arkib

Jumaat, 15 Februari 2013

Dairi kehidupan (sambungan siri 6)

salam hormat!
Penulisan pada siri 6 yang lepas saya ada  menyentuh pasal politik dan juga pendidikan,untuk kali ini saya mahu menyambung sedikit lagi mengenai nya,terdengar didalam mesyuarat cawangan ada membincangkan bab pendidikan pra awal didikan kanak kanak iaitu diPusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Pelbagai pandangan telah disampaikan olih ahli korum antara lainnya ketidak padanan imbuhan atau gaji yang diperolihi olih para guru PASTI ini,ada pun gaji mereka itu semata mata diambil dari lebihan yuran yang dibayar olih ibubapa, bagi menampung ketidak cukupan maka cawangan telah mengambil inisiatif untuk TopUp , masaallahnya duit cawangan adalah hasil dari sumbangan dari ahli juga, kalau ahli itu seorang yang agak daif bagaimana hendak menyumbang sedangkan ibubapa murid yang belajar itu sendiri ada yang lebih senang berbanding dengan ahli yang perlu menyumbang tadi...saya ada sedikit pengalaman lalu,pada waktu itu terdapat macam macam tomahan beracun kononnya guru guru sekolah PASTI ini tidak tahu atau tidak ada kelayakan mengajar sehinggakan terdapat murid yang tidak bolih membaca dan menulis walaupun sudah 2 tahun berada diPASTI,yang bolih hanyalah menghafal doa doa pendek, itu sahaja...disebabkan dek kerana termakan hasutan itulah  maka ada dikalangan ahli Pas sendiri telah menghantar anak mereka keSekolah Pra Kebangsaan. Menteliti sedemikian terbawa bawa sama didalam soal hendak menyokong atau memilih calon didalam pilihanraya, ada yang beranggapan jika selain dari UMNOBN  maka tidak akan bolih calon atau parti itu memerintah,sebab pengalaman UMNOBN sudah terbukti sebelum ini,sedangkan Pas (PR) belum lagi teruji akan kebolihan memerintah,sebab itulah ada dikalangan penduduk dipendalaman sini merasa sangsi.

Masaalahnya sekarang ini timbul pula isu siapa calon bersih yang dijangka bolih menang? didalam satu perbualan kedai kopi, terdengar ditelinga saya iaitu calon bersih dan dijangka bolih menang itu memang ada, akan tetapi ongkosnya kuranglah pulak, almaklumlah calon bersih sudah tentu tidak pandai makan rasuah, tidak pandai nak mengelat gelat itu ini,menipu begitu begini, memang lurus bendul betul,jika sebelum ini dia sudah pun seorang MP akan tetapi tatkala pergi untuk menyampaikan apa apa sumbangan maka yang digunakan ialah dari peruntukkan yang sedia ada dimana mana kementerian ataupun jabatan yang berkaitan.Ini berlainan dengan ADUN lain yang kebanyakannya ada sponsering dari mana mana pehak swasta mahu pun kontrakter.Siapakah dia itu? jeng... .jeng... .jeng.... .bersambung
sambungan> 
menyambung cakap cakap kedai kopi tentang membicarakan calon bolih menang atau bersih ini sudah pasti terkeluar juga nama nama calon yang tak lepas dari tapisan....ah malaslah pulak  nak ulas panjang panjang lebar sebab sudah agak lari dan tergelincir sikit dari topik asal.
Tulisan diatas telah diberek secara mengejut.... keadaan sebegitu biasa berlaku ketika memandu kenderaan.malah saya pernah melihat kenderaan yang dibelakang menyondol kenderaan dihadapan,kisah itu terjadi kebanyakanya dilampu isyarat,mungkin pada sangkaan pemandu dihadapanya mahu meneruskan kelajuan kerana lampu masih kuning tapi entah macam mana kereta dihadapan teragak agak kemudian eie...eie....eie.....kiauttt.....diberek mengejut, apa lagi kendeeraan dibelakang pun turut berek ier...ier...ier....kesudahannya beerdegummm....hentam belakang.daa..
Secara kebetulan saya juga mempunyai sedikit pengalaman dalam mendidik atau melatih pemandu baru disemasa dalam perkhidmatan dulu kemudian apabila dibandingkan dengan sikap pemandu pada hari ini  ternyata teramat jauh lari dari apa yang sepatutunya apa yang mereka pelajari dahulu,jika didalam teori diatas kertas jika sendainya sesebuah kenderaan terlibat dalam kemalangan,perkara pertama jangan tuduh menuduh dulu siapa yang bersalah kerana dikhuatiri akan menimbulkan salah faham dan berkemungkinan bolih terjadi pergaduhan ditempat kemalangan ,tidak ada mahupun sesiapa dari mana mana manusia yang sengaja mahu mempertaruhkan nyawa dengan sengaja melanggar atau mahu dilanggar,kecuali dalam cerita P.Ramli sahaja ada orang yang mahu rumahnya dirompak,begitulah juga jika ada orang yang mahu disengajakan agar keretanya dirempuh itu bererti perangainya ataupun otaknya sudah gak senget sikit,walau bagaimana pun ada juga cerita karut yang mengatakan terdapat orang sengaja mahu membakar rumah atau bangunan miliknya dengan tujuan untuk menuntut pampasan insuran,wanauzubillah...mintak disimpang jauh akan perangai sebegini. Apa pun tidak dinafikan terdapat juga dikalangan pemandu khususnya lori tereller yang panjang panjang itu kadangkala jalan berjujut jujut konvoi 3 buah serentak dengan jarak yang amat dekat sehinggakan menyukar kenderan lain hendak memotong kerana kedudukan yang rapat. Namun bagi pemandu lori yang agak berhemah sikit ada yang lebih bertimbang rasa, siap beri laluan dengan memberi lampu signal kiri sebagai isyarat bolih memotong.Itulah lagak dan ragam pemandu yang pernah saya jumpa.
Terdapat satu percakapan politik yang amat dangkal mengatakan orang islam dahulu pakai (naik) unta sahaja jadi kenapa orang islam sekarang mahu pakai kereta atau pengangkutan udara canggih yang ada pada hari ini? keh....keh...keh....jika dikaji sejarah awal ketamadunan,akan jumpa kenyataan bahawa orang islamlah yang terlebih dahulu menerokai peralatan yang canggih canggih sebelum keilmuan itu diceduk dan dimbil olih orang bukan islam.Saya ada buku buku pengesahan tersebut tetapi entah bagaimana apabila salah seorang anak membawanya kesekolah (Mahmudiah) jadi terus hilang disitu dan diwakafkan terus disana.

Akhir kalam....mengimbas sedikit lagi disemasa awal dalam perkhidmatan tentera dahulu,terdapat dikalangan rakan rakan yang mempunyai masaallah untuk mengadakan wang bagi menampung keperluan perkahwinan. Jadi seingat sahaja dimasa itu ada diantara kami dibenarkan meminjam wang dari tabung kebajikan,makanya tidaklah diketahu lagi buat masa ini apakah cara tersebut masih lagi dipraktikkan.Jika dibolihkan untuk diteruskan cara tersebut saya rasa sangat baik kerana setidak tidaknya dapat merengankan beban mereka (anak bujang) untuk buat persiapan kahwin,almaklumlah untuk menghimpun dan menyimpan wang hasil dari wang gaji sudah tentu memakan masa yang agak lama.Ini adalah satu pandangan dari saya sahaja walau bagaimana pun terpulanglah kepada budi bicara pehak pasukan masing masing.
Tok ayah su-mahu mengucapakan takziah kepada keluarga bekas bekas pahlawan (tentera) yeng telah pergi.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan