arkib

Isnin, 31 Januari 2011

Borak borak 9/10 punca rezeki...(4)


salam hormat !
Bermain Dam aji (catur orang pantai timur) sedikit sebanyak bolih mengasah minda supaya sentiasa tajam pemikiran untuk menewaskan lawan,namun seperti biasa jika orang jujur dan telus macam saya (ewah...angkat bakul sendiri nampak) tidak bolih bermain permainan ini kerana jika bertemu dengan lawan yang kaki suka bermain elat (tipu) pasti kita akan jadi sasaran kalah memanjang, antara sebabnya jika kita sedikit lalai dengan hanya leka membaca strategi sendiri pasti natijahnya lawan yang kaki elat tadi akan ambil kesempatan untuk "bermain cara kotor".Buah Dam yang tidak sepatutnya "dimakan" akan habis dibahamnya tanpa peduli pada peraturan permaianan.Jadi permainan sebegini memerlukan daya fikir yang mampu mengagak strategi pehak lawan.Maknanya kita perlu memikirkan jalan mana arah tuju kita untuk sampai kedestinasi naik aji dan dimasa yang sama juga tidak bolih tidak kita juga mesti pandai membaca strategi pehak lawan untuk mencapai tujuan kemenangan. Apakah permainan politik pun begitu?
Inilah salah satu permaianan tradisi orang melayu yang menjadi sebahagian budaya orang orang kampung yang diisi bagi menghabiskan masa masa terluang/lapang pada satu satu masa tertentu..... Benarkah ada perspeksi mengatakan orang kampung agak pemalas,kerja sedikit tetapi banyak buang masa diwarung warung kopi berjam jam lamanya,walau bagaimanapun dari sudut pandangan peribadi saya,tanggapan pemalas itu itu tidaklah begitu tepat,kerana jika diperhatikan terutama disemasa suasana cuaca hujan dan banjir ini apalah sangat yang bolih dibuat,jika nelayan tidak bolih kelaut kerana angin kuat yang bergelora,begitu juga dengan seorang petani, sungguh pun dikatakan harga getah beku dipasaran agak tinggi,tetapi jika cuaca asyik hujan maka segala kerja kerja menoreh juga tidak bolih dibuat,begitu juga dengan harga buah kelapa sawit yang agak tinggi mengikut pasaran semasa hari ini namun apabila pokoknya tidak banyak berbuah maka hasilnya tidaklah sebanyak mana pun.
Jadi apa yang untungnya jika hari hari asyik hujan sahaja?hujan sememangnya ada banyak kelebihan tersirat yang tidak nampak jelas dimata kasar kita jika tidak diperhalusikan,untuk bukti yang jelas dan terang lagi bersuluh ialah ketika dihari pengundian diDUN Tenang,berapa ramai penyokong parti yang tidak dapat turun mengundi,peratusan yang keluar jauh turun merudum dan jumlah perbezaan majoriti diantara parti pembangakang PAS dengan BN hanya 3ratus lebih sahaja jika hendak dibandingkan dengan jumlah perolihan undi yang lalu iaitu 6ratus lebih,itulah jumlah conggakkan penganalisis orang orang kedai kopi,maknanya kemenangan BN diDUN Tenang tidaklah begitu membanggakan, kata mereka.
Tok ayah su-tahan pukat jaring untuk tangkap ikan darat (ikan air tawar liar) pada musim banjir....tetapi kena tahan rasa ketar kesejukkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan