sisipan akhbar SH |
Masih bersambung lagi kesah hikayat 1001 cerita berkait dari pengalaman hidup diri saya, kalau nak ditulis memang tak tertulis kesemuanya, maklumlah sejak dari dalam perut ibu sehingga sampai sekarang ini sudah masuk ke55 tahun lebih umur jadi sudah tentu bermacam macam kesah yang ada.Olih itu hanya yang mampu terlintas dan masih teringat dikepala sahaja akan saya coretkan.
Dari zaman alam sekolah rendahku lagi tidak kurang juga ada yang menarik untuk dipaparkan. Pada hari hari biasa tatkala guru belum masuk, pasti siZaid lah yang akan banyak bercerita didalam kelas, katanya pada cuti sekolah pertengahan penggal yang lalu dia telah dibawa olih keluarganya pergi melancong sampai keluar negara iaitu Australia, "best....dapat masuk panggung opera diSydney" ceritanya sambil siap tunjukkan gambar lagi..selepas balik keluarga saya tinggal pula diKuala Lumpur beberapa hari lagi, untuk tujuan pergi jalan jalan melawat dibeberapa tempat dan bagunan disekitar KL pula. Saya dan beberapa rakan lagi cukup syok mendengar ceritanya sampai terlopong mulut masing masing.Tak dapat dibayangkan alangkah betapa seronoknya kalaulah saya dapat perolih nikmat kembara sepertinya."Bertuah badan mu Zaid...pada kami usahkan nak pergi keluar negara...nak buat lawatan didalam negeri pun tak kesampaian"rakan rakan memuji muji siZaid. Memanglah perwatakkan siZaid ini agak lembut, kerektornya macam ala ala separa campuran lelaki/perempuan....pon*** namun dia dikenali disebabkan olih keluarganya dari kalangan golongan orang yang berada (kaya) samalah dengan "siDia" tu.... pun dari kalangan keluarga orang yang senang lenang juga.
selingan
bersambung....
Sambungan terkini: Pada minggu lepas saya berkesempatan mendengar kuliah maghrib dari Ust Zahari dimasjid Taman Cheras Jaya (wah....bila pulak hang ni tiba tiba saja sampai kemari?) intipati kuliah itu banyak menceritakan perihal seorang anak muda yang juga bernama Zaid,tetapi ini bukan sebarangan Zaid sebab ianya riwayat yang tersebut didalam sirah kehidupan dizaman Nabi Mohamad S.A.W dan pernah 17 kali mengikuti rombongan pasukan angkatan perang bertempuir dimedan perang bersama nabi.Tetapi malangnya kemarau setahun habis musnah dek kerana hujan sehari.Pada mulanya Zaid ini adalah orang kepercayaan nabi mahupun olih sahabat sahabat nabi juga.
Pada suatu hari dia telah mendengar satu percakapan kurang menyenangkan dimana puak anshor telah merancang sesuatu untuk menghapuskan pengaruh kaum Mohajirin berserta dengan ajaran agama yang dibawa olih nabi,Abdullah bin Ubai adalah ketua kaum anshor yang merancang mahu membuat onar secara sulit kerana merasakan puak mereka yang selama ini dihormati olih penduduk tempatan telah beralih menghormati kaum muslimin,sedangkan mereka ini yang hanya sekadar dikatakan statusnya sebagai pendatang sahaja,olih kerana dengki dan takut akan hilang sesuatu maka kerana itulah Abdullah Ubai telah cuba mahu mengkhianati Nabi Mohammad berserta dengan kaum muslimin yang lain.Setelah mendengar perancangan Abdullah Ubai and the geng itu lalu siZaid telah mengkhabarkian berita tersebut kepengtahuan sahabat Nabi dan setelah itu turut dimaklumkan kepada Nabi.
Nabi telah mengumpulkan para sahabat untuk perolih respon secara kolektif maka satu ketetapan telah diambil dimana perlu bersemuka dengan Abdullah bin Ubai untuk bertanya adakah benar berita seperti mana yang disampaikan olig siZaid.Ternyata Abdullah Ubai n the geng tidak mahu berterus terang serta menafikan dengan menganggap hanya satu berita desas desus yang tidak berasas.Setelah mendengar penjelasan dari puak Abdullah Ubai lalu nabi ambil keputusan mengabaikan apa yang disampaikan olih siZaid sebaliknya membenarkan apa yang dicakapkan olih Abdullah Ubai. Disebabkan olih tindakkan nabi yang telah menyebelahi Abdullah Ubai itu maka perasaan SiZaid timbul rasa dukacita tidak terhingga sampai murung lalu mengurung serta mengasingkan diri.Pun begitu SiZaid tidak berputus asa memohon doa dan pertolongan dari Allah S.W.T, akhirnya turunlah ayat yang menceritakan siapa sebenarnya berbohong (munafik).
Adapun siZaid kawan sekolah rendah saya dahulu itu bukanlah bertaraf wali pun jauh sekali setaraf dengan siZaid zaman Nabi tu...malah kadangkala disebabkan sifat sotongnya itu ianya juga menjadi "mainan" bahan jenaka dan usikkan olih kawan kawan."minggu depan ni sekolah kita cuti.jom kita rancang pakat gi serang ramai ramai kerumah Karimah"ajak siZaid untuk pergi jalan jalan kerumah rakan rakan sekelas."La...aku ingat nak gi serang main perang perang macam askar" usik rakan rakan pada Zaid . " Ok...jadi....jam 10 pagi kita berkumpul disekolah dulu kemudian kita kayuh basikal dari sini kerumah Karimah....setuju?" aku pulak menambah. "SETUJUUU..."sahut beberapa rakan lain termasuk "sidia".....
bersambung.......
sambungan- Tibalah hari seperti yang dirancang, selepas semuanya berkumpul,adalah kira kira 8buah basikal, tanpa berlengah kami bertolak dengan berkonvoi mengikut laluan yang ditunjuk jalan olih Fahimah&Sidia, nampak benar mereka sudah mahir dan tahu selok belok jalan kearah rumah Karimah, agaknya mereka berdua ini sudah biasa kesana. Tatkala melalui jalan berlorong dikawasan kebun getah basikal kami melompat lompat terlanggar dengan akar pokok, kemudian melalui pula jalan batas sawah padi, aduhh... terfikir aku , jikalah begini keadaannya sudah tentu Karimah menghadapi kesukaran untuk berulang alik kesekolah pada tiap tiap hari, kesiannn....setelah mengambil masa berkayuh kira kira hampir setengah jam barulah kami sampai kerumah Karimah.
"mak cik.....kami dah sampai' siZaid bermulut becuk terus melaungkan suaranya, buat perangai macam biasa biasa dia saja, selamba ajer seolah olah macam dah lama kenal dengan keluarga ini. Karimah dan emaknya yang sudah bersedia menunggu dihadapan beranda rumah dengan wajah tersenyum terus mempelawa kami naik kerumah.Belum sempat panas punggung duduk,terus emak Karimah membawa dulang air dan sebekas makanan rengan ubi kayu rebus "minumlah dulu anak anak....kamu semua tentu penat dan dahaga mengayuh basikal kesini tadi" pelawa Mak Karimah. "baik sungguh mak kau, ya... Karimah" Kata Zaid sambil terus mengambil gelas air, seperti gelojoh semacam aje persisnya"His....Zaid,kau ni malulah sikit"tegur rakan rakan perlahan. "buat susah susah mak cik aje dok layan kami"kata aku."tak apalah... bukannya selalu,lagi pun mak cik suka kamu semua berbaik baik dengan sesama kawan kawan sekolah" balas emak Karimah. "sebenarnya Mak Cik kami datang ni nak buat kerja amal...makcik suruh saja kami buat apa apa,cuci kebun ke....potong rumput ke...beri makan ayam itik ke....atau apa apa sajelah asalkan jangan suruh saya panjat pokok sudah sebab saya memang tak bolih panjat" kata si Zaid memaklumkan niat dan hajat kedatangan kami kemari. "ha....ha....ha....silembek mana bolih lasak lasak" kawan kawan lain mengusik Zaid. "Huuhhh..." Zaid mencebehkan bibirnya,buat buat marahlah tu kononnya.... he... he... he....he...
"eehhh...kau orang semua ni tahu tak,seniman agong P.Ramli dah pun meninggal dunia"tiba tiba siZaid memecah kesunyian perbualan kami,"Oooo...ye ke,bila? " tanya rakan rakan, almaklumlah siZaid ni serba lengkap,semua alat media seperti radia tv semuanya ada dimiliki olih kelurganya,jadi sudah tentu dia lebih peka kepada suasana semasa, tidak seperti sesetengah daripada kami, serba serbi kekurangan jadi sudah tentu asyik tertinggal maklumat penting."baru beberapa hari lepas"jawab siZaid."innalillah..."sayut Mak Karimah yang turut sama mendengar berita yang dimaklumkan olih Zaid itu.
"ok...cerita cerita jugak....kerja apa pun tak buat lagi....air minum pun dah hampir habis kau orang telan, jom turun buat kerja...mak cik mana cangkul,kami nak pergi merumput ni? tanya saya. Mendengar kesungguhan kami yang begitu beria ia benar hendak membantu lalu diajaknya kami pergi kekebun dibelakang rumahnya. Wahhh....banyaknya tanaman,ada pokok pisang,ada pokok kelapa,ada pokok lada, terung,kacang dan lain lain sayur sayuran.Berhempas pulaslah kami ramai ramai merumput,membakar daun daun pisang kering,membuat batas ubi,mencabut ubi kayu,pendek kata masing masing bermandi peluh jugalah.Tapi....sambil tu ada juga yang nakal, gatal tangan curi curi toreh dibatang pokok mengukir perkataan huruf "MA+HA". apa maknanya tu? keh... keh... keh.... maaf nak batuk sikit dulu.....bersambung lagi....
Sambungan- Tengah asyik bergotong royong berkerja didalam satu kumpulan,tiba tiba terdengar pangilan "sudah sudahlah tu,mari naik kerumah,kita makan tengah hari dulu"laung Mak Karimah. "haah...ada makan lagi? jomm serbuu..."siZaid buat lawak lagi.Sambil makan sambil berborak sikit sikit "Mak Cik....dari tadi kami tak nampak pun batang hidung Pak Cik,dia pergi kemana Mak Cik?
tanya salah seorang dari kami."ooo....biasalah Pak Cik kau tu... sekali pergi kadang kadang sampai berminggu, adakalanya sampai sebulan sekali baru balik'jawab mak Karimah "aikk...pelik juga tu,pak cik tu buat kerja apa....makcik? tanya kami lagi yang semakin ingin tahu."dia ikut kumpulan dakwah....apa tu Tablirq ka apa....aaa macam tu lah,jelajah kesegenap jeruk tempat, berdakwah... katanya" jelas Makcik. "ooo....ooo...begitu pulak kesahnya"kami mengangguk angguk tanda fahamlah sangat. "Haahh...kamu semua ni pun bukan budak budak lagi,masing masing dah masuk akil baliq,jadi makcik harap jangan lupa pada ajaran agama kita,kena rajin sembahyang" tak sangka kena syarah dek Mak Karimahlah pulak." eehhh....makcik jangan risau, kami ni kan murid sekolah agama,lepas ni kami akan terus solat Zohor...ini imam kita...tu ha"siZaid pandai pandai dia pulak menunjukkan jari telunjuknya kearah aku."ala....ya la tu....kau pun bolih jadi imam juga kan.... kan.... kan.... he.... he..... he..."rakan rakan cuba pulangkan buah keras kembali pada Zaid, "aauwww...respon Zaid"Ada baik juga ada orang berkerekter seperti Zaid ini, kenapa? ya la sekurang kuranngnya tidaklah sunyi sangat suasana,tapi kalau ada 2 tiga orang sepertinya tentu bolih jadi gegak gempita pulak jadinya.Makan makan jugak, masa bila dan siapa pulak yang memasak ni?tanya rakan pada MakCik "siapa lagi....anak dara tiga serangkai tu la....KA-HA-FA"jawab Mak Karimah,"ooo...patutlah sodap semacam aje"kata aku.
Setelah selesai makan dan bersolat Zohor kami pun minta diri untuk pulanglah pulak,Mak Karimah membekalkan kami sedikit buah tangan, masing masing dapat sedikit ubi kayu dan sesikat pisang. "rasuah ke upah ni Mak Cik? kami bukan minta upah" siZaid dengan mulut lebatnya tak habis habis menyangkat Mak Karimah."maafkan kami MakCik....terima kasih makcik....kami balik dulu.... Assalamulaikum.... bye....bye...bye....
Moral of the story- setiap orang tua khususnya ibu bapa semuanya pasti ingin mendoakan kepada anak anaknya supaya menjadi modal insan (eset) yang bukan sahaja bolih berbakti buat mereka malah kepada masyarakat mahu pun kepada diri sendiri.
tok ayah su-tak akan lupa nama gabungan ini -"KA+HA+FA"
Sambungan terkini: Pada minggu lepas saya berkesempatan mendengar kuliah maghrib dari Ust Zahari dimasjid Taman Cheras Jaya (wah....bila pulak hang ni tiba tiba saja sampai kemari?) intipati kuliah itu banyak menceritakan perihal seorang anak muda yang juga bernama Zaid,tetapi ini bukan sebarangan Zaid sebab ianya riwayat yang tersebut didalam sirah kehidupan dizaman Nabi Mohamad S.A.W dan pernah 17 kali mengikuti rombongan pasukan angkatan perang bertempuir dimedan perang bersama nabi.Tetapi malangnya kemarau setahun habis musnah dek kerana hujan sehari.Pada mulanya Zaid ini adalah orang kepercayaan nabi mahupun olih sahabat sahabat nabi juga.
Pada suatu hari dia telah mendengar satu percakapan kurang menyenangkan dimana puak anshor telah merancang sesuatu untuk menghapuskan pengaruh kaum Mohajirin berserta dengan ajaran agama yang dibawa olih nabi,Abdullah bin Ubai adalah ketua kaum anshor yang merancang mahu membuat onar secara sulit kerana merasakan puak mereka yang selama ini dihormati olih penduduk tempatan telah beralih menghormati kaum muslimin,sedangkan mereka ini yang hanya sekadar dikatakan statusnya sebagai pendatang sahaja,olih kerana dengki dan takut akan hilang sesuatu maka kerana itulah Abdullah Ubai telah cuba mahu mengkhianati Nabi Mohammad berserta dengan kaum muslimin yang lain.Setelah mendengar perancangan Abdullah Ubai and the geng itu lalu siZaid telah mengkhabarkian berita tersebut kepengtahuan sahabat Nabi dan setelah itu turut dimaklumkan kepada Nabi.
Nabi telah mengumpulkan para sahabat untuk perolih respon secara kolektif maka satu ketetapan telah diambil dimana perlu bersemuka dengan Abdullah bin Ubai untuk bertanya adakah benar berita seperti mana yang disampaikan olig siZaid.Ternyata Abdullah Ubai n the geng tidak mahu berterus terang serta menafikan dengan menganggap hanya satu berita desas desus yang tidak berasas.Setelah mendengar penjelasan dari puak Abdullah Ubai lalu nabi ambil keputusan mengabaikan apa yang disampaikan olih siZaid sebaliknya membenarkan apa yang dicakapkan olih Abdullah Ubai. Disebabkan olih tindakkan nabi yang telah menyebelahi Abdullah Ubai itu maka perasaan SiZaid timbul rasa dukacita tidak terhingga sampai murung lalu mengurung serta mengasingkan diri.Pun begitu SiZaid tidak berputus asa memohon doa dan pertolongan dari Allah S.W.T, akhirnya turunlah ayat yang menceritakan siapa sebenarnya berbohong (munafik).
Adapun siZaid kawan sekolah rendah saya dahulu itu bukanlah bertaraf wali pun jauh sekali setaraf dengan siZaid zaman Nabi tu...malah kadangkala disebabkan sifat sotongnya itu ianya juga menjadi "mainan" bahan jenaka dan usikkan olih kawan kawan."minggu depan ni sekolah kita cuti.jom kita rancang pakat gi serang ramai ramai kerumah Karimah"ajak siZaid untuk pergi jalan jalan kerumah rakan rakan sekelas."La...aku ingat nak gi serang main perang perang macam askar" usik rakan rakan pada Zaid . " Ok...jadi....jam 10 pagi kita berkumpul disekolah dulu kemudian kita kayuh basikal dari sini kerumah Karimah....setuju?" aku pulak menambah. "SETUJUUU..."sahut beberapa rakan lain termasuk "sidia".....
bersambung.......
sisipan akhbar SH& gambar hiasan |
"mak cik.....kami dah sampai' siZaid bermulut becuk terus melaungkan suaranya, buat perangai macam biasa biasa dia saja, selamba ajer seolah olah macam dah lama kenal dengan keluarga ini. Karimah dan emaknya yang sudah bersedia menunggu dihadapan beranda rumah dengan wajah tersenyum terus mempelawa kami naik kerumah.Belum sempat panas punggung duduk,terus emak Karimah membawa dulang air dan sebekas makanan rengan ubi kayu rebus "minumlah dulu anak anak....kamu semua tentu penat dan dahaga mengayuh basikal kesini tadi" pelawa Mak Karimah. "baik sungguh mak kau, ya... Karimah" Kata Zaid sambil terus mengambil gelas air, seperti gelojoh semacam aje persisnya"His....Zaid,kau ni malulah sikit"tegur rakan rakan perlahan. "buat susah susah mak cik aje dok layan kami"kata aku."tak apalah... bukannya selalu,lagi pun mak cik suka kamu semua berbaik baik dengan sesama kawan kawan sekolah" balas emak Karimah. "sebenarnya Mak Cik kami datang ni nak buat kerja amal...makcik suruh saja kami buat apa apa,cuci kebun ke....potong rumput ke...beri makan ayam itik ke....atau apa apa sajelah asalkan jangan suruh saya panjat pokok sudah sebab saya memang tak bolih panjat" kata si Zaid memaklumkan niat dan hajat kedatangan kami kemari. "ha....ha....ha....silembek mana bolih lasak lasak" kawan kawan lain mengusik Zaid. "Huuhhh..." Zaid mencebehkan bibirnya,buat buat marahlah tu kononnya.... he... he... he....he...
sisipan akhbar SH |
"eehhh...kau orang semua ni tahu tak,seniman agong P.Ramli dah pun meninggal dunia"tiba tiba siZaid memecah kesunyian perbualan kami,"Oooo...ye ke,bila? " tanya rakan rakan, almaklumlah siZaid ni serba lengkap,semua alat media seperti radia tv semuanya ada dimiliki olih kelurganya,jadi sudah tentu dia lebih peka kepada suasana semasa, tidak seperti sesetengah daripada kami, serba serbi kekurangan jadi sudah tentu asyik tertinggal maklumat penting."baru beberapa hari lepas"jawab siZaid."innalillah..."sayut Mak Karimah yang turut sama mendengar berita yang dimaklumkan olih Zaid itu.
"ok...cerita cerita jugak....kerja apa pun tak buat lagi....air minum pun dah hampir habis kau orang telan, jom turun buat kerja...mak cik mana cangkul,kami nak pergi merumput ni? tanya saya. Mendengar kesungguhan kami yang begitu beria ia benar hendak membantu lalu diajaknya kami pergi kekebun dibelakang rumahnya. Wahhh....banyaknya tanaman,ada pokok pisang,ada pokok kelapa,ada pokok lada, terung,kacang dan lain lain sayur sayuran.Berhempas pulaslah kami ramai ramai merumput,membakar daun daun pisang kering,membuat batas ubi,mencabut ubi kayu,pendek kata masing masing bermandi peluh jugalah.Tapi....sambil tu ada juga yang nakal, gatal tangan curi curi toreh dibatang pokok mengukir perkataan huruf "MA+HA". apa maknanya tu? keh... keh... keh.... maaf nak batuk sikit dulu.....bersambung lagi....
Sambungan- Tengah asyik bergotong royong berkerja didalam satu kumpulan,tiba tiba terdengar pangilan "sudah sudahlah tu,mari naik kerumah,kita makan tengah hari dulu"laung Mak Karimah. "haah...ada makan lagi? jomm serbuu..."siZaid buat lawak lagi.Sambil makan sambil berborak sikit sikit "Mak Cik....dari tadi kami tak nampak pun batang hidung Pak Cik,dia pergi kemana Mak Cik?
sisipan akhbar SH |
Setelah selesai makan dan bersolat Zohor kami pun minta diri untuk pulanglah pulak,Mak Karimah membekalkan kami sedikit buah tangan, masing masing dapat sedikit ubi kayu dan sesikat pisang. "rasuah ke upah ni Mak Cik? kami bukan minta upah" siZaid dengan mulut lebatnya tak habis habis menyangkat Mak Karimah."maafkan kami MakCik....terima kasih makcik....kami balik dulu.... Assalamulaikum.... bye....bye...bye....
Moral of the story- setiap orang tua khususnya ibu bapa semuanya pasti ingin mendoakan kepada anak anaknya supaya menjadi modal insan (eset) yang bukan sahaja bolih berbakti buat mereka malah kepada masyarakat mahu pun kepada diri sendiri.
sisipan akhbar SH |
tok ayah su-tak akan lupa nama gabungan ini -"KA+HA+FA"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan