arkib

Rabu, 29 September 2010

Mood hari raya bertukar kepilihanraya...


pemimpin rumahtangga
Kata orang jika umno bertanding diDUN Galas ini bererti "tiada beban batu digalas' betulkah begitu?
Tok ayah su-Belum terlewat hendak sedekahkan AlFatihah buat almarhum bekas YB Che" Hashim....

Isnin, 20 September 2010

kenangan syawal,mood raya lagi...




video

Ulasan akan menyusul kemudian...tunggu !
Terkini:

Salam hormat!
Sebagaimana lazimnya saya pasti akan merasa sedikit gelisah jika sekiranya tidat dapat melakar sebarang bentuk tulisan kerana menulis sudah sebati dengan minat saya sejak kecil,cumanya nasib tidak menyebelahi saya maka tulisan saya tidaklah sampai kemana mana,hanya sekadar menjadi tatapan sendiri dan tidak pernah pun disalurkan kemana mana samada dimajalah ataupun diakbar akbar terkecualilah setelah munculnya dunia IT maka saya mengambil kesempatan tersebut untuk mengirim secebis coretan kelaman laman web tertentu,jadi kita juga jangan lupa pada suatu ketika dulu satu gerombolan dari gabungan Pakatan Rakyat telah berhimpun dalam satu perhimpunan raksaksa "BERSIH" dari jalan raya menuju keistana untuk menuntut hak rakyat bagi mendapat Ekses IT,jesteru itu hari ini pengunaan IT sudah semakin meluas,olih itu jangan rosakkan nikmat ini,paling paling koman setiap seorang dengan mudah bolih menulis didunia siber ini,begitulah juga dengan saya,dengan menulis dapatlah saya melegakan segala perasaan yang mungkin ada terbuku dihati ibarat seperti seorang ibu yang suka membebel pasti akan terkumat kamit seorang diri meleterkan kepada anak anak,walhal anak anaknya itu ada yang tidak pun mengendahkan apa yang diucapkan olih siibu.Itulah nasib siibu, tetapi dizaman sahabat rasullah terdapat seorang ibu ingin meluahkan perasaannya dengan mengadu permasallahan terus kepada pemimpin pada ketika itu (sila rujuk slot video dibawah).Itu dulu tetapi hari masa telah berlalu dengan segala kemudahan perhubungan jadi amat malanglah jika terdapat segelintir dari kita yang masih lagi tidak ada saluran untuk mengadu nasib.

video

Jika bercakap tentang ibu,lalu terkenanglah saya dibulan syawal dizaman kanak kanak dulu,pada ketika itu saya kurang faham tentang adanya puasa selepas puasa dibulan ramadhan,saya pernah bertanya pada nenek kenapalah beliau masih lagi sibuk sibuk membuat ketupat dan juga tapai sedangkan hari raya telah pun lepas,katanya ingin merayakan puasa enam,oooh...alangkah meriah dan ambik caknanya orang orang tua dahulu meraikan puasa enam, sanggup berlapar ketika orang lain sibuk meraikan majlis makan itu dan ini sempena hari raya.Bilalah agaknya cucumu ini akan mengikut jejak langkahmu?Semoga roh mu tenang dan tenteram disisi orang orang beriman,aimm!

Bila bercakap tentang majlis makan makan begini,teringat pula saya ketika didalam perkhidmatan tentera dahulu, bolih dikatakan hampir setiap bulan pasti akan ada majlis makan makan,jika tidak dibuat dihotel akan dibuat direstoran dan jika tidak dibuat luar akan dibuat juga didalam kawasan kem. Majlis perpisahan ,majlis suai kenal la,majlis keraian kenaikan pangkat,majlis sambut hari kebesaran dalam agama juga tidak ketinggalan dan macam macam majlis lagi,setiap satu satu majlis akan rabaklah poket kadang kandang mencecah 1/3 dari gaji,kena pakat pakat 'share" ramai ramai bagi melunaskan bayaran majlis,waduh...tolak kiri tolak kanan seminggu lepas raya poket jadi kosong. Itulah kenangan lama namun pada ketika itu terfikir juga saya alangkah bertuahnya tauke hotel atau restoran kerana sering menerima kunjungan pelangan,kerana keseronakan itulah juga timbul idea untuk saya membuka restoran selepas tamat perkhidmatan,mudah mudahan restoran saya nanti akan dikunjungi olih bukan sahaja orang persaorangan tetapi dari pelangan secara berkumpulan,jika orang melayu tidak suka bermuafakat memilih restoran orang melayu untuk menolong melayu,maka kepada siapakah lagi ushawan melayu untuk mengadu,jikalah demikian maka sukarlah orang melayu untuk maju.

tok ayah su-sukakan bangsa melayu sebab nabi ibrahim juga suka kaum arab dan berdoa supaya keturunan arab lahir sebagai nabi akhir zaman.....

Ahad, 19 September 2010

selingan orang seni

( gambar hiasan pandanagn mata)
Takziah pada keluarga allahyarham M.Rajoli>alfatihah.....amim !
video

Lagu > Pergi jahanam dengan mu.....

Tok ayah su-bagaimana irama begitulah lagunya...kepimpinan melalui tauladanlah katakan.

Sabtu, 18 September 2010

"Sekolah Hamil"hasil kejayaan anak merdeka?



video

(video petikan ceramah dari YB dato" Harun Taib)
salam hormat!
Diera tahun 70an dulu terkenal dengan lagu dikir barat yang bertajuk anak monyet,liriknya lebih kurang begini jika tidak silap > "dari kelas satu~~~sampai darjah ene (enam)~~~ dapat nombor satu ~~~bolih angkat ibu tangan ~~~~jahanam habis keranamu (habis sepuluh ekar bumi jual gadai) ~~~kerana mek nok mengaji~~~~ayoh pun setuju hati~~~sejak diuniversiti mek berubah hati~~~bersaing dengan ore tinggi ada sepuluh kaki~~~hungga masuk dekat kena ko bapok gali~~~jahanam ~~~habis keranamu~~~"

Itulah serba rengkas senikata lagu dikir barat yang bolih disiniskan kepada anak anak muda remaja hari ini,tetapi lagu tersebut telah diharamkan sebab ada sedkit unsur lucah,apa yang hendak dikaitkan ialah apa itu "cinta monyet",satu bidalan bahasa melayu yang membawa maksud satu perasaan cinta yang tidak kekal dan hanya sekadar hendak bersuka sukaan sahaja.Cuba pula kita perhatikan telatah atau perangai monyet,sememangnya haiwan ini sukakan kepada pergaulan bebas dan bertukar pasang pasangan,namun disebaliknya itu spesis beruk ini mempunyai sifat terpuji kerana teramat amat sayangkan kepada anaknya,didukung sambil didakap kemas olih anak yang berada dibawah perut ketika hendak melompat atau bergayut dari satu dahan kesatu dahan.Sekiranya ada sebarang anasir jahat cuba menganggu anaknya akan pasti bapaknya datang menerkam kerana ingin menghalang sebarang kejadian bolih mengancam anak anaknya.

Malang sekali dengan spesis yang bernama manusia,walaupun terdapat ayat yang menyatakan "wahai manusia,kamu adalah sebaik baik kejadian ciptaan tuhan" tetapi masih terdapat juga spesis manusia yang bolih bolih mengalahkan haiwan yang tidak berakal untuk berfikir dengan melakukan pembuangan bayi yang tidak berdosa,memalukan....wahai anak anakku " ingatlah juga akan ancaman azab siksaan tuhan kerana melakukan kesalahan membunuh tanpa sebab itu terlalu besar akan dosanya".


Tok ayah su-nak bela kambing sebab kambing juga sayangkan anaknya....

Jumaat, 17 September 2010

Terbongkar punca kes bunuh Sosilawati...

Pesuruhjaya Pas N.Terenganu Dato' Ust Harun Taib
video
Video ucapan Pucuk pimpinan Pas Terengganu-puncanya terjadi sebab tidak ada kerajaan islam

Tok ayah su-main "Peranan Duta Lidah" (PEDULI)

Rabu, 15 September 2010

kenangan disekitar hari raya

Majlis perkahwinan anak saudara sebelah isteri diPasir Putih
Berkunjung kepusara bonda dikerteh4
Hadir rumah terbuka hari raya

video

Majlis akad nikad nikah> murah je belanja kahwin dikelate

tok ayah su-untuk tatapan bersama anak yang tidak dapat pulang berhari raya kerana sedang belajar diseberang laut...selamat hari raya dari ayahda mu !

Jumaat, 10 September 2010

Selasa, 7 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

TOK AYAH SU-Hendak ucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat samaada yang kenal atau pun tidak mengenali diri ini,maaf zahir batin....!

Isnin, 6 September 2010

jalan jalan sepetang dibazar ramadhan...(5) Murtabak makanan angkasawan?






video
salam hormat!
Alangkah hairannya saya ketika berkunjung kepasar ramadhan didapati diantara gerai yang menjadi pilihan pengunjung ialah gerai yang menjual Murtabak,sambutan orang ramai terhadap makanan separuh berat ini amat menakjubkan,apa tidaknya, masakan ada pelanggan yang sanggup beratur panjang menunggu giliran untuk membeli.Dalam jangkaan saya tidak kurang dari 1000 biji sepetang dapat dijual dalam tempoh 4 ke 5 jam,tetapi untuk melicinkan proses pembuatan supaya cepat disiap ianya bukanlah satu kerja rengan,banyak kerja remeh temeh (renyeh kata org ganu) yang perlu dibereskan disamping memerlukan tenaga kerja mahir tidak kurang dari enam orang pada satu satu masa.
Terdapat juga rungutan sipenjual bazar ramadhan ini yang melahirkan rasa kurang berpuas hati denganb susun atur dengan tidak mengasingkan ketegori gerai berasap guna arang dengan berasap guna dapur gas,kerana jika diletak sebelah menyebelah berjiran bukan sahaja asapnya bolih merimaskan tetapi bahan panas dapur arang juga memberi ketidak selesaan ,ini terbukti apabila terdapat dua orang peniaga gerai memberhentikan operasi perniagaan pada 2 ke 3 hari diawal ramadhan kerana tidak tahan dengan situasi panas berasap ini walaupun segala bayaran lesen tapak telah dijelaskan.Jadi ada yang mencadangkan supaya pehak majlis Daerah lebih perihatin kepada masaallah ini dengan mengasingkan ketegori berasap panas ini pada masa bulan bulan bulan ramadhan akan datang.
Disamping masaallah tadi terdapat juga cabaran cabaran lain yang ditempohi peniaga diantaranya keadaan cuaca seperti hujan ribut yang bolih meroboh dan menumbangkan bazar bukan sahaja bolih merosakkan bahan jualan malah lebih bahaya kerana ada risiko mengancam nyawa atau tercedera.
Apakah murtabak akan dimartabatkan sebagai makanan angkasawan pada masa akan datang?tidak mustahil !
tok ayah su-Buat portmortem sebab teringin nak jadi pakar chef murtabak.....

Sabtu, 4 September 2010

jalan jalan sepetang dibazar ramadhan...(4)

salam hormat!
alangkah buruknya keadaan tandas apabila pada suatu petang saya berkesempatan bersolat dimasjid Pekan Ajil, didapati keadaannya amat kotor dan ditambah pula keadaan salurannya juga tersumbat, tetapi keadaannya diwaktu malam agak terang benderang dengan lampu "spotLigh" tinggi berkuasa besar,manakala dimasjid Tok Randok pula lampu dikawasan pagar masjidnya sudah lama bergelap dan tidak bernyala.

tok ayah su-hendak buat aduan melalui blog kepada pehak pehak yang berkenaan...

Jumaat, 3 September 2010

jalan jalan sepetang dibazar ramadhan...


video
video santai gambaran orang ramai berbuka dipadang Dataran Shah Bandar
video
suasana malam dikawasan shopping komplek diKT

salam hormat!
Ketika meninjau ninjau sambil mememankan tok nek su berbanja untuk membeli pakaian anak anak kedengaran suara runggutan dari beliau mengatakan barangan pakaian raya pada tahun ini mengalamai banyak kenaikan harga,samaada diBazar Tanjung (bekas tapak stesyen bas ekspress) mahupun di pusat membeli belah kebanyakannya menawarkan harga yang amat tinggi walaupun untuk sepasang baju kurung kanak kanak mencecah harga sehingga rm50 keatas begitu juga dengan harga kasut kasut raya.Bagi mereka yang mempunyai ramai anak seperti tok ayah su sudah tentu berfikir panjang kerana jika dibajetkan rm 100 seorang didharabkan dengan 7 0rang sudah tentu rm700 ringgit,pecak rabaklah poket paksu,tetapi jika terlebih bajet daripada itu lagilah bertambah serabut kepala hotak ni memikirkan dimanakah hendak di cekau buat belanja persiapan raya anak anak.Olih kerana itu tok nek su terpaksa pulang hampa pada malam itu kerana tidak dapat berbelanja sepunuhnya,masih banyak keperluan baju raya aak anak tidak dapat dipenuhi,aduh...aduhh....duh...duh...duh...du...du...
"kami menang anda senang" kata orang politik tetapi hakikatnya anda fikirlah sendiri....
tok ayah su-satu suara satu pengguna satu zakat@cukai....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan