arkib

Isnin, 29 Disember 2008

Pesanan penaja (fasa 2 bil.5)

Ini lah dia sup "green box"-Kami dah rasa.....anda bila lagi?

Poksu- jadi "promoter" aje.....

Koleksi berita bergambar





Faktanya gaya hidup yang tidak stabil dari kuasa beli........!
Menilai siapa bersih, perlu pengembelingan bersama,perlu juga ditengok air kumbahan melimpah(gambar),kotor ke bersih?
Poksu-Bercadang hendak pelbagaikan keperluan punca pencarian rezeki...

Sabtu, 27 Disember 2008

Ucapan Takziah

Takziah di atas kemangkatan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum-Alfatihah !

poksu-Difahamkan para anggota Kor RSD amat mengenali Duli Tuanku.............

Selasa, 23 Disember 2008

Koleksi berita bergambar

dah kena padam- sorry
Poksu-fikir betul betul....!!

Aduan kepada yang berkenaan (2)

Lokasi-Km 1,jalan Jerangau-Jabor,Pekan Ajil,H.Trg. (depan deretan kedai makan majlis daerah) .
Perkara: Tong sampah ini dibawah pengurusan Majlis Daerah Kuala Berang (sebut betul betul:bukan berang @ marah),tahniah kerana sampahnya dipungguhnya hampir setiap hari melainkan hari cuti am,tetapi ada sedikit kecacatan iaitu air kumbahan (overflow) meleleh dan melimpah mengalir merata tempat sehingga bau harum semerbaknya bolih dihidu sejauh bermeter meter jika ditiup angin sehinggakan meloyakan pelangan kedai makan berhampiran. Selain daripada itu kedudukannya begitu hampir dengan gigi kaki lima jalan raya,apakah ia tidak bolih mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya?fikir fikirkan.............

Poksu-Teringat sabda Rasulallah S.A.W "Attu hurru syatrul iman" (Kebersihan adalah separuh daripada iman)

Jumaat, 19 Disember 2008

Koleksi berita P.36 KT (3)

Taklimat gerak gempur PRK P.36 KT petang tadi (Jumaat 19hb jam 3.00 petang)
Tuan puan,para muslimin dan muslimat hari ini kita akan berpeluang mendengar satu taklimat rengkas gerak kerja prk P.36 KT,saya mempersilakan dua orang staf dalam bidang yang berkenaan untuk menerangkannya ,okey silakan...!!
Ok T/kaseh,Tumpukan perhatian tuan puan kepada "white bord",disini tercatit jadual bertugas setiap upu diDUN kita ini yang akan ditumpangkan ke setiap upu dikawasan P .36,bolih faham ?Fahammmm...................................Bila nak pergi ni,kami dah tak sabar !!
Tugas kami para muslimat ni, buat apa pulak ya?tak kan nak masak didapur je?ni leceh ni !
Poksu-seronok juga sekali sekala dengar taklimat dari orang lain ,rasa diri ni berperasaan macam pembesar pulak..ha...ha..ha...

Selasa, 16 Disember 2008

komen gila gila

Dipetik dari blog-http://www.msomelayu.blogspot.com/
Bila mengenangkan telatah hidup manusai ini, Murai tidak terkata apa-apa. Tersenyum tidak ketawa pun tidak. Negara ini bebas dan mengamalkan demokrasi. Sesiapa pun boleh bertanding dan menyertai mana-mana pilihan raya. Sebab syarat-syarat yang ditetapkan bagi melayakkan seseorang calon ialah, tidak gila, (tidak termasuk gila babi), tidak muflis, tidak hilang warganegara atau kerakyataan negara ini. Ada penyokong dan pencadang dan duit deposit cukup boleh jalan...Syarat-syarat lain tida temasuk misalnya suka melompat, cakap bohong, hipokrit, rasuah, gedebe dan seumpamanya. Bahkan kalau kita bukan ahli sesebuah parti pun tetapi boleh juga bertanding atas lambang atau simbol parti lain. Ini dah pun berlaku dan terjadi di negara ini.

poksu-seorang anak kecil bertanya pada bapanya "ayah o ayah ! siapakah orang gila?"lalu dijawab olih ayahnya "jika nak kenal itulah dia orang gila' (sambil menunjuk kepada sesaorang yang sedang bercakap seorang diri dengan handfone ditangan) sekarang ini anak itu sedah pun agak besar/dewasa, percakapan ayahnya pada suatu ketika dahulu itu menjadikannya fobia untuk dia bercakap mengunakan h/f sehingga kini,kesian...salah perspeksi rupanya kanak kanak tersebut.

Kita juga keliru kerana kadangkalanya kita melihat orang tidak dikatakan waras tapi tindakannya tidak mengambarkan keadaan sedemikian,kita lihat dimana ada orang yang sanggup panjat banggunan bertingkat tingkat untuk terjun bunuh diri,ada orang sanggup membaling kasut kepada pembesar,ada orang yang tidak sanggup berkongsi membayar bil api air dimasjid,ada orang segera berubah hati tidak mahu terus beri komitmen kepada gerak kerja parti disebabkan hajatnya sebelum itu tidak tercapai,ada orang yang sanggup tidak mahu bertegur sapa seolah olah terputus terus hubungan silaturrahim,ada orang begitu mengejar sesuatu jawatan dalam parti sedangkan anggota dibawah lokalitinya masih lagi kucar kacir,cukuplah sekadar itu,jika nak disenaraikan ada banyak lagi.....jika beginilah keadaan perangai atau tingkah laku orang yang dianggap waras,jadi poksu nak cadangkan biarlah kita terus jadi orang gila,kerana orang yang tidak waras tidak dikira berdosa dan tidak dihisab dosa dan pahalanya diakhirat kelak...fikirkan betul betul !!

Komen dan tanya sikit !



Berbalik kepada Pas pula semakin hampir dengan pengumuman calon, nama Naib Presiden Pas Mohamad Sabu makin terpinggir. Seperti dikatakan sebelum ini petunjuk dari blog tidak menggambarkan petunjuk dari Kuala Terengganu dan dipedulikan oleh Pas Terengganu. Masalah orang luar orang dalam terus menjadi isu dan mengenepikan nama Mohamad Sabu.Kempen awal dilakukan Dewan Pemuda Pas Terengganu yang mahukan calon dari Terengganu naMpaknya diterima dan sekaligus melenyapkan seruan Mursyidul Am Pas yang berminat kepada Mohamad Sabu. Rasanya perkembangan ini tidak perlu difikir oleh Pas, sebab bagi Pas sesiapa saja yang diletakkan menjadi calon ia disokong.Tinggal dua nama kini, Dr Khazani Abdullah dengan Mustafa Ali. Inilah dua nama yang sedang dipertimbangkan oleh Pas Terengganu. Perhatian sekarang ini kepada dua nama ini sahaja. Bagi spy Umno kalau mereka mahukan laporan kekuatan calon bolehlah buat kajian dan penyelidikan ke atas kedua nama ini saja.
Poksu-Mungkin pengundi dikawasan Parlimen KT tiada masaallah dengan calon kerana ingin mempertahankan semangat kenegerian "orang luar vs orang dalam",tetapi pada dasar sebuah parti islam yang cuba mengelak dari terjerumus dengan semangat assyobiah pula bagaimana?jangan pula ada yang menganggap cakap lain buat lain alias tak serupa bikin....atau bagaimana?Jika hendak diadukan tokoh veteren dengan orang baru sudah tentu kelebihannya berpehak kepada orang lama walaupun timbul sedikit isu kurang senang sebelum ini, tetapi permasaallahannya, bakal percalonan ini (DKA) walaupun berpendidikan tinggi namun popularitinya hanya baru timbul dewasa ini sahaja jika nak dibandingkan dengan"ketua pemudanya" yang jauh lebih dikenali akan kehebatannya.Jesteru itu apa kurangnya dengan beliau ini sehingga sanggup diimport muka baru ,kenapa harus diketepikan begitu sahaja ketua pemuda tersebut? poksu tanya tetap tanya, salah atau betul pertanyaan tersebut bukan poksu yang mengadilinya !!

Dari meja analisis


Oleh BPPNS -"Nampaknya ahli PAS , penyokong Pakatan Rakyat , penganalisis politik dan orang awam bukan main ghairah menantikan pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Perkara yang selalu ditanya siapa calon PAS , Mat Sabu ke , Wan Mutalib ke dan yang lain-lain. Apabila orang tanya saya , saya cakap mudah saja. Buat apa nak sibuk-sibuk tanya pasal calon , yang penting ialah jentera pilihanraya.Apa sumbangan yang akan kita berikan untuk mempastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu nanti,Soal siapa calon PAS , biarlah pucuk pimpinan yang menentukan, kita akur kepada keputusan pucuk pimpinan.
Kalau kita di Negeri Sembilan kita mesti bersedia menjadi sukarelawan jentera pilihanraya , kalau tak sanggup kita mesti bersedia menyumbang bantuan kewangan , kalau tak sanggup kita bantu apa yang patut , kalau tak sanggup lagi kita berdoa dan buat solat hajat.
Jadi tak perlulah sibuk kita ahli biasa atau penyokong biasa ni siapa yang jadi calon. Kalau calon tersebut begitu hebat sekali pun kalau jentera pilihanrayanya lemah , belum tentu calon tadi akan menang. Pastikan Kemenangan Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu.
Kemenangan PAS ialah kemenangan Pakatan Rakyat.

Poksu-Tulisan diatas ada betulnya dan ada juga sedikit kesilapannya,yang betulnya jika calon itu hebat tapi jentera pilihanrayanya lemah maka sukarlah untuk memastikan kemenangan,yang tidak betulnya biarlah kita serahkan saja kepada pucuk pimpinan untuk memutuskanya siapa calon tanpa ada lobi melobi.

Persoalannya pemimpin itu siapa? siapakah yang memilih beliau (pemimpin) itu? dan apakah pemimpin tersebut naik sebelum ini tanpa ada sebarang lobi melobi sehingga beliau dapat melonjak naik pada tahap dipanggil pemimpin sekarang?,apakah pemimpin tersebut naik atas dek kerana pengaruh kuasa wang semata mata?.

Hari kita bercakap tentang "coruptian",memang ada dalam pengtahuan kita, seseorang yang ada mempunyai eset beberapa kereta mewah dan juga punya beberapa buah rumah yang bernilai hampir ratusan ribu ringgit sebuah,jadi adakah kita setuju atas "zat"seorang yang berduit inikah yang kita mahu dijadikan pemimpin?Jika begini persektif kita,sudah tentu akhirnya seorang "penyamun kaya berlesen" pun bolih lahir jadi pemimpin.....fikir betul betul !

Sabtu, 13 Disember 2008

Pesanan penaja (fasa 2 bil.1)



Pekasam Ikan Puyu Kiriman: Puan Siti Aminah - Mergong Sumber: Resepi Turun-Temurun Bahan-Bahan:
1 mangkuk beras, 1 cawan garam kasar, Air suam secukupnya & 1kg ikan puyu (ikan lain pun ok!).
Cara:
1)Ikan disiang serta dibersihkan dan kemudian digaul dengan garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.
2)Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.
3)Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.
4)Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat-(bahan A)
5)Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.
6)Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari. 7)Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu. *Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.
Cadangan Hidangan:
Untuk lebih 'kick' goreng sehingga garing dan masukkan bawang (kecil atau besar).Ikan tadi dihidangkan bersama perahan limau nipis.
Tambahan:
Jikalau puan-puan tidak gemar ikan air tawar ikan laut pun boleh dijadikan pekasam. 'SELAMAT MENCUBA'
Sumber dipetik dari http://resepi.mesra.net/Detailed/5856.shtml
Ini pula cara resepi ikan pekasam dari poksu
Bahan bahannya
Ikan air tawar (keli atau sepat) -1 kg
Garam kasar secukup rasa atau 1/2 gengaman tangan.
Asam keping - 4 hiris
Beras 1/2 cawan
Air suam 1/2 cawan
Cara membuatnya:-
1.Ikan disiang dan dibersihkan dengan campuran air perahan asam limau nipis atau asam jawa untuk hilangkan bau hanyir.
2.Beras digoreng dan dikisar halus.
3.Gaul dengan garam kemudian jeruk atau peram ikan supaya sebati rasa masin selama 12 jam (lebih kurang).Masukkan juga bersama dengan air suam tadi.
4.keluarkan kemudian dimasukkan kedalam tabung yang kedap udara,sebelum itu lumurkan dulu beras goreng pada ikan yang dijeruk tadi seekor demi seekor.Jika tidak suka masin bolih dibasuh terlebih dahulu ikan tersebut.
5.Kedudukan ikan didalam tabung hendaklah diselang selikan dengan sedikit asam keping dengan beberapa buku garam kasar untuk ketahanan jangka masa tarikh luput.
6.Selepas itu dibiarkan selama satu minggu didalam bekas kedap udara .
Peringatan: semasa mengoreng pastikan dengan kadar minyak masak yang sedikit sahaja untuk mengelakkan ikan jadi hancur.Ketahanan ikan pekasam bolih sampai 2 ke 3 bulan untuk simpanan.SELAMAT MENCUBA.
Poksu-untuk seorang kawan yang minta sangat sangat supaya resepi ini dikongsi bersamanya

Dari meja analisis



Apabila disebut sahaja Sdr Tuan Hj Mat Sabu maka teringat poksu pada suatu ketika dahulu beliau pernah berkunjung kesini (MTD:bukan maktab tentera diraja) diantara percakapannya yang releven dan bolih diambil pengiktibaran daripadanya ialah katanya "apabila kita berada sesama kita (dalam satu kumpulan yang sama), maka adalah terlebih baik kita senantiasa bermuhasabah diri,akan tetapi jika kita berada diluar sana,biarlah kita bercakap tentang kebaikan kita sahaja ".

Poksu amat bersetuju dengan saranan tersebut kerana konsep inilah yang banyak dipakai semasa poksu berada didalam perkhidmatan tentera dahulu.Poksu masih ingat bagaimana didalam suatu majlis mesyuarat,ada diantara kami masing masing terkena "smesh" sesama sendiri,diluahkan secara terbuka dan "direct" dihadapan anggota korum mesyuarat,sehinggakan ada yang merah padam muka sampai ketelinga kerana terpaksa menahan emosi suhu kemarahan,ada sesetengahnya pula cuba menegakkan benang yang basah ada dan ada juga yang akur akan kelemahan diri.Tetapi yang aneh dan hebatnya kami bolih bekerjasama semula selepas itu seolah olah yang gawat dengan pertelingkahan sebentar tadi semacam tidak ada apa yang berlaku,tidak ada pun timbul perasaan ingin berdendam sesama sendiri dan tidaklah sampai sehingga terbawa bawa keluar,segala perasaan marah tadi kami tinggalkan sahaja didewan mesyuarat,yang dibawa keluar hanyalah tuan empunya badan dengan semangat dan perasaan yang baru,inilah sebenar kunci yang mampu memumuk semangat kami untuk terus berkerjasama semula didalam sebuah pasukan.

Jika bercakap tentang motivasi atau bermuhasabah diri ini,yang sebenarnya bukanlah bererti kita ingin mencari kelemahan dan kesalahan orang lain semata mata,bukan juga medan untuk kita mencipta isu atau gossip agar kita bolih melompat naik,akan tetapi ianya lebih kepada ingin melihat kelebihan dan apa pula kelemahan kita sendiri (merujuk kepada diri poksu juga). Sememangnya kita kena akur dan kadangkala perlu ditanya adakah "aku ini memang sempurna seratus peratus"?Olih yang demikian poksu tidak amat bersetuju jika ada yang cuba mendabik dada syok sendiri mengatakan dia sememangnya telah sempurna berbanding dengan orang lain,setiap orang ada kelemahan dan kekurangan masing masing,kata orang putih "no body is perfect",melainkan para nabi dan sahabat sahabat yang telah pun dijamin syurga olih Allah S.W.T

Poksu-Harap Puteri Umno mula belajar pakai tudung sebelum datang ke KT !!

Jumaat, 12 Disember 2008


Serba rengkas intipati kuliah maghrib dengan tajuk "HAK SEORANG MUSLIM TERHADAP MUSLIM YANG LAIN" Sabda Rasulallah S.A.W "la yuk minu ahadukum hatta yuhibbu liakhihi ma yuhibbu linabsif" yang bermaksud "tiada sempurna iman seseorang kamu,sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri",lagi sabdanya yang bermaksud "hubungan seseorang muslim dengan muslim yang lain laksana sebuah binaan bangunan,yang mana sesetengahnya mengukuhkan sesetengah yang lain,barang siapa tidak mengambil berat terhadap urusan kaum muslimim (tidak kacau bertempat dan beradab) maka dia bukan dari golongan mereka dan bukan dari dari golongan kami sesiapa yang tida belas kesian kepada anak anak kecil serta terhadap orang tua,sesiapa yang menipu maka ia bukan golongan kami"


Sabdanya lagi yang bermaksud"Bantulah saudaramu apabila ia menjadi orang yang menginayai atau orang yang terinaya,lalu sahabat nabi bertanya :kita memang membantunya jika ia diinaya, namun bagaimana kita hendak membantu sekiranya orang itu menjadi seorang yang suka menginaya orang lain,maka dijawab nabi s.a.w :kita melarangnya daripada kelakuan buruknya itu dari terus melakukannya itu bermakna kita telah membantunya"


Sabdanya lagi "janganlah kamu dengki mendengki,jangan bersaingan dengan tawar menawar (sedangkan kamu tidak berhajat intuk membelinya) jangan bermusuh musuhan,jangan kamu menambah harga barangan yang telah dibeli olih orang lain (cuba pengaruhi penjual dengan harga baru sedangkan barangan tersebut telah pun dijual),tidak bolih menginaya dan merendahkan kedudukannya,menghinanya,atau mendustakannya,jadilah orang yang bertaqwa, menghina seorang muslim bolih dikira berbuat jahat walaupun hanya sekali,haram darah seorang muslim dengan seorang muslim yang lain dan kehormatannya".


Dan sabdanya lagi "barang siapa melepaskan seseorang muslim sesuatu kesusahan dari kesusahan dunia,nescaya Allah s.w.t melepaskannya suatu kesusahannya diakhirat,barang siapa meringankan beban kesempitan hidup seseorang didunia ini,nescaya allah juga akan merengankan bebannya bukan sahaja didunia malah diakhirat juga,barang siapa menutup keaiban seseorang (didunia) nescaya allah juga akan sentiasa menutup keaibannya samada didunia mahupun diakhirat,sesungguhnya Allah s.w.t senantiasa bersedia ingin membantu akan hambanya yang bertaqwa selama mana hambanya itu sentiasa bersedia untuk membantu saudara seagamanya,dan barang siapa mengambil berat tentang keperluan saudaranya nescaya Allah juga senantiasa mengambil berat akan keperluan hidupnya" ALLAH S.W.T LAH YANG MENUNJUKKAN yang HAQ (BENAR) DAN DIALAH JUA YANG MENUNJUKKAN JALAN YANG LURUS". Sekian wallah huaklam......


Poksu-sekadar untuk renungan diri sendiri dan kepada sesiapa juga yang ingin mengambil pengajaran daripadanya !

Nok Royat

Masjid ini sentiasa mengimarahkannya dengan majlis majlis ilmu dari beberapa orang ustaz.

antara ilmu yang dikuliahkan dipetik dari kitab "nasihat agama dan wasiat iman" dua minggu sekali pada setiap hari Jumaat malam Sabtu.Malam inilah.....

Poksu-Beri komitmen dan tetap hadir jika tiada keuzuran....alhamdulillah !




Isnin, 8 Disember 2008

Koleksi berita P.36 KT


Dipetik dari blog http://n32.blogspot.com/
Ini bukan cubaan, ini betul-betul, itu dialog Pak Mustar, tetapi dalam hal ini yakinlah Kuala Terengganu insyallah akan betul-betul menjanjikan perubahan besar-besaran kiranya Umno-BN berjaya ditewaskan. Ianya kini terletak di atas kita, tidak kiralah samada kita mengundi di KT atau tidak, semua kita perlu berkorban membantu memberikan kemenangan kepada PAS selaku wakil Pakatan Rakyat.Jangan terjerumus dalam perangkap BN, jangan lalai, jangan tertipu. Jangan biarkan apa sahaja kecenderungan untuk perpecahan berlaku, perpaduan dan kerjasama penting disaat ini. Kerasna itu nama-nama calon inis erahkanlah pada pimpinan untuk putuskan. Siapa pun calon yang diputuskan nanti kita akur dan terima, jangan terlalu ghairah disaat ini, takut nanti ada yang kecewa dan berpatah hati, ini jika dibiar berlaku sudah pasti mengusutkan prospek kita.Ayuh bekerja mulai sekarang. Bersama berkorban untuk menjuarai perubahan dalam negara!
Poksu-merasakan p/raya keci P.36 KT lebih hebat persaingannya kerana ianya melibatkan satu kawasan penduduk bandar yang agak keterbukaan disegi pemikiran dan bolih menerima sesiapa jua sama ada "calon luar atau dalam negeri",yang penting pada mereka kriteria seorang calon itu bolih mengegarkan dewan parlimen dengan membawa permasaallahan yang dibangkitkan demi untuk kebaikan pengundi yang memilih calon tersebut, dibawah adalah gambar koleksi berita dari sebuah akbar tabloid,jika dilihat pada tajuk besarnya sudah cukup menghangatkan suasana......!













Ahad, 7 Disember 2008

Dipagi hari raya korban

Detik peristiwa acara korban......

Kena berkas kuat kuat (kerjong kata orang ganu)Bismillahirrahmanirrohim,assahaduallah ila ha illallah.......waasshadu anna muhammadar rasulalllah....
Allah.... huakbar alah huakbar....allah..... huakbar allah huakbar.....allah..... huakbar !!

Nak mula lapah dimana dulu ni?
Bolih jadi tukang pegang kaki pun jadi lah...he...he...he...
Bijak..bijak...bolih nampak isi dah,bercerai kulit dari badan !
ooo...kena gantung paha tinggi tinggi rupanya, baru senang lapah isi dagingnya,pandai...pandai...

Ini pula bahagian kepala nak ambil otak,bagi kat ambe..... pakar dah !!
Ambe nak kerat bahagian kateh (Gear Box),ambe minat bahagian ni....
Apa pulak ni?nak meniaga ke? bukan ! inilah nak buat pembahagian cara adil,guna penimbang....(bukan dacing)...he...he...he...
Muslimat pun ada sama,nak tolong siapkan rempah ratus untuk masak sup ke?
Ha...tu dia,cepatnya...sambil lapah melapah,sedar sedar sup sudah siap,jom mari e-rup sup dulu....
Tak kesihan pada aku ni ke (kerbau),jadinya aku ni tak laku nak buat korban lah ya?..ha..ha...

Poksu-Difahamkan sebanyak enam ekor lembu telah selamat dikorbankan,alhamdulillah.....!!

Selamat hari raya Aidil Adha!

Detik peristiwa dimalam raya ................. Amboi suka hati nampak ! Buat apa ni? main main lepak lepak ya... Ooo....duduk tunggu bakar lemang rupanya.... Malam raya bolih sembelih korban ke?bukan....ini aksi sembelih ayam,nak masak daging ayam kampong buat rendang, makan dengan lemang esok
Poksu-hendak ucapkan selamat hari raya korban kepada seluruh muslimim dan muslimat satu Malaysia,termasuk mereka yang ditimbah musibah tanah runtuh,satu ujian daripada Allah S.W.T yang kita tidak ketahui ada hikmah disebaliknya.

Jumaat, 5 Disember 2008

Muafakat membawa berkat !









 persiapan untuk hendak masak gulai daging kambing











Akak ni,nak masak nasi ke? Ini pun kena mahir jugak,jika tidak jadi lembik atau mentah.










Amboi...ramainya tukang masak profesional.






Ini majlis apa pulak?ooo...cukur kepala baby (sebut betul betul)


Ha....tu dia,dah bolih makan dah
Sebelum itu bacaan doa selamat olih Alfadhil Ust. Ismail kemudian bolih makan ambil berkat !
Poksu-sebenarnya image diatas adalah satu majlis Aqikah kesyukuran cucu sulung poksu (dirumah Besan).Terima kasih kepada semua yang terlibat kerana bertukus lumus bagi menjayakan majlis ini.

Tolong kami bantu kami...!





Melihat kepada papan tanda ini pun sudah cukup memilukan hati.Begitu usang,terpacak sejak zaman sebelum perang Jepun saja gayanya.






Jesteru itu sebahagian daripada ahli khariah masjid (termasuk imam:berkain merah dan bilal:tanpa kopiah) telah mengadakan mesyuarat tidak rasmi tanpa kehadhiran pengerusi masjid (JKKK).




Turut hadir ahli Jawatan kuasa masjid (berbaju kelabu).Beberapa perkara telah dibincangkan antaranya kecerian persekitaran masjid kurang memuaskan,kawasan luar dan dalam kelihatan kotor manakala atapnya ada yang bocor sana bocor sini.Hari raya Aidil Adha sudah semakin hampir.








Lalu satu keputusan telah dibuat,satu gotong royong perdana untuk membersih persikitaran masjid perlu dilakukan segera.





Hari ini 5/12/2008 jam 300 petang berlangsunglah program tersebut.










Ha...ha..gaya macam hendak menembak, keselamatan diri perlu canggih... potong bunga pakai mesin.








Ni Tunjuk apa pulak?hanyun parang tu baik baik bang, nanti terkena orang disebelah,jadi kes naya pulak !












pokok bunga jika paras begini baru nampak kemas









Yang cekak pinggang (baju biru) ini siapa?kuli ka? tidak! sikit atas...kerani ka? tidak sikit bawah....Habis tu Mandur ka? haa..ya...ya...mandur jugak,he...he...he...







Sebenarnya beliau adalah alfadhil Ust Ismail, turut sama turun padang,okey lah tu....








Kebetulan para musafir berhenti untuk singgah solat














Inipun musaffir lalu,dari Kota Bharu ke Dungun katanya.












Inilah mercu tanda yang tertinggi dikampung kami,bolih mengalahkan menara berkembar Petronas...!

Poksu-inna solati wanusuki wamahya ya wamama ti lillah hirrobilalamin.....!

Rabu, 3 Disember 2008

siapa bolih bantu?



































Selepas kurang dari 48 jam aduan dibuat didalam
blog ini (rujuk aduan bertarikh 2/12/08 sebelum ini) pehak Road Care telah mengambil tindakan menurap jalan yang berlubang tersebut,namun demikian sejam sebelum itu satu kemalangan kecil telah berlaku melibatkan seorang pemuda yang menunggang motorsikal telah terbabas dan terjatuh didalam lubang tersebut,akibatnya keadaan kecederaan pemuda tersebut mengalami luka luka dibeberapa bahagian badan,beliau masih bernasib baik kerana keadaan trafik tidak sesak semasa kejadian, jika tidak adab kata almarhumlah jawabnya.
(lihat gambar gambar diatas,beliau juga sempat mendapat rawatan awal olih seorang wanita yang ada berhampiran tempat kejadian) Alhamdulillah....!
Poksu-siapakah yang patut dipersalahkan?bolihkah beliau menyaman kerajaan?ada sesiapa yang bolih membantu?

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan