arkib

Rabu, 24 April 2013

menantu "sabaruddin tukang kasut"jadi calon....

salam hormat!
siapa ayah mertuanya? seorang tukang jahit menjahit kasut....siapa nama sebanarnya?....mana asal usulnya.- dari kg Pok Roman bersempadan dgn kg Kijal Kemuning dinegeri kublai Khan dekat negeri kelantan....betul ke saja lawak ni? apa kena dengan Dato' Sri Ahmad Said....tungguuuu...

Sambungan- Orang ramai akan lebih kepada suka membaca daripada menulis untuk bagi orang lain membaca tulisannya,menulis agak sukar siikit kerana terlebih dahulu terpaksa mencari bahan bahan rujukan mahu pun dari tinjauan pendapat daripada orang ramai,penulis  juga sedikit sebanyak kena perahkan otak otak bagi mencair cair idea untuk diolah agar hasil tulisannya disukai ,sebab itu tidak ramai penulis berbanding sipembaca,ada yang saja nak ambil mudah, tunggu sahaja membaca hasil karya orang lain Olih kerana itu tulisan saya kali ini agak klasik sedikit sebab tidak ada sebarang bahan rujukan disertakan namun begitu sebelum itu saya telah membaca sedikit insiklopidia seorang tokoh ternama Monggolia bernama Kublai Khan.Sebab utama saya ingin tahu tentang tokoh klasik ini adalah kerana terdapat ditempat saya sebuah kereta (jip) milik seorang Mejar bekas pegawai tentera ada tertera tulisan dicermin belakang keretanya itu ayat KUBLAI KHAN dengan huruf jelas dan terang dibaca.Sejak dahulu lagi apabila terserempak dengan kereta ini dijalan raya maka telah membuatkan hati saya tertanya tanya ingin tahu,apa kaitan dan apakah pula motifnya tuan punya kenderaan tersebut dengan sejarah Kublai Khan?

Apa yang saya tahu melalui pembacaan insiklopidia itu tiada lain yang diperjuangkan olih kublai khan selain daripada seorang pemerintah tentera dan penakluk tanah dikawasan perang yang dimenanginya sehingga melebarkan keluasan empayar taklukanya sampai kenegera China.Jadi apakah Mejar bekas pegawai tentera ini mahu menjadikan Kublai Khan sebagai Ikon contoh buat dirinya? Pelik....macam macam hal ada,orang melayu macam ini pun ada....tetapi jangan pelik jika pada hari ini dia itu seorang yang aktif dalam parti politik UBN dan turut sama berada didalam kem Calon baru UBN yang bernama CheGu Razali itu....Siapa Razali ? sebut betul betul....bukan "anak ku Sazali" tetapi menantu "Sabaruddin tukang kasut" yang juga dikatakan mempunyai pertalian darah kekeluargaan dengan isteri kepada Dato"Sri Ahmad Said...ada yang kata sepupu dan ada yang kata anak saudara kepada isteri beliau...betul ke??

Tapak rumah calon ini adalah bekas terbinanya dulu panggung wayang diera tahun 50an sehingga keawal 80an kemudian ditutup, selepas itu digunakan sekejap untuk bengkel baiki membaiki kereta, manakala bekas pekerja panggung bernama Iqbar yang berasal dari kampung Pok Roman didalam DUN kemuning dinegeri kublai khan dekat negeri Kelantan (kata P.Ramli) juga berkemahiran menjahit pulih kasut kemudian telah berkhawin dengan salah seorang adik beradik kepada pengusaha panggung wayang ini yang berketurunan pakistan Lalu lahirlah seorang anak perempuan berhidung mancung ala hindustan atau macam anak mami dan telah menjadi isteri kepada calon ini sekarang.

Jika menyingkap sejarah lama,rasa saya tiada orang dizaman kecilnya menghadapi nasib seperti saya, hidup bagaikan seorang normad berpindah randah dari satu keluarga kesatu keluarga,dari satu negeri kesatu  negeri malah sampai kenegeri siam, menjadi rebutan untuk dijadikan anak angkat sehinggkan pelajaran sendiri telah menjadi terbantut kerana terpaksa mengikut sahaja kehendak orang tua. Jesteru itu saya tahu berkenaan dengan sejarah panggung wayang ini kerana disekitar  tahun 60an ketika tinggal diKg.Tok Gebok saya sering juga diajak olih abang angkat menemani beliau masuk panggung. Dimasa itu saya hanya tahu tengok sahaja tetapi tak tahu hujung panggal jalan ceritanya.Tiket pun tak tahu dibayar atau tidak,sedar tak sedar diheret tangan olih abang angkat mengajak masuk sama.Tatkala itu tiada hiburan lain selain dipanggung ini ,talibising (TV) pun langsung setiap rumah tiada.Melonjak lonjak bising bangau satu kampung kalau ada sekla yang memaklumkan satu satu cerita baru yang akan ditayangkan. Akan berduyun duyunlah keluar untuk sama sama menonton beramai ramai disini.Pentas ceramah ceramah politik seperti sekarang ini bolih dikatakan langsung tiada,malah kuliah agama disurau pun dikhabarkan ada yang tidak mengemarinya dan cuba disekat olih jkkk termasuk salah seorang ajknya adalah pengusaha panggung ini.Banyak perkara nagative disebarkan tentang beliau itu tetapi masa lalu biarlah ia berlalu kerana tidak baik untuk diungkit lagi tentang keburukan orang yang telah mati.

Saya juga terkejut apabila diceritakan sendiri olih Ust Razki yakni calon Pas yang bertanding dengan Razali sekarang. Dihadapan Mat Radhi berserta 2 tiga orang lagi pada masa itu katanya salasilah nenek moyang saya (Ust Razki) berasal dari satu tempat juga dari negeri Kelantan. ooo...begitu rupanya,jadi sesuailah jika Pekan Ajil ini diberi nama jolokan "perkampungan kelantan" kerana bolih dikatakan hampir lebih 50 peratus kebanyakan penduduk disini berasal dari satu kapal iaitu dari negeri Kelantan.Bukan rasis atau perkauman tetapi semangat Malaysia Malaysian memang ujud disini.Malah penduduk berketurunan kelantan disini juga tidak kurang hebat dalam memberi sumbangan besar kearah bersama sama mengsejahterakan pekan dari sudut ekonomi mahupun keagamaan.Jadi kenapa nak didengki ? jadikanlah satu persaingan yang sihat...dok gitu??

tok ayah su-calon menantu dari semua negeri ada....

Sabtu, 20 April 2013

Cerita diisebalik tabir penamaan calon PRU13....

Salam hormat!
Banyak juga cerita cerita yang dapat dikutip dari mulut kemulut tatkala disemasa saya berbual bual dengan beberapa kenalan dipagi hari penamaan calon semalam (20/4/2013).

cerita ini akan disambung kemudian berserta dengan gambar gambar yang menarik akan disertakan sekali.....

Sambungan- Bab kata bidalan "rumah siap pahat masih berbunyi' itulah senario terjadi selepas beberapa hari penamaan calon selesai.Ada kejutan tertentu dimana calon yang diharapkan mereka tidak terpilih.Seperti yang saya katakan banyak cerita yang saya dengar disemasa menunggu pengumuman calon yang sah bertanding dari SPR.Cerita pertama dari seorang lama dengan nama gelaran PokSu yang kini sudah berumur 80 tahun menceritakan dia telah mengundi sejak dari pilihanraya pertama pada tahun 1955 lagi.Katanya dimasa dahulu cukup senang hendak mengundi,bawa kad pengenalan dan tunjuk sahaja pada pegawai pilihanraya lalu terus bolih mengundi.

Ada pun cerita hangat diceritakan ialah mengenai calon kesukaan mereka yang tidak tercalon,bagi penyokong pas rasanya tidaklah ketara sangat luahan itu, ini kerana kebanyakkan mereka lebih mementingkan perjuangan parti berbanding individu,mereka kelihatan lebih iklas dengan tidak menzahirkan dengan cara memprotes, manaikkan banner untuk menunjukkan bantahan secara terbuka dan seumpamanya, walaupun tidak dinafikan memang ada sebahagian kecil yang agak kecewa.Dari apa yang saya tahu terdapat 2 orang lagi yang disebut dan pernah dilobi mahu diangkat sebagai calon untuk PRU ke13,mereka ialah ust Saari dan juga Ust Mulyaman (bagi DUN Ajil) Tetapi rezeki mereka masih belum ada lagi...secara berseloroh kedua dua Ust ini berkata "saya masih belum berani mahu melepaskan jawatan".Kedua duanya  adalah merupakan guru dibawah kerajaan perseketuan dan seorang lagi dibawah kerajaan negeri.


Berlainan pula dengan Parti UBN,dua tiga hari sebelum penamaan calon sudah terdengar desas desus kekecohan terutama dari penyokong penyokong kem Dato" Rosol Wahid, mereka berkeras tetap mahu kepada Rosol walau apa pun terjadi dan mempertikaikan calon baru yang dianggap bidan terjun malah katanya calon itu bukanlah berasal dari daerah kawasan sini dan ramai dikalangan penduduk yang tidak mengenalinya ( saya akan ulas serba sedikit siapa calon baru ini mengikut dari apa yang saya ketahui dilain posting) Menurut Jamal iaitu salah seorang penyokong tegar Rosol berkata keluarga dan juga anak buahnya lebih rela bagi undi kepada calon Pas daripada beri kepada calon BN yang baru ini.(Ketika itu belum lagi ada calon bebas)

Manakala seorang lagi bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu yang agak 'cool' yakni Mohd Noor tatkala berjumpa saya semasa didalam satu majlis perkahwinan seorang penduduk kampung, sempat saya bertanya "macam mana Yb....penggal kali ini masih lekat nama dok?' lalu dijawab dengan nada lembut 'eeee....tak tahu lah kita...." dalam hati hati saya tertanya tanya mustahillah jugak kalau dia tak tahu sedangkan tarik penamaan calon tinggal dua hari sahaja lagi pada masa itu. Teringat saya akan satu ucapan dari beliau disemasa dia merasmikan mesyuarat agong PBTM cawangan.Belaiu membayangkan pemilihan jawatan dalam parti payah nak naik jika tidak diHULURkan apa apa....jadi sekarang fahamlah saya mungkin kerana sebab itulah juga namanya tidak tercalon untuk penggal kedua baginya ini.Saya yakin beliau seorang yang mempunyai rekod khidmat yang bersih,ini kerana apabila diperhatikan banyak daripada aktivi ziarah dan juga bantuan yang disampaikan kepada penduduk kampung hasil dari peruntuk yang sedia ada dari egensi egensi kerajaan yang berkaitan. jadi tugas beliau sekadar perantara untuk tolong menyampaikan sahaja. Manakala crewni projeknya tidak ada,maka kerana itu kelihatannya beliau tidaklah semewah orang politik lain, kereta yang pakai pun kereta lama dulu dulu juga.Tetapi apakah orang sebersih begini sesuai atau tidak berada dalam parti UMNO? jawablah sendiri.....

Selain daripada itu saya rasa Dato" Rosol Wahid juga agak rasa terkilan kerana menurut dari ucapan ketika belaiu merasmi mesyuarat agong pibg katanya 'beliau teringin melihat masa depan pekerja dalam bidang pertanian dapat dimodenkan,contohnya jika dulu menanam padi mengunakan tenaga khudrat empat kerat tetapi sekarang sudah ada jentera yang memebantu merengankan kerja,jadi katanya tidak mustahil jika pada suatui hari nanti mesin kait dan menganggkat buah sawit juga akan direka bagi mengantikan tenaga manusia.
Olih kerana beliau tidak lagi berada didalam barisan kerajaan memerintah (jika BN menang) maka impiannya kearah itu akan jadi terbantut....betulkah? jawablah sendiri.....

tok ayah su-nak lawan Badminton dengan Dato' Jailani...anak sidek....keh...keh...keh....

Isnin, 15 April 2013

Pentingkah seluar dalam?

Salam hormata!
Kebanyakkan lelaki dahulu amat mementingkan isteri mereka masih perawan atau pun anak dara (original lagi) jadi cara manakah mereka hendak memastikan soal itu? Petua mereka ialah dengan  menyediakan secebis kain sapu tangan berwarna putih atau pun memakai seluar dalam juga berwarna putih, inilah rahsia mereka untuk menyungkil rahsia pengantin perempuan dimalam pertama,Ada pun kes sebegini bagi kebanyakan dizaman anak gadis banyak bermain sukan ini agak sukar urtuk menentukan ketulinan dara lagi namun satu cara lain ialah melalui pemeriksaan sainstifik iaitu dengan membuat pemeriksan doktor, apakah anda bersetuju? ramai yang akan berkata TIDAK>>>>bersambung.....

Sambungan-  Ralik membaca dan membelek dari blog kesatu blog kemudian dari blog ke Face book sertta lain lain laman web untuk mengikuti perkembangan perihal suasana menjelang penamaan calon sehinggakan hendak meng UpDate blog sendiri jadi tertintinggal.Sebelum saya mahu membuka topik sedikit cerita hari penamaan calon yang hadir pada hari ini (20/4/2013) terlebih dahulu saya mahu mengakhiri posting ini dahulu. 

Baiklah...ada pun apa yang saya tulis ini secara kebetulannya heboh diceritakan disana sini tentang penyebaran video xxx yang melibatkan seorang pimpinan dari Parti Pas.Kalau sebelum ini banyak sudah kes serupa yang turut tercalit adalah kepada Pimpinan Parti PKR namun namanya sudah dapat dibersihkan olih mahkamah maka jelas dari sudut teknikalnya ramai berangkapan dia tidak bersalah.Ada pun bagi kes terbaru bersabit kes Dato" Mustafa Ali masih lagi ditangan peguam untuk tindakan selanjutnya.Jadi ramai beranggapan sekiranya beliau dapat direhatkan buat sementara dari arena politik adalah satu langkah yang baik,biarlah sehingga kesuatu masa sampai selesai kes yang bersabitan itu.

Berbalik kepada topik seluar dalam ini telah menampakan semacam bunyinya agak kotor sedikit,maka kerana itu saya pernah terdengar dalam satu kuliah agama dimana ustaz itu telah berpesan katanya sebaik baik kelakuan jika mahu bersolat janganlah dipakai pakaian dalam seperti seluar dalam kerana adakala terdapat bauan hancing ataupun najis air kencing yang melilih walaupun sedikit,dengan itu bolih menyebabkan pakaian bersih yang menjadi syarat sah solat telah tercemar....solat akan jadi tak sah.

tok ayah su-tidak pernah pakai singlet...kecuali dimasa zaman sekolah dahulu adalah jugak.....

Isnin, 8 April 2013

Jangan ambil alih kerja malaikat...2

Salam hormat!
Dalam siri pertama saya memetik kata kata Yb Dato' Rosol wahid ADUN Ajil yang telah melahirkan satu kebimbangan dengan suasana munculnya siTanggang Moden yang tidak banyak masa untuk membalas budi ibu bapa yang telah tua lagi sakit serta uzur.Tambahnya lagi disebabkan kerana itu ianya juga telah menimbulkan pertelingkahan dikalangan adik beradik (macam cerita 3 Abdul) kerana tidak ujudnya keseimbangan masa yang sama rata untuk menjaga malah hanya soal penjagaan ini diberatkan kepada mereka yang hanya tinggal berhampiran atau serumah sahaja. Tatkala ini duit ringgit bukan segala galanya lagi tetapi perhatian dan sentuhan kasih dari anak itu yang perlu lebih diutamakan.Jika ibubapa bolih menjaga dan membesar 10 anak tetapi 10 orang anak belum tentu bolih menjaga seorang ibuayah mereka.

Sebagai respon saya melihat permasaallahan ini disebabkan kurangnya peluang pekerjaan ditempat sendiri atau mungkin ada diskriminasi hanya mereka mereka yang terpilih sahaja bolih bertugas berhampiran keluarga.Saya ada sedikit pengalaman lalu, apabila ada dikalangan rakan rakan bercakap soal mahu bertugas dikem yang berhampiran kampung atau dikawasan negeri yang mana keluarga itu berada lalu ada yang menyidir sinis "engkau buatlah kem sendiri dibelakang rumah emak bapak engkau tu...apa...kau ingat pangkat dua tiga calit yang engkau pakai tu kain putih cawat emak kau ka? main suka suka kau saja nak mintak tukar duduk dibawak ketiak mak....! masaallah...tajam sungguh perlian dan cabaran itu.Olih yang demikian dek kerana sebab teringin sangat hendak berbakti kepada ibu setelah sekian lama meninggalkan  beliau kerana tugas jadi itulah salah satu sebab saya memohon untuk menamatkan perkhidmatan sebagai pilihan. Walaupun dimasa itu bertubi tubi talipon dan juga fax memaklum dan meminta saya datang melapur diri bertugas disalah sebuah kem diKL. tetapi apa bolih buat demi ibu saya nekad untuk berhenti juga.

Alhamdulillah....janji saya untuk menjaga ibu dapat dilaksanakan,segala makan minum dan sakit demam dapat juga diberi perhatian.Malah jika sebelum itu semenjak dari zaman mudanya lagi tidak pernah bolih memakai barang kemas walaupun sebesar janggut udang kerana hidupnya susah tetapi apabila tinggal bersama saya dapatlah dia ambil kesempatan membeli dan merasalah juga memakainya,maka tidak kempunanlah sebelum dia memejamkan mata....terima kasih juga kepada dotor kerana tidak mengambil nyawa dia sehinggalah beliau menghembuskan nafas sendiri dengan selesa dirumah selang beberapa bulan selepas menerima rawatan dihospital..

Tok ayah su-merasa aneh apabila kubur ibu berbau wangi...petanda orang baik baik kot

Sabtu, 6 April 2013

Jangan ambil alih kerja malaikat....

Salam hormat!
Teringat kata kata Yb Dato' Rosol ADUN Ajil ketika beliau merasmikan mesyuarat agong PIBG. katanya" sekarang ini terdapat ramai dari kalangan anak anak dalam keadaan delima untuk membahagikan masa dengan kerjaya kerana terpaksa memberi perhatian kepada kedua ibubapa yang tua dan sedang sakit lagi  uzur,ada yang duduk terlembek terbaring ditikar,setiap masa orang tua ini memerlukan perhatian,hendak kencing berak pun terpaksa dipapah,terpaksa diusung untuk kebilik air.Sedangkan anak anak ini pula dimasa yang sama terbelenggu dengan tugas dan kerja buat dipejabat,jika kerja dekat dekat dengan rumah itu tak apa lah, bolih dijenggok jenggok sekejap kejap tetapi bagaimana yang berkerja dijarak jauh,rumah orang tua diTerengganu dan tempat kerja anak anak pula diKuala Lumpur atau diluar negara....bagaimana?" kerana itu terdapat dikalangan anak anak mengambil jalan mudah menjadi siTanggang moden berjumpa bomoh bertujuan untuk membuang ilmu kerana pada anggapan sesentengah orang kononnya jika siorang tuanya banyak ilmu maka akan lambatlah menemui ajal....nauzubillah.

Pada pandangan peribadi saya,perbuatan sianak seperti itu melambangkan kedangkalan ilmu dan lebih kepada bersikap jahilliah,apa tidaknya....tindakan berbomoh seperti itu amat bertentangan sekali dengan ayat "tidak aku percepat atau melambatkan masa ajal seorang anak adam itu setelah tiba masanya".Olih yang demikian jika perbuatan mahu dipercepatkan mati seseorang maka sudah tentu bolih disamakan seperti membunuh atau lebih tepat mahu mengambil alih kerja malaikat....anda kenal malaikat? apa nama malaikat yang diarahkan olih Allah mencabut nyawa? jika ada yang tak kenal bolihlah bertanya dengan Dr M.
bersambung...

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan