
Semalam setelah lepas habis tempoh berkempen diprk kira kira jam pukul 12 malam lebih,saya terfikir fikir sendiri siapakah calon yang akan dipilih olih pengundi didalam kawasan Parlimen tersebut,disebelah siangnya selepas solat jumaat diMasjid dikampung kami maka para ahli qariahnya pula turut sama beramai ramai menunaikan solat hajat untuk diberi kemenangan kepada seluruh umat islam khususnya kepada penduduk diPalestin yang kini begitu parah ditimpa krisis peperangan dan kezaliman daripada Zionis Israel laknatullah.
Disebelah siangnya (paginya) bertalu talu handfone berdering,kebanyakannya daripada sahabat sahabat lama tentera dulu yang berada diluar Negeri Terengganu ingin bertanya akan hal perkembangan terkini apa sebenarnya kecenderungan pengundi pengundi Di KT.Nampak gayanya sahabat saya ini ingin juga ambil tahu sebagaimana diri saya sendiri ...... saya cuma bolih bagi jawapan pilihanraya kali ini seumpama perang diantara "duit dengan rakyat"! Lalu sahabat saya berkata "siapa siapa bagi kita ambillah,sebab rezeki jangan ditolak bala jangan dicari", Saya tanya lagi "siapakah yang memberikan kita BALA ? sahabat saya cuma ketawa ha...ha...ha...
Olih kerana terlalu banyak berfikir fikir tentang PRK ini,semalam saya tidur begitu lena sekali,tetapi saya terkejut olih satu mimpi yang agak aneh dimana didalam mimpi itu sekumpulan orang ramai ramai datang dipercayai berbangsa cina tionghwa berpakaian serba putih,lalu saya menghulurkan sesuatu kepada mereka (bukan mereka yang memberi pada saya)
Mereka mengucapkan "kam siah"(terima kasih).
Saya mengambil keputusan untuk menulis agar dapat dikongsi bersama dengan pelawat yang membaca blog ini,mudah mudahan ada yang bolih memtafsir mimpi saya ini,saya sendiri masih lagi dalam fantasi di antara realiti dengan menganggap satu petanda baik lagi putih dan bersih akan diperolehi..........mudah mudahan !
Poksu-selamat memilih pemimpin politik anda !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan