arkib

Isnin, 24 Januari 2011

wacanai 9/10 punca rezeki....(3)

salam hormat !
Semenjak dua menjak ini saya banyak menghabiskan masa mengadakan program turun padang (wah...macam pembesar pulak) bertujuan untuk mempromosikan produk perniagaan roti canai,alamak lekeh bunyinya....tetapi tuan tuan jangan salah anggap kebanyakkan kedai mamak amat senonim dengan jualan roti canai,malah makanan separuh berat ini telah menjadi kegemaran ramai bagi seluruh masyarakat malaysia tanpa mengira bangsa dan bolih dimakan tidakmengira masa samaada diwaktu srapan pagi,petang mahupun malam,cuma yang belum ada lagi ialah kedai roti canai 24jam,tetapi semasa saya berkunjung kesuatu daerah dikelantan pada suatu ketika dahulu saya dapati ada sebuah kedai yang mengiklan ROTI CANAI ADO SOKMO,buka sahaja kedai tersebut bermakna adalah roti canai itu tanpa putus bekalan sehingglah kesemasa operasinya kedainya tutup pada hari itu,begitulah rutinmnya.
Jika ditanya saya,apakah atau tang manakah yang sedapnya rasa roti canai,maka saya akan jawab ada yang bergantung pada cita rasa kuah pencicahnya tetapi tidak kurang juga pada kenakan rasa kelemakmanisnya disamping lembut seumpama kapas dan tidak keras seperti kulit kayu manis.Ada yang suka dimakan begitu sahaja kerana keenakkan rotinya.Bagi pembuat roti canai,prosesnya agak renyeh dan perlu kesabaran bab kata seoarang sahabat saya jika buat atau ketika menguli roti canainya ini pantangnya hati kita jangan sedang dalam keadaan bergelora atau sedang dalam suasana perang dunia dengan suami/isteri,ini bererti mesti dalam keadaan tenang setenang PRK Dun Tenang.
Kerana itu siapa sangka proses membuat roti canai bolih mengeratkan kerjasama pasangan suami isteri.Jika DiDun Tenang sisuami dengan isteri dilihat seiring sejalan untuk berkempen jadi apa kurangnya sipembuat riti canai. Jika dulu dulu ada yang membuat lawak dengan mengatakan simamak pembuat roti canai bolih balik india untuk jumpa isteri dengan hanya hasil jualan menebar roti canai,itulah penangan Roti Canai....
Sambil borak borak diwarung ini maka banyaknya cerita ceriti yang keluar dari mulut kemulut kawan kawan,jika hendak dirakan kesemua rasa tidak termampu tetapi biarlah saya rengkaskan,walaupun minum diwarung kampung namun cara sembangnya berbunyi ratus ratus ribu malah sampai berjuta juta lemon.Antaranya heboh dikatakan sana sini khabar sebuah syarikat diAustralia dan juga Holland menawarkan kepada sesiapa yang dapat menangkap hidup hidup sejenis mamalia spesis cicak mengkarung yang dipangggil olih orang kampung "PokKey". Cara bayarannya dibeli mengikut berat kilo dan ketegori.Pada kebiasaanya untuk seekor PokKey bolih mencecah ratusan ribu ringgit dan jika bernasib balih mencecah sehingga berjuta ringgit.Wowww.... mengalahkan harga sarang burung walid yang juga sudah menjadi kegilaan ramai membina bangunan sarang burung ini . Lumayan... lumayan ! Agaknya selepas ini manusia tidak sakit sakit lagi sebab banyak penemuan ubat ubat dari penawar berkhasiat hasil dari sarang air liur burung walid ini.Dan mungkin juga selepas ini orang kampung tidak sakit kepala lagi kerana asyik memikir kenaikkan harga barangan dapur sebab sudah ada pelbagai punca pendapatan samping yang sedang dibina.
Walaupun begitu buat masa ini,tedapat juga yang merunggut kerana katanya walaupun pada tahun ini yuran persekolahan tidaklah begitu membebankan kerana telah dikurangkan akan tetapi disebaliknya terdapat pula surat surat susulan lain yang meminta ibu bapa menghulurkan sumbangan untuk jamuan keraiaan kejayaan anak anak UPSR dan sebagainya, ada yang mencadangkan supaya dicarikan sahaja sponsor (penaja) iaitu terdiri daripada kalangan para kontrakter,ini memandangkan golongan kontrekter ini dilihat kehidupan mereka begitu mewah, berumah besar, berkereta berjenama mahal 2ke3 biji seorang,jauh meninggalkan taraf pendapatan kehidupan orang kampung biasa yang diminta olih pehak sekolah untuk menyumbang.
Sementara itu seorang veteren tentera yang telah mencecah usia warga emas telah melahirkan satu runggutan dengan dengan nada yang agak dukacita apabila katanya pehak JKKK seolah olah cuma mempersendakan sendakan yang kononya untuk memberi bantuan persekolahan berbentuk pakaian sekolah setelah sekolah telah mula buka sesssi penggal pertama hampir sebulan barulah terhegeh hegeh bayang JKKK menghantar borang untuk diisi borang bantuan,sudahlah begitu terdapat pula pelbagai bentuk surat sokongan (surat pengenalan diri) yang perlu difotokopi dengan tempoh masa yang diberi begitu singkat,diberi pada malam jumaat dan minta dimajukan balik sebelum jam 10 pagi keseesokkan harinya sedangkan beliau bukan tidak tahu hari jumaat terdapat banyak kedai yang tutup,beginikah cara JKKK berkerja?keluhnya.Tambahnya lagi jika benar benar JKKK itu iklas hendak menghulurkan bantuan jadi apa salahnya dipermudahkan sedikit peraturan tersebut,tulis sahaja nama diatas satu buku dan tanda tangan habis cerita,dan bagi seribu ke sepuluh ribu ke atau ratusan ribu ke tidaklah menjadi hal yang menyulitkan sebagaimana prosidure tadi.
Cerita rempit dan lumba lumba kereta pun ada dibualkan,sampai ketahap yang agak melampau dengan satu berita yang menceritakan sehingga ada dikalangan golongan ini bertindak sendiri sehingga sanggup menahan kenderaan lalulintas dengan menutup laluan orang awam semata mata untuk memuaskan nafsu lumba mereka,maklumat ini datang dari seorang kenalan yang terkebetulan melalui jalan tersebut,dahsyat dan serius sungguh dah lo ni kalau betullah begitu...
tok ayah su- jaga diri hiasi peribadi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan