arkib

Selasa, 5 Jun 2012

Ucap selamat (Doa) Hari Bapa

salam hormat!
Sedar tak sedar kini telah pun masuk bulan Jun,ini bererti kita semua telah berada dipertengahan tahun 2012,banyak perkara telah berlalu dan berlaku disepanjang tempoh enam bulan itu.diantara peristiwa yang terhangat sekali ialah perhimpunan BERSIH 3.0 iaitu satu perhimpunan berskala besar yang mahu menuntut satu pilihanraya umum yang bersih lagi adil, manakala penentuan tarikh PRU13 yang ramai menjangka pada bulan Jun ini telah tidak menjadi kenyataan.

Dicelah celah masa 6 ini terdapat hari hari yang diraikan,diantaranya hari Pekerja,Hari Guru,Hari Ibu dan sehari dua ni datang pula hari Bapa.Meskipun hari hari yang disebut itu diraikan secara khusus namun demikian sebagai seorang anak yang benar benar bertanggungjawab sebagai seorang yang mengenang budi kepada jasa kedua orang tuanya maka tidak semestinya menunggu tempoh masa hanya pada hari hari tertentu itu sahaja. Contohnya untuk mendoakan kesejahteraan mereka jadi bolih sahaja dilakukan pada ketika selepas solat, sedeqahkan alfatihah atau tahlil rengkas kepada arwah ibubapa jika mereka sudah tiada,meninggal dunianya mereka tidak bermakna hubungan antara anak dengan ibubapa itu telah langsung terus terputus.Ini jelas diterangkan dalam satu hadith yang berbunyi ":Daripada Abbas r.a.w katanya,telah bersabda Rasulallah S.A.W iaitu bermulanya hubungan dengan simati didalam kubur itu seperti orang yang sedang karam dilautan,mereka sering menunggu menunggu pertolongan (DOA) dari kalangan anak anak ataupun saudara mara mahupun dari teman temannya dan apabila doa dibaca maka akan senanglah (simati) bagaikan mendapat segala nikmat yang terdapat didunia".Manakala Aaishah isteri nabi menceritakan Rasulallah pernah bersabda "sebaik baik diantara kamu ialah merka yang berbuat baik kepada keluarganya, manakala aku juga (nabi) berbuat kebaikkan kepada keluarga ku" (Riwayat Al-Tirmizi).

Para pembaca budiman! jika hendak dihuraikan peranan dan kewajipan Bapa bersempena hari yang disambut pada kali ini tentulah panjang berjela,tetapi bukanlahlah niat saya hendak mengajar kepada pembaca sekalian cuma hanya sekadar hendak mengimbas untuk mencari jawapan apakah peranan sebenar kita sebagai bapa khususnya bagi seorang yang beragama islam,Firman Allah S.W.T yang bermaksud "Wahai orang orang beriman (yang tidak beriman?) peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari azab seksa api neraka dimana kayu api bakarnya terdiri dari batu batu dan jiwa manusia,disana tedapat malaikat penjaga yang gagah perkasa tanpa ingkar akan segala arahan Allah" (Al-Tahrim:6). Olih kerana itu jika benar anda seorang yang beriman maka sudah tentu anda tidak sanggup menjadi seperti siChe"Gu Pa Kemuning yang durjana itu,bersubahah mengkurniakan tanah yang tidak sah hak milik mengikut hukum kepada anak anak generasinya itu.Tuan empunya tanah yang asal tidak sekali kali meredhokan kamu semua dan sianak cucunya juga tidak menghalalkannya......

40 tahun lalu

40 tahun tahun dulu disinilah (x) telah berkibar megahnya bendera bulan (PAS) melintangi jalan yang dipasang olih seorang cucu kepada seorang nenek tua yang tabah lagi cekal yang pada ketika itu lawannya kapal layar iaitu parti Perikatan sebelum ianya ditukar kelambang Dacing.Masih terngian ngian ditelinga sinenek menyebut "abe puzi mu nok bagi seekor lembu suroh nenek tukar parti pangkah kapal layar pulok".Haa...itulah dia....soal merasuah lembu dalam politik pilihanraya ini telah pun dulu dulunya pernah berlaku.Olih kerana kecekalan nenek yang sentiasa berisqomah dengan perjuangan PASnya maka soal lembu tidak dipandang langsung.Biar miskin harta namun komitmen nenek tetap utuh dengan Parti Pas.Walaupun yang mahu menawarkan lembu itu merupakan seorang cucunya juga berjawatan JKKK pada ketika itu.Meskipun masa telah 40 tahun berlalu akan tetapi imbasan kenangan lama bagaikan baharu sahaja semalam berlaku.Inilah satu tanda kebesaran ayat yang berbunyi "jangan menyangka orang yang mati dijalan Allah itu mati,sedangkan mereka hidup disisi tuhan lagi memberi rezki"(Ali Imran:169)


Tok ayah su-Ad-Addinun Nasiihah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan