arkib

Ahad, 13 Februari 2011

Politik layang layang....wauuu !



Salam hormat !

Saya salah seorang dari ahli jawantankuasa PIBG telah beberapa kali tidak hadir kemesyuarat,bukan saya baikot dan bukannya saya sibuk sangat pun pada waktu itu,tetapi saya merasakan sedikit terkilan kerana dari setiap kali egenda mesyuarat dihujung hujungnya tiada lain yang dibincangakan ialah untuk membuat usul kepada para ibubapa bagi meminta wang...wang... wang.....alahai mengalahkan kanak kanak,jika berjalan pantang kanak kanak ialah jumpa kedai,ada ada saja yang hendak dibeli dan diminta duit dari makbapak,apakah pehak sekolah pun berperangai begitu?pantang jumpa makbapak murid maka akan dimintalah duit...duit...duit....

Tidak dinafikan pehak sekolah dengan kerjasama kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat ada juga menghulurkan sumbangan kepada murid murid seperti baru baru ini buku berkomputer atau lebih dikenali dengan EBook tetapi masih lagi tidak seimbang dalam bentuk kata "menang...menang" (win win situation) ini kerana lihat sahajalah sebagai contoh selepas atau sebelum satu satu pemberian yang akan disumbangan kepada rakyat seperti bonus dan sebagainya maka selepas atau sebelum itu rakyat terlebih dahulu dibebankan dengan kenaikan harga barangan seperti minyak,bahan api dan barangan keperluan dapur yang lain,makanya juga jadilah seperti berpolitik bermain layang layang,dilepaskan tali terajunya kemudian ditarik balik,jika ditarik perlahan lahan tidaklah terasa akan tetapi jika ditarik secara direntap kuat sudah tentu layang layang akan putus talinya dan akan meninggalkan tuannya dengan hanya secebis gulungan tali ditangan.Dan saya percaya pehak guru guru pun ada yang merasa tidak senang hati dengan suasana hari ini jika tidak masakan ramai dikalangan guru yang telah beralih angin untuk menyokong parti pembangkang,guru yang tidak berupaya terpaksa lah mengikut ala politik lalang,jika angin bertiup kehilir maka liut lentuknya kehilirlah,jika angin bertiup kehulu maka kehulur lah juga lengguknya.

Ingat ! Pergolakkan diMesir pun berpunca dari deria rasa yang lahir dari perasaan tidak berpuas hati olih rakyat, dicampur pula dengan buih buih yang membuak buak yang ditunjukkan olih pehak yang berolih aliran kemewahan, kekayaan hanya berkisar dikalangan golongan tertentu yang rapat rapat dengan pimpinan kerajaan yang memerintah sahaja,manakala rakyat dikerah keringgat membanting tulang dengan upah yang tidak setimpal,contohnya jika diberi gaji sepuluh ringgit kemudian ditarik balik pula berganda berganda banyaknya melalui pelbagai cara samada dari cukai jualan barangan atau pun perkhidmatan. Menindas dan terus menindas....

Sementara itu baru baru ini terdengar keluhan dari seorang veteren tentera yang ditawarkan pinjaman dari intitiusi kewangan, atas rasa percaya kepada dasar polisi bank beliau hanya menanda tangan borang pinjaman yang kosong,tetapi alangkah terkejutnya beliau apabila sampai penyata hutangnya dikatakan faedah yang dikenakan olih pehak bank hampir hampir sama banyak dengan jumlah pinjaman pokok,walhal pada kebiasaannya dalam setiap pinjaman bank dikenakan faedah disekitar 4 ke 5 peratus sahaja,tetapi kali ini didapati faedahnya agak melampau tinggi dari jangkaannya,puncanya yang jadi begitu adalah kerana ada pehak ketiga yang menjadi orang tengah (persatuan) yang cuba mengambil kesempatan mengaut komisen dari pinjaman tersebut. Walaupun begitu khabaran ini masih lagi dalam proses meneliti untuk mendapatkan kesahihan cerita sebenar.Jika benarlah begitu,alangkah dahsatnya sebab bank pun kini sudah mengenakan faedah pinjaman yang lebih kurang sama dengan ah long haram.

Tok ayah su-sering baca doa minta diselamatkan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan