arkib

Sabtu, 29 September 2012

Kemana perginya janji ?

Salam hormat!

Didalam mesyuarat PIBG pada awal tahun 2012 lalu didapati begitu grairahnya salah seorang wakil ibubapa berucap mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah bermurah hati kononya telah memansuhkan yuran persekolahan maklumlah bagi orang kampung yang berpendapatan kecil sudah tentu bergembira menerima berita baik itu,tetapi malangnya kegembiraan itu tidaklah berpanjangan apabila pehak sekolah memaklumkan yang dimansuhkan ialah yuran akan tetapi ibubapa tetap perlu memberi sumbangan kepada sekolah.Aik...apa bezanya yuran dengan sumbangan, kedua duanya memerlukan duit,makna 2 x 5 dengan 5x2 jawapannya sama, congak itu hitung ini dah nak habis tahun persekolahan 2012 didapati jumlahnya hampir rm 3ratus perlu dikeluarkan untuk satu orang anak,jadi mana janji yang dikatakan yuran dihapuskan seperti yang diwar war didalam bajet? soalnya....
 Sementara itu terdapat seorang Chegu yang mencelah nampak seperti seolah seperti mahu coverline dengan berkata "ala...bayar sikit pun apa salahnya, bukankah kerajaan dah beri duit "BRIM".Mengungkitlah pulak sichegu ni...kalau dah beri tu tetapi diambil balik apa maknanya pemberian itu? tambahan pula bukan semua orang yang dapat duit BRIM tersebut.
bersambung...
Terkini: 
Alang alang dah bercakap pasal sekolah jadi untuk makluman tidak kurang dari 4 tahun lebih saya sudah berada dan aktif didalam Ajk PIBG, dari kajian saya bajet yang diperlukan untuk setiap (1) tahun mengikut rujukan kepada pembentangan penyata ianya memerlukan hampir hampir 4 ribu ringgit,dikira secara langsam ini bererti jika dibahagi dengan jumlah murid katakan dalam 2 ratus orang maknanya seorang (1kepala) hanya perlu keluar belanja sebanyak rm20 ringgit sahaja, akan tetapi malangnya dicelah celah itu timbul pula bayaran bayaran lain yang diminta dari ibubapa,inilah yang menjadi persoalannya yang membolihkan ibubapa tergeduh hati. Setiap kali bermesyuarat maka akan adalah bab nak meminta duit dari makbapak murid,apa cerita ni....sayalah yang sikaki "duduk bantah" macam dibuat diDataran Merdeka dulu tu cumanya tempat sahaja berbeza.
Itu baru bercakap soal pasal sekolah rendah dan menengah,anak yang belajar diIPT pun lebih kurang sama juga,setiap bulan tidak kurang dari RM3ratus makbapak kena TopUp tambah duit poket, duit PTTN dikatakan tidak mencukupi,bila dah tamat grad bukan bolih terus dapat kerja yang baik baik sikit,ada yang hanya kerja kerani sahaja,tolak bayaran hutang PTTN tinggal berapa sen sangat berbaki, olih yang demikian rebet sebanyak 10 dan 20 peratus potongan dalam pembentangan bajet itu sebenar tidaklah semua orang lepasan IPT yang bolih menikmatinya,bab kata P.Ramli... jarang..jarang ada. Potongan persen sebegini bukannya perkara baru malah dulu dulu pun ada,jika loan kereta dan sebagainya, kepada sesiapa yang dapat membayar secara FullSetle (bayaran habis) secara lebih awal dari tarikh pinjaman tamat maka pehak bank akan mengira beberapa persen potongan akan diberi.

Sementara itu terdapat aduan dari seorang pekerja restoran wanita mengadu hal katanya pehak kontrekter tidak menunaikan janjinya selepas melakukan kerja kerja mengali longkang besar dihadapan kedai taukenya.Pada asalnya dikatakan selepas selesai kerja,janji mereka (pehak kontrekter) akan memulihkan balik seperti sediakala iaitu bertar dan bersimen akan tetapi malangnya ditinggalkan begitu sahaja yang kini sudah hampir beberapa bulan berlalu.Taukenya  tidaklah hendak meminta ganti rugi dalam bentuk wang ringgit cumanya cukuplah dibuat sekadar apa yang seperti dijanjikan pun sudah memadai.
Katanya lagi Taukenya juga telah membayar cukai GST (goverment servis tax) dengan menghidupkan lesen niaga di SSM.Disini beliau telah bertanya tentang Insurant seperti yang dibentangkan dalam bajet iaitu setiap orang yang mendaftar niaga dengan SSM akan diberi premium insurant rm5.000 tetapi respon dari pegawainya yang mengatakan "tidak ada' malah dia sendiri pun tidak tahu apa apa, aikkk... nampaknya tidak ada maklumat awal yang diberi kepada pegawai pegawai diSSM ini,keluh Tauke saya.

Tok ayah su-tahniah kepada bekas bekas tentera yang akan mendapat habuan seadanya.... 

Selasa, 25 September 2012

Cemerlang kaki bodek ?

Salam hormat!

Disuatu sudut dimeja makan didalam cofferoom aku berbual bual sambil minum dengan rakan rakan sekerja" engkau tahu tak rakan kita siMamat tu telah mendapat anugerah khidmat cemerlang' Disambut dengan rasa bunyi seperti kurang senang olih siAli "eh...eh..eh...bertuah betul dia,tapi macam mana kreteria yang dibuat sehinggakan muka dia sahaja yang dapat tiap tiap tahun,kalau tak silap dah 3 tahun berturut turut asyik asyik muka dia sahaja,kuat bodek la tu' kata siAli seperti merunggut macam mempertikaikan panel pemilih siapa yang layak. "ehh...tak baik kata gitu,engkau pun apa kurangnya setidak tidaknya engkau pun juga telah dapat merasa,kalau aku ni yang tak berpuas hati betul la jugak sebab tak pernah dapat apa apa lagi"kata aku kepada rakan seperbualan.Begitulah ghairahnya rakan rakan sekerja mahu dapatkan anugerah "khidmat Cemerlang",almaklumlah apabila dapat cemerlang bererti tangga gaji juga turut berubah,bolih naik menjadi menegak ataupun melintang.Itulah sebabnya anugerah itu amat diharap harapkan mereka.Sembang punya sembang tiba tiba masuklah pula pegawai atasan aku."Tuan,bagilah kepada encik ni anugerah cemerlang ,biar dia juga dapat merasa".Kawan aku  yang seorang ini mulutnya agak celupar sedikit,direkomenkan secara direct secara tidak resmi kepada pegawai atasan  aku."his...engkau ni janganlah buat malu aku,nak melawak pun tengok tengok tempatlah sikit..."sergah aku perlahan lahan kepadanya."ha...ha...ha...kawan aku tu gelak"Memang simulut lepas dia ni,runggut aku dalam hati.

Selang beberapa lama selepas itu didalam satu majlis mesyuarat bersama pegawai atasan, tiba tiba giliran aku dibalun olih Boss."Encik,pagi tadi saya telah pergi melawat disekitar asrama bujang, tandas dan juga dewan makan budak budak.Saya dapati keadaannya seperti tidak terurus dan berselerak,tandas kotor dan juga bilik makan tidak berseri.jadi saya mahu encik jalankan tugas supaya keadaannya jadi nampak ceria dan bersih,bolih?soal pegawai aku dengan mengarahkan aku supaya membuat tugas tersebut.Aku yang sedang mencatat sesuatu akan butir butir mesyuarat menjadi terkejut dan terkedu.Rasanya inilah pertama kali aku disumbu depan rakan rakan didalam bilik mesyuarat.Aku menjeling kepada rakan rakan tetapi seakan akan nampak dengan tidak muka mereka,ada yang tersenyum sinis dan ada yang tunduk sugul macam bersimpati. Belum pun sempat aku menjawab tiba tiba pegawai atasan aku menambah "Lepas ni masuk pejabat saya, faham",arah beliau."Baik tuan"jawab saya.

Setelah selesai mesyuarat dengan berbekalkan sekeping nota aku mengetuk pintu Boss lalu masuk dengan perasaan yang berdebar debar."Maaf tuan,ada apa hal lagi tuan".tanya saya tidak sabar sabar dan seakan merasa akan terkena belasah lagi."saya harap encik ambil tindakan terhadap apa yang cakapkan seperti didalam mesyuarat tadi,saya tidak mahu tahap disiplin anggota kita merosot,tempat menginap,tandas dan dewan makan adalah benda asas yang mesti dijaga sepanjang masa saya mahu keadaan mereka sentiasa kemas dan kebajikan mereka juga perlu dijaga,faham...Ohh ya,semasa saya melawat tadi encik pun turut ada sama,jadi mungkin encik sudah ambil maklum,betul? "ya betul tuan"jawab saya."saya mahu encik buat satu persatu,pertama garaj tempat parking motorsikal mereka tu biar ada, jangan diparking berselerak diberanda.Dinding bilik makan dilukis dengan apa apa pemandangan menarik,Papan papan tanda dibuat lain jangan jadi kabur dan pudar.Pokok bunga disekeling bangunan perlu dihidupkan,rak rak tempat simpan dokumen pejabat ini pun perlu dikemaskan. Tandas diorang tu pandai pandai encik lah cari jalan macam mana nak dibersihkan" Saya mencatatkan dengan laju apa yang diucapkan olih boss macam setiusahalah pulak. "Ok. kalau ada apa apa masaalah bolih jumpa saya selepas ini,sekarang encik bolih keluar.Selepas keluar dari bilik mesyurat dan bilik boss tadi sambil berjalan sambil terfikir mengenangkan balik,anak buah punya hal aku pula yang kena belasah...sedar sedar sampai kebilik kecik (pejabat saya lah) bersandar dikerusi berfikir lagi.Besar juga projek yang aku dapat ni? tapi...ini projek air liur macam cerita P.Ramli tu, "suruh pos surat tetapi setemnya guna pulus sendiri" mana bolih jadi? geram...grr...grrr..Fikir fikir punya fikir "aku mesti kena buat mesyuarat tergempar dengan anak anak buah juga ni" fikirku,lalu keesokan harinya saya kumpul semua anak buah yang ada.

"Ok selamat pagi semua"saya memulakan bicara mempengerusikan mesyuarat,"tujuan saya panggil anda semua ini dengan tujuan untuk memaklumkan sesuatu,untuk pengtahuan kamu semalam saya telah kena teruk didalam mesyuarat,boss (nama gelaran) kita tu telah tidak berpuas hati tahap mutu disiplin dan keadaan kebersihan kem termasuk pejabat dan juga disekitar asrama bujang termasuk dewan makan.Jadi banyak daripada tenguran itu diberi amaran kepada saya supaya mengambil tindakan seterusnya.Kawalan hal pengerusan disipin ini mesti sama sama kita pikul dan selesaikan,memendekkan cerita apa apa yang perlu dlakukan...olih yang demikian saya mahu tahu ada apa apa cadangan dan masaalah bolih kamu kemukakan jika perlu saya akan majukan kepada boss pula.Pasal saya terlebih dahulu kena marah olih boss ,apa nak buat, terpaksalah saya berlapang dada tanggung dan jawab kemudian....bersambung....

Terkini:  Apabila selesai perjumpaan dengan anak anak buah,aku segera pergi kePejabat Boss pula."selamat pagi tuan,susulan dari tugas yang tuan arahkan itu telah pun saya buat satu perbincangan dengan budak budak"saya memulakan cakap"ha...bagus,ada apa perkembanagan"tanya boss aku."macam ni tuan,dia orang mahukan supaya apa apa kos yang perlu digunakan diambil dari tabung kabajikan pasukan"saya memaklumkan kepada boss "ooo...begitu.ok nanti saya arahkan supaya pasukan membuat mesyuarat kebajikan terlebih dahulu,dalam mesyuarat itu nanti encik bolih maklumkan berapa bajet yang perlu  digunakan.Okey,ada lagi satu perkara....untuk makluman awal pasukan kita akan mengadakan satu pemeriksaan "Admin" tahunan dan kemungkinan Dato" Panglima akan datang melawat pula.Sekarang encik bolih buat kerja kamu itu dahulu".begitu episod pertama permulaan tugasan bermula.Dipendekkan cerita setelah berlangsungnya mesyuarat kebajikan didapati baki tunai yang ada didalam tabung tidaklah mencukupi untuk menampung kos projek,jadi dari mana perolihan pendapatan lain yang perlu dicari? Disaat kebuntuan itu saya terserempak dengan boos lalu secara spontan boss berkata "encik,saya mahu dibuat satu taklimat tentang persiapanan admin,beri saya satu tarikh segera,bila bolih?"Waduhh....aku tengah buntu ni boss pula tambah semakkan fikiran (runggut hatiku).

Didalam majlis taklimat- "encik macamana dengan tugasan yang saya berikan,apa ada perkembangan?. Dengan melakarkan diatas whitebord aku menyenaraikan apa yang telah dan dan apa belum dibuat."setakat ini persiapan telah pun berjalan dengan lancar tetapi masih ada sedikit lagi yang tergendala tuan,baja pokok bunga telah pun saya pergi masuk kampung kutip tahi lembu.Dinding bangunan dalam dewan makan telah pun dilukis dengan pemandangan ala ala malaysian.Tandas telah digantung dengan bunga bunga plastik untuk dikosmetikkan.Cumanya garaj itu tuan kosnya agak tinggi,jadi saya bercadang hendak pergi minta "sedekah"
"Haa...minta sedekah"bunyi suara boss macam terkejut."Macam ni tuan,saya akan pergi jumpa mana mana syarikat simen dan juga kilang kayu kalau kalau bolih minta tolong mereka sponsor,tuan".Papan papan tanda  dan juga rak rak pejabat sedang dalam proses pembinaan tuan.....saya mengatur bicara memaklumkan kepada boss.Macam cerita dalam wayang kulit maka berjalan jalanlah aku menjaja muka dari satu syarikat kesatu syarikat menagih simpati,alahamdulillah...mujurlah ada syarikat  yang bersimpati.

Beberapa bulan kemudian Satu mesyuarat bersama boss untuk kesekian kalinya telah berlangsung lagi."tujuan mesyuarat kali ini adalah untuk membuat satu post mortem berkenaan dengan lawatan olih Dato"Panglima didalam program pemeriksaan admin pasukan tempoh hari "pegawai atasan aku memulakan mukadimmah mesyuarat.Setelah semua perkara berbangkit dikemukan olih rakan rakan maka tibalah giliran aku."encik ada apa apa nak cakap"tanya beliau."kalau bolih saya nak minta pasukan supaya dibuat satu surat penghargaan kepada syrikat simen dan juga kilang kayu yang telah sudi memberi sumbangan itu tuan."itu sahaja kata saya.
"Okey selepas ini kita akan mengadakan satu perbarisan dan kalau bolih menjemput sekali mana mana pehak yang terlibat untuk memberi surat penghargaan"tambah boss aku.
Encik...selepas ini bolihlah tanam pokok cili pula banyak banyak dimana mana kawasan lapang sebab saya yang tinggal diMess pun didapati masakannya tidak cukup pedas".tambah pegawai aku.  Aduh... aku garu kepala...baru selesai satu tugasan diberi lagi tugas baru yang lain  pula... keh.. .keh...keh...


Tok ayah su-satu skrip drama lama ciptaan ku....

Isnin, 17 September 2012

Catatan Jelajah Hari MalaysiaRaya

Salam hormat!

Saya ada aktiviti sendiri dalam versi menyambut hari gabuangan MalaysiaRaya pada 16 Sept 2012 yang lalu.Pada mula catatan biarlah saya memaparkan sedikit sejarah rengkas yang saya petik dari kata kata ustaz Nazir ketika saya singgah bersolat subuh diMasjid Taman Cheras Jaya fasa2.Menurut topik ceramah beliau yang berbentuk umum menerangkan sejarah kedatangan penjajah berbangsa Eropah dikepulaun rumpun Melayu seperti Indonesia mahupun Malaysia sendiri.Pada asasnya kedatangan mereka hanya mahu mendapatkan barangan hasilan tempah ratus untuk dibawa kenegara asal mereka bagi kegunaan memanaskan badan dimusim sejuk namun disebaliknya mereka juga turut menyebarkan ajaran Kristian Protestan yang anggapan mereka pada masa itu pehak gereja telah mengawal kehidupan mereka.Walaupun begitu dimasa yang sama sedikit demi sedikit mereka juga telah menjajah minda khususnya penduduk dikepulauan ini dan menyekat perkembangan agama islam. Untuk tidak menampakan begitu ketara akan kejahatan mereka lalu dibenarkan umat islam (Malaysia) mengerjakan amalan agama seperti solat,naik haji,nikah khawin dan sebagainya.Akan tetapi bila sampai keperingkat untuk melaksanakan hukum hakam islam khususnya hudud lalu mereka telah mengubal undang undang rekaan mereka sendiri yang dideligasikan olih Suruhajaya LordRed dan diFasakan serta digezetkan beberapa perkara didalam Perlembagaan Negara yang dengan jelas telah menyekat agar tidak ada undang undang lain yang bolih mengatasi peraturan ciptaan mereka tersebut.Jesteru itu menurut ustaz itu lagi "jika pengubalan undang undang islam dari awal awal lagi telah disekat jadi bagaimana peraturan Allah akan dilaksanakan dinegara kita,ibarat kata jika lesen untuk membawa bas tidak diberi macamana hendak memandu secara sah sebaliknya jika lesen digantung disebabkan olih kekerapan kemalangan olih syarikat bas tersebut maka adalah munasabah ianya untuk disekat".begitulah kronologi kata kata ustaz tersebut,maknanya disini yang menjadi petualang besar kepada pelaksanaan hukum Hudud adalah peninggalan undang undang penjajah yang masih kita guna pakai sampai sekarang,jadi Merdekakah kita? soal belau.

Didalam siri penjelajahan ini saya sempat menghadiri satu majlis rumah terbuka Aidil fitri anjuran satu komuditi penduduk rumah Pangsa Pahlawan diTaman Tun Perak fasa1.Pada mulanya saya terasa pelik dan agak keliru apabila terlihat kelibat seorang berbangsa sikh mundar mandir melayan tetamu serta memastikan tetamu berolih hidangan dan dapat makan.Lalu saya bertanya kepada salah seorang abang penganjur majlis "ini majlis apa ni bang? kemudian dijawab secara berlawak "majlis menyambut hari jadi tok sikh" ha...ha...ha...dia gelak."tapi jangan risau semua makanan halal sebab orang islam yang sediakan makanan, tok sikh itu hanya tolong membantu,dah menjadi kebiasaan dia tu memang rengan tulang untuk menolong malah jika perlukan keawangan pun dia bolih hulur juga".Jelas abang itu."ooo...oooo...hebat,inikah yang dikatakan MalaysiaRaya?"saya tertanya sendiri.Makanan rendam ayamnya sodap juga....terima kasihlahhh....
Cerita punya cerita,apahal pulak saya bolih sampai kesini?alkisahnya begini, Jelajah punya jelajah kenderaan saya telah buat hallah pulak,maklumlah kuda tua,bagi memastikan keselamatan perjalanan kesini pun telah banyak duit poket telah terbang membuat servis itu ini tukar barang itu dan ini tetapi masih berbunyi... tih...tihhh...tih....nak pitih ! (pitih tu maksudnya duitlah-cakap orang kelate) Termenung sejenak dari dalam bilik tandas sehingga kebilik tidur,pening kepala berfikir dimana nak cekau nak bagi duit untuk Kenderaan antik aku yang sedang lapar  berbunyi itu? akhirnya teringat akan satu bengkel kereta yang dengar khabarnya baru dibuka olih seorang anak melayu bumiputra campuran Ganu-kelate yang berada diDaerah Kajang/Cheras .Untuk mengtahui cerita selanjutnya kenalah ikuti akan sambungannya selepas ini.... 
Terkini: rasa tak sedap hati juga jika saya melambat lambatkan untuk menyambung cerita siri penjelajahan ini kerana setiap kali saya buka blog didapati jumlah pengunjungnya ada meningkat jadi saya anggap mereka suka baca dan mahu tahu kesah selanjutnya. Ketika sedang menunggu nunggu kenderaan siap dibaiki saya sempat bertanya sepatah dua dengan pemilik bengkel.Bagaimana asalnya timbul idea mahu membuka bengkel kereta sedangkan jika diteliti kebanyakkan orang dari pantai timur khususnya dari Terengganu mahupun Kelantan kebanyakkannya mereka hanya lebih gemar untuk membuka perniagaan kedai makan tetapi tidak pada saudara? jawabnya "sebenarnya sudah banyak jenis pekerjaan sendiri yang dibuat disekitar kuala lumpur dan lembah Klang malah pernah pun juga membuka kedai makan, tetapi terpaksa ditutup atas sebab sebab tertentu.Olih itu sementara itu beliau mahu menukar selera lain pula beralih mencari ilmu secara formal dan tidak formal dengan menghadiri kursus kursus jangka pendek membaiki kenderaan Sebelum membuka kedai sendiri terlebih dahului beliau bekerja disebuah bengkel milik orang lain.Dari pengalaman itulah belaiu memberanikan diri mahu mengusahakan sendiri lalu tertubuhlah bengkel ini.Saya menulis ini adalah sebagai testimoni yang telah mendapat khidmat beliau.


Rupanya alat ganti kenderaan ada banyak ketegeri,ada hok molek dan ada hak biasa, kalau mahu hak molek harganya agak tinggi sikitlah dan kalau hak biasa tu harganya lebih rendah. Soal kualiti barang tu terpulang kepada kelasakkan kita mengunakannya.Kalau dah terlampau lasak barang molek sekalipun bolih cepat rosak inikan pula alatganti biasa,katanya.Olih yang demikian setakat hari ini saya rasa berpuasa hatilah dengan servis yang diberikan.jadi bagaimana dengan anda? jika mahu tahu bolihlah datang membaikai kenderaan anda disini,dimana? alamatnya Jalan Tun Perak6,Taman Tun Perak, Cheras, Kajang.Selangor.Ehem...ehem....cuma buat masa ini didapati kelihatannya seperti kekurangan tenaga kerja mahir sebagai pembantu jadi terpaksalah beliau bekerja keras secara sendiri dan lebih masa, harap harap perniagaan bengkel ini akan lebih maju dan berkekalan.

Selain dari itu beralih pula kehari lain memandangkan alang alang sudah berada disini  makanya saya mengambil kesempatan masa menziarahi anak yang telah melahirkan cucu saya yang kedua,pada jangkaan dan kehendak ibunya pada mula mahu bersalin sahaja diTerengganu diawal bulan Syawal dahulu malah pernah beberapa hari masuk Hospital Kuala Terengganu tetapi tak juga jadi bersalin lalu olih sebab kekangan masa kerja lalu kembali semula keKuala Lumpur and than 10 September jam 10 maka lahirlah seorang cucu yang saya bagi nama timang timangan sebagai Syawani yang bermaksud "Rahmat Syawal". Secara kebetulan pula bagaikan dirancang rancang angka 10hb bersamaan dengan tarikh lahir abang sulungnya.,dapat adik Perempuan jadilah sepasang....Tok Abah (panggilan cucu kepada saya) mahu berdoa bila besar kelak jadilah seorang yang berguna buat agama bangsa,negara dan juga pada keluarga.Amim....

Tok ayah su-Mengucapkan Selamat Hari MalaysiaRaya...

Sabtu, 8 September 2012

Mencari keiklasan...


salam hormat!
Dimanakah keiklasannya jika setiap projek yang dibuat olih UBN tidak langsung mengambil kira soal mahu mendidik pasal kerohanian? bagaiamana soal aklak khususnya bagi murid murid sekolah kebangsaan sama ada rendah ataupun disekolah menengah jika suraunya pun tidak ada? jika ada pun hanya sekadar tempel tempelan sahaja iaitu dimana mana kelas yang tidak digunakan akan dijadikan surau.Ini terbukti apabila dekat dekat murid hendak mengambil peperiksaan pada masa ini pehak sekolah akan sibuk mengadakan program solat hajat,jadi jika kehadiran ibubapa melibatkan jumlah yang besar sudah tentu surau tempelan itu tidak akan muat ,untuk mengatasi masaalah sebegini pehak sekolah terpaksa mengambil anisiatif mengadakan solat hajat dipadang atau dikawasan tanah lapang. Nasib baik tidak hujan tetapi bagaimana jika cuaca buruk secara tiba tiba ketika sedang sembahyang? Inilah bezanya sistem pendidikan spara sekular dengan sistem pendidikan aliran agama. Jika disekolah agama pasti akan dibina serentak pasarana surau dengan premis sekolah.Apakah keperluan surau tidak direka cipta olih arkitek atau memang sengaja tidak ada didalam "costing"?. 

Dasar pendidikan ini jika diteliti teramat jauh bagaikan langit dengan bumi bezanya dengan pendidikan yang dibawa olih Parti Pas khususnya.Cuba perhatikan sendiri jika tidak percaya,manakala modiul selibusnya juga tidak menyamai sama sekali.Olih yang demikian jika ada pehak mahu mengajak supaya pas bersatu dengan umno perkara pertama yang perlu diubah ialah sistem pendidikan diperingkat asas ini dulu,jika tidak akan sampai bila bila pun pasti berlaku percanggahan pendapat sehingga dijadikan modal politik.
Bersambung....

Sambungan terkini:

"kalau aku mati jika ada duit khairat tu tak payahlah kau serah ke "dia' ,begitulah bunyi wasiat terakhir yang keluar dari mulut arwah siDatok."Kau gunalah untuk buat apa apa majlis (tahlil) terus dimasjid"sambung beliau."Doh wat pe (sebab apa) sampai gitu sekali? tanya saya nak tahu."Ouuk aloh la panjang cerita kalu nok royat gak,lepas Mok Yam mu meninggal segala makan minum aku lo ni pun dok terurus,terpaksa make dikedai sokmo"sambung siDatok."Dok kei pok nik ado cucu duduk dekat rumah sekali, takkan lah dok leh tumpang dia?tanya saya."Huuhh....(keluhnya dengan nada bagaikan satu sesalan dan bunyi seperti tidak berpuashati) dijawabnya rengkas tetapi bagaikan semacam ada sesuatu yang mahu disembunyikan. Rupa rupanya saya difahamkan olih orang lain bahawasanya cucu belaannya itu tidak pernah menghulurkan apa apa pun.Begitulah secebis kesah masyarakat yang pernah saya saksikan.Seorang datok yang bertukus lumus berkebun untuk membesarkan seorang cucu perempuan  yang dipeliharanya sejak kecil.Sebelum itu tinggal serumah 3 beranak bersama arwah isterinya.Akan tetapi sejak isterinya terlebih dahulu meninggal dunia lalu menjadikan kehidupannya kian sukar, bukan sukar dari segi keawangan tetapi sukar kerana dek usia tuanya yang tidak mengizinkan dari segi kesihatan waima untuk menguruskan diri serta makan minum sendiri.
Kesah ini tidak habis begitu, sebaliknya terdengar runggutan dari waris terdekat (anak) kepada arwah mengatakan "harta nok tetapi Tok tidak dipeduli..."inilah bahananya jika harta diserahkan awal (semasa hidup),seperti kata pepatah "habis manis sepah dibuang". Yang sadisnya sidatok ini bagaikan terbuang dan membawa diri seperti gayanya merajuk pergi jauh dari pandangan cucunya itu untuk hidup menumpang dirumah anoknya yang lain bagi menghabiskan sisa sisa usia tuanya.Entah bagaimana segala hartanah termasuk kebun sawit milik asal datok ini telah pun bertukar tangan menjadi milik cucu tersebut.Manakala anok yang memelihara disaat akhir hayatnya tidak mendapat apa apa,patutkah begitu? atau dimanakah keiklasan yang sepatutnya dibuat dalam kesah ini.
 Bila berbicara pasal iklas ini rasanya saya bolih tulis panjang berjela jela tetapi biarlah saya tangguh dahulu dan akan disambung lagi.... kemudian, insaallah.
 Terkini:
Disuatu pagi ketika saya berada dipasar  terdengarlah olih saya suara seorang penjual A telah ketawa sakan "ha... ha.... ha.... ha.... gelihati hati aku ni' katanya,lalu ditanya olih kawannya sipeniaga B "waa...doh guane aku nampok mu senang hati sunggoh? dijawabnya peniaga A"aku senang hati sebab dapat menipu dia (pelangan) aku telah dapat "main harga",bolihlah untung lebih sikit". Peniaga B berkata dengan dada yang agak kesal semacam tidak bersetuju dengan cara peniaga A itu lakukan "isk....isk...ish....mu ni dok habis habis dok wat naye ko orang (mengeluh).

Saya yang baru pertama kali  terdengar perihal sebegini secara tidak disedari olih sipeniaga A telah bertanya dengan sipeniaga B "Main Harga guane pulok?tolong royat getek"tanya sayaJawab sipeniaga B "itu sebabnya saya dok pernah ajok anak remaja saya datang tolong saya berniaga dipasar ni,takut dia terikut ikut perangai sesetengah peniaga yang suka menipu,harga yang sepatutnya dijual lebih murah tetapi dijual dengan harga yang lebih tinggi dari sepatutnya,itulah maksusdnya "main harga",jelas sipeniaga B,"dah la menipu tu tak baik ,diheboh hebohkan dan dibangga banggakan pulak perbuatan jahat dia,sebab takut kalau anok saya yang masih muda (dialam persekolahan lagi) tahu dan terikut buat kerja begini jadi lebih baik saya dok ajok dia tolong berniaga,biar saya susah sorang pun tak apa" Begitulah jelasnya peniaga B ini yang agak jujur sedikit berbanding dengan si peniaga A dalam urusan berjual beli (berniaga)." oooo... begitu rupanya,tapi mujurlah dok semua buat perangai gitu"kata saya"tapi payoh nok cari peniaga jujur macam demo ni"saya memuji beliau (peniaga B) dengan iklas namun dimanakah keiklasan yang ada dijiwa sipeniaga A serta orang orang lain yang sewaktu perangai dengannya?

Sementara itu dalam perkembangan lain seorang sahabat telah terpengaruh untuk menyertai satu skim perniagaan MLM yang pada mula dianggapnya baik disebabkan orang yang mempromosikan perniagaan tersebut bukannya calang calang orang malah terkenal dengan kebijaksanaan mengatur bicara dalam setiap siri siri memotivasikan orang ramai,jesteru itu kerana yakin dengan sitokoh ini lalu sahabat saya ini terus menyertai skim perniagaan tersebut untuk mencuba nasib. Pada hari hari seterusnya beliau hadir kekelas dan juga seminar untuk memahirkan dirinya sambil sambil itu dibawanya sekali kenalan kenalan dengan tujuan untuk mempengaruhi kenalannya agar turut sama menyertai peniagaan ini. Apa yang berlaku?

Kenalannya yang dibawa itu turut serta mendaftar sebagai ahli baru namun begitu difahamkan kenalannya ini yang sepatutnya menjadi "downline" kepadanya akan tetapi yang berlaku tidak begitu, kesemua orang yang baru masuk sebagai ahli dilonggokkan masuk hanya dibawah "kepala" orang menganjurkan seminar,jadi sahabat saya tadi "kosong downline"tetap seorang diri terkonteng konteng, olih yang demikian kiraan bonus dan lain lain faedah tidak layak diperolehi, menyedari keadaan ini akhirnya beliau merasakan bagai tertipu lalu mengabaikan diri dengan tidak mahu lagi aktif. Persoalannya dimanakah keiklasannya perniagaan sebegini....






tok ayah su- alhamdulillah dan harapan semoga berjaya buat adik adik dan anak yang baru selesai menjalani ujian peperiksaan UPSR...

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan