arkib

Rabu, 30 September 2009

Suprise raya @ pilihanraya

(imej 1)
(imej 2)
ulasan akan menyusul ......tungggu ....!

Terkini:
Apabila talian internet disini "buat hal",kelajuannya menjadi begitu perlahan sehinggakan menjadi jemu menunggu dan membosankan untuk mengekses sesuatu perkara/website,namun saya cuba cuba juga untuk mencoretkan sepatah dua ayat sekadar untuk memberi komen apa apa yang saya fikir patut khususnya berkait dengan pilihan raya kecil DUN Banggang Pinang. Bagi saya,orang Banggang Pinang tidaklah banggang sangat sebab masih bijak menamakan calon mereka seorang tokoh yang sudah dikenali ramai sebagai seorang penyokong kuat penternakan babi pembawa virus JE ketika jadi MB dahulu disamping seorang tokoh yang pemurah kerana suka menabur peluru berbentuk duit ringgit,tapi peluru taburnya tidak kena sasaran lalu melantun balik kena kepada tuan empunya diri,akhirnya melekatkan gelaran pemberi rasuah wang politik
Makanya pasti lagi sekali dipilihan raya kecil Bagan Pinang kita akan dapat melihat ramailah para pengundi termasuk pengundi pos kembali menadah tangan seumpama kanak kanak menunggu akan diberi sampul "angpau' persis seperti dihari raya.Itulah bayangan akan dan bakal terjadi untuk membeli undi,kononnya bukanlah rasuah jika buat begitu.....!memandangkan melayu mudah lupa yang berada disini hampir seramai 70% termasuklah "dia yang berkata" maka sudah pasti keberangkalian pengundi melayu juga lupa bahawa ketaatan (beri undi) kepada seorang tidak perlu diberikan selama mana dia mahu terus melakukan kemungkaran (rasuah) tersebut.
Kita mengharapkan PBTM juga menjalankan kempen secara profesional dengan tidak hanya memihak kepada sebelah pehak kerajaan UBN yang memerintah semata mata kerana ini mengambil kesesuain dengan fungsinya sebagai sebuah badan pertubuhan NGO yang perlu banyak berkecuali demi untuk menjaga kebajikan ahli ahlinya supaya sentiasa terjamin,lalu teringat saya janji yang dibuat kepada PBTM Hulu Terengganu dalam satu majlis kempen Pilihanraya Kecil DUN Kuala Berang pada suatu ketika dahulu,terdapat banyak janji tinggal janji diantaranya untuk dapatkan bangunan pejabat pentadbiran PBTM cawangan,mana dia....?janji kosong.....
Saya hendak berpesan kepada wira dan wirawati askar didalam kem diDUN Bangan Pinang ini, buatlah pilihan yang bijak,jangan sampai anda dipergunakan sebagaimana pemimpin melayu UMNO memperalatkan DEB untuk menjual gadai tanai air sendiri,ketika kamu siang malam bersekang mata bertempuk tampar dengan nyamuk dan ungggas dihutan belantara,menjaga dan meronda sempadan untuk menjaga tanah air tercinta supaya tidak mudah dicerobohi sedangkan dimasa yang sama mereka yang berkuasa berada dikerusi emput duduk bersorak sorai bergembira membilang bilang not wang kertas diatas meja hasil keuntungan ekuati orang melayu yang berjaya digadai.....jadi apakah pengobanan anda berbaloi ?, sedarkah anda !.
Akhirnya tahniah juga saya kepada Pekan Port Dickson kerana akan diktiraf sebagai Bandaraya Tentera Darat.Hebat idea itu....cuma harapan kita biarlah segala aspek pengurusan dari A sampai ke Z terus menerus diswasta dan diserahkan kepada tentera, berilah peluang kepada mereka ini belajar bagaimana hendak mentadbir sebuah Bandaraya, semua perjawatan dari seorang datuk bandar sehinggalah ketugasan budak pejabat pun kesemuanya mestilah menjadi tanggungjawab dibawah pengurusan tentera dan sudah tentu hasil mahsulnya juga mestilah masuk kekantung angkatan tentera itu sendiri.Jika cadangan ini tidak dapat dibuat,maka berilah apa jua jolokan yang ada kaitan dengan tentera nescaya walhasilnya akan balik asal, tiada apa apa yang merubah melainkan namanya sahaja....jadi fikir betul betul!
Tok Ayah su-ada pokok pinang dibelakang rumah....!

Ahad, 27 September 2009

Aktiviti MTD:sambut raya



Salam hormat !
Pada hari raya ke enam pehak MTD Tok randok telah mengadakan satu majlis perjumpaan hari raya,menurut pengerusi MTD "majlis seperti ini sudah menjadi kebiasaan diadakan sejak beberapa tahun yang lepas,ada kalanya disambut bersama perantau jika bertepatan dengan tarikh awal syawal,akan tetapi pada kali ini tarikhnya dilewatkan sedikit namun kemeriahannya tetap disambut dengan kedatangan kira kira 200 orang tetamu dari warga ahli pas termasuk anak isteri yang bermestautin diDUN Ajil.
Selepas satu ucapan alu aluan olih AlFadhil Ust Ismail dan Ust Razki,para hadhirin dijamu makan secara berselerak dan layan diri dengan beranika juadah seperti nasi minyak,nasi dagang,mee hoon goreng,agar agar,ketupat,lemang rendang dan pelbagai lagi,yang paling istimewa ialah tapai,umm...tapai satu makanan enak tapi sudah semakin pupus sejak munculnya kuih mueh moden.Majlis bermula dari jam 4.30 petang dan berakhir kira kira jam 6.30 petang. Sebelum itu kanak kanak juga dihadiah sampul duit raya yang ditaja seorang pengusaha kedai ubat (farmasi).Begitulah gambaran serba rengkas aktiviti MTD diawal syawal........
Tok ayah su-terkenang anak yatim bekas ahli.........

Sabtu, 26 September 2009

sudah jatuh ditimpa tangga...!




Kira kira beberapa jam sahaja adik bongsunya keluar wad (kerana deman panas) tetiba abangnya pula menyusul,pada mulanya sangkaan sakit perut biasa sahaja,namun setelah pehak hospital membuat pemeriksaan didapati sakit perutnya berpunca daripada sejenis penyakit "ependik',dari hospital Hulu Terengganu terus dikejarkan kehospital Besar Nur Sultanah Zahirah,kuala Terengganu.
Disini sekali lagi pemeriksaan telah dibuat olih Dr Amru,lalu disarankan "pembedaham kecil perlu dibuat sebelum pundi urat perut penyebab sakit tersebut menjadi pecah" katanya.Saya menanda tangan borang persetujuan untuk pembedahan.
Dalam keadaan kekurangan kakitangan kerana masih ada yang bercuti raya (runggut salah seorang jururawat) namun saya lihat setiap kakitangan hospital tetap memberi tumpuan terhadap tugas masing masing dan segala urusan pembedahan telah pun berjalan lancar dengan jayanya,setakat ini saya sangat berpuas hati dan ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kaki tangan hospital yang terlibat.
Tok ayah su-berat mata memandang berat lagi bahu memikul.....!

Selasa, 22 September 2009

Kita perancang....allah maha perancang !




Salam hormat !

Jika semua dari apa yang kita rancangkan sering menjadi kenyataan nescaya tidaklah ada duka dan nestapa sebabnya setiap orang inginkan satu kehidupan yang bahagia,mendapat apa yang dirancangkan adalah satu nikmat manis yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata,tetapi tidak semestinya begitu,kelmarin dan dan semalam tok ayah su dan keluarga masih dalam mood hari raya dan begitu juga dengan perasaan orang lain,tapi apakan daya...lain yang dirancang lain pula yang terjadi.

Pada hari raya kedua tidak sekena mengena jatuh sakit (demam panas) pula anak bongsu intan payung kesayanganku,terpaksalah dirujuk kepada hospital berdekatan (Hulu Terengganu) setelah ubat yang diambil dari farmasi swasta tidak menjadi dan serasi.Setelah para petugas hospital termasuk doktor bertungkus lumus memeriksa secara asas dari jam 10 malam sehingga keawal pagi lalu dinasihatkan untuk dimasukkan kewad dahulu buat sementara waktu bagi tujuan perubatan lanjutan.Jadi tumpuan mood raya kini telah bertukar ke"plant B".

Terkini :

(alhamdulillah semakin pulih...)

Terkini:

(jampi serapah tanda beriktiar tidak ada salahnya apatah lagi jika guna air tawar buat penawar dengan tujuan berubat ditiup bersama dengan ayat ayat suci alqur"an ,ambil berkat dari warga budi (saya lebih suka beri gelaran "warga budi" mengantikan "warga emas"kerana mereka inilah yang terlebih dahulu berbudi berbanding dengan kita dari kalangan generasi baru)

(Alhamdulillah semakin positif,tetapi masih tidak dibenarkan keluar wad diatas beberapa sebab.....)
Tok ayah su-Ya allah,selamatkan keluarga ku.....!

Ahad, 20 September 2009

mood gembira dan pilu sehari dihari raya...!

(selepas solat hari raya seperti biasa sebagai mana ditahun tahun lepas satu jamuan dipagi aidil fitri diadakan)
(inilah tuan rumah iaitu alfadhil Ust Ismail,habis ke makan sorang satay tu....)
(para muslimat pun turut hadir untuk menjamu selera)
(lepas gian nak makan disiang hari selepas sebulan berpuasa)
(adik cilik pun tidak lepas peluang dibawa bersama olih ibu bapa)
(bolih tambah ke?)
(selepas itu menziarah rumah atok nenek pula)
(makan lagi...ummm kenyang perut weh !)
(sambil tu bertanya khabar dan bermah mesra kerana inilah peluang berjumpa setahun sekali)
(sessi bergambar kenangan pun ada...)
(haa...giliran adik adik pula dapat habuan duit raya da...!)
(selepas itu ziarah kubur atuk nenek pula)
(bismillah....assalamulaikum ya ahlil kubur !)
(sambil siram air tu kenalah sedekahkan alfatihah...)
Tok ayah su- ambil iktibar....!

Sabtu, 19 September 2009

Mood raya...!


Tok ayah su-jemput datang kerumah makan satay je....!

Selamat hari raya Aidil fitri...!

(jangan lupa bayar zakat fitrah...)

Salam aidil fitri !

Allah huakbar allah huakbar 3x .

Kemenangan sebulan dibulan ramadhan melawan nafsu dengan menahan diri dari lapar dan dahaga disamping menjauhkan diri daripada perkara perkara yang bolih merosakkan amalan berpuasa telah pun disempurnakan secara cukup olih para muslimin dan muslimat makanya hari ini kita sama sama menyambutnya dengan penuh bangga dan girang akan kemenangan tersebut.

Bagi yang berkemampuan akan menyambutnya dengan memakai pakaian serba baru dan bagi yang berkeluarga besar sudah tentu banyak belanja yang perlu dikeluarkan termasuklah juadah serta kuih muih hari raya.Alhamdulillah dibulan ini juga banyak insan insan yang sudi menyumbang untuk keluarga keluarga yang kurang bernasib baik tersebut,terima kasih kita ucapkan !inilah satu kelebihan pada orang islam kerana mereka percaya setiap amalan kebajikan yang dicurahkan pasti akan dibalas olih Allah S.W.T, itulah seruan agama kepada orang islam.

walau bagaimana pun kepada mereka yang kehilangnan ahli keluarga akibat kemalangan jalan raya dan lain lain musibah kita mengucapkan tahziah kepada keluarga mereka,yang pergi tetap pergi yang tinggal tetap mesti mahu merempuh liku liku kehidupan seperti biasa,jesteru itu kita mengharapkan mereka ini banyak banyak bersabar dengan apa yang telah ditakdirkan itu dan cuba kita hindari dari terus berlaku unuk masa masa yang mendatang.sesungguhnya setiap sesuatu kejadian itu ada hikmah yang tersendiri dimana kita sendiri tidak tahu apa yang tersembunyi disebaliknya.Olih yang demikian marilah kita sama sama berdoa agar kita dijauhkan dari sekian mala petaka yang tidak mampu kita hadapi.....amim ya rabbal aalamim!

Tok ayah su-mengucapkan selamat hari lebaran aidil fitri kepada sesiapa yang mengenali diri ini termasuklah kepada pegunjung blog ini,maaf zahir dan batin...!

Jumaat, 18 September 2009

Tazkirah ramadhan (siaran lewat 1)


Tok ayah su-ngeri dengar perihal kemalangan jalan raya dimusin perayaan,jika khutbah hari raya dapat mengingatkan jemaah rasanya baik juga....!

Ramadhan:minggu 4 + majlis berbuka penamat puasa !









Salam hormat !
Sehari dua ini blog ini mengalami sedikit masaalah untuk meng"upload imej' (gambar),kebiasaan jika ada sebarang masaallah saya akan merujuk kepada 'my juruteknik" tapi olih kerana beliau pergi bercuti hari raya maka terpaksa lah saya terkial kial seorang diri untuk cuba memulihkan keadaan seperti sedia kala,kerjong punya kerjong cara tersendiri dapatlah buat keluarkan sekeping dua gambar.
Ada dua perkara yang hendak diumumkan disini,yang pertama kepada sesiapa yang pernah datang singgah bersolat dimasjid tok randok,terdapat dua jam tangan yang tertinggal olih jemaah, agak berjenama juga,satu milik perempuan dan satu lagi milik lelaki,jika tidak dituntut dalam tempoh tertentu apakah hukum jika sekiranya pehak masjid melelongkan sahaja jam tangan tersebut? kemudian wangnya akan diimfakkan ketabung masjid,ada sesiapa bersetuju?. ini hanya satu cadangan dan akan dirujuk kepada pakar agama terlebih dahulu....
Perkara kedua ialah nak hebahkan aktivi masjid yang menganjur sekali lagi majlis berbuka puasa untuk minggu keempat (terakhir) sempena bulan ramadhan pada tahun ini.,banyak daripada imej imejnya tidak dapat dikeluar (untuk tatapan) diatas masaallah teknika seperti yang disebutkan tadi.
tok ayah su-hebahan sukarela...!

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan