sisipan akhbar SH dan lakaran |
Qululinap sin za ikatul mautt (setiap yang hidup pasti akan mati) samaada pemergiannya itu masih didalam usia muda atau tua adalah diatas kekuasaan Allah jua,sekira sudah sampai masanya tidak akan dipercepat atau dilewatkan walaupun sesaat.Berbahagialah kepada mereka yang dapat mengumpulkan bekalan yakni amalan baik disemasa hayatnya didunia akan tetapi celakalah kehidupan diakhiratnya kelak seandainya bekalan yang dibawa itu tidak dapat mencukupi untuk menampung keperluan disana nanti.Tidak bermakna jika kaya harta didunia akan tetapi bankrap amalan diakhirat.Seperti mana kata penceramah didalam majlis israk mikraj "jika didunia bolih dipakai pakej pakej, nak naik haji nak pergi tunai umrah malah nak buat urusan pengkebumian jenazah pun bolih dipekejkan kepada orang yang tahu, akan tetapi apabila disana (akhirat) nanti sudah tidak sesiapa yang dapat membantu melainkan hanyalah bekalan amalan yang kita bawa semasa didunia duhulu" kata penceramah yang sempat saya dengar dimasjid pada minggu lalu.
Saya bangkitkan soal ini adalah semata mata untuk merasa syukur kerana masih lagi diberi nikmat sihat tubuh badan, masih lagi diberi kekuatan untuk aktif menjalankan aktiviti ataupun kerja kerja harian miskipun impian dan perjuangan belum selesai....saya sedikit sayu apabila melihat dan mendengar rintihan anak bongsu kepada kakak saya yang baru meninggal baru baru ini, katanya dia baru sahaja kandungkan anak sulung tetapi sayang anak sulungnya yang bakal lahir itu nanti tidak sempat dilihat olih neneknya (kakak saya).
Itulah sebabnya saya bersyukur sebabnya jika diberikan masa masih lagi panjang umur maka saya akan dapat melihat generasi demi generasi bermula daripada zaman datuknenek kemudian ibubapa saya, generasi anak saya dan juga anak anak saudara yang umurnya hampir sebaya dengan anak anak saya sendiri, seterusnya kegenerasi cucu cicit jika diizinkannya, ini bermakna generasi ke4 ataupun ke5.
Cumanya yang agak terkilan ialah apabila berlakunya keretakan hubungan dikalangan anak beranak ini apabila tatkala urusan pesaka peningalan arwah tidak dapat dibereskan dalam masa yang cepat, contohnya jika terdapat sebidang tanah peninggalan walaupun luasnya hanya sekangkang kera namun tidak bolih dibuat mudah, main ikut pakai kehendak sendiri, ianya perlu diagih dan dibahagi bahagikan mengikut hukum agama (faraik) atau pakatan keluarga. Disinilah punca masaallahnya apabila pehak kerajaan atau pun pejabat tanah juga mengenakan kos yang agak tinggi terutama untuk membuat pecahan lot lot dan sebagainya.Didalam ramai ramai saudara yang ada itu terdapat juga yang mampu dan tidak mampu untuk pakat pakat keluarkan modal, apabila timbul masaallah sebegini sudah tentu masaallahnya akan jadi sukar untuk diselesaikan dengan segera malah bolih meleret jadi bertingkat tingkat apabila terdapat kes kematian terbaharu yang melibatkan orang yang berhak kepada pesaka berkenaan.Sebab itu didalam sesetengan kes ada juga yang mahu mengambil jalan mudah dengan menjualkan sahaja eset tersebut kemudian diagihkan dengan wang ringgit. Dalam jangka pendek langkah itu memang dilihat cara penyelesaian terbaik namun untuk jangka masa panjang, apa yang tinggal untuk generasi seterusnya? generasi hari ini akan dipersalahkan jika kehidupan mereka kelak hidup merempat dan bergeladangan dikaki lima tanpa rumah dan tanpa tanah sendiri.
bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan