arkib

Ahad, 31 Oktober 2010

lembu punya susu sapi punya nama....


salam hormat!
Satu satu peristiwa besar berlaku yang secara sendirinya bolih menyatukan padukan kembali sebilangan besar rakyat dalam sesebuah negeri yang bolih diibaratkan seperti kata bidalan melayu "biduk lalu kiambang bertaut", begitulah sinifikennya kehebatan sukan,walaupun didalam keadaan suasana yang tidak ketentuan dalam menghadapai kempen pilihanraya yang mana sebelum ini bercakaran dan tuduh menuduh tomahan itu dan ini tetapi dengan peristiwa seperti semalam kelihatannya seperti berkeadaan genjatan senjata buat sementara. Peristiwa besar yang dimaksudan itu ialah satu pertandinagan merebut satu piala kemegahan yang terulung dan gah dimata peminat bola sepak tanahair Malaysia.
Barang siapa atau mana negeri yang menjadi juara layak diraikan dengan suasana penuh meriah,apatah lagi bagi sebuah negeri seperti Kelantan yang buat pertama kalinya dalam sejarah menjadi juara setelah sekian lama menanti sejak lebih puluhan tahun dahulu.Kini impian agar rekod kejuaran akan berada menjadi milik mereka pula telah menjadi kenyataan,dan alhamdulillah tidaklah sia sia walaupun penantian itu satu seksaan namun apabila semalam suasana yang ditunggu tunggukan itu telah pun tiba,Kelantan telah dinobatkan sebagai juara liga bola sepak piala malaysia,dan ditambah manis lagi apabila kejohanan ini menjadi milik sebuah negeri yang 20 tahun dibawah pemerintahan kerajaan Pas yang berteraskan dasar islam dalam bidang siasahnya(politik).
Ini bermakna kerajaan Pas Kelantan tidak meminggirkan pembangunan sukan,namun begitu disebalik jenama kelantan kita pula jangan lupakan kepada orang orang yang banyak berjasa dan memerah keringat dibelakangnya, jika tidak nanti kita akan dituduh seperti hanya ingin kan susunya sahaja ibarat kata seperti "lembu punya susu sapi punya nama",redwarrior punya jenama kelantan dapat gelaran.
Walaupun begitu rasanya belum terlambat untuk diucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada semua pehak yang telah memainkan peranan untuk menaikkan mutu permainan bolasepak bukan sahaja untuk diperingkat negeri tetapi biarlah bolih mara sampai bolih dibanggkan sehingga keperingkat negara (kebangsaan) untuk turun bertarung dengan lain lain negara luar pula,insaallah.
Tok ayah su-main peranan sekadar berdoa dalam debaran....dan tumpang bangga atas kemenangan RedWarrior.

Sabtu, 30 Oktober 2010

1piala jadi rebutan 1malaysia

Tahniah diberikan kepada dua negeri iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan yang berjaya mara keperingkat akhir untuk merebut piala bola sepak yang berprestij dinegara Malaysia untuk kali ke 2 tahun berturut turut,maknanya kehandalan kedua pasukan dari 2 negeri ini masih lagi tidak dapat digugat olih lain lain negeri mahu pun kelab pasukan bolasepak yang mengambil bahagian dalam siri pertandingan merebut Piala bolasepak Malaysia.Untuk sampai keperingkat akhir ini bukannya satu kerja mudah malah untuk mengekalkan kejuaraan pun teramatlah juga payah.Bagi sesiap ayang arif dan mengikuti perkembangan sejak dari awal sudah tentu dapat meneka dan mengagak siapa dan akan menjadi kepunyaan milik siapa pula kali ini?

kepada para penonton mahu pun penyokong yang ghairah dan fanatik mahukan kemenangan menjadi milik pasukan yang disokong mereka sudah tentu tidak mudah bersabar jika ada perkara yang dilihatnya bolih menyebelahi pehak lawan namun demikian kita harus ingat setiap perlawan ada kalah menangnya dan kenalah bewrsedia menerima kekalahan ataupun kemenangan, kerana sebab itulah kita lihat seringnya terjadi perkara yang tidak diingini berlaku seperti rusuhan kecil ataupun pergaduhan melibatkan kedua dua penyokong,untuk mengatasi kejadian sebegini maka kita sebagai penyokong kena perlu kembali lihat 'apa tujuan asal" sukan tersebut diadakan,apakah untuk berperang atau bergaduh atau hanya sekadar untuk hiburan? pada saya ianya hanya satu hiburan yang bolih menyihatkan badan, itu saja disamping untuk melahir dan mengeratkan semangat silatuturaahim sesama insan.jadi buat apa hendak sakit sakitkan badan dengan bergaduh sana berkelahi sini.....

tok ayah su-penyokong kelantan....

Rabu, 27 Oktober 2010

mampukah memperkasakan modal insan?






pagi tadi saya menghadiri satu majlis PIBG (pesidangan ibubapa dan guru),diantaranya intipati yang dibincangkan meliputi banyak perkara .....apakah perkara yang dimaksudkan itu ?tunggu.....
Terkini:
Salam hormat!
Mukaddimah
Demi pendidikan anak anak ramai dikalangan ibubapa sanggup berkorban apa saja termasuk duit ringgit semata mata mahu melihat hasil yang dilaburkan didalam pendidikan itu berbaloi sekaligus meraih kejayaan bukan sahaja buat belakalan sebagai modal untuk memperolihi kerjaya yang baik malah bolih juga mengisikan ilmu pengatahuan buat santapan minda bagi panduan hidup didunia mahupun diakhirat kelak.Untuk tujuan itulah didapati sebilangan besar ibubapa telah cuba meluangkan masa menghadirkan diri dalam setiap program yang dianjurkan olih pehak sekolah,terkecualilah jika aktiviti tersebut tidak berkehendakan penyertaan dari kalangan ibubapa.Namun demikian terdapat juga kes dimana ibubapa tidak turut serta walaupun telah dijemput melalui surat olih pehak sekolah dengan alasan surat jemputan tersebut tidak sampai ketangan mereka (ibubapa),kenapa begitu dan dimana silapnya? Inilah diantara perkara perkara yang disentuh didalam perbincangan dua hala diantara pehak sekolah bersama ibubapa yang telah saya turut sama hadir dipagi tadi,manakala itu banyak lagi hal hal lain yang dibangkitkan dan akan saya cuba perinci dan kupaskan didalam tulisan saya pada kali ini.
Cabaran
Sebelum itu diucapkan tahniah dan terima kasih kepada pehak sekolah kerana sudi menjemput para ibubapa walau pun kelihatannya sudah hampir terlambat, ini kerana fokus utama perjumpaan khas ini adalah untuk menghadapi persiapan anak anak murid bagi menghadapi peperiksaan SPM yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.Komitmen daripada ibubapa juga diperlukan untuk memberikan lebih sokongan moral buat anak anak untuk melonjakkan lagi prestasi keputusan dalam peperiksaaan percubaan baru baru ini.Walaupun terpaksa menahan telinga dek kerana pendedahan perangai dan tahap displin anak anak malah terdapat juga sedikit ketegangan dengan pertikaian lidah namun majlis perjumpaan ini dapat berjalan dengan lancar dalam suasana mesra 'anak beranak".Masing masing telah meluahkan secara terbuka apa yang terbuku dihati,tidak timbul soal menunding jari menyalahkan mana mana pehak samada olih pehak guru ataupun daripada ibu bapa itu sendiri.Tanggungjawabnya harus di"galas' keatas bahu secara bersama.Ini kerana guru guru sudah pasti mahu membawa nama baik sekolah supaya terus menjadi cemerlang manakala ibubapa pula mahu tumpang gembira diatas kejayaan anak anak mereka.
Namun tidaklah semudah itu,bab kata pepatah "jika tidak dipecahkan ruyung masakkan dapat sagunya", memanglah diakui langkah permulaan pendidikan itu bermula dari rumah,tetapi persoalannya sejauh mana sangatkah kemampuan ibubapa,jika untuk sekadar memberi didikkan asas seperti pembelajaran mengaji celik alqur'an itu mungkin bolihlah,jika hendak lebih daripada itu maka sebab itulah itulah anak anak mereka dihantar kesekolah,ditambah pula dengan tahap kekangan ekonomi yang bergaji hari "tiada kerja tiada gaji" sudah tentu untuk datang kesekolah untuk berjumpa dengan guru pun terasa berat hati kerana terpaksa meninggalkan kerja. Sedangkan gaji guru tetap berjalan walaupun berada dibilik mensyuarat disemasa perjumpaan khas sebegini.Itulah diantara salah satu "cabaran" ibubapa yang terpaksa ditempohi didalam mengharungi liku liku perjalanan untuk memecahkan ruyung.
Penekanan
Saya bukanlah bermaksud ingin menyebelahi bagi pehak para ibubapa,cuma sebagai tanda rasa bersimpati ketas tekanan yang diletakkan keatas bahu ibu bapa sahaja untuk di"galas"jadi biarkan penekanan ini juga harus dilihat dari sudut yang lebih luas,umpamanya sejauh mana kemampuan sekolah dan keberkesanan tahap pengajaran olih guru itu sendiri?apakah tidak ada kelemahan? saya melihat pasarana sokolah pun agak kekurangan contohnya meja makan disemasa jamuan rengan ada yang kosong, tidak mempunyai alatan mengajar,yang ada hanya batang paip dan plug eletrik sahaja yang terpasang,apakah meja kosong ini akan dibekalkan dengan alatan komputer ataupun alatan pembelajaran makmal sains? dan jika betul bilakah bekalan tersebut bolih didapati? adakah selepas peperiksaan SPM ini berlangsung?apakah kekurangan pasarana ini tidak bolih dijadikan alasan sejauh mana tahap keberkesanan pengajaran olih guru?memang tidak dinafikan terdapat sedikit perubahan disegi hiasan Landskap, tetapi dalam kontek pembelajaran ini yang mana satukah yang lebih 'aula' (keutamaan) ?Olih kerana itu saya berpendapat penekanan terhadap pasarana alatan mengajar juga amat perlu dititik beratkan.
Perkembangan
Saya sabagai bapa sudah tentu lebih risau berbanding dengan anak,kerana apa yang ada didalam pemikiran ibubapa tidak sama dengan tahap kematangan pemikiran anak anak,kerisauan saya ini kerana tidak mahu melihat perkembangan pelajaran anak anak "bagaikan bunga kembang tak jadi".Begitulah juga dengan ibu bapa yang lain , saya juga sempat mendengar pengalaman seorang bapa yang dikongsi ceritanya ,beliau menyatakan kerenah dan kerekter setiap anak anaknya berbeza beza,ada yang mudah didik dan ada yang sukar kerana kurang mendengar kata nasihatnya,beliau juga merupakan seorang yang berstatus ustaz dan sering memberi kuliah nasihat kepada anak anak orang lain namun bagi anaknya yang satu ini agak payah kerana tidak makan nasihat dan lebih suka dengan dunia sendiri berkawan dengan komputer riba melayari internet termasuklah berSMS,langsung tidak mahu berenggang dengan kawannya itu ibarat seperti "itik bertemu air",begitu asyik sekali sehingga sukar ditegur, katanya. Dengan kata lain bolih disamakan dengan kerja tukang rumah,rumah sendiri tidak siap tetapi rumah orang lain hari hari dibaikpulih.
Seorang demi seorang telah meluahkan perihal kerekter anak anak masing masing,ada tu bersamaan bagaikan anak kembar berperangai serupa dengan apa yang dialami anaknya sendiri iaitu bertabiat suka bersukan terutama bagi anak anak lelaki,jika diajak olih kawan untuk bermain bola futsal tidak mengira masa walupunpun jam pukul 2 pagi pun sanggup lagi turun padang,seolah olahnya begitulah minat kesungguhanya untuk bermain sukan.Akan tetapi apabila disuruh mengulangkaji pelajaran maka berbuihlah mulut bapa kerana asyik berulang ulang kali berleter perkara yang sama,jika dibuat pun (belajar) hanya sekadar melepas batuk ditangga,maknanya tidak lah begitu serius,jadi akan jadilah seperti pahat dengan pemukul iaitu sekali disuruh sekali dilakukan,sekali diketuk sekali masuk.Inilah senario perkembangan anak anak generasi hari ini,satu usaha untuk mendapatkan formula bagaimanakah caranya untuk menanam minat sendiri untuk membaca tanpa perlu disuruh perlu dicari....kerana kita dan saya sendiri tidak mahu seperti kata mereka (yang pernah saya dengar) hanyak poknok atau pondok yang bermaksud hanya bapak (pok) sahaja yang berkehendak sedangkan anak sendiri tidak hendak (nok).
pengurusan disiplin
Kembali kepada perbincangan diantara lain lain perkara berbangkit seperti yang dikatakan diawal tadi iaitu bagaimana bolih terjadi surat jemputan dari pehak sekolah tidak sampai kepengtahuan ibubapa?antara sebabnya ialah guru hanya menyerahkan ketangan murid untuk disampaikan tetapi mungkin dek sebab terlupa atau sengaja maka surat tersebut tidak diserahkan olih anak kepada ibubapanya,agaknya ada sebab sebab tertentu yang mahu disorokkan,bolih jadi jika soal melibatkan perihal disiplin sudah tentu anak tersebut merasa takut takut untuk memaklumkan kerana bimbang jika guru dan ibabapanya bertemu sudah tentu tembelang perangainya buruknya akan terbongkar,kelak akibatnya bila dirumah nanti akan pasti dimarahi pula olih bapanya.Itulah diantara sebab mengapa murid murid tidak menyerahkan surat jemputan sekolah tersebut.Walau bagaimana pun untuk kali ini satu pendekatan baru dan agak berlainan sedkit iaitu pekak sekolah telah mengunakan khidmat pos terus kerumah, manakala satu cadangan lagi untuk mengatasi perkara ini salah seorang bapa telah mencadangkan supaya pehak sekolah menghubungi terus melalui telefon dengan cara SMS atau sebagainya.
Terdapat juga soal displin lain seperti ponteng sekolah dibangkitkan,walaupun ada dikalangan bapa tanpa gagal telah sanggup menjadi "dreber" kapada anak anak dengan tujuan untuk menghantar dan mengambil pada tiap tiap hari persekolahan namun pehak sekolah masih juga dapat mengesan rekod ponteng sekolah,jadi dimana silapnya?Bagi menyelidiki perkara ini saya cuba mendapat respon dari anak anak,katanya memang sengaja dia tidak datang kesekolah dan berada dirumah ini kerana disebabkan pengalaman yang lepas lepas iaitu jika ada sebarang aktiviti anjuran sekolah seperti penyampaian anugerah pelajar cemerlang dan sebagainya maka pada hari tersebut guru guru masing masing sibuk dan kelas ditinggalkan begitu sahaja dan tidak belajar pun,katanya.Apabila saya ajukan pertanyaan kepada ibubapa yang lain jawapannya hampir sama iaitu kelas tidak belajar sebab ada majlis disekolah. Tetapi malangnya rekod kehadiran diambil,itulah puncanya terdapat rekod ponteng yang dikatakan tadi.Selain daripada itu terdapat kes kecil tetapi agak serius itu membawa dan membakar mercun dikawasan sekolah,saya sebagai bapa tidaklah mahu kelihatan seperti ingin menegakkan benang basah dengan membela bagi pehak anak anak,tetapi bila disoal katanya "guru banyak kali membuat tohmahan dengan menyalahkan dia sedangkan yang melakukannya orang lain,orang lain makan nangka orang lain kena getah,itu salah sangka dan salah orang namanya,tambah beliau melepaskan geram'.betulkah begitu wahai guru anakku?alahai macam macam ragam jika hendak dirakam kesemuanya tidak tertulis rasanya.
Manakala satu lagi perkara yang perlu dicatat disini diatas permintaan ibubapa yang berkehendakan supaya pehak sekolah juga membuat pemantuan diluar pagar sekolah kerana katanya sering dilihat anak anak murid bergaduh dan pow duit, walaupun diluar pagar sekolah sudah terlepas dari tanggungjawab guru namun jika guru sekali sekala turun melihat apa yang terjadi diluar pagar sekolah sekurang kurangnya dapat digeruni dan disegani murid, dan insaallah akan terhindarlah perkara perkara yang tidak diingini seperti yang disebutkan tadi.
Kesimpulannya
Walau dimana dan jenis apa pun bentuk pengajaran semada berteraskan agama sebagai mata pelajaran wajib jika persekitarannya tidak ditanam dengan minat ingin maju dalam pelajaran maka akan menjadi sukarlah sedikit untuk meraih kejayaan namun demikian tidak bermakna kita terus berputus asa kerana,apa yang perlu dilakukan selain berusaha dengan berlipat kali ganda untuk mengejar kembali apa yang tercicir maka jalan terakhir ialah kita berserahlah pula kepada Allah yang maha Esa.
Tok ayah su-Ya Allah Ya tuhanku,berikanlah kejayaan dan kebaikan dunia dan akhirat kepada anak anakku dan kesemua anak anak dari ibubapa yang engkau pilih..amim!

Isnin, 25 Oktober 2010

Tiada beban batu digalas...apa isunya?

sudah jadi padang jarak padang terkukur bagaikan legenda filem kerajaan pasir berdengung....
siapalah aku?
apakah issunya,adakah warisan sejarah pembangunan?
tok ayah su-ucapkan selamat memilih pemimpin kepada penduduk diDUN Galas Gua Musang....

Sabtu, 23 Oktober 2010

Peng-ekor khabar anda (PEKA)


Salam hormat!
Pada suatu majlis mesyuarat parti seorang ahli jawatankuasa telah menyuarakan satu cadangan supaya setiap bakal calon wakil rakyat perlu dibuat pemeriksaan kesihatan ,sebagai contoh katanya jika setiap bakal penjawat awam diwajibkan membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebagai untuk mempastikan seseorang bakal pekerja itu dalam keadaan sihat sebelum dipilih memegang sebarang jawatan jadi adalah dihasratkan agar bakal calon wakil rakyat juga tidak terkecuali,kemudian disokong olih seorang lagi Ajk dengan hujah mengatakan jika seseorang peniaga ataupun seseorang yang terlibat dengan pengendali jualan makanan sekalipun diperlukan menjalani pemeriksaan tahap kesihatan maka tidaklah seimbang jika bakal calon wakil rakyat dikecualikan.
olih itu katanya sebagai menjamin seseorang wakil rakyat yang terlalu banyak urusan kerja terlebih lagilah diperlukan agar kesihatan sentiasa terserlah bukan sahaja nampak sihat malah perlu dijamin dengan sokongan pemeriksaan olih doktor,disamping untuk mengelakkan timbulnya masaalah kesihatan yang akan berbangkit selepas terpilih sebagai wakil rakyat sekaligus bolih terganggu urusan untuk berkhidmat kepada rakyat.
Lalu teringat saya ada diatara rakan rakan semasa didalam tentera dahulu yang sering membuat pemeriksaan doktor atas sebab hanya terlebih berat badan ataupun obersiti malah ada diantaranya dinasihatkan supaya berhenti awal dari perkhidmatan dengan alasan seseorang yang terlebih berat badan sukar untuk aktif ataupun dengan kata lain tidak produktif kepada perkhidmatan.Kebanyakkan mereka itu (anggota) ada diantaranya yang telah pun berkhidmat lebih dari 10 tahun keatas.
Persoalannya adakah bakal bakal calon wakil rakyat ini bolih menjamin mereka sifar dari sebarang penyakit untuk tempoh sekurang kurangnya 10 tahun yang mendatang?harap harap tidak ada sesiapa yang akan melenting dan cepat melatah dengan tersiarnya tulisan saya kali ini kerana ini bukan tulisan rekaan semata mata tetapi lahir dari diatas kehendak pendokong parti politik itu sendiri.
Tok ayah su-alhamdulillah masih produktif zahir dan batin...

Jumaat, 22 Oktober 2010

tak akan hilang melayu didunia...betul ke?

(klik imej untuk besarkan gambar)
Salam hormat!
Apabila saya tersilar tengok dikaca tv ketika disiarkan persidangan perhimpunan agong Umno terdengar juga olih saya suara suara pemimpin mereka yang melaugkan slogan "hidup melayu" dan "tidak akan hilang melayu didunia".
Malangnya apabila disemak surat resmi dari pusat pengajian tinggi (rujuk imej diatas,masih panas) didapati bahasa yang digunapakai bukanlah bahasa kebangsaan atau bahasa melayu,jadi dimanakah laugan selama ini yang dikatakan hendak memartabat bangsa sedangkan bahasa sendiri pun dipinggirkan?lebih malang lagi jika disebuah Pusat Pengajian Tinggi yang banyak dikuotakan khusus untuk kaum melayu tetapi tidak pula mengunakan bahasa kebangsaan itu sendiri...jadi kepada siapakan lagi hendak diharapkan?jadi dicadangkan supaya bolih digunakan bahasa asing tetapi biarlah ada terjemahan dwi bahasa dibawahnya,setuju?
tok ayah su-hendak buat aduan dan cadangan....

Isnin, 18 Oktober 2010

Aduan rakyat....


Punca kebakaran bermula dari dapur gas dimeja tebar roti canai
Api merebak dan berjangkit kerumah jiran sebelah tetapi sempat dipadamkan olih bomba Rumah kedai 2 tingkat hampir seratus peratus hanggus terbakar....


salam hormat!

Apabila melihat trajedi musibah kebakaran sebegini langsung timbul keinsafan pada diri bahawa sesungguhnya kita tidak dapat sesekali melawan takdir illahi,hari ini kita diberi rezeki tetapi keesokan harinya bolih ditarik balik, walaupun kita sedaya upaya telah dapat mengumpul seberapa banyak harta yang pada zahirnya nampak seperti kita yang empunya namun apabila dikehendaki dengan kuasanya jua dalam sekelip mata bolih hilang terbang serta hangus begitu sahaja,begitulah rintihan hati yang berupaya didengari olih mangsa kebakaran rumah kedai makan 2 tingkatnya itu,mahu tidak mahu beliau redha dengan musibah yang menimpanya itu.

Walau bagaimana pun usaha perlu dicari untuk meneruskan kehidupan yang mendatang ,rayuan kepada pehak pehak yang bolih membantu untuk merengankan beban yang ditanggung perlu dimajukan,jesteru itu semasa tulisan perkhabaran ini ditulis saya dapati keluarga malang ini yang juga seorang peniaga kecil telah cuba membuat aduan kepada pehak pembekal dari syarikat gas petronas,kerana menurut beliau asal mula tatkala mula punca kebakaran ialah disebabkan olih tabung gas yang tidak ada alas getah dimuncung selindar ,dengan kata lain punca datangnya api yang menyambar disebabkan kedudukan kebocoran balang gas dari ikatan kepala gas dimeja tebar roti canai,pada ketika itu beliau sedang membuat persiapan untuk membakar roti canai kepada pelangan. Dikatakan kejadian begitu pantas merebak ditambah pula dengan keuzuran sisuami yang belum pulih sepenuhnya dari sakit pembedahan lalu langsung tidak ada barangan yang dapat diselamatkan kecuali sebuah kereta yang sempat ditolak keluar ,cumanya beliau masih bersyukur kerana tidak ada melibatkan kemalangan jiwa dan sempat juga menyelamatkan seorang cucunya yang masih kecil.

Berbalik kepada soal kebocoran getah didalam muncung balang gas sememangnya sering terjadi,situasi sebegini mungkin berlaku pada setiap pengguna dan saya juga tidak ketinggalan ,pengalaman saya apabila terdengar desiran angin gas yang keluar maka akan cepat cepatlah memulas tumbul pengikat dikeluarkan, selepas itu mula mencari getah dibalang gas yang "spare" untuk digantikan getah yang bocor tersebut,tetapi persoalannya bagaimana jika kebocoran tersebut tidak disedari dan tidak dapat dikesan awal? aduhai....mungkin berkeadaan inilah bolih jadi nasib malang menimpa pengguna,apa pun kita mengharapkan satu jalan penyelesaian dapat diambil setelah ketibaan pegawai pemasaran dari syarikat gas yang datang menyiasat sendiri untuk mengtahui punca punca sebenar terhadap keluarga peniaga malang yang dimaksudkan tadi.

tok ayah su-beri sedikit saguhati tanda simpati....

Sabtu, 16 Oktober 2010

Bajet serampang 2mata....

ada orang kata bajet tok batin
ada pula orang kata bajet ketua kampung
ada pula orang kata bajet mak datin
tunggu saya juga nak respong....

tungguu....

Terkini

Salam hormat

Ada yang berkata "apalah perlunya kita mahu bersungguh sungguh mengambil tahu tentang pembentangan bajet olih kerajaan ini,sedangkan sebelum ini pun kita tidak pernah diberitahu dan dibentangkan berapakah jumlah dari hasil peruntukan pembentangan bajet pada tahun lepas dibelanjakan,adakah masih ada berbaki atau sudah melepasi deposit belanjawan?jika sudah melebihi bajet ini bermakna kita sudah berhutang?"katanya.

Sekali fikir betul juga katanya, "kenapalah bengap sangat aku ni,jadi selama ini bajet itu hanyalah seumpama "mimpi indah" semata mata,sedangkan selepas terjaga dari tidur kita tidak kemana kemana,walhal didalam mimpi tadi kita sudah sampai kemekah dinnah...."kata saya sebagai menyokong kata katanya.

Tetapi apabila 2 kali fikir,jika tidak ada peruntukkan bajet macam mana lah pula sesuatu kerja itu hendak dijalankan, contohnya jika hendak masuk minum direstoran pun kena tengok dulu berapa bajet yang ada didalam poket,jika terlebih order alamatnya berhutanglah kita dengan tauke kedai.Jadi apabila saya melihat pelbagai respon dari orang ramai berkenaan dengan bajet ini,maka apalah salahnya jika saya juga turut sama memberi reaksi sepata dua kata.

Agak terperanjat juga saya apabila respon orang ramai lebih tertumpu kepada pembentangan bajet sedangkan dimasa yang sama ada lagi satu kes keputusan mahkamah yang sepatutnya menjadi bualan dan tumpuan iaitu berkenaan dengan keputusan jatuh kes bunuh empat orang termasuk jutawan kosmetik Dato" Sosilawati,lebih memeranjatkan lagi apabila hanya sekadar tujuh tahun penjara dengan sabit kesalahah melupuskan bahan bukti, apakah setimpal? sedangkan kita tidak dinyatakan apakah pula bentuk hukuman pelaku kesalahan bunuh itu?agak pelik tapi benar,apa pun tahniah kepada mahkamah kerana nampaknya begitu segera dan cepat sekali membuat keputusan kes berbanding lain lain kes jenayah yang sewaktu dengannya.Apa apa pun kita masih menunggu akan perkembangan kes ini secara lebih lanjut lagi.

Berbalik kepada soal pembentangan bajet,Pembentangan bajet kali ini agak melucukan dengan sebutan ayat ayat perkataan pakaian dalam perempuan begitu juag denga istilah yang berbunyi ala bahasa arab. Bila sebut beg wanita dan juga kelambu langsung saya teringat memori lama semasa didalam perkhidmatan tentera dahulu. Pernah disuatu ketika seorang ahli parlimen bertaraf menteri mempersoalkan kewajaran anggota tentera diberi kenaikkan gaji,konon katanya apa perlu dinaikkan gaji sedangkan banyak keperluan anggota diberi percuma termasuklah beg tangan dan kelambu ini,agaknya beliau berkata begitu kerana tanpa diselidiki dan diselami terlebih dahulu,persoalannya adakah beliau tahu ramai dikalangan anggota tentera yang tidak selesa mengunakan barangan "issue",mungkin kerana jenamanya kurang bermutu dan selekeh untuk digayapakai,sebab itu ada yang selesa mengunakan duit poket sendiri membeli dari gedung awam diluar,contohnya banyak jika hendak disebut satu persatu tetapi cukuplah saya nyatakan sedikit seperti stokin,seluar dalam atau pakaian dalam,kasut sukan dan lain lain,tetapi jika baiknya kualiti kain tuala.memang bagus kerana serap air....jadi jika bajet kali ini telah mengurangkan cukai duti ini bermakna pehak pembekal berkemungkinan bolih membekalkan jenama yang lebih baik hendaknya.

Bagi seorang berstatus pesara yang mempunyai anak berkerja disektor awam,maka saya amat memahami kesulitan mereka ini yang semata mata mengharapkan gaji yang tidak seberapa itu untuk menampung keperluan sekolah terutama dihujung tahun kerana saya sendiri pun pernah mengalami situasi yang sama pada suatu ketika masa dahulu,dengan ketiadaan pemberian bonus seperti lazimnya sudah pasti saya kira akan sedikit sebanyak membebankan dari segi kedudukan ekonomi keluarga mereka,walaupun sudah ada diumumkan dengan pemberian bantuan khas rm500.00 namun sudah tentu masih tidak mencukupi bagi mereka yang mempunyai anak bersekolah lebih dari seorang,olih itu kita menuntut supaya kerajaan dapat menambah dengan jumlah yang lebih sedikit lagi,keranamu "malaysia bolih...."

Tok ayah su-nak jadi JAGA dimasjid sebab banyak kecurian berlaku dirumah ibadat ini, lagi pun gaji jaga sudah naik,ha...ha...ha....

Ahad, 10 Oktober 2010

10.10.10 memang tarikh keramat lagi perkasa...

Lautan warga bekas tentera membanjiri stadium Bkt Jalil dengan penuh kecerian dan warna warni
antara kenalan yang sempat dirakamkan gambar kenangan
...dan banyak lagi yang akan menyusul kemudian
antaranya;
*Dimanakah bekas bekas tentera lain lain bangsa? adakah mereka turut hadir?
*Apakah intisari yang bolih diambil menafaat dari perhimpunan raksasa ini?
*apakah yang diumumkan olih PM dalam perhimpunan ini?
*..dan banyak lagi slot video serta gambar kenangan yang akan dipaparkan...tunggu ulasan selanjutnya !
Terkini
MUKADDIMAH
Salam hormat!
Kira kira pada jam 0900 malam 10.10.10 ketika dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis perhimpunan raksasa PBTM diBukit Jalil saya ada menerima pangilan talipon dari isteri bertanya khabar sambil memaklumkan satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah bas diLebuhraya Seremban-KL yang telah disiarkan olih berita tv,lalu saya berkata alhamdulillah saya tidak terlibat dan kini berada di RR Temerloh didalam perjalanan pulang.Namun didalam sanubari saya agak tersentak juga dengan berita tersebut, almaklumlah kehadiran ahli PBTM keperhimpunan ini bukanlah sedikit,melibatkan hampir keseluruhan ahli diserata negeri dari utara sampai keselatan hingga kepantai timur termasuklah dari Sabah dan Serawak, dengan jumlah angaran kasar seramai 15 ribu orang,ada yang yang datang berkenderaan sendiri dan ada secara menaiki bas yang telah disediakan sebanyak 400 buah bas,Jadi manalah tahu kot kot Bas yang dinaiki olih ahli PBTM ini yang terlibat dengan kemalangan yang dimaksudkan,jika benar alangkah sedihnya,sebab rata ratanya disiang hari tadi baharu sahaja bertemu muka, segala teka teki tadi telah terjawab apabila dipagi esoknya saya terbaca berita akbar yang melapurkan tiada sesiapa dikalangan bekas tentera yang terlibat,syukur....walau bagaimanapun saya juga tetap agak rasa dukacita diatas kemalangan tersebut yang telah menyebabkan 12 jiwa terkorban,takziah kepada kesemua keluarga mangsa semoga tabah menghadapi dugaan itu.
DAYA TARIKAN
Jika ditanya saya apakah daya tarikan yang telah menarik minat begitu ramai ahli pbtm menyertai perhimpunan raksasa ini ? maka terus terang saya katakan,sebilangan besar kedatangan mereka itu tidaklah mengharapkan sangat satu satu ganjaran besar yang bakal diperolihi,sebaliknya tarikan sebenar adalah kerana ingin bersua kembali dengan rakan rakan yang sekian lama terpisah,semangat setia kawan dikalangan mereka masih lagi utuh tertanam didalam jiwa masing masing hasil nilai asuhan displin yang diterapkan semasa didalam perkhidmatan dahulu dan kini telah dieratkan lagi dengan usaha yang dimainkan peranan olih persatuan disamping dapat menwujudkan hubungan dua hala dengan pehak kerajaan.Jelas kelihatan wajah penuh ceria serta hiba pun ada apabila mendengar berita dari rakan rakan lama yang telah pun ada meninggal dunia manakala kecerian terpancar apabila mendengar berita kejayaan anak anak.Disamping bercerita kesah lama makan nasi kawah berlauk daging liat macam getah segerap....ha...ha..ha...
MENAFAAT
Dengan kehadiran separuh ahli dari setiap cawangan yang berjumlah 227 cawangan diseluruh negara ini bererti satu persefahaman telah ujud dikalangan ahli dan sudah tentu bolih memberi bekas untuk mencuri tumpuan dari kerajaan terhadap keperluan yang perlu dipenuhi kepada persatuan,walaupun komitmen ahli ada yang tidak memihak kepada dasar kerajaan namun yang lebih penting ialah setiap program yang dianjurkan olih persatuan bolih mendapat sokongan dari ahli,ingat....semangat itulah yang diperlukan untuk memperkuat serta memperkasakan PBTM sebenarnya.Sokongan ini jelas terbukti apabila bukan sahaja ahli dikalangan bangsa melayu sebaliknya kaum India dan juga bangsa Cina juga turut serta hadir.Dengan kehadiran semua bangsa ini bermakna satu menafaat dari segi silaturahim telah terjalin bukan sahaja dikalangan saudara seagama islam tetapi juga menunjukkan satu petanda lahir semangat muhibbah didalam satu negara malaysia termasuk kaum peribumi bidayuh dan juga Iban diSabah dan Serawak.
INTISARI
Kepada sesiapa yang pernah mengikuti disepanjang siri siri artikel yang lepas didalam blog ini pasti akan ketemu kandungan yang menyiarkan aktiviti pbtm yang pernah saya hadiri,antaranya aktiviti cawangan pbtm dari Hulu Terengganu,diantara fokus gerak kerja yang pernah diutarakan untuk dimajukan kepehak atasan adalah usul untuk mendapat kos tambahan pengurusan jenazah dengan kata lain untuk menambah peruntukkan Tabung Khairat Kematian.Walaupun terdapat segelintir ahli begitu fobia apabila menyebut soal kematian,namun apakan daya mahu tidak mahu kita terpaksa menyatakan juga kerana setiap makhluk yang bernyawa pasti akan menemui saat kematian,cuma masa dan ketikanya sahaja tidak dapat dijangka bila?Olih yang demikian menjadi tanggung jawab fardhu kifayah kepada orang yang masih hidup untuk merancang sesuatu sebelum bertemu ajal . Antara salah satu perancangan ialah pengurusan jenazah,pakej penting dalam urusan ini ialah soal kos belanja mengurus. Walaupun soal ini kecil dan enting sahaja bagi golongan berada namun ianya memberi satu bebanan besar bagi orang biasa.Masakan tidak,kos hari pertama kematian yang pernah direkodkan mencecah rm800,apatah lagi jika hendak dilanjutkan dengan majlis tahlil pada hari hari berikutnya ditambah dengan belanja belian batu nesan serta batu simen kuburan sudah tentu memakan belanja ribuan ringgit,kerana itu ada cadangan supaya kubur bekas pesara biarlah ada sedkit kelainan supaya bersesuaian dengan kehebatan seorang yang digelar pahlawan.Jika tidak lebih baik duduk diam diam dirumah jadi orang orang biasa.
Jika rakyat yang tinggal dinegeri Kelantan ada skim khas yang diperuntukan bagi setiap kes kematian sebanyak rm hampir 2ribu ringgit,maka kini amat tepatlah masanya dengan pengumuman dldalam perasmian yang dibuat olih PM dimana ianya juga telah memperuntukkan satu jumlah yang baru iaitu rm3 ribu ringgit bagi setiap kes kematian (mengikut ketegori yang layak) berbanding sebelum ini hanya sebanyak rm5 ratus ringgit sahaja. Walaupun terdengar suara suara sinis yang mempertikaikan kewajaran pemberian tersebut dengan kononya berkata kena meninggal dunia terlebih dahulu baru bolih dapat,dan yang akan dapat itu pula siapa? sebenarnya jika diperhalusi yang dapat itu bukan orang lain iaitu kita dan keluarga kita juga,jangan sampai pemergian kita ditangisi disebabkan kita meninggalkan beban kepada mereka dan percaya setiap kerja baik itu walaupun sebesar zahrah pasti akan dibalas dengan kebaikan juga diakhirat kelak,ini janji tuhan bukan janji manusia....lagi pun apalah yang hendak dirisaukan sangat,ini hanya satu kekeliruan sahaja,peruntukkan ini bukanlah untuk siorang tua semata mata,ianya termasuk anak anak muda serta isteri kita juga,kerana kelapa muda juga adakala luruh tanpa diduga,ini lumrah kerana bab kata kata pepatah 'malang tidak berbau",jika dapat dihidu sekalipun sampai masa tetap pergilah jua,memimjam kata kata Dato" President katanya "Khairat kematian akan dapat dirasai olih semua ahli kerana kesemua bekas tentera pasti akan mati".Dan ingatlah juga akan maksud hadith yang berbunyi "orang pintar itu ialah mereka mereka yang sering mengingatkan akan saat kematian dan bersedia menghadapinya". Olih itu ingatlah juga pesan orang orang tua "jangan sampai masa hendak berak baru hendak digalikan lubang", walau bagaimanapun kita dituntut supaya sering berdoa supaya dipanjang umur serta dimurahkan rezeki, insaallah....
PENUTUP
Kesimpulannya,satu egenda yang diperjuangkan olih ahli PBTM telah pun selesai,yang tinggal lagi bagaimanakah cara perlaksanaan akan dibuat pada masa yang mendatang ini,manakala egenda kedua ialah untuk menuntut ex_gratia ,mengikut apa yang difahamkan ianya akan diumumkan dalam tempoh masa terdekat ini dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa kerajaan.Mudah mudahan tuntutan tersebut direstui dan diperkenankan jadi sama samalah kita tunggu dan lihat...
Tok ayah su-tarikh 10.10.10 adalah hari kelahiran cucu sulung....selamat hari lahir cucuku,semoga allah selamatkan kamu...amim!

Selasa, 5 Oktober 2010

Harapkan pagar,pagar makan padi....

gotong royong bina pagar diMTD


salam hormat!
sebenarnya sehari selepas kematian Adun Galas saya ada menerima satu mesej dari orang dalam diBTN yang memberi desas desus bahawa Ku Li akan dilantik sebagai Pengarah PRK disini atau sebagai salah seorang yang bakal dicalonkan untuk perebutan kerusi diDUN Galas ini.
Lalu saya berkata padanya,jika begitu akan lenyaplah harapan Pas untuk melihat Ku Li membantu bagi mendapatkan royalti minyak dikelantan,dan lebih parah lagi jika "orang yang diharapkan itu" menghentam balik seumpama jadilah seperti mengharapkan pagar,pagar makan padi...ataupun seperti musang berbulu ayam....
Tok ayah su-Teringin juga hendak datang keGalas sebab belum pernah lagi merasai melalui jalan baru antara Kuala Berang ke Gua Musang,harap harap kali ini bolihlah pergi....insaallah !

Sabtu, 2 Oktober 2010

siapa penagih? ini cerita sebenar.....



Salam hormat
Sebelum tulisan ini meleret lebih panjang,terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada pehak pehak yang terlibat dengan operasi membenteras pelajar ponteng dibeberapa buah sekolah disekitar kawasan Seberang Takir Kuala Terengganu,saya mengtahuinya melalui berita yang disiarkan olih TV Perdana dan pada hari ini pehak akbar juga ada menyiarkan akan berita tersebut.Walaupun kejadian ini nun jauh dari tempat tinggal saya dan keluarga,namun saya tetap mahu mengambil sikap "peka" apabila melihat peristiwa ponteng sekolah sebegini,ini kerana suatu ketika permasallahan sebegini pun pernah terjadi disini.
Menurut apa yang pernah saya dengar dari pehak guru sekolah tempat anak saya belajar mengatakan kegiatan ponteng sekolah ini banyak dipengaruhi dari remaja penganggur dari luar yang datang atau dimport masuk kedalam lingkungan pergaulan meraka (pelajar ponteng),ini bermakna bukan sahaja anak anak tempatan sahaja yang berada bersama dimasa tempoh masa ponteng itu,ini juga memberi makna tidak mustahil gejala ini bolih bergerak dan merebak kesegenap pelusuk daerah diNegeri Terengganu khususnya.
Apa motifnya para remaja luar ini mencari pelajar sekolah sebagai sasaran mereka?jawapan mudah diteka dan dijawab,antaranya sudah tentu untuk membekalkan sesuatu secara curi curi jual sama ada rokok malah sehingga benda yang lebih separuh berat seperti pil atau air yang mengkhayalkan,berpunca dari sinilah ada kaitan bermulanya dengan babak babak bunga kearah kegejala penagihan dadah.Apabila kegitan ini sudah ada tapak dan bertapak kedalam jiwa individu pelajar maka sudah pasti sukarlah seseorang itu pelajar untuk berjaya dalam pendidkkan sebagai memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang yang masih belajar,itulah realitinya langsung memberi impak atau kesan akhirnya terkandas diseparuh jalan,tatkala itu pelajar kandas ini akan bertukar status sebagai remaja penganggur kemudian mengambil alih pula peranan abangnya yang terdahulu dengan mencari mangsa baru pula,begitulah kronologinya silih berganti bagaikan pusingan tayar dan sukar diselesaikan jika tidak ditangani secara lebih serius.
Kegiatan gejala dadah ini bukan perkara baru,sejak dari 50 dahulu sudah pun ujud,berapa banyak belanja telah dikeluarkan untuk tujuan kegiatan pembeterasan dalam tempoh itu sudah tentu tidak terkira banyaknya dan sudah berapa ramaikah yang sudah menjadi mangsa?menurut satu kenyataan tulisan bercetak dalam Bulitin Rasmi lidah Pas dari Badan Perhubungan (http://www.buletin/ online.net),satu fakta yang dipetik dari Jabatan Jenayah Narkotik Bukit Aman pada bulan ogos mendapati Negeri Terengganu mencatatkan jumlah penagih tertinggi berbanding negeri negeri lain diMalaysia,mengikut nisbah 100 0rang didapati penagih dari jumlah 10.000 orang pendudk dengan jumlah keseluruhan penduduk seramai 1.2 juta orang.wow...memeng hebat!
Jika hendak meneruskan cakap cakap pasal dadah ini,rasanya saya bolih tulis sehingga 10 siri,walaupun saya hanya sekadar melihat secara mata kasar berdasarkan beberapa pengalaman,tetapi biarlah saya tulis sekadar serengkas mungkin yang bolih.Kegiatan tidak sihat ini tidak pernah mengenal mangsa,anak imam kampung,anak ketua pimpinan politik peringkat kampung,anak ushawan niaga dikampung semuanya sudah terkena jerat dadah malah ada yang masih ada keluar masuk dipusat serenti sehingga kini dan ada yang telah meninggal dinia olih sebab virus pertukaran jarum suntikan,jadi siapakah lagi yang akan menjadi mangsa seterusnya?Bukan masa hendak menyalahkan ibubapa kerana memberikan kemanjaaan kepada anak seperti filem "anaku sazali",bukan masa untuk menunding jari pada ketua k0muditi setempat....bukan masa hendak buat lawak bodoh dengan menyalahkah kepada pimpinan politik....kita perlu satu kesedaran secara menyeluruh kerana ia sudah merisaukan kita semua....ini bukan soal nafsu nafsi sendiri sendiri punya hal !
Izinkan saya untuk melakar sedikit lagi memori kenangan sendiri,dengan perhatian saya diusia remaja belasan tahun kira kira 30 tahun dahulu,kebetulan diwaktu itu saya masih didalam senarai sebagai penganggur penyepak kertas ditambah pula dengan persekitaran pergaulan dengan kawan kawan sebaya yang suka meniru gaya perangai keBaratan iaitu berkeadaan suka kepada pada kebebasan dan anti displin yang mengekang untuk mencuba sesuatu dan suka pada cabaran,sehingga pernah disuatu ketika kawan kawan mencabar untuk mencuba dadah ini konon katanya tidak Gentlemen (bukan anak jantan) sebab takut mati,katanya dengan menghisap dadah kita bolih membunuh diri secara beransu ansur .Alangkah bodoh dan banggangnya kata saya pada kawan itu?kenapa sehingga sampai hendak membunuh diri? tidakkah itu buat kerja untuk menambahkan dosa?tetapi mereka tetap tidak mengendahkan dengan alasan dengan dadah bolih juga memberi seribu satu kenikmatan yang kononnya bolih melupakan segala masaallah untuk sementara.Ini bentuk fikiran yang menguasai fikiran penagih dadah rupanya. Memang betullah mereka ini bolih bergembira,selepas "mengena" dengan jelas didepan mata saya kelihatan mereka mengilai gilai semacam telah dirasuk syaitan dalam keadaan separuh sedar.Alhamdulillah saya cepat sedar dengan tidak terus berkawan walaupun diasak dan diajak berkali kali untuk sama mencuba dadah ini bersama mereka.
Rupa rupanya benarlah juga kata kawan saya itu bahawa dengan menghisap dadah bolih membunuh diri sendiri secara beransur ansur,kerana selang beberapa tahun selepas itu saya mendapat berita beliau telah pun meninggal dunia,saya tidak terkejut dengan berita kematian nya sebab saya dapat mengangak hidupnya tidak bolih bertahan lama berdasarkan beberapa ramai sudah ada diantara kawan kawannya yang lain telah pun meninggal dunia diusia yang masih muda disebabkan dadah durjanan ini.Cuma hanya sebagai bekas kawan ingin juga saya berdoa semoga Allah SWT bersedia mengampunkan dosa dosamu itu,amimm....
Dengan pengalaman itu saya dapat satu kesimpulan yang bolih dijadikan pengajaran bahawa para pembekal mahu pun pengedar dadah ini pada hakikatnya hanya cuma lebih mementingkan diri sendiri dengan menjadi orang lain sebagai mangsa rakusnya untuk mencari keuntungan material duniawi.Manakala anak bangsa yang menjadi talibarutnya pula langsung tidak memperdulikan soal perikemaknusiaan.Wahai saudara seagama, Ambillah sedikit iktibar bahawa betapa peri pentingnya kita perlu mengujudkan satu persekitaran yang bersih dari gejala dadah durjana ini dan janganlah bersikap tidak kesah seumpama hanya ingin mendapat susunya sedangkan yang empunya susu itu adalah sapinya....kembalilah kenilai nilai kehidupan normal sebagai seorang insan yang bergelar manusia dan bukannya bersifat kebinatangan !
tok ayah su-bermuhasabah diri....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan