arkib

Selasa, 5 Ogos 2014

Ini dia jawapan polis....

Salam hormat!
Saya ada beberapa kisah yang rasanya perlu dikongsi baca olih pengunjung blog, ini bukan drama rekaan semata mata tetapi kisah benar,drama masyarakat melayu yang saya dengari semasa didalam suasana menyambut hari raya tempoh hari,bukan nak buka pekung didada tetapi satu pendedahan dengan harapan agar dapat dijadi pengiktibaran.Untuk menjaga privisi seseorang jadi tak perlulah saya  menyatakan nama sebenar individu terlibat.

Kisah 1
"Suasana hari raya aidil fitri tahun ini nampaknya macam macam perihal yang sadis berlaku,jika diluar negara saudara seislam kita diGaza bermandi darah kerana tiada seinci pun tanah dan tempat kediaman mereka yang dikata selamat dari ancaman pengeboman dan bedilan dari kafirun zionis israil laknatullah.Ditanah air kita sendiri tidak kurang juga yang dilanda duka,apa tidaknya dari kes MH370 hilang ditambah pula dengan terhempasnya MH17 yang dikatakan berpunca dari tembakan olih dua puak yang bertelagah diUkraine -Rusia"Kata pok Ali memulakan perbualan."Kita hanya sekadar mampu bersimpati disamping menghulurkan sedikit sokongan moral agar keluarga yang terlibat itu tabah menghadapi ujian dari illahi"tambahnya.

Walaupun begitu Pok Ali sendiri pun menghadapi situasi yang tidak menyenangkan hati,sepatutnya pada hari raya perlu disambut dengan rasa hati yang gembira.Anak diperantauan ditunggu untuk kembali sama sama memeriahkan suasasa,namun apa yang berlaku tidak seindah seperti yang dijangka.Anak anak adalah permata yang diharapkan bolih memberi penawar buat orang tua yang sudah tidak berdaya lagi untuk berkerja keras seperti dulu dulu dizaman muda sebelumnya.Salah seorang anak lelaki remajanya yang diharapkan bolih menjadi kebanggaan keluarga telah jauh berubah tingkah laku setelah berhijrah kekota. Gara gara anaknya yang tidak mahu mendengar cakap supaya meneruskan pengajian selepas SPM lalu dipilih untuk terus bekerja hanya disebuah kilang ShahAlam.Sebagai seorang remaja bujang yang tiada tanggungan,hasil gaji yang diperolihi pada tahun pertama dia berkerja kiranya adalah juga anaknya itu mengirim sedikit belanja buat keluarga,dapatlah juga membantu buat adik adiknya yang masih bersekolah dikampung.

Malang selepas tahun berikutnya,keadaannya telah berubah laku,tiada lagi ingatan untuk membantu,bagaikan tidak diduga rupanya anak remaja itu telah tersalah pilih kawan,ekoran daripada itu hanya cakap kawan
sisipan akhbar SH
sahaja yang didengari,sebelum membuat sesuatu tidak pun dirujuk atau bertanya sepatah kata dulu dengan Pok Ali. Itulah yang menyedihkan, keluh Pok Ali.Tunggul kayukah aku.....pok ali meninggikan suara bagaikan ingin memarahi. Saya cuba membayangkan betapa luluhnya hati orang tua itu, apa tidaknya,kerja penat penat,tak cukup masa kerja hari biasa ditambah dengan OT,alih alih bila dapat gaji terus keMesin judi, langsung tak sayang duit,buat macam mudah aje duit bolih dapat balik,lantaran nak dikejar bayang bayang diair,makanan dimulut dilepaskan....burung masih terbang,garam lada dilesungkan.Dosa pahala dilupakan.

Habis tu Pok Ali tak buat apa apa? "saya nak buat macam mana lagi, selain daripada tak henti henti beri nasihat pada anaknya,aku juga menghubungi pihak ibu pejabat polis diShah Alam untuk minta pandangan dan pertanyaan, secara kebetulan kawan kepada anak pok ali ada diBukit Aman,jadi dia nasihatkan Pok Ali buat aduan dimana mana balai polis,kalau setakat pakai main talifon sahaja mungkin tidak dilayan.Pok Ali akur akan jawapan itu, tapi katanya kalau bolih biarlah dipermudahkan sikit,contohnya terimalah sahaja
sisipan akhbar dan sekelar hebahan 
aduan itu walaupun melaui telifon,bukankah dunia hari ini sudah berubah, macam macam teknologi yang lebih pantas untuk bertindak. Tambahan pula hebahan yang ada janganlah hanya sekadar indah khabar dari rupa (contoh bergambar disebelah) apabila hendak mengadu macam macam prosuder pula dikenakan"rungutan pok ali .

kisah 2 > akan disambung kemudian.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan