arkib

Jumaat, 21 Mei 2010

Aktiviti kemasyarakatan NGO> PBTM (tambahan)

salam hormat !

saya telah banyak menulis didalam blog sejak beberapa tahun lalu ,alhamdulillah bolih dikatakan sebahagian daripada pelapuran saya telah pun diambil tindakkan secara senyap olih pehak pehak yang berwajib,antaranya masaaallah ketidak selesaan para khariah masjid dikg Tok Randok dengan keadaan masjid yang separuh uzur dan sering bocor berserta atapnya yang pecah disana sini,selepas selang beberapa ketika selepas pelapuran tersebut saya dapati masjid ini telah dibuat pembaikkan dengan mengubahsuai keadaan tandasnya,menukar karpetnya yang telah lusuh lagi berbau hapak sebelum itu serta memozetkan sebahagian pelantaiannya.

Begitulah juga dengan lapuran blog ini dengan permasaallahan satu keluarga yang tinggal dikg Tok Gebok (kampung asal saya ketika dalam kandungan ibu dan ayahda saya juga menghembuskan nafas terakhirnya dikampung ini),masaallah yang saya keutarakan ialah tentang ketidak adanya kemudahan asas jalan raya untuk masuk kerumah keluarga ini kerana terpaksa merandok air becak dan berlumpur untuk sampai,lebih malang lagi tatkala masa untuk mengada majlis majlis kenduri kendara dan sebagainya, amat menyukarkan pengunjung atau jemputan untuk hadir apatah lagi kepada warga tua..Alhamdulillah keadaan hari ini telah berubah, satu jalan telah dibina walupun belum berturap (akan datang saya akan dapatkan imej emej bergambar) .Begitulah juga dengan lapuran saya berkenaan para belia kampung ini yang ketiadaan padang permainan untuk bermain bola dan sebagainya.Hari ini padang tersebut telah pun dibina walaupun kelihatannya hanya separuh siap,tetapi malangnya wang saguhati untuk pampasan pengambillan tanah umarah rakyat tidak diberi.....

Tujuan saya memaparkan pelapuran tersebut bukanlah berniat untuk memburuk burukkan atau memberi malu kepada mana mana pehak tetapi sebaliknya sebagai untuk memberi kesedaran bahawa mereka yang sepatutnya melakukan perkara perkara tersebut telah terlepas pandang. Dengan tersiarnya paparan lapuran diblog ini sedikit sebanyak telah membantu mereka untuk mengetahui keadaan sebenar dengan lebih jelas sekaligus memberi kebaikkan kepada orang ramai secara umumnya.

Begitu jugalah dengan apa yang pernah saya sentuh dalam tulisan artikel sebelum ini berkenaan dengan intipati dan egenda mesyuarat PBTM,saya tidak menyentuh soal negara,saya tidak menyentuh soal negeri dan saya juga tidak menyentuh soal soal cawangan cawangan lain,tetapi apa yang saya keutarakan ialah soal permasaallahan cawangan PBTM cawangan Hulu Terengganu semata mata,ini kerana saya melihat sepanjang saya berada dalam cawangan selama lebih 2 penggal maka saya dapati apa yang diperjuangkan olih ahli ahlinya tidaklah begitu mendapat perhatian dari mana mana pehak,sebagai contoh untuk mendapatkan sebidang tanah pertanian pun telah memakan masa hampir 25 tahun diperkatakan,maka kerana itu jugalah sebab berbangkitnya soal pemberian tanah dan penempatan kepada bekas pasukan komunis tetapi tidak pula diberi kepada bekas tentera,cuma ada sebilangan bekas tentera disini agak bernasib baik kerana mempunyai tanah tapak rumah hasil peninggalan pusaka dari orang tua mereka, jika tidak agaknya terpaksalah mendirikan khemah sementara dibawah bawah jambatan dimana mana sungailah jawabnya,kononya dengan adanya tanah tapak rumah inilah menyebabakan sistem berkumputer melihat indidvidu seseorang bekas tentara itu telah mempuyai tanah sendiri walhal jika hendak diukur dengan nisbah keluasannya tidaklah ada ruang untuk dibuat tanah pertanian,jadi bagaimanakah kami hendak memajukan diri?olih sebab itu dalam setiap kali bermesyuarat perkara ini telah dibangkitkan sebagai meneruskan perjuangan dari generasi pemimpin yang sebelum ini sudah pun tidak ada lagi bersama kami kerana sudah kembali kerahmatullah,alfatihahah....

Selain daripada itu saya berkerjaya sendiri sebagai seorang peniaga maka sering juga didatangi para pelangan yang mengatakan mereka juga bekas tentera tetapi tidak dapat dibuktikan kerana dokumen telah musnah didalam satu bencana banjir,jadi bagaimanakah untuk persatuan menarik mereka ini menyertai persatuan?

Tok ayah su-juga hilang dukumen akuan tamat perkhidmatan tentera dalam satu kejadian kecurian pecah masuk rumah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan