arkib

Memaparkan catatan dengan label Diambang Awal Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diambang Awal Ramadhan. Papar semua catatan

Ahad, 29 Jun 2014

Kembali membina kasih...

Salam hormat!
Sisipan akhbar SH-Takziah dan alfatihah
Terdapat diantara saing sahabat dan juga pimpinan kita pada tahun lepas masih lagi dapat bersama sama disetiap bulan Ramadhan  namun pada tahun ini kelibat mereka sudah tidak kelihatan lagi, ada yang pergi menemui illahi meninggalkan kita buat selama lamanya.
Saya bukannya apa....kalaulah pemergian mereka itu disebab sakit tua atau sudah lama dalam keuzuran tidaklah sangat mengejutkan, akan tetapi apabila pemergiannya secara mengejut disebabkan kemalangan jalanraya makanya sedikit sebanyak bolih menghibakan perasaan.Itulah sebabnya saya sering berkata sekarang ini tatkala berada dijalanraya seumpamam seperti berada dimedan perang.Apa tidaknya mereka yang dijolokkan dengan geraran HERO jalanraya pun tidak terlepas dari turut terlibat alami kemalangan juga.Baru sahaja selepas beberapa hari kemalangan melibatkan Dato" Abu Bakar Chik tiba tiba pada hari Jumaat kelmarin dulu seorang anggota dari pasukan yang menjalankan tugas rondaan dilebuhraya pun turut maut kemalangan sama.Ini sudah pasti statistik kematian melibatkan kemalangan jalanraya paling kedua tertinggi berbanding dengan kematian disebabkan sakit yang biasa biasa.Ini sudah tentu membimbangkan kita semua.

Kerana itulah juga saya pernah mencadangkan supaya intitiusi masjid turut sama memainkan peranan mendidik masyarakat supaya berhati hati dijalanraya,tek khutbah Jumaat juga mesti turut sama mengingatkan orang ramai demi untuk mematuhi slogan "pandu cermat jiwa selamat".Langkah saman menyaman cara ambil gambar pesalah jalanraya termasuk saman melebihi had laju tidak semestinya bolih menurunkan kadar kemalangan.Olih itu bagi mengelak bahaya pemanduan yang tidak berhemah perlu diingatkan setiap masa bukan sahaja melalui kempen dimedia massa malah kena turut sama diwar warkan dimasjid masjid.Mungkin ada sesetengah daripada kita (orang islam) tidak tahu pun akan adanya ayat ayat doa untuk memandu samada kenderaan darat.laut dan juga udara.

Bila menyentuh intiusi masjid ini saya ingin mengallih sedikit perhatian kepada peristiwa semasa yang berlaku dikampung saya.Seperti biasa dimana mana masjid pun turut sama akan mengada beberapa program sempena menyambut bulan ramadhan almubarak. Satu mesyuarat dikalangan pegawai masjid telah diadakan, beberapa pengumuman telah dibuat dimana terdapat beberapa orang penceramah undangan termasuk lawatan olih pesuruhjaya dari Jabatan Agama juga akan bertandang.Majlis jamuan berbuaka puasa perdana dikalangan ahli qariah juga dijangka akan diadakan mengikut tarikh tarikh yang akan ditetapkan kemudian nanti.Cumanya yang agak terkilan sedikit apabila sejak kampung ini mempunyai dua masjid maka masjid lama seolah olah dipinggirkan,difahamkan sudah dua tahun masjid lama telah tidak mendapat peruntukan terutama untuk buat majlis moreh dan juga majlis berbuka puasa.

Pada beberapa malam lalu sebelum melelapkan mata saya mendengar celoteh dari penceramah dari corong radio IKIM,yang menarik perhatian saya ialah katanya bulan ramadhan seumpama kekasih,bagaimana
sisipan akhbar SH
rindunya kita kepada kekasih maka diharapkan betapa rindunya juga kita untuk bertemu dengan Ramadhan. Jadikan Ramadhan yakni kekasih kita sebagai tetamu istimewa yang mesti dilayani sepenuh hati.Kini semasa tulisan ini ditulis kekasih kita telah pun tiba.Jadi jagalah hati kekasih kita itu supaya ianya tidak akan kecewa dengan sikap kita yang tidak sepatutnya.Sikap yang bagaimana? difahamkan kecurian motorsikal dan juga pecah kereta semasa jamaah bersolat juga turut berlaku, dan kedai makan juga ada yg masih menyediakan kemudahan nyayian berKaroke, itulah sikap yang tidak sepatutunya... subhanaallah....WALHUAKLAM
Tok ayah su-Ucap takziah kpd keluarga terlibat dan salam Ramalan Al:Mubarak.... 

Jumaat, 20 Julai 2012

Ada ada saja ....

 salam hormat!
 Saya ada sesuatu yang hendak ditulis dan diulas,ada pun keratan akbar disebelah tiada kaitan dengannya cuma ia sekadar berita hiasan semata mata, namun kata orang apabila sudah masuk bulan ramadhan ini kita kenalah juga hormati bulan yang dimuliakan ini.agar tidak membicarakan perkara perkara yang melarakan serta bolih membawa fitnah,akan tetapi jika tidak diluahkan kelak akan bersarang diminda dan dibimbangi akan menjadi barah masyarakat pulak.
Olih yang demikian bagi mencari kebenaran dan ketelusan dalam pada saya melapurkan sesuatu perkara maka saya rasa adalah terlebih baik saya meneruskan sahaja artikel ini,akan tetapi bukan sekarang, tunggulah dulu kerana saya akan menyambungkannya kemudian....
Tungguuuu duluuu....

Sambungan: 

Bermula diawal ramadhan minggu pertama lagi telah tercoretnya tulisan ini dan kini sambungan bermula, ini  maknanya tidak lagi ada yang tertunggu tunggu dan tertanya tanya apakah sebenarnya yang hendak saya sampaikan. Sehingga kehari ini telah masuk kehari 19 ramadhan artikel ini telah tergantung tidak bersambung sambung,sebagai menghormati dan menghargai sokongan pembaca yang sering memziarahi blog ini jadi dengan rendah hati serta mengagahkan diri meski pun badan penuh kepenatan kerana setiap hari terpaksa menolong isteri berniaga dibazar ramadhan namun biarlah diriku berkorban sedikit masa rehat sebagai memenuhi kehendak pembaca yang tidak jemu jemu datang menjengok mudah mudahan dengan ini ianya tidak lagi menjadi teka teki.

Opp....penting sangatkah mesej yang akan saya sampaikan nanti,pada pendapat saya jika nak dikatakan  tidak penting tidak boleh, nak dikatakan penting pun tidak boleh sebabnya jika tidak dihebahkan kelak dibimbangi seperti menyapu sampah dibawah karpet,semuanya nampak bersih akan tetapi hakikatnya retorik semata mata,kekotoran tetap ada tersembunyi.Namun apabila dihebahkan kelak pasti akan ada pula yang terguris hati.Apa pun sejarah tidak bolih diubah sewenang wenangnya.Jesteru itu apa yang akan saya tulis ada kaitannya dengan sejarah  lalu.Menurut yang membawa cerita mengatakan beberapa lot rumah akan didirikan ditapak yang bersempadan dengan tanah perkuburan islam penduduk kampung Tok Randok. Projek perumahan ini akan diuruskan dibawah kepentingan seorang Ustaz yang juga memegang beberapa jawatan didalam parti politik.Walau bagaimananpun seperti dikatakan sejarah asal tanah ini berstatus layout untuk rezab kubur,betulkah begitu? saya tidak pasti tetapi tidak juga main serkap jarang,jika difikirkan  apabila dilihat kedudukkan yang begitu hampir dan bersempanan dengan tanah kubur sekarang ada logiknya tanah tersebut bolih dijadi rezab tanah perkuburan,setidak tidaknya bolih disimpan untuk jangka masa panjang bagi kegunaan generasi 50 ke 100 tahun akan datang,ini memandangkan tanah perkuburan sekarang yang hanya seluas 2 ekar pasti akan penuh dengan penghuni untuk tempoh jangka masa tersebut,jika sudah sampai masa itu tanah kuburan ini sudah penuh maka kemanakah lagi hendak disemadikan jasad jasad mereka,adakah diangkasaraya? saya katakan ini bukan untuk generasi sekarang tetapi buat generasi cucu cicit kita nanti,itu saja,jadi sekali sekala biarlah kita berfikiran jauh kehadapan,mudah mudahan generasi akan datang kelak tidak akan mengutuk kepada generasi hari ini kerana tidak ada yang perihatin akan nasib mereka,jadi fikir fikirkan....

Sementara itu kita beralih pula kepada kesah kedua,ini cerita tentang ketulusan,setiap kali ada mesyuarat pasti akan "ada ada saja" egenda untuk memohon sumbangan dana.Pelbagai hasrat dan tujuan dijadikan alasan untuk memungut derma,antaranya penambaikan bagi kecerian masjid termasuk membaiki bumbung yang bocor,sebenarnya tidaklah mahu saya pertikaikan niat baik tujuan tujuan kutipan derma itu,tetapi persoalannya apabila dana telah terkumpul tidak pula mahu dihebahkan malah pemilihan tukang untuk kontrek membaiki tidak juga dibawa kedalam mesyuarat terlebih dahulu,sedangkan dimasa nak mohon sumbangan dulu dimesyuaratkan,jadi dimanakah ketulusannya?begitulah keluhnya salah seorang ahli korum organisasi parti dimana bunyinya seakan akan nampak tidak ada persefahaman dengan ketua organisasinya atau sekadar mahu mengkritik saja,tidaklah saya ketahui.

Beralih kepada perkara ketiga pula ialah seperti yang dikata diawal ayat saya diatas yang mana didapati terdapat wabak yang boleh membawa barah didalam keharmonian masyarakat kampung. Bermula sahaja bulan ramadhan akan ada ada saja penyakit olih mereka mereka yang tidak berpuasa. Persekiran kampung yang dulunya bersih kini bersepah dengan bekas bekas makanan dan sisa sisa yang ditinggalkan.Namun saya dapat mengagak ini bukan kerja olih orang dewasa sebaliknya dilakukan olih anak anak muda.Ketika saya menemankan isteri untuk mencari pucuk pucuk midin dan ulam ulaman dipinggir jalan kecil kampung yang akan agak sunyi dari pandangan orang ramai,disinilah lokasi tempat mereka melepak untuk makan minum disiang hari.Persoalannya dari manakah mereka ini berolih bekalan makanan? Apakah terdapat premis makanan yang menjual makanan mengikut pintu belakang disekitar sini? apa pun saya bersedia menunjukkan tempat yang menjadi lokasi mereka yang tidak puasa ini lepak lepak tersebut,itu pun seandainya ada sesiapa yang mahu mengambil berat tentang dan peduli.
sekianlah sahaja lapuran lapuran rengkas dari saya.....ketemu lagi dilain artikel.

tok ayah su-mahu persekitaran sehat buat anak anak....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan