arkib

Ahad, 19 Disember 2010

Merakamkan ucapan....

salam hormat!
Kepada pengunjung setia blog ini sudah tentu tertunggu tunggu kenapa dan mengapakah artikel ini tidak dan lambat dikemas kinikan ? entahlah...saya sendiri pun tidak dapat memberi jawapan yang tepat,seperti mana biasa saya hanya akan menulis mengikut mood dan juga mengikut kesesuaian masa terluang,kerana saya tidak terikat dengan tempoh masa tertentu untuk menyiapkan sesuatu penulisan,segalanya diatur dibawah pengurusan masa sendiri tambahan pula saya masih ada kewajiban lain yang perlu diutamakan,pada saya berblog hanya sebagai satu hobi yang bolih menyegarkan aura kesihatan agar tidak terus membeku disegi pemikiran kerana ia mampu membuka minda kehala tuju yang lebih kreatif dan produktif.

Untuk menjawab persolaan majlis apakah dan apakah kaitannya dengan gambar gambar yang dipaparkan diatas maka perlulah rasanya saya memperjelaskan terlebih dahulu apakah ada kaitannya dengan saya?Bukan niat hendak bermegah dan bukan juga hendak menunjuk nunjuk,cuma sekadar hendak merakamkan harapan dan ucapan terima kasih terutamanya kepada para penghuni Taman Cheras Jaya KL berserta tuan imam masjid berdekatan berserta para qoriahnya yang telah turut sama sudi datang menjayakan satu majlis yang saya namakan majlis solat hajat kesyukuran dan doa selamat.Saya berserta isteri nun jauh diTerengganu sana telah datang kesini setelah diberikan rezeki olih Allah S.W.T,rezeki yang dimaksudkan ialah untuk menghuni sebuah rumah berkos sederhana yang dibeli olih ibunya untuk didiami bersama cucu sulung dan suaminya.Rezeki ini juga bolih dianggap sebagai tuah cucu sulung kerana bertepatan sekali dengan tarikh kelahirannya iaitu 10 haribulan, nombor rumahnya 10 dan nombor jalannya juga 10, ini bukan perancangan awal tetapi sememangnya terkebetulan,alhamdulillah...
Ketika berada disini beberapa hari,sempat juga saya datang bersolat jamaah dimasjid berdekatan yang jaraknya tidak sampai pun 300 meter dari rumah,sebelum tiba kepintu masjid terlebih dahulu saya perlu melintasi sebuah bangunanan rumah yang telah diubah suai untuk dijadikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).Saya dapati dua pintu (2 rumah) telah digabungkan menjadi satu dikhususkan khas untuk kemudahan pendidikkan anak anak PASTI ini.
Sementara itu walaupun masjid ini bolih dikatakan berada disatu kawasan kesibukan warga kota berkerja namun demikian setiap waktu solat para jemaahnya tidak kurang ada dua saf atau lebih kurang 20 ke 30 orang tidak termasuk jamaah perempuan, juga disetiap kali selepas solat maqrib akan diisi masa dengan program kuliah agama sehinggalah menjelang masuknya waktu sembahyang isyak,antara intipati kuliah yang saya masih ingat ialah berkenaan dengan pembahagian harta pusaka dan juga harta yang diwakafkan....wajib dan sunat bersolat,bila dan ketika mana? perempuan mempunyai 10 nafsu satu akal manakala lelaki 10 akal satu nafsu,jika digabungkan (khawin) akan jadi seimbang...10-10.
Harapan saya ialah agar penghuni lama dtaman ini sudilah kira menerima seadanya keluarga saya itu dan seandainya terdapat kekurangan maka saya mohon pakat pakat tolong menolonglah menasihati akan mereka, almaklumlah bab kata pantun melayu "buah cempedak diluar pagar,ambil galah tolong jolokkan, anak muda baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan..."
tok ayah su-terkenang nostalgia 8Oan, pernah menghantar moksu berkerja kilang disini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan