arkib

Selasa, 8 September 2009

Betulkah Undi pos penentu.?






Salam hormat !
Prk kali ini akan menilai berapa banyak dividen yang akan diperolihi hasil "simpanan tetap" yang telah disimpan sekian lama di Bagan pinang sebatang,ini bererti undi pos dari kalangan anggota polis dan tentera yang dianggap simpanan tetap adalah penentu jatuh bangun hidup matinya UmnoBN....kerana kita difahamkan diDUN inilah terdapatnya kem kem tentera dan warga bekas tentera yang teramai disini.
Bercakap tentang undi pos ini saya ada sedikit pengalaman mengenainya....tapi kena tunggu dulu sambungan cerita ini.......
Terkini:
apa yang hendak diceritakan ini adalah suatu pengalaman lama yang mana saya kira ianya berkemungkinan telah pun berlaku penambah baikan terkini dalam sistem pengendalian undi pos khususnya dikem kem tentera.
Jika dahulu cara pengendalian tidaklah dibuat secara serius dan teratur,hanya didalam satu bilik dewan yang kecil dengan persiapan yang ala kadar sahaja malah ada dikalangan anggota diantaranya tidak mengetahui pun wujudnya hari pengundian kerana tidak dihebahkan secara terbuka,lantas kesan daripada itu kertas kertas undi bolih sesiapa jua memangkah bagi pehak anggota terbabit, bagi anggota itu sendiri bersikap kurang peka dan tidak mengambil peduli akan hal hal ehwal politik,jesteru itu tidak timbul soal ingin memprotes atau timbul sebarang rasa tidak berpuas hati diantara mereka walaupun ada tangan tangan lain yang mengundi bagi pehaknya.Pada anggapan mereka sesiapa jua yang terpilih sebagai wakil rakyat tidak akan memberi apa apa kesan langsung kepada kerjaya kerana "tuan" mereka tetap pegawai yang sama,jadi apa perlu bersusah payah untuk mengundi.
Disepanjang kerjaya saya dalam tentera selama 20 tahun lebih,terdapat 4kali pilihanraya umum diadakan.Dua kali daripadanya saya berkesempatan memangkah sendiri dan dua kali lagi saya tidak pun menyedari akan masa dan tarikh pilihanraya diadakan.saya undi apa? itu rahsia....tapi kerahsian kertas undi bolih dipertikaikan kerana sememangnya memang benar anggota diwajibkan menulis nama dan nombor perkhidmatan dengan dua sampul yang mempunyai nombor siri yang sama kemudian dimasukkan kedalam satu peti undi.Dengan kaedah ini sudah tentulah akan timbul satu perasaan "cuak" dan takut takut akan rahsia parti apa yang diundi akan terbungkar,almaklumlah,manalah tahu ada pulak nanti pehak pehak tertentu yang cuba mem"black list"kan masa depan periuk nasi mereka.Walaupun perkara ini tidak pernah terjadi namun demikian sememangnya ujud suara suara liar yang cuba membuat ugutan dengan pelbagai andaian seperti akan menerima kesulitan dalam proses kenaikan pangkat,penahanan tangga gaji dan bermacam lagi ayat ayat yang mengerunkan serta bolih menganggu konsentrasi anggota untuk memilih secara bebas.
.....bersambung !
Terkini:
Apa pun titik benget diatas adalah berkait dengan hal pentadbiran didalam sesebuah unit atau pun bagaimana cara satu satu pasukan itu mengurus.Penglibatan SPR hanya disaat akhir semasa hari pengundian dibuat.Disaat inilah timbulnya persoalan adakah ada wakil mana mana calon yang bertanding hadhir untuk memantau dan kenapakah tarikh hari mengundi dipercepatkan 2 hari sebelum dan bagaimana pula jaminan peti undi tersebut tidak bolih dicerobohi?.Disinilah memerlukan ketelusan dari semua .
Manakala isteri anggota tentera pula tidaklah termasuk didalam ketegori undi pos,kerana mereka turut sama hadhir macam biasa untuk membuang undi dipusat pusat pembuangan undi bersama sama dengan orang awam.Cuma adakala berlaku ralat sedikit disebabkan nama tidak tercatat didalam daftar pemilih,adalah menjadi satu beban pula bagi setiap anggota untuk mendaftar kan isteri mereka jika tidak ada pehak yang mengambil inisiatif membantu untuk mendaftarkan isteri masing masing sebagai pemilih,bagi yang peka dan prihatin sudah tentu akan mengambil berat namun bagaimana pula dengan mereka yang tidak mahu ambil peduli?
Cadangan untuk menghapuskan terus undi pos adalah tidak rasional kerana adalah satu perkara mustahil untuk meninggalkan pos kawalan secara serentak semata mata untuk hadhir mengundi sedangkan keselamatan kem juga perlu dijaga dan diawasi.Walau bagaimanapun sebarang cadangan untuk penambahbaikan tatacara semasa hari pengundian amat kita alu alukan termasuklah prosedur kertas undi dan catatan nama serta nombor perkhidmatan perlulah dikaji semula akan kepentingannya demi untuk menegakkan demokrasi yang bebas dari sebarang tekanan olih mana mana pehak....jadi fikir fikirkan !
Tok ayah su-pernah bertugas dikem BT 10 Kuantan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan