Salam hormat!
Tajuk penulisan kali ini saya meminjam kata kata JURI"ah rancangan TV Pencetus Ummah "ceritalah lagi... sambunglah lagi", dengan itu tak sekena mengena tercetuslah idea saya untuk terus menyambung penceritaan lagi.Sebelum itu teringat saya tatkala saya menghadiri apa apa kursus didalam perkhidmatan tentera dahulu sememangnya para jurulatih mempunyai kaedah tersendiri untuk menghilangkan kepenatan disemasa latihan dengan menyelit beberapa slot sampingan dimana setiap penuntut kursus dikehendaki menunjukkan kebolihan sendiri dengan menampilkan bakat bakat tersembunyi seperti mendendangkan nyayian,meniru gaya percakapan pemimpin mahupun melakonkan watak lakonan dari filem filem atau paling tidak pun tampil kehadapan khalayak dengan membawa apa apa cerita yang dikira dengan syarat tidak menyinggung hati rakan rakan atau berbau lucah.Kalau ada yang berkebolihan dalam bidang agama bolih juga menyampaikan apa apa syarahan mahupun doa.Yang pandai bermain silap mata pun dibolihkan termasuklah ada yang membuat jampi serapah macam Ahli Nujum Negara jadi bomoh temberang minta nombor..... keh... keh... keh....
Namun begitu tidaklah sampai disediakan hadiah hadiah kerana ianya bukanlah berbentuk pertandingan, cuma sekadar untuk menghilanglah lelah secara santai buat sementara waktu. Ada pun aku sendiri pada waktu itu tidaklah sehebat mana pun tapi sebagai tidak menghampakan permintaan ramai jadi mahu tidak mahu keluarlah juga aku kehadapan dengan mendendangkan lagu kegemaranku sejak dizaman remaja dahulu, Lagu apa dia ekk?"anakku sayang....intan diana... engkaulah pelita....hidup ayah ini' nyayian DJ Dave... oppp....silap....nyayian sebenar dari A.Ramle dan satu lagi ialah "Rindu Bayangan" nyayian JJ dari kumpulan CareFree.
Selingan "Rindu Bayangan"? aku dendangkan lagu ini semasa diminta olih jurulatih Sjn Isa (sekarang XPeg.Warant) tatkala menjalanai kursus Combat Pmd Class 2 diUnit RSD 1Div Labuan.Ini bukan sebarangan lagu buatku kerana ianya membawa seribu erti dan kenangan yang tersirat disebaliknya. Kenangan dengan siapa eekk? jangan jangan masa menjalinkan cinta monyet dengan "sidia" dulu dulu itu kot? ehem....ehem...
Selain daripada itu saya suka pada senikatanya yang berbunyi "inilah ragam manusia". Pada aku maksudnya luas, Pelbagai ragam dan kerenah orang yang dijumpai disepanjang pengalaman hidup yang telah dilalui mahupun yang akan dihadapi nanti. Kejujuran seorang sahabat telah pun saya jumpai pun begitu tak kurang juga ada yang menikam belakang seumpama gunting dalam lipatan.
Ada pun yang jujur sampaikan bolih berkongsi apa jua masaallah, dijumpai beg duit ku yang hilang tercicir kemudian dipulangkan balik tanpa ada sebarang kekurangan satu sen pun isinya.Pun begitu ada yang berpura pura baik diperdayakan dengan pelbagai kata manis kononnya sebagai ubatan menguatkan stamina namun dimasa yang sama ianya merupakan alsernik yang beracun sehingga terpaksa dikejarkan kehospital kemudian dibedah perutku, sungguh tidak disangka,tergamak berperangai "kawan makan kawan"(aku syak).
Kenapa tidak report atau membuat aduan? ini soalan yang agak subjektif....sebabnya untuk menunggu pulih dari kena bedah macam orang dalam pantang beranak juga,memakan masa berbulan bulan,dah pulih sikit barulah aku berulang alik kehospital untuk urus sendiri bagi mengambil (rekord) lapuran perubatan, bukannya dekat dari KL-Seremban, pehak hospital pula banyak kerenah, tidak banyak memberi kerjasama, sekali datang kena ambil cuti, kemudian kena datang lagi kali ke2 kena ambil cuti lagi, jawapan hospital lapuran masih belum beres juga, akhirnya aku jadi muak dan naik fedup,lalu dibiarkan sahaja, serah pada tuhan ajelah membalasnya.
Walau bagaimana pun semangat setia kawan rakan rakan lain jauh lebih ramai berbanding segelintir yang berperangai nakal sedemikian.Tapi itulah dikatakan kehidupan ragam manusia. Diluar sana masih ramai yang tidak faham dan tidak mengetahui titik bengit kehidupan sebenar sebagai seorang tentera. Mungkin memeranjatkan mereka...mungkin ada yang tak percaya....apakah sampai begitu sekali keadaannya?
Namun begitu dari pengamatan aku,walaupun sehebat mana seorang General tentera mahu pun senakal mana pun seorang tentera itu ianya bermula dari seorang jurulatih, sama juga dari mana datangnya seorang pemimpin negara itu asal usulnya ia bermula dengan ajaran dari seorang guru sekolah.Kemudian barulah dia balik kepada corak kepimpinan dalam sesatu pasukan.Contoh yang pernah aku jumpa (line internet terputus putus sbb itu penulisan ini juga tertangguh tangguh) diantara banyak banyak RSM yang pernah aku jumpa dan bertugas dibawahnya dimana mengikut penilaian aku merupakan seorang yang paling hamler dan paling bermotivasi ialah RSM En.Ishak Kelate. Pada aku beliau seorang yang tidak suka mengambil tindakan keras terhadap anggotanya jika melakukan sebarang kesalahan disiplin, sebolih bolihnya terlebih dahulu dia suka mengunakan pendekatan diplomasi dengan memberi amaran serta nasihat,cara ini dilihat cukup berkesan kerana ada yang malu alah lalu berubah sikap berperangai lebih baik dari sebelumnya.Selain daripada itu dia lebih terbuka serta suka berterus terang.
Didalam setiap perbarisan RSM yang sering diadakan secara berselang seli dengan pegawai atasan lain maka tidak akan dilupa beliau mengambil peluang berucap dihadapan anggota bawahan dengan menyelitkan kata kata yang penuh membakar semangat untuk membangkitkan rangsangan anak buah didalam menjalankan tugas harian. Antara pesanannya meminta anggota supaya sering berganding bahu dengan membudayakan kerja secara berpasukan dan yang lebih penting jangan sekali kali bersikap suka "mensabotaj" diantara individu . Sebagai orang lama yang terlebih dahulu memakan asam garam disepanjang perkhidmatan jadi beliau sudah tentu dari apa yang dicakapkan itu mungkin merupakan dari pengalamannya sendiri.Menjadi RSM yang sentiasa kena memantau tindak tanduk akan tahap disiplin anggota dianggap satu tugas yang mencabar kerana terdapat dikalangan anggota yang tidak berapa suka dirinya terlalu terikat kepada atur aturan ketat yang dikenakan, olih yang demikian sudah tentu ada yang sengaja dan terlanggar arahan arahan pasukan,yang tercabar dan merasa benggang sudah tentu bertindak balas dengan membuat ancaman balas samaada secara senyap atau terbuka, malahan terdapat RSM yang terpaksa lari lintang pukang kerana dikejar dengan senjata merbahaya olih anggota yang kononnya tidak berpuas hati terhadap seorang RSM,yang nakal dan kurang berani berdepan ada yang merosakkan dan mencalarkan kenderaan.Olih kerana itulah saya rasa sebabnya dimana RSM En Ishak kelate sering memberi kaunselin dan memotivasikan anggota.
Baru baru ini saya ditanya olih seseorang "kamu didalam askar sudah bunuh berapa orang musuh?" terkejut beruk juga saya dengan soalan maut itu, apakah kriteria seseorang yang hendak dinobatkan sebagai pahlawan atau untuk memperolihi anugerah pingat dan sebagainya mesti syaratnya kena tunjukkan berapa kepala musuh yang sudah dipotong? apakah jika seorang RSM yang tugasnya sekadar menjadi jurulatih dan jeruletih didalam kem tidak bolih diambil kira?aduhai....peliknya. Kalaulah begitu rasanya kita sekadar syok sendiri,apa tidaknya... disebalik kehebatan anggota yang berjaya membunuh musuh (baca komunis) yang kononya demi memperjuangkan tanah air tetapi sedarkah kita dimasa yang sama berapa banyak sudah tanah tanah rezab melayu hilang termasuk pulau Batu Putih yang sekangkang kera itu pun terlepas ketangan Singapura. BERSAMBUNG...
Sambungan- sudah berselang beberapa hari saya tidak menyambung cerita ini,walaupun masih ada lagi siri sambungannya tetapi dek kerana talian internet tidak begitu melancarkan kelajuan, asyik dok terputus putus memanjang jadi saya masih bersangka baik dengan alasan yang kononnya suasana cuaca pada ketika ini buruk jadi mungkin turut memberi kesan kepada alat hubungan dialam maya, walaupun didalam berkeadaan begitu pun, saya masih berkesempatan meninjau posting rakan rakan FB terhadapa suasana banjir diPantai Timur khususunya diKelantan, sejak dari beberapa hari lalu sehingga kehari ini 26/12/2014 tiada berita yang paling menarik untuk saya memberi perhatian melainkan tentang suasana semasa perkembangan banjir tersebut. Saya cukup bersimpati dan turut terasa hiba apabila melihat betapa dahsyatnya musyibah yang menimpa,jika ditahun lepas dikatakan banjir yang paling terburuk terjadi disekitar negeri Pahang namun nampaknya pada kali ini ianya beralih keKelantan dengan suasana yang dua ketiga kali ganda lebih dahsyat, hampir menengelamkan rumah atau bangunan setinggi 2 tingkat....sungguh tidak dijangka.Penduduk yang terlibat juga tidak dapat dibantu dengan sebaiknya sehinggakan ada yang terpaksa berenang sendiri lari kebukit,soal tidak cukup bekalan makanan serta air bersih,tinggal dalam kesejukan,ketakutan serta kelaparan sudah menjadi viral dilaman laman sosial dengan suara suara yang mendayu rayu memohon agar ada pehak yang dapat tampil membantu. Harap harap Allah S.W.T dapat melindungi mangsa mangsa banjir ini, dan saya tetap mendoakan agar semuanya berolih keselamatan yang baik.Amimm...
Pun begitu saya pun turut sama dalam keadaan berjaga jaga,maklumlah rumah kediaman saya sendiri pun berada dikawasan tanah rendah, sering juga dinaiki air banjir.Malahan pada hari ini 26/12/2014 sepatutnya saya mengadakan satu majlis Pertunangan buat anak saya,tetapi terpaksa dibatalkan akibat kesan dari musyibah banjir ini.Wajah "frust" kelihatan terbayang diwajah anak perempuanku, namun apa nak buat sudah ditakdirkan.... jadi bersabar dan redho sahajalah.
Nak sambung sikit lagi pasal RSM, antara ramai ramai itu terdapat seorang lagi yang tersemat didalam ingatan aku, dia ialah RSM En Wan Sudin,sebelum itu semasa berpangkat Sarjan dia pernah menjadi jurulatih rekrut diSek.Sem.Kem Perdana Sg Besi Kuala Lumpur, jadi beliaulah salah seorang diantara jurulatih yang digeruni.Namun beliau seorang yang suka bersoldariti,maksudnya suka mengeratkan hubungan dikalangan anak negeri.Pada suatu hari semasa ada masa ruang rehat dari latihan beliau telah memanggil dan mengumpul kesemua anak negeri Kelantan."siapa lagi yang tak turun berkumpul" tanya beliau kepada skuad leader dengan gaya suara yang agak bengis.Aku yang mendengar jauh dari dalam bilik, sayup sayup terdengar skuad leader menyebut nama aku. "awang lidi tak turun lagi Sarjan" jawab skuad leader."awang lidi" adalah gelaran kawan kawan kepada aku,pada asalnya jurulatih memanggil aku "awang leading" sebabnya setiap kali ada latihan PT (jasmani) aku lah yang leading kehadapan apabila diarahkan berlari kesatu satu arah.Entah bagaimana nama itu tak berapa lekat sebaliknya nama gelaran yang melekat dari mulut kemulut rakan rakan memanggil aku dengan sebutan "awang lidi", entahlah....kenapa mereka memanggil begitu. agaknya secara kebetulan pada waktu itu bentuk fizikal tubuh badan aku agak tinggi kurus melidi kot.....keh...keh....keh... "panggil dia turun cepat" arah jurulatih.Bergegaslah skaud leader berlari pergi mendapatkan aku. "Staf panggil mu turun berkumpul" beritahu skuad leader. Sesampai saja dihadapan Sjn Wan, terus beliau merentap dan memegang colar baju aku "pasal apa mu sorang tak mahu berkumpul sedangkan orang lain semua dah ada, mu nak tunjuk keras kepala"herdik Sjn Wan,tanpa sempat aku menjawab terus diarahkan pula aku berlawan tenaga dengan salah seorang rekrut lain "haaa....dah rasa mu kuat sangat,gi bertumbuk dengan dia tu...aku nak tengok".Tambah Sjn Wan. Aku betul betul rasa kecut perut tapi buat buat berani,cuba buka langkah konon kononnya nak tunjuk pandai bersilat. Belum sempat apa apa beliau arahkan "sudah....berhenti" rupa rupanya dia hanya acah acah sahaja nak lagakan aku. Kesimpulannya sejak dari rekrut dahulu lagi aku didalam dilema, nak mengaku sebagai anak Kelantan macamana? sedangkan tempat keluarga aku tinggal diTerengganu sejak dari tahun 1952 lagi, jika nak mengaku anak Terengganu pun tak bolih juga sebab aku dilahir, dibesar dan bersekolah diKelantan.Jadi kalau ada yang panggil aku AWEE pun aku angguk, kalau ada yang panggil aku AWANG pun aku angguk jugak.... he... he...he....
Bercerita pasal jurulatih ni,kiranya banyak juga pengalaman yang bolih ditulis akan tetapi terdapat juga yang rasanya sampai tidak tergamak untuk dipaparkan untuk tatapan umum. Pun begitu bentuk latihan dulu dulu dengan zaman kini dengar khabarnya sudah jauh banyak berbeza.Banyak sudah latihan keras atau terlampau lasak telah diharamkan atau sudah tidak dipraktiskan lagi diantaranya telah tidak dibenar berkawad didalam longkang, cuba bayangkan bagaimana merananya jiwa apabila longkang kumbahan yang penuh kekotaran serta berminyak hitam dijadikan medan untuk menghentak kaki,pendek kata kasut dan pakaian (uniform) sudah tidak bolih lagi digunakan selepas itu,habis reput dan terkoyak rabak.Kalau setakat tongkat terbang, dibaling pasu bunga pecah berderai,buku latihan tumbuh sayap melayang dilontar jurulatih itu hanyalah sekadar bunga bunag dihujung kuku sahaja,lumrah gertakan dari jurulatih. Yang agak kecewa ialah apabila tidak dibenarkan bersolat."apa solat...solat....jangan nak buat dalih...nak lari masa latihan" itulah sejarah yang agak mendukacitakan.Walau bagaimana pun tidaklah semua jurulatih bersikap begitu.
Moral yang story-Pada penghujung bulan Nov yang lalu satu perjumpaan dikalangan veteren tentera dari Kor Sem telah mengadakan suatu perjumpaan,jelas terbayang kecerian diwajah masing masing,ini bermakna tidak berbangkit diantaranya yang terniat untuk bermasam muka atau jauh sekali mahu berdendam,cerita cerita lama dimainkan balik sekadar untuk membangkitkan kenangan akan masam manis disemasa sama sama tatkala ketika didalam perkhidmatan dahulu. Cuma terdengar keluhan pendapatan hasil dari pencen mereka kini jauh lebih rendah berbanding dengan sama rank anggota yang baru pencen.Jadi dengan kos kenaikan harga barangan ditambah pula tenaga tua yang sudah tidak berapa ada upaya lagi untuk berkerja segagah dahulu yang sebahagian bergantung sepenuhnya dari pencen semata maka kualiti hidup jadi terbatas. Begitulah bunyi rintihan sebilangan dari bekas tentera...jadi kerajaan tolonglah peduli sikit akan nasib dan masa depan mereka.
tok ayah su-Doa selamat buat mangsa banjir serta penumpang pesawat Air Asia...
Tajuk penulisan kali ini saya meminjam kata kata JURI"ah rancangan TV Pencetus Ummah "ceritalah lagi... sambunglah lagi", dengan itu tak sekena mengena tercetuslah idea saya untuk terus menyambung penceritaan lagi.Sebelum itu teringat saya tatkala saya menghadiri apa apa kursus didalam perkhidmatan tentera dahulu sememangnya para jurulatih mempunyai kaedah tersendiri untuk menghilangkan kepenatan disemasa latihan dengan menyelit beberapa slot sampingan dimana setiap penuntut kursus dikehendaki menunjukkan kebolihan sendiri dengan menampilkan bakat bakat tersembunyi seperti mendendangkan nyayian,meniru gaya percakapan pemimpin mahupun melakonkan watak lakonan dari filem filem atau paling tidak pun tampil kehadapan khalayak dengan membawa apa apa cerita yang dikira dengan syarat tidak menyinggung hati rakan rakan atau berbau lucah.Kalau ada yang berkebolihan dalam bidang agama bolih juga menyampaikan apa apa syarahan mahupun doa.Yang pandai bermain silap mata pun dibolihkan termasuklah ada yang membuat jampi serapah macam Ahli Nujum Negara jadi bomoh temberang minta nombor..... keh... keh... keh....
Namun begitu tidaklah sampai disediakan hadiah hadiah kerana ianya bukanlah berbentuk pertandingan, cuma sekadar untuk menghilanglah lelah secara santai buat sementara waktu. Ada pun aku sendiri pada waktu itu tidaklah sehebat mana pun tapi sebagai tidak menghampakan permintaan ramai jadi mahu tidak mahu keluarlah juga aku kehadapan dengan mendendangkan lagu kegemaranku sejak dizaman remaja dahulu, Lagu apa dia ekk?"anakku sayang....intan diana... engkaulah pelita....hidup ayah ini' nyayian DJ Dave... oppp....silap....nyayian sebenar dari A.Ramle dan satu lagi ialah "Rindu Bayangan" nyayian JJ dari kumpulan CareFree.
Selingan "Rindu Bayangan"? aku dendangkan lagu ini semasa diminta olih jurulatih Sjn Isa (sekarang XPeg.Warant) tatkala menjalanai kursus Combat Pmd Class 2 diUnit RSD 1Div Labuan.Ini bukan sebarangan lagu buatku kerana ianya membawa seribu erti dan kenangan yang tersirat disebaliknya. Kenangan dengan siapa eekk? jangan jangan masa menjalinkan cinta monyet dengan "sidia" dulu dulu itu kot? ehem....ehem...
Selain daripada itu saya suka pada senikatanya yang berbunyi "inilah ragam manusia". Pada aku maksudnya luas, Pelbagai ragam dan kerenah orang yang dijumpai disepanjang pengalaman hidup yang telah dilalui mahupun yang akan dihadapi nanti. Kejujuran seorang sahabat telah pun saya jumpai pun begitu tak kurang juga ada yang menikam belakang seumpama gunting dalam lipatan.
sisipan akhbar SH |
Kenapa tidak report atau membuat aduan? ini soalan yang agak subjektif....sebabnya untuk menunggu pulih dari kena bedah macam orang dalam pantang beranak juga,memakan masa berbulan bulan,dah pulih sikit barulah aku berulang alik kehospital untuk urus sendiri bagi mengambil (rekord) lapuran perubatan, bukannya dekat dari KL-Seremban, pehak hospital pula banyak kerenah, tidak banyak memberi kerjasama, sekali datang kena ambil cuti, kemudian kena datang lagi kali ke2 kena ambil cuti lagi, jawapan hospital lapuran masih belum beres juga, akhirnya aku jadi muak dan naik fedup,lalu dibiarkan sahaja, serah pada tuhan ajelah membalasnya.
Walau bagaimana pun semangat setia kawan rakan rakan lain jauh lebih ramai berbanding segelintir yang berperangai nakal sedemikian.Tapi itulah dikatakan kehidupan ragam manusia. Diluar sana masih ramai yang tidak faham dan tidak mengetahui titik bengit kehidupan sebenar sebagai seorang tentera. Mungkin memeranjatkan mereka...mungkin ada yang tak percaya....apakah sampai begitu sekali keadaannya?
Namun begitu dari pengamatan aku,walaupun sehebat mana seorang General tentera mahu pun senakal mana pun seorang tentera itu ianya bermula dari seorang jurulatih, sama juga dari mana datangnya seorang pemimpin negara itu asal usulnya ia bermula dengan ajaran dari seorang guru sekolah.Kemudian barulah dia balik kepada corak kepimpinan dalam sesatu pasukan.Contoh yang pernah aku jumpa (line internet terputus putus sbb itu penulisan ini juga tertangguh tangguh) diantara banyak banyak RSM yang pernah aku jumpa dan bertugas dibawahnya dimana mengikut penilaian aku merupakan seorang yang paling hamler dan paling bermotivasi ialah RSM En.Ishak Kelate. Pada aku beliau seorang yang tidak suka mengambil tindakan keras terhadap anggotanya jika melakukan sebarang kesalahan disiplin, sebolih bolihnya terlebih dahulu dia suka mengunakan pendekatan diplomasi dengan memberi amaran serta nasihat,cara ini dilihat cukup berkesan kerana ada yang malu alah lalu berubah sikap berperangai lebih baik dari sebelumnya.Selain daripada itu dia lebih terbuka serta suka berterus terang.
sisipan akhbar SH & risalah |
sisipan akhbar SH |
Sambungan- sudah berselang beberapa hari saya tidak menyambung cerita ini,walaupun masih ada lagi siri sambungannya tetapi dek kerana talian internet tidak begitu melancarkan kelajuan, asyik dok terputus putus memanjang jadi saya masih bersangka baik dengan alasan yang kononnya suasana cuaca pada ketika ini buruk jadi mungkin turut memberi kesan kepada alat hubungan dialam maya, walaupun didalam berkeadaan begitu pun, saya masih berkesempatan meninjau posting rakan rakan FB terhadapa suasana banjir diPantai Timur khususunya diKelantan, sejak dari beberapa hari lalu sehingga kehari ini 26/12/2014 tiada berita yang paling menarik untuk saya memberi perhatian melainkan tentang suasana semasa perkembangan banjir tersebut. Saya cukup bersimpati dan turut terasa hiba apabila melihat betapa dahsyatnya musyibah yang menimpa,jika ditahun lepas dikatakan banjir yang paling terburuk terjadi disekitar negeri Pahang namun nampaknya pada kali ini ianya beralih keKelantan dengan suasana yang dua ketiga kali ganda lebih dahsyat, hampir menengelamkan rumah atau bangunan setinggi 2 tingkat....sungguh tidak dijangka.Penduduk yang terlibat juga tidak dapat dibantu dengan sebaiknya sehinggakan ada yang terpaksa berenang sendiri lari kebukit,soal tidak cukup bekalan makanan serta air bersih,tinggal dalam kesejukan,ketakutan serta kelaparan sudah menjadi viral dilaman laman sosial dengan suara suara yang mendayu rayu memohon agar ada pehak yang dapat tampil membantu. Harap harap Allah S.W.T dapat melindungi mangsa mangsa banjir ini, dan saya tetap mendoakan agar semuanya berolih keselamatan yang baik.Amimm...
Pun begitu saya pun turut sama dalam keadaan berjaga jaga,maklumlah rumah kediaman saya sendiri pun berada dikawasan tanah rendah, sering juga dinaiki air banjir.Malahan pada hari ini 26/12/2014 sepatutnya saya mengadakan satu majlis Pertunangan buat anak saya,tetapi terpaksa dibatalkan akibat kesan dari musyibah banjir ini.Wajah "frust" kelihatan terbayang diwajah anak perempuanku, namun apa nak buat sudah ditakdirkan.... jadi bersabar dan redho sahajalah.
Nak sambung sikit lagi pasal RSM, antara ramai ramai itu terdapat seorang lagi yang tersemat didalam ingatan aku, dia ialah RSM En Wan Sudin,sebelum itu semasa berpangkat Sarjan dia pernah menjadi jurulatih rekrut diSek.Sem.Kem Perdana Sg Besi Kuala Lumpur, jadi beliaulah salah seorang diantara jurulatih yang digeruni.Namun beliau seorang yang suka bersoldariti,maksudnya suka mengeratkan hubungan dikalangan anak negeri.Pada suatu hari semasa ada masa ruang rehat dari latihan beliau telah memanggil dan mengumpul kesemua anak negeri Kelantan."siapa lagi yang tak turun berkumpul" tanya beliau kepada skuad leader dengan gaya suara yang agak bengis.Aku yang mendengar jauh dari dalam bilik, sayup sayup terdengar skuad leader menyebut nama aku. "awang lidi tak turun lagi Sarjan" jawab skuad leader."awang lidi" adalah gelaran kawan kawan kepada aku,pada asalnya jurulatih memanggil aku "awang leading" sebabnya setiap kali ada latihan PT (jasmani) aku lah yang leading kehadapan apabila diarahkan berlari kesatu satu arah.Entah bagaimana nama itu tak berapa lekat sebaliknya nama gelaran yang melekat dari mulut kemulut rakan rakan memanggil aku dengan sebutan "awang lidi", entahlah....kenapa mereka memanggil begitu. agaknya secara kebetulan pada waktu itu bentuk fizikal tubuh badan aku agak tinggi kurus melidi kot.....keh...keh....keh... "panggil dia turun cepat" arah jurulatih.Bergegaslah skaud leader berlari pergi mendapatkan aku. "Staf panggil mu turun berkumpul" beritahu skuad leader. Sesampai saja dihadapan Sjn Wan, terus beliau merentap dan memegang colar baju aku "pasal apa mu sorang tak mahu berkumpul sedangkan orang lain semua dah ada, mu nak tunjuk keras kepala"herdik Sjn Wan,tanpa sempat aku menjawab terus diarahkan pula aku berlawan tenaga dengan salah seorang rekrut lain "haaa....dah rasa mu kuat sangat,gi bertumbuk dengan dia tu...aku nak tengok".Tambah Sjn Wan. Aku betul betul rasa kecut perut tapi buat buat berani,cuba buka langkah konon kononnya nak tunjuk pandai bersilat. Belum sempat apa apa beliau arahkan "sudah....berhenti" rupa rupanya dia hanya acah acah sahaja nak lagakan aku. Kesimpulannya sejak dari rekrut dahulu lagi aku didalam dilema, nak mengaku sebagai anak Kelantan macamana? sedangkan tempat keluarga aku tinggal diTerengganu sejak dari tahun 1952 lagi, jika nak mengaku anak Terengganu pun tak bolih juga sebab aku dilahir, dibesar dan bersekolah diKelantan.Jadi kalau ada yang panggil aku AWEE pun aku angguk, kalau ada yang panggil aku AWANG pun aku angguk jugak.... he... he...he....
Bercerita pasal jurulatih ni,kiranya banyak juga pengalaman yang bolih ditulis akan tetapi terdapat juga yang rasanya sampai tidak tergamak untuk dipaparkan untuk tatapan umum. Pun begitu bentuk latihan dulu dulu dengan zaman kini dengar khabarnya sudah jauh banyak berbeza.Banyak sudah latihan keras atau terlampau lasak telah diharamkan atau sudah tidak dipraktiskan lagi diantaranya telah tidak dibenar berkawad didalam longkang, cuba bayangkan bagaimana merananya jiwa apabila longkang kumbahan yang penuh kekotaran serta berminyak hitam dijadikan medan untuk menghentak kaki,pendek kata kasut dan pakaian (uniform) sudah tidak bolih lagi digunakan selepas itu,habis reput dan terkoyak rabak.Kalau setakat tongkat terbang, dibaling pasu bunga pecah berderai,buku latihan tumbuh sayap melayang dilontar jurulatih itu hanyalah sekadar bunga bunag dihujung kuku sahaja,lumrah gertakan dari jurulatih. Yang agak kecewa ialah apabila tidak dibenarkan bersolat."apa solat...solat....jangan nak buat dalih...nak lari masa latihan" itulah sejarah yang agak mendukacitakan.Walau bagaimana pun tidaklah semua jurulatih bersikap begitu.
Moral yang story-Pada penghujung bulan Nov yang lalu satu perjumpaan dikalangan veteren tentera dari Kor Sem telah mengadakan suatu perjumpaan,jelas terbayang kecerian diwajah masing masing,ini bermakna tidak berbangkit diantaranya yang terniat untuk bermasam muka atau jauh sekali mahu berdendam,cerita cerita lama dimainkan balik sekadar untuk membangkitkan kenangan akan masam manis disemasa sama sama tatkala ketika didalam perkhidmatan dahulu. Cuma terdengar keluhan pendapatan hasil dari pencen mereka kini jauh lebih rendah berbanding dengan sama rank anggota yang baru pencen.Jadi dengan kos kenaikan harga barangan ditambah pula tenaga tua yang sudah tidak berapa ada upaya lagi untuk berkerja segagah dahulu yang sebahagian bergantung sepenuhnya dari pencen semata maka kualiti hidup jadi terbatas. Begitulah bunyi rintihan sebilangan dari bekas tentera...jadi kerajaan tolonglah peduli sikit akan nasib dan masa depan mereka.
tok ayah su-Doa selamat buat mangsa banjir serta penumpang pesawat Air Asia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan