arkib

Selasa, 31 Mac 2009

Rempah ratus kempen PR Mini..! (2)

Dengan sengaja mengubah perspeksi untuk menjadikan sesuatu perkara baik agar dilihat seolah olah ianya perkara hodoh adalah amat bertentangan dengan maksud hadith yang berbunyi "tiada yang lebih utama diantara dua melainkan mengabaikan perasaan baik terhadap Allah dan umatnya". Difinasi hadith ini yang bermaksud memberi suatu gambaran buruk kepada perkara baik walhal anggapan tersebut hanya semata mata berniat jahat jika dalam istilah politik sebagai proboskasi perang saraf.

Manakala dizaman pra permulaan islam pernah berlaku peristiwa tuduh menuduh yang hampir membawa kepada tercetusnya peperangan,ini diceritakan dalam satu peristiwa berlakunya pertumpahan darah dibulan bulan yang mengharamkan bagi umat islam berperang,Kesempatan keemasan ini telah diambil olih kaum qurais untuk mejadi batu api dengan melaga lagakan secara menyebarkan dahyah dengan menuduh nabi Mohammad S.A.W dan sahabatnya telah mencabuli kesucian bulan bulan mulia dengan melanggar perintah larangan berperang.

Disaat itu turunlah ayat al-Qur"an yang berbunyi "peperangan didalam bulan ini adalah berdosa besar,akan tetapi pebuatan mereka (orang orang kafir) yang menghalang orang islam untuk datang kemasjidil haram serta mengusir penduduknya itu adalah terlebih besar lagi akan dosanya berbanding berperang dibulan yang dihormati ini.Dan mereka itu (orang kafir) sentiasa mahu memalingkan kamu kepada ajaran mereka,maka barang siapa diantara kamu murtad (yakni berpaling tadah) dari agama islam nescaya matinya akan tetap didalam kafir yang demikian itu akan rosak binasalah amal usahanya (yang baik) sebelum itu lalu kekallah ia didalam neraka untuk selama lamanya (Al-Baqoroh:217).

Poksu-untuk renungan diri sendiri dan kepada sesiapa juga yang ingin mengambil pengiktibaran daripadanya..!

Isnin, 30 Mac 2009

Apa itu keselamatan?

Salam hormat!

Umat Islam dianjurkan supaya bersikap mementingkan keselamatan kerana bagi menjamin kehormonian dalam urusan kehidupan agar tidak mudah disakiti atau pun bolih menyakiti orang lain,hal ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud "wahai orang orang yang beriman, janganlah kamu memasuki mana mana rumah selain dari rumahmu sebelum kamu meminta izin terlebih dahulu,yang demikian adalah terlebih baik bagi menjaga keselamatan supaya kamu beringat dengan peraturan tersebut.Dan jika dikatakan "baliklah"maka hendaklah kamu berundur kerana dengan itu adalah terlebih baik demi kehormanian diantara kamu dan ingatlah Allah maha mengetahui dengan apa yang kamu kerjakan' (An-Nur:27-28).

Disamping itu islam juga mengariskan beberapa aspek cara cara menjaga keselamatan (khususnya bagi anggota anggota keselamatan),antara prinsip prinsip nya adalah seperti berikut;

AMANAH DALAM PERCAKAPAN-Olih kerana lidah tidak bertulang maka mudahlah mana mana kelompok bercakap dengan niat untuk melahirkan pendapat dan bertukar tukar pandangan , namun demikian ada yang tidak menyedari perkataan yang dikeluarkan itu bolih menempah kecelakaan,tanpa disiplin mengikut tata cara tertentu akan menyebabkan maklumat maklumat yang berbentuk rahsia keselamatan akan terbongkar ,impaknya bolih memberi mudharat kepada seluruh masyarakat,natijahnya juga bolih mencetus ketidak ada ketenteraman yang tanpa disedari ada hubungkait dengan pehak kedua atau ketiga yang mahu mengambil kesempatan untuk menangguk diair yang keruh.Olih itu berwaspadalah dalam tutur bicara, agar kestabilan keselamatan diri dan masyarakat dapat dikekalkan.....!

Poksu-sering berhati hati dengan mereka mereka yang bersikap "lidah bercabang".....!

Rempah ratus kempen PR Mini..! (1)








Poksu-Buat koleksi PR mini...!

Risalah warta rakyat (Riwayat) 50

poksu-pernah dengar ada orang yang mengamalkan ilmu penjauh (dari mendapat musuh) dan ilmu pendekat (cth:hendak memanggil ikan semasa mengail)

Risalah warta rakyat (Riwayat) 49

Salam hormat !

Barang siapa berbuat baik seberat zarah (biji sawi) akan amal kebajikan nescaya akan dibalasnya dan barang siapa berbuat kejahatan walaupun sebesar biji sawi juga pasti akan dihitungnya (surah az-zalzalah ayat 7-8).

Apabila disebut soal hubungan dengan sesama penduduk maka tidak bolih tidak ia mesti berkait dengan soal kebajikan,rasanya bagi mereka mereka yang pernah mempunyai anak buah dalam sesebuah organisasi pastinya akan berdepan dengan masaallah yang pelbagai ragam dari orang bawahannya, jadi disini memerlukan sesaorang pemimpin yang pandai dan banyak bersabar untuk menanganinya,jika tidak pasti akan berlakulah satu pemberontakkan kecil samada secara senyap atau pun secara merajuk secara terang terangan(mecok kata orghe kelate)dan bolih memeningkan kepala si pentadbir itu sendiri.

Untuk memuaskan hati semua pehak adalah satu perkara mustahil,akan tetapi jika 70 peratus kes dapat diselesaikan dengan baik mengikut yang mana lebih aula maka ianya bolih dikira satu kejayaan. Jesteru itu tidak dinafikan bahawa pemerintahan kerajaan negeri kelantan begitu mementingkan akan hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan rakyat sebagai contoh dengan mengadakan skim kifalah (saya juga turut sama berkhidmat sebagai Ajk/bendahari skim khairat kematian secara sukarela),projek ladang rakyat dan sebagainya,cuma yang agak sedikit kecewa ialah sebagaimana saya diberi maklum pada setiap kali berkunjung balik kekelantan ialah tahap kecaknaan kepimpinan diperingkat akar umbi tidaklah begitu menyenangkan hati segelintir orang orang kampung (cth: sebagai mana aduan yang pernah dibuat didalam blog ini-Aduan kepada yang berkenaan,3)

Apa yang mereka mahukan biarlah kepimpinan bawahan hendaknya sama selari dengan kehendak kepimpinan atasan yang sering melaung laungkan slogan "tarbiyah bersama islamiah" atau pun mudoh baso....
Poksu- fikir betul betul !

Pilihanraya "mini"...!

Teringat saya akan sejarah pilhanraya kecil di P036 KT tempoh hari dimana pada mulanya terdapat 3 orang calon bebas yang ingin menawarkan diri kemudian telah menarik diri pada saat saat akhir.kemudian dari itu saya sendiri pernah terbaca dalam satu blog yang telah membuat cadangan secara berseloroh (agaknya) supaya calon calon bebas ini menubuhkan satu pertubuhan agar dapat melantik pemimpin sebagai mewakili dikalangan mereka untuk memasuki mana mana pilihan raya.Rasionalkah?
Berbalik kes dibukit selambau ini, yang pasti sudah menjadi satu sejarah baru untuk dikenang olih generasi akan datang,samada ini satu sejarah terburuk atau tidak maka ianya perlu dilihat dari sudut undang undang dalam sistem pilihanraya berpelembagaan negara kita itu sendiri. Manakala mengikut kacamata agama, setiap orang itu adalah pemimpin,jika tidak dapat memimpin masyarakat, maka dia juga bolih menjadi pemimpin didalam rumahtangga sendiri. Tanggungjawab menjadi ketua keluarga juga adalah satu amanah yang akan disoal diakhirat kelak,sanggupkah kita?
Isu ini saya kira bolih diibaratkan hanya sekadar ingin mencari populariti diri atau sekadar untuk "test market",kerana kita tahu tidak mungkin sesaorang itu mencari risiko hanya sekadar berserah pada nasib.Bagi mereka yang pernah belajar ilmu strategi peperangan akan tahu bagaimana hendak 'servey" dan "service" sebagai contoh mesti mencari terlebih dahulu dimana kelemahan dan sokongan masyarakat terhadap sesuatu perjuangan musuh itu.Kerja ini memerlukan satu perancangan serapi mungkin,bukan bolih main hentam keromo sahaja. Kalau setakat hendak menyerang membabi buta begitu sahaja atau sekadar berniat hendak berseronok seronok maka alhasilnya "mati katak" lah jawabnya!.
Apa pun saya merasakan pilihanraya kecil tidak bolih "dipanggil kecil' lagi ,akan tetapi sebaliknya telah menjadi pilihan raya 'mini" olih kerana melibatkan tiga pilihanraya dijalankan secara serentak.....
Poksu-selamat berkempen !

Sabtu, 28 Mac 2009

Risalah warta rakyat (Riwayat) 47

Poksu-Punca krisis moral dalam pendidikan anak anak remaja adalah disebabkan terhakisnya sifat tegur menegur kerana bimbang dikatakan menjaga tepi kain orang walhal nasihat menasihati ibarat membuat bendang padi mestilah ada kerjasama bersama sama menghalau musuh tanaman seperti siput dan juga tikus,kerana bahayanya musuh ini bolih merebak kepada keseluruhan kawasan bendang tersebut dan bukan hanya sekadar merosakkan serelung padinya sahaja.Malangnya apa yang terjadi pada hari ini ialah kita hanya bersikap bertanggungjawab untuk menjaga diri masing masing yang akhirnya berlakulah apa yang kita baca dimana semakin hari semakin membimbangkan kita semua....jadi fikir betul betul!

Rabu, 25 Mac 2009

Risalah warta rakyat (Riwayat) 43

Saya bukan bias kepada sesiapa,sebab itulah saya tidak pernah bercakap soal ini kerana bimbang akan mempengaruhi sesiapa jua (perwakilan),namun setelah keputusan dibuat ada baik nya saya memberi sedikit respon dan tafsiran.

Saya melihat anak muda ini begitu aktif dan agresif,pernah terlibat dengan skot bola "my Team", pernah masuk kedalam kandang pehak lawan untuk berdiskusi,seorang yang kadangkala sanggup turun padang dan bersikap "Low profile" bagi memahami kehendak diperingkat akar umbi. sikap terbuka ini tidak ada pada orang lain melainkan Mukhriz yang ada sedikit semangat berteloransi dengan mengajak parti lawan untuk mencari satu titik perpaduan, manakala seorang lagi sifatnya bagaikan kacang lupakan kulit,sebagai contoh kecaman dan doa penduduk kampung Beremban (setingan) yang dirobohkan tanpa pembelaan sewajar telah mengikibatkan beliau jatuh dari tahta MB.

Berbalik pada KJ ada sedikit kecacatan kerana dikatakan terpalit dengan politik wang,namun demikian jika beliau mahu mengubah pemuda maka adalah terlebih baik beliau juga mengubah segala kekoran tersebut dari dalam...

Poksu- fikir betul betul !

Selasa, 24 Mac 2009

Risalah warta rakyat (Riwayat) 42

Salam hormat !
Ini satu lagi kesah seperti lagu bangau oh bangau.Senikatanya yang berbunyi "bangau oh bangau kenapa engkau kurus?'jawab bangau "macam mana aku tak kurus,ikan tak mahu timbul", ditanya pula pada ikan "ikan oh ikan kenapa engkau tak mahu timbul?",jawab ikan "macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat?",Pertanyaan demi pertanyaan akhirnya sampai kepada ular "ular oh ular,kenapa engkau nak makan katak"? lalu dijawab ular "macam mana aku tak makan,kerana katak memang makanan aku".
Soal siapa jadi siapa dalam isu ini tidak timbul,yang jelas masing masing ingin menegakkan benang yang basah atau sekadar ingin menegangkan tali ikatan yang sudah kendur.Apabila bercakap tentang kedai makan ini jadi biarlah saya bercerita sedikit serba rengkas tentang pengalaman sendiri.Sebelum terhidangnya masakan kepada pelangan,terlebih dahulu ianya melalui beberapa proses sebelum penyediaan.Pertamanya sudah tentu bagaimana dan apakah masaallah untuk mendapatkan bekalan bahan mentah,pembekal akan menjual sebagai contoh sekotak daging tulang yang telah siap dilabelkan dengan kadar berat 10kg dengan harga sesekian banyak. Apabila peniaga kedai makan menimbang semula maka akan didapati beratnya tidak pun sampai 10 kilo sebagaimana dilabelkan,jika ditanya kepada pembekal kenapa jadi begini?,pembekal akan memberi jawapan bahawa pelebelan tersebut telah dibuat asal dari kilang diluar negara lagi,jawapan ini seolah olah berbalik kepada cerita bangau tadi. Manakala nak dapatkan bekalan daging tulang tempatan amat terhad dan tidak mencukupi permintaan,jesteru itu untuk menstabilan bekalan maka kita dapati harga daging tulang tempatan begitu melambung tinggi harganya....siapa yang tamak?
Kes 2-Kita dapati apabila peniagan roti canai terlalu laris jualan sehinggakan stok gandum tidak sempat di"suply'kan,maka dengan perasaan irihati agaknya akan ada pulak pehak yang cuba menaikkan harga gandum,olih kerana terlalu kerap berlakunya kenaikan dengan sendirinya peniaga kedai makan tidak sempat mengkemas kinikan senarai harga harga baru,jadi disini nak disalah kepada siapa dan siapa yang tamak?
Kes3-Apabila tiba musim hujan atau musim musim perayaan,kita dapati banyak barang baragan naik harga termasuklah sayur sayuran,akan tetapi dimasa yang sama peniaga kedai makan tidak berdaya menaikkan harga mengikut musim tersebut malah tetap menjual dengan kadar harga asal sebelumnya sedangkan modal pusingan terpaksa dikeluarkan dengan jumlah yang lebih,ini bererti keuntungan menjadi mengecil dan adakalanya mengalamai kerugian kerana menanggung kos letrik,air dan juga gaji pekerja mengikut seperti biasa.....jadi siapa yang tamak?
Hanya sekadar 3 kes sebagai contoh sudah cukup memadai untuk dijadikan hujah bagi menilai siapakah ular, siapakah bangau dan siapakah yang tamak?......jadi fikir betul betul !

Poksu-Berani kerana benar,takut kerana salah...!

Ahad, 22 Mac 2009

Sabtu, 21 Mac 2009

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan