arkib

Rabu, 30 September 2009

Suprise raya @ pilihanraya

(imej 1)
(imej 2)
ulasan akan menyusul ......tungggu ....!

Terkini:
Apabila talian internet disini "buat hal",kelajuannya menjadi begitu perlahan sehinggakan menjadi jemu menunggu dan membosankan untuk mengekses sesuatu perkara/website,namun saya cuba cuba juga untuk mencoretkan sepatah dua ayat sekadar untuk memberi komen apa apa yang saya fikir patut khususnya berkait dengan pilihan raya kecil DUN Banggang Pinang. Bagi saya,orang Banggang Pinang tidaklah banggang sangat sebab masih bijak menamakan calon mereka seorang tokoh yang sudah dikenali ramai sebagai seorang penyokong kuat penternakan babi pembawa virus JE ketika jadi MB dahulu disamping seorang tokoh yang pemurah kerana suka menabur peluru berbentuk duit ringgit,tapi peluru taburnya tidak kena sasaran lalu melantun balik kena kepada tuan empunya diri,akhirnya melekatkan gelaran pemberi rasuah wang politik
Makanya pasti lagi sekali dipilihan raya kecil Bagan Pinang kita akan dapat melihat ramailah para pengundi termasuk pengundi pos kembali menadah tangan seumpama kanak kanak menunggu akan diberi sampul "angpau' persis seperti dihari raya.Itulah bayangan akan dan bakal terjadi untuk membeli undi,kononnya bukanlah rasuah jika buat begitu.....!memandangkan melayu mudah lupa yang berada disini hampir seramai 70% termasuklah "dia yang berkata" maka sudah pasti keberangkalian pengundi melayu juga lupa bahawa ketaatan (beri undi) kepada seorang tidak perlu diberikan selama mana dia mahu terus melakukan kemungkaran (rasuah) tersebut.
Kita mengharapkan PBTM juga menjalankan kempen secara profesional dengan tidak hanya memihak kepada sebelah pehak kerajaan UBN yang memerintah semata mata kerana ini mengambil kesesuain dengan fungsinya sebagai sebuah badan pertubuhan NGO yang perlu banyak berkecuali demi untuk menjaga kebajikan ahli ahlinya supaya sentiasa terjamin,lalu teringat saya janji yang dibuat kepada PBTM Hulu Terengganu dalam satu majlis kempen Pilihanraya Kecil DUN Kuala Berang pada suatu ketika dahulu,terdapat banyak janji tinggal janji diantaranya untuk dapatkan bangunan pejabat pentadbiran PBTM cawangan,mana dia....?janji kosong.....
Saya hendak berpesan kepada wira dan wirawati askar didalam kem diDUN Bangan Pinang ini, buatlah pilihan yang bijak,jangan sampai anda dipergunakan sebagaimana pemimpin melayu UMNO memperalatkan DEB untuk menjual gadai tanai air sendiri,ketika kamu siang malam bersekang mata bertempuk tampar dengan nyamuk dan ungggas dihutan belantara,menjaga dan meronda sempadan untuk menjaga tanah air tercinta supaya tidak mudah dicerobohi sedangkan dimasa yang sama mereka yang berkuasa berada dikerusi emput duduk bersorak sorai bergembira membilang bilang not wang kertas diatas meja hasil keuntungan ekuati orang melayu yang berjaya digadai.....jadi apakah pengobanan anda berbaloi ?, sedarkah anda !.
Akhirnya tahniah juga saya kepada Pekan Port Dickson kerana akan diktiraf sebagai Bandaraya Tentera Darat.Hebat idea itu....cuma harapan kita biarlah segala aspek pengurusan dari A sampai ke Z terus menerus diswasta dan diserahkan kepada tentera, berilah peluang kepada mereka ini belajar bagaimana hendak mentadbir sebuah Bandaraya, semua perjawatan dari seorang datuk bandar sehinggalah ketugasan budak pejabat pun kesemuanya mestilah menjadi tanggungjawab dibawah pengurusan tentera dan sudah tentu hasil mahsulnya juga mestilah masuk kekantung angkatan tentera itu sendiri.Jika cadangan ini tidak dapat dibuat,maka berilah apa jua jolokan yang ada kaitan dengan tentera nescaya walhasilnya akan balik asal, tiada apa apa yang merubah melainkan namanya sahaja....jadi fikir betul betul!
Tok Ayah su-ada pokok pinang dibelakang rumah....!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan