arkib

Sabtu, 30 Ogos 2014

Tarbiah Merdeka 3suku

Salam hormat!
Didalam masjid nampok comel, ucapan khatib membaca khutbah pun berlapik, "musuh sebenar kita adalah iblis dan syaitan,kalau diri kita masih bertuhankan nafsu ini bermakna kita masih lagi belum merdeka maknanya masih lagi dijajah olih syaitan,kalau dahulu diri kita dibelenggu olih bangsa asing yang kita panggil penjajah tetapi apa erti merdeka seandainya diri dan nafsu kita kini dikepung serta dikawal olih iblis"begitulah bunyinya sebahagian intipati tek khutbah jumaat dimasjid.

Namun bila diluar masjid lain pula nadanya. "Musuh kita adalah manusia yang berperangai syaitan, berperangai jahat, zalim, kianat,pasang bendera atau tepek bendera dikereta seumpama pengkhianat, sebab apa? sebabnya dianggap menyokong kerajaan UBN yang pendukung egenda penjajah" (baca: melaksanakan perlembagaan yang tidak selari dengan kehendak ciri ciri sebuah negara islam sebenar)

Apakah tarbiah sedemikian itu benar? terlalu taksub dengan politik kepartian sehinggakan sesiapa yang memasang bendera jalur gemilang akan dicemuh,apatah lagi jika ada ahli parti yang berkeras mahu memasang juga maka pasti akan menjadikan bahan ketawa malah dikatakan berperangai 3suku "otak putus urat wayar...kepala masuk air' dan macam macam lagi gelaran akan dilebel dan diberikan.

imej dipetik dari FB rakan
Masa dulu dulu ada tok guru disekolah saya royat "terdapat seorang pejuang didalam satu pertempuran diantara kaum kafir dengan orang islam dizaman nabi, didalam keadaan kelam kabut itu tiba tiba tangan kanan pejuang yang memegang panji panji (baca:bendera ) islam itu terkena libasan pedang musuh lalu putus, namun beliau tidak berputus asa, disambar dan dipegangnya lagi dengan mengunakan tangan kiri.Didalam pertempuran yang sengit itu, pejuang tadi jatuh gugur syahid, walau bagaimana pun sebelum dia menghembuskan  nafas terakhir,sempat juga dia menyerahkan panji panji (bendera) yang dipegang itu kepada pejuang lain pula, begitulah nak digambarkan betapa peri pentingnya sesebuah panji panji itu bagi satu satu kaum dipertahankan.

Cuba tanya diri kita sekarang ini? bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan