arkib

Ahad, 28 September 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri





















Poksu-Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada ahli korum sembang sembang kedai kopi(gambar) dan kepada seluruh muslimin dan muslimat yang mengenali diri ini,tidak dilupakan kepada pelawat yang sudi menziarahi blog yang tidak sepertinya ini,tanpa sokongan saudara/i siapalah diri ini,maaf zahir dan batin......!!

Khamis, 25 September 2008

Pesanan penaja (4)


Pekej perantau balik kampung (1)



1.Sup Tulang power special









2.tomyam campur


Poksu-selamat pulang perantau...hati hati dijalan raya !

Selasa, 23 September 2008

Wahai JKKK....apakah fungsimu ??


Sejak terbitnya sebuah akbar tabloid yang banyak mendedahkan hal ehwal aktiviti masyarakat kampong didapati banyak perkara yang bilih diambil perhatian daripada rencah rencah berita yang disiarkan olih akbar tersebut (bukan nak promote).Dalam banyak banyak perkara yang disiarkan ada yang positif dan ada yang nagatif,dengan kata lain ada pro dan kont khususnya kepada kerajaan negeri hari ini.


Poksu cuba untuk mengutip dan membuat sedikit analisa berkait dengan artikel yang mengesahkan setiap program dan gerakkerja diperingkat JKKK.Poksu cuba mengredkan dan mengorditkan markah mengikut pengamatan sendiri setelah mengambil kira beberapa pendapat dari sahabat sahabat harian yang poksu temui.


Hari ini (23 sept 2008) akbar tersebut melapurkan MB mengalu alukan pehak BPR membuat siasatan jika terdapat penyelewengan agihan dana khas Aidilfitri terhadap JKKK yang cuba pilih kasih untuk meluluskan pemberian bantuan tersebut sebagai contoh ada desas desus yang mengatakan ada pehak cuba memalsukan jumlah pendapatan dan tanggungan isi rumah sebagaimana syarat yang ditetapkan pendapatan yang layak terima tidak melebihi rm 1,500.


Disamping itu ada juga keluhan yang didengari terdapat segelintir dari JKKK ini mengambil kesempatan mengunakan sedikit kuasa yang ada dengan tidak mahu bertindak iklas dan adil malah bersikap bagaikan seorang "raja" yang hanya mahu menunggu kedatangan "sembah" dari orang kampung untuk mengadu hal,kemudian sikap ini pula diterbalikkan konon kononya orang kampung bersikap ego dengan tidak mahu melayan atau menghadhirkan diri dalam setiap program yang dianjurkan olih JKKK.


Sebenarnya orang kampung hari ini sudah bolih menilai setiap program anjuran JKKK kebanyakannya lebih menjurus kepada kerja ingin berkempen untuk jangka hayat perjuangan kepartian,olih itu mereka sudah mulai muak jika setiap perkara hendak dikaitkan dengan politik,sedangkan mereka juga sudah tahu JKKK adalan satu badan dibawah pentadbiran kerajaan manakala politik pula bersifat kepartian,jadi mereka bertanya apa untungnya jika seorang yang berlainan fahaman hadhir kedalam majlis seumpama itu jika setiap tutur bicara JKKK sering berbau politik kepartian ? malah tak kurang juga ada yang menyindir dan memperli malah tak kurang ada yang ditempelak bagaikan seorang peminta sedekah,walhal mereka dikenali tidak meminta minta melainkan apa yang diberi maka itulah juga hak mereka.Tahukah kita mereka juga ada perasaan?


Penduduk kampung juga sudah mulai sedar hak mereka sebagai seorang pembayar cukai dimana keuntungannya mestilah dikembalikan semula walaupun dengan kadar yang sedikit.Begitu juga hari ini semua orang tahu jika seorang penduduk kampung itu merupakan seorang peniaga,lesen niaganya itulah yang dikatakan cukai,jika rumahnya pula berada dalam kawasan majlis perbandaran maka cukai pintu yang dibayar kepada PBT itulah juga sebagai cukai,jika seseorang itu juga mempunyai eset lain seperti tanah dan sebagai maka cukai tanah itulah yang dikatakan cukai ( hanya sekadar menunjukan beberapa cukai yang terpaksa dibayar dan ditanggung olih mereka) Jadi dimana rasionalnya jika ada yang layak tiba tiba disisihkan disebabkan beberapa faktor,masa hendak "meminta" dari orang ramai digunakan beberapa akta dan undang undang akan tetapi bila tiba masa hendak "memberi" undang undang sudah ditolak ketepi,adilkah begitu? kata mereka !


Faktor yang jelas sekali ialah soal pilih kasih mengikut ketegori fahaman politik,jika berbeza ediologi pasti akan ditapis ketepi,sikap segini bolih mengundang maki hamun dan rasa tidak puas, amalan ini jelas apabila paksu terbaca banyak aduan yang dibuat melalui akbar yang poksu sebutkan diatas tadi,sebagai menyebut antara 2 contoh yang mengakibatkan satu keluarga Raja Ahmad yang terpaksa tinggal dirumah usang ditanah lot Kubu di DUN Pengkalan Berangan(SH 16 Sept 08) contoh kedua Satu keluarga dari Kg Bujal,Payoh,Kemaman juga masih tinggal dalam keadaan tanpa bekalan asas air letrik dan air bersih.


Alasan yang diberi teramat mudah iaitu dengan menyalahkan keluarga tersebut tidak datang berjumpa dengan JKKK,jadi apakah dengan sikap alpa dan berlagak ego menunggu orang datang "menyembah"ini bolih menguntungkan pentadbiran kerajaan negeri yang mana dimasa yang sama melaung laungkan dasarnya untuk tidak mengabaikan dan membela kebajikan rakyat tanpa ada sebarang prajudis sebagaimana kenyataan yang dibuat olih MB ketika melawat mangsa ribut kampung Banggol,Mengkaban,Telipot,KT (dipetik dari akbar sinar harian).Apakah saranan tersebut direalisasikan olih JKKK atau hanya sekadar retorika semata mata?.


Kita sering bercakap tentang beretika,contohnya jika seorang wartawan mestilah menjaga tulisannya supaya bolih menimbulkan keharmonian kepada umum,jika seorang doktor mestilah tiada sifat pilih kasih sama ada pesakit beliau merupakan sahabat atau musuhnya,jika seorang peguam mestilah tulus untuk menunaikan kewajibannya sebagai pengamal undang undang agar tindak tanduknya tidak bolih merosakkan sistem keadilan.Jadi amatlah malang jika hala tuju JKKK ini tidak jelas bagi memperkasakan pencapaian hidup selesa khususnya untuk warga luar bandar dan begitu juga untuk mengurangkan bebanan hidup kepada mereka yang tinggal dikawasan bandar atau pun pekan.


Kita juga nak bertanya apakah tidak ada skot pemantau JKKK ini untuk sekali sekala turun padang menjenggok mana mana pendudk kampung yang tercicir dari arus pembangunan?Apakah JKKK hanya mementingkan diri sendiri,kroni dan kaum kerabat sahaja sehingga lupa bahawa mereka adalah pemimpin yang menjalankan agenda kerajaan bukannya parti?Apakah mereka lupa tugas JKKK adalah satu amanah dari Allah jua (jika mereka mengatahui)?Apakah ular menyusur akar itu membawa kepada hilang bisanya?


Kesimpulannya,tidak keterlaluan jika ada yang mengatakan JKKK masih lagi lemah dari segi pencapaian pengurusannya,itulah hakikat itulah realiti dan itulah jumlah ordit yang bolih ditapsirkan,jadi selamat melakukan perubahan dalam pentadbiran anda wahai JKKK...!!


poksu-Takut nak tambah Mok Su no.2 kerana bimbang tidak dapat berlaku adil....nanti dikatakan pilih kasih...he..he...he....jangan mare !!!

Isnin, 22 September 2008

Anaklah modal insanku (3) DUGAAN.....

6.Juga ada usahawanita
5.para pensyarah dan pengarah

4.para tenaga pengerak utama


3.campuran pelajar usahawan dewasa dan usahawan muda




2.begitu tekun dan kyusuk sekali mendengar pelajaran yang diberi








1.antara yang ceria dan ada yang merenung masa depan,kemana sebenarnya hujung jatuhku.....
poksu-dipilih sebagai ketua dengan gelaran "Tuan CEO"(pembelajaran sepanjang hayat) diucapkan semoga berjaya kepada semua.

Ahad, 21 September 2008

pesanan penaja (3)








Menu rengan rengan selepas terawikh


1.keropok lekor dan keping

2.Rojak buah buahan tempatan

3.kerang rebus

4.Satay madu

5.aneka masakan panas


poksu-selepas ini anda akan dipaparkan menu pekej untuk perantau balik kampung....tunggu!!
untuk ke lokasi restoran sila rujuk dalam "pesanan penaja (2)".tk



Sabtu, 20 September 2008

Berita bergambar

6.rohani pun kena makan juga,jom pakat dengar tazkirah....!olih alfadhil ust Ismail b Othman
5.Dah kenyang,jangan lupa tunai solat magrib, seterusnya solat terawikh


4.Antara tenaga pengerak majlis


3.ha...dah pun masuk waktu,makan ! makan ! tambah...tambah...


2.Tengah menunggu masa berbuka




1.persiapan masak memasak nasi gulai kawah


p/s:baca ikut susunan nombor
Poksu-Majlis berbuka puasa tapi orang sini panggil majlis penamat,kali ini dapat sumbangan dari Pejabat majlis Agama Trg,kali pertama dapat,sebelum ini pakat pakat keluar modal sendiri...!!



Rabu, 17 September 2008

Tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah!

1.Inilah dermawan tersebut (berbaju kelabu) seorang pengusaha kilang/setor papan @ kayu bergergaji
2.para penyampai

3.warga emas sebagai penerima



4.Banyaknya stok,difahamkan rm puluhan ribu juga...


5.para penerima dan juga wakil bagi yang uzur tak dapat hadhir sendiri


6.penerima bagi pehak kaum lelaki dan wakil


Poksu-hanya sebagai pelapur sukarela,dan tolong menyampaikan permintaan dari dermawan tadi supaya disedekah balik Al-Fatihah untuk arwah ayahdanya...Al-fatihah, amin !!



Selasa, 16 September 2008

Dalam delima...?


6.Beritahu dikaunter tak beli banyak banyak....ekonomi masih gawat!

5.terlintas juga bil cukai pintu juga akan dibayar juga agaknya?


4.Teringat zakat fitrah tak bayar lagi?



3.Berapa? 2.dah jumpa

1.Jalan jalan nak cari shooping complek


DARI BAWAH..... BACA MENGIKUT URUTAN NOMBOR !!

Ahad, 14 September 2008

Bicara Agama/Tazkirah Ramadan (2)


Jika hendak dirujuk kepada banyak banyak buku ataupun kitab nanti kita merasa tak mampu dan naik mabuk dengan maklumat yang kadangkala kosong daripada ilmu yang bolih memberi menafaat pun,apatah lagi dizaman sebah canggih dengan kemudahan dunia IT hari ini kita seolah olah mudah rabung mata untuk membezakan yang mana satu betul dan yang mana satu bolih menyesatkan kita.

Olih yang demikian seorang pengarang risalah “kitabul Tauhid” yang bernama Allah yarham tuan Haji Abd Ghoni yang dipercayai seorang guru agama yang berasal dari Cetok P.Mas dengan penuh tawadukmerendah diri mengatakan karyanya tidaklah yang terlebih molek kerana dengan ketidak maksumnya sifat beliau,sayugia dengan itu beliau menadah tangan menerima sebarang apa jua teguran atas kekhilafan yang ada dalam karangannya dan berjanji serta bersedia mengubah atau menarik balik kata katanya itu dengan harapan kerja ikhlasnya adalah semata mata untuk memberi memberi sedikit ilmu kepada anak bangsanya (petikan kata katanya dari risalah tersebut yang bertarikh pada 18 Safar 1372 bersamaan 6 Nov 1952).

Daripada syarah dan matan dari risalah kitab tersebut sekali lagi poksu akan susun daripada masa kesemasa sekadar yang terupaya disampain untuk menambah, mencantumkan apa yang difikirkan perlu bagi tujuan meminda ayat ayat yang banyak mengunakan bahasa sunkrit lama melayu,namun apa diharapkan tujuan asalnay tidak lari dan tidak bukan hanya untuk beriktikad dan beragidah sebagaimana yang diunjurkan olih Allah S.W.T.

Nisbah ilmu in berbanding dengan ilmu lain adalah yang paling utama sekali yang terbangsa kepada pengamal ajaran islam itu sendiri,adaun kandungannya mengandungi pengtahuan darihal membahaskan ketetapan perjuangan,kepercayaan kepada tuhan (Allah SWT) dan kepercayaan kepada rasul rasul nya berserta dengan dalil dalilnya sekali supaya berolih keyakinan medaha mudahan membangkitkan semangat dan membakar keinginan untuk bekerja dan beramal sebagaimanan menurut titah perintah Allah SWT.

Tempat maududnya (bacaannya)kepada 4 tempat:-

Yang pertama-menghuraikan pada zat Allah darisegi sifat yang wajib,sifat yang mustahil, dan juga sifat yang harus padanya.
Yang kedua-Pada rasul juga ada zat dan sifat yang wajib,harus dan mustahil yang wajib kita beriman dengannya.
Yang ketiga-Pada segala kejadian dari segi jirim dan jisim iaitu dalil kewujudan penciptanya.
Yang keempat-Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada pengkhabaran rasul Allah seperti hal hal syurga,neraka dan hari khiamat.

Sekian dahulu buat kali ini,jika dipanjangkan umur akan disambungkankan lagi pada siri siri yang akan datang dengan tajuk apa faedah dan menafaatnya ilmu ini (tauhid). Insaallah,wassalam.

Poksu-jika dizaman Rasulallah S.A.W pergi berjihad berperang Badar pada pertengahan bulan Ramadhan,jadi poksu juga terpaksa berjihad ekonomi (berniaga) dipenghujung ramadhan untuk menjana ekoinomi ummah.

Jumaat, 12 September 2008

Mana satu betul...??



Dipetik dari blog http://n32.blogspot.com/
Pemilik laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) awal petang tadi (diwaktu umat Islam sibuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat). Beliau ditahan di bawah seksyen 73(1) akta tersebut kerana dituduh mengancam keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam.Sebelum ini saya pernah menyentuh beberapa artikel beliau dalam Malaysia Today yang pada pengamatan saya rasakan menghina dan merendah-rendahkan Islam. Dan saya tahu beliau adalah seorang penulis yang terlalu berani dan jinak dengan segala jenis kontroversi.

Poksu-Mengingatkan poksu trajedi 9/11,Tepat 7 tahun yang lepas iaitu tanggal 11 September, 2001, satu peristiwa ngeri dan tragedis berlaku di Amerika Syarikat. Empat buah pesawat komersil telah ditawan oleh pengganas, dua dijunamkan ke arah bangunan Twin Towers di New York, sebuah lagi merempuh bangunan Pentagon manakala yang keempat terhempas di Pennsylvania dalam perjalanan menuju ke Washington DC.

Disini terdapat percanggahan maklumat,ada yang mengaitkan peristiwa itu dengan kegiatan rekaan Zionis yahudi,(dalam satu berita tv jika tidak silap) manakala satu lagi ada pendapat dengan mengatakan ada kaitan mengkambing hitamkan rangkaian alQaeda, sehinggakan ada pehak sanggup menyaman sebuah akbar luar Negara kerana tidak berani untuk berjihad sesama umat islam lain yang dikena tohmah, untuk itu sanggupkah kita dilabel sebagai orang Islam perlu menikus………??? (sekadar bertanya)

Khamis, 11 September 2008

Suprise..tarik balik sekatan keatas blog !!

Kerajaan tarik balik sekatan ke atas blog
11/09/2008 4:11pm

PUTRAJAYA 11 Sept. - Kerajaan tidak lagi mengenakan sekatan terhadap mana-mana laman web atau blog di negara ini.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman
Abu Mansor berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat kabinet semalam.
“Arahan sekatan yang dikenakan terhadap mana-mana laman web atau blog sebelum ini, termasuk portal berita 'Malaysia Today' ditarik balik berkuat kuasa serta-merta,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan




Poksu-Pernah suatu ketika semasa didalam perkhidmatan tentera dulu seorang sahabat merasa sedikit kecewa dengan layanan boss no2 dengan memerapkan senarai nama kenaikan pangkatnya yang telah pun diluluskan olih pehak atasan,tunggu punya tunggu sampai tarikh sesekian yang ditetapkan tidak juga dihebahkan namanya,akhirnya beliau mengambil keputusan sendiri menjahit pangkat kebahunya dimasa yang sama di”followup letter/blog memo” kepehak atasan tersebut(sampai keTaiwan), tindakan sahabat saya ini dianggap tidak siuman olih kawan kawanya yang lain termasuk olih boss no2 itu. Sahabat poksu itu yakin apa yang dilakukannya betul kerana ingin menuntut haknya berdasarkan kepada fakta kelulusan bertulis daripada pehak atasan cuma boss no2 sahaja mengada gada (katanya ada konspirasi sulit @ phd). So fikirlah sendiri baik dan buruknya blogger ini..................

Akhirnya apa terjadi dengan boss no2 itu? (cencer) bulan puasa ni tidak bolih didedahkan semua ……he..he..he...

Rabu, 10 September 2008

komen poksu...!!

"16 September ini tidak mungkin berlaku perubahan kerajaan,ini berpandukan kepada 2 faktor, iaitu faktor teknikal dan faktor politik"Demikian ketegasan dibuat Dato' Mustafa Ali ketika membuat persidangan media di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu semalam.Kenyataan ini dibuat secara peribadi beliau bagi menjawab kekalutan politik yang timbul sejak akhir-akhir ini.
Dato' Mustaffa memberikan hujah dan fakta yang menguatkan lagi kenyataan beliau tersebut.
Bukanlah bertujuan untuk menghalang usaha kearah perubahan kerjaan, tetapi lebih kepada peringatan agar rakyat bawahan yang sangat mengharapkan perubahan kerajaan pada 16 september 2008 merasa amat kecewa selepas tarikh tersebut berlalu tanpa apa-apa yang berlaku.Dato' Mustafa juga menjelaskan juga beberapa teori kononnya ada kaedah perubahan kerajaan berlaku dengan titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong.
Poksu-hari ini poksu membaca satu kenyataan yang hampir sama dalam akbar sinar harian,sebagaimana dipetik sejarah lompat melompat parti ini pernah terjadi diKelantan, Terengganu dan Sabah tetapi dari parti pembangkang melompat kepada parti kerajaan,
apa yang akan berlaku 16hb ini sebaliknya pula,Jika tarikh ini dikatakan ada masaallah teknikal jadi tiada salah di"select" nama untuk dipublishkan pada umum sahaja dahulu tepat pada tarikh tersebut. Dato' Husam Musa juga turut kelihatan,sama ada beliau turut bermain peranan ataupun tidak tidaklah diketahui,manakala turut disentuh YB bebas Dato Ibrahim Ali,pada pengamatan poksu Tok Him ini sudah pun memakai uniform PR cuma Identititinya sahaja belum digezetkan lagi,tiada pas outoritylah katakan.....he..he..he..!!

Dipetik daripada TranungKite Online sebagai berkata:-


Dewan Pemuda PAS pusat (DPP) menolak sebarang campur tangan tentera dalam menangani isu perkauman di negara ini.Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, DPP memandang serius kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal bahawa isu perkauman yang dibangkitkan sekarang boleh mencetuskan huru-hara."DPP tidak menafikan bahawa isu ini boleh membawa kepada pergolakan politik bagi sesebuah negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia."Tetapi DPP menolak sebarang campur tangan tentera dalam soal ini," kata Salahuddin, yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, kenyataan Abdul Aziz itu jelas menunjukkan bahawa pihak tentera sedang memantau keadaan yang ada.Namun, tambahnya, ia tidak bermakna tentera patut terlibat sama secara terbuka.Salahuddin berkata, pergolakan yang sedang berlaku sekarang bukan melibatkan pemimpin atau penyokong Pakatan Rakyat.Katanya, penyokong Pakatan telah merobohkan tembok perkauman sehingga orang Cina dan India tidak lagi kekok menyokong PAS yang selama ini dilabel sebagai ekstremis Islam.


Manakala orang Melayu pula, katanya, sedia menerima DAP walaupun mereka sering dimomokkan sebagai chauvinis Cina.Sebaliknya, Salahuddin mendakwa, Umno yang terdesak, telah membangkitkan semula isu perkauman sehingga ada yang mendesak parti komponen BN yang lain keluar daripada gabungan tersebut.Parti-parti lain pula, katanya, mengambil kesempatan untuk menyalahkan Umno dan ini yang menyebabkan krisis perkauman di negara ini.


Oleh itu, kata Salahuddin, tentera tidak perlu mencampuri pergolakan perkauman itu, bagi mengelak diperalatkan untuk survival politik sempit Umno.Dalam keadaan seumpama itu, katanya, pihak tentera sepatutnya berkecuali.Katanya, DPP berharap demokrasi dapat dipertahankan "kerana kita tidak mahu apa yang berlaku di Thailand, berulang di sini"."


Poksu-lihat dulu kelemahan diri sendiri,pada asasnya tentera memang tidak pernah mencampuri urusan politik,mana mana kerajaan yang pegang kuasa maka dasar daripada kerajaan itulah yang perlu diakur dan patut dituruti,namun masih ada lagi protokol tertinggi iaitu Kesetiaan kepada raja dan negara serta kedaulatan undang undang (sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara), olih yang demikian ikutlah saluran tertentu terlebih dahulu jadi amatlah malang jika tentera sebagai benteng utama negara dianggap mudah diperalat atau dijadikan alat olih pehak pehak tertentu,jesteru itu kepentingan agama,rakyat dan negara adalah lebih utama melangkaui "survival" politik itu sendiri....!!!!

pesanan penaja (2)

IKAN BAKAR BEREMPAH

Menu ini perlu ditempah awal untuk mengelakan kehabisan stok
Datanglah KeRestoran Sri Adidah
Lot 1307,km 1 Jalan Jerangau-kuantan
Pekan Ajil
Hulu Terengganu.

Dipetik daripada MSO.blogspot sebagai berkata:

Ruang Untuk Anwar Jadi PM 16 September Masih Terbuka
Ahli PKR dan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat serta menanti kedatangan hari keramat 16 September boleh menarik nafas lega apabila bakal Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak ditahan dan ikat jaminannya berhubung kes liwat tidak ditarik.

Mahkamah Seksyen hari ini meneruskan ikat jamin yang diberikan pada 7 Ogos. Ini bermakna Anwar bebas bergerak dan tidak dihalang oleh apa-apa undang-undang.Sebutan kes liwat ke atasnya yang sepatutnya disebut semula hari ini ditunda pada 24 September depan ekoran cadangan pihak pendakwa yang ingin memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dan dibantah oleh peguam Anwar.

Hakim, SM Komathy Suppiah menentapkan pada 24 September untuk mendengar perbicaraan berhubung cadangan pindaan itu.Dengan keputusan hari ini, ini bermakna Anwar masih ada ruang untuk menggerakan agedanya menumbangkan kerajaan BN menerusi tindakan lompat parti oleh ahli Parlimen BN seperti mana dijadulkan sebelum ini. [seremban 12:00 t/hari 10/09/08]

Komen poksu-Tiada alasan kepada rakyat "16 hb telah diekploitasi", apabila sudah terlajak sebegini pasti usahanya untuk keputra jaya mestilah dijayakan jika tidak mahu melihat penyokongnya kecewa !!

Bicara Agama/Tazkirah Ramadan (2)

Untuk Diri Sendiri dan Sesiapa Yang Sudi Teladani

Rupanya ada juga sesetengah daripada kita berperasaaan nanti akan dikatakan orang hendak menunjuk nunjuk pula apabila kita rajin datang kemasjid untuk tunai solat terawikh pada tiap tiap malam dimasjid.Sebenar kita tak perlu melayan atau tunduk dengan kata kata tersebut jika tidak pasti berlaku lain pulak tanggapan dan yang paling ditakuti nanti akan timbul pula perasaan riak pada diri,firman Allah SWT yang bermaksud “sesungguhnya orang yang menyombong diri (riak@takabur) dari mahu menyembahku maka tempatnya dineraka jahanam dengan hina dina”-Al-Mukmin:60.

Olih kerana kita atau manusia itu memang bersifat lemah maka kita sering juga tersalah tunduk dengan kata kata sebegitu lalu diambil keputusan tidak mahu datang langsung kemasjid olih yang demikian akan termasuklah kita didalam satu firman Allah SWT “wakhuliqal insanu dai’fa” (dan manusia itu dijadikan bersifat lemah)-an-nissa”28.

Manakala sifat takabbur atau riak ada tiga jenis,yang pertama takabbur terhadap Allah S.W.T ,(lagi sekali rujuk kepada ayat Al-Mukmin:60 sebagai mana diatas).Takabbur yang kedua terhadap Rasulallah S.A.W,iaitu bermaksud enggan menerima kebenaran yang dibawa baginda dan jauh sekali untuk mengikuti amalan atau sunnah pengajarannya.Jika dizaman jahilliah dahulu bangsa Yahudi bersifat takabbur dengan menganggap bangsanya sahaja yang berhak menerima darjat kenabian, malah ada juga dikalangan kaum nabi sendiri iaitu kaum Qarais sengaja menghina Nabi Muhammad S.A.W dengan mengatakan tidak layak dianggap seaorang Rasul kerana berasal dari seorang anak yatim lagi miskin,lalu Allah swt menurunkan ayat mengutuk tindakan mereka itu diantaranya Abu Lahab “Tabbat yada abi lahabin watab+ma akqna an humaluhu wamakasab” (binasalah kedua tangan Abu Lahab,tidak dapat menolong akan dia akan hartanya dan apa jua usahanya)-surah Almasid:1-2.

Takabbur yang ketiga pula terhadap manusia,iaitu jika ada walaupun sekelumit dalam hati perasaan seperti gila ingin dihormati,gila mahu dipuji sentiasa sehingga lupa daratan sehingga langsung tidak suka ditegur atau dikritik,tidak mahu menerima pandangan orang lain walaupun pandangan itu benar lalu menolak kebenaran,menghina orang lain dengan berpendapat hanya pandangannya sahaja yang betul dan yang lebih bahaya lagi jika menganggap hanya akulah orang yang lebih alim.Rasulallah S.A.W bersabda “IL KIBRU BATHARUL HAQQI WAGHAM THUNNAASI (rawahul muslim) yang bermaksud “takabbur itu menolak kebenaran dan menghina hak hak manusia”.

Secara ringkasnya orang takabbur itu biasanya bolih mengakibatkan ia bersifat mudah melontarkan perkataan yang bolih menghina orang lain , menganggap dirinya lebih hebat, lebih tinggi darjah kebesarannya,lebih itu dan lebih ini sehingga dia lupa yang maha lebih segala galanya ialah Allah S.W.T ,(jadilah ia berperangai seperti Fir”aun), tanda tanda orang yang mempunyai sifat ini selalunya bersifat lekas marah,mudah berdengki apabila ada orang lain dapat menandinginya lalu dicari jalan untuk menjalankan jarum fitnahnya kepada orang yang tidak disukainya itu, dari ketiga tiga sifat itu ianya juga bolih ditakrifkan kepada mereka mereka yang ada ciri ciri takabbur atau riak dalam diri.


Lawan kepada untuk menghindarkan diri daripada sifat riak tadi ialah dengan berniat baik dan bertindak iklas dalam perbuatan,firman Allah S.W.T yang bermaksud “mereka tiadalah diperintah melainkan supaya beribadat kapada Allah dengan penuh ikhlas kerana agamanya”(Al-Anbaiyinat:5) manakala Rasulallah SWT mengingatkan supaya memulakan setiap perbuatan itu dengan niat yang ikhlas sebagaimana sabdanya yang bermaksud “sesungguhnya sebaik amalan itu perlu disertakan dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang itu akan diberi balasan mengikut niatnya”.

Berbalik kepada anggapan orang yang membawa mulut sebegitu sebegini dengan kehadhiran kita menunaikan solat sunat terawikh maka adalah disarankan abaikan saja malah jadikan satu dugaan untuk kita meneruskan tekad dengan menjadikan kehadhiran kita kemasjid satu amalan kebiasaan kita pada setiap tahun dan jika sekiranya dapat datang sepanjang tahun itu terlagilah baiknya kerana selangkah kemasjid untuk bersolat berjemaah akan digandakan dengan 70 kaliganda pahala kebaikan.Manakala dosa orang mengata fitnah itu akan dibalas balik dengan pahala pula kepada kita.Yang lebih penting jika beramal itu walaupun sedikit tetapi ada keiklasannya akan lebih baik berbanding dengan orang mereka yang mengata tadi.Firman Allah S.W.T lagi “illallahi” dinnu iqholisin”(ingatlah agama suci itu bagi orang yang iklas pada Allah)-Al-Zamar:3, disamping itu rasulallah saw juga ada bersabda “Aqlish dinnika yujrikaal amalul kolil” yang bermaksud “ikhlaslah dengan agamamu nescaya memadai walaupun ianya sedikit”(kita lihat orang yang menderma biarlah dalam jumlah yang sedikit semampunya jika ada keiklasan dihatinya)

Akhirnya satu amaran daripada rasullah saw dengan sabdanya “La yakbalullah minal akmali illa makana minha kholisanlahu ,wabtuqiyiaan bihi wajhuhu”yang bermaksud “Tidak diterima sesuatu amalan melainkan dikerjakan penuh iklas kerana Allah semata mata”.

Kesimpulannya marilah sama sama kita lakukan semua kerja samada untuk diniawi atau ukrowi dengan penuh keiklasan kerana takut akan azabnya dan juga kerana inginkan balasan yang baik sebagaimana yang dijanjikan dalam firman Allah SWT “wa man arodal aakhirota wasaa laha sakyaha wahuwa mukminum,paula ika kaana sagyuhum maskuura”-al-israk :19 yang bermaksud “sesiapa yang inginkan akhirat dan berusaha kearah itu lalu jadi ia seorang yang beriman maka usaha mereka itu akan diberi dengan balasan yang baik”.(inilah yang dikatakan berwawasan akhirat).

Sekianlah sahaja .Yang baik itu jadikan tauladan yang buruk itu jadikan sempadan kerana yang baik itu hanya ada pada Allah swt. Wallah huaklam….!!

Poksu-Sering juga mendengar intipati tazkirah olih alfadhil Ust. Ismail bin Othman disetiap kali poksu hadhir solat terawikh dimasjid,beliau juga memegang perjawatan sebagai Tim.YDP Pas Kaw.Hulu Terengganu.

Isnin, 8 September 2008

Dipetik daripada TranungKite Online sebagai berkata:-


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan. Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.
Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu.
Sekian, terima kasih.
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum KeADILan
YB Dato' Husam Musa Naib PresidenPAS
YB Lim Kit Siang Ketua Ahli Parlimen DAP
Poksu-Bolih disemak eset diantara pemimpin caw. umno dengan pemimpin caw PR. jika diistiharkan harta masing masing kelihatan pada mata kasar jelas berpehak kepada umno tapi bila ada masa pembahagian dana bantuan hari raya siapa pulak kedepan? tuan tuan lihatlah sendiri.......!!!

Ahad, 7 September 2008

Siapa bolih lompat dan junjung....??


Salam bahagia,

“Dagang pak malau dagang bertempat,dagang hamba musaffir lalu”,itulah bunyi dialog dalam sebuah filem melayu. Budaya kedaerahan,kenegerian dan semangat keNegaraan memang telah ujud sejak sekelian lama dalam kehidupan sesama orang melayu itu sendiri,kerana itu tidak hairanlah jika berlaku isu tumpang menumpang sebagaimana berlaku diPermatang Pauh baru baru ini.

Hakikat ini sememangnya tidak bolih dinafikan,cuba kita perhatikan dalam pemilihan pemimpin dikalangan tokoh politik sekalipun,kreateria utama ialah faktor “orang luar” dengan “anak tempatan” masih diambil kira,jika dilihat disegi “adventage”(kelebihannya) ,anak tempatan sudah ada 30% undian yang bolih diraih,ini kerana anak tempatan mempunyai “back ground”(latar belakang) yang telah bolih dikenali sejak kecil ditambah pula saudara mara terdekat yang ramai yang sudah pasti berpehak kepadanya,ini berlainan dengan kedudukan calon yang berasal “orang luar”dikatakan perlu berkerja keras bagi menyakinkan pengundi agar dapat bersaing untuk mengugat kedudukan calon “anak tempatan”.Tambahan pula “orang luar” sering didakyah sebagai “orang menumpang”.Title inilah yang disalah sangka menyebabkan orang luar dilebel dengan berbagai bagai perspeksi,diantaranya kunun kunun kurang mesra rakyat,dengan sendirinya bolih menjarakkan jurang pergaulan secara lebih dekat, Sebagai contoh mudah,ini jelas terbukti dalam keputusan pilihanraya ke12,dimana calon dari “anak tempatan” bolih menang selesa diParlimen Bandar Kuala Terengganu walaupun jumlah angka majoritinya ditambah dengan undi pos,(kedudukan calon ini untuk pru13sudah tentu agak tergugat).

Walau bagaimana pun,senario ini mungkin berbeza mengikut negeri,contohnya Kelantan,ramai dikalangan calon “orang luar”mendapat tempat dan bolih diterima olih pengundi dikalangan penduduk tempatan disitu.Ini disebabkan orang Kelantan lebih melihat kepada apa yang akan dibawa olih calon atau setidak tidaknya agenda “membangun bersama islamnya”lebih memikat hati,ini berlainan sekali dengan agenda ingin “memartabatkan bangsa” dikatakan lebih kepada retorik.Apa tidaknya jika diNegeri Terengganu ini,walaupun sesama Warga Negara,sama sama sebangsa tetapi jika berbeza kod nombor my kad (03) terus dianggap pendatang atau menumpang.,lalu akan dipinggir atau disisihkan dari mendapatkan hak untuk memohon walaupun sebidang tanah pertanian sekalipun,ini adalah batasan atau sekatan yang telah menjadi dasar kerajaan Terengganu pada hari ini. dahsyat sungguh….!,sedangkan dasar ini tidak pernah berlaku dan tidak pernah dibuat sebelum ini.

Sebelum itu saya hendak mengajak para pembaca melihat sejarah kedatangan orang Negeri Kelantan ke Negeri Terengganu (khususnya melibatkan dikawasan kampung tempat tinggal saya hari ini),kebanyakkan daripada mereka datang berhijrah ke Terengganu ini bermula sejak sebelum negara merdeka ,kedatangan mereka berperingkat peringakat bersama sama sahabat sahabat dan juga isteri masing masing kira kira diawal tahun 1950an,sebagai contoh arwah ayahda poksu sendiri datang berdagang sambil membuka tanah penempatan penduduk disamping itu sempat juga mendirikan masjid dengan pakatan bersama sama sahabat sahabatnya walaupun terpaksa bersusah payah membina asasnya dengan kayu bulat balak hutan.Alhamdulillah masjid itu masih kekal hingga kehari ini walaupun struktur kerangkanya sudah banyak berubah tetapi masih lagi tidak seindah masjid kristal diPulau Wan Man.Dalam pada itu juga ayahda dan bonda poksu juga terkenal sebagai guru Al-Qur”an,memberi khidmat mengajar ilmu agama ini kepada anak muda/i tempatan diwaktu itu,sejarah ini semua telah diceritakan olih seorang sahabat ayahda poksu yang juga merupakan saudara terdekat dan sama sama merantau kesini,kehebatannya,beliau ini masih ada dan masih kuat serta gagah lagi untuk datang berulang alik kemasjid walaupun umurnya sudah lebih 100 tahun.

Mungkin olih kerana orang muda genarasi kedua (anak tempatan) hari ini kurang mengetahui sejarah itu,maka mereka dengan mudah melebelkan anak generasi kedua sebagai menumpang,sedangkan tanpa rovolusi yang dibawa olih pedagang ini kemungkinan proses kesedaran untuk mengimarahkan Masjid dan memartabatkan bacaan ayat ayat suci ini menjadi lembab,ataupun setidak tidaknya pendatang dari negeri Kelantan ini tidak secara langsung banyak menyumbangkan kearah memberi menafaat bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada masyarakat asal/setempat.

Jadi amat malanglah jika perbezaan kod nombor dalam my kad dianggap sebagai menumpang, kerana kebiasaannya perantau akan balik kekampung asal ibundanya untuk melahirkan anak kerana dikatakan lebih selesa.Isu ini bolih ditafsirkan sensitif sebagaimana sensitifnya rakan rakan dari kaum cina/tionghwa,sedangkan hakikatnya masing masing saling tumpang menumpang kesusahan dan kesenangan diantara satu sama lain,memang benar nenek moyang mereka dahulu menumpang dan pendatang,akan tetapi generasi kedua mereka sudah menjadikan Malaysia ini tanah tumpah darah (tempat lahir) mereka juga. Poksu kira mereka juga sanggup berjuang untuk mengangkat senjata untuk mempertahan Negara ini jika terdesak dan diperlukan.Tidak betulkah begitu…..??

Cuma satu timbul persoalan dihati,tidak ada sesiapakah yang sensitif melihat tulisan jawi semakin pupus walhal inilah identiti dan produk orang melayu sebagaimana sensitifnya orang cina untuk memperjuangkan tulisan bahasa ibunda mereka?.

Poksu-Dimana langgit dijunjung disitu bumi dipijak………..!!!!

Jumaat, 5 September 2008

Anak nak periksa ibubapa pula tak lena tidur...


Orang yang lebih risau apabila tiba hampir saat peperiksaan bagi anak anak ialah ibubapa dan mungkin juga guru guru itu sendiri tetapi bukanlah kepada kanak kanak yang terlibat.Apa tidaknya jika diperhatikan tarikh peperiksaan UPSR dan juga PMR tinggal tak beberapa hari lagi namun anak anak ini masih lagi leka bermain main,bagi poksu sendiri sudah naik berbuih mulut menyuruh anak anak mengulangkaji pelajaran tetapi suruhan itu ibarat pahat dengan pemukul,sekali diketuk sekali ia masuk,hendak dipaksa lebih lebih nantikan bimbang ada yang memberontak lalu membaikot terus,naya pulak dibuatnya.Mahu tak mahu,terpaksalah sekadar main pujuk memujuk sahajalah yang mampu.

Tahun ini juga difahamkan bahasa penghantar mata pelajaran sains dan metematik adalah kali terakhir mengunakan bahasa inggeris,untuk tahun akan datang dan seterusnya dengar khabarnya dasar ini akan kembali balik asal.Dengan ini bererti jika calon UPSR dan PMR ini tidak disubtelise (didwibahasakan) sudah tentulah pelajar/calon ini akan jadi mangsa terakhir atau dimangsakan dengan experiment (ujikaji) dasar pelajaran Negara ini.
Apa pun kita mengharapkan ia tidaklah memberi kesan buruk kepada pencapaian keputusan dalam peperiksaan itu nanti.

Walaupun isu ini telah mendapat perhatian dan kerap dibacarakan olih para professional dan NGO serta para pendidik itu sendiri yang rata ratanya kontra namun pendekatannya masih lagi nagatif.Dasar yang telah diperkenalkan sejak tahun 2002 ini dikatakan bersikap mengorbankan bahasa ibunda sendiri dan sebaliknya mengagung agungkan bahasa asing.Mengikut satu pendapat dari artikal seorang cendikiawan melayu yang pernah poksu terbaca yang mengatakan kaedah ini amat merugikan anak bangsa kerana jika hendak diperbaiki mutu komunikasi bahasa inggeris sekalipun biarlah sekadar memperkemaskan disegi “pastethen”(nahunya) sahaja tanpa melibatkan mata pelajaran yang penting seperti matematik dan sains ini.

Demi kepentingan komersial ataupun “bisnes” (perniagaan) sekalipun janganlah sampai mengadaikan masa depan anak anak yang masih hijau ini,dan jika perlu dan terdesak latihlah kepada pelajar pelajar yang telah berada dikelas menengah atas atau pelajar di intitiusi pengajian tinggi kerana barulah ianya dilihat lebih rasional dengan tahap kecerdasan fikiran mereka,itupun kita bersetuju dilakukan mengikut kehendak fardhu kifayah (yang terpilih sahaja dan bukannya pakai borong semua seperti sekarang).

Mengikut pendapat itu lagi ,kajian telah dibuat mendapati Negara seperti Rusia,Jerman,China,korea dan Jepun telah maju dan berjaya dalam banyak bidang mengunakan bahasa ibunda mereka sendiri.

Jika dilihat tamadun Islam sekalipun,umat atau penganutnya bolih disatukan dengan satu bahasa Al-Qur”an daripada bahasa bangsa Arab,jadi dalam pada kita sibuk membicarakan soal perpaduan maka apakah tidak bolih kita satukan berbagai bangsa yang ada diMalaysia ini dengan satu bahasa sahaja iaitu dengan mengunakan bahasa dari bangsa melayu?

Poksu-Ni hau ma? How are you?sawadikap?Nandri”?Haula enta?kabare wak? Apa khabar semua….??

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan