arkib

Rabu, 31 Disember 2014

Membuka tirai tahun GST 2015

Salam hormat!
sisipan akhbar SH
Syafaat pembukaan tahun GST 2015 dimulai dengan penurunan harga minyak petrol & diesil...Apa lagi rakyat mahu? harap harap tidak pula diikuti dengan penurunan nilai ringgit? kalaulah jadi begitu maknanya 6tolak6 2x5 sama sahaja, kenapa? tak tahulah pulak aku nak ulas lebih lebih sebab aku bukan pakar ekonomi, tapi salah seorang rakan peniaga katanya secara mudah enologinya ialah andai kata kita berumrah keMekah atau melancong keluar negara seperti Singapore atau Thailand, tukaran mata wang  rm 1.00 bersamaan Rial 1.60 Arab Saudi,begitulah perbandingan nilai mata wang negara kita dengan mereka. Seronok aku dengar cerita pasal umrah keMekah dari rakan niaga tadi kerana beliau baharu saja balik dari buat Umrah...terasa teringin sangat aku hendak turut pergi kesana,tapi tak tahu bila akan dapat rezeki itu... hu... hu... hu....

Dalam tempoh 2 minggu membuat kerja ibadat umrah itu,sempat juga mengalami serba sedikit pengalaman yang tidak pernah dialami sebelum ini disepanjang hidup berada di tanah air sendiri,jadi semalam dia sempat bercerita. Pertamanya beliau kagum dengan kemudahan rakyat disana mencari rezeki, sebagai contoh pemandu pengangkutan awam seperti teksi atau menguna Van, dengan hanya menghantar penumpang yang memakan masa 15 ke 20 minit sudah bolih dapat rm10 untuk seorang penumpang jika didharab 10 orang kemudian dikali dengan 10 trip dalam sehari bekerja jadi senang senang bolih dapat rm 1000 sehari,apatah lagi dengan harga minyak hanya sekitar rm00.50sen seliter tambahan tidak perlu membayar sebarang TOL miskipun jalanraya bagaikan lebuhraya cantik bersinar namun tidak terdapat sebarang plaza TOL. Begitulah keberkatan bumi ambiya",kelimpahan rahmatnya melimpah ruah sehinggakan bolih dikongsi olih rakyat dinegara kita,antaranya syarikat yang menjalan urusan umrah kelihatannya begitu mewah sehinggakan bolih men"cater" kapalterbang khas, kemudian beberapa buah hotel disekitar Mekah dan Madinah yang dikawasan strategik telah di"pegang" olih syarikat ini, katanya.

Budaya dan peragai yang agak pelik olih pemandu pemandu kenderaan disana ialah suka membunyikan hon bertubi tubi kearah kereta dihadapannya seandainya terlewat bergerak walaupun didalam tempoh beberapa saat sahaja. Miskipun begitu tahap kesabaran mereka begitu tinggi,tidak ada mana mana pemandu yang cepat melenting,"kalau dimalaysia....mahu ada yang kena strering lock" katanya.Satu lagi katanya andai kata berlaku kemalangan, masing masing turun bersalaman,kemudian terus jalan selagi bolih,kalau rosak teruk barulah ditunda.Cuma beliau kurang arif, apakah mereka membaiki kenderaan yang terlibat kemalangan itu dengan belanja sendiri tanpa membuat apa apa tuntutan insuran? tetapi yang jelas kesenangan hidup mereka diterjemahkan dengan membeli secara tunai sesebuah kenderaan walaupun harganya beratus ribu sebab memang begitu diwajibkan olih kerajaan, agaknya untuk mengelakkan membuat pinjaman riba", kenderaan disana besar besar belaka,teksi pun mengunakan jenama Toyata Camry.....woww, pun begitu tidak dinafikan kejadian jenayah juga turut berlaku miskipun hukum hudud dilaksana disana.Cuma undang undang jalanraya disana macam ala ala cowboy,terlalu keras,sesiapa yang terlibat kemalangan langgar mati maka hukuman balasnya mati juga,waduh....
disebabkan nilai mata wang negara kita Malaysia rendah jadi apabila dibuat belanja makan minum jadi terasa mahal berbanding kita contohnya air teh 0 gelas cawan kertas pun rm 2 sedangkan ditanah air ianya tidak sampai seringgit, begitulah mengikut dari penceritaan dari kawan rakan peniaga saya tadi.

sisipan akhbar SH
Jadi apa lagi rakyat mahu? tidakkah kita diMalaysia ini mahu hidup dengan penuh kesenangan seperti sama dengan masyarakat arab disana itu? atau kita hanya mahu bermain politik,ajak berdamai dan bergabung parti politik kemudian berpecah semula macam ditahun 1972-1977 seperti yang berlaku dikelantan  suatu ketika dahulu.... Saya membesar dan berada dialam persekolahan diKelantan dizaman PAS-UMNO bergabung ketika itu. jadi saya tahu dan mempunyai sedikit pengalaman yang bolih dikongsi cerita...

Sebelum itu baca wikipedia ini dulu-http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_perpaduan#Sejarah_PAS_dalam_Barisan_Nasional


PAS mempunyai pengalaman menyertai Barisan Nasional semasa Perdana Menteri Malaysia,Tun Abdul Razak pada 1972 dan ditendang keluar pada 1978 oleh Tun Hussein Onn kerana PAS memecat Datuk Muhammad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan. Datuk Muhammad Nasir dilantik oleh Barisan Nasional untuk menerajui Kelantan dengan mengenepikan Pesuruhjaya PAS Negeri iaitu Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Akibat tidak dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz telah merencanakan politiknya sehingga tercetusnya pergaduhan besar-besaran di Kota Bharu. Kesan pemecatan itu diakui sendiri oleh Datuk Dr Haron Din dalam mStar 5 Jun 2011[1] yang menyebutkan bahawa "Kepimpinan bermesyuarat tergempar dan membawa satu usul ataupun cadangan untuk memecat Menteri Besar Kelantan ketika itu... cadangan itu ditentang oleh sebahagian pemimpin iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden dan saya sendiri. "Kami bergaduh dalam mesyuarat itu dan akhirnya jawatankuasa menerima pemecatan Menteri Besar Kelantan itu. Sebut terima saja keputusan itu bangun Ustaz Ali Taib mengisytiharkan melepaskan kesemua jawatannya,". Bagaimanapun beliau berkata, Muhammad enggan melepaskan jawatan ketika itu sehingga membawa kepada berlakunya huru-hara di negeri Kelantan dan diisytihar darurat. Jelas beliau, peristiwa itu menyebabkan PAS kehilangan kerajaan di Kelantan, dua tahun selepas darurat ditarik balik dan pilihan raya umum diadakan PAS gagal untuk mendapatkan kembali Kelantan selain tewas teruk dengan hanya menang di dua kerusi saja."
Kesan dari krisis itu, Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah Datuk Seri Mohd Asri Haji Mudatelah gagal mempertahankan jawatannya sebagai Presiden PAS dan menubuhkan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim). Setelah gagal memperolehi sebarang kejayaan menerusi Hamim, beliau akhirnya menyertai UMNO pada tahun 1988. Selain itu, Datuk Muhammad Nasir telah dipecat dari PAS dan menubuhkan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia(BERJASA)
Perintah Darurat di Kelantan ditamatkan selepas 2 tahun dan Pilihanraya diadakan pada Mac 1978. UMNO telah menggunakan isu pemberian konsesi balak kepada Timbermine Sdn. Bhd. dan akhirnya PAS hanya mampu mempertahankan 2 kerusi sahaja. Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan gabungan dengan Berjasa.
...dan dengar ini pulak-  
Sebelum saya membuat rumusan izinkan saya memberi sedikit respon akan saranan daripada Boss Krangkraf (akhbar sinar harian) berdasarkan video diatas mengikut kefahaman aku sendiri.
Pertama kata beliau kerjasama politik memang ujud dikelantan tetapi masih ada tersangkut sangkut diperingkat perlaksanaan diatas beberapa faktor birokrasi kerana kurang bertolak ansur , ada sekatan sekatan tertentu yang sengaja mahu memsabotaj bagaikan ingin menunjukkan keegoan diatas bidang kuasa puak (G2G) masing masing.Yang menjadi mangsa dengan permainan politik ini adalah rakyat biasa.

Kedua secara kebetulan saranan yang diajukan beliau ini tatkala Kelantan ditimpa musibah dilanda banjir besar, terdapat kemusnahan dahsyat yang bukan sahaja akan ditanggung olih rakyat malah olih kerajaan Kelantan sendiri, Jadi dengan taraf kehidupan rakyat yang kebanyakannya bergantung dengan hasil pertanian maka adalah tidak mungkin mereka akan dapat membangunkan kehidupan normal seperti mana dahulu.Memanglah betul terdapat pelbagai pehak yang perihatin telah datang untuk tampil membantu diera pasca banjir namun ianya sekadar kata orang kelantan "tanda ingat"  sahaja yang sesungguhnya dapatlah membangkit sedikit sebanyak dari rasa ghobar perut sebab masih ada manusia yang digerakkan tuhan untuk datang menolong.Walaupun begitu perlu ditanya sampai ketahap mana bantuan kemaknusian ini akan diteruskan? jesteru itu dengan anggaran kerosakan harta benda rakyat termasuk pasarana kerajaan  Kelantan sendiri mana mungkin proses baik pulihnya dapat dipercepatkan dengan sumber yang terhad apatah lagi dengan ujudnya pelbagai kerena politik yang meletakkan syarat syarat mengutamakan servival parti politik demi untuk menarik sokongan rakyat,sebab itulah ujudnya logo logo dan gambar gambar pemimpin tertentu untuk menunjukkan siapa yang lebih menonjol, persaingan begini walaupun baik tetapi tidak mungkin akan bolih berbangkit pertelingkahan jika tidak ada persafaman dan juga perpaduan,ibarat didalam satu intitiusi keluarga, jika sisuami isteri tidak bersehaluan sudah tentu anak anaklah yang akan menderita.
sispan akhbar SH dan album peribadi
Pada bulan lepas saya sendiri telah berjumpa dan mengajukan soalan kepada salah seorang yang ada kaitan dengan pengurusan perumahan rakyat,saya membawa suara rintihan seorang warga emas, juga OKU cacat penglihatan,hidup sebatang kara tiada suami apatah lagi anak,yang ada hanyalah sanak saudara terdekat,beliau kalau bolih ingin meminta bantuan membaik pulih rumah pusaka yang ternyata telah pun buruk dan reput berdinding kayu.apabila dicucuk dengan jari pun bolih relai berlubang maka kerana itu beliau tidak berani untuk tinggal lagi seorang diri dan kini menumpang teduh dirumah cucu sauadara,"bolih atau tidak dibantu? saya bertanya,"ooo...maaflah...mengikut DUN (limbungan) BN kalah jadi syaratnya tidak dibolihkan tapi bagi mana mana DUN yang BN menang barulah bolih dibantu" jawab pegawai terbabit.Dengan ini jelas ternyata pandangan Big Boss Sinar Harian bahawa kriteria "susah senang" bukanlah menjadi faktor kayu ukur untuk dibantu sebaliknya pertimbangan politik lebih didahului, patutkan begitu? memang tak patut .....sebab pada tahun 2015 ini setiap orang individu rakyat tanpa mengira fahaman politik akan dikenakan cukai GST cuma jumlahnya berbeza mengikut kadar masing masing sedangkan bantuan pula hanya untuk insan terpilih sahaja....
Makluman- pengalaman peribadi saya dizaman gabungan Pas-Umno akan diKIV dulu (tangguh) mungkin akan ditulis pada siri akan datang....
tok ayah su-teringat kenyataan hukum hudud diKelantan juga akan dilaksanakan pada tahun 2015 ini....

Khamis, 18 Disember 2014

Ceritalah lagi....sambunglah lagi....

Salam hormat!
Tajuk penulisan kali ini saya meminjam kata kata JURI"ah rancangan TV Pencetus Ummah "ceritalah lagi... sambunglah lagi", dengan itu tak sekena mengena tercetuslah idea saya untuk terus menyambung penceritaan lagi.Sebelum itu teringat saya tatkala saya menghadiri apa apa kursus didalam perkhidmatan tentera dahulu sememangnya para jurulatih mempunyai kaedah tersendiri untuk menghilangkan kepenatan disemasa latihan dengan menyelit beberapa slot sampingan dimana setiap penuntut kursus dikehendaki  menunjukkan kebolihan sendiri dengan menampilkan bakat bakat tersembunyi seperti mendendangkan nyayian,meniru gaya percakapan pemimpin mahupun melakonkan watak lakonan dari filem filem atau paling tidak pun tampil kehadapan khalayak dengan membawa apa apa cerita yang dikira dengan syarat tidak menyinggung hati rakan rakan atau berbau lucah.Kalau ada yang berkebolihan dalam bidang agama bolih juga menyampaikan apa apa syarahan mahupun doa.Yang pandai bermain silap mata pun dibolihkan termasuklah ada yang membuat jampi serapah macam Ahli Nujum Negara jadi bomoh temberang minta nombor..... keh... keh... keh....

Namun begitu tidaklah sampai disediakan hadiah hadiah kerana ianya bukanlah berbentuk pertandingan, cuma sekadar untuk menghilanglah lelah secara santai buat sementara waktu. Ada pun aku sendiri pada waktu itu tidaklah sehebat mana pun tapi sebagai tidak menghampakan permintaan ramai jadi mahu tidak mahu keluarlah juga aku kehadapan dengan mendendangkan lagu kegemaranku sejak dizaman remaja dahulu, Lagu apa dia ekk?"anakku sayang....intan diana... engkaulah pelita....hidup ayah ini' nyayian DJ Dave... oppp....silap....nyayian sebenar dari A.Ramle dan satu lagi ialah "Rindu Bayangan" nyayian JJ dari kumpulan CareFree.

Selingan "Rindu Bayangan"? aku dendangkan lagu ini semasa diminta olih jurulatih Sjn Isa (sekarang XPeg.Warant) tatkala menjalanai kursus Combat Pmd Class 2 diUnit RSD 1Div Labuan.Ini bukan sebarangan lagu buatku kerana ianya membawa seribu erti dan kenangan yang tersirat disebaliknya. Kenangan dengan siapa eekk? jangan jangan masa menjalinkan cinta monyet dengan "sidia" dulu dulu itu kot? ehem....ehem...

Selain daripada itu saya suka pada senikatanya yang berbunyi "inilah ragam manusia". Pada aku maksudnya luas, Pelbagai ragam dan kerenah orang yang dijumpai disepanjang pengalaman hidup yang telah dilalui mahupun yang akan dihadapi nanti. Kejujuran seorang sahabat telah pun saya jumpai pun begitu tak kurang juga ada yang menikam belakang seumpama gunting dalam lipatan.


sisipan akhbar SH
Ada pun yang jujur sampaikan bolih berkongsi apa jua masaallah, dijumpai beg duit ku yang hilang tercicir kemudian dipulangkan balik tanpa ada sebarang kekurangan satu sen pun isinya.Pun begitu ada yang berpura pura baik diperdayakan dengan pelbagai kata manis kononnya sebagai ubatan menguatkan stamina namun dimasa yang sama ianya merupakan alsernik yang beracun sehingga terpaksa dikejarkan kehospital kemudian dibedah perutku, sungguh tidak disangka,tergamak berperangai "kawan makan kawan"(aku syak). 

Kenapa tidak report atau membuat aduan? ini soalan yang agak subjektif....sebabnya untuk menunggu pulih dari kena bedah macam orang dalam pantang beranak juga,memakan masa berbulan bulan,dah pulih sikit barulah aku berulang alik kehospital untuk urus sendiri bagi mengambil (rekord) lapuran perubatan, bukannya dekat dari KL-Seremban, pehak hospital pula banyak kerenah, tidak banyak memberi kerjasama, sekali datang kena ambil cuti, kemudian kena datang lagi kali ke2 kena ambil cuti lagi, jawapan hospital lapuran masih belum beres juga, akhirnya aku jadi muak dan naik fedup,lalu dibiarkan sahaja, serah pada tuhan ajelah membalasnya.

Walau bagaimana pun semangat setia kawan rakan rakan lain jauh lebih ramai berbanding segelintir yang berperangai nakal sedemikian.Tapi itulah dikatakan kehidupan ragam manusia. Diluar sana masih ramai yang tidak faham dan tidak mengetahui titik bengit kehidupan sebenar sebagai seorang tentera. Mungkin memeranjatkan mereka...mungkin ada yang tak percaya....apakah sampai begitu sekali keadaannya?

Namun begitu dari pengamatan aku,walaupun sehebat mana seorang General tentera mahu pun senakal mana pun seorang tentera itu ianya bermula dari seorang jurulatih,  sama juga dari mana datangnya seorang pemimpin negara itu asal usulnya ia bermula dengan ajaran dari seorang guru sekolah.Kemudian barulah dia balik kepada corak kepimpinan dalam sesatu pasukan.Contoh yang pernah aku jumpa  (line internet terputus putus sbb itu penulisan ini juga tertangguh tangguh) diantara banyak banyak RSM yang pernah aku jumpa dan bertugas dibawahnya dimana mengikut penilaian aku merupakan seorang yang paling hamler dan paling bermotivasi ialah RSM En.Ishak Kelate. Pada aku beliau seorang yang tidak suka mengambil tindakan keras terhadap anggotanya jika melakukan sebarang kesalahan disiplin, sebolih bolihnya terlebih dahulu dia suka mengunakan pendekatan diplomasi  dengan memberi amaran serta nasihat,cara ini dilihat cukup berkesan kerana ada yang malu alah lalu berubah sikap berperangai lebih baik dari sebelumnya.Selain daripada itu dia lebih terbuka serta suka berterus terang.
sisipan akhbar SH & risalah
Didalam setiap perbarisan RSM yang sering diadakan secara berselang seli dengan pegawai atasan lain maka tidak akan dilupa beliau mengambil peluang berucap dihadapan anggota bawahan dengan menyelitkan kata kata yang penuh membakar semangat untuk membangkitkan rangsangan anak buah didalam menjalankan  tugas harian. Antara pesanannya meminta anggota supaya sering berganding bahu dengan membudayakan kerja secara berpasukan dan yang lebih penting jangan sekali kali bersikap suka "mensabotaj" diantara individu . Sebagai orang lama yang terlebih dahulu memakan asam garam disepanjang perkhidmatan jadi beliau sudah tentu dari apa yang dicakapkan itu mungkin merupakan dari pengalamannya sendiri.Menjadi RSM yang sentiasa kena memantau tindak tanduk akan tahap disiplin anggota dianggap satu tugas yang mencabar kerana terdapat dikalangan anggota yang tidak berapa suka dirinya terlalu terikat kepada atur aturan ketat yang dikenakan, olih yang demikian sudah tentu ada yang sengaja dan terlanggar arahan arahan pasukan,yang tercabar dan merasa benggang sudah tentu bertindak balas dengan membuat ancaman balas samaada secara senyap atau terbuka, malahan terdapat RSM yang terpaksa lari lintang pukang kerana dikejar dengan senjata merbahaya olih anggota yang kononnya tidak berpuas hati terhadap seorang RSM,yang nakal dan kurang berani berdepan ada yang merosakkan dan mencalarkan kenderaan.Olih kerana itulah saya rasa sebabnya dimana RSM En Ishak kelate sering memberi kaunselin dan memotivasikan anggota.
sisipan akhbar SH
Baru baru ini saya ditanya olih seseorang "kamu didalam askar sudah bunuh berapa orang musuh?" terkejut beruk juga saya dengan soalan maut itu, apakah kriteria seseorang yang hendak dinobatkan sebagai pahlawan atau untuk memperolihi anugerah pingat dan sebagainya mesti syaratnya kena tunjukkan berapa kepala musuh yang sudah dipotong? apakah jika seorang RSM yang tugasnya sekadar menjadi jurulatih dan jeruletih didalam kem tidak bolih diambil kira?aduhai....peliknya. Kalaulah begitu rasanya kita sekadar syok sendiri,apa tidaknya... disebalik kehebatan anggota yang berjaya membunuh musuh (baca komunis) yang kononya demi memperjuangkan tanah air tetapi sedarkah kita dimasa yang sama berapa banyak sudah tanah tanah rezab melayu hilang termasuk pulau Batu Putih yang sekangkang kera itu pun terlepas ketangan Singapura. BERSAMBUNG...

Sambungan- sudah berselang beberapa hari saya tidak menyambung cerita ini,walaupun masih ada lagi siri sambungannya tetapi dek kerana talian internet tidak begitu melancarkan kelajuan, asyik dok terputus putus memanjang jadi saya masih bersangka baik dengan alasan yang kononnya suasana cuaca pada ketika ini buruk jadi mungkin turut memberi kesan kepada alat hubungan dialam maya, walaupun didalam berkeadaan begitu pun, saya masih berkesempatan meninjau posting rakan rakan FB terhadapa suasana banjir diPantai Timur khususunya diKelantan, sejak dari beberapa hari lalu sehingga kehari ini 26/12/2014 tiada berita yang paling menarik untuk saya memberi perhatian melainkan tentang suasana semasa perkembangan banjir tersebut. Saya cukup bersimpati dan turut terasa hiba apabila melihat betapa dahsyatnya musyibah yang menimpa,jika ditahun lepas dikatakan banjir yang paling terburuk terjadi disekitar negeri Pahang namun nampaknya pada kali ini ianya beralih keKelantan dengan suasana yang dua ketiga kali ganda lebih dahsyat, hampir menengelamkan rumah atau bangunan setinggi 2 tingkat....sungguh tidak dijangka.Penduduk yang terlibat juga tidak dapat dibantu dengan sebaiknya sehinggakan ada yang terpaksa berenang sendiri lari kebukit,soal tidak cukup bekalan makanan serta air bersih,tinggal dalam kesejukan,ketakutan serta kelaparan sudah menjadi viral dilaman laman sosial dengan suara suara yang mendayu rayu memohon agar ada pehak yang dapat tampil membantu. Harap harap Allah S.W.T dapat melindungi mangsa mangsa banjir ini, dan saya tetap mendoakan agar semuanya berolih keselamatan yang baik.Amimm...

Pun begitu saya pun turut sama dalam keadaan berjaga jaga,maklumlah rumah kediaman saya sendiri pun berada dikawasan tanah rendah, sering juga dinaiki air banjir.Malahan pada hari ini 26/12/2014 sepatutnya saya mengadakan satu majlis Pertunangan buat anak saya,tetapi terpaksa dibatalkan akibat kesan dari musyibah banjir ini.Wajah "frust" kelihatan terbayang diwajah anak perempuanku, namun apa nak buat sudah ditakdirkan.... jadi bersabar dan redho sahajalah.

Nak sambung sikit lagi pasal RSM, antara ramai ramai itu terdapat seorang lagi yang tersemat didalam ingatan aku, dia ialah RSM En Wan Sudin,sebelum itu semasa berpangkat Sarjan dia pernah menjadi jurulatih rekrut diSek.Sem.Kem Perdana Sg Besi Kuala Lumpur, jadi beliaulah salah seorang diantara jurulatih yang digeruni.Namun beliau seorang yang suka bersoldariti,maksudnya suka mengeratkan hubungan dikalangan anak negeri.Pada suatu hari semasa ada masa ruang rehat dari latihan beliau telah memanggil dan mengumpul kesemua anak negeri Kelantan."siapa lagi yang tak turun berkumpul" tanya beliau kepada skuad leader dengan gaya suara yang agak bengis.Aku yang mendengar jauh dari dalam bilik, sayup sayup terdengar skuad leader menyebut nama aku. "awang lidi tak turun lagi Sarjan" jawab skuad leader."awang lidi" adalah gelaran kawan kawan kepada aku,pada asalnya jurulatih memanggil aku "awang leading" sebabnya setiap kali ada latihan PT (jasmani) aku lah yang leading kehadapan apabila diarahkan berlari kesatu satu arah.Entah bagaimana nama itu tak berapa lekat sebaliknya nama gelaran yang melekat dari mulut kemulut rakan rakan memanggil aku dengan sebutan "awang lidi", entahlah....kenapa mereka memanggil begitu. agaknya secara kebetulan pada waktu itu bentuk fizikal tubuh badan aku agak tinggi kurus melidi kot.....keh...keh....keh... "panggil dia turun cepat" arah jurulatih.Bergegaslah skaud leader berlari pergi mendapatkan aku. "Staf panggil mu turun berkumpul" beritahu skuad leader. Sesampai saja dihadapan Sjn Wan, terus beliau merentap dan memegang colar baju aku "pasal apa mu sorang tak mahu berkumpul sedangkan orang lain semua dah ada, mu nak tunjuk keras kepala"herdik Sjn Wan,tanpa sempat aku menjawab terus diarahkan pula aku berlawan tenaga dengan salah seorang rekrut lain "haaa....dah rasa mu kuat sangat,gi bertumbuk dengan dia tu...aku nak tengok".Tambah Sjn Wan. Aku betul betul rasa kecut perut tapi buat buat berani,cuba buka langkah konon kononnya nak tunjuk pandai bersilat. Belum sempat apa apa beliau arahkan "sudah....berhenti" rupa rupanya dia hanya acah acah sahaja nak lagakan aku. Kesimpulannya sejak dari rekrut dahulu lagi aku didalam dilema, nak mengaku sebagai anak Kelantan macamana? sedangkan tempat keluarga aku tinggal diTerengganu sejak dari tahun 1952 lagi, jika nak mengaku anak Terengganu pun tak bolih juga sebab aku dilahir, dibesar dan bersekolah diKelantan.Jadi kalau ada yang panggil aku AWEE pun aku angguk, kalau ada yang panggil aku AWANG pun aku angguk jugak.... he... he...he....

Bercerita pasal jurulatih ni,kiranya banyak juga pengalaman yang bolih ditulis akan tetapi terdapat juga yang rasanya sampai tidak tergamak untuk dipaparkan untuk tatapan umum. Pun begitu bentuk latihan dulu dulu dengan zaman kini dengar khabarnya sudah jauh banyak berbeza.Banyak sudah latihan keras atau  terlampau lasak telah diharamkan atau sudah tidak dipraktiskan lagi diantaranya telah tidak dibenar berkawad didalam longkang, cuba bayangkan bagaimana merananya jiwa apabila longkang kumbahan yang penuh kekotaran serta berminyak hitam dijadikan medan untuk menghentak kaki,pendek kata kasut dan pakaian (uniform) sudah tidak bolih lagi digunakan selepas itu,habis reput dan terkoyak rabak.Kalau setakat tongkat terbang, dibaling pasu bunga pecah berderai,buku latihan tumbuh sayap melayang dilontar jurulatih itu hanyalah sekadar bunga bunag dihujung kuku sahaja,lumrah gertakan dari jurulatih. Yang agak kecewa ialah apabila tidak dibenarkan bersolat."apa solat...solat....jangan nak buat dalih...nak lari masa latihan" itulah sejarah yang agak mendukacitakan.Walau bagaimana pun tidaklah semua jurulatih bersikap begitu.

Moral yang story-Pada penghujung bulan Nov yang lalu satu perjumpaan dikalangan veteren tentera dari Kor Sem telah mengadakan suatu perjumpaan,jelas terbayang kecerian diwajah masing masing,ini bermakna tidak berbangkit diantaranya yang terniat untuk bermasam muka atau jauh sekali mahu berdendam,cerita cerita lama dimainkan balik sekadar untuk membangkitkan kenangan akan masam manis disemasa sama sama tatkala ketika didalam perkhidmatan dahulu. Cuma terdengar keluhan pendapatan hasil dari pencen mereka kini jauh lebih rendah berbanding dengan sama rank anggota yang baru pencen.Jadi dengan kos kenaikan harga barangan ditambah pula tenaga tua yang sudah tidak berapa ada upaya lagi untuk berkerja segagah dahulu yang sebahagian bergantung sepenuhnya dari pencen semata maka kualiti hidup jadi terbatas. Begitulah bunyi rintihan sebilangan dari bekas tentera...jadi kerajaan tolonglah peduli sikit akan nasib dan masa depan mereka.

tok ayah su-Doa selamat buat mangsa banjir serta penumpang pesawat Air Asia...

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan