selain memberi menafaat kepada diri sendiri (maksu) tidak dilupakan hasil keuntungan jualan disumbangkan kepada masyarakat dan juga pertubuhan pertubuhan antaranya persatuan suara peg.kem.kesihatan,persatuan orang kurang upaya,pra sekolah pendidikan islam dalam dan luar negara serta badan badan kebajikan lain, jika hendak disebut satu persatu memang tak tertulis dan ada yang diberikan sijil penghargaan balik dan ada yang tidak ada.(imej diatas adalah sebahagian sijil sijil yang sempat dikepilkan).Selain itu penajaan untuk perlawanan bola sepak pasukan pemuda juga tidak dilupakan.Bukan berniat hendak bermegah megah dengan sumbangan tersebut akan tetapi sekadar hendak menyatakan bahawa rezeki yang dilimpahi sedikit sebanyak dapat juga dirasai dan dikongsi bersama orang orang lain.Maknanya taukey tidaklah kedekut sangat jika ada kemampuan atau pun kalau bolih berniat sebagai mengeluarkan zakat macam mana pulak kaedahnya ya?
Selain dari itu dengan wujudnya warung ini juga telah pun bolih membuka peluang pekerjaan kepada beberapa orang lain serta melatih anak anak muda membuat beberapa jenis masakan termasuklah bikin roti canai.Tentang kebajikan usahlah dipertikaikan termasuk soal bayaran gaji tidaklah mis,cukup masa bayar tetap bayar, disampaig itu makan minum pekerja diberi percuma malah ada yang sempat dibawa bungkus membawa balik kerumah (jika berlebihan masakan).malah pernah pada suatu ketika maksu mahu mencarum termasuk perlindungan insurant tetapi ditolak olih pekerja dengan alasan kalau terjadi sesuatu dikemudian yang akan senang orang lain bukannya dia,katanya,waduh....macam ini punya minda pun ada,macam macam hal kerenah pekerja ini kalau nak diceritakan kesemua rasanya bolih mengaibkan pula.
bersambung lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan