomi individu/ahli ahli dan tidak hanya tertumpu untuk objektif bermotifkan politik semata mata,apakah cadangan tersebut?tunggu....akan bersambung!
Sambungan terkini:
Tergerak hati saya untuk memberi satu idea apabila setelah melihat akan kekebalan pendapatan ekonomi setiap individu dari kalangan ahli ahli pas yang bolih saya ibaratkan seperti tolak tidak rebah,bakar tidak hangus rendam diair tidak lemas,begitulah bayangan betapa kukuhnya kedudukan ekonomi sebilangan daripada,jesteru itu saya merasakan alangkah baiknya jika golongan yang gah ini menjadi penyelamat pula kepada satu golongan lagi yang dilihat tahap ekonominya agak goyah dan serba kekurangan,dari kelompok yang daif inilah pada lazimnya akan mudah terpedaya dan menjadi goyang apabila dituip angin wang ehsan dari UmnoBn.
Dengan menyedari hakikat ini,saya fikir satu langkah untuk memintas kegiatan yang merugikan parti ini perlu diatasi segera kerana jika dibiarkan lambat laun ianya akan termakan budi tergadai bodi.Diatas kesedaran itu maka dengan ini saya perturunkan satu rangka formula cadangan untuk memulihkan ekonomi dengan tekad agar tidak akan ada lagi selepas ini ahli ahli pas yang pergi menadah tangan mohon belas pitih ehsan dari pehak umno sekaligus tidak akan ada lagi mana mana individu yang berputus asa untuk terus hidup kekal berhijrah bersama sama jamaah pas.INSAALLAH....
Jadi marilah sama sama kita menyemak cadangan ini :
CADANGAN TABUNG MUAFAKAT JAMA’AH"SKIM INFAQ JARIAH BARAKAH’
1.Objektif

a.Sebagai salah satu punca kemajuan penjanaan ekonomi ahli CAWANGAN/ahli serta keluarga dengan konsep ‘muafakat menabung sambil menderma’.
b.Memberi tambah nilai dana individu kepada kekuatan modal secara terkumpul dari “jama’ah untuk jamaah” serta individu dan parti.
c.Menginfaqkan dana secara “collective” (kumpul dan aktifkan) dangan cara tersusun (sistematik).
d.Bersesuian dengan firman Allah taala yang bermaksud ‘ sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka’ – Surah Al-Raad ayat 11.

2.SYARAT SYARAT DAN PERATURAN.
a.Diwajibkan mendaftar secara rasmi didalam ‘SKIM INFAQ JARIAH BARAKAH’ dibawah lujnah ekonomi ahli Cawangan.
b. Bayaran daftar setiap ahli sebanyak rm 3 seorang (bukan lot) serta YURAN bulanan sebanyak rm 10.00 (minima) setiap bulan atau sebanyak rm 100.00 (maksima) dibayar setiap bulan.
c. Tempoh matang selama 10 bulan atau bersamaan rm100.00 atau mengikut kadar maksima rm1000.00,mengikut yang mana lebih dahulu (jumlah bulan@ jumlah duit)
d. Imbuhan tahunan bergantung kepada kadar faedah simpanan cara islamik bank dan dari nilai tambah seperti kedai ahli,lori pengangkutan/bas/van,ladang (pertanian) hasil ternakan serta kegiatan sewa peralatan “catering” seperti khemah/kerusi meja/pingan mangkuk dan peralatan eletrik (pa system.lampu hiasan, cabel dan lain-lain).
e. Sebagai salah satu daya tarikan,satu bentuk pinjaman peribadi (tanpa faedah)diujudkan.Ahli dibenarkan meminjam wang tunai diatas dasar kecemasan seperti tatkala ditimpa musyibah,kemalangan ataupun keperluan pendidikan anak-anak sekolah.Pinjaman hanya layak dipohon dengan kadar 50% dari jumlah tabungan/simpanan peribadi.Duit baki tabungan sebanyak 50% lagi dikira sebagai CAGARAN..Proses kelulusan pinjaman dalam jangka masa kurang dari 1 bulan.
f. Baki duit cagaran sebanyak 50% ini akan dijadikan modal pusingan tabung,hanya boleh dituntut secara bertulis setelah ingin berhenti menjadi ahli atau ditamatkan dari menjadi ahli. Proses permohonan dalam jangka masa 10 ke 12 bulan untuk kelulusan .(Kelewatan jangkamasa ini disebabkan wang tersebut akan dijadikan modal pusingan terlebih dahulu)
g. Keahlian akan terbatal dengan sendirinya (automatic) sekiranya gagal menjelaskan yuran atau bayaran balik pinjaman dalam tempoh sepuluh (10) bulan berturut-turut tanpa alasan dan sebab musabab yang munasabah.Baki 100% wang TABUNGAN akan dikembalikan.
3.KERANGKA PERKIRAAN (BUSINESS PLANT)
Kiraan dalam nisbah satu (1) hingga ke sepuluh (10) orang ahli adalahseperti berikut :
a. 1 orang x rm10.00 x 10 bulan = rm100.00 @ 1 orang x rm100.00 x 10 bulan =rm1000.00 .
b. 10 orang x rm10.00 x 10 bulan = rm 1000.00 @ 10 orang x rm1000.00 x 10 bulan =rm 10. 000.00
c. Anggaran faedah tahunan 5%ke10% x 1 tahun = rm 5.00 ke rm 100.00 setahun,atau mengikut jumlah peratus (persen) tabungan ahli. dan dari tambah nilai seperti rujukan dibilangan 2 perengan d.
d. CONTOH : Bayaran balik pinjaman peribadi (tabungan maksima) pinjaman permulaan = rm500.00 dengan tempoh bayaran balik rm 50.00 + rm100.00 (yuran) = rm150.00 x 10 bulan =rm 1500..00. (Formula/cara perkiraan pinjaman minima tetap sama).
e. Urutan kadar pinjaman kedua akan dinaikkan dengan kadar 50% dari jumlah simpanan yuran dan hutang lapuk (lama) telah dijelaskan sepenuhnya.f. Baki duit tabungan sebanyak 50% lagi dikira sebagai cagaran sekiranya gagal melunaskan hutang , wang ini akan dipotong sebagai bayaran hutang setiap bulan .Wang ini jugalah yang akan dijadikan modal pusingan tabung.
4.SIAPAKAH YANG PATUT MENGURUSKANNYA?
Sekurang-kurangnya 5 orang ahli jawatan kuasa kecil di ujudkan untuk melancarkan penjanaan gerak kerja ekonomi ini atau sebaik-baiknya 8 orang terdiri dari :-
i) Pengerusi / penolong
ii) Setiausaha/kerani
iii) Bendahari
iv) Ajk/Lujnah muamalat/ekonomi
v) Ajk/Lujnah ilmiah(pendidikan)
vi) Ajk/Lujnah amal jariah(kebajikan)
iv) 2 orang pemungut duit/pemeriksa kira- kira.**10% saguhati akan dibayar kepada pemunggutduit,dipotong dari yuran ahli
5. Contoh CADANGAN (PROJEK SATU)

a . Langkah satu-Setelah terkumpul modal rm 800.00 bolih dibeli 2 ekor anak kambing dara kemudian dibuat system ‘pawah’ diberi kepada ahli yang berminat pelihara sehingga beranak.
b. Langkah dua:-Anak kambing tersebut barulah dikira hak milik ahli yang memelihara tadi ,manakala ibunya pula bolih dijual dengan anggaran kasar rm 600.00 x 2 ekor = rm 1200.00
c. Langkah tiga-Hasil jualan ini dicairkan kedalam 3 agihan:-
i) Dicairkan dan diagih kepada ahli 50%: rm 600.00 (imbuhan/bonus tahunan)
ii) KeAkaun skim jariah jemaah 30% rm 360.00 (untuk pengurusan gerakkerja dan pinjaman)
iii)Di infaqkan ke akaun Cawangan 20%: rm 240.00 (konsep menabung dan menderma.)JUMLAH: 100% rm1200.00 (maksud tambah nilai)
d. Soalan:
i) Kebaikannya?
ahli tidak perlu banyak keluar modal.
ii)Keburukannya?
ahli yang berkenaan perlu bertangungjawab membayar ganti rugi sekiranya kambing itu mati.
* permohonan diproses mengikut angka giliran.
6.CONTOH CADANGAN (PROJEK DUA)
a. Langkah satu:
katakan modal/dana terkumpul sebanyak rm5000.00, digunakan untuk bayaran muka (pendahuluan) beli sebuah anak lori “pick –up”(angkut sawit)atau van /bas sekolah.
b.Langkah dua:
disewakan secara bersyarat kepada mana-mana ahli yang berminat dengan kadar rm 500.00 sebulan x 12 bulan = rm 6000.00 (rm5000.00/dana + rm 1000.00/keuntungan sewa).
c. Langkah tiga:
Syarat-syarat penyewa mestilah menjelaskan hutang bulanan (finance) belian kenderaan.Segala kos kerosakan, kemalangan ,kehilangan (kecurian)pemeriksaan Puspakom, saman trafik dan bayaran parking ditanggung olih penyewa.Masaalah penjamin adalah juga menjadi urusan penama.
d. Langkah empat:
Kenderaan tersebut hanya akan menjadi hak milik penyewa setelah segala hutang “finance” selesai dilunaskan. Sebelum itu bayaran sewa bulanan hendaklah dijelaskan kepada skim jariah (Resit bayaran pinjaman "finance”hendaklah ditunjukan sebagai bukti pada setiap bulan).
e. Langkah lima:
Skim jariah hanya menerima sewa secara bersih dan diagihkan(dicairkan) kepada 3 agihan :-
i) Dicairkan dan diagih kepada ahli 50% rm 500.00 (Imbuhan/bonus tahunan)
ii) Keakaun skim jariah jemaah 30% rm 300.00 ( untuk pengurusan gerakkerja dan pinjaman)iii) Di infaqkan ke akaun Cawangan 20% rm 200.00 (konsep menabung dan menderma)Jumlah :100% rm1000.00 (maksud tambah nilai)
f. Soalan:Kebaikan?
memberi kemudahan kepada ahli yang kurang mampu.
g.Keburukan?
sekiranya gagal membayar hutang pinjaman (finance) kenderaan akan ditarik dan penyewa selaku penama akan bertanggungjawab sebarang tindakan mahkamah atau gantirugi olih pehak bank*Permohonan diproses mengikut angka giliran.
7. CONTOH CADANGAN (PROJEK TIGA).
a.Langkah satu-
Seandainya modal/dana tabung terkumpul rm 1000.00. Bolih dibeli seekor lembu yang berharga dalam lingkungan diantara rm 1000.00.
b.Langkah dua-
Disembelih dan dijual daging (berserta kulit dan isi dalam) secara runcit atau borong dengan anggaran kasar pendapatan jualan rm 1500.00.
c. Langkah tiga-
Kemudian pendapatan tersebut ditolak rm 1000.00 (untuk dana/tabung)Rm 200.00 (untuk tukang kerja/pengurusan jualan) tinggal baki rm 300.00 (untung bersih).
d. Langkah empat-
Tabung hanya menerima untung bersih sahaja iaitu rm 300.00 dan diagihkan (dicairkan) kepada 3 agihan:-
i) Dicair/diagihkan kepada ahli - 50% rm 150.00 (Imbuhan/ bonus tahunan)
ii) Keakaun skim Jariah Jemaah-30% rm 90.00 (pengurusan gerakkerja dan pinjaman)
iii)Di infaqkan ke akaun Cawangan- 20% rm60.00 (konsep menabung dan menderma)
Jumlah -100% rm300.00 (maksud tambah nilai)
e.Soalan-Kebaikan?
Tidak perlu diusik wang cawangan yang sedia ada.Jadikan satu pelaburan fit Deposit diislamik bank.Keburukan?-Sekiranya pengurusan jualan mengalami keruguian *Gerakkerja ini bergantung kepada kedudukan jumlah dana /modal tabung yang ada.
8.RENUNGAN(PENUTUP).

*Berinfaqlah kepada orang yang terikat (berjihad fisabilillah )sedangkan kamu mengenal meraka tidak meminta minta melainkan dengan apa yang kamu jariahkan (nafkahkan) sesungguhnya allah maha mengetahui (apa yang kamu kerjakan )-Al-Baqarah ayat 273.*Sabda Rasulallah s.a.w.–Sesiapa yang menunjukan sesuatu perkara kebaikan maka baginya pahala seumpama orang yang melakukan kebaikan itu dan begitulah sebaliknya.
Tok ayah su-mohon disokong cadangan ini !

Khamis, 28 Januari 2010

PBTM cawangan : Respon...

salam hormat !
Kenapa hanya cawangan pbtm yang terpilih sahaja bolih mendapat anugerah tanah? macamana dengan cawangan lain? apakah president atau Ydp bahagian tidak mahu campur tangan diatas ketidak puasan hati ahli ahli dari cawangan lain? tunggu.....
Terkini:
Pada minggu lepas saya telah menghadiri mesyuarat Pbtm cawangan Hulu Terengganu,banyak perkara yang telah menjadi egenda mesyuarat yang melibatkan hal hal pengurusan dan pentadbiran persatuan. Tidak ketinggalan turut dibincangkan berkait dengan permohonan tanah secara berkelompok kepada Pejabat Tanah Daerah dibawah kuasa kerajaan negeri bertujuan untuk kegunaan penjanaan ekonomi persatuan dimasa yang sama bolih juga memberi faedah bersama kepada ahli ahli. Secara rengkasnya menurut sumber dari ahli mesyuarat mengatakan permohonan tanah ini bukanlah satu perkara baru,ianya telah sekian lama diusahakan, segala proses dokumentasi permohonan telah pun siap dan dimajukan sejak diera hujung tahun 1990an lagi,kemudian diperbaharui semula permohonan tersebut disemasa kerajaan Terengganu dibawah kerajaan Pas 2000-20004.Segala urusan kerja berkaitan permohonan termasuk ukur kawasan keluasan tanah malah sudah sampai keperingkat mencari pemaju untuk diusahakan telah hampir hampir beres.
Tetapi malangnya muncul pula individu yang mengunakan pengaruh tokoh tokoh politik ter tentu telah cuba 'potong jalan".Diantara tempoh masa itu pehak persatuan telah mengalah dan mengambil langkah berdiam diri,tetapi individu yang dimaksud telah dikatakan menceroboh secara tidak sah mengeluarkan hasil hutan termasuk balak kemudian mengusahakan tanah tersebut dengan ladang tanaman kelapa sawit, sehinggalah kehari ini masih lagi dibawah penguasaan individu tersebut. Jadi pada mesyuarat tersebut Pbtm cawangan telah mengambil satu ketetapan untuk menubuhkan satu jawatan kuasa bertindak bagi menyemak semula status tanah tersebut yang kini telah menjadi satu tuntutan bertindih diantara dua pehak iaitu persatuan dengan individu terbabit bagi mempastikan siapakah sebenarnya yang berhak?.
Tok ayah su-sedang cari kebenaran....

Rabu, 27 Januari 2010

Raikan pandangan ulama'....



Salam hormat !

Polemik berhubung kalimah Allah yang dicanangkan olih pehak lawan telah berjaya mencetuskan krisis dalaman beberapa orang tokoh dari gabuangan parti Pakatan rakyat. Terdapat diantara pandangan dari seseorang tokoh itu telah membeza diantara satu sama lain. Ekoran dari ketidak seragaman pendapat mereka ini juga telah melahirkan egenda mengkucar kacirkan harapan besar penyokong PR untuk melihat gabungan pakatan rakyat bertambah kukuh kini agak goyah sedikit.Apakah dek kerana jarum serangan musuh ini kelak PR akan menjadi retak menunggu belah?katakan tidak....

Sebagai seorang pemerhati dari jauh perkembangan politik khususnya didalam negeri Selangor disamping mengutip kata kata daripada beberapa orang rakan warung kopi jadi saya ingin membuat sedikit rumusan.Ada yang mengatakan Yb Zul misalnya dikatakan kononya ada perjanjian sulit dengan Umno yang berjaya memenangkan beliau dari krisis petisyen pilhanraya Kulim,untuk mencari alasan keluar dari lingkungan pagar PR sudah tentu beliau akan mencetuskan beberapa kejutan melawan arus untuk menyumbat gol sendiri mudah mudahan dengan berbuat demikian akan lahir satu hujah yang bersebab kenapa beliau harus meninggal atau dipaksa tinggalkan PKR.Dalam proses sebarang keputusan yang bakal mendatang,tindakan beliau menyaman YB Khalid iaitu rakan satu pasukan dilihat tidak wajar walaupun niatnya sebersih air telaga zam zam,malah ramai menganggapnya satu perbuatan melampau dalam menjaga air muka bukan sahaja individu tetapi turut melibatkan keseluruhan imej gabungan PR. Meskipun tindakan saman tersebut sekadar untuk membidas tindak tanduk Yb Khalid yang dikatakan bertegas menyebelahi hak penganut agaman kristian untuk mengunakan kalimah Allah namun tindakan saman menyaman itu tidak bolih menghalalkan cara dalam usaha menyelamatkan kalimah Allah kerana keduanya berada dalam satu kelompok yang sama. Apakah sudah tertutup jalan penyelesaian lain....?Pertelagahan ini menampakkan satu tarian yang mengikut rentak gendang dendangan Umno.

Tidak ketinggalan YB Khalid juga dilihat banyak mengikut pandangan sendiri tanpa mengambil kira pandangan terbanyak dari pimpinan lain sedangkan sebelum ini ramai sudah akur dengan suara majlis syura dari Dewan Ulama Pas.Makanya disini sikap wala' kepada keputusan konsep berjemaah perlulah dipatuhi agar tidak jadi apa yang telah terjadi...Persoalannya ialah, adakah ianya boleh dibenarkan begitu sahaja di atas konsep kebebasan beragama? Hakikatnya, kebebasan secara saksama seharusnya mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah sehingga boleh mencetuskan perkara yang boleh merosakkan hubungan sesama manusia. Jangan sampai kita ‘terbabas’ dalam mencari kebebasan. Perkara ini perlu dijawab secara ilmu, kerana umat Islam menyebut dan menulis kalimah Allah http://dupnt.blogspot.com/2010/01/penggunaan-kalimah-allah.html

Tok ayah su-kadangkala akur dan wala"dengan pandangan pimpinan....

Ahad, 17 Januari 2010

Selak kain...





Apa kaitan wajah wajah ini dengan artikal saya selepas ini...tunggu !
Terkini:
Salam hormat !
Kadang kala mood untuk menulis pun ada turun naik juga,bukannya tiada idea tetapi kadangkal a mari terfikir nagative 'apa gunanya aku beria ia perlu menulis? walhal tiada siapa pun yang menyuruh malah jauh sekali untuk upahkan sesuatu malah apa yang diluahkan didalam penulisan hanya memberi keuntungan pada orang lain sedangkan diri sendiri masih duduk macam tu ditakuk lama,kerana itu lebih baik aku duduk diam diam sambil buat kerja sendiri mengikut apa apa yang patut,ada juga menafaatnya,buat apa aku kadangkala bersekang mata sekadar untuk menyiapkan sesatu artikel.....?'Itulah bentuk rupa pelbagai alasan nagative yang duduk bermain dalam kepala.
videoTetapi persepsi tersebut telah mengubah sedikit mood setelah saya sempat mendengar satu kata kata yang bolih dibuat ransangan semangat daripada ketiga ketiga wajah diatas yang saya akan kaitkan didalam penulisan kali ini.Ketiga tiga mereka ini adalah utusan daripada BPPNT dibawah lujnah tarbiyyah perkederan PAS Negeri Terengganu yang telah pun membuat persembahan satu dua kertas kerja pelbagai topik.Antara petikan yang telah melekat dalam kepala ialah apabila salah seorang ahli penel telah mengambarkan bahawa ada dua perbezaan diantara perjuangan gerakan tarbiyyah islam dengan jemaah politik islam tetapi kedua elemen ini telah dapat digabungkan sekali (2 dalam 1) didalam Parti Pas.Gerakan tarbiyyah islam demi untuk menyempurnakan gerak kerja islam yang diibarat seperti menyambung atau menyulat mata pukat ikan yang telah terkoyak manakala kerja jemaah islam pas adalah sebagai menyambung balik risalah risalah yang telah dibawa olih nabi dan Rasol terakhir ,maka sebab itu jika dinilai ini bukanlah satu kerja sebarangan sebabnya jika sekiranya nabi masih hidup sudah tentu gerak kerja ini adalah merupakan satu kerja buat nabi sebagai utusan dari arahan Allah S.W.T. (sila rujuk video diatas ucapan dari Ust Kamaruddin)). Ini bererti jika ada yang meningkari perintah Allah sudah tentu mendapat dosa dan jika sebaliknya sudah tentu akan berolih pahala.

Cuma disini yang menariknya lagi apabila ahli penel kedua pula (Ust Wan) memberi hujjah dengan mengatakan salah satu faktor utama kekalahan Pas dinegeri Terengganu dalam pilihanraya yang lalu ialah apabila ada yang menganggapkan ini adalah hanya kerja dalam jemaah politik islam (Pas) maka sebab itu apa yang dilakukan secara ambil mudah dan bermusim iaitu tatkala dekat dekat masa hendak pilihanraya sahaja baru nampak diri sesetenggah muka pimpinan,itulah sebabnya ada dikalangan rakyat yang diwakilinya merasa terabai disegi menjaga kebajikan mereka lalu memilih UBN. Sementara itu ada juga dikalangan petugas dalaman parti sendiri pun merasa kecewa diatas sikap itu kerana mengikut pengalaman beliau yang pernah melawat disuatu tempat dimana terdapat seorang pimpinan peringkat akar umbi tidak mengetahui ujudnya beberapa orang ahli biasa yang daif disebabkan tidak dipedulikan akan keperluan mereka olih pimpinan tadi.Olih itu beliau menyarankan supaya ada satu pakatan kumpul dana sesama sendiri supaya dapat membantu kepada sesiapa yang tidak berpeluang untuk kesatu satu program (arahan parti) disebabkan kekangan ekonomi keluarga agar mereka ini tidak kecewa untuk sama sama turut serta melakukan gerakkerja parti mudah mudahan akan turut sama dapat pahala sebagaimana menurut Ust Kamaruddin tadi.

Apabila bercakap soal kebajikan, saya ada satu cerita dari pengalaman lama sewaktu bertugas dalam tentera dahulu,kesahnya bermula apabila seorang ketua pasukan telah tidak mengambil berat hal ehwal kebajikan anggota termasuk ahli keluarga anggota tersebut.Pada suatu ketika dikerahkan anggota bawahannya untuk menjalankan opersai latihan didalam hutan beberapa bulan yang mengikut kebiasaannya hanya sekitar 3 bulan sahaja kemudian balik kekem dan ditukar dengan anggota lain pula untuk kembali beroperasi sebagai ganti,tetapi untuk kali ini tidak berlaku sedemikan ,selepas 3 ke 4 bulan tidak pula ditukar tukar ganti lalu anak isteri anggota tersebut merasa terabai lantas diambil keputusan untuk menyerang pegawai terbabit dipejabat.Para isteri angota tersebut telah masuk kedalam pejabat tanpa dapat disekat lalu berlakulah perang mulut,mempersoalkan kenapa pegawai ini tidak perihatin untuk bertanya khabar akan permasallahan mereka,Katanya walaupun kami sudah ada keperluan makan minum apabila suami tiada dirumah namun makanan yang 'satu ini' (sambil menyelak kain) siapa yang nak beri? Woow....terkejut beruk pegawai tersebut apabila disergah olih para isteri yang datang mengamuk kepejabatnya,moralnya soal kebajikan adalah keperluan yang perlu diambil berat olih pehak atasan jika mahu melihat ujudnya keharmonian dalam satu satu kumpulan atau jemaah.

Beralih pula kepada penerangan dari Sdr Ariffin Deraman selaku Pengarah Pilihanraya,beliau banyak mengulas tentang pembahagian kerusi dikalangan parti gabungan Pakatan rakyat. Diantara kriteria yang diambil kira ialah peratusan jumlah sesuatu kaum yang berada dalam satu kawasan atau pun DUN,sebagai contoh di DUN bandar Kuala Terengganu,kaum cina seramai 58% manakala melayu 42 peratus ini bererti akan diserahkan kepada DAP ataupun PKR,manakala kriteria asas kedua pemilihan untuk meletakan calon ialah mengikut statusco, maknanya jika mana mana parti yang pernah bertanding dalam mana mana pilihanraya yang lepas maka akan diteruskan dari calon parti tersebut,sebagai contoh jika diDUN Ajil sebelum ini dari Pas maka Paslah yang akan menjadi calon pada pilinraya selepasnya.Inilah bentuk kerjasama yang menjadi pokok persefahaman dikalangan PR untuk ketentuan pembahagian kerusi.Tetapi saya tertanya tanya sendiri,bagaimana jika DUN Ajil langsung tidak pernah dimenangai olih Parti Pas sejak dari pilihanraya pertama sehingga kini tetapi masih jugakah ingin berkeras mahu meletakkan calon dari Pas?Apakah pengalaman lalu tidak dijadikan iktibar agar dapat diubah dengan mencuba calon dari PKR pula?

Tok Ayah su-Mencadangkan supaya membeli barangan dari keluaran syarikat perniagaan dikalangan ahli,walaupun tidak mahu guna pun tak apa,curah sahaja diumbi pokok untuk buat baja....tetapi jangan diboikot melulu barangan keluaran luar !

Sabtu, 16 Januari 2010

Nak respon sikit...

salam hormat !

Membaca blog bolih jadi ralik dan leka tak sedar masa banyak terbuang walhal memang betul kata TGNA ada diantara tulisan dari "sesetenggah" para blogger (tidak semua) yang banyak mengumpat berbanding dengan hok buat cerita sebenar.Tujuan pelayar blog adalah untuk membaca sesuatu berita yang tidak dipaparkan olih mana mana akbar dan sudah tentu pembaca blog ingin mencari suatu kelainan maklumat.

Walaupun begitu apa bezanya dengan surat khabar?ada jugok diantara isi beritanya yang meragukan akan ketulusan sesuatu lapuran malah ada juga yang bias secara totok kepada sebelah pehak semata.
Tok ayah su-memilih blog yang jelas berani memamarkan identiti penulis dan sanggup bertanggung jawab dengan apa yang dipaparkan jika tidak atau kurang jelas siapa penulis sebenar lebih baik "boo layan"....

Khamis, 14 Januari 2010

Mengulas isu...

Salam hormat !

Terdapat juga SMS liar yang masuk kedalam handset saya dikirim olih mereka yang tidak dikenali, diantara kandungannya berkisar dengan pelbagai isu yang sedang diperbual ramai dikala ini terutamanya kes kalimah Allah yang diputuskan olih Mahkamah Tinggi membenarkan untuk digunakan dalam percetakan sebuah akbar bukan islam tetapi keputusan tersebut telah menjadi bantahan ramai.Ada diantara kata kata kiriman SMS tersebut berbau tomahan dan andaian serta menunding jari secara melulu mengatakan kes kebakaran beberapa gereja berpunca dari mainan ahli politiking umnobn. Maksudnya dalang yang mencetuskan api polimik ini sudah tentulah dari Umno.Namun demikian saya sebagai seorang bekas pendakwaraya dalam kes kes melibatkan anggota bawahan jagaan saya semasa didalam perkhidmatan tentera dahulu sudah tentulah tidak semudah itu untuk melatah dan percaya terhadap sebarang berita spekulasi yang berbentuk andaian,kecualilah setelah disahkan dengan bukti kes yang berasas.Fakta kes yang lebih jelas nyata masih perlu disiasat sebelum itu untuk menerima sasuatu berita. Walau bagaimana pun biarlah saya petik salah satu ayat SMS tersebut yang berbunyi lebih kurang begini "umno bakar gereja untuk dharuratkan kerajaan Selangor".
Persoalannya adakah logik diakal kita jika selangor berjaya didharuratkan maka yang akan dapat labanya ialah Umno/bn? akan tetapi kemungkinan ada benarnya jika kita perhatikan sejarah Kerajaan Pas Kelantan berjaya didharuratkan pada hujung 70an berikutan rusuhan jalanan dari rakyat jelata kemudian daripada itu kerajaan Umno Bn telah berjaya memerintah balik kerajaan Kelantan. Isunya yang diputarkan diwaktu itu ialah tanah simpanan balak hutan telah tergadai ketangan negara asing. Berpunca daripada itu juga hari ini kerajaan pas kelantan sekarang telah didakwa olih syarikat pembalakan tersebut dan mahkamah telah memutuskan supaya kerajaan kelantan membayar puluhan juta ringgit sebagai ganti rugi.Dari sejarah inilah agaknya ramai dikalangan peramal politik membuat andaian sememangnya umnolah yang menjadi dalang disebalik isu kebakaran gereja pada hari ini kerana berdasarkan umno yang agak pakar mengambil peluang untuk menangguk diair keruh.
Biar apa pun andaian tersebut namun isunya sekarang ialah kian meningkatnya kejadian kejadian kekeruhan yang melibatkan intigriti antara kaum telah tercetus,keadaan ini jika tidak dibendung segera sudah tentu akan merimas dan mencemaskan aspek keselamatan rakyat jelata. Sikap mengapi apikan sentimen perkauman dengan mengheret sama kepercayaan agama satu satu bangsa natijahnya amatlah berbahaya,ini kerana didalam islam sendiri jika seseorang itu sanggup berjihad bergadai nyawa mempertahan kesucian agama islam seterusnya ditakdir menemui maut kerananya sudah pastilah jasadnya akan dikira mati syahid iaitu satu kematian mulia yang tidak akan dihitung akan dosa pahala semasa hidup langsung akan terus kesyurga. Jadi ingatlah ramai dikalangan umat islam tidak akan takut bertumpah darah kerana Allah....
INJIN JET PEJUANG F5-E
Mengimbas kembali kenangan silam semasa didalam perkhidmatan tentera dahulu makanya teringat saya diwaktu itu sememangnya tidak dinafikan terdapat kes kes yang melibatkan penyalah gunaan harta milik tentera atau kerajaan ini.Namun ianya sekadar kes kes terpencil dan yang kecil kecil sahaja seperti kehilangan stok simpanan minyak petrol dan juga alat ganti untuk kegunaan kenderaan tentera darat tetapi tidak sampai keperingkat sampai kehilangan perlatan yang bernilai jutaan ringgit seperti kes kehilangan enjin jet pejuang F5-E ini serta kes kes kehilangan puluhan senjata ringan Styer dan sentata M16 angkara alMaunah tidak pernah berlaku dizaman saya ketika itu.

Walau bagaimana pun satu kes yang masih melekat didalam ingatan kepala saya dimana terdapat seorang anggota lain lain pangkat bawahan telah digempur dengan tembakan peluru olih pasukan risik kerana disyaki menyedup keluar beberapa liter minyak petrol untuk dijual kepada orang awam,agaknya tembakan terpaksa dilepaskan olih anggota risik disebabkan pesalah tersebut cuba melawan dalam usahanya untuk melepaskan diri dari kepungan,tetapi dia masih bernasib baik kerana peluru tersebut tersasar dari sasaran lalu berjaya diberkas selepas usaha kejar mengejar berlaku.Setahu saya sebelum kejadian, pagawai atasan yang berada didalam berada didalam organisai pesalah sering kali memberi teguran, nasihat dan amaran agar jangan melakukan sebarang kesalahan yang bolih memudhorah perkhidmatan,jadinya kejadian malang tersebut dianggap satu kesalahan jenayah salah guna harta benda kerajaan yang sengaja dilakukan atas sifat peribadi individu itu sendiri.

Dengan kesah insident tersebut bukanlah bermakna saya cuba ingin menjadi peguambela kepada pegawai atasan yang dikata tidak terlibat terhadap kes kehilangan injin jet pejuang F5-E tersebut akan tetapi timbul juga sedikit kesangsian dibenak fikir saya apakah benar seberani itu seorang Sarjan melibatkan diri hanya secara bersendirian menghilangkan harta benda kerajaan yang bernilai jutaan ringgit itu? Apakah beliau sedar injin tersebut bukannya barangan yang telah dilupus nilai untuk dijual sebagai besi buruk?Jika besi buruk kenapa tidak dijual bangkai badan jet itu sekali?kemana dan dimanakah bangkai badan 2 jet itu kini berada? Apakah benar sarjan ini sering berurusan jual beli barangan atau peralatan penerbangan ketenteraan TUDM dengan pehak luar secara haram tanpa dapat dihidu pergerakkannya olih pasukan kor risik?Kenapa kes kes kecil seperti saya sebutkan tadi dapat pula ditangani dengan baik olih anggota risik tetapi sebaliknya tidak pula melibatkan kes bernilai tinggi?Disinilah timbulnya persoalan demi persoalan yang agak kurang bermunasabah jika dilihat hanya seorang pegawai kanan peringkat bawah sahaja yang terlibat....sedarilah bahawa perkhidmatan dalam tentera bukanlah tempat sesuai untuk mencari kemewahan hidup.
Tok ayah su-Amat terkejut apabila terdengar alat pertahanan negara sekarang sudah bolih dijual beli secara pasar gelap...

Rabu, 13 Januari 2010

lapuran aktiviti sayap kepartian...



tok ayah su-merasa kagum dengan kesungguhan muslimat cawangan Tok Randok melaksanakan program memasak bubur asyura tanpa dibantu olih mana mana muslimin walaupun seorang melainkan segalanya bermula dari menyediakan bahan sehingga mengacau dua kawah asyura bermula dari jam 900 pagi sehinggalah sering air (keras) sampai ke pukul 5 petang.
Kerja gotong royong sesama muslimat yang ringan tulang ini telah menampakkan satu lagi kerja sama erat diantara satu sama lain,persefahaman ini alhamdulillah akan terus berkekalan hendaknya....

Doa dari jarak jauh...

tok ayah su-semoga cepat sembuh.

Ahad, 10 Januari 2010

Kenang kenangan menjelajah Kelantan...


Singgah beli goreng pisang ditepi pagar pasar Pasir Puteh disebelahnya terdapat wakaf menunggu kenderaan tetapi keadaan kebersihannya amat mengecewakan
Pili bomba ini sudah menyembah bumi kedudukannya terletak dihadapan padang bandaran bertentangan dengan pejabat Daerah Pasir putih.
Pada mula teringin juga hendak menjamu selera diRestoran terapung bersebelahan Tambatan Diraja Kota Bharu tetapi malangnya operasi kedai ditutup kerana kedudukan tapaknya hampir hampir dihanyutkan air sunagai kelantan akibat kesan banjir sebelum itu.
Dari jambatan Sultan Yahya Putra ini jelas kelihatan bangunan dalam pembinaan disekitar persisir tebing sungai Kelantan.
Kawalan keluar masuk olih UPP sebelum kePekan Rantau Panjang

Plets kenderaan luar kelantan dan juga Bas pelawat dari luar juga banyak kelihatan.
video
video
salam hormat!
Walaupun agak kerap juga saya berulang alik kenegeri Kelantan ini kerana terlibat dengan beberapa urusan keluarga tetapi disebabkan keterbatasan masa pergerakan saya hanya disekitar bandar Machang dan Pasir Putih sahaja namun kali ini secara kebetulan anak anak yang sedang belajar dibeberapa pusat pengajian tinggi balik bercuti semesta jadi mereka telah mengajak saya untuk berjalan jalan "makan angin".
Direngkas cerita dari Pasir Putih saya berkonboi dengan sebuah lagi kereta rakan kepada anak saya menuju keRantau Panjang dan sesampai dimasjid cina ala reka bentuk pagoda anak anak telah mengajak untuk bergambar kenang kenangan,pada pendapat saya masjid ini selain untuk menarik kaum tiong whua ianya amat unik dan menarik untuk dijadikan produk pelancongan sambil berdakwah untuk memperkenalkan islam.Walau bagaimanapun didalam perjalanan pulang untuk kekota Bharu apabila tiba disatu persimpangan Trafik Ligh saya mendapati seorang lelaki mundar mandir menuju kesetiap kenderaan yang berhenti dengan tujuan untuk meminta derma dan mengemis simpati katanya mohon dibantu untukperbelanjaan anak anaknya bersekolah.Waduh...amat tersentuh juga hati saya sambil tertanya tanya apakah lelaki ini benar benar miskin atau sememangnya dia sengaja untuk mengambil kesempatan mengemis.

Setelah tiba dibandar Kota Bharu saya sekeluarga bercadang untuk menjamu selera diTaman Sekebun Bunga tetapi olih kerana betapa lamanya saya tidak kesini jadi tidaklah saya ketahui tempat makan ini sudah tidak ujud lagi dan diganti dengan bangunan bertingkat tingkat mungkin juga hotel hotel mewah.Jadi kami terus ke medan selera MPKB yang dulu dulunya terletak dihadapan pasar siti Khadijah tetapi sekarang telah beralih tapak dikenali Buluh Kubu yang kira kira 500 meter sahaja jaraknya dari tempat asal.Ketika tengah enak menjamu selera tiba tiba hujan datang mencurah curah lebatnya,khemah gerai makan terus ditangkungi air dan hampir hampir tumbang serta bocor disana sini terus masuk jatuh tertumpah kedalam pinggang lauk nasi,rupa rupanya inilah nasib malang pelanggan dan juga penjaja kecil,terpaksa menerima risiko kerugian dan pelangan marhain pula kurang selesa dibuatnya lainlah jika makan ditempat tempat mewah.Maka kerana itu saya ingin mencadangkan kepada pehak PBT tempatan (KB)agar dapat menyediakan tapak makan yang berkhemah tetap ala Khemah yang berada padang Arafah Mekah.Mohon disokong cadangan saya ini.

Alhamdulillah selepas waktu magrib saya sempat mendengar dari corong masjid berdekatan suara kuliah agama,agaknya hampir disetiap malam pasti akan ada sahaja kuliah keagamaan disampaikan,almaklumlah negeri serambi Mekah maka sudah pastilah penekanan kerohanian perlu dititik beratkan.
Motif pelapuran saya ini adalah sekadar untuk merakam memori dalam diary harian saya dan segala yang tercatat adalah benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.

tok ayah su-terkenang memori lama ditaman sekebun bunga....

Aktiviti ku diMTD


Sabtu, 9 Januari 2010

Khatib berlainan tapi teks khutbah sama...


video
salam hormat !
Ketika menghayati bacaan khutbah dimasjid kampung Tok Randok saya merasakan ada sedikit kelainan daripada biasa kerana untuk pertama kalinya saya mendengar khatib merujuk kepada keputusan majlis fatwa kebangsaan berkait dengan pengunaan perkataan dari ukiran ayat kalimah Allah untuk tidak bolih digunakan olih orang bukan islam.Saya dapat merasakan satu semangat kesepaduan telah ujud dikalangan umat islam untuk menyatakan pendirian serta sebagai memberi sedikit respon kepada keputusan dari mahkamah tinggi yang telah membenarkan kalimah allah untuk dipakaiguna cetakan olih majallah Herald the khatolik weekly.
Telahan ini (kesepaduan) didapati benar apabila saya telah mendengar bacaan khutbah siaran ulangan disebelah tengah malamnya yang disiarkan olih TV 1 (lihat rakaman diatas).Teks khutbahnya saling tak tumpah sama dengan teks bacaan khutbah olih khatib dikampung saya. Hebat....adakah ini yang dimaksudkan 1 malaysia maka khutbahnya juga mesti 1 suara (sama)?
tok ayah su-menganggap isu agama amat sensitif dan tidak bolih dibuat main main apatah lagi jika ada pehak yang cuba mempersenda sendakan takut nanti padah dan akibatnya amat buruk dan bolih mengancam keselamatan dan keamanan rakyat dan negara....jadi berhati hatilah !

Khamis, 7 Januari 2010

Allah:sudah guna lama dah....


Salam hormat !
Sudah agak hampir 3 minggu lamanya saya telah mendiamkan diri untuk tidak menulis apa apa untuk mengisi ruang diblog ini,semua ini bukanlah bermakna saya cuba untuk melarikan diri dari berblog malah tatkala ditengah tengah masa tersebut saya telah masuk ke pusat internet berbayar (CC) bergaul dengan para anak anak muda yang memenuhi kedai internet ini untuk bermain "game",tujuan saya kesini adalah untuk melayari dan melihat apa apa jua perkembangan terkini dari penulisan para blogger diinternet, sebab utama saya berbuat demikian adalah juga kerana talian internet tetap streamyx dirumah saya telah tidak bolih disambungkan disebabkan modemnya telah rosak. Maka diharapkan agar pehak TMNet dapat memberikan sedikit kelonggaran untuk mengurangkan pakej bayaran bil bulanan kerana perkhidmatnya tidak dapat diperolihi gara gara modem yang masih "under waranty" lambat diperbaiki olih syarikat pembekal jenama modem tersebut.
Berbalik pada isu terkini didalam negeri atau diseluruh negara masing masing rata ratanya banyak diantara para blogger melayu/muslim memperkatakan akan keputusan mahkamah yang membenarkan sebuah syarikat penerbitan Herald berasakan agama khatolik kristian yang ingin mengunakan perkataan Allah didalam siri siri risalah penerbitan mereka.
Sebenarnya walaupun tidak didalam penulisan sekalipun ada dikalangan orang bukan islam sudah lama dah terpaksa mengunakan pakai perkataan Allah,sebagai contoh didalam perkhidmatan tentera terdapat perkataan Allah dikepala tali pinggang dan juga dibaret yang dipakai dikepala.Meraka yang jahil dan kufur ini dilihat sewenang wenangnya membawa masuk tali pinggang yang tertera perkataan Allah ini memasuki tempat tempat kotor seperti ketandas semasa ingin membuang air kecil/besar dan sebagainya.Perbuatan sebegini tidak bolih dipersalahkan kepada mereka seratus peratus kerana sikap tersebut adalah kerana kurang memahami betapa sucinya perkataan Allah.Bagi orang islam sendiri pun ada yang faham dan ada yang buat buat tidak kesah,jadi apalah sangat yang hendak diharapkan kepada orang bukan islam untuk memelihara kesucian ukiran perkataan ayat Allah tersebut.
Dari pengalaman sendiri pernah disuatu ketika saya berdiskusi secara aman dengan orang bukan islam,katanya mereka juga mempercayai keujudan tuhan Allah dan sembahyang mereka pada mata kasarnya dilihat menyembah "sesuatu" tetapi itu hanyalah sebagai perantaraan (ibarat posmen) semata mata tetapi hakikatnya sama dengan orang islam yang percaya pada tuhan Allah dengan sembahyang menyembah dinding empat penjuru (mungkin yang dimaksudkan ialah Ka"abah ataupun dinding masjid). Lalu saya cuba menerangkan kepada mereka sifat sifat tuhan bagi orang islam dimana pernah saya pelajari dalam seusia ketika berumur 5 tahun lagi.Ujud kidam baqa muqho sehingga akhir 20 sifat yang antara lain bermaksud orang islam wajib (tidak bolih tidak) mempercayai Allah itu telah ujud sejak azali tanpa diperanakkan dan tidak beranak pinak,maka dengan itu sudah pasti berbeza dengan kepercayaan orang bukan islam khususnya bagi orang yang beragama kristian yang percaya nabi Isa atau Jesus itu anak tuhan allah,itulah sahaja penerangan rengkas saya kepada mereka.
tok ayah su-Awalludin makrifatullah awal awal agama mengenal Allah....!

Isnin, 4 Januari 2010

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan