arkib

Sabtu, 23 April 2011

Isu satu kampung 2 masjid

(cadangan nama masjid Hadhari)

salam hormat !

Kalau dulu dulu ditahun 80an,saya pernah terdengar isu yang agak gempak juga iaitu apabila berlakunya peristiwa ahli qoriah masjid bersembahyang berjemaah secara berasingan dengan dipimpin olih 2 orang imam didalam satu masjid,peristiwa ini berlaku kalau tidak silap saya didaerah Besut sana.Puncanya dikatakan bermotifkan politik kerana ada sesetengah pendapat yang bercanggah dengan mengatakan imam kerajaan yang kononnya menjadi penyokong parti politik "A" tidak bolih dibuat imam sembahyang,lalu penyokong politik "B" yang satu lagi bermufarakah lalu mengadakan solat berasingan tetapi masih didalam satu masjid didalam satu waktu yang sama.Serius juga masaallahnya....


Begitulah juga hari ini timbul pula satu isu tempatan yang berkaitan walaupun tidak sama tetapi hampir serupa,pada hari jumaat yang lalu pagawai masjid (lama) telah mengumumkan terdapat satu surat arahan dari pejabat agama daerah supaya ahli qoriah termasuk lelaki dan perempuan dikehendaki mengisi satu borang kata dua SETUJU atau TIDAK agar masjid lama ini dikekalkan statusnya sebagai tempat orang ramai melakukan solat Jumaat termasuk solat solat waktu yang lain.


Permasallahan ini timbul apabila pehak kerajaan BN telah pun membina sebuah lagi masjid (baru) dikampung ini,jaraknya diantara satu tapak masjid kira kira disekitar 1000 meter lebih kurang.Maka kerana itulah apabila masjid ini siap nanti yang kini hampir 70% siap sudah pasti isunya akan timbul satu kampong 2 masjid,wah...alhamdulillah,makin hebat siar islam selepas ini rasanya.



Namun demikian banyak hal perlu diteliti dan diperincikan terlebih dahulu demi untuk tidak dikatakan menjadi punca kepada perpecahaan masyarakat tempatan,kerana yang dibimbangi nanti jurang diantara penduduk kampung yang beragama islam akan menjadi semakin renggang dek kerana satu kampung 2 masjid dan juga berkemungkinan akan ada pula suara suara yang melebelkan masjid (baru) yang dibina ini atas dasar untuk mengalih fahaman parti politik tertentu ataupun dikatakan atas dasar "projek" semata mata.Saya akan cuba dapatkan pendapat dari orang ramai secara rambang selepas ini,insaaallah..... akan bersambung !tunggu.....

(contoh borang yang dimaksudkan)




(bilal masjid lama)








Terkini:


menurut imam masjid lama (video video diatas) setakat ini mengikut bancian suara melalui borang yang diedarkan seramai 130 lebih sudah bersetuju supaya masjid lama dikekalkan untuk jamaah bersolat jumaat dan solat solat waktu yang lain disini,ini bererti dua masjid satu kampung akan berfungsi selepas ini,begitulah keputusannya kelak, rasanya lah....


adidah tok ayah su (atas) - ingin mohon jadi imam....bolih??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan