arkib

Ahad, 24 November 2013

Harapan semua orang....

salam hormat!
Jika dulu ada bunyi fas fis fus tapi ini kali kenapa tidak ada bunyi sebegitu (petikan dari dialog filem anak bapak) apa pun seperti kata pujanga "hidup ini ibarat roda sekejap kita berada diatas dan ada masa kita berada dibawah",cuma apa yang menjadi harapan apabila mendonggak kelanggit jangan dilupa rumput dibumi...
Tahniah kepada pimpinan Pas Pusat yang dapat mengekalkan jawatan yang disandang dan syabas kepada muka baru yang ditabalkan untuk memegang jawatan berkaitan bagi sessi 2013-2015...

tok ayah su-sering melihat rumput dipadang bola....
sisipan akhbar SH

Selasa, 19 November 2013

Harapan dan impian muktamar 59 (sambungan)

salam hormat!
Hari ini 20-24hb sekiranya hari khiamat belum berlaku maka insaallah Muktamar Pas ke59 akan berlangsung.Muktamar kali ini juga akan diadakan pemilihan tampuk kepimpinan, bagi mereka yang tiada kena mengena dengan muktamar akan tetapi masih setia memerhati dari jauh pasti akan menunggu saat kelangsungannya, apatah lagi bagi yang terlibat secara langsung semestinya juga akan tidak sabar sabar lagi mahu mengambil bahagian,kepada para perwakilan sudah tentu sudah ada didalam kepala masing masing siapakah yang akan dipilih.

sisipan akhbar SH
Walaupun demikian didalam keghairahan tersebut terdapat dicelah celahnya pehak media pula memainkan peranan meng "highligh" kan isu hudud seolah olah akan berlaku satu pilihan raya untuk menentukan kerajaan yang memerintah, walhal yang akan terjadi hanyalah piliharaya pemilihan kepimpinan diperingkat dalaman parti sahaja,namun maksud tersirat disebaliknya mainan media itu adalah untuk menentukan siapa yang terpilih maka sudah jelas kemana arah tuju corak kepimpinan yang hendak dipandu, contohnya jika seorang ulama" sudah tentulah keutamaannya isu hudud yang akan diperjuangan manakala ada juga tanggapan nagative yang membuat persepsi akan berlaku juga penarikan keluar parti Pas dari terus terusan bersama dengan gabungan Pakatan Rakyat. Selepas itu hendak kemana?

Adapun seandainya tokoh yang tidak fakeh agama (profesional) terpilih maka akan jadi samar samar harapan hudud itu untuk terlaksana sebaliknya akan kekal dengan agenda "kebajikan" seperti sediakala malah hubungan sesama pakatan PR dikatakan tidak mungkin terjejas. Saya membuat sedikit penelitian didalam laman laman blog dan juga media sosial begitulah bunyi dari kupasan mereka.Apa apa pun janganlah terjadi seperti apa yang berlaku kepada Ust Nasa yakni bekas pemimpin no 2 Parti terdahulu, terus terpelanting dan membawa diri tak kembali lagi, harap harap sejarah hitam sedemikian itu tidak akan berulang lagi....selamat bersidang....

tok ayah su-mahu ajak lawan bola persahabatan....

Sabtu, 16 November 2013

Cerita UPSR jadi seghoti...

sisipan akhbar SH
Salam hormat!
Disebabkan terlalu ghairah untuk mendapatkan keputusan A didalam peperiksaan UPSR didapati ada seorang murid sanggup mengubah suai slip keputusan kemudian dibawa balik kerumah untuk ditunjukkan kepada ibubapanya, alangkah riang gembira tak terkata ibunya apabila melihat slip keputusan sianaknya yang telah mendapat keputusan yang cemerlang, lalu dijaja kesegenap rumah jiran konon sianaknya seorang yang pandai kerana memperolihi banyak A,namun kegembiraannya itu tidak berpanjangan,selang beberapa hari selepas itu ada pengkhabaran mengatakan anaknya itu telah membohongi beliau,untuk memastikan lalu siibu itu datang sendiri kesekolah, alangkah gundah gulananya dari berkeadaan ceria telah bertukar kecewa yang teramat sangat setelah dimaklumkan olih guru bahawa sianaknya hanyak mendapat markah sekadar cukup cukup makan sahaja, sebelumnya badan kuat kemudian telah bertukar menjadi lemah gemalai malah terasa malu pula kepada jiran jiran untuk meralatkan semula berita yang disebarkan beberepa hari yang lalu. Bertuah punya anak....keluhnya....

Kesah kedua-Apabila didapati sianak memperolihi keputusan banyak A maka dihantarlah anaknya itu masuk kesekolah menengah yang hanya menempat untuk pelajar pelajar pintar sahaja,Apabila disekolah baru itu mengadakan sekali lagi ujian saringan berserta dengan ujian ujian penggal yang lain maka pehak sekolah mendapati sianaknya itu telah banyak gagal seolah olah tidak menunjukkan kemampuan sebenar seperti mana seorang budak cerdik pandai yang lain malah dikatakan tidak dapat bersaing dengan tahap yang diperolihi olih kawan kawannya.
Lalu timbullah perspeksi bukan bukan yang membangkitkan tanda tanya adakah markah 5A didalam UPSR dahulunya itu dijawab secara meniru atau menjawab soalan yang telah dibocorkan kepadanya?

Apabila membicarakan soal perspeksi ini, ada juga timbul cakap cakap yang mengatakan berkenaan sistem SPPBS yang baru diperkenalkan kepada para guru sekolah,sistem baru ini bukan sahaja membebankan guru guru malah bolih membangkitkan tanggapan nagative dikalangan ibubapa. Apa tidaknya...contohnya jika pentaksiran markah murud murid dibuat olih guru guru kelas masing masing maka apakah tidak nanti akan ada sifat pilih kasih ,maksudnya mungkin hanya murid yang disukai olih guru itu sahaja akan ditaruk markah yang baik baik belaka manakala murid yang tidak disenangi guru akan diburukkan markahnya walaupun pencapaian pelajaran murid itu agak memuaskan, inilah yang menimbulkan kesangsian dari sistem SPPBS tersebut...jikalah benar benar terjadi begitu maka akan hancurlah harapan anak bangsa dan rosaklah intitiusi pendidikan negara.

Kemelot atau pun situasi sedemikian telah dan sudah pun berlaku didalam suasana kehidupan seharian.Contohnya apa yang berlaku didalam sirah politik tanahair, miskipun seseorang tokoh politik itu digembar gemburkan mempunyai tahap daya pemikiran yang bernas lagi bijaksana didalam banyak tindak tanduknya namun disebabkan tidak sealiran warna darah keturunan dengan "regu" maka dengan sendirinya sedikit demi sedikit dia akan dipinggirkan, sebagai klunya lihatlah apa yang berlaku terhadap seorang bekas exco negeri Kelantan.Walhal ada yang menganggap beliau itu adalah seorang pelapis yang bakal menjadi seorang pembesar negeri malah bolih melangkah jauh untuk menjadi pemimpin diperingkat Pusat.Namun kesudahannya apa yang terjadi kepadanya? Jawatannya exco pun terlepas....Itu salah satu contoh didalam dunia politik,pun begitu apa kurangnya yang berlaku didalam erena sukan,saya tidak mahu mengulas panjang tentangnya namun satu dunia sudah tahu sememangnya terdapat anak emas, anak gangsa dan juga anak tiri,waima engkau pandai bermain sampai kelangit sekali pun akan tetapi jika engkau tidak sebulu dengan pengurusan maka jangan diharap akan di"turun padang"kan,itulah hakikat hukumm karma dunia hari ini.....

gambar hiasan
Jadi berbalik kepada perihal sekolah tadi,apakah penyakit penyakit luaran diatas itu telah pun meresap masuk juga ke intitiusi pendidikan. Pada saya yang bersandarkan sedikit dari pengalaman yang lepas, pernah didalam suatu majlis perjumpaan dikalangan ibupada dengan pehak sekolah, berdiri salah seorang wakil ibubapa bangun bertanya katanya "kami dapati banyak program dan juga aktiviti yang akan dilaksanakan,jadi kami menghargai diatas daya usaha serta kesungguhan para guru namun begitu kami ingin bertanya apakah ianya tidak memerlukan wang belanja dan jika ada perlukah kami memberi sumbangan serta berapakah kos yang patut kami berikan?" Kemudian dijawab olih Pengetua "ya betul...pehak sekolah memang memerlukan sumbangan daripada ibubapa sekalian, jumlahnya jika dicampur tolak adalah dalam sekitar rm 300.00" katanya. "waa....terdengar perlahan suara ramai ramai didalam dewan. Kemudian ada yang kata mahal sangat dan ada yang kata tidak... macam tawar menawar harga didalam pasar.  Itu tidak termasuk lagi rm 150.00 kos lawatan murid sekolah kenegeri negeri terpilih....(kurang cerdiklah kalau guru pengiring tidak dapat percuma tambang bas dan juga penginapan,ini sudah dikira bolih merengankan beban kos guru hendak melancong)

Maka kerana itulah juga didalam mesyurat ajk PIBG pernah disuarakan bahawa setiap tahun bajet untuk kegunaan PIBG bagi sebarang aktiviti kecemerlangan dan pembelajaran sudah dapat dijangka beberapa jumlah kos yang diperlukan dari A sampai Z bermula dari awal tahun sehingga keakhir tahun tidak akan lari dalam lingkungan katakan diantara rm 4-5 ribu ringgit termasuk kos diluar jangka.Ini bermakna jika ibubapa perlu memberi sumbangan maka cara pengiraannya JUMLAH BAJET dibahagi dengan JUMLAH KETUA KELURGA contohnya jika
RM5000.00 (jumlah bajet) dibahagi 200 (jumlah ketua keluarga) maka jawapannya hanya RM25.00 seorang sahaja.Jadi persoalannya kenapa sampai perlu kami bayar sehingga RM 300.00 seorang? jika sedemikian RM 300.00 dikali dengan 200 ini bererti jumlahnya sudah  menjadi RM60.000.00 (enam puluh ribu ringgit Msia) WOWW....andaikata ditolak sebanyak RM 5000.00 belanja mengurus tadi ianya masih berbaki rm 55.000.00 (lima puluh lima ribu ringgit Msia) jadi kemanakah wang baki ini disalurkan? adakah ianya di"tranfermasi"kan (dipindahkan) ke JKKK yang sedia menunggu dengan mulut yang sering tergangga itu? Inilah yang dikatakan satu bentuk kezaliman yang membebankan satu pehak demi untuk merengankan tangungan pehak lain....Sedikit lagi menyentuh isu SPPBS yang dikatakan membebankan guru guru itu, yang sebenarnya jika dari sumbangan sebanyak itu tadi seandainya tidak tiris kemana mana maka dengan ini sudah pasti ianya bolih digunakan untuk membayar gaji para kerani sampingan bagi tujuan menolong guru guru mengisi semakan pentaksiran markah murid murid...caranya mudah saja....kan...kan...kan...

Moral of the story-kalau nak jadi calon P/Raya tetapi tak ada duit jadi jangan segan segan, cubalah berbaik baik dengan organisasi Ajk PIBG sekolah, manalah tahu kot kot bolih tumpang semangkuk.....

tok ayah su-bakal terima calon menantu...insaallah...

Isnin, 11 November 2013

test


sisipan akhbar
Salam hormat!
Kata isteri saya "bijak sungguh budak budak sekarang ni,apa tidaknya semasa diusia 5-6 tahun sudah punn habis khatam qur"an, sedangkan kanak kanak dizamannya dahulu bukan main susah nak dihabiskan kesemua juzuk bagi membolihkan seseorang itu diiktiraf pengkhatam alqur"an, gigih membaca sejak dari mula sekolah rendah sehinggalah keusia masuk sekolah menengah hari hari datang kerumah mengadap tok guru menadah qur"an dua kali sehari iaitu disebelah petang kemudian datang semula disebelah malam hampir setiap hari, menghafal dan terus menghafal sehinggalah kenal huruf dan bolih membaca sendiri dengan lancar baru bolih dialih dari satu juzuk kesatu juzuk yakni bukan seperti membaca akhbar bolih sahaja sesuka hati beralih dari satu kesatu muka surat yanga lain" katanya ketika memberi komen apabila dia membaca berita akhbar yang memaklumkan ramai dikalangan kanak kanak tadika sudah pun tamat alqur"an.....saya cuma tersenyum sumbing.....

tok ayah su-test iqra" sianak cucu....

Ahad, 10 November 2013

Harapan dan impian pemilihan Muktamar 59

Salam hormat!
impian anak kampung mahu padang bola sudah tercapai...
Ada orang sanggup berhabisan kerana sesuatu minat atau pun hobi walaupun kegemarannya itu tidak berbaloi jauh sekali untuk memperolih keuntungan darinya,contoh mudah orang yang meminati permainan bola sepak,yang peliknya dia bukan seorang ahli sukan pun,malah tidak pernah turun padang bola sejak dari kecil,miski pun juga sejak dibangku sekolah tidak ada yang menceritakan bahawa dia seorang suka bermain bola atau pun sehingga sampai menjangkau keusia remaja pun tidak pernah memulakan sepak bola sendiri, akan tetapi jika ada perlawanan bola sepak seperti kejohanan Piala Malaysia maka muka dialah yang menerjah pintu pintu stadium untuk memperolihi tiket,bukan itu sahaja dari jauh sanggup datang umpamanya dari Kelantan ke Shah Alam tanpa mengambil kira seberapa banyak kos yang akan dikeluarkan apatah lagi masa juga terpaksa terbuang begitu sahaja, semuanya itu semata mata demi untuk memenuhi keperluan minat dan keseronokan jiwa.Sedangkan tidak ada sesiapa yang memaksa apatah lagi yang membiayai.Belum terlewat untuk saya mengucapkan tahniah kepada juara Piala Malaysia dan yang naib juara juga tidak kurang juga hebatnya cuma nasib kali ini tidak menyebelahi untuk penyandang itu mengekalkan kejuaraan.Syabas kepada President KAFA yang mampu menaikkan martabat bola sepak Kelantan untuk tempoh beberapa tahun berturut turut.

Begitulah juga keadaannya dengan fenomena politik,tidak dinafikan ada golongan opertunis yakni berpolitik untuk sesuatu kepentingan samada untuk diri sendiri mahu pun kepada kroninya, lepas satu satu dikautnya sama ada secara terang mahupun tersembunyi contohnya memperdaya seseorang untuk membeli hartanah dengan nilaian rendah kemudahan dimajukan dengan projek perumahan yang memungkinkan pemulangan balik modal beratus ribu kali ganda peratusan pulangannya.Bila bercakap penuh mulut dengan ayat ayat suci tetapi perbuatanya tidak pula mencerminkan keadaan sebenar.Maka kerana itulah kreteria memilih seseorang untuk memimpin perlu diperhalusi kalau bolih biarlah dari hujung rambut sampai kehujung kaki. Memang betullah sebagaimana kata dalam ucapan TGHH diKuala Besut tempoh hari bahawa agak sukar untuk memilih sesorang yang maksum,setiap orang ada cacat cela serta buruk dan baiknya.Kalau nak diceritakan TGHH sendiri pun pada saya ada kekurangannya.Pernah saya terdengar bahawa TGHH terlalu mendengar kata orang orang disekelilingnya tanpa mahu menyelidik sendiri sehingga mempercayai apa yang dikhabarkan kepadanya secara membuta tuli.Contohnya terdapat permohonan tanah kerajaan olih rakyat dizaman pemerintahan Pas dahulu (1999-2004) dikatakan kononnya rakyat cuba menipu mengaku tanah yang mereka pohon telah diusahakan berdasarkan terdapat pokok pokok buah buahan sepertu sentul, rambai, rambutan dan sebagainya adalah tumbuh secara sendiri yakni dari tahi" yang mereka jadikan tanah hutan sebagai jamban berak.Alangkah sakit dan tergurisnya hati rakyat apabila TGHH mengeluarkan kata kata sedemikian walhal ada sesetengah dari mereka memang telah sekian lama mengusahakan tanah tersebut, soalnya kenapa TGHH tidak menyelidiki sendiri dan kenapa hanya mempercayai bulat bulat orang orang yang disekelilingnya yang mana mungkin ada perasaan iri hati atau pun mahu berdengki dengan sipemohon.

JANGAN SOKONG MEMBAWA REBAH

Secara peribadi saya menyatakan bahawa telah sejak sekian lama saya memerhati corak gaya kepimpinan mana mana pemimpin parti bertujuan bagi membolihkan saya menilai dan tidak terlalu ektream memuja sesiapa kerana prinsip saya sama dengan pandangan "kekuatan parti tidak terletak kepada individu semata mata,sebaik baiknya kerja buat secara berjemaah (berkumpulan) itu lebih afdhal" misalnya jikalau kekuatan Pas Kelantan diletakkan kepada bahu TGNA maka apa akan jadi selepas ketiadaan tuan guru itu nanti? sirah dahulu pun ada menyebut "jika kamu menyembah nabi Muhammad s.a.w sesungguhnya baginda sudah pun wafat sebaliknya jika kamu menyembah Allah s.w.t ianya tetap kekal sampai bila bila" dengan kata kata itu maka ada yang mahu jadi murtad sudah balik kembali kepada ajaran nabi.....

Olih kerana itulah juga hasil dari pemerhatian saya secara tidak langsung antara serius dengan tidak berdasarkan fokus analisa saya terhadap 2 tokoh yang akan bertanding merebut jawatan Timbalan President Parti Pas didalam Ijtima" ke59 yang akan mengadakan pemilihan pimpinan pada 20-24 November nanti.
sisipan akhbar SH
Apa perlu saya sibuk sibuk dan dan menyibuk? Sedikit sebanyak impaknya ada tempias yang mengenai saya.Contohnya pada suatu ketika dahulu disemasa saya menghadiri persidangan perwakilan persatuan bekas tentera, agak pedih juga telinga dibancuh berapi berapi olih Tokoh Politik Undangan dari Parti Umno yang mempertikaikan kewajaran bekas tentera menyokong Mat Indera komunis,Isu itu dibangkitkan kerana terdapat dikalangan ahli bekas tentera yang menyokong pimpinan Abg Mat Sabu.Ini belum lagi dibangkitkan dengan corak gaya agresif yang sentiasa menganjurkan beberapa siri demontrasi jalanan dibawah pimpinan Sdr Mat Sabu. Katanya bagaimana hendak menarik orang luar terutamanya pelancung mahu datang kenegara kita jika suasana politik yang sentiasa berontakkan apatah lagi ianya turut memberi kesan buruk juga kepada peniaga peniaga tempatan.

sisipan akhbar SH
Ada pun TMB Kelantan yang mahu mencabar penyandang Tim. President merupakan seorang yang dikatakan tidak begitu popular diperingkat Pusat namun dilihat agak fakih soal agama serta berwatakan seorang ulama" namun dicop juga olih segelintir mereka yang tidak bersetuju dengan beliau kerana tindakan yang progresif mahu mengamalkan politik damai sehinggakan pada suatu masa dikatakan terlibat dengan golongan Unity Goverman (kerajaan perpaduan) Apakah perpaduan itu salah? kalau salah dimanakah rasionalnya? saya nak ulas banyak tentang agama pun tidaklah searif mana? akan tetapi dari segi asasnya telah banyak kali juga saya menyatakan dari apa yang saya ketahui bahawa perundangan syariat mengandungi 5 elemen utama yang menjadi teras pokok,Pertama-menjaga agama (islam) Kedua-Keturunan (bangsa melayu yang beragama islam) ketiga-Harta (tanah air) Keempat-Nyawa (rakyat) Kelima-Akal (kesihatan) jadi dimana salahnya dasar keBANGSAan itu? bersambung.....

Rabu, 6 November 2013

Kerana nkauu....(sambungan)

Salam hormat!
sisipan akhbar SH
Sepatutnya ramai yang bolih meletakkan kesalahan disebabkan KERANA KAUlah (siapa?) yang menjadi punca Parti BN kalah diPRK Sg Limau, sebagaimana seperti yang pernah saya tulis sebelum pilihanraya kecil lalu dengan membuat andaian bahawa satu isyarat penolakan cukai GST akan dimulakan olih suara rakyat diPRK Sungai Limau.Beberapa hari sebelum PRK pembentangan bajet 2014 telah dibuat olih PM,selain pengumuman cukai GST akan dilaksanakan pada April 2015 dan dimasa yang sama pengistiharan pengurangan subsidi gula juga dibuat maka dengan itu dengan serta merta keesokan harinya gula dinaikkan harga rm 0.34 perkilo.Dengan keadaan yang masih panas dengan isu tersebut jadi pembangkang telah berjaya mengkontrolversikan lagi didalam siri siri ceramah penerangan disana lalu walhasilnya Pas telah berjaya mengekalkan kerusi yang dimenangi diDUN ini.Walhal tempoh masa untuk umum GST masih ada yakni disessi  pembentangan bajet tahun hadapan, akan tetapi kenapa ia dibuat tergesa gesa,kenapa???

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA
sisipan akhbar SH
Dua musibah dalam tempoh terdekat,pertama kalah didalam pemilihan naib president kedua dihukum rakyat didalam prk,itulah yang berlaku kepada penyandang MB Kedah sekarang,walau pun bukan beliau yang bertanding akan tetapi sebagai  pengerusi parti negeri sudah tentu orang ramai akan meletakan semua itu dibahu beliau sebagai ketua yang perlu bertanggungjawab akan risiko kalah menang.Soal peningkatan jumlah undi bagi BN atau kemerosotan undi yang diraih olih Pas,itu tidak menjadi persoalan pokok,sebab seperti yang diketahui jentera Parti Pas bukan sahaja terpaksa berdepan dengan politik yang menabur dengan segala macam pemberian malah termasuk janji janji yang akan diberi bulan dan bintang kepada rakyat disana.Maka tidaka hairanlah dengan mojoriti yang diperolihi olih parti pas itu menjadi teramat sangatlah dibanggakan olih penyokong dan pendokong parti mereka. Apa apa pun diucapkan tahniah kepada calon yang menang.....

Tok ayah su-salam maal hijrah dan jgn lupa baca doa tahun baru....amim!

Selasa, 5 November 2013

Kerana kauu......

Salam hormat!
sila makan bang....jangan malu malu....(gambar hiasan)
Saya tahu sememangnya ada yang menjengok masuk untuk meninjau perkembangan kemaskini isi kandungan blog ini, kadangkala saya terasa semacam ada orang yang hampa apabila didapati blog ini tidak tercatat apa apa perkara terbaru dalam tempoh beberapa hari,jesteru itu sejak menjadi penulis blog saya juga terasa semacam jadi orang rumah (isteri) juga kerana sentiasa terfikir fikir hari ini hendak masak apa. Takkan lah hari hari nak masak menu yang sama yakni ikan singgam ataupun sayur kacang masak lemak macam rumah jiran saya dulu dulu tu yang mana suami sentiasa merunggut sebab isterinya semacam tidak pandai memasak melainkan  masa makanan lauk pauk yang sama hari hari sampai naik jadi muak, sebab itulah kadang kala dia juga mahu mengubah selera makan diluar.Nak dikatakan isterinya sibuk pun tidaklah juga sebab dia suri rumah sepenuh masa,lainlah kalau yang bekerja tu mungkin sibuk sikit atau pun penat.

Begitulah saya merasakan bukan sahaja selera makan perlu di'UpGrade"kan. Menulis juga perlu di"update"kan selalu, tetapi seperti yang saya katakan tadi jika hendak memasak pun bolih memeningkan kepala nak pilih juadah apa untuk dihidangkan kepada che'suami mahupun kepada anak sendiri maka menulis juga rupa rupanya memerlukan daya fikir apakah bentuk essei yang hendak dipersembahkan kepada pembaca, tertanya tanya apakah corak yang disukai olih peminat.Namun begitu pada saya itu semua bolih diatasi disebabkan saya menganggap adalah sukar untuk difokuskan hanya kepada sesuatu aspek sahaja dan kalau jadi begitu maka pembacanya juga pasti terdiri orang yang sama contohnya jika menulis pasal makan makan jadi chef masak memasak sahajalah yang menjengguknya kalau menulis pasal mendidik anak sudah tentu para motivater sahajalah yang mahu melihatnya sebab mungkin bolih dijadikan modal didalam sessi ceramahnya,olih yang demikian saya fikir biarlah saya mempelbagaikan sudut topik penulisan.

Walaupun begitu menulis diblog atau dialam maya tanpa wayer ini adakalanya terdapat juga masaallah tertentu contohnya gangguan internet,selain masaallah teknikal, masaallah line dan lain lain seumpamanya, satu hal lagi masaallah yang tidak dijangka iaitu gangguan keadaan cuaca,maksud saya jika hujan yang disertakan petir maka kena berjaga jaga,sebab dari pengalaman saya sudah 2 kali komputer blackout terkena lintasan petir, apa lagi kena masuk workshop repair komputerlah buat sementara dan kes yang terbaru saya baru sahaja beberapa hari komputer terkena petir lagi, rupa rupanya secanggih canggih rekaan komputer tidak bolih lawan dengan ciptaan TV dirumah sebab teknologi tv agak kebal dari sebarang kilatan panahan petir.
sisipan akbar SH
bersambaung....

Jumaat, 1 November 2013

Memilih calon menantu diN20 (sambungan)

Salam hormat!
Pada siri lepas Pak Cop terbahak bahak ketawa seorang diri mengingatkan telatah pemuda no2 tetapi disembunyikan dari pengtahuan isterinya.Apa pula kesah cerita pemuda no3 didalam siri sambungan kali ini.Seperti mana dua pemuda sebelumnya pak cop juga mengajak pemuda no 3 untuk datang berkunjung kerumahnya.Disuatu malam dirumah pak cop mereka berbual bual rengan sambil menjamu selera hidangan makan malam dengan ditemani sama isteri pak cop "orang kelantan makan nasi mesti budu dengan ulam kena ada sama, tapi kami disini tak makan budu sebab susah nak dapat jadi kami ganti dengan sambal belancan untuk menembah perisa selera makan" pak cop memulakan perbualan, macam tahu tahu pulak pak cop perihal tabiat makan orang dari dinegeri kelantan."ya...betul tu pakcik...tapi saya tak makan budu" kata pemuda no3 "aiik pelik sikit tu....macam mana orang asal kelantan tak makan budu? tanya pak cop kehairanan."begini pakcik, budu itu memang sedap tetapi mengikut hukum dia termasuk didalam ketegeri memakan perkara makhruh disini agama kita"jelas pemuda 3 itu "ooo....begitu,,,baru pak cik tahu sebab apa hang tak makan budu... makan...makan....tambah lagi" pelawa pak cop, tiba tiba dilihatnya pemuda 3 sudah pun mula berhenti makan. "cepat berhenti....kenapa sikit sangat makan...apa....tak sedap ke mak cik kau masak" tanya pak cop."ehh...tidak pakcik...makanan disini sedap sedap belaka,cuma sebenarnya pakcik... nabi kita pesan supaya makan ketika rasa lapar kemudian berhenti makan sebelum kita kenyang"jawab pumuda3 macam nak memberi syarahan agamalah pulak dengan pak cop."Wahh....nampaknya berhalusi betul awang (gelaran manja) ni pasal bab ajaran agama" isteri pak cop menyampuk perbualan.

Selepas selesai makan mereka berdua duduk bersantai santai menyambung perbualan seketika diruang tamu sementera isteri pak cop yang sedang sibuk mengemas didapur mencuri curi dengar. Pak Cop mengulung gulung sebatang rokok daun nipah kemudian dihulurkan kepada sipemuda3 itu tetapi ditolak "maaf pakcik... saya tak hisap rokok"kata pemuda3.Kali ini pak cop teringin juga mahu bertanya kenapa dia tak merokok tetapi baru keluar sepatah "kenaa...pa...."tiba tiba terhenti sebab siisteri pak cop menyampuk dari arah dapur
"bukankah merokok itu hukumnya juga makhruh...pak nya ooi..."celah isterinya pak cop." oooo...tak apalah...baru sekarang pakcik faham bahawa hang ni rupanya banyak tahu juga tentang agama", duga pak cop "tidak tahu sangat pakcik,..saya cuma cakap sekadar tahu dari apa yang telah saya pelajari semasa dikampung dulu" kata sipemuda3 merendah diri. "apa...adakah anak ni (ganti nama pemuda3) setuju kalau pak cik minta tolong supaya dapat diajar serba sedikit apa yang hang tahu tentang agama kepada anak anak pakcik disini? pak cop minta kepastian.Pemuda 3 itu senyap tanpa memberi apa apa jawapan....pembaca tolonglah jawabkan ya......

Direngkaskan cerita dari situlah bermulanya asas perkenalan pak cop dengan 3 pemuda perantau itu,Apakah cerita separa benar ini ada kaitan langsung dengan arwah datuk saya atau tidak.....wallahuaklam...tetapi yang jelas benar sememangnya datuk saya mempunyai isteri disini serta mempunyai 2 orang anak maknanya adik beradik tiri dengan emak sayalah (emak lain lain) namun dengar perkhabarannya yang masih ada lagi kini adalah peringkat anak cucu cicit, generasi pertama sudah pun meninggal dunia.Jika di tahun tahun 70an dulu dulu adalah juga rombongan orang kedah (gelaran kepada saudara disana) datang berkunjung keKelantan, tetapi sejak kematian golongan tua hubungan dikalangan kami generasi cucu cicit ini sudah agak rengang malah ada yang sudah tak kenal mu....aku.,melainkan jika dirujuk dengan beberapa generasi tua yang masih ada lagi diKelantan sana.Apa pun diucapkan selamat mengundi kepada seluruh warga yang layak memilih diDUN N20 Sungai Limau.....AlFatihah.....

Tok ayah su-juga diucapkan selamat berjuang untuk pahlawan kelantan dengan tok gajah.....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan