arkib

Rabu, 29 Januari 2014

Lee Chin Cheh....

Salam hormat !
Kali saya nak tulis satu berita dan cerita triller,kesah dan berita berlaku disebuah pasaraya.

Pelangan wanita : Licin chek...licin chek....
Pengawal pasaraya : mana dia?
Pelangan wanita: apanya mana?
Pengawal pasaraya: Tadi Puan cakap Lee Chin Cheh...
Pelangan wanita: barangan saya,beg tangan...dah habis licin chek...kena kebas olih pencuri....tolong saya chek....
Pengawal pasaraya : Laa...saya ingat puan nak tunjuk saya Lee Chin Cheh Adun Kajang yang letak jawatan tu....
Pelangan Wanita : Apa la Chek ni kesitu pulak...tolong saya cepat chek !
Pengawal pasaraya: Okey puan...tolong bertenang dan ceritakan apa yang telah terjadi...
Pelangan wanita: begini chek...masa saya solat disurau hujung sana tu...tiba tiba ada pencuri yang datang meragut beg tangan saya,jadi saya nak minta pehak pasaraya menyemak gambar wajah pencuri itu didalam kemera CCTV...
Pengawal Pasaraya: ooo...begitu ceritanya....sebenarnya kes sebegini sudah kerap berlaku disini,jadi tak apalah kami akan cuba membantu,tetapi memakan masa sikitlah.....
Pelangan Wanita: okey tak apalah...asalkan pehak pasaraya dapat buat sesuatu...saya sanggup tunggu.
Pengawal Pasaraya: walau bagaiman pun, kami nasihat puan kenalah juga buat lapuran dibalai polis yang berhampiran...bolih?
Pelangan wanita : baik...saya akan buat report.

Begitulah serba rengkas ceritanya namun untuk berita sebenar ikutilah kronogi kejadian yang disampaikan sendiri olih tuan empunya badan:-
sisipan akhbar SH

Kelu Lidah Tanpa Kata..- Moga Memberi Pengajaran dan Teladan

Tak tahu macam mana nak mula, kejadian ni berlaku pada saya jam 4.00 petang tadi di Shopping Complexs The Mines. 

Saya bersama suami dan anak-anak singgah di shopping complexs tersebut untuk membeli sedikit keperluan peribadi saya. Oleh kerana jam sudah menunjukkan angka 4, kami bergegas ke Surau yang terletak di aras 3 pasaraya untukmenunaikan solat zohor. Oleh kerana bimbang terlepas waktu, saya bersama puteri bongsu menuju ke surau perempuan, manakala suami dan putera sulong pula ke surau lelaki.

Ya, tanpa melengahkan masa, saya segera mengambil wuduk dan meletakkan puteri bongsu saya disebelah kanan dan 'hand bag' saya disebelah kiri dinding berhampiran. Ketika sedang khusyuk menunaikan solat, saya terperasan ada satu kelibat seperti mencapai handbag saya. Saya tetap teruskan solat, kerana dalam fikiran saya mungkin itu hanya perasaan dan gangguan syaitan. Usai menunaikan solat saya terus berpaling ke sebelah kiri. Alangkah terkejutnya saya, bila mendapati handbag saya telah tiada disitu. Saya cemas, semua orang di dalam surau saya bertanya kalau-kalau ada ternampak handbag saya dilarikan dan ada seorang gadis yang mengakui nampak handbag saya itu dilarikan oleh seorang perempuan berusia dalam lingkungan 30an,bertubuh tinggi dan sedikit berisi, berkulit cerah dan wajahnya seakan-akan"chinese look". Saya perasan wanita yang dimaksudkan oleh gadis tersebut memandangkan sebelum saya mengambil wuduk, saya ada perhatikan yang wanita itu berdiri tegak didepan pintu surau dan saya sempat melemparkan senyuman padanya. Wajahnya juga terakam dalam minda saya ni.

Selepas itu, saya segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak security yang mengawal cctv shopping complexs terbabit, saya menerangkan kepada mereka kejadian yang berlaku, rupa paras suspeks dan setelah hampir sejam menunggu dengan resah, jawapan mereka kepada saya "kami tak boleh buat apa-apa, kami juga tak boleh bagi puan tengok rakaman cctv, nanti kami siasat dan puan boleh laporkan kepada pihak polis, nanti kalau ada apa-apa kami hubungi puan, tapi kebiasaan pencuri ni susah nak tangkap."

Aduh kecewanya saya, mudahnya mereka melepas tangan. Apa guna cctv dimerata-rata tempat kalau semuanya tak membantu. Tak apa saya terima ini semua sebagai dugaan buat saya.

Suami pula mengambil tindakan pantas dengan menghubungi bank-bank yang berkenaan untuk block semua transaksi pengeluaran, saya dimaklumkan bahawa ada percubaan pencuri tersebut mengeluarkan duit dari ATM pada jam 4.14ptg, lihat betapa cekapnya si pencuri,dalam masa beberapa minit mereka sudah berusaha untuk mengeluarkan duit dari akaun saya. Mujur semua transaksi pengeluaran gagal. Ya, saya panjatkan kesyukuran pada Illahi, saya tak guna no kad pengenalan atau tarikh lahir sebagai number pin, kalau tidak hangus semua duit dalam akaun saya.

Sungguh saya tak sangka, dalam surau pun orang boleh mencuri. Saya harap kejadian yang menimpa saya ini menjadi iktibar pada semua rakan wanita diluar sana. Berhati-hatilah di mana saja kita berada. Letakkan sikit prasangka terhadap orang lain supaya kita tidak selalu bersangka baik. Dalam tempat suci pun orang boleh mencuri, inikan pula tempat awam yang lain.

Semasa saya membuat report di balai polis, ada dua lagi mangsa seperti saya. Seorang diragut gelang kemasnya di depan Shopping Compleks The Mines dan seorang lagi disamun oleh lelaki berparang juga di depan shopping complexs terbabit.

Jadikanlah kisah saya dan dua wanita yang lebih malang dari saya itu sebagai teladan.


Sumber : https://www.facebook.com/maznida.mahadi?fref=ts

Tok ayah su- ingin letak jawatan dari  Ajk PIBG sekolah...tiru Lee Chin Cheh....

Sabtu, 25 Januari 2014

Hilangnya akan dirasai....

Salam hormat!
Dua peristiwa diawal tahun Masehi 2014 yang membuatkan saya terkedu, terkejut dan terpinga pingga sehingga membuatkan saya duduk termenung panjang, peristiwa pertama sudah tentulah pemergian kealam baqa' Tuan Guru Ust Dato" Harun Taib, walaupun sejak diakhir akhir ini sudah diketahui kesihatannya sudah sedikit membataskan urusan kehidupan harian beliau akan tetapi tidak pula dijangkakan betapa begitu cepat sekali saat kembalinya beliau kerahmatullah. Miski pun saya hanya insan biasa namun saya pernah mendapat sentuhan memori yang luar biasa disepanjang perkenalan saya yang sesingkat cuma masanya. Saya tidak menyangka sama sekali apabila keluarnya saya dari pintu Madrasah ditingkat bawah Pusat Tarbiah Qudsi Kubang Lembek tiba tiba terjonggol (tercegak) wajahnya dimuka pintu sambil menghulurkan tangan terlebih dahulu. Waduh....terpaku sekejap....jika mengikut protokol sepatutnya sayalah yang terlebih dahulu mengsua tangan untuk bersalam dengan beliau, akan tetapi keadaan itu sudah jadi terbalik, dalam keadaan segan silu saya pun turut membalas menghulur tangan untuk berjabat tangan dengan beliau. Sejak dari itu saya berperasangka bahawa Allahyarham tidaklah seorang yang sombong atau meninggikan diri,beliau seorang mudah mesra meraikan tetamu tanpa mengira siapa...begitulah yang bolih saya nilaikan akan kehebatan seorang tokoh agamawan yang amat disenangi olih kawan dan lawan itu. bersambung...


Sambungan-  pun begitu sudah menjadi lumrah alam, disebaliknya terdengar juga cakap cakap mengatakan beliau seorang lebih mementingkan orang luar berbanding orang dalaman,sebagai seorang yang turut sama mengetui gerakan siasah (politik) sudah tentulah ramai pengikut dan penyokong yang menaruh harapan tinggi agar mereka mendapat pembelaan daripada kepimpinannya, namun difahamkan arwah dikatakan lebih suka bersikap seperti menyusukan kera dihutan sedangkan anak diriba dibiar kelaparan.Contoh ditahun kerajaan PAS 2000-2004 memerintah beliau tidak banyak turun padang menemui pengundi, akan tetapi selepas kalah pada tahun berikutnya barulah turun menampakkan muka, begitulah bunyi tomahan tomahan nagatif yang kurang enak didengar dari mereka yang kurang senang dengan beliau. Meski pun begitu ada yang beranggapan sesungguhnya beliau bersikap begitu kerana ada muslihatnya, antaranya agar tidak mahu dilihat terlalu mengamalkan "kronilisme" didalam saf kepimpinannya. 

sisipan akhbar SH
Sikap kesederhanaan arwah terserlah apabila beliau tidak hanya memilih untuk hadir keprogram berbentuk mega dengan kehadiran yang ramai semata.Pernah saya menyaksikan didalam satu majlis bertemu muka dengan pimpinan kawasan, majlis itu hanya berjalan didalam sebuah rumah yang kecil dengan jumlah muatan hadiran hanya dalam sekitar 10-20 sahaja.Walaupun begitu beliau tetap bersemangat menyampaikan risalah dakwah dan siasah.Masih terbayang dimata apabila seorang hadirin diberi ruang berdialog dengannya,saya dapati hadirin itu semacam nampak terketar dan tergagap gakap untuk berucap walhal ucapan itu hanya untuk bertanya bagaimana pandangan islam terhadap dunia hiburan, saya rasa sipenanya itu rasa takut takut disebabkan kelazimannya melihat hiburan agak asing pada kaca mata seorang ulama".Selain daripada itu hadirin tadi turut mencadangkan agar hiburan dalam bentuk sukan dapat diberi ruang seterusnya dia mahukan setiap kampung yang belum mempunyai padang bola hendaklah diadakan (dibina).Jawapan arwah berseloroh, rengkas dan bersahaja "kalau ada duit...buatlah" katanya. Respon beliau itu membuatkan hadirin lain tergelak kecil....kih...kih...kih....kelakar juga siarwah ni rupanya. Walaupun begitu saya menganggp bahawa jawapan itu adalah satu ucapan  "greenligh" atau " satu perkenan" dari mulut seorang ketua dewan ulama' merangkap Yang DiPertua Kawasan . Ucapan salam Takziah kepada ahli keluarga alahyarham mudah mudahan arwah mendapat balasan baik jua daripada yang MahaEsa.

Peristiwa kedua ialah berkenaan kematian anak saudara saya yang berada diMachang Kelantan.

Tok Ayah su-Alfatihah buat arwah...takziah buat keluarga

Khamis, 23 Januari 2014

siapa tiru wahabi vs Isa (2)

Salam hormat!
sisipan akhbar SH
Saya ingin memberi sedikit lagi komen berkenaan isu Bughah yang hangat diperkatakan baru baru ini.Yang mendukacitakan sikit ialah apabila ada orang yang cuba mempersenda sendakan kenyataan Mufti yang kononya telah mengeluarkan satu fatwa yang tidak bertepatan dengan suasana kejadian.Keadaan sebenar adalah satu kejadian demontrasi menuntut pehak kerajaan menurunkan harga barangan namun telah diexploitasikan seoalah olah kumpulan berdemontarasi itu bertujuan untuk mengulingkan kerajaan.Olih kerana salah tafsir itulah makanya seorang Mufti telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak mengejutkan banyak pehak. Mereka yang menunjuk perasaan telah dilabelkan sebagai pemberontak dan perlu dijatuhkan hukuman Bughah, apa itu Bughah?  secara rengkas maksudnya dihalalkan darah untuk dibunuh.Wah...mengerikan jugak sehinggakan ramai yang kecut perut lalu ada yang membuat lapuran polis.

Ekoran daripada itu saya tercari cari didalam beberapa buku dan juga dari kitab AlQur"an,apakah ada ayat ayat yang menyamai dengan Bughah? cari punya cari terjumpalah juga dengan satu riwayat yang mengesahkan sekumpulan kaum musyrikin yang belum memeluk islam telah turut berhijrah terkemudian sedikit buat bersama dengan Nabi Muhammad S.A.W diMadinah, setelah memeluk islam mereka berbai"ah untuk sama sama berjuang dengan kaum muslimin kearah fisabilillah.Namun begitu kumpulan ini tidak dapat bertahan lama, diatas sebab tertentu mereka ingin kembali semula keMekah akan tetapi masih ada diantaranya tidak mahu serta sanggup kekal setia bersama Nabi dan kaum muslimin yang lain diMadinah. Kerana itu mereka merasakan kumpulan itu telah berpecah dua.Puak yang tidak setia ini telah diberi gelaran sebagai Munafik.Para sahabat telah cuba menghalang kumpulan ini kembali semula keMekah kerana bimbang akan berulang memerangi kaum Muslimin setelah dipengeruhi ketua kaum musyrikin Mekah kelak. Kemelut itu dapat diatasi setelah turunnya ayat bagi menangani situasi berkenaan.Arahan Allah supaya golongan munafik itu dibunuh sekiranya mereka masih berkeras untuk kembali semula keMekah.Ayat menghalalkan darah ini tercatat didalam surah An-Nisaa': 88-89 (wallahuaklam).

Bila berbicara pasal Munafik lalu teringat semula cakap cakap anak buah saya pada siri yang lepas,sambung balik apa yang diceritakan.Sedikit kecewa apabila dimaklumkan terdapat dikalangan orang kampung begitu
mudah mengelar atau melebelkan seseorang islam lain sebagai Munafik. Contohnya hanya dengan seseorang
itu memakai seluar pendek sahaja sudah memadai berperangai Munafik, bukan setakat itu sahaja malah jenazah si'Munafik Gelaran" ini tidak wajib disembahyang atau disempurnakan jenazahnya sebagai seorang Muslim.Alahai...teruk sekali, sampai ketahap itu extreamnya.Apakah itu juga ajaran Wahabi? Pun begitu abang Rashid cuba memberi pandangannya, katanya soal aqidah dan bab furuk perlu diambil kira,jika melibatkan aqidah barulah bolih terbatal iman tetapi didalam soal furuk mungkin hanya jatuh didalam golongan fasik,jadi kena pandai beza golongan yang tidak mengekalkan dosa besar dan  puak yang tidak berterusan melakukan dosa kecil. Harap harap ada pehak yang lebih arif bolih memberi pencerahan agar keadaan tersebut tidak menjadi lebih parah,mudah mudahan kita tidak terlewat untuk mengenali siapa dalang dan siap musuh orang Islam sebenar?

Sementara itu beralih pula kepada perkembangan lain.Pada hari Jumaat malam Sabtu 2 minggu yang lalu didalam kuliah mingguan olih Ust Mohd Noor,beliau ada menyentuh pasal isu kalimah Allah,katanya memang benarlah ujudnya kepercayaan agama mentauhidkan Allah malah terlebih dahulu mendahui berbanding dengan umat Nabi Muhammad S.A.W.Risalah risalah samawi (wahyu) telah diturunkan kepada Nabi atau Rasul mengikut kaum tertentu, Umpamanya kitab Injil diturunkan untuk nabi Isa a.s,Taurat kepada Nabi Musa a.s. kitab Zabur kepada Nabi Daud a.s, manakala kesemuanya itu dirumus dan disatukan didalam kitab AlQur"an yang diturunkan kepada nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W.  Walau bagaimana pun masih ada bangsa beragama Kristian yang mahu terus mengamalkan ajaran dari kitab kitab terdahulu itu, jesteru kita dapati kitab tersebut telah dijenamakan semula olih ahli kitab mereka (pendita) atau paderi dengan panggilan BIBLE.

Apabila saya menalaah pula sebuah buku bertajuk "Beriman kepada Malaikat dan Beriman kepada kitab Allah" yang dikarang olih Tuan Guru Dato" Seri Presiden Pas Ust Hj Abd Hadi Awang.Maka beberapa kesimpulan bolih ditafsirkan.
Pertama- Terdapat ayat ayat dari kitab Taurat mempunyai persamaan dengan hukuman syariat yang diwajibkan kepada Umat nabi Muhammad S.A.W, antara yang disebut berkenaan syariat untuk bani Israiel sama sebagaimana seperti yang tercatat  didalam AlQur"an surah Al-Maidah ayat 43-44 dan juga didalam surah Al-A"Raaf ayat 156-157.

Kedua-Akujanji membenarkan Allah S.W.T sebagai pemberi syurga terhadap orang orang yang berjihad kearah jalan fisabilillah yakni sama juga seperti yang disebut didalam Taurat dan juga Injil (surah At-Taubah ayat; 111) Jadi apakah hukum syariat kita meniru dari kitab injil yang diturun kepada ISA...opp...maaf...tersilap sebut....nabi Isa A.S.

ahh...banyak lagi jika hendak dirumuskan kesemuanya,untuk mengetahui lebih lanjut silalah dapatkan senaskah buku yang dimaksudkan itu.Mudah mudah anda tidak akan keliru dan mudah dikelirukan.
Wallah huaklam....amim!
 Tok ayah suانندي عدلله (agama disisi Allah adalah islam)

Rabu, 15 Januari 2014

Siapa tiru Wahabi vs ISA?

Salam hormat!
sisipan akhbar SH 
MUKADDIMAH Teringat dulu dulu tatkala mendengar kuliah secara tidak formal disurau kampung dari seorang Ustaz yang mengajar mengunakan bahasa berbunga bunga,ayatnya "hari ini kita belajar usuludin yakni ilmu mengenal Allah dari kitab sifat 20....ujud kidam baqa' muqho lapatuhu taallaa lilhawadith... sehingga akhir ayat...adapun ujud itu maknanya ada, apa yang ada? adanya Allah lawannya tiada, mustahil tiada....adanya Allah itu tidak berjirim dan berjisim, tambahnya lagi contohnya begini "jika adanya angin bolih dirasai apabila kipas berpusing atau pun angin bertiup, tidak bolih dilihat tetapi dapat dirasai tiupan angin tersebut. Meskipun begitu ujudnya Allah berlainan sekali sebab ia tidak berjirim dan berjisim (waduh...pening nak faham) apa tu? ertinya ia tidak berbentuk dan tidak pula dapat dilihat apatah lagi merasainya (oo begitu)
Itu baru sikit belum lagi masuk bab Hakikat...Tarikat...Makrifat...diwaktu itu barulah saya terasa rupa rupanya makin saya mendengar makin banyak perkara yang masih belum saya tahu.Dua tiga hari yang lalu saya ada mengunjungi kerumah salah seorang anak buah sambil sambil juga melawat seorang abangnya yang telah meninggal dunia.Nasibnya agak bertuah kerana dapat kerap pergi keMekah menunaikan haji dan juga buat umrah.Macam macam cerita dari Mekah yang dibawa balik.Katanya semacam tidak percaya apabila mendapat tahu bahawa ramai dikalangan orang melayu kelantan dari Malaysia yang berfahaman ASWJ yang duduk bermastautin dan menjadi pentadbir urusan ibadat dikota Mekah, tok Arab beri kepercayaan pada mereka tetapi kini sudah tinggal sejarah kerana golongan bangsa berfahaman Wahabi pula yang mengambil alih. Sementara kalangan mereka yang berfahaman ASWJ telah lari jauh kekampung kampung pendalaman , kenapa?
Anak buah bersemangat bercerita.

Menurutnya lagi, cara Wahabi beribadat cukup rengkas,selepas solat tiada wirid wirid dan doa,lepas beri salam terus angkat kaki, tiada juga doa qunut,dan banyak lagi yang agak pelik pada kebiasaan amalan kebiasaan daripada kita. Manakala dikampung ini pun pada suatu waktu dulu pernah juga dia terjumpa seorang guru yang meniru amalan wahabi,jika hendak berdoa ataupun wirid dilarang keluarkan suara. katanya.

Disemasa perjalanan pulang saya sempat lagi menyambung perbualan mengenai perihal ajaran Wahabi dengan abang saya yang turut sama menumpang kereta pergi kerumah anak buah saya  itu, secara kebetulan abang saya ini pernah berguru atau mendengar kuliah agama dari ustaz Rashid, seorang tenaga pengajar agama disebuah ladang koko. Katanya jika merujuk kepada kuliah ustaz itu ada mengatakan ajaran Wahabi lebih bebas atau tidak terikat denga apa apa mazhab,amalan wahabi terus "direct" merujuk kepada hadith dan AlQur"an.Maknanya jika bercanggah dengan hadith/alqur"an atau sunah nabi maka akan dianggap sebagai bidaah atau sesat,tiada komperomi ketegori dolollah atau hasanah, contohnya jika nabi sendiri tidak menyambut hari lahir kenapa harus ada sambutan perarakan dan sebagainya pada tarikh kelahiran baginda Rasullah itu.
sisipan akhbar SH

Dan yang agak berbeza dengan ASWJ adalah sentuhan diantara jantina ajnabi, maksudnya jika sentuhan itu tidak mendatangkan atau menaikkan nafsu shahwat adala tidak terbatal air sembahyang, dihalalkan.... dalihnya? dari kesah Siti Aishah isteri nabi, pernah dimana disuatu subuh hari Rasullah S.A.W bersolat subuh ditepi sebelah Siti Aishah yang masih tidur. Apabila Siti Aishah terjaga didapati nabi tiada disisi, didalam kegelapan Siti  Aishah meraba raba mencari cari nabi tiba tiba tersentuh dengan nabi yang sedang solat. Namun nabi meneruskan solat tanpa mengambil wudud semula, kenapa? jadi itulah yang dijadikan hujahnya.
gambar hiasan...




Bersambung...

Isnin, 13 Januari 2014

Dari meja analisis....

Salam hormat!

Sudah muak nak menulis pasal kenaikan harga barang atau kos sara hidup yang diperkatakan semakin meningkat pada masa kini, isu ini tidak akan habis sebagai mana selarinya dengan slogan kami sokong sejak "dulu, kini dan selamanya". Nak diulas panjang panjang rasanya semacam akan menghabiskan Boreh, atau buat menghabiskan karen, udahlah tarif karen juga naik harga, bab kata bidalan "seperti anjing menyalak bukit... bukit tidak runtuh sebaliknya anjing yang keletihan. Namun begitu jika diperhalusi terdapat tanda tanda kesan dari sumpahan olih ramai itu telah menjadi. Doa rakyat akhirnya tuhan tunjukkan bahawa doa itu telah pun diterima. Dalilnya diturunkan banjir besar berlaku dibeberapa tempat disekitar Kuantan, Pahang dan juga Kemaman di Terengganu.Kejadian banjir ini bolih diketegorikan BALA,sebabnya tidak pernah pun berlaku banjir luar biasa sedemikian rupa sebelum ini makanya ia dianggap satu kejadian pelik yang sengaja tuhan mahu tunjukkan,cuma kita sebagai manusia tidak bisa mengetahui melainkan kepada mereka yang ingin mengambil pengiktabaran.Ada pun terdapat bentuk azab (bala) Allah tangguhkan dan ada juga yang disegerakan balasannya sebagaimana yang tercatat didalam ayat AlQur"an Surah Al-Hajj ayat 44-45.
sisipan akhbar SH

Pun begitu berasaskan sedikit pengalaman lalu jadi saya kira ada baiknya dicatatkan sedikit komen berkaitan dengan majlis forum yang dianjurkan olih pehak Akhbar Sinar Harian berkenaan isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.Apabila terbaca tutur bicara ahli forum sebagaimana dipetik berkata "Kerajaan perlu lebih telus dan jujur. Saranannya supaya kerajaan menyenaraikan terlebih dahulu apa apa barangan mahupun perkhidmatan yang mahu kosnya dinaikkan.Katanya lagi tempoh masa tertentu mestilah dijarakkan tidak seperti sekarang ini dimana kos kenaikan kebanyakanya berlaku serentak,ini menyebabkan bukan sahaja memberi kejutan ekonomi malah kesan bebanan yang terpaksa dipikul olih rakyat', begitulah daripada apa yang saya fahami.

Walaupun komen ini tahap kangkung dari akal menengah rendah tetapi perlu disedari hakikat sebenarnya siapakah yang paling terkesan merasa bahannya melainkan tiada lain selain mereka yang terdiri dari golongan menengah rendah inilah yang terkena tempiasnya.Bagi golongan atasan ataupun bangsawan hanya menjadikan kangkung sebagai satu sayuran berbentuk cerita metos sahaja. Masih adakah yang ingat kesah maharaja cina yang tidak mahu wajahnya dipandang. Singahsana dibina ditempat kedudukan yang tinggi,jadi tidak dibenarkan kepada sesiapa jua yang mendonggak keatas.Namun dek kerana kecerdikan golongan bangsawan maka dicarinya satu helah bagaimana cara untuk melihat wajah Maharaja Cina tersebut, lalu mereka memesan masakan sayur yang tidak dipotong atas alasan sayuran tersebut merupakan makanan wajib untuk bangsawan.Sebagai tetamu Maharaja Cina itu telah memperkenankan permintaan itu lalu diraikan dengan majlis makan makan.Disaat masa makan inilah golongan bangsawan telah mengambil kesempatan mendonggak dengan menjinjing sayur kangkung yang panjang itu keatas untuk disuap kemulut.Akhirnya terpandanglah jua rupa paras Maharaja itu.

sisipan imbasan dan keratan akhbar SH
Jesteru itu akal golongan bangsawan sebenarnya bukan sahaja sepanjang kangkung tetapi pandai pula mengambil kesempatan. Malangnya golongan bangsawan yang bijak pandai ini bukan sahaja mahu mengaut keuntungan keatas jerih perih keringat rakyat malah sampai sanggup juga me"Liboures" (kuli@hamba) kan rakyat semahu mahunya.Dalilnya kesempatan itu turut menjadikan ibubapa budak budak sekolah juga dijadikan mangsanya.Jika dilihat sekali imbas hasrat pehak sekolah memang baik,apa tidaknya, merangka program murid bermula sejak dari awal tahun sehinggalah sampai kehujung tahun,kemudian disenaraikan sekali ketetapan peruntukan yang perlu dibelanja macam senarai hendak beli barangan dipasar,siap dengan harga dan bajet yang diperlukan.Cuma yang tidak telusnya apabila program yang dirancang itu tidak dilaksanakan secara jujur,diambil peruntukan itu macam Robin Hood kemudian dibawa kemajlis Pekan Budaya anjuran Majlis Perbandaran Daerah, langsung tidak releven dengan niat sumbangan ibubapa untuk buat menampung aktiviti PIBG.

Bersambung dengan topik ISA vs Wahabi.....
Tok Ayah su-selamat menyambut hari Maulidul Rasul

Selasa, 7 Januari 2014

Ghurah yang aku tahu (2)

Salam hormat!
Dalam siri pertama saya agak emosional sikit menulis perihal topik ini,walau pun apa yang ditulis hanya berkaitan tajuk yang santai santai dan rengan sahaja namun saya tetap menyelitkan sedikit isu berat yakni isu ghurah yang heboh diperkatakan dimana mana.Kenapa sedikit dan kenapa tidak mengulasnya dengan panjang lebar?
Kan saya dah kata dari awal lagi "kalau kita tidak fakeh agama,takut nanti orang tak mahu baca atau tak mahu dengar,kalau sikit sikit saja mungkin tak apalah, ibaratkan sahaja sekadar selingan". Mudah mudahan dapat juga menjadi saksi untuk mendapat sedikit pahala diakhirat kelak.Lagi pun saya dah khatam satu kitab maka kata orang walaupun ilmu yang dipelajari itu hanya untuk membawa (kegunaan) diri atau keluarga sendiri adalah lebih afdhal jika dapat disebarkan. Jika tidak dapat jadi penyebar (tabliq) jadilah pendengar.

Kalau tidak kita orang islam yang sebarkan maka kerja ini akan diambil alih olih orang yang beragama lain,contohnya sebaran kalimah Allah yang menjadi milik mutlak untuk islam tetapi telah diambil kesempatan olih penganut agama Kristian.
Walupun terdapat beberapa enakmen yang berkaitan undang undang melarangnya namun kita merasa tercabar dengan tindakan dilakukan itu,apa tidaknya,tatkala dikalangan orang islam sendiri masih lagi jahil agama jadi adalah tidak mustahil kalimah Allah akan mudah exploitasikan kononnya fahaman ajaran Islam dengan Kristian itu sama sahaja. Sedangkan Islam 4Mazhab pun berbeza fahaman apatah lagi agama yang tidak ada mengena dengan ajaran Nabi Muhammmad S.A.W,sudah tentu ada yang buta kayu dengan agama Kristian lalu akan dianggapnya sama sahaja jantan dan betinanya. Sebab itu ada yang lelaki pakai baju perempuan yang perempuan pula berlagak lelaki,  macam....sapa tu? oopp...bukan Mak Datin dah... namanya wie...wie begitu.....ala ala mama Jawie yang menulis cerita cerita gosip artis itulah.....

sisipan akhbar SH
Baiklah....sudah meleret leret jauh dari "point" sebenarnya tentang apa yang hendak saya sampaikan.Apabila terbaca kalimah Bughah lalu teringat saya satu permainan yang pernah menjadi kegemaran saya dizaman kanak kanak dahulu, bunyinya seakan akan sama tetapi sebutannya berbeza iaini Gughah.Permainan ini tidak perlu ramai ramai ada 2 orang pun sudah cukup,kalau lebih ramai pun tak apa sebab permainan akan lebih menjadi meriah,cara main dengan melagakan buah ghurah ini supaya tidak berada dekat dengan lubang tanah yang digali,macam lubang main golf itulah....buah ghurah bulat macam biji bola golf itu juga,tetapi bentuknya kecil sedikit,warnanya putih dibuat dengan acuan bacuhan simen,keras, beratnya kira kira 200gm,sesiapa dapat membaling dengan tepat kepada buah ghurah lawan sehingga bolih pecah terlagilah lebih baik,kalau tidak pecah mata akan dikira ghurah siapa yang dapat masuk kelubang dara....oppp...bukan mencarut. cara balingnya ada peraturan tertentu, tidak bolih sebarangan baling, gengam dengan jari jari kedua tangan kemudian hayung tangan tidak bolih melepasi bahu, macam cara orang pukul guna rotan kepada pesalah hukuman Hudud ,pernah tengok? sudah tentu ada yang belum tengok sebab hukum Hudud belum dilaksanakan. Alahai... macam tulisan karangan dalam peperiksa disekolahlah pulak,  jika disekolah dahulu "Pilih satu dari tiga tajuk karangan ini, Pertama :Permainan Layang layang.Kedua : Permaianan Tradisi orang melayu seperti Gasing dll. Ketiga: Budaya hiburan seperti wayang kulit atau dikir barat. Buat 300 sehingga 500 patah perkataan dalam masa 1jam 30 minit....keh...keh...keh....

Hiasan bergambar dari koleksi wajah Jk/Peg Pasti
Alang alang menulis perihal kanak kanak ini jadi teringin saya menyampaikan satu hasrat dari jk Jemaah Ibubapa dan Guru (JIBG) Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang mahu mendapatkan sumbangan dari orang ramai bagi mengadakan alatan riadah seperti Papan Gelunsur, papan congkang congkik, kudakuda fiber dll bagi tujuan buat kemudahan anak anak Pasti ini bersantai santai sambil menimba ilmu, almaklumlah kanak kanak dengan permainan tidak dapat dipisahkan bagaikan lagu dengan iramanya. Diatas sumbangan yang akan dihulukan nanti terlebih dahulu diucapkan jazakalah ukhairan, berbanyak terima kasih. semoga tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Ooo ya... untuk keterangan lanjut bolih hubungi admin blog ini dengan mengunakan alamat Email seperti yang tertera.
Tok ayah su-takbirrr....الله اكبر 

Ahad, 5 Januari 2014

Gughah yang aku tahu....

Salam hormat!
Bila dah spesis kepala "otak kuning"  setiap benda atau perkara baik pun dia akan tafsir ikut suka sendiri yang kadangkala sehingga berbau lucah, contohnya orang bercerita tentang barang naik tetapi dia jawab kalau barang tak naik nanti tak bolih nak "main" dengan bini,ayat sebegini bukan dari orang biasa biasa tetapi terkeluar dari mulut orang ternama bergelar YB bergema didalam dewan mesyuarat pulak tu, alahai....

Jika perbualan orang luar dari Kelantan dengan masyarakat disana pun bolih jadi salah tafsir jugak, contohnya "saya nak bela anak kau bolih tak? mengikut loghat Kelantan ayat "bela" itu memberi makna berjimak (bukan berjimat) jadi hati hati bercakap dengan orang Kelatan sebab takut nanti tak pasal pasal kena kapak kecik atau kena perambat dengan penyapu.

Begitulah juga diperhatikan dengan isu Bughah, yang mengomen tentangnya didapati langsung tidak ada asas pendidikan agama tetapi masih tetap nak berhujah maka terserlah akan kedangkalan serta kejahilan mereka.Apa pun jika merujuk kepada kitab Fiqah seandainya terdapat sebarang masaallah agama yang tiada didalam Nas alQur"an mahu pun hadith makam jadi para ulama" muktabar ( العلماء والفقهاء) bolih sahaja berijtihad mengikut majlis syura untuk dipersetujui bersama. Ini maknanya bukan dari ulama" yang tidak berkelayakan,yang tidak habis khatam alQuran atau bukan dari ulama" yang tidak suka makan Sup sebab banyak penyakit, gaut, darah tinggi, kencing manis dan pelbagai lagi.Atau fatwa yang datang dari orang perseorangan yang berkata tulisan jawi sudah "Expiredate' (luput tarikh).

sisipan akhbar SH
Saya bersetuju dengan isu Bughah yang diperkatakan cuma yang saya tidak bersetuju apabila masa serta kejadiannya yang tidak releven dengan keadaan. Alangkah baiknya Bughah itu diguna pakai ketika tatkala peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dahulu.
Sama juga dengan apa yang terjadi diNegara Mesir sekarang ini,kenapa Ikwan Muslimin dilabel Bughah sedangkan mereka hanya ingin mempertahan hak yang diberi kuasa olih rakyat disana melalui amalan demokrasi? Dalam kontek dinegara kita Malaysia,bagaimana pula jika diterbalikkan PR dapat kuasa kemudian selepas itu penyokong Ubn pula dianggap pemberontak seandainya mereka mengadakan sebarang perhimpunan menentang dasar kerajaan baru?

Malam kelmarin (Jumaat) masjid dikampung saya baru khatam sebuah kitab pengajian yang hanya setebal 500 muka surat namun ianya mengambil masa selama 14 tahun, bermula dari tahun 2000 sehingga masuk ketahun 2014 barulah tamat.
2 minggu sekali berselang seli masa pengajiannya, "start" dari selepas maghrib sampai kewaktu isya". Walaupun sudah habis tetapi masih ada orang yang tidak faham dengan jelas maka disuruhnya Ustaz itu meneruskan kuliahnya dengan mengulangi balik semula pembacaan dari kitab yang sama. Ini maksudnya bukan senang untuk membuat tafsir atau mendalami sesuatu ilmu agama.

Soal tidak bersependapat didalam soal agama bukan perkara baru,malahan perselisihan itu diraikan jia ada kebaikan sebabnya setiap kejadian tuhan, tidak ada yang sia sia melainkan terselit hikmah disebaliknya yang tidak diketahui olih manusia.Begitulah juga dengan mereka yang tidak bersetuju dengan pembelian kereta mewah olih kerajaan Pulau Pinang,kerana beranggan tidak bersesuaian dengan masa yakni tatkala rakyat bergelut dengan suasana menangani kenaikan kos sara hidup, alih alih  pimpinan P.P sana bolih berbelanja besar.Nampak seperti sengaja mahu mempermain mainkan hati dan perasan rakyat kebanyakan.Itulah bab kata bidalan kalau udah emas yang dipandang berada digigi,bertemu bibir kebibir pun sanggup untuk mencongkil dengan lidah wahhal ia hanya sekadar tahi gigi sahaja.   bersambung.....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan