sisipan berita akhbar SH |
Semenjak dua menjak ni saya asyik dok belek belek laman facebook sehingga pengisian blog tidak terusik,lama tidak dikemas kini.Apa yang menarik perhatian saya ialah apabila melihat terdapat dikalangan rakan rakan veteren senior (bekas tentera) sudah ada akaun facebook sendiri, kerana itulah timbul minat saya untuk memerhati, meneliti serta membuat sedikit analisa, apakah yang mereka tulis dan poskan untuk berkomunakasi diantara sesama sendiri.Kalau tinggal dekat dekat sudah tentulah diwarung warung atau restoran menjadikan tempat mereka bertemu muka akan tetapi sejak akhir akhir ini sudah ada trend baru pulak, facebook pula menjadi tempat mereka bersembang sembang,nampak gayanya facebook kini menjadi parlimen tidak resmi buat mereka,malahan telah bolih menjadikan ruang untuk mereka menjejaki rakan rakan lama yang mana telah berpuloh tahun sudah terputus hubungan tidak bertemu.Tidak kurang juga ada yang bertanya khabar dan mengirim khabar rakan rakan lain lain yang tidak dapat berkomukasi,macam macam kesah nasib diri selepas bersara serta suka dan duka dapat diceritakan secara tak langsung.
Buat mereka yang menjadi ahli persatuan serta aktif menghadirkan diri didalam anjuran aktiviti persatuan sudah tentu mudah kerap dapat bertemu.Kebaikan disebalik berpersatuan ini bolih ditafsir ada 2 keadaan iaitu kebaikan dan keburukannya.Diantara keburukannya apabila persatuan telah terpesong arah dengan membawa egenda egenda politik contohnya dengan memburuk buruk parti parti politik tertentu disamping melobikan individu tertentu untuk diangkat mengambil tempat menjadi calon kepimpinanan parti.Dimasa yang sama sepatutnya perkara yang bolih memberi kebaikan kepada ahli ahli diperjuangkan bukan diabaikan, sebab apa jadi begitu?sebabnya ahli mudah terlena dengan ulekan dodoi sidodoi sipolitiking Itulah yang dapat saya perhati, Matlamat dan objektif persatuan bolih hanyut dengan hanya sekadar untuk datang bertemu mata dan menjamah juadah yang dihidangkan, kemudian jumpa lagi ditahun hadapan, begitulah seterusnya yang berlaku berulang ulang sehingga nyawa hilang dikandung badan.
Sebenarnya ahli persatuan bolih berganding bahu sesama sendiri,itulah antara kebaikannya, bab kata idea dari seorang ahli katanya mudah sahaja caranya untuk menolong sesama sendiri,bayangkan dengan ahli seramai 50 ribu orang jika pakat pakat dikumpulkan sebanyak RM 10 seorang setiap bulan ianya sudah berjumlah rm500.000 terkumpul. Tabungan ini pakai konsep ala "main kutu" sebagaimana dilakukan olih suri rumah dikampung kampung pun sudah memadai. Kalau sudah mempunyai keuwangan sendiri, ini bererti bukan setakat bolih berbakti sesama ahli untuk memulakan perniagaan malah kepada masyarakat lain diluar sana juga. Jika ditubuhkan koperasi pun ada masaalah juga sebabnya terdapat dikalangan ahli yang tidak ada kemahiran dan kepakaran untuk menguruskannya, ini diakui sendiri olih bekas Ketua Cawangan, katanya pernah sebelum ini koperasi ditubuhkan tetapi lingkup tak berkubur.Maka olih kerana itulah persatuan terpaksa bergantung harap dengan tokoh tokoh politik, jadi jangan hairanlah jika sampai bila bila pun bekas tentera hanya dipandang layak menjadi macai berkerja sebagai kuli kuli menjadi JAGA dan kurang dihormati.
Eh...eh...eh...sedar tak sedar nampak gayanya tulisan saya ini pun sudah melencong dan lari tajuk,
bersambung.....
Sambungan- Nampaknya saya terpaksa tutup topik buat sementara sebab masih ada lagi perkara yang nak saya luahkan berkenaan hal ehwal veteren ini,jika diperhatikan sekali imbas nampak seoalah olah seperti saya mahu mengajak rakan rakan ahli veteren membenci atau anti dengan membelakangkan pimpinan/tokoh politik, tetapi sebenar tidak, bukan itu niat saya,kalau bolih saya mahu mengajak ahli untuk beriktiar secara sendiri dahulu, kemudian barulah mohon pertolongan, agama pun menyarankan begitu,disuruhnya kita berbuat sesuatu terlebih dahulu barulah mohon pertolongan dengan susulan doa,olih kerana itu saya bukan cakap kosong,pernah saya membuat satu kertas kerja untuk menerangkan plant perancangan.Tetapi itulah seperti saya katakan tadi,olih kerana menteliti lama masih membeku dan tidak mahu berubah untuk membuat anjakan paradigma, tetap mahu meneruskan tradisisi lama dengan menadah Tabung Rayuan Hari Pahlawan atau meminta minta belas ehsan dari ADUN maka dengan itu masalahnya akan balik semula kepada ahli khasnya dan juga kepada orang awam yang lain juga amnya.Bagaimana?
sisipan akhbar SH |
imbasan lalu... |
Imbasan draf kerja berkaitan (contoh) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan