Kalau orang kata dasar pembelajaran dinegara Komunis memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya jadi samada kita bersetuju atau tidak polisi negara kita Malaysia sendiri pun mulai tahun depan murid murid sekolah akan mendapat pendidikan percuma juga (rujuk imej 2 intipati pembentangan Bajet untuk tahun 2012) tetapi persoalannya adakah ianya betul betul percuma atau sekadar hanya manis dibibir seumpama telunjuk lurus kelingking barkait. dan gimik semata?
(imej2)
sambungan....
Tak tahulah pulak sebab apa sejak akhir akhir ni hati aku rasa malas semacam je nak menulis ataupun menaip,tapi bila difikirkan balik kalau pisau pun jika tak rajin diasah pasti akan naik berkarat dan jadi tumpul pulok,maka diatas kesedaran itu dan bimbang takut takut minda ni juga turut naik berkarat jadi biarlah jari jemari terus dan akan terus mengetuk getuk dashbord dan gerakan mouse untuk melakarkan apa yang ada dan bersarang difikiran pada ketika ini. Diharapkan hasrat untuk menyampaikan mesej tertentu akan terus bernas dan bolih diterima ramai.Walaupun begitu ada kalanya kita terpaksa berkorban sedikit masa dan tenaga malah berkorban pendapatan sekalipun ada yang sanggup berbuat demikian.Begitulah juga bentuk gambaran pengorbanan seorang guru demi suatu kepentingan bersama buat anak anak didiknya.
Tetapi persolannya sejauh manakah kesanggupan seseorang guru itu berkorban untuk mencurah bakti memberi ilmu atas nama mahu melihat kecermelangan yang bukan saja untuk murid murid malah bolih meningkatkan pencapaian prestasi nama baik sekolah? Dizaman serba maju dan mahu mengejar kehebatan nama ini jarang kita jumpa orang bersikap seumpama lilin,iaitu membakar diri sendiri untuk memberi cahaya yang cerah kepada orang lain.Sebab itulah munculnya sekolah yang menyorotkan anak murid yang kurang cerdik dari masuk apa jua peperiksaan kerana bimbang nama sekolah akan jatuh ranking kebawah.
Sambungan....
Jesteru itu untuk membuktikan pengorbanan jugalah maka para ibubapa juga terpaksa membayar bagi memastikan anak anak mereka mendapat didikan dan tidak mahu tercicir,tetapi persoalanya adakah semua ibubapa itu mampu? jika hanya dipilih pilih antara siapa yang mampu dan siapa yang berminat sahaja sudah tentu sasaran untuk mencapai peratusan kecemerlangan tidak akan tercapai,sedangkan bajet untuk tahun 2012 baru baru ini dikatakan untuk keseluruhan murid dan sekaligus ingin merengankan beban para ibubapa.Tetapi malangnya usaha itu telah dipintas awal awal lagi sekali pandang hasrat kearah "percuma" itu sudah jadi terbantut,apakah ini satu kerja mensabotaj?
Disinilah juga betapa peri pentingnya suara dari PIBG (persatuan ibubapa dan guru) bolih memainkan peranannya.Jika pandangan dari PIBG tidak mahu diambil kira apalah maknanya? maknanya suara majoriti dipinggirkan,betulkah? jika begitu kesannya kelak tetap akan balik kepada ibubapa itu juga dimana lambat laun akan timbul satu krisis yang tidak memihak dan kurang keyakinan kepada kerajaan pusat yang ada,manakala untuk menjaga hati pehak tertentu yang berkepentingan maka lahirlah satu jalan untuk memudahkan cara dengan mengedarkan satu borang iaitu borang "orang miskin" untuk diisi olih ibubapa yang tidak bermampuan tadi,walaupun dimalukan sedemikian rupa tetapi apakan daya demi anak anak terpaksalah ibubapa menebalkan muka,barulah puas hati engkau...begitukah?
Lalu terbayang dan bermain main difikiran ini jika seandainya aku dijemput kemesyuarat PIBG untuk membincangkan perkara (isu) ini kelak apa yang akan aku perkatakan didalam majlis mesyuarat itu nanti ? Jawapan aku mudah sahaja...iaitu fikirkan atau tanya sama ada aktiviti kem atas nama kecermelangan ini bolih dimenafaatkan olih semua murid ataupun hanya untuk segelintir murid dari kalangan keluarga elit sahaja? jika tidak lebih baik dibatalkan atau jika peratusannya kehadiran murid secara menyeluruh jadi adalah baik diteruskan.
Saya ulangi sebagaimana yang disebut tadi,jika dipilih pilih siapa yang minat dan siapa yang mampu maka jawapannya manalah hendak dicari murid murid yang benar benar minat belajar, melainkan jika ada sokongan,dorongan dan sedikit paksaan dari ibubapa/penjaga itu sendiri barulah lahirnya keinginan untuk belajar itu.Begitulah juga bagi pehak ibubapa sudah tentu tidak ada dikalangan para ibubapa yang tidak mahu anak anaknya yang terlepas peluang menyertai mana mana program yang difikirkan memberi kebaikan buat anak anak mereka.Cumanya terdapat faktor tertentu yang bolih menghalang hasrat itu antaranya ketidak mampuan dari segi keawangan dan sebagainya....
Tok ayah su-mengorbankan poket untuk anak sekadar termampu....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan