
Semangat berkobar kobar untuk pergi berjuang................Naik "Superman"!He...he...he...

Bila fikir balik,tak jadi, kena pakai kenderaan darat,buat "maintainance" dulu apa yang patut !

Termasuk tukar minyak hitam,nak tambah "Power"lah katakan........

Akhirnya terpaksa batalkan "perjuangan" kerana ada yang lebih "aula",dapat panggilan kecemasaan!

Setelah melalui jalan yang berliku dan berlopak ala "camel tropi"...........

akhirnya sampailah kekampung yang dituju "seberang baruh" @ Chengal Batu

Dengan mengunakan Kenderaan @ ambulan sendiri,membawa membawa pesakit kehospital

Inilah hospital yang dimaksudkan..........

Berlaku sedikit kekalutan kerana tersalah diberi arahan olih pegawai dikaunter kecemasan.....

Diarahkan pergi mendaftar diUnit pesakit luar,tapi peg. pendaftar disini mengarahkan pula supaya keUnit Kecemasan,waduh.....pening sekejap !mana satu yang betul ni?

Akhirnya diterima masuk untuk "Checking" sementara diWad Kecemasan.........

Setelah itu dipindahkan keWad biasa........

Para misi pelatih bertukus lumus membuat pemeriksaan.........

Termasuk Ketua Jururawat yang bernama "Ku Yah" yang juga merupakan seorang jiran sekampung !

Semasa mundar mandir diluar wad,tiba tiba terpandang "memo" ini.........

Perkara 6 menyebut berilah buat tangan.......Olih itu sempat juga pergi keluar berbelanja disalah sebuah pasar raya dibandar P.P,alang alang tu beli baju dan pakaian sekolah untuk anak anak...baru nak beli ke?

Perkara 5 menyebut "berdoa supaya cepat sembuh",alhamdulillah dihospital pun ada surau !

Sempat juga bermalam.....tapi yang menyedihkan keselamatan harta benda masih tidak terjamin selamat,motorsikal terpaksa dibawa masuk kedalam kawasan dapur rumah..waduh !

Tiba tiba sebelah malamnya hujan begitu lebat menyebabkan hari ini (3.1.2009) seluruh bandar P.P di tengelamai air banjir.........

Sebahagian daripada rumah penduduk ditengelami air........

Semasa makan disebuah restoran,taukenya memberi tahu air paip sudah tiada sejak setahun yang lalu,lalu setelah berdoa akhirnya turun hujan sehingga banjir,polis dan bomba juga terpaksa mengawasi keadaan......fikir fikirkan !!
Poksu-Olih kerana poksu sering sebut pasal "seberang baruh" akhir seorang ADUN yang berasal dari kampung ini yang dapat naik untuk dicalonkan ke P.36,Alhamdulillah, masin juga mulutku !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan