Salam hormat!
Pada mulanya saya beranggapan sesiapa yang berada didalam Jawatankuasa PIBG sekolah ini hanyalah memegang satu jawatan yang dianggap biasa biasa sahaja,tidak apa fungsi lain melainkan untuk membantu pehak sekolah bagi meningkatkan tahap pembelajaran dan pengajian anak anak,akan tetapi setelah beberapa tahun berada didalam JawatanKuasa PIBG jadi sedikit sebanyak saya telah dapat menilai dan mengkaji akan kepentingan Ajk ini.Jika sebelum ini sekiranya ada surat jemputan panggil bermesyuarat maka saya buat acuh tak acuh untuk hadir,rupa rupanya dengan ketiadaan saya didalam majlis mesyuarat tersebut telah berlaku berbagai bagai perkara atau agenda yang dicadangkan dan diputuskan.Sebahagian daripadanya didapati bolih memberi impak lantunan balik bagaikan biji bola squas yang dipalu kedinding, bukan sahaja bolih terkena kepada batang hidung sendiri malah kepada ibubapa yang berkaitan secara keseluruhannya.
Sebenarnya saya bukan sengaja tidak mahu hadir kemesyuarat PIBG tersebut,akan tetapi memandangkan disebabkan keadaan masa yang terpaksa dibahagi dua dan perlu pilih salah satu daripadanya iaitu tuntutan mencari nafkah keluarga sedangkan PIBG hanyalah satu kerja sukarela yang tidak mempunyai apa apa elaun kehadiran. Malangnya.... seperti yang saya katakan tadi tanpa kehadiran saya,terdapat daripada agenda yang dikemukakan itu tidak berbahas dan diluluskan begitu sahaja. Almaklumlah ada diantara ahli jawatan kuasa yang tidak ada mempunyai anak bersekalah disini,bolih jadi kerana itulah agaknya ada yang langsung tidak sensitif akan kesan yang akan ditangung olih para ibubapa sekalian.Seperti biasa, ada dikalangan mereka berfikir bahawa apalah sangat nak digaduhkan sebab para ibubapa masing masing yang telah ada menerima pelbagai bantuan sara hidup antaranya wangoff (tutup duit) BRIM, wang bantuan tengelam air banjir dan macam macam lagi,maka kerana itu kenapa diperkira sangat nilainya hendak dibayar balik kesekolah dengan kadar rm 1.00 sehari untuk tempoh setahun yang berjumlah rm 360.00 bagi seorang anak....untuk makluman,kutipan ini bolih diketegorikan pecah rekod kerana "ini kalilah" satu satunya jumlah yang dijangka paling tinggi akan dikutip daripada ibubapa olih pehak sekolah. Jadi sudah bersediakah wahai ibubapa sekalian untuk membayarnya? Walau bagaimana pun, anda masih berpeluang untuk bersuara didalam majlis mesyuarat Agong PIBG yang akan diadakan pada awal Mach nanti.Keputusan mutlak terletak ditangan anda....disamping itu yang menariknya juga, waktu cuti pun ada pengisian ,bolih berehat rehat dimana mana chalet terpilih sambil berkelas motivasi dan sebagainya.Masa kelas malam juga ditambah, ditahun lepas hanya sebulan sahaja akan tetapi pada tahun ini akan dibuat secara tiga bulan berterusan. Seandainya UPSR pada tahun ini, murid murid tidak lagi bolih banyak dapat A memang tak tahu nak kata apa dah.....ibarat kata usaha tu telah dibuat sampai "habis tea....."
akan bersambung....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan