Salam hormat!
Mungkin tiada siapa yang tahu dan jika ada yang tahupun tidaklah seramai mana iaitu dari mana asal usulnya kaklimah (perkataan) "keadilan" itu.Walaupun setiap kerja baik itu termasuk adil itu ada kaitannya dengan agama dan segala yang mungkar dan buruk lagi keji dicegah olih agama,namun keadilan yang saya mahu maksudkan ini adalah satu tindakan keputusan yang dibuat olih satu keluarga melayu islam didalam soal pembahagian harta pusaka tanah rezab orang melayu olih keluarga tersebut.Ini bukan satu cerita rekaan sebaliknya ia benar benar berlaku dan ada fakta bukti yang nyata.Dan bertitik tolak dari dalil ini dia nya telah dijadikan hujah berkempen olih beberapa tokoh politik untuk memujuk bagi meraih undi supaya memilih sebuah parti yang memperjuangkan keadilan.dikawasan Parlimen Machang Kelantan.Hasil nya Parti keadilan telah pun menang didalam Pilihan raya yang lalu disana.
Ceritanya agak panjang tetapi sebagai rengkasanya lebih kurang begini... mengikut cara pembahagian harta pusaka didalam agama islam kita bolih diberi pilihan (menurut ulama" yang telah dirujuk olih keluarga bersaudara tersebut) Pertamanya bolih dibuat secara fara'id mengikut hukum syarak dengan kaedah pembahagian 2/3 bahagian untuk lelaki dan hanya satu bahagian untuk kaum perempuan,manakala cara kedua ialah diatas dasar suka sama suka dan redho meredhoi secra seiklas hati diantara sesama yang menuntut iaitu dengan dibahagikan secara sama banyak iaitu 50/50 tanpa mengira gender ataupun jantina.Jadi mana satukan yang lebih adil? dan siapakah yang lebih untung dan terbela? kaum lelakikah ataupun kaum perempuan? kalau perempuan yang untung kenapa tanggung jawab mencari nafkah dibebankan kepada kaum lelaki? jawab jangan tak jawab....
sedar tak sedar sudah sebulan saya tak menyambung artikal ini,maknanya sebulan jugalah saya berpuasa menulis.Ini bukannya disebabkan olih apa apa halangan,cumanya saya mengambil masa untuk menalaah dan membaca tulisan dari orang lain dengan melayari dari satu blog kesatu blog kemudiannya pula metinjau pula keFB rakan rakan,maklumlah semenjak tahun baru 2012 ini suasananya namapak semacam sudah ada deman bahan pilihanraya,sebab itu ramailah apa yang saya lihat tokoh tokoh politi9k sudah mula ada yang turun padang sambil memberi itu dan ini kepada orang ramai,Pada siang tadi saya difahamkan disini ada ramai dikalangan peduduk kampung keluar kedewan orang ramai untuk menerima pemberian apa yang dikatakan wang BRIM rm 500 seorang tu.Ada yang membuat enologi dengan mengatakan duit itu seumpama telur penyu,ertinyan telur orang bolih makan tetapi ibunya pula tidak bolih.Jadi apa salahnya diambikkan saja duit tersebut.
Bagaimana pula dengan saya sendiri?sebnarnya saya bukanlah nak tunjuk ego kononnya sudah banyak duit,tidak...cuma saya tidak rasa berkenan dan berat hati nak datang isi borang dipejabat DUN UBN sebabnya penuh dengan bendera berwarna biru ketu dan tidak terbiasa dengan suana sebegini seolah olah sudah menjadi satu program mirip kepartian pulak.Itu sebabnya say agak elergik sikit tuWalaupun dalam hati berketak terasa ingin juga merasa pembrian duit tersepak tersebut (walaupun selepas ini akan disapu balik olih mereka dengan pelbagai cara).namun terpaksa ditahan melawan nafsu sendiri.Dan agak dukacita dati apa yang diberitahu terdapat diakalangan dari ibu tunggal yang sepatutunya layak menerima tetapi entah bagaimana namanya telah hilang tercicir.Begitu jugalah dengan saya,kalau tak pergi terima dikatakan saya sudah kaya kalau pergi terima dikata tauke pun bolih terima duit tersebut,macam mana ni?
Olih itu saya tidaklah mahu syok sendiri atau pun mengaku buat pura pura susah untuk mendapatkan pitih tersebut..Kerana soal susah senang ni,ada orang yang bolih beri maklumat tipu tipu,kalau setakat ada sebiji kerata sedang lama dan sebuah rumah dengan hasil pinjaman bank jika dikatakan sudah kaya makanya ramailah muka muka senang atau sudah kaya'Kmudian jika ada perniagaan dengan keadaan ekonomi yang terumbang ambing seperti sekarang sudah dikata kaya maka ramailah dikalangan para peniaga yang tidak layak menerimanya pemberian tersebut.Cuma saya nak katakan secara jujur bahawa saya tidak pernah menerima perberian dari siapa siapa dengan jumlah ratusan ringgit tanpa mengeluarkan setitik peluh terlebih dahulu,ertinya atas nama peribadi tidak pernak terima kecuali disebabkan olih pemberian kecermelangan anak anak dalam pelajaran sekolah mereka,itu saja..
bersambung lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan