arkib

Selasa, 19 April 2011

Tukar guru itu atau murid pindah sekolah?


Salam hormat!
Terlebih dahalu saya ingin mengucapkan "maaf cakap' jika tulisan ini nanti akan menguris hati mana mana pehak,apa yang hendak dipaparkan bukanlah juga hendak melepas geram dengan emosi imarah sebaliknya ingin meluahkan perasaan segelintir ibubapa yang agak kurang berpuashati dengan pehak pengurusan sebuah sekolah agama yang mana saya kira terdapat sesuatu yang tidak kena dengan perangai segelintir guru,kadangkala guru hanya banyak menunding jari kepada pehak ibubapa jika terdapat murid yang gagal mematuhi disiplin disekolah.Seolah olah segalanya bermula dari rumah.


Begitulah yang terjadi apabila baru baru ini apabila seorang bapa mengadu permasallahnya setelah dipanggil olih pehak sekolah untuk membincangkan soal disiplin anaknya sewaktu disekolah,katanya beliau bukanlah hendak menegakkan benang yang basah tetapi sebaliknya cubalah fikir jika dirumah anaknya dikatakan seorang yang patuh dan taat pada kedua ibubapa,senang diajak solat berjamaah disamping mengaji alqur"an yang diajar sendiri olih ibubapa tersebut,tidak suka merayap malam malam hari sebagaimana budak remaja lain,akan tetapi alangkah terperanjatnya beliau apabila sewaktu sessi perjumpaan dengan guru sekolah ia telah dimaklumkan anaknya bersikap jauh menyimpang dari sangkaanya.


"terlebih dahulu saya hendak mengucapkan selamat datang kesekolah dan terpaksa meluangkan sedikit masa bersama saya untuk tujuan membincangkan beberapa perkara soal disiplin anak encik' begitulah kira kira ayat percakapan guru disiplin itu memulakan perbicaraannya.

Anak encik didapati telah banyak melakukan perkara yang melanggar disiplin disekolah ini...."Antaranya?soal bapa tersebut pada guru disiplin itu seolah olah tidak sabar lagi rasanya hendak mengtahuinya.

Begini.... tambah guru itu sebagai menyambung cakapnya 'terdapat beberapa orang murid disekolah ini termasuk salah seorangnya adalah anak encik telah didapati dengan sengaja mengejek dan mempersenda sendakan guru perempuan ketika mengajar sehinggakan guru tersebut sudah tidak tahan lagi sampai menanggis nanggis dibuatnya'.


alahai...guru...guru....amat sensitif dan lemahnya kamu,perkara sekecil itu pun gagal hendak mengawal,bagaimana jika disuatu masa kelak akan diberi tanggungjawab yang lebih berat dan lebih mencabar? (sekadar bertanya didalam hati kecil dan tidak dizahirkan dengan kata kata) keluh bapa itu sambil hendak tergelak pun ada."antaranya kesalahannya lagi?"desak bapa tersebut."Antaranya lagi...anak encik ini dikatakan telah menghisap rokok didalam bas sewaktu didalam perjalananya kesekolah",wah ini sudah kes serius ni (tetapi kesalahan ini sah tidak dilihat dengan mata kepala guru itu sendiri, hanya sekadar mendengar cakap cakap orang) Heran juga ya....kenapa seorang penagih rokok bolih lekat dirumah dan tidak dapat dihidu pula olih ibubapa. Lagi Che'gu...? banyak lagi...."bla...bla...bla...bla....tambah cakap guru disiplin tersebut meghabiskan pengaduan dengan menyenaraikan beberapa kesalahan lagi.


Akhirnya beginilah.... kata guru tersebut memberi cadangan 'saya mencadangkan supaya 2 ke 3 orang murid yang bermasallah ini supaya dipisahkan supaya mereka tidak bolih berkawan,kerana selagi mereka tidak berpecah selagi itulah akan terbentuk satu kumpulan yang bolih membuatkan murid ini merasa kuat dan berani melawan guru".Jadi kami menjadangkan supaya untuk menukar sekolah mereka"apa pendapat encik? eikk....macam pernah dengar je teori pecah dan perintah sebegini,kadangkala macam teori peperangan tentera dan adakalanya macam teori orang politik je bunyinya....jangan jangan ada satu konspirasi senyap kot (saja saja simpan syak).


Disebaliknya pula guru disiplin ini (seorang lelaki) berkata "anak encik didapati mudah menerima mata pelajaran saya mengajar malah markahnya jauh lebih tinggi berbanding dengan murid murid yang lain,itu yang positif dan kelebihannya anak encik yang seorang ni (wah...lega..sambil urut dada).Cerita bapa tersebut sambil tersenyum sumbing tidak seperti sebelum itu nampak muram, he...he..he... keadaan serius tapi sempat lagi buat lawak .


Kesimpulannya bapa tadi tidak yakin dengan kesalahan tersebut telah dilakukan olih anaknya sebagaimana apa yang diterangkan olih guru disiplin tersebut dan memohon supaya anaknya dikekalkan disekolah itu sekurang kurangnya untuk sessi pengajian habis pada tahun ini memandangkan sekarang pun sudah masuk pertengan tahun 2011 dan tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi sekolah akan cuti dan insaallah beliau akan pindahkan anaknya itu setelah masuk tahun baru 2012 nanti, antara sebabnya jika bertukar sekarang akan melibat banyak kos hendak dikeluarkan antaranya pakaian sekolah yang baru kerana seluar putih sekolah agama tidak dibenarkan dipakai disekolah menengah kebangsaan disamping kemungkinan buku tek dan sebagainya juga perlu diganti lain.


Antara pengajaran yang bolih saya ambil iktibar dari cerita ini adalah betapa seorang kanak kanak lelaki akan bertukar hormon remaja apabila usianya mencecah belasan tahun maka saya atau kita sebagai bapa perlu menjadikan mereka sebagai seorang sahabat bagi mengantikan tempat kawan kawan yang sebaya mereka, dengan itu mudah mudahan membolihkan mereka meluahkan perasaan dengan apa apa jua yang terbuku dihati. Sikap seperti ini mungkin tidak mudah dimiliki olih seseorang apatah lagi bagi seseorang yang bergelar 'guru'....yang bolih ada perasaan sebegini hanyalah pada seseorang yang bergelar bapa ataupun ibu....


adidah tok ayah su (atas)-pernah menjadi tenaga pengajar atau lebih senonim dipanggil dengan gelaran jurulatih.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan